Skip to main content

Khairy Jamaluddin 2009 : Masa Hadapan Tanpa Warna


Khairy Jamaluddin 2009
Masa Hadapan Tanpa Warna


PUTRAJAYA 8 Sept. - DAP adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu. Ia diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala yang paling lembap adalah MIC dan Gerakan. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mendedahkannya berkata, rekod SPR itu adalah berdasarkan komitmen dan kerjasama positif parti-parti politik dalam menarik hampir empat juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Katanya, kerjasama SPR dengan parti-parti politik itu adalah menerusi Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang diberi kuasa oleh badan itu untuk berbuat demikian.

"PPS dari DAP mengatasi parti-parti lain di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

"Daripada kutipan data pemilih baru sejak PRU-12, kita dapati kesedaran kaum Cina sebagai pengundi pilihan raya adalah yang paling tinggi sementara terendah adalah kaum India," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini. Wan Ahmad berkata, SPR menghargai daya usaha PPS dalam menarik minat orang ramai mendaftar menjadi pemilih memandangkan tanggungjawab besar yang dipikulnya berikutan setiap tahun terdapat 400,000 orang mencapai umur 21 tahun.

"Kumpulan PPS inilah yang paling berkesan dalam mencari dan mendaftarkan pemilih baru berbanding kakitangan SPR yang turun padang, diikuti di pendaftaran di pejabat pos dan kaunter.

"Tahun lepas terdapat kira-kira 2,000 PPS di seluruh negara. Mereka begitu rajin sekarang dan bila rajin, tinggilah pendapatan mereka yang diberi RM1 jika berjaya mendaftarkan seorang pemilih baru," katanya.

Sehubungan itu, Wan Ahmad berkata, beliau akan mencadangkan kepada SPR supaya menambah bilangan PPS sedia ada iaitu dari seorang setiap parti untuk satu Dewan Undangan Negeri kepada tiga hingga lima orang.

"Mungkin kita akan mencadangkan supaya setiap daerah mengundi diperuntukkan seorang PPS bagi setiap parti," katanya.


Ulasan Saya :


1. Nampaknya Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, harus bekerja keras untuk menarik minat pengundi muda dalam kalangan ahli Pemuda UMNO agar mereka segera mendaftarkan diri sebagai pengundi di SPR.


2. Fakta di atas jelas menunjukkan bahawa bangsa Cina amat prihatin terhadap masa hadapan mereka dalam politik. Setelah menguasai dunia ekonomi, kaum Cina di Malaysia semakin jelas bahawa mereka sangat berkuasa dalam menentukan hala tuju politik Malaysia pada masa akan datang. Perpecahan orang-orang Melayu pada hari ini diambil kesempatan sepenuhnya oleh sesetengah pihak untuk mengukuhkan politik kaum masing-masing.


3. Orang Melayu masih leka dan tidak nampak bahawa kuasa politik dan agama Islam sebenarnya semakin terancam di bumi Malaysia. Malah, orang Melayu tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang ada pada mereka selama ini.


4. Sudah tiba masanya, sistem pendaftaran SPR dirombak dan dilakukan secara automatik apabila seseorang warganegara Malaysia itu mencecah usia 21 tahun.


5. Melayu bukan sahaja mudah lupa, tetapi mudah alpa. Jika lupa sahaja itu masih boleh diterima. Sebaliknya orang Melayu-Islam di Malaysia mudah alpa dengan segala ancaman yang sedang berlegar disekelilingnya. Kita selalu lupa hak kita dan alpa terhadap strategik kaum lain. Kita lupa bersyukur dan sering alpa memikirkan masa hadapan cucu-cicit kita nanti. Kita juga selalu lupa tentang sejarah bangsa kita sendiri dan alpa terhadap kebangkitan kaum lain. Fikir-fikirkanlah bangsaku. Wallahualam.

Comments

ZULKIFLI said…
Salam,
Mari kita tanya artis-artis muda (Melayu) Malaysia, adakah mereka mendaftar sebagai pengundi. Tidak, mereka asyik ber'clubbing', berekstasi, ber'arak'. Oleh sebab mereka ikon anak muda Melayu, dapat kita gambarkan bagaimana sikap anak muda Melayu kita yang bukan artis, termasuk mat rempit!

Sewaktu orang Cina sedang menghalakan arah kekuasaan politik mereka, orang Melayu sibuk dengan Jom Hebohnya, Akademi Fantasianya. UMNO patut buka kaunter untuk menggalakkan pendaftaran pengundi muda di Jom Heboh dsb.
Sokong KJ said…
Jangan salahkan KJ, KJ the best dalam umno, banding dengan si mongkey mouse Mukriz yang kalah bertanding ketua pemudah.

Diam semua daripada kritik KJ.. aku bunuh kamu SetaNNNNNNNNNN
Anonymous said…
aku pantang dengar nama kj nak termuntah... apa hal buat posting kj ni.. apa hal.. ah... cakap apa hal... aku tak puas hati betul ah..
Anonymous said…
fuckkkkkk kj.. apa hal posting ni... cilaka posting kj..
bronaga said…
sokong kj membawa rebah.! Buat apa? Selama dia jadi Kp umno pun apa dia buat? Buat susah Umno...tingkah laku pun condong ke pembangkang! Almaklumle pujaan dia nuar beraim.
Anonymous said…
SALAM,TUAN SAYA MASEH XNAMPAK PUN SATU MELAYU MUDA YG LAYAK UNTUK BERTANDING DI NS TU.KJ MEMANG BYK MUSUH SBB DIA BIJAK N FIKIRAN JAUH MCM TUN M.KLU ORG BYK MUSUH MAKNANYER DIA ORG PANDAI..ADA ORG KISAH ORG BENGAP...DIA BERKWN NGAN PEMBANGKANG STRATEJIK DIA..KLU NK BERMUSUH JER MAKNANYER KRAS KEPALA...KALAH MEMANJANG....SIFAR STRATEGIK..OTAK UMNO KUNO....KITA NK MENANG.....BUKAN NK PILIH KRONI YG BAWA REBAH...UMNO KENA PILIH YG TERSESUAI SEKALI...XMAU YB KAKU....... SORI KPD ORG YG MARAH KT KJ TU...KT BUKAN SAYANG SGT KT KJ...TU TP DEMI PARTI KJ PALING LAYAK JADI BAKAL PM...HEHE KEROL
Sokong KJ said…
beruk punya bronaga, apa masalah kau benci sangat kat kj, apa masalah kau ah... apa hal... cakap... nak mampus dah ke...

lagi si anonymous cikakakkkk tak ada keja lain belasah kj... apa salah kj dan apa hal libatkan kj dalam blog bodoh ni..
Anonymous said…
KLU NK MERIAH N MENANG KT DOAKAN PERJUANGAN KJ......SURUH KJ BUAT PERANGAI LG BAIK..GUNA SUPER SIX SENSE.....AMIN...JGN GADUH-GADUH DOAKAN KJ BERJAYA.... SAYA KN UNTUNG PEPE PUN SAYA DATANG NK TOLONG BUKANNYER ALONG...HEHE..shabas sokong kj...kt geng
KEROL
RantauAnakDesa said…
...Saya setuju dengan pandangan saudara bahawa Melayu mudah lupa dan alpa.

Bukan setakat itu shj,org Melayu ni merasakan sentiasa berada dlm 'Zon Selesa' dan akan kekal berkuasa selama-lamanya. Sedangkan senario yg berlaku sekarang, hak dan prinsip kita semakin hari semakin terhakis....
Anonymous said…
a'kum saudara AZLI SHUKRI,

hang tak nak tulis ke pasal konfrontasi rakyat indon terhadap kerajaan malaysia, kononnya kita 'curi' tarian pendet bali depa?

yang terbaru Benteng Demokrasi Rakyat (bendera) cuba mengancam rakyat malaysia dengan buluh runcing di jalan deponegoro, jakarta.

hari2 tulis pasal politik ja. takkan blogger2 malaysia nak dok diam saja bila maruah negara dan bangsa kita dipijak oleh negara yg kita anggap serumpun, seagama.
Anonymous said…
betul tu.. tak kan diam je cilakak punya blog asyik hentam kj.. yg indon tu tak bising...
najamarine said…
salam bro...

hehhe..lihat la pencacai KJ..
kene tegur tak boleh terima..bukan bersyukur kerana di tegur tapi anggap KJ sebagai DEWA..ahahhaha..hancus la UMNO pasni..

INGAT!!!...sokongan taksub kepada individu la yg berlaku dalam PKR..mereka mendewa2kan ANWAR AlJUBURI sehingga menganggap ANWAR adalah manusia maksum tak pernah buat dosa...

guna akal waras la geng...jgn terlalu taksub kepada individu..menyokong tak salah..tapi korang dah jadi taksub..ketaksuban macam ni lah yg akan merosakkan korang akhirnya..semua tindakan mengikut emosi sehingga menghalalkan cara salah demi mempertahankan seorang individu..
Anonymous said…
Assalamualaikum Azli,

Kesedaran bangsa Melayu terhadap ancaman daripada kaum lain yang bakal menakluki negara ini amat kurang sekali.

Kaum lain mempunyai matlamat untuk kaumnya dan sedang mengatur strategi untuk mencapainya.

Orang Melayu masih berpecah sesama sendiri yang dirancang begitu halus oleh kaum lain untuk melemahkan kuasa politik melayu di negara ini.

Orang Melayu kuat berpegang pada agama. Maka mereka gunakan agama untuk memecahbelahkan umat Islam. Sepatutnya melalui agama kita orang Melayu dapat memperkukuhkan perpaduan kerana agama Islam mengajar kita bahawa orang Islam itu bersaudara.

Sepatutnya bila PM Dato Seri Najib mengajak PAS untuk bermuzakarah ia disambut dengan hati terbuka. Kalau dengan DAP yang anti Islam, anti Melayu boleh berunding, kenapa dengan sebangsa dan seagama susah sangat hendak berjumpa, bertemu dan berunding.

Jangan tunggu sampai nasi dah jadi bubur baru nak bertindak. Bertindaklah dari sekarang.

Pemuda dibawah kepimpinan Khairy Jamaluddin kelihatan tidak bermaya. Mungkin kerana dia kecewa tidak diberi sebarang jawatan. Tapi apakah jawatan menjadi pencetus semangat untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Sebenarnya pemuda telah tersalah pilih pemimpin. Sepatutnya Mukhriz Mahathir jadi Ketua Pemuda UMNO kerana dia dari awal-awal lagi telah menjelaskan bahawa kerja sebagai KP memerlukan tumpuan sepenuh masa maka dengan sebab itu dia menolak sebarang jawatan sekiranya dia memenangi jawatan KP.

Berbeza dengan Khairy. Dia dari awal lagi mengharapkan jawatan dalam kabinet bermakna jawatan menterilah atau pun sekurang-kurangnya Timb. Menteri. Tetapi oleh sebab kemenangannya penuh dengan kontroversi maka pucuk pimpinan tidak memerlukan khidmatnya. Khairy AMAT KECEWA.

Kerana amat kecewa dia tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap tugasnya sebagai KP UMNO MALAYSIA.

Kalau Khairy terus-terusan begini dia akan menjadi liability kepada UMNO seluruhnya. Jalan keluar yang terbaik, lepaskan jawatan KP dan tumpukan kepada tugasan sebagai wakil Parlimen sahaja.

zajbhz
azlishukri said…
saya juga berpandangan bahawa KJ telah gagal sebagai ketua Pemuda.
Cheguman said…
Melainkan komen terakhir Azli dalam ruangan ini, saya rasa saudara Azli tidak keterlaluan membuat teguran. Seharusnya penyokong KJ mahupun penyokong Mukhriz lebih matang. Dalam keadaan begini pun masih nak mencerca sesama sendiri?

Apabila saya selesai membaca entri ini, saya fikir sepatutnya semua pihak dalam UMNO mengambil tindakan proaktif bagi membaiki keadaan ini. Malangnya sebaik saya membuka ruang komen ini untuk memberikan pandangan, saya melihat tulisan-tulisan yang langsung tidak mempunyai idea untuk membaiki keadaan.

Tahukah anda semua betapa getirnya keadaan sekarang? Masih sempat lagi kalian mencemuh sesama sendiri? Memang kalian semua tak sedar diri.

Lihat entri terkini saya dalam waadat (http://waadat.blogspot.com) betapa gerakan menghancurkan Islam sedang berlangsung. Kalian ingat UMNO boleh menang dengan mudah di Bagan Pasir? Kalau begini cara kalian, jangan harap!!!
Cheguman said…
Ralat:
Kalian ingat UMNO boleh menang dengan mudah di Bagan Pasir?

Sepatutnya ditulis:
Kalian ingat UMNO boleh menang dengan mudah di Bagan Pinang?

(Demam Permatang PASIR belum kebah)
Anonymous said…
Sokong KJ ni dah over sangat. Terimalah kenyataan bahawa KJ telah didapati salah terlibat dengan rasuah yang telah dibuktikan oleh Badan Disiplin parti UMNO.

Terimalah kenyataan bahawa Dato Mukhriz telah mendapat pencalunan dari bahagian lebih banyak daripada KJ. Dia tidak didapati mengamalkan rasuah oleh Badan Disiplin Parti. Sepatutnya perwakilan mengikut denyutan hati kebanyakan pemuda bukan kerana sogokan yang diberi oleh KJ.

Mengapa Sokong KJ perlu marah2? Marah kerana tak tahan mendengar kebenaran?
azlishukri said…
waadat - saya setuju dengan pandangan tuan.

Pilihan Pembaca

Ini Pandangan Saya

INI HANYALAH PANDANGAN SAYA Setelah berdoa dan membuat penyelidikan, maka di sini saya perturunkan hasil "Ijtihad Politik" saya berkenaan pemimpin UMNO, (menurut pandangan) yang layak untuk dipilih oleh para perwakilan UMNO kelak. Menurut pengetahuan yang saya miliki (jika salah tolong betulkan), ini adalah senarai pemimpin UMNO yang terbaik dan bersih sehingga saat ini. Masalah peribadi mereka yang lain, saya tidak tahu. Saya serahkannya kepada Allah, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui yang mana benar-benar bersih dan yang mana pula yang kotor. Wallahualam. Kita hanya berupaya menilai dan mencari yang benar-benar hampir ke arah pemimpin yang bersih. Tetapi, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semoga Allah selamatkan UMNO dan pemimpinnya daripada fitnah dan malapetaka. Amin. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Seri Najib Razak Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Naib Presiden UMNO I Datuk ...

Matahari Di Tengah Malam

MATAHARI DI TENGAH MALAM MACHANG 13 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan hanya mereka yang layak sahaja menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang dijadualkan Jun ini. Nik Aziz ketika mengingatkan perkara itu berkata beliau tidak mahu anggota parti itu yang tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, membuang masa menonjolkan diri menarik sokongan. “Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia,” katanya. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri di sini, hari ini. Katanya, PAS turut memberi kebebasan kepada anggota akar umbi untuk memilih barisan pimpinan yang mereka mahukan dan menolak mana-mana...
NOVEMBER TO REMEMBER Oleh Muhammad Azli Shukri Saya terpaksa berterus-terang pada kali ini dengan perspektif yang lain daripada aliran blogger semasa, sama ada suka atau tidak, saya akan tetap berterus-terang, tentang isu yang mendominasi bulan November ini. Bermula dengan kempen untuk merebut jawatan utama dalam parti UMNO, khususnya kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hangat ketika ini, sehinggalah kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Disusuli kemunculan jutawan segera Tun Salleh Abbas dengan jumlah pampasan Ex-Gratianya yang menggoncang setiap jantung warga Malaysia. Kemudian, kita dikejutkan dengan keseriusan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan BPR bagi meranapkan politik wang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada sebuah sistem yang tidak demokratik sifatnya dalam UMNO. Dan tidak kurang pentingnya baru-baru ini, akhbar Watan keluaran 9-15 November menyiarkan komen bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Ibrahim Azmi Hassan, be...