ALOR SETAR 22 Nov. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membincangkan hasrat Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang dikatakan mahu melepaskan kesemua jawatannya di dalam parti dan kerajaan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kunjungannya ke Kelantan Khamis ini. Menurut Abdul Hadi, setakat ini, beliau masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut dan hanya membaca menerusi laporan media.
"Saya tidak tahu menahu, cuma mengetahui mengenainya daripada laporan media dan saya kena tunggu maklumat sebenarnya," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melihat sesi perbahasan sebelah pagi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini. Mingguan Malaysia hari ini melaporkan keputusan Husam Musa yang disifatkan sebagai satu lagi episod menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu. Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz yang sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga Exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.
Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.
Ulasan Saya : Jika pergolakan di dalam MCA menjadi semakin kronik - saya kira ia sama juga halnya dengan PAS. Soal peletakan jawatan Husam Musa sudah lama kedengaran, bermula awal minggu lalu. Namun demikian ia masih menjadi tanda tanya. Menurut beberapa sumber, peletakan semua jawatan oleh Husam adalah bertitik tolak daripada hilangnya kepercayaan Nik Aziz terhadap beliau. Mungkin juga ramai yang tidak percaya bahawa ramai pemerhati politik yang mengandaikan Husam seolah-olah telah menikam Nik Aziz dari belakang. Pendedahan demi pendedahan berhubung kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Kelantan, dikatakan bertitik tolak daripada pendedahan Husam kepada pihak tertentu - sejauh mana kebenaran tersebut hanya Allah sahaja yang tahu. Namun begitu - saya tidak fikir Husam sanggup menganiaya Nik Aziz kecuali jika jelas Nik Aziz telah melakukan kesalahan yang besar dan merugikan parti. Seperti kita semua - Nik Aziz juga manusia biasa. Hampir 20 tahun mentadbir Kelantan, akhirnya sedikit sebanyak Nik Aziz tetap juga akan melakukan kesalahan. Sama ada kesalahan besar atau pun kecil - Nik Aziz tetap diperhatikan. Jika dahulu Nik Aziz menentang kronisme, mungkin kali ini penyakit tersebut terkena kepada Nik Aziz. Walau bagaimana pun, saya percaya ada sesuatu yang disimpan kemas oleh Husam Musa berkenaan Nik Aziz. Seperti pemimpin parti yang lain juga - Nik Aziz hakikatnya sudah menemui jalan untuk pulang dan harus berhenti daripada arus politik negara. Tetapi, PAS tidak bisa mengorbankan Nik Aziz demi seorang manusia bernama Husam Musa. Selamat tinggal Husam! Wallahualam.
Comments
Saya yakin, Tok Guru lebih rela mengorbankan menantunya demi Husam.
Terima kasih
Saya tak heran TGNA akan mempertahankan Husam kerana pada pendapatnya tanpa Husam kerajaannya mungkin akan tumbang. Dia lebih rela mengorbankan menantunya sendiri.
Semasa melantik menantunya bukan main lagi mempertahankannya sehingga menyamainya dengan tindakan Nabi Muhammad.
Selama ini pun TGNA banyak bergantung pada Husam dalam mentadbir negeri Kelantan. Husam adalah orang kepercayaannya.
Tetapi kalau TGNA terlampau memberi tumpuan kepada Husam, apa pula perasaan exco2 yang lain. Kalau sayang pun biarlah berpada-pada. Jangan terlampau sayang nanti harapkan pagar, pagar makan padi.
Ini pernah berlaku pada kepada kepimpinan negara yang lalu.
Nampaknya TGNA dah menjadi serbasalah. Ditelan mati emak dan diluah mati bapa.
Tindakan yang terbaik ialah TGNA harus meletak jawatan memandang umur pun sudah hampir 80 tahun dan kerap sakit.
Kalau dulu pernah menyuruh Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan atas alasan telah terlalu lama memegang jawatan PM sekarang tibalah masa untuk TGNA pula mengikut jejak Tun Dr. Mahathir. Tun Dr. Mahathir melepaskan jawatan semasa dia masih disayang oleh rakyat.
Janganlah tunggu sampai rakyat Kelantan benci baru nak turun. Tanda2 rakyat Kelantan mula dah tak berkenan sudah dapat dikesan kerana banyak cakap2 TGNA yang tak serupa bikin.
Baik Nik Aziz, atau Husam, kalau dia betul pemimpin bermaruah, mereka perlu mengakui kesilapan.
Kalaupun 'maruah' mereka itu tidak cukup tinggi sehingga ke tahap melepaskan jawatan, cukuplah jika mahu meminta maaf.
Tapi menegakkan benang basah, mencari segala alasan untuk menutup 'bangkai gajah',termasuk dengan berselindung di sebalik Islam, adalah sesuatu yang sangat terkutuk.
Wa'allahua'lam...
Ada baik jaga tepi kain sendiri.selesaikan isu MCA yang dah tunggu masa nak hancusssss...
Sibuk sgt teropong PAS...BN sendiri tak sedar dek untung. ahaksssss
Lataif
Wartawan NST, Shuhada Elis and Nik Imran Abdullah, sudah menjadi 'saya' dan 'hadhir' bersama ketika kononnya saya berjumpa Tok Guru untuk memberi kata dua pada Selasa lalu. Saya tertanya-tanya, ada tak aku jumpa Tok Guru Selasa??
Mereka berdua 'tahu' semua butir percakapan dalam 'pertemuan' itu. Tok Guru kata tak ada, NST kata ada. Saya?
Saya menanya diri saya semula. Adakah kami pernah berbincang seperti dilaporkan? Memberi syarat itu dan ini dan mengungut itu dan ini? Husam kah itu atau siapa?
Atau apa yang ada di keyboard wartawan itu dimasukkan ke dalam mulut kami kononnya saya atau Tok Guru berkata seperti itu? Ahh.., jangan-jangan ada orang tertelan salah pil lalu khayalannya turun atas lembaran?
Bila dongeng dimasukkan sebagai laporan berita, NST menjual sampah sebagai permata.
Tidak hairan ada orang berkata, zaman ini adalah zaman maklumat, tetapi sedikit sekali kebenarannya. 'Info' telah digaul bagi menampal ruang-ruang imiginasi penulis kononnya membentuk sebuah persembahan 'berita' mengikut apa yang mereka selerakan. Kebenaran bukan ukuran dalam abad ini.
Islam sejak dulu menekankan 'kesahihan'. Pembawa berita juga mesti 'muttaqin'.
Berita memang penting, kerana itu 'Nabi' membawa makna 'orang yang mempunyai berita'.
Penulis berita bukan sahaja akan mendapat upah dan gaji, promotion dan bonus, malah catatan Rakib dan Atid dalam sebuah 'hard disc catitan diri' untuk sebuah perbicaraan agung. Mahsyar.
Bukankah kalau berita itu tidak ada nilai kebenaran, ia menurun kepada 'berita palsu'. Lazimnya ia dikaitkan dengan motif seperti: adu domba, fitnah atau membawa agenda perpecahan, permusuhan, pergolakan, character assassination, political isolation, dan menumpaskan lawan.
Menjelang pilihanraya umum lalu, NST telah pun melakukan perkara yang sama ke atas saya. Kes saman saya ke atas NST itu akan dijalankan awal tahun 2010.
NST secara bersendiri telah menerbitkan permohonan maaf tanpa persetujuan saya dalam kes itu. Dan sedikit 'saguhati' yang saya minta peguam saya menolaknya secara baik kerana rasanya harga diri mana-mana insan tidaklah semurah itu....
Hari ini, NST mahu saya menyamannya sekali lagi dengan sekali lagi 'menggoreng berita'. Banyak 'It was understood that....' dijadikan sandaran apa yang hendak 'digoreng' oleh NST.
Bukan kerana ruang bicara tertutup sama sekali dan saman sahaja bahasa saya dengan media. Bukan begitu.
Sesuatu yang salah yang berulang-ulang memerlukan didikan berterusan dan pertahanan diri bagi mangsa yang lemah seperti saya hanyalah mahkamah. Apa lagi, kalau NST ada motif dan agendanya dan sanggup menanggung risiko dengan cuba mengeruhkan air untuk menangkuk debu dan pasir kalau pun tidak ikan yang enak dagingnya.
___________________________________
Rileks ler...blogs ni kawan aku punyer.tk kira dia UMNO atau aku Pas. soalnya kebenaran seperti intipati perjuangan sahabat aku ni.
korang nak tarik dia masuk neraka aku tak akan benarkan.sbb aku selalu semeja dgn dia minum air seteguk dua.
Azli pun tak marah kat aku.apahal korang pulak lebih2? kalau dia murka,lama dah dia ban IP aku ni.bukan susah sgt.
kebenaran tidak tertegak dengan sendirinya di akhir zaman ini walaupun sifat kebenaran itu tertegak dengan sendiri.ia wajib ditegakkan dan dipertahankan.
amatlah malang fanatik politik..sudah tak kena mana debu atau permata.
Hoi Lataif beruk.... apa masalah kau ni, boleh mampus kau sial fuck... kau ingat ini blog bapa kau punya asyik kutuk BN.
_____________________________________
kalau dah mak bapak kurang mengajar,maka jadilah anak yang terkurang ajar.
kalau mak bapak dah tak mengajar,jadilah anak yang tak boleh diajar.
kalau mak bapak dah langsung tak mengajar, jadilah anak yang biadap!
kah kah kah...
Sebenarnya kau yang kurang ajar dan biadap
baik kau tukar nama jadi
LaTAIK atau
LaTAHI...
Kah kah kah
bengap punya Pro 1 Malaysia!
sah mak abah kau kurang ajar.
kah kah kah...
Lataif
Sedangkan Umno sendiri banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan, malah lebih teruk berbanding MCA.
Ini dibuktikan dengan rekod pertembungan sesama pemimpin Umno sehingga membawa kepada pengharaman Umno pada 1987. Ketika itu berlaku perebutan jawatan presiden Umno antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Kemudian berlaku lagi pertembungan di antara Dr Mahathir dengan ramai pemimpin Umno lain termasuk Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertelingkahan dalaman Umno sehingga membawa kepada pengharaman parti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah parti politik di Malaysia.
"Saya hairan tiba-tiba seorang pemimpin dari parti yang begitu tenat dengan masalah politik wang mampu menyelesaikan krisis MCA seperti yang dihasratkan Timbalan Perdana Menteri.
"Bagi saya politik orang Cina lebih ke hadapan dan lebih matang. Macam mana Umno hendak ajar orang Cina berpolitik.
"Apa perasaan orang Cina apabila Umno hendak ajar mereka berpolitik sedangkan rumah guru pun berselerakan," katanya di sini.
Baru-baru ini Muhyiddin mahu diberi tempoh seminggu bagi menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin tenat sekarang.
Beliau membuat kenyataan itu selepas diberi amanah bagi menyelesaikan kemelut MCA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sibuk ke luar negara.
Ekoran kenyataan Muhyiddin tersebut ramai pemimpin Cina marah kerana memperlihatkan sikap Timbalan Presiden Umno itu seorang yang angkuh dan memperkecil keupayaan pemimpin MCA menyelesaikan masalah mereka.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin politik Melayu Umno hanya masyhur mempertahankan politik wang.
"Rekod pemimpin Umno cemerlang dalam sektor mengutip komisen. Sesetengahnya ada kelulusan sehingga peringkat PhD apabila mendapat kontrak memberi ali baba kepada pihak lain pula," tambahnya.
Beliau juga berkata, sekiranya benar orang Cina mendengar nasihat pemimpin Umno, sudah tentu mereka telah memberi undi besar kepada Umno dan BN pada pilihan raya umum lalu.
Sebelum ini Muhyiddin gagal menyelesaikan krisis Umno Terengganu yang kini terbelah kepada dua kumpulan iaitu Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh.
kah kah kah...
Lataif
kehkehkeh....
-latepi
tapi dia sendiri makan rasuah naik aji 65k. siap bwk anak menantu plak tuu....
kata umno kroni, tapi dia lantik menantu jadi ceo syarikat negeri.
kata tun mahathir nak mati atas kerusi PM, tapi dia sendiri mau mati dlm pejabat MB.
hakk tuihh...
-latengah
bapak rasuah jadi pemimpin.ikut la korang ke neraka bersama isa samad sebab tu pemimpin korang. setidaknya nik aziz diselamatkan Tuhan dia sebab sayangkan hambanya yang soleh.
tapi UMNO? namapun dah barat, undang2 pun barat,perangai pun dah barat,kiranya otak dan iman pun barat la jugak. kah kah kah...
UMNO tu apa maksudnya? ce tanya mak bapak korang yg kat kg tu.. tergeliat ler lidah deme. kah kah kah..
parti rasuah...pengikut lagi la rasuah.pi la pangkah pemimpin rasuah. dah terang lagi bersuluh orang mcm isa samad tu pemimpin rasuah..dok cari jugak ler dalil nak bagi lepas. mmg sah parti bermasalah.. UMNO adalah parti bermasalah lagi perasuah.
setidaknya..PAS bukan ler parti yang pernah diharamkan. UMNO pernah diharamkan 1986. kah kah kah... pehtu bg pula Ling Liong Sik jadi pemangku negara malaysia. kah kah kah...
UMNO cipan!!!
LaToYa!