Skip to main content

UMNO 2009 : Langit Tanpa Bumi


UMNO 2009
Langit Tanpa Bumi


KUALA KRAI 12 Julai – Sebanyak RM125.9 juta diperuntukkan Kerajaan Pusat khusus untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat di jajahan ini sekali gus membuktikan keprihatinannya. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM1.7 bilion yang disalurkan ke negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi tujuan yang sama. Beliau berkata, di jajahan ini, ia dibelanjakan untuk membiayai 75 projek pembangunan termasuk pembinaan 13 buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah di samping projek naik taraf dan pembinaan rumah guru serta asrama. “Justeru tohmahan yang mengatakan Kerajaan Persekutuan mengabaikan Kelantan khususnya Kuala Krai adalah tidak berasas sama sekali. “Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak pernah mengabaikan mana-mana golongan masyarakat di negara kita, lebih-lebih lagi anak-anak yang memerlukan ilmu pengetahuan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat negeri Kelantan kali ke-38 di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini hari ini. Pada majlis itu tiga orang guru dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kelantan 2009. Mereka ialah Norazidah Abd. Aziz dan Ariffin Idris (kedua-duanya telah bersara) serta Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pauh 9, Bachok, Mohammad Mat Ariff.


Ulasan Saya : 1. Saya mengharapkan agar UMNO menang di Manek Urai. UMNO tiada pilihan untuk kalah sekali lagi. Namun demikian, saya masih bimbang apakah kedudukan 50-50 antara PAS dengan UMNO adalah benar di Manek Urai? Saya tidak ke sana. Jadi, saya tidak tahu keadaan sebenarnya.

2. Apakah penduduk Manek Urai seperti penduduk di Bukit Gantang? Kerajaan sudah memberikan pelbagai peruntukan, namun rakyat masih tetap mengundi pembangkang. Kita berharap kali ini, hal tersebut tidak akan berlaku.

3. UMNO - saya fikir mungkin harus mengubah cara berkempen. Menawarkan pembangunan dan kemajuan sudah ada hujah untuk mematahkannya - mereka, parti pembangkang seringkali mendakwa bahawa sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan - adalah wajib memberikan pembangunan dan kemajuan kepada rakyat.

4. Jadi, apakah harus UMNO lakukan agar rakyat kembali kepangkuannya? Saya mencadangkan agar UMNO membuka ruang yang lebih luas kepada golongan agama agar golongan ini kembali menyertai UMNO, dengan cara menubuhkan sayap baharu UMNO yang dinamakan sebagai Pergerakan Tajdid Islami (PETI). Sayap tersebut adalah setaraf dengan sayap-sayap UMNO yang lain seperti Pemuda, Puteri dan Wanita. Namun demikian, yang membezakan PETI dengan sayap-sayap UMNO yang lain adalah dari segi fungsinya - iaitu lebih ke arah mengIslamisasikan UMNO dan menerapkan akhlak yang mulia dalam kalangan ahli-ahlinya. PETI akan diketuai oleh seorang ketua yang digelar sebagai Mursyidul AM UMNO atau Syeikhkul UMNO. Mana-mana ahli UMNO yang berlatar belakang agama disaran menyertai PETI sebagai satu platform bagi menasihat dan menegur pemimpin-pemimpin UMNO dalam hal-ehwal agama, di samping ahli-ahli PETI juga secara tidak langsung menjadi para dai' di tengah-tengah masyarat. Selama ini sudah terlalu lama UMNO meminggirkan golongan agama, sehingga begitu ramai yang menyertai PAS, sedangkan UMNO juga memerlukan golongan tersebut bagi memantapkan perjuangan UMNO yang sedia ada.

Comments

Aidy Shahiezad said…
idea penubuhan PETI sangat wajar dipertimbangkan... walau bagaimanapun, pendekatan tertentu harus diambil bagi mengelakkan PETI nie dari menyimpang dari arah tujuan asalnya... lihat sajalah di mana-mana negara sekalipun, apabila golongan ulama taksub berpolitik maka kepentingan perpaduan Islam ditidakkan...
Aslmualaikum wbt

kempen yg menjanjikan pembangunan mee segera ini harus dihentikan. ianya sudah lali kedengaran dan akan menjelekkan rakyat. ini termasuk cadangan pembinaan jambatan sekiranya BN menang.

seperkara lagi,
warga manek urai rata2 masih susah.
bagi mereka, nk dptkan sesuap nasik pn kais pagi mkn pagi..
apa pembangunan ini dpt menjamin periuk nasik mereka? selepas PRK, semuanya akn kembali spt sediakala. mereka akn kembali bersusah2. mereka akn kembali dipandang sepi.

jika mana2 pihak ikhlas mahu membela nasib mereka maka, lakukan sesuatu agr masyarakat di manek urai dan seluruh pelosok negara dibantu tidak kira musim PRK, PRU atau pasca pilihanraya.

btolkan niat. insyaAllah menang.
Pengundi Manek Urai said…
kena muhidin macam tak dak horak, dia cakap kalau bn menang buat jambatan, kalau kalah tak buat. inikah rakyat didahulukan. aku sah esok pangkah PAS
helmiehassan said…
Assalamualaikum,

Sebagai salah seorang jentera BN di Manek Urai, specifically Peti Undi Manek Urai Baru, saya begitu optimis dan yakin Pengundi-pengundi Manek Urai adalah amat berbeza dengan pengundi-pengundi lain. Hujah saya bersandarkan kepada penerimaan sebahagian pengundi tegar PAS dan masyarakat kampung dan kesediaan mereka untuk mengundi BN besok hari. Ini akan diterjemahkan sebaik mungkin dengan strategi terakhir BN memastikan pengundi-pengundi dan penyokong BN dapat selesa dan aman menunaikan tanggungjawab kelak.
Berhubung cadangan PETI, idea penubuhan dan agendanya cantik namun prosesnya memerlukan tindakan menyeluruh melalui Perhimpunan Agung UMNO dan usul-usul yang harus dibawa. 'PETI' bukannya nama yang sangat sesuai kerana dikhuatiri PAS akan mengancam 'menghumban' 'PETI'tersebut kedalam laut kelak.Wassalam.
Lin said…
salam bro Azly

Insyallah UMNO akan menang sekiranya pengundi sudah buka mata hari mereka...

Sekiranya ditakdirkan kalah sekalipun... UMNO akan tetap perjuangkan nasib anak bangsa di negeri Tanah Melayu ni..

Insyallah
azlishukri said…
aidy - saya setuju

yusuf - saya juga pernah terfikir begitu

helmi hassan - terima kasih maklumat saudara dari manek urai, semoga BN menang, amin.

tunggak langit - sama2 kita berdoa.
Mak Su said…
saya sokong bab hafazan al-quran tu, byk baiknya
Qorie Afifi said…
Saya adalah bekas jentera di Manek Urai dan sekarang tak jadi jentera lagi tapi tengah berusaha untuk jadi jurutera pulak :) .

Ok baik , pendapat saya di Manek Urai. Bab sapa menang sapa kalah memang tak dapat nak duga kali ni. Kalau tanya geng Pas depa kata PAS ada harapan , kalau kita tanya geng UMNO depa kata ada harapan. Sebenarnya kalau harapan memang dua-dua ada harapan cuma satu parti ada harapan menang dan satu lagi ada harapan kalah.

Melalui pengamatan saya di manek urai untuk setakat malam ini diperkirakan undi PAS mendahului UMNO sebanyak 15% sahaja jadi masih dalam ketidak stabilan. Ada beberapa tempat yang dipiahkan menjadi kelompok dan yang menyokong BN adalah hanya di kelompok tu saja. Namun apa pun ini hanyalah andaian kalau semua kita boleh predik kan maka tak perlulah PILIHANRAYA.

Isu rumah sewa crew TV 3 yang 2 minggu kena hampir rm7ooo dan hanya ada 2 bilik tidur dan 1 bilik mandi telah dicanangkan sebagaikan tanda-tanda awal orang manek urai tidak memberi sokongan penuh pada agen BN.

La ni duk bonyi royat kato , ado piliheraya baru demo nok buak ni nok buak tuh , masa duk lamo dulu buak gapa. Ado piliheraya baru dengar khabar nok buak sekolah lah nok buak gitulah ...mace-mace nok buak tapi lagi 3 bule atau kalu mene kalu kalah paka tok buak lah..hok tu ye demo dok royak....tak caya mu kelih lah esok jadi guana pulak manek ura ni kalu boleh ke demo tu....
sakariya said…
Salam tuan,

Selama 50 tahun kau asyik nak kumpul harta dan duit aje...

Baru sekarang nak sedar......
dah terlewat!!

Ameno dah penghujung usia..
Hang Jebat said…
Bro Azli,

Saya pun tak ke Manik Urai. Saya tak ada apa-apa info terkini dari sana. Tapi naluri saya berkata bahawa PAS akan menang besuk. Kita kena redha. Itulah hakikatnya orang Melayu di Kelantan. Mereka tak perlukan pembangunan. Mereka hanya perlu sedikit rezki Allah dan kemampuan diri serta tempat untuk beribadah. Bagi mereka PAS dah bagi lebih dari itu. BN tak diperlukan di sana.
keris panjang said…
....menubuhkan sayap baharu UMNO yang dinamakan sebagai Pergerakan Tajdid Islami (PETI). Sayap tersebut adalah setaraf dengan sayap-sayap UMNO yang lain seperti Pemuda, Puteri dan Wanita...

.....................................

Salam tuan rumah,

Saya amat bersetuju dgn cdangan tuan. Cadangan ini saya fikir bernas dan patut diberi perhatian oleh semua ahli2 umno. Ahli2 umno yg berkedudukan sekarang ini tidak perlu curiga atau khuatir tentang kedudukan dan pengaruh mereka. Sayap ini nanti bolehlah memainkan peranan untuk menangkis tohmahan2 yg sering dilemparkan parti yg satu lagi yg konon membawa imej ISLAM. Hanya orang yg mahir dalam ilmu agama sahaja yg berkemampuan untuk mematahkan tohmahan2 tersebut.
Wong Pencen said…
"...menubuhkan sayap baharu UMNO yang dinamakan sebagai Pergerakan Tajdid Islami (PETI). Sayap tersebut adalah setaraf dengan sayap-sayap UMNO yang lain seperti Pemuda, Puteri dan Wanita..."

Bukan satu idea yang bijak pada pandangan saya. Ianya mungkin akan menyebabkan UMNO secara keseluruhan dipandang sebagai tidak menepati ISLAM. Sayap yang sedia ada mungkin akan dipandang sebagai tidak memperjuangan ISLAM. UMNO mungkin akan dikatakan sebagai parti yang meletakkan ISLAM sekadar sebagai salah satu sayapnya.

Pilihan Pembaca

Terima Kasih ITNM!

TERIMA KASIH ITNM! Peraduan "Beli Buku ITNM & Menangi Hadiah Bernilai RM100,000" telah pun diketahui keseluruhan pemenangnya semalam. Saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Namun demikian, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih secara peribadi kepada Institut Terjemahan Negara kerana memilih slogan saya sebagai salah seorang pemenang untuk hadiah ke-3 pertandingan tersebut dengan membawa wang tunai RM1000 (Seribu). Saya agak terkejut pada awalnya, hal ini adalah kerana saya cuma menghantar tiga atau empat penyertaan sahaja (jika tidak silap saya) sewaktu berada di tapak Pesta Buku Antarabangsa di PWTC bulan April lepas, itu pun slogan tersebut ditulis secara main-main sahaja, selepas kawan baik saya saudara Khairul Anuar Manshor memperkenalkan buku terjemahan tulisan Presiden Amerika Syarikat, bertajuk, "Keberanian Menggapai Harapan". Hakikatnya, sehingga kini pun saya masih tidak ingat apakah slogan yang telah saya tuliskan itu. Walaubagaiman...
Mukhriz Telah Menang! Oleh Muhammad Azli Shukri Saya bertemu dengan Datuk Mukhriz Mahathir di Parlimen baru-baru ini, ada sesuatu yang telah lama terbuku dalam benak dan fikiran saya, agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera antara saya dengan Mukhriz. Sebagai seorang sahabat baik dan penyokong setia beliau, saya rasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan apa-apa yang sekian lama bermain dalam kotak minda saya. Petang itu, setelah Mukhriz bersetuju meluang masa untuk berjumpa, maka saya bergegas ke Parlimen. Tidak sabar untuk saya mendapatkan kepastian daripada mulut beliau sendiri, setelah tersebar fitnah paling ganas terhadap dirinya di Internet sejak belakangan ini. Kepastian dan kebenaran harus segera saya cara dan temui, jika tidak – saya tidak bisa tidur malam. Hampir dua jam saya berbual tentang pelbagai isu, bermula daripada isu bahasa, hinggalah ke isu politik dan ekonomi, semuanya beliau jawab dengan penuh meyakinkan – tiada ragu-ragu – tiada rasa haru biru – semua dijawa...

Tan Sri Isa Samad 2009 : Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi

Tan Sri Isa Samad 2009 Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi MUAR 21 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang berwibawa, dihormati dan mampu menjalankan tugas dengan baik untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, nama calon berkenaan yang memenuhi kriteria dan mengambil kira pandangan semua pihak akan diumumkan pada 29 September ini selepas perbincangan mengenainya selesai."Itu kriteria biasa kita gunakan. Penerimaan masyarakat setempat juga penting kerana mereka yang akan menjadi pengundi, itu juga akan diambil kira, kita mengambil kira semua perkara," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh di sini hari ini. Beliau mengulas persiapan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang dijadual pada 11 Oktober ekoran kematian wakil ra...