Skip to main content

Universiti Malaya, Aku Cinta Kamu!


Universiti Malaya!
Aku Cinta Kamu!

Oleh Jyh Wee Sew


Para peminat menara gading akan terus menanti dengan debar mengenai senarai universiti terbaik. Laporan varsiti terbaik akan diterbitkan pada 2 hingga 4 November 2009 oleh Universiti Shanghai Jiatong. Sebelum itu, laporan 200 buah universiti terbaik sedunia Tinjauan Times Higher Education telah disiarkan pada 9 Oktober lalu.

Beberapa perubahan yang menarik ke atas universiti di Asia diperhatikan. Kedudukan sesetengah universiti terus berubah secara mendadak dalam senarai yang berlainan.

Dalam senarai universiti sedunia, Universiti Nasional Singapura (NUS) mengekalkan status sebagai universiti terbaik di Asia Tenggara iaitu di tempat ke-30 setara dengan kedudukan tahun lalu. NUS universiti keempat terbaik di rantau Asia. Tiga yang mendahuluinya ialah Universiti Tokyo, Universiti Hongkong dan Universiti Kyoto yang berada di tangga ke-22, ke-24 dan ke-25.

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menduduki tempat ke-14 dalam senarai universiti terbaik di Asia dan ke-73 terbaik sedunia. Namun, kedudukan NUS terus berubah apabila laporan Times diteliti lagi. NUS menduduki tangga ke-10. Universiti Hongkong pula menjadi johan dengan mengalahkan Universiti Tokyo yang hanya meraih tempat ketiga.

Tempat kedua disandang oleh The Chinese University of Hongkong. Jelas, aspek penyelidikan sebagai komponen penting kegiatan universiti diutamakan dalam penilaian tadi.

Jika skop disempitkan daripada 200 kepada 70 buah universiti terpilih di Asia, pencapaian universiti di rantau ini masih boleh dipertingkat.

Dalam jeda 30 hingga 40, hanya nama tiga buah universiti Asia Tenggara yang muncul iaitu Universiti Mahidol, Universiti Chulalongkorn dan Universiti Malaya di tempat ke-30, ke-35 dan ke-39. Hanya sebuah universiti yang layak ke jeda 41 hingga 50, iaitu Universitas Indonesia yang menduduki tempat ke-50. Seterusnya Universiti Kebangsaan Malaysia mencapai tempat ke-51 diikuti dengan Universitas Gadjah Mada bersama University of Philippines di tempat ke- 63. Universiti Sains Malaysia sempat ke tangga ke-69. Yang peliknya, universiti ke-30 terbaik di Asia (Mahidol) tidak muncul langsung dalam senarai universiti terbaik sedunia.

Yang ada hanya universiti ke-35 dan ke-39 terbaik di Asia merangkap universiti ke-138 (Chulalongkorn) dan ke-180 (Malaya) terbaik di dunia. Masing-masing membuat loncatan yang besar sebanyak 28 dan 50 tempat daripada kedudukan asal dalam senarai universiti terbaik sedunia Times 2008. Mungkin laporan Universiti Shanghai Jiatong akan menjanjikan sesuatu kelainan yang lebih menarik hati. Mungkin juga hasilnya lebih menyirap darah.

Daripada pengalaman lepas, laporan dari menara gading China itu lebih ketat kerana ia bersifat kuantitatif dan teknikal. Hasil terbitan bertauliah dan anugerah antarabangsa tertinggi, seperti penerima Hadiah Nobel dan Hadiah Pulitzer, pemerolehan kakitangan dan bekas pelajar sesebuah universiti menjadi ukur taranya. Jika terdapat nama universiti di Nusantara yang timbul dalam senarai 100 universiti terbaik Shanghai Jiatong, maka terserlahlah pencapaian dan ketokohan menara gading tersebut.


Ulasan Saya : Tahniah kepada Universiti Malaya!, sebagai bekas pelajar UM, saya tetap berasa gembira dan bangga atas kejayaan universiti tersebut dari segi rangking yang sentiasa meningkat dari setahun ke setahun. Saya percaya kejayaan ini sudah tentu akan meningkatkan lagi daya saing antara universiti tempatan, malah, tidak mustahil juga mewujudkan kecemburuan dalam kalangan universiti, khususnya universiti tempatan yang sudah bergelar Universiti Apex. Apa-apa pun, persaingan harus sihat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Comments

azlishukri said…
trerima kasih sham.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Sivakumar 2009 : Tanah Dari Bumi Yang Lain

Sivakumar 2009 Tanah dari Bumi yang Lain Saya masih boleh bersabar tatkala melihat cara V. Sivakumar melakukan watak biadab dalam Dewan Undangan Negeri Perak semalam. Selain, saya sempat memerhatikan wajah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah seolah-olah kecewa dengan sikap ADUN pembangkang yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka sudah hilang suara majoriti, malah berlagak dan bongkak dengan menunjukkan sikap kurang ajar dan biadab di dalam dewan persidangan. Saya masih berupaya sabar dengan itu semua. Namun demikian, apabila mendengar sidang media yang dilakukan oleh V. Sivakumar pada hari ini, hati saya tiba-tiba berasa sangat benci dan menyampah melihat wajah dan lagak seorang bekas Speaker yang merasakan dirinya terlalu berkuasa dan berpengaruh. Tiada langsung menunjukkan rasa hormat kepada sultan dan perlembagaan negeri, sebaliknya, keangkuhan dan keegoanya terselah dalam sidang medianya petang tadi. Akhirnya, saya mahu mengajak agar seluruh masyarakat Melayu khususnya ...

Menyanggah Semua Analisis Politik Perhimpunan Bersih 2.0 : Jangan Baca Kalau Tidak Suka

Inilah yang aku idam-idamkan.. Rupa-rupanya masih terlalu ramai yang jahil apakah yang sebenarnya terjadi dalam Perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur petang semalam. Masih terlalu ramai penganalisis politik yang gagal mentakrif perhimpunan tersebut dengan tepat dan jujur. Maka, biarlah saya simpulkan analisis politik saya di bawah ini : 1. Perhimpunan Haram Bersih 2.0 adalah perhimpunan suka-suka dan bukan perhimpunan serius. Hujahnya mudah - golongan yang terlibat tahu lebih awal bahawa pihak polis dan kerajaan tidak akan menggunakan kekerasan untuk menghuraikan mereka, seperti mana yang berlaku dalam demostrasi jalanan sebelum ini. Maka, sebab itulah, yang hadir menonton jauh lebih ramai daripada yang terlibat secara langsung dalam perhimpunan haram tersebut. 2. Perhimpunan yang didakwa kononnya disertai oleh semua kaum bukanlah simbol sebuah gerakan massa masyarakat Malaysia yang mahu melakukan reformasi dalam politik, sebaliknya perhimpunan yang disertai pelbagai kau...