Skip to main content

Kakitangan Kerajaan Dapat Duit Raya?


Kakitangan Kerajaan Dapat Duit Raya?


PUTRAJAYA 1 Sept. – Ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri hangat diperkatakan walaupun Bajet 2010 dijadual dibentangkan pada Oktober ini. Bayangan mengenai perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.

‘‘Ya, saya ada timbulkan pada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua supaya jika dapat dipertimbangkan (pembayaran bonus) dan mereka senyum sahaja.

‘‘Saya yakin senyuman yang diberikan itu akan membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan yang dijangka menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus.

Tengku Adnan berkata, saban hari beliau mendengar rayuan daripada kakitangan kerajaan di Putrajaya terutama dari kumpulan sokongan yang berpendapatan kecil.

‘‘Sebenarnya di Putrajaya ramai kakitangan kerajaan yang berjawatan rendah merayu supaya saya bawakan kepada pengetahuan Perdana Menteri supaya dipertimbangkan bonus atau insentif untuk sambut raya.

‘‘Mereka sedar keadaan ekonomi tidak begitu baik tetapi mereka merayulah kalau boleh kerajaan faham mereka juga dalam keadaan yang tidak begitu stabil ekoran kenaikan harga barang,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Omar Osman berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah pembayaran bonus dibuat sebelum pembentangan bajet.

‘‘Bagaimanapun, CEUPACS amat berharap agar kerajaan akan bagi bonus kepada kakitangan awam supaya dapat menceria dan memeriahkan lagi sambutan hari raya kami,” katanya.


Ulasan Saya :

1. Saya setuju dengan pemberian bonus sebelum hari raya ini, memandangkan harga minyak pun sudah naik 5 sen. Hal ini pasti membebankan rakyat jika tiada duit lebihan bagi menyambut hari lebaran.

2. Parti pembangkang jangan mempolitikan isu ini. Jika mereka memerintah Malaysia, mereka juga akan berhadapan dengan masalah yang sama, iaitu kenaikan harga minyak.

3. Rakyat digesa berjimat-cermat pada hari lebaran ini, jangan membazir dan membeli barang yang tidak diperlukan. Jika baju raya yang dibeli pada tahun lepas masih boleh digunakan, maka tidak perlu memberi yang baru.

4. Rakyat juga harus mengurangkan perbelanjaan untuk hiburan, umpamanya menukar telefon bimbit semata-mata mahukan pelbagai fungsi hiburan yang lebih canggih dan terkini. Begitu juga dengan pemasangan television Astro, jika hanya untuk suka-suka, saya fikir idak perlulah memasangnya. Gunakan siaran TV yang sedia ada sudah mencukupi.

5. Bagi lelaki pula, hentilah merokok. Ia bukan sekadar menghabiskan duit semata-mata, malah kesihatan sekeluarga juga akan turut terjejas.

Comments

Betui ka boleh dapat bonus? heheheh, kesian ngan kakitangan awam, mereka mengharapkan bonus untuk belanja hari raya..
azlishukri said…
wan - nak buat mcm mana, nak buat kerja luar takut kena cekup pulak.he.he
Anonymous said…
kalau tak ada bonus tak dapat makan ka... pegi mampus korang kakitangan awam...
Anonymous said…
anonymous bodoh, kerja ngan kerajaan la best, boleh menyular dan curi tulang. hujung tahun dapat duit bonus.
kalau la dapat.. syukran syukran
tabuan said…
pemberian bonus boleh menaikan ekonomi.

1.mak dan yah kat kg tentu dapat duit lebih sebab anak dapat lebih.

2.pengusaha-pengusaha kuih raya yg terdiri dari org melayu yg baru nak belajar berniaga mendapat tempahan lebih, dan mendapat lebih ke untungan.

3.Peniaga-peniaga kecil,di kawasan kg akan mendapat lebih, bila ramai balik kg nanti dan berbelanja lebih.

4. banyak lagi yag akan dapat keuntungan daripada anugerah bonus ini kpd penjawatan awam.

pengusaha labu sayung pon dapat merasa juga
Brahim Nyior said…
Azli,

Mike bio beno, teman udah tanyer member di Treasury, katanya tahun ni 'hampeh'...

Tapi bila baca entry ni, rasa ada 'harapan' pulak...

Sonok sebab buleh bajet untuk simpan mana yang patut.

Kedaan tak menentu skang ni. Bimbang gak kalu tak menabung.
azlishukri said…
brahim - betul tu, kita kena beringat, simpan duit biar cukup dan hutang jangan lupa bayar.
Lord Garam said…
SALAM RAMADAN BRO,

GOMEN STAF SERONOK DAPAT BONUS..KERJO SENDIRI NIE HARAPKAN SELL MONTHLY..KALU HIT OK LER..KALU TAK HAMPEH JER...

HE..HE..HE..
echah_syed said…
wawawa..kita dapat bonus.syukur alhamdulilah." kalau kita bersyukur ALLAH akan tambah nikmat/rezeki "

nampaknyer ada orang jeles ekeke :p

sabo yer ni bulan posa jgn nnt dapat LAPAR jek :p
qamar said…
Kalau dapat best la, tp kerja kerajaan je yang dapat..orang kerja swasta, kempunan la nampaknya..maybe ada alternatif lain macam golongan kami ni utk dapat duit raya...ini klik sini maybe membantu.
Anonymous said…
jeng jeng jeng return...

setelah selidik... jeng.. jeng jeng....

dato adil ialah (s41 kontrak)

puteri nipah ialah (s27 kontrak)

jeng jeng jeng.... nak namakah?
Salam...

Kalau ada alhamdulillah...kalau x ade...kerja tetap cam biasa...kan...kan...kan...kerja tu kan ibadah!
Unknown said…
Tapi setakat belanja aku apalah kiranya kan!
..nOWa.. said…
semoga dapatlah...lepas raya pun takpe..hehehhh..amin..=)
PUTRAKENCANA said…
Alhamdulillah, syukur.

Dengan adanya Duit Raya ini dapatlah Penjawat awam ini berbelanja di Hari Raya.

Ini juga sebagai merangsang ekonomi.

Duit itu dibelanjakan dengan orang yang lain.

Berbelanjalah dengan berhemah.
azlishukri said…
anuar - bila nak ajak berbuka sekali ni?
Unknown said…
Mentua aku kurang sihatlah. Itu yang jarang dapat berbuka di luar.
YANG GAMBI said…
Salam,

Syukurlah kalau benar,........

Bonus jika diberi, bukan sahaja K/Tangan Kerajaan yang merasa, tetapi seluruh warga yang berniaga juga mndapat keuntungannya, terutama tauke-tauke Cina......, janganlah ada pihak yang cuba mempersendakan golongan ini..
salam....rezeki allah yg bagi...hehhheeheh..hasad dengki jangan dekati....salam perkenalan dari kami....hik..gelak sopan baca comment....macam2 jenis manusia ada...ada yg tak berani nak menonjolkan diri...tapi terpulanglan...tu kan hak masing2...
Anonymous said…
Syukur, semoga perkhidmatan semakin cekap dan berkesan. Jangan duk jadi lembu kenyang, hidup untuk makan je, bukannya makan untuk hidup. Nanti banyak hisab kelak.

DR NO
Artozy said…
azli,

selamat menyambut ramadhan (ya terlambat) dan hari raya!
Unknown said…
Salam sdr. Azli

Bagi saya, apa yang ditugaskan saya kerjakan dengan ikhlas. Itu adalah amanah sumpah jawatan dulu.

Beri bonos saya terima dengan ucapan terima kasih. Tapi kalau tak ada pun kami telah pun dibayar gaji dari duit rakyat kerana perkhidmatan.

Tapi apa cerita dengan kakitangan kerajaan yang malas kerja dan tidak menunaikan sumpah jawatan tetapi mahukan bonos. Tarak malu ke?
Relevan said…
Pekerja Swasta macam saya ni guana lah yer..dapat bonus juge gamaknye..
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2.
Dewa Kayangan said…
Nampaknya kalau ia menjadi kenyataan andapun tidak terkecuali berhari raya sakan...
Anonymous said…
Anak kita dekat ruamh pun dah tahu tetantang duit bonos raya .... yah pak najib beluam umum lagi kah duit raya kita .... saya pun kata chet ... buat malu aja ... tapi kalu bagi nak juga ..

Weston Sabah
awam said…
Kepada orang yang cakap pegi mampus kakitangan awam, mulut jangan celupar sangat.
Anonymous said…
nak suruh kita berjimat..tapi lipstik bininya lebih mahal dari bonus kumpulan sokongan tu
Anonymous said…
salah satu sebab kekalahan dalam pilihanraya umum yang lepas di bebrapa negeri ialah kerajaan yang memerintah tak bagi bonus raya..he..he..he
Anonymous said…
harga minyak naik..harga barang naik..terutama dekat raya tp bonus tak bagi+++lu pikir lah sendiri
Anonymous said…
hidup tun mahathir
Anonymous said…
Terimakasih kerana tak bagi bonus
1 Malaysia
Anonymous said…
HAHAHAHA....BONUS ADA JUGAK....CKIT PUN TAK PE

Pilihan Pembaca

Zaid Ibrahim Presiden PKR Yang Baru!

Zaid Ibrahim Presiden PKR Yang Baru! By : Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle As PKR officials confirm that fast-rising star Nurul Izzah Anwar has not qualified for the deputy presidential contest, speculation is rife that FT chief Zaid Ibrahim will challenge her mother for the No. 1 post - which he is bound to lose but insiders say is part of a final plan to leave PKR in a blaze of self-perpetuated glory and to cart away as much sympathy as he can. "He knows he has burnt his bridges and he will go. Isn't it better to be remembered as having quit PKR after failing to win the presidency rather than to be remembered as just another loser in a four or five-cornered No. 2 race?" a veteran PKR watcher told Malaysia Chronicle. In the past weeks, Zaid has shocked his PKR colleagues by unveiling a sinister side of himself that previously was hidden by his liberal speeches and remarks that struck a chord with a small but vocal group of mainly urban Malaysians . Initially, PKR mem...

Najib Pertahankan PERKASA

Najib Pertahankan PERKASA Saya terjumpa sebuah berita yang jelas membuktikan bahawa PERKASA bukanlah sebuah NGO yang ekstrem menurut kaca mata Perdana Menteri. Lantaran itu, petikan berita di bawah ini sudah memadai bagi saya menjawab tuduhan pihak-pihak tertentu, khususnya daripada saudara Khairy Jamaluddin berkenaan PERKASA yang telah dituduh kononnya menjadi penghalang kepada kejayaan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh DS Najib sendiri. Jadi fikir-fikirkanlah. Wallahualam. KUALA LUMPUR, 2 April - Datuk Seri Najib Razak sidestepped a question tonight on whether he was a Malay or a Malaysian first in an interview on satellite news channel Al Jazeera, while defending Perkasa as “not so extreme.” “Well technically, if we talk about the constitution, I am a Malay but I’m comfortable being a Malay in a Malaysian society. And I want us to work towards becoming a truly One Malaysia society. But I’m proud to be a Malay. I’m proud to be a Muslim. But the fact that I’m proud to be a Malay a...
Penulis Bersama Tengku Razaleigh di Rumah Beliau. Faktor X Dan Kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah Pada 25 Mei 2008 yang lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta bahagian-bahagian UMNO di Sabah tidak takut untuk mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan Disember ini. Katanya, ''Janganlah takut untuk mencalonkan saya, jika rakyat Sabah mahukan perubahan, sekarang adalah masanya untuk menunjukkan keberanian. "Sabah bukan lagi rakyat kelas kedua dan tidak kurang berbanding dengan rakyat di Semenanjung," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan dengan para pemimpin peringkat akar umbi UMNO Sabah pada satu majlis di sini malam tadi. Pertemuan yang bermula pada pukul 8 malam itu, dihadiri kira-kira 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini dan Razaleigh dikatakan menggunakan majlis tersebut untuk meraih sokongan bertanding jawatan Presiden UMNO. Bagaimanapun, dalam pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam...