KUALA LUMPUR 24 Mac – Genap seminggu Dewan Rakyat digemparkan dengan kejutan pertama, hari ini giliran Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) pula membuat pendedahan menggegarkan politik negara. Beliau mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Tanpa mendedahkan pihak terlibat, beliau berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut. Zulkifli berkata, ganjaran yang ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman namun begitu beliau bersyukur kerana Allah melindunginya daripada terlibat dengan fitnah itu.
“Atas sebab ini juga saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes berkenaan kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil bagi saya untuk terus bertindak secara profesional sebagai peguam membela bagi kes berkenaan.
“Kita perlu ingat takkanlah OKT-OKT (orang kena tuduh) tersebut sanggup dihukum mati di tali gantung kalau benar Perdana Menteri dan isterinya terlibat di dalam kes pembunuhan tersebut kerana saya sangat yakin pasti mereka akan dedahkan perkara itu jika ia benar,” katanya.
Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Rabu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila ‘memecahkan tembelang’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat ‘16 September’. Zulkifli turut menegaskan, sebagai orang Islam semua pihak harus bersangka baik atau husnuzzan terhadap Perdana Menteri.
“Setahu saya Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini tidak ada antara kita yang berani bersumpah menafikannya.
“Oleh itu, bersangka baiklah sesama kita dan berpegang teguhlah kepada al-Quran. Bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain,” ujarnya. Dalam pada itu, katanya, beliau sungguh hairan bagaimana segelintir yang mengaku Islam tetapi dengan mudah menuduh seorang Islam lain melakukan pembunuhan tanpa sebarang bukti dan keterangan.
“Lebih malang lagi fitnah orang bukan Islam boleh diterima sebagai bukti tanpa sebarang soal lagi. Orang seperti P. Balasubramanian telah diterima fitnahnya dengan sekadar membuat surat akuan sumpah dengan bayaran RM4.
“Namun begitu fitnah dan tohmahan tidak pernah dibangkitkan Balasubramaniam ketika memberi keterangan di mahkamah dan kepada pihak polis. Bagi saya dia hanya seorang oportunis yang mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan bertopengkan manusia,” tambahnya. Pada sidang Dewan itu, Zulkifli turut mendedahkan beliau pernah diminta mengaitkan anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang bernama Nadim dalam satu kes pembunuhan sekitar tahun 2004.
“Saya tidak lupa pada sekitar 2004, apabila saya diminta mengaitkan Yang Berhormat Padang Rengas dengan gunakan kes pembunuhan Darren Kang di mana anak Yang Berhormat bernama Nadim ditohmah terlibat dalam pembunuhan itu kerana kebetulan berada di lokasi pembunuhan.
“Sedangkan lima warga Thailand iaitu pekerja Restoran Uncle Don di Sri Hartamas kemudian telah didakwa, dibicarakan serta membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya telah diminta mengaitkan Nadim dengan mereka,” katanya. Sambil mengucapkan syukur, Zulkifli berkata, Allah sekali lagi menyelamatkannya daripada fitnah itu. Katanya, beliau juga telah diarah dan diminta melaksanakan banyak perkara tidak betul yang ada di antaranya tidak dilaksanakannya.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada mereka yang menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini. Saya berjanji akan berjumpa dengan mereka secara peribadi bagi memperbetulkan keadaan,” katanya. Zulkifli mengingatkan kepada pihak tertentu agar tidak meletakkannya dalam keadaan yang memaksanya mendedahkan perlakuan mungkar yang berlaku.
“Kalau saya berbuat demikian, letupan besar yang dibuat oleh Yang Berhormat Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sekadar ‘kentut yang sepi’. Begitulah kotornya mainan politik negara masa ini,” tambahnya.
Ulasan Saya :
1. Semua cerita daripada Zulkifli Nordin dan DS Zahrin sudah cukup membuktikan bahawa Anwar Ibrahim dan PKR adalah Dajjal yang membuka pintu fitnah kepada Malaysia. Manusia seperti ini hukuman yang selayaknya adalah hukuman gantung sampai mati. Golongan ini langsung tidak ada perasaan takut sedikit pun kepada Allah. Bagi mereka fitnah dan tipu-daya halal belaka atas nama demokrasi dan peti undi. Anwar Ibrahim bukanlah manusia yang baik - beliau merupakan manusia yang bertopengkan kejahatan. Sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mengejar cita-cita ke Putrajaya.
2. Sudah tiba masanya Anwar Ibarhim dan kuncu-kuncunya disumbat ke penjara semula. Dihukum sebaik-baiknya, agar fitnah yang melanda negara kembali pulih. Rakyat mudah ditipu dan dikelentong oleh Anwar Ibrahim, sehingga yang batil dikatakan benar, dan yang benar dikatakan batil.
3. Politik Malaysia semakin kotor dan jijik selepas Anwar Ibrahim keluar daripada penjara. Walaupun tidak dinafikan ada hikmah disebalik apa-apa yang berlaku selama ini. Namun demikian, jelas ahli-ahli politik semakin tidak bertanggungjawab atas segala kenyataan dan penipuan yang mereka lakukan, sehingga ekonomi negara dan rakyat jelata terancam lantaran ucapan-ucapan mereka.
4. Hakikatnya - politik Malaysia sedang menuju ke arah sindrom baharu, iaitu politik untuk diri sendiri dan bukan untuk parti, untuk negara atau untuk agama, sebaliknya politik hanya untuk makan gaji dan berpencen. Makin ramai ahli Yang Berhormat besar kepala dan tidak peduli kata-kata orang lain, mereka berasa sudah cukup hebat dan bijak tatkala bergelar ahli Parlimen. Sanggup menghina dan memfitnah sesiapa sahaja demi mengejar kuasa dan wang ringgit. Inilah politik yang bakal kita lihat mewarnai negara kita. Soalnya siapakah yang bakal mengubah senario ini?
Comments
Agaknya dalam masa satu bulan nanti kita akan tahu siapa yg kelentung.
Nani Cheras
Pesanan-ku kepada saudara YB Anwar.
Bila hati sudah panas..
Emosi menguasai diri..
Syaitan menyelinap dalam urat darah...
Hanya yang nampak "DENDAM dan KEBENCIAN"
Perasaan ini tidak mengenal kejaguhan atau ketokohan...
walaupun watak tok guru mahupun ustaz.
anak Desa
-kedah-
Terimalah kebenarannya walaupun pahit...
Adalah berbeza menuduh dan mensyaki. Ada bukti boleh tuduh, ada kaitan (link) boleh syak.
Zul Nordin, why now?
DR NO
Itulah Anwar Ibrahim sebenarnya. Dia akan buat apa saja asal hajat tercapai. tak kisah kalau menikam walaupun orang yang banyak membantunya.
Ramai tidak tahu bahawa orang Melayu sendiri pernah hantar petishen pada pak Lah untuk minta Dr mahathir letak calon lain pada 1982 . Kalau tak kerana sikap mahu menolong Pak Lah pada anwar, Anwar mungkin tak ada peluang jadi wakil rakyat.
Pada 2008, Anwar ditemuramah di Jakarta. Dia hina UMNO dengan begitu teruk sekali. Katanmya UMNO begitu rasuah?
Siapa yang rasuah. Bukankah dia raja Rasuah? Bukankah Anwar gunakan duit untuk jatuhkan Tun Ghaffar. Lupakah kita yang Tun Ghaffar yang begitu berjasa pada UMNO ( dengan bawa UMNO ke Sabah) hanya dapat satu undi dari Sabah?
Menuduh UMNO hina samalah menghina diri sendiri. Bukankah beliau 16 tahun dalam UMNO. apa anwar buat?
Inilah ahli politik Melayu paling tak guna pernah saya jumpa.
Dan pada saya Lim Kit siang adalah ahli politik paling bahaya sebab selalu sangat sebarkan fitnah. Diua dan Anwar satu "geng".
hakikat daripada pembongkaran ini juga menampakkan bahawa betapa dungu dan mudahnya jiwa-jiwa pemimpin spt YB2 ini (kalau selayaknya dipilih jd pemimpin)dipengaruhi..sedangkan mereka punya pendidikan tinggi,waras dan cerdik..kenapa dulu mereka tak menilai mana buruk,mana yang benar?..adakah benar kerana adanya unsur give n take? ..bila pemintaan dan tawar menawar tidak tercapai maka barulah tetiba timbul kesedaran( ???? )
Moga kesedaran ini lahir dari jiwa yang ikhlas dan benar-benar insaf!!
......atau lepas ni ada lagi versi ,skrip dan episop baru? siapa pulak yang jadi heronya?
Kpd DSAI,
panas di dunia masih mampu dihadapi namun kena ingat banyak manusia jg mati kerana 'panas' dunia
Anugerah Allah kepadanya sebagai seorang pemidato hebat telah disalahgunakannya. Dia menipu rakyat. Dia bohong rakyat. Dia fitnah musuh politiknya.
Tetapi yakinlah Anwar akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Tunggulah.