Skip to main content

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza
Mana Perginya Produk CTea?


Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct)

Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza.

Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza.

Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini.

Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar balik dia rendah dan murah, nak tumpang ambik kesempatan jugak tu. Tekun tu biarlah untuk orang-orang Melayu yang baru nak merangkak dalam dunia perniagaan dan tidak ada duit yang banyak.

Ini, orang macam Siti Nurhaliza dan suami yang boleh berbelanja beli jam ratus-ratus ribu, nombor plate puluh-puluh ribu pun ada hati nak mohon jugak. Memang parasit. Sekali lagi penulis hendak tanya, ada keperluan ke untuk orang-orang seperti ini memohon?

Pengajaran di sini ialah kerajaan perlu tegas dalam memastikan dana Tekun yang semakin mengecut itu tidak disalurkan kepada golongan peniaga atau individu yang sebenarnya berkemampuan. Jangan orang seperti Siti Nurhaliza ini pun hendak diberikan pinjaman jugak. Tak tercapailah matlamat Tekun kalau macam tu.


Ulasan Saya

1. Saya sebenarnya tidak mahu membicarakan isu ini di dalam blog saya. Posting saya semalam berkenaan isu ini rupa-rupanya sedikit sebanyak mengundang perasaan tidak senang terhadap beberapa pihak. Biarlah saya berterus-terang, saya tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga Datuk K dan Siti Nurhaliza. Namun demikian, jika berita Malaysia Instinct di atas adalah benar, maka ia sangat mengecewakan kita semua.

2. Saya terlalu bersimpati dengan Siti Nurhaliza, beliau menjadi mangsa keadaan. Beliau bukanlah seorang ahli perniagaan dan beliau sama sekali tiada mempunyai kemahiran tersebut. Walaupun mungkin beliau meminati bidang perniagaan atas dorongan suami - namun demikian kita dapati, hakikatnya Siti sememangnya tiada bakat berniaga.

3. Pada penghujung tahun 2004, jika kita masih ingat Siti Nurhaliza pernah melancarkan produk minuman Tea Uncang yang berjenama CTea. Namun demikian, perniagaan tersebut telah menemui kegagalan. Malah, selepas itu, Siti Nurhaliza juga turut merancang untuk menceburi perniagaan pelancongan, tetapi sehingga sekarang ia hanya hilang dibawa angin. Secara ikhlas, saya sokong mana-mana pihak yang mahu berniaga. Namun demikian, minat sahaja tidak mencukupi. Pada saya Siti hanya berbakat dalam bidang seni, jika beliau menceburi perniagaan beliau tidak akan mampu pergi jauh. Saya bukan mahu melemahkan semangat sesiapa. Tetapi, ukurlah kemampun dan bakat kita dahulu sebelum kita menceburi sesuatu bidang itu.

4. Malah, saya juga bersetuju, jika kita kaya rasanya tidak perlulah kita membuat pinjaman melalui TEKUN, yang jelas fungsi dan matlamat TEKUN adalah membantu peniaga kecil-kecilan. Cubalah sama-sama kita fikirkan masalah peniaga-peniaga kecil yang pejabatnya di kampung-kampung dan produknya pun tidak segah nama "Siti Nurhaliza". Saya rasa kita perlu ada ehsan dalam soal ini.

5. Nasihat saya kepada Siti, tumpukan terlebih dahulu satu-satu perniagaan dan jangan terlalu ghairah untuk berjaya segera dalam perniagaan. Pastikan dahulu produk minuman Tea CTea itu benar-benar sudah berjaya di pasaran - sudah hampir 4 tahun produk tersebut tidak dijumpai di pasaran lagi, apa sudah jadi? Apakah produk Tea Uncang CTea sudah gulung tikar? Wallahualam. Renung-renungkanlah.

Comments

amd said…
betul.dah banyak kali dengar siti berura-ura di media nak buat produk itu ini.kita yang menengok tak ada hasil pun.
Soleha said…
Kegagalan biasa berlaku dalam hidup. Yang penting adalah untuk menerima kegagalan dan belajar darinya serta berani menganbil risiko. Tetapi yang lebih sedihnya apabila kita sendiri pun gagal, dan mencari kegagalan orang lain supaya kita tak merasa gagal. Renungkanlah....................
Anonymous said…
Kesian....
Hutang dengan BANK kalau ta bayar ..kena COP MUFLIS kalau Utang dengan TUKUN.. ta bayar tampa..TUKUN BAIK hati...wakakakakakakakaka.
HIDUP Latok K lu memang pandai.
Anonymous said…
Sy cadangkan lain kali sila pohon Amanah Ikhtiar pulak. Guarantee dapat.
azlishukri said…
kepada solehah...belajarlah daripada kegagalan orang lain..agar kita tidak mudah gagal dan masuk di lubang yang sama..wallahualam.
Anonymous said…
orang yg gagal itu lebih mulia daripada org yg langsung tak buat dan dok kerja kata kat org....
Mak Su said…
hhhmmmm

saya adalah orang biasa yang minat nak ceburi bidang perniagaan tapi tak de duit, terpaksa telan air liur selalu sbb susah bab peluang..entahlah..rezeki pun tak menonjol bab niaga kot.. huhuhu

itulah kan..orang, kan...
azlishukri said…
kepada solehah...orang yang gagal jika tidak belajar daripada kegagalan bukanlah mulia namanya...orang yang mengkritik bukanlah menjaga tepi kain orang namanya...belajarlah menerima teguran dan jangan menyokong membuta-tuli..walaupun kita sangat2 suka kepada Siti Nurhaliza...
Anonymous said…
Salam saudara,
Tahniah, bagus artikel ni boleh dijadikan iktibar dan nasihat kpd masyarakat.

Teruskan
Anonymous said…
Kepada Saudara AZLI
Sebagai seorg penulis, pembaca ataupun apa saja yg berkaitan ketajaman akal serta penggulasan mesti ada fakta dan bukti yg kukuh. Saya bukanlah seorg peminat CT atau boleh dikatakan pendengar lagu2 beliau. Namun apa yg ingin saya perkatakan penggulasan yg di buat oleh saudara hanyalah imaginasi dan lahir dari emosi sendiri dan bukannya dari ketajaman akal dalam mentafsiran sesuatu perkara. Saya ingin bertanya adakah saudara AZLI adakah saudara seorg peniaga yg hebat? Seorg penjual yg hebat?,,Jadi siapakah kita hendak menilai atau melabelkan dia layak @ tidak layak dalam dalam perniagaan. Bagi saya CT seorang bizwomen yg berjaya apatah lagi mendapat gelaran DATO. Biz mempunyai pelabagai cabang kena ingat. Saya tidak mahu mengulas lebih mendalam TTG dunia perniagaan. Bagi saya dalam biz mana2 pun tetap ada risikonya begitu juga dengan biz yg saudara lakukan. TTG pinjaman TEKUN oleh CT adalah sesuatu perkara yg tidak mempunyai bukti @ alasan yg kukuh. Mana buktinya andai perkara itu BENAR? Saya tidak melihat perkara ini kepada satu sudut tetapi melihat purata pandangan masyarakat ttg kelemahan TEKUN lantas boleh menjadi perbalahan dan perpecahan di dalam PARTI. Seharusnya cerita ini tidak di siarkan di dalam blog saudara dan APATAH lagi menggunakan perkataan jikalaulah CT. Komen ini hanyalah satu pandangan dan saya tidak mengatakan ianya fakta. Jika saya salah harap di perbetulkan. Terima Kasih.
Anonymous said…
Tak ada kerja lain ke , Kamu orang disini capai apa, kalu betul rasa apa yang ko ore cakap, jangan hipocrate, face to gdn dia baru engakau orang sedar, sikit sikit hal siti, tak ada yang baik ke nak cakap, jgn dok hasat dengki, ini la kerja orang melayu, malu le sikit
Anonymous said…
Yang banyak comen negative di sini pasal siti kenapa, apa siti ada hutang dgn kau orang ke,tolong lah gunakan akal sikit , malu le sikit kita ore islam,

ore senang pun engkau orang tak senang , ore susah pun engkau ore tak mampu nak tolong.
Anonymous said…
oi Aah Mat Dee nama pun , elok le gambar beruk , aku pun ada bela beruk, beruk aku lagi cantik dan pandai, kamu apa kerja tak ada ke,siti ada pinjam duit kamu ke yang kamu risau sangat , cuba bagi tahu kamu siapa.Pandai dia le tu diman dia boleh dapat pinjaman untuk business, apa kalau dah kaya kena pinjam bank, itu la nama orang business, ada hatuh bangun, kamu ada apa,bukan yang banyak cakap kosong , hasat dengki pulak tu.
Rozi Abdul Razak said…
En.Azli, saya kira En.azli orgnya amat bijak, penuh analisa dan mampu mengulas, tetapi kecenderungan ke arah provokasi itu boleh mendatangkan niat yg terpesong atas nilai2 baik yg En.Azli ada. Jumpa dgn saya jika mahu tahu kebenarannya, bukan di medan ini menghasut pemikiran org lain. Sy bimbang En.Azli akan kurang dihormati atas tulisan2 sebegini. Terima kasih, cari saya di SNP, sykt Siti dan nama saya Rozi. Terima kasih.
Anonymous said…
rezeki ALLAH bagi..kita jgn la dok mendengki2..kalau nak kaya mcm DCT,usaha la..bisnes ne kena barani tanggung risiko..jgn dok ckp ikut sdp mulut..yg tn.AZLI nak hangatkan pasal DCT ne apa kehenya??..duk diam2 kat uma lagi ada faedahnya..klu x suka ssuatu tu diam2 je la klu xda bukti yg kukuh...KESIAN ERK org mcm ne..
Adam Haiqal said…
berhati-hati ketika menulis..memanglah blog adalah medan untuk kita meluahkan dan berkongsi tetapi janganlah sampai mencapai sensitiviti orang lain.
Apa persaan saudara kalau ada orang buat cerita pasal saudara yang bukan2 di blog?semestinya terasa hati walaupun sekelumit kan??
memang benar anda berpegang pada fakta.saya xnafikan.
tapi dari segi penyampaian anda dan cara anda menulis,kurang enak dikongsi bersama.

at least siti mencuba sesuatu.
sama ada berjaya ataupun tidak bisnes nya itu,hanya ALLAH yang menentukan.

yang penting;
TAK SALAH MENCUBA SESUATU.
gagal bisnes yang pertama,kita move on dgn bisnes ke2.
bukannya tamak ke apa,tapi itu memang dah menjadi lumrah alam.GAGAL PERTAMA,TAK BEERTI GAGAL SELAMANYA.

apa2pun,kita sama2 tgk produk siti yang terbaru nih.
Aimi said…
meletup kak rozi pon komen. kelasss kak rozi. saya tetap sokong siti.
Anonymous said…
kepada azli berusaha tanga kejayaan .
Unknown said…
Penulisan kau ni sebenarnya menunjukkan hati kau yang busuk dan dengki.ini masalah orang melayu macam kau.busuk hati.
zam said…
Salam en azli. Hidup lagi ke 2020 ni? Did you see how succsessful she is now? Next time kalau nak menulis, jagalah perkataan sebelum mengeluarkan apa2 yang mungkin memalukan diri sendiri. Be kind

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca