Skip to main content

Mukhriz Calon DUN Kota Siputeh?


Mukhriz Calon DUN Kota Siputeh?


Walau apa-apa pun alasan yang bakal kita dengar di dalam keputusan mahkamah kelak - hakikatnya satu lagi Pilihan Raya Kecil akan tetap juga diadakan di Kota Siputeh. SPRM menggunakan alasan implikasi kewangan bagi mengharapkan ihsan mahkamah agar Pilihan Raya Kecil di DUN tersebut tidak perlu diadakan. Dengan bajet Rm200 ribu bagi tujuan mengadakan satu Pilihan Raya Kecil - alasan ini - sekurang-kurangnya membuktikan bahawa duit rakyat jangan dibazirkan kepada sesuatu yang boleh diselesaikan secara hikmah. Namun demikian, andaikata jika DUN Kota Siputeh bukan milik UMNO - apakah SPRM akan mempertahankannya juga? Saya fikir - untuk lebih jujur, Pilihan Raya Kecil DUN Kota Siputeh harus diadakan secepat mungkin, sebelum ia memberi implikasi yang negatif terhadap undang-undang dan perlembagaan negara. Malah, jika Pilihan Raya Kecil tidak diadakan - saya khuatir rakyat akan menuduh kononnya SPRM adalah kuda tunggangan UMNO/BN - hal ini harus segera dielakkan. Saya yakin dan percaya, jika diadakan Pilihan Raya Kecil di DUN tersebut, InsyaAllah UMNO akan menang - bukan sahaja menang selesa, malah mungkin akan menang dengan majoriti yang lebih baik. Namun demikian, yang ingin saya perkatakan di sini hanya satu - berkenaan desas-desus yang mendakwa bahawa kemungkinan besar Ahli Parlimen Jerlun - Datuk Mukhriz Mahathir disebut-sebut sebagai calon yang paling layak untuk memberi kemenangan besar kepada BN/UMNO di kawasan tersebut. Pada hemat saya, saya sangat bersetuju jika Datuk Mukhriz dicalonkan sebagai ADUN kawasan Kota Siputeh hal ini berdasarkan kepada beberapa faktor :

1. Datuk Mukhriz Mahathir dianggap ikon generasi muda dan pengikut-pengikut Tun Dr Mahathir.

2. Peribadinya bersih dan tidak ada skandal politik wang atau pun wanita

3. Kredibiliti Datuk Mukhriz juga disegani oleh parti pembangkang

4. DUN Kota Siputeh terletak di bawah Parlimen Jerlun dan tiada masalah jika Datuk Mukhriz dicalonkan di kawasan tersebut.

5. Pembangkang tiada isu yang boleh dimainkan bagi menjatuhkan karisma dan kredibiliti Datuk Mukhriz.

6. Jika benar Datuk Mukhriz dicalonkan di kawasan tersebut hal ini bermakna harapan untuk BN merampas kembali negeri Kedah semakin cerah - berikutan tafsiran masyarakat yang percaya bahawa mungkin dalam PRU ke-13 kelak jika BN/UMNO berjaya merampas negeri Kedah, Datuk Mukhriz akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah - hal ini sudah tentu membimbangkan parti pembangkang. Wallahualam.

Comments

zol dabat said…
sokong!!!
la nie ialah masa bg umno kedah utk panggey orang2 muda balik mai nak tulong umno kedah.
"kuda2 tua" yg lain ada juga yg harus diganti dgn orang baru......
Anonymous said…
Setuju.....
Datuk Mukhriz.
Calon terbaik kawasan Kota SiPuteh.

Anak Desa
Jalan Sanglang
Jerlun, Kedah.
Anonymous said…
Mai La, Chek Mai, Chek Mai.
Mai Ke Negeri Kedah.
Mai Sokong Ramai-Ramai.
Supaya bertambah Meriah.

KAMI SOKONG MUKHRIZ MAHATHIR

KINI KEDAH DITANGAN PAS...
KAMI SELESA.
ooopppss... rupa-rupanya pembangunan KEDAH, asalnya dibawah sinaran UMNO.

JIKA KEDAH DITANGAN UMNO.
KAMI LEBIH GEMBIRA.

--Bakal Mengundi--
DUN Kota Si Puteh
(Family saya.... akan sokong MM)
kerna Menghargai JASA-JASA Tun M
Lataif said…
Aku nak dalam posting tak ada si bahalol Lataif yang bongong dan bengong tu...
Syammil said…
tapi bro, DMM ni timb menteri.besar tanggungjawab tu..better bagi pada orang lain.DMM boleh turun kempen sama2..
Anonymous said…
UMNO Kedah dikuasai oleh kuda-kuda tua lagi lemah..mereka ini berlagak sepeti zaman british..berprotokol dan rakyat susah nak dekati mereka..
TOLONGLAH BERSIHKAN UMNO KEDAH dari kuda-kuda tua, lembam lagi lambap..

Jangan berikan Mahadir Khalid mahupun Ahmad Bashah yang dikelilingi skandal itu yang rakyat tidak suka mereka menjadi MB atau pimpinan Kedah.

Carilah pemimpin yang 'fresh', bijaksana lagi berjiwa rakyat untuk majukan Kedah yang penuh adat budaya Islam dijunjung ini..

Sebenarnya Dato Seri Azizan (PAS) adalah orang yang bijak lebih lagi dari Mahadir Khalid dan Ahmad Bashah..tetapi disebabkan dia PAS..maka dia tertakluk dengan arahan PAS pusat..jadi agak susah kerjasama Melayu-Melayu..

Apapun kita kena sedar dan appreciate Dato Seri Azizan banyak bawa perubahan berani serta bersihkan ekonomi Kedah yang miskin dibwh UMNO dlu..kita kena realistik..
Beliau berani naikkan kuota 50% pemilikan Bumi terhadap perumahan, beliau mengekang pembangunan di atas tanah sawah (ironi nya ini nak jaga survival tanah Melayu, biarpun nampak tidak maju cepat..UMNO hanya syok maju bangunan banyak mcam Jalan Pegawai, tapi hempeh..semua Cina sapu..tinggai sikit saja Yasmin Holding gagah beli..)

Pemimpian UMNO Kedah mana ada 'teloq'..kecut dan jadi hamba Cina dan tokeh2 Cina..tambah2 Osman Arrof, Syad Razak, Mahadhiz Khalid dan paling kaki lingkup Ahmad Bashah..kawasan dia pun xpernah jenguk!! Pemimpin UMNO Kedah lembapp..paling lembap dalam semua UMNO negeri lain.. idea kering..di kipas oleh puak2 bodoh2..dan jaid tali barut Cina, luluskan tanah di Gunung Jerai, balak, sawah kawasan Melayu..pantang tengaok sawah mseti nak diratakan..nak musnahkan Kedah ini dengan kononnya 'pembangunan'..ini idea bodoh..

Mengapa kita tidak boleh gunakan Belanda Malaysia atau Jepun yang majukan negeri mereka ikut sektor kelebihan sesuatu tempat..dah Kedah negeri pertanian, yang galak nak pi ubah jadi kilang tu awat bodoh sangat..hbislah Cina Penang masuk beli hartanah..sebab nilai tinggi..so kita nk pejam mata ka wahai UMNO Kedah???

Sekurang-kurangnya DAto Seri Azizan dia ada kemelayuan yang kuat berbanding puak-puak UMNO Kedah yang takdak 'teloq'..cakap ja pandai.. nk tadbir negeri pun tk reti..Langkawi sikit punya aset besaq ka tapi aa jadi..lembap..kalau nak maju ja mest guna otak cina..bodohh sgguh UMNO Kedah..

So, aku harap hangpa ubah la UMNO Kedah..aku takkn sokong UMNO Kedah kalau dok bodoh takdak teloq mcm 4 ekoq MB UMNO Kedah yang bodoh tu..
Saudara,
TPM nampaknya ada idea lain. Saya fikir elok juga kalau kita beri PM dan TPM beberapa pilihan supaya lebih membantu. Kadang-kadang kalau kita tak beri pilihan, itu macam mendesak, dan mungkin ada yang akan menuduh kita ada agenda. Kesannya mungkin kurang sihat.

Wallahua'lam.
Azli Shukri said…
Lataif said...
Aku nak dalam posting tak ada si bahalol Lataif yang bongong dan bengong tu...

November 25, 2009 1:49 PM
_____________________________________

IP saudara tak sama dengan IP sahabat saya Lataif. Jangan menyamar. Ini mencerminkan kepribadian saudara.
Anonymous said…
sapa nama budak yg tulih pjg2 tu....apa dia kata azizan kemelayuan dia lebihh...

awat hang nak mampuihh kaa, tu melayu assobiyah, jgn coba derhaka sama nik aziz, tok guru kata jgn sebut melayu, sebut isle..
Anonymous said…
ekekekeke...bila masa la plak pas perjuangkan melayu...ekekekeke
Unknown said…
"Selamat Menyambut Eidul Adha."
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua, cuma sy rasa jika hendak memberi komen elok lah guna nama sendiri, harap tak perlulah gunakan nama saya untuk meletakkan komen. harap maklum.

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar ...