Skip to main content

DBP 2010 : Legasi JJ Berakhir


DBP 2010
Legasi JJ Berakhir



Sudah hampir empat tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkocak dan tidak tentu arah. Bermula dengan campur tangan Datuk Johan Jaaffar (Pengerusi Lembaga Pengelola DBP) berhubung isu pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP, En Kamarulzaman yang penuh diselubungi misteri dan tanda tanya - disusuli pula dengan pertentangan secara berterusan antara pihak pengurusan DBP dengan pihak Kesatuan Sekerja DBP yang selama ini benar-benar berasa sudah bosan dengan segala macam bentuk penyelewengan dan politik tikam menikam - yang akhirnya mengakibatkan staf DBP berpecah teruk menjadi tiga puak. Iaitu, puak yang menyokong dan taat setia kepada kumpulan Johan Jaaffar, puak yang berpihak kepada kebenaran yang diperjuangkan oleh Kesatuan Pekerja DBP dan puak yang ketiga ialah puak yang berdiri atas pagar, tunggu, lihat dan ambil kesempatan.


DBP pada hari ini tidak lagi seperti DBP dahulu - ia tidak lagi dihormati, kepakarannya sudah mula dipertikaikan oleh masyarakat, manakala fungsinya pula semakin tenggelam dalam arus modenisasi. Yang tinggal hanyalah birokrasi dan si kuku besi. Tatkala penyelewengan semakin berleluasa - kebenaran dicampak ke tepi, dan jampi-menjampi semakin menjadi-jadi, kini DBP seolah-olah telah mendapat rohnya yang selama ini telah hilang entah ke mana. Dikhabarkan, sinar cahaya kebenaran akan menyerlah semula di menara DBP, sekali gus melenyapkan kuncu-kuncu dan saki-baki para pendukung setia Johan Jaaffar. Johan Jaaffar - nama yang seringkali dikaitkan dengan bermacam konspirasi serta kerosakan yang mengakibatkan bahtera DBP dilanda musibah sepanjang empat tahun belakangan ini - JJ nama timangan dan nama yang acapkali mengundang fitnah dan menyebabkan DBP gundah-gelana. Teka-teki berhubung sama ada kontrak JJ sebagai Pengerusi LP DBP akan disambung atau pun tidak semakin panas dan berapi - semakin panas dan penuh warna-warni.


Tinggal tidak kurang sebulan tempoh kontrak JJ akan berakhir, TS Muhyiddin, Menteri Pelajaran Malaysia masih belum memutuskan sama ada JJ akan disambungkan kontraknya atau beliau boleh terus melupakannya. Risik-risik, antara calon yang layak menggantikan JJ sebagai Pengerusi LP DBP dan direstui pula oleh TS Muhyiddin, ialah Datuk Seri Dr. Sidek Baba - seorang ahli akademik, penulis prolifik, pakar motivasi, pendidik dan ilmuan Islam yang tersohor. Namanya disebut-sebut sebagai calon paling berpotensi untuk mengembalikan semula DBP ke era emasnya - sekali gus menyingkirkan parasit-parasit yang sudah lama bersarang di menara DBP itu.


Saya percaya dan yakin, sama ada Kesatuan Sekerja DBP, mahu pun pihak pengurusan DBP - mereka bersedia dipimpin oleh DS Sidek Baba - seorang yang jujur, amanah dan tidak bermain politik. Semoga hasrat ini menjadi realiti di samping mengembalikan kepercayaan rakyat kepada organisasi pejuang bahasa tersebut. Sudah tiba masanya DBP mesti dibersihkan daripada penyelewangan dan politik kotor lagi jijik yang selama ini menyelubunginya. Sama-sama kita berdoa agar ia menjadi kenyataan. Selamat datang Sidek Baba dan selamat tinggal Johan Jaaffar! Adios. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Memang benar Prof Dr Sidek Baba seorang yang jujur dan amanah!!
Mohd Faizal said…
Maaf saya begitu naif dalam soal dalaman DBP.

Apa benar Johan Jaafar bermasalah?
Saya suka mengikuti rencananya dahulu di Berita Harian & Dewan Budaya.

Apakah pangkat dan jawatan sudah mula menguasai beliau?Bagaimana bekas staf DBP melihat sosok Johan Jaafar?

Terima kasih
Gedung Akal said…
Bangsa yang hebat bukannya pada institusi yang ada tetapi kepada ketekadannya mahu angkat martabat bangsa sendiri. Kalau premimpin yang patut diteladani rakyat lebih bangga bercakap bahasa antarabangsa dan malu berbahasa Melayu- tidak guna langsung DBP.
Bacalah pendapat ini http://gedungakal.blogspot.com/2010/03/bangsa-yang-pengecut.html
Anonymous said…
bukan setakat jj yg harus disingkir tetapi parasit pengampu di bahagian M.
azlishukri said…
terima kasih atas komen semua

Pilihan Pembaca

Zaid Ibrahim Presiden PKR Yang Baru!

Zaid Ibrahim Presiden PKR Yang Baru! By : Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle As PKR officials confirm that fast-rising star Nurul Izzah Anwar has not qualified for the deputy presidential contest, speculation is rife that FT chief Zaid Ibrahim will challenge her mother for the No. 1 post - which he is bound to lose but insiders say is part of a final plan to leave PKR in a blaze of self-perpetuated glory and to cart away as much sympathy as he can. "He knows he has burnt his bridges and he will go. Isn't it better to be remembered as having quit PKR after failing to win the presidency rather than to be remembered as just another loser in a four or five-cornered No. 2 race?" a veteran PKR watcher told Malaysia Chronicle. In the past weeks, Zaid has shocked his PKR colleagues by unveiling a sinister side of himself that previously was hidden by his liberal speeches and remarks that struck a chord with a small but vocal group of mainly urban Malaysians . Initially, PKR mem...

Najib Pertahankan PERKASA

Najib Pertahankan PERKASA Saya terjumpa sebuah berita yang jelas membuktikan bahawa PERKASA bukanlah sebuah NGO yang ekstrem menurut kaca mata Perdana Menteri. Lantaran itu, petikan berita di bawah ini sudah memadai bagi saya menjawab tuduhan pihak-pihak tertentu, khususnya daripada saudara Khairy Jamaluddin berkenaan PERKASA yang telah dituduh kononnya menjadi penghalang kepada kejayaan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh DS Najib sendiri. Jadi fikir-fikirkanlah. Wallahualam. KUALA LUMPUR, 2 April - Datuk Seri Najib Razak sidestepped a question tonight on whether he was a Malay or a Malaysian first in an interview on satellite news channel Al Jazeera, while defending Perkasa as “not so extreme.” “Well technically, if we talk about the constitution, I am a Malay but I’m comfortable being a Malay in a Malaysian society. And I want us to work towards becoming a truly One Malaysia society. But I’m proud to be a Malay. I’m proud to be a Muslim. But the fact that I’m proud to be a Malay a...
Penulis Bersama Tengku Razaleigh di Rumah Beliau. Faktor X Dan Kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah Pada 25 Mei 2008 yang lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta bahagian-bahagian UMNO di Sabah tidak takut untuk mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan Disember ini. Katanya, ''Janganlah takut untuk mencalonkan saya, jika rakyat Sabah mahukan perubahan, sekarang adalah masanya untuk menunjukkan keberanian. "Sabah bukan lagi rakyat kelas kedua dan tidak kurang berbanding dengan rakyat di Semenanjung," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan dengan para pemimpin peringkat akar umbi UMNO Sabah pada satu majlis di sini malam tadi. Pertemuan yang bermula pada pukul 8 malam itu, dihadiri kira-kira 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini dan Razaleigh dikatakan menggunakan majlis tersebut untuk meraih sokongan bertanding jawatan Presiden UMNO. Bagaimanapun, dalam pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam...