PUTRAJAYA 1 Sept. – Ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri hangat diperkatakan walaupun Bajet 2010 dijadual dibentangkan pada Oktober ini. Bayangan mengenai perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.
‘‘Ya, saya ada timbulkan pada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua supaya jika dapat dipertimbangkan (pembayaran bonus) dan mereka senyum sahaja.
‘‘Saya yakin senyuman yang diberikan itu akan membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan yang dijangka menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus.
Tengku Adnan berkata, saban hari beliau mendengar rayuan daripada kakitangan kerajaan di Putrajaya terutama dari kumpulan sokongan yang berpendapatan kecil.
‘‘Sebenarnya di Putrajaya ramai kakitangan kerajaan yang berjawatan rendah merayu supaya saya bawakan kepada pengetahuan Perdana Menteri supaya dipertimbangkan bonus atau insentif untuk sambut raya.
‘‘Mereka sedar keadaan ekonomi tidak begitu baik tetapi mereka merayulah kalau boleh kerajaan faham mereka juga dalam keadaan yang tidak begitu stabil ekoran kenaikan harga barang,” katanya.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Omar Osman berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah pembayaran bonus dibuat sebelum pembentangan bajet.
‘‘Bagaimanapun, CEUPACS amat berharap agar kerajaan akan bagi bonus kepada kakitangan awam supaya dapat menceria dan memeriahkan lagi sambutan hari raya kami,” katanya.
Ulasan Saya :
1. Saya setuju dengan pemberian bonus sebelum hari raya ini, memandangkan harga minyak pun sudah naik 5 sen. Hal ini pasti membebankan rakyat jika tiada duit lebihan bagi menyambut hari lebaran.
2. Parti pembangkang jangan mempolitikan isu ini. Jika mereka memerintah Malaysia, mereka juga akan berhadapan dengan masalah yang sama, iaitu kenaikan harga minyak.
3. Rakyat digesa berjimat-cermat pada hari lebaran ini, jangan membazir dan membeli barang yang tidak diperlukan. Jika baju raya yang dibeli pada tahun lepas masih boleh digunakan, maka tidak perlu memberi yang baru.
4. Rakyat juga harus mengurangkan perbelanjaan untuk hiburan, umpamanya menukar telefon bimbit semata-mata mahukan pelbagai fungsi hiburan yang lebih canggih dan terkini. Begitu juga dengan pemasangan television Astro, jika hanya untuk suka-suka, saya fikir idak perlulah memasangnya. Gunakan siaran TV yang sedia ada sudah mencukupi.
5. Bagi lelaki pula, hentilah merokok. Ia bukan sekadar menghabiskan duit semata-mata, malah kesihatan sekeluarga juga akan turut terjejas.
Comments
1.mak dan yah kat kg tentu dapat duit lebih sebab anak dapat lebih.
2.pengusaha-pengusaha kuih raya yg terdiri dari org melayu yg baru nak belajar berniaga mendapat tempahan lebih, dan mendapat lebih ke untungan.
3.Peniaga-peniaga kecil,di kawasan kg akan mendapat lebih, bila ramai balik kg nanti dan berbelanja lebih.
4. banyak lagi yag akan dapat keuntungan daripada anugerah bonus ini kpd penjawatan awam.
pengusaha labu sayung pon dapat merasa juga
Mike bio beno, teman udah tanyer member di Treasury, katanya tahun ni 'hampeh'...
Tapi bila baca entry ni, rasa ada 'harapan' pulak...
Sonok sebab buleh bajet untuk simpan mana yang patut.
Kedaan tak menentu skang ni. Bimbang gak kalu tak menabung.
GOMEN STAF SERONOK DAPAT BONUS..KERJO SENDIRI NIE HARAPKAN SELL MONTHLY..KALU HIT OK LER..KALU TAK HAMPEH JER...
HE..HE..HE..
nampaknyer ada orang jeles ekeke :p
sabo yer ni bulan posa jgn nnt dapat LAPAR jek :p
setelah selidik... jeng.. jeng jeng....
dato adil ialah (s41 kontrak)
puteri nipah ialah (s27 kontrak)
jeng jeng jeng.... nak namakah?
Kalau ada alhamdulillah...kalau x ade...kerja tetap cam biasa...kan...kan...kan...kerja tu kan ibadah!
Dengan adanya Duit Raya ini dapatlah Penjawat awam ini berbelanja di Hari Raya.
Ini juga sebagai merangsang ekonomi.
Duit itu dibelanjakan dengan orang yang lain.
Berbelanjalah dengan berhemah.
Syukurlah kalau benar,........
Bonus jika diberi, bukan sahaja K/Tangan Kerajaan yang merasa, tetapi seluruh warga yang berniaga juga mndapat keuntungannya, terutama tauke-tauke Cina......, janganlah ada pihak yang cuba mempersendakan golongan ini..
DR NO
selamat menyambut ramadhan (ya terlambat) dan hari raya!
Bagi saya, apa yang ditugaskan saya kerjakan dengan ikhlas. Itu adalah amanah sumpah jawatan dulu.
Beri bonos saya terima dengan ucapan terima kasih. Tapi kalau tak ada pun kami telah pun dibayar gaji dari duit rakyat kerana perkhidmatan.
Tapi apa cerita dengan kakitangan kerajaan yang malas kerja dan tidak menunaikan sumpah jawatan tetapi mahukan bonos. Tarak malu ke?
Weston Sabah
1 Malaysia