Skip to main content

Sultan Azlan : Tanda Harga Tanggungjawab


Sultan Azlan
Tanda Harga Tanggungjawab



Nampaknya, hampir semua orang keliru dan dikelirukan berhubung dengan mengapa kerajaan dan Sultan Perak tidak mahu mengadakan pilihanraya semula di negeri tersebut. Banyak hujah dan penerangan di alam maya gagal disampaikan kepada rakyat berkenaan hal tersebut secara tepat dan jujur. Sebaliknya, banyak pihak yang terus termakan dengan omong kosong Anwar Ibrahim melalui slogan "Mahkamah Rakyat", "Kuasa Rakyat" dan sebagainya. Semua lapisan rakyat ditipu oleh Anwar Ibrahim. Malah, semua orang tidak tahu hakikat sebenar mengapa Sultan Perak tidak mahu menerima usul bagi membubarkan DUN Perak sebelum ini.


Mari kita sama-sama bertanya kepada diri kita terlebih dahulu, sebelum kita pergi lebih jauh dalam isu ini. Andaikan jika pilihanraya diadakan semula di negeri Perak, parti manakah yang akan menang? Saya fikir semua orang akan tahu jawapannya, baik orang UMNO mahupun orang PAS. Jawapannya mudah, yang menang nanti ialah - PAS, PKR dan DAP, malah, sudah semestinya ADUN DAP yang akan lebih banyak memenangi kawasan yang ditandingi, sekaligus bakal menguasai barisan ADUN Pakatan Rakyat. Akhirnya, Exco dan Kerajaan Perak akan tetap menjadi seperti asalnya - yakni dikuasai oleh kuasa manoriti, kerana semata-mata orang Melayu berpecah kepada dua pasukan. Dalam hal ini, yang untung hanyalah DAP. DAP mengambil kesempatan atas segala kepincangan yang sedang melanda orang-orang Melayu di Perak. Sultan tahu semua ini dan kita semua juga tahu akan hal tersebut dengan perkiraan yang sangat mudah.


Sultan Perak tidak suka kepada lagak dan cara DAP menunjukkan taringnya sepanjang mereka menguasai barisan Exco Negri Perak yang lalu. DAP bukan kuat sangat, tetapi pandai mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Sultan Perak memahami bahawa cara pemerintahan negeri Perak semasa berada di bawah Nizar - tidak menunjukkan keadilan. Bagaimana boleh adil jika penduduk Perak hampir 60 peratus terdiri daripada orang-orang Melayu, tetapi Exco Kerajaan Negerinya lebih banyak didominasi oleh Exco dari parti DAP, ia tidak melambangkan komposisi sebenar rakyat Perak. Hal ini sama sekali tidak menyenangkan hati baginda Sultan Perak dan rakyatnya sekali.



Hal ini bukan bermakna Sultan Perak membenci kaum Cina, sebaliknya Sultan mahukan keadilan berasaskan kepada hakikat sebenar komposisi kaum di negeri tersebut. Selagi PAS, PKR dan DAP tidak memahami aspirasi tersebut, maka mengadakan pilihanraya semula di Perak hanyalah sia-sia. Tidak akan ada penyelesaian muktamad. Sekalipun PR menang semula di Perak, tetapi jika Sultan Perak tidak perkenan untuk melantik MBnya dalam kalangan PR, maka konflik akan terus berlarutan sampai bila-bila. Dengan kata lain, Sultan Perak menginginkan Kerajaan baginda dikuasai oleh ADUN yang menunjukkan komposisi rakyat Perak yang sebenar, bersesuaian dengan penduduknya yang kebanyakan terdiri daripada kaum Melayu, malah ADUNnya juga lebih ramai dalam kalangan bangsa Melayu berbanding dengan ADUN bangsa lain. Sultan Perak, saya percaya tidak berkira sangat soal PAS atau UMNO yang menang, yang Sultan Perak pentingkan ialah Exco dan Kerajaan Perak haruslah majoritinya dikuasai oleh orang-orang Melayu, bersesuaian dengan komposisi kaum di negeri Perak, itu sahaja. Tidak kiralah dari PAS mahupun UMNO - yang penting ia bersesuaian dengan jumlah DUN yang dimenangi oleh wakil-wakil Melayu (jika ditambah DUN PAS dan UMNO - maka wakil Melayu lebih ramai menguasai DUN Perak berbanding dengan kaum lain).



Jadi, apabila diadakan semula pilihanraya di DUN Perak, akhirnya DAP juga yang akan menerajui pentadbiran dan menguasai keanggotaan Exco Kerajaan Negeri Perak seperti mana asalnya sebelum ini. Dan kita semua tahu bahawa Sultan Perak tidak suka dengan cara pentabdiran ala-DAP yang terang-terangan seperti mahu menguasai negeri tersebut. Sekali pun DUN Perak dibubarkan, dan keputusan rakyat akan diperolehi, maka apakah kita berfikir Sultan Perak akan berpuas hati?



Sebaliknya, saya beranggapan selepas PR menang semula di Perak, krisis berikutnya yang akan berlaku adalah antara kerajaan Perak dengan Sultannya pula - kerana kita semua yakin bahawa Sultan Perak tidak senang melihat tindak-tanduk DAP dalam menentukan banyak dasar pentadbiran di negeri baginda (pada ketika itu, saya sangat percaya Anwar pasti sekali lagi akan menunduh kononnya kerajaan BN mempengaruhi Sultan bagi membenci dan mencampuri urusan Kerajaan Perak yang baru mendapat mandat itu). Hakikatnya Sultan Perak tidak suka semua itu.


Jadi, PAS dan Nizar haruslah segera memahami hati nurani Sultan Perak. Sultan Perak pada hemat saya tidak berapa suka cara Exco-Exco DAP yang begitu banyak menentukan hala tuju negerinya. Sultan tidak pekenan semua itu. Tak akan hal sekecil ini pun PAS, PKR dan DAP masih nak meminta orang lain perjelaskan kepada mereka. Oleh sebab itu, selagi PAS dan Anwar berdegil dalam memahami isu ini dengan ikhlas, saya percaya krisis di Perak ini tidak akan selesai sampai bila-bila. Dan apakah ini yang Anwar Ibrahim mahukan selama ini, krisis, krisis dan krisis? Malah, lebih jauh daripada itu, apakah kita semua berfikir, bahawa andaikata PR menang dan menguasai Perak semula kelak, maka Sultan Perak akan redho dan merestuinya? dan adakah Sultan Perak akan berdiam diri melihat negerinya dikucar-kacirkan oleh parti pembangkang, khususnya DAP? Sudah! hentikan permainan politik bodoh Anwar Ibrahim ini. Jika benar PAS, PKR dan DAP mahu menyelesaikan kemelut politik di Perak dan menginginkan DUN Perak dibubarkan, maka sambut syarat saya ini :


1. Jika DUN Perak dibubarkan dan PR menang sekali lagi, pastikan Exco Kanan mesti milik orang Melayu dan jangan lantik Exco dalam kalangan ADUN DAP. Setuju?

2. DAP mesti berjanji kepada Sultan Perak bahawa mereka tidak akan meletakkan calon-calon Melayu sebagai wakil parti mereka di mana-mana kawasan sekali pun, agar DAP tidak menjadikan wakil tersebut sebagai boneka dan menjaga kepentingan sempit mereka.

3. DAP sama sekali tidak boleh meletakkan calon mereka yang bersifat ekstrim dan ultra kaum Cina, hal ini penting agar tindak-tanduknya nanti tidak menyinggung hati Sultan Perak.

4. PAS pula mesti menerima ADUN UMNO yang menang bagi mencukupi barisan Exconya jika ADUN mereka tidak mencukupi bagi menganggotai barisan Exco Kerajaan Negeri Perak.

5. Semua usul/cadangan yang melibatkan kepentingan orang-orang Melayu dan Islam harus dipersembahkan terlebih dahulu kepada Sultan Perak sebelum ia dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Jangan pandai-pandai kasi tanah hak milik sampai 999 tahun, itu kerja bodoh.

6. PAS dan UMNO wajib bersatu apabila Sultan Perak mahu mereka berbuat sedemikian. Tiada dolak-dalik dalam ketaatan kepada Sultan Perak yang juga merupakan Ketua Agama Negeri. Ia wajib bukan harus. Hal ini sangat jelas disyariatkan di dalam al-Quran, mana-mana ADUN PAS atau UMNO yang engkar dengan titah Sultan Perak agar bersatu, maka sumbat sahaja di dalam penjara. Jika di zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar, mana-mana individu yang tidak taat kepada perintah ulul amri mereka ini boleh dihukum pancung sahaja. Mana-mana individu yang masih tetap engkar dengan Sultan Perak agar bersatu-padu walaupun sudah diperjelaskan oleh Mufti, tetapi masih berdegil, maka saya syorkan mereka ini dibuang negeri sahaja.

Inilah beberapa perkara yang sempat saya fikirkan berkenaan krisis di Perak. Dan jika benar PR ikhlas mahu menyelesaikannya , maka inilah tanda harga tanggungjawab yang mesti mereka bayar atas kerjasama yang telah mereka lakukan dengan DAP selama ini . Wallahualam.

Comments

PenaKiri said…
Sauda,
1.Bukankah seseorang PM/MB berhak memohon perkenana pembubaran dewan? Dan Seorang Agong/Sultan pula perlu memperkenankanya seperti mana yang ditulis oleh Sultan Azlzn Shah dalam bukunya?

2.Mengapa ada tafsiran yang DAP akan menang lagi selepas ini?
Bukankah yang UMNO mempunyai banyak kerusi yang majarotinya dibawah seribu? Bukankah kemungkinan yang PAS dan PKR akan menang di kerusi tersebut tinggi?

3.Mengapa perlu perkauman?
Terimalah hakikat yang Malaysia ini berbilang kaum, isu perkauman dimainkan untuk hidupkan UMNO.
UMNO yang terima jus soli dulu, nak merdeka cepat dan mudah. Terimalah akibatnya.

4. Jika benar kata saudara Sultan berfikiran demikian bagaiamana denga PRK 13? adakah selamanya begini? Jangan buat telahan yang bukan-bukan.
Anonymous said…
Mengapa anda kata sebab Najib PM yang terbaik,sedang bininya pun tak pakai tudung.Aku harap orang UMNO yang agama Islam buka mata kalau PM bini tak pakai tudung mana dia tak tahu hukum Allah.Jadi jangan harap le nak nak jadi contoh.Bodoh gila babi orang UMNO ini.PM bini tak pakai tudung adalah orang yang tak tahu agama bodoh UMNO BODOH.
Anonymous said…
UMNO adalah Melayu lupa diri.Mengapa sekarang nak bising-bising pasal cina.Ada yang membuat mereka bergitu.UMNO yang mahu Merdeka segera,jadi inilah akibatnya.Kebodohan UMNO yang tak boleh dimaafkan ialah menghapuskan pelajaran JAWI di sekolah.Sekarang anda tahu akibatnya.Sekarang menukar bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia.UMNOlah perosak Bangsa Melayu.Walaupun Melayu tapi kurang Islamnya.Banyak pemimpinnya tidak gagal melaksanakan Islam yang sebenar-benarnya.Jadi terimalah akibatnya...Orang yang buta hati dan akal sahaja akan terus menyokong UMNO.
Anonymous said…
kau ni perkauman kuat aku ingat kau pergilah cari tempat yg melayu saja ada,bagilah ameno perintah kat situ, terimalah kawan malaysia ni ada macam2 bangsa ,ameno sendiri pun dok harap undi puak2 cina ni,tapi cina sekarang dah meluat dgn ameno dah lama sangat menyamun ,menipu mereka,melayu yg bangang saja akan terus sokong ameno bend ni..
Qorie Afifi said…
Islam berdiri diatas 3 paksi iaitu Islam , Iman & Ihsan. Apabila ketiha-tiga elemen ini digabung maka baru jelas Islam & Imannya. Jika Hanya Islam & Iman TANPA IHSAN, inilah yang terjadi hingga akan keluar kafir mengafir melalui 'fekah' iaini seseorang Islam tidak kelihatan islamnya jika tiada IHSAN dalam dirinya. Apa itu Ihsan ? Kenapa ianya tidak berukun seperti rikan islam & iman. Ihsan adalah rukun yang menrukunkan rukun Islam & Iman. Tanpa Ihsan bererti tiada akan pincang rukun islam & iman seseorang. KENAPA Ihsan ini penting...kerana ianya adalah ibu kepada pelaksanaan Islam & Iman. Ada insan yang ada Islam & Iman tetapi tidak ada ihsan di jiwanya maka Islam yang lahir pada insan itu dinaman Islam Pincang. Jika kita memilih jiwa yang jahil sebagai pemerintah nescaya akan diperintahnya dengan kejahilannya yang ada. Jika kita memilih pemerintah yang fasik maka fasiklah pentadbiran itu , jika kita memilih yang beriman & berihsan maka kita akan menerima kerajaan yang beriman & berihsan. Semoga sedikit coretan ini memahamkan mereka yg kurang faham. Tidak baik sama sekali membuka pekung di dada orang lain...kekadang mereka tidak memahami ihsan maka islam mereka kelihatan pincang namun berdakwah dan berdoalah semoga kita mati didalam islam sesuai dgn pesanan wahai org2 yang beriman , jgnlah kamu mati melainkan kamu berada di dalam islam. Jika ada ihsan maka ihsan inilah yang akan memelihara iman dan islam sehingga matunya anak adam itu. wasalam
Anonymous said…
Satu lagi artikel berproksikan kepada satu pihak tanpa ada kekuatan dalam penulisan...sekali lagi mengapa perlu disalahkan DAP semata2?mengapa jarang sesekali menyalahkan MCA?kerna BN barangkali?BN berproksikan UMNO bukan?Hentikanlah bermain isu perkauman ni,macam orang bodoh yang tak bertamadun pulak.

Ambe dah berada dalam istana cukup lama,jadi usah buat telahan murahan kat sini.Harus di ingat siapa yang mula2 sekali menghapuskan sama sekali kedaulatan sultan.ingatkah peristiwa Mahathir?masih ingatkah tragedi perebutan kuasa Sultan Kelantan pada 80'an?Lu fikirlah sendiri...

Orang yang cetek akal sama sekali tidak akan ambil iktibar..

Ingatlah,ini akhir zaman...semakin ramai golongan munafik yang akan menghancurkan Islam dari dalam.Tapi harus diingat,hukum Islam takkan pudar hingga akhir zaman,Islam tetap akan menang bagi mereka yang meyakini...
Anonymous said…
Kalau nak tengok kerusi Pas yang banyak lepas ni...senang saja jika ada pertandingan melibatkan Pas - Umno, undilah Pas.Rasanya lebih selamat kalau melayu Pas memerintah dari melayu Umno...
Anonymous said…
Kalau bubar DUN, PAS akan menang.. Bukan kah PAS itu Melayu Islam..Dari UMNO biar PAS.. Islam perlu di tegakkan di bumi Malaysia..
Anonymous said…
Salam Azli Shukri

95% tulisan kamu bersifat perkauman

Andaian andaian yang MERBAHAYAKAN.

Apa yang perlu kamu buat,,???

Kamu perlu kajiselidik dulu apakah PUNCA atas kemelut Di Perak ini..

Dengan adanya agenda tersembunyi.. itu sebabnya tiada serah menyerah tugas resmi MB Tajol ke MB Nizar sejak BN tewas PRU 12

BN/UMNO menangguk di air yang keroh

YB YB yang bermasaalah di rampok jadikan mereka PEMBELOT...ini sangat bahaya bg PR dan BN..kerna mereka mementingkan kepentingan peribadi dalam menangani kes kes mereka di mahkamah dan pelbagai lagi

BN perlu berhati hati dengan mereka ini kalau dengan PR boleh berpaling tadah ..apatah lagi pada BN.bila mereka tersepit

YB ysng bawa spray tu umum tahu beno kenapa jadi pembelot

Di sebabkan merekalah insiden kemelut Perak berlaku..di tambah pula dengan kehendak dan ditunjuk Allah SWT atas keGOPOHsn BN menjanakan agenda tersembunyi mengakibatkan ramai orang termasuk Pihak Istana terlibat secara langsung

Disyorkan BUKA BUKU BARU
...BUBARKAN DUN
dan BN/PR perlu kerja kuat..rapat dengan rakyat

dan BUKTIKAN yang rakyat pun sokong

Tak payahlah merapu dengan statistik takut DAPlah dan sebagainya

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Wallah Hualam
House PK III said…
Maaf ya tuan, saya nak copy artikel tuan ini ke dalam blog saya ni! TQ
Anonymous said…
kalau umno menyamun dan rompak cina, macam mana cina boleh hidup mewah dan jadi jutawan di malaysia?
berapa kerat melayu jutawan?

tak perlu bubar dun. bn majoriti.

kalau pembangkang merintah, jangan harap pas ada kuasa. berapa kerat aje kerusi pas? mampu jadi pak sanggup aje.

nak harap pkr? lagi hancur.

untuk perhatian melayu pas, melayu pkr. kalau umno runtuh, maknanya runtuhlah melayu... hancurlah melayu. jangan harap melayu ada suara lagi.

kalau nak insaf, insaflah sekarang. jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

melayu ada suara dan kuasa pun, melayu susah nak hidup, nak cari makan.cukup2 makan aje.bayangkan kalau melayu tak ada kuasa.

jangan mudah terpengaruh dgn agenda asing. jangan kerana dua tiga nyamuk, kelambu nak dibakar.
kalau pembangkang merintah, jangan harap ada lagi suara melayu. layu dan mamposlah melayu... sedarlah sebelum terlambat. jangan nanti anak2 nak hidup susah baru nak sedar. masa tu lebh baik melayu pergi mampos...

ini bukan soal perkauman. tapi soal kebimbangan.mungkin realitinya nanti amat menakutkan.

maaf jika ada yg tersinggung. sekadar pandangan dan bayangan.
kojah said…
tompang lalu =)
naqiubex said…
Penulisan anda ini memang dipenuhi dengan unsur unsur perkauman. Itulah yang berlaku apabila tiada perpaduan didalam Malaysia. Perpaduan yang gagal dibentuk sepanjang pemerintahan UMNO yang penuh ketidakadilan kepada kaum bukan Melayu ini. Walaupun tidak adil, tetapi yang dukacitanya Melayu tetap mundur.
Itulah sebab kita memerlukan sebuah sistem yang kuat dimana kaum bukanlah dikira halangan untuk membina sebuah negara yang harmoni. Sistem itu ialah sistem pemerintahan Islam yang total. Sistem untuk membina sebuah negara yang unggul, harmoni, kuat dan makmur.
Masalahnya sekarang, pemerintahan Islam hanya digunakan untuk menampal sistem pemerintahan UMNO yang bocor. Kononnya negara Islam, tetapi amat kurang implementasi yang islamik diperkenalkan dalam sistem pemerintahan Malaysia.

Janganlah berjuang semata mata untuk Bangsa, kerana sebenarnya kita ini satu bangsa sahaja.
SubhanAllah, MasyaAllah... hebatnya berhujah. Tidak terdaya saya untuk memberikan pandangan cuma saya terbaca artikel dari seorang 'alim semalam. Dia ada sebut, di dalam Al-Quran, Allah sebut, bahawa Allah tidak suka orang yang melampaui batasnya.

Apa yang sentiasa diharapkan, biarlah semua ini sentiasa menjadi pandangan dan lontaran harapan sebagai rakyat Malaysia yang bebas dan beradab dan berbudaya Islam dan ketimuran.

"Untung sabut timbul, untung batu tenggelam." Apa pun keadaannya, Allah pastikan pulangkan natijahnya kepada kita. Cuma kita perlu mencari hikmahnya. Jika berlaku pembubaran DUN, kita usahakanlah untuk yang kita sokong, kita lihat bersama siapa yang jadi sabut dan siapa pula yang jadi batu.

TUNE-lah diri kita.
najamarine said…
penakiri...

tidak tahu sejarah..jgn samakan negara kita dengan negara lain yg hidup hak samarata..yg majoriti tetap majoriti,sebelum ini semua kaum hidup selesa dan aman damai.tiada yg memprotes tentang hak samarata..

banyak pula dubuk2 menjerit di belakang bukit di komen saudara azli ni..jika hendak komen kene lah bertanggungjawab dengan letakkan nama atau link email/blog.
azlishukri said…
Nampaknya, kejahilan terus menerus menghantui sebahagian daripada dunia ciptaan kita sendiri. Menuduh penulisan saya adalah berasaskan perkauman merupakan tuduhan liar, apakah mereka tidak tahu membezakan antara DAP dengan Masyarakat Cina keseluruhannya? apa yang tulis adalah merujuk kepada parti bernama DAP kenapa pula mesti mahu marah dan menuduh kononnya saya membangkitkan unsur perkauman? Bukankah selama ini Anwar Ibrahim lebih dahulu membangkit isu perkauman sehingga kaum cin dan india tidak puas hati dengan BN, walahalnya, sudah berapa banyak kaum2 tersebut dibantu oleh BN selama ini? mengapa kita terus menerus berada dalam kejahilan yang kita sendiri binakan?
azlishukri said…
pena kiri :

1. Seorang MB berhak MEMOHON dan tak wajib sultan memperkenankannya. Jika sultan tak mahu, maka baginda boleh sahaja tidak mahu membubarkan DUN

2.ADUN PAS dan ADUN UMNO akan berpecah. masing-masing tiada yang kuat. Tetapi kerana berpecah itulah maka DAP menjadi kuat, sekaligus tidak menunjukkan komposisi kaum yang sebenar di PERAK.

3. Ini bukan perkauman, ini soal keadilan, tak kan sebuah negeri yang majoritinya orang Melayu, maka pemimpin utamanya nak dikasikan kepada bangsa lain. Ini soal keadilan mengikut jumlah rakyatnya. Adil atau tidak jika Lim Kit Siang jadi MB Kelantan? tak adillah, berapa banyak kaum cina di kelantan, maka MBnya mestilah orang melayu juga. jangan lihat ini soal perkauman, tetapi keadilan.

PR 13, maka tunggu sahajalah waktu tu, rakyat pilih siapa. Mengapa masih nak berebut pada waktu sekarang.
PenaKiri said…
Saudara,
1. saya bercakap berdasarkan fakta, bukan andaiaan.

Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004,

“under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal”.

Berdasarkan kenyataan tuanku sendiri, DUN perlu dibubarkan jika dipohon.

2.Dalam perlembagaan dah jamin MB adalah melayu, jangan cuba kaitkan lim kit siang jadi mb kelantan, kerana dalam perlembagaan negeri=negeri beraja memang tak boleh.

3. Bersatu tak semestinya dalam umno, jika umno kalah, sertailah pas dan bentuk kerajaan.

4. Apa yang DAP melampau sangat di Perak? Bukankah DAP itu diluluskan oleh ROS?
Jika menghasut, dakwalah di mahkamah.

5. Nizar berhak untuk pelihara kerajaanya dengan bubarkan DUN.
Frodo Baggins said…
Daulat Tuanku !!!!!

(pada pihak yg ske kata "perkauman" bagai tu ... anda x paham pown entry ni ... baca balik dan nilaikan .... hmmmm tu jer ... x tau nak wat ayat p lagi .... xoxoxoxooxoxoxo)

lastly, daulat tuanku ... semoga , Malaysia dalam lindungan Allah sentiasa ... Amin

SATU BANGSA KASIHI SEMUA
HASRI HASAN said…
kesimpulan yang boleh kita dapat daripada posting Sdr Azli ini ialah MELAYU MESTI BERSATU.. melalui statistik rasmi, orang Melayu masih yang majoriti (kuasa politik), sayangnya kita berpecah hanya kerana fahaman politik (duniawi)...sehingga diambil kesempatan oleh orang lain...tak sayang kah masa depan keturunan kita? UMNO, PAS insaflah
Atan said…
Sdr Azli,

Membuka bicara supaya ada perbincangan yang luas tentang sesuatu isu yang diketengahkan sangat bagus. Itulah yang saya peroleh selama ini menerusi blog Sdr ini. Melaluinya, kita dapat berdebat, walaupun ada sebilangan kecil penjenguk mendahulukan emosi daripada kewarasan fikiran mereka apabila membuat komen terhadap posting Sdr. (Sdr pun kadang-kadang beremosi juga. Hak masing-masing.) Sdr dan penjenguk berkongsi idea, yang selalunya mendapat respons daripada Sdr.

Isu (katanya berbau perkauman) pada kali ini juga satu perbincangan. Melaluinya, terdedah beberapa perkara. Dapatlah kita ketahui melalui SDR PENAKIRI bahawa Paduka Seri Sultan Perak sendiri ada menyentuh perihal hak PM/MB dalam cadangan pembubaran Parlimen atau DUN di dalam buku “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected Essays and Speeches by HRH Sultan Azlan Shah)”.

Tak usahlah kita sentuh lagi hal itu kerana hal itu jelas (berdasarkan pandangan Paduka Seri Sultan Perak dalam buku itu. Mantan PM, Tun Dr. Mahathir tidak berpandangan demikian).

Berdasarkan posting yang panjang itu, seperkara yang dapat saya simpulkan ialah jika diadakan PRK, Pakatan Rakyat akan menang. Jika Pakatan menang, akan wujud tidak keadilan. 60% umat Melayu di Perak akan ber“MB”kan Melayu tetapi ber“EXCO”kan Cina kebanyakannya. Di sinilah yang menariknya.

Pada saya, bayangan yang Sdr ketengahkan itu jika PRK diadakan di Perak kelak, iaitu BN akan kalah lagi, adalah lambang kelemahan orang Melayu berpolitik (jika betul-betul kalah). Bagi saya, jika diadakan PRK kelak, dedahkan hal ini kepada orang Melayu-Islam — mereka mesti memilih orang Melayu-Islam sebagai calon mereka. Jangan tolak ansur lagi. Hal ini telah saya nyatakan baru-baru ini dalam posting Sdr bahawa PAS-UMNO mesti berpadu secara senyap.

Satu hal yang menarik untuk kita fikirkan ialah, bagaimanakah kaum Cina boleh menjadi majoriti di sesuatu kawasan — di Batu Gajah, Pasir Berdamar, Ipoh, dan sebagainya? Di manakah silap kita — persempadan semula? Atau meletakkan bukan Melayu sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sehingga mereka berpeluang untuk merubah komposisi bangsa di sesuatu kawasan?

Persempadan semula pernah dilakukan Allahyarham “Bapa Pembangunan”, Tun Haji Abdul Razak selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kerana parti kecinaan hampir menyapu bersih Selangor waktu itu, Selangor disempadankan semula sehingga membawa kepada pembentukan Wilayah Persekutuan KL 1974. Dato Haji Harun Idris, ultraMelayu terbilang, membawa Melayu dari serata ceruk untuk menempati kawasan yang majoriti Cina — Datuk Keramat (dahulu Bukit Tangga) adalah contohnya sehingga mereka tersingkir dari situ.

Persempadan semula pada zaman mutakhir pula berbeza. Kerana Melayu kurang memberikan sokongan kepada UMNO (hanya sekitar 30% kononnya?), maka untuk menyelamatkan UMNO-BN, dimasukkan Cina dan penyokong BN ke dalam kawasan majoriti Melayu kerana pada waktu itu Cina memberikan sokongan bulat kepada BN (hal ini dinyatakan sendiri oleh PM Keempat). Hanya hendak menyelamatkan kuasa parti, kuasa Melayu di kawasan yang mereka menjadi majoritinya terhakis.

Natijahnya apa? Inilah yang berlaku di Perak, Negeri Sembilan, Melaka, dan sudah tentu P. Pinang (tidak ada persempadan semula di P. Pinang?).

Kita tidak perlu takut pada kekalahan di Perak kalau ada PRK kelak. Yang perlu kita takut ialah ketidakcerdikan orang Melayu berpolitik. Anwar bukan ancaman negara (ancaman kepada BN mungkin betul) kerana kebencian (protes?) yang wujud dalam diri rakyat adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap BN. Kebencian itu dahulu hanya tumbuh dalam diri bukan Melayu tetapi kini menjangkit kepada bangsa Melayu pula.

Teringat saya pada peribahasa “Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri, haruslah dusun itu dibuangkan”.

Wallahua’lam.
Unknown said…
salam saudara azli
Tenang.Inilah yang dihadapi oleh Tun Mahathir sendiri saat menulis buku The Malay Dilemma apabila dia dituduh racist dan mendiksriminasi Cina.
Hakikatnya kaum ini masih hidup dan selesa tinggal di sini bahkan sewaktu pentadbiran Tun.M sendiri banyak kaum Cina yang sukses dan berjaya.
Apa yang saudara ingin tegaskan ialah tentang hak untuk orang Melayu. Sebagaimana kaum Cina boleh bercakap tentang hak2 mereka maka kita sebagai orang Melayu pun ada hak untuk berkata sedemikian.
Tidak ada yang mustahil kalau MB Perak yang akan datang adalah calon DAP.Jangan terkejut kalau yang MBnya bukan Nizar sendiri. Semuanya telah saya jelaskan dalam entri blog terbaru saya: ORANG LAIN GADUH ORANG LAIN MENANG.

http://pre-lawrian.blogspot.com

salam perjuangan
Anonymous said…
pro-Umno always say like this..
make up ur mind bro!!
its time to change..
give the chance to the PAS..
if u've to choose:
melayu or islam..
perjuangan islam adalah yg terbaek..
klau btol akidahny, semua selamat..
renung2kn lah..
jgn tergadai agama kerana bangsa..
Anonymous said…
kalaulah sedara pergi ke stadium mlawati. xtahulah takut2 pegi pon masih trtutup mata hati dengan kebenaran. lagikan terang kebenaran pd cahaya bulan, ingin juga memilih dacing yang senget sebelah. open ur eyes bro! open ur heart! sdara ni pd firsat sy org yg tahu agama, mgkin lbih arif dr sy. jadi, jangan nafikan kebenaran! wallahu'alam.
Anonymous said…
Salam Dik Shukri.
Abg Long jarang sekali memberi komen di sini. Maklumlah bukan sarjana politik.

Abg Long baca suku entry saja dah sebak...sedih. Takda mood nak sambung. Teori-teori Dik Shukri memang bernas dan logik. Frankly.

Baca sekali macam Dik ni menuntut ilmu Laduni. Sambung lagi macam Dik ni takde semangat Juang. Sambung lagi macam dik ni Penasihat Tuanku Sultan.

Renung balik tajuk entry, macam Dik ni menghiXX Tuanku Sultan. Iyelah mana patut Dik andaikan Tuanku seperti Price Tag! Tak sesuai tu.

Eloklah kita rakyat majmuk ni bersangka baik kepada demokrasi.
Maaf kan Abg Long iye kalau Dik terasa. Mmg tanggunjawab Abg Long mengingat sesama Islam. Pesanan Abg Long yang Dhoif ni ada 4 lagi untuk Dik...

"Andainya Umno, satukan MELAYU"
"Andainya Pas, sebulatkan SUARA"
"Andainya Keadilan, tegakkan KEADILAN"
"Andainya Islam, muafakatkan SEMUA".

Cantuman segala yang dihujung berbunyi:
"MELAYU SUARA KEADILAN SEMUA"

Bukan ke lebih teguh sebegitu?

wallahu aklam.
Anonymous said…
Assalamualaikum Saudara Azli, saya anggap anakanda sendiri.

Pertamanya saya ingin betulkan tajuk, sepatutnya Tuanku Sultan itu payung rakyat, menaungi rakyat dan pembela rakyat. Bukan "tanda harga". Namun saya tahu saudara ada maksudnya tersendiri kerana saudara bukan sembarangan penulis.

Keduanya saya ingin seru kepada blogger tanpa nama atau Anonymous supaya bertaubat jika dia orang Melayu. Bertaubat maksudnya jangan mengulangi kata-kata merapu dan jadi hero bodoh. Hero bodoh maksudnya menjadi liberal dan lupa semangat Melayu, lupa nasib bangsa Melayu dan lupa kemelaratan Melayu yang perlu dibela. Makanya, saudara itu perlu bertaubat. Dalam hal ini tiada timbul soal perkauman atau kepartian, kita sepatutnya berlapang dada jika ingin bangsa kita maju dan tidak diambil kesempatan oleh orang lain. Memang kita hargai masyarakat berbilang kaum, tetapi ada batasnya dan ada juga sempadannya. Ada yang boleh dikompromi dan ada yang tidak boleh dikompromi. Jadi orang yang bercakap macam Anonymous ini perlu bertaubat dan renungi semula apa yang dikatanya itu.

Kepada Anonymous saya nasihatkan dengan merenungi bahawa perilaku dan tabiat manusia, baik yang terpuji mahupun tercela disebut akhlak. Jadi perbaikilah akhlak sebagai seorang Melayu bertanggungjawab.

Ketiganya saya ingin bertanya kepada sesiapa sahaja yang boleh membantu menyelesaikan masalah cucu saya iaitu Rabiatul Adawiyah. Dia ini gadis cantik manis berumur 22 tahun. Comel dan bersopan santun orangnya. Pekerti sedap mata memandang. Kerana anak saya mendidiknya dengan bimbingan agama yang sempurna. Baru-baru ini saya mengunjunginya di kampung (Utara). Dia kata dia ni suka beli majalah masyarakat sebab nak masuk pertandingan untuk dapat 50 ribu. Saya tanya dia balik, bila pula ada pertandingan 50 ribu ni, dia pun tunjuk majalah. Rupanya iklan tu dekat muka hadapan. Patutlah saya tak perasan pasai apa, saya tak tengok sangat benda tu sebelum ini. Dia mengadu kata lama dah tunggu, tapi sampai lo ni tak dengar habaq. Tak tahu siapa yang menang. Saya pun kata nantilah saya tanyakan dalam blog saudara Azli mungkin dia tahu sebab dia dulu kerja kat bahagian majalah. Saudara Azli, sedahkah diumumkan pemenang dan kalau sudah diumum dalam keluaran yang mana? Sebab sehingga keluaran terbaru yang ditunjukkan oleh cucu saya itu, tiada pula pengumuman pemenang itu, berbanding sebelum ini ada pengumuman hadiah lain.


Keempatnya, tahniah Saudara Azli. Tahniah kerana blog saudara semakin baik. Saya dah kata sejak dahulu lagi blog saudara sumber rujukan menteri dan ahli korporat. Tetapi saudara sepertinya tidak percaya. Saya banyak mempromosi blog saudara apabila bertemu dengan rakan-rakan perniagaan. Sejak ini saudara boleh lihat termasuk dari Amerika dan negara lain melayarinya. Saya ke Amerika saya beritahu, kalau nak tahu tentang Malaysia boleh juga sekali-sekala masuk blog saudara. Demikian juga bila saya ke Indonesia, Turki, Mesir, Singapura, China dan Hong Kong.
Dan terbaru tak tahu saudara sedar atau tidak, blog saudara disiarkan dalam Akhbar Utusan Malaysia. Malah kata si Rosli, staf saya, bukan setakat dalam Utusan Malaysia, tetapi Sinar Harian, Malaysiakini dan khabarnya pernah dalam TV 3 kalau tak silap dia. Tahniah sekali lagi.

Sekian

Dato' Adil
Cyberjaya (Cawangan Baru)
naruto said…
salam vote for who is the real MB of Perak in http://www.ppiksbrgperak.blogspot.com
Anonymous said…
-no komen-
Anonymous said…
Sedih... bila aku membaca buah fikiran kamu.. Apa gunanya demokrasi yg kamu laung-laungkan.. apa gunanya pilihanraya diadakan.. andai kamu tidak dapat menerima kemenangan & kekalahan.. adakah kamu selantang ini bilamana Melayu dianak tirikan di Pulau Pinang dibawah Gerakan.. dimana kamu..?? Berilah mereka masa wahai tuan... apa kamu harapakan dlm 1 tahun.. berbanding 50 tahun yg telah kamu perintah.. Berapa kali ntah kamu mengelari Nizar itu boneka.. dengari apa penjelasan beliau.. jangan bila dia memberi jawapan kamu menutup telingamu.. Lucu.. kamu menyangka UMNO masih lagi akan menang bila PR diadakan semula.. cuba kamu bilang berapa ADUN UMNO yg majoritinya bawah 1000.. juga lucu, pada masa ini kamu menguar-uarkan perpaduan antara PAS dan UMNO... dimana kamu pandang PAS ketika kamu ditampuk kuasa... Kami rela bergabung dgn UMNO.. malah PAS juga rela dibubarkan... andai Islam menjadi teras perjuagan kamu...
aLaMFaNa said…
Yang Berusaha saudara Azli

Saya setuju bangat sama pendapat penakiri. Tak perlu Emo dalam memberi pandangan.
Kenapa mesti ada tafsiran siapa kalah siapa menang. Come on! Gentleman le sikit Yob..Sentimen perkauman ni dah lapuk..
Apa.. dalam BN tu siapa dong..
Kita patut bimbang negara di penuhi mama2 rupiah..bapak2 bangla..myanmar yang bersepah2..
Nabi sendiri tak mengajar umatnya memusuhi manusia2 berlainan ugama bahkan di galakkan lagi adalah..bukankah cara indah dalam berdakwah bila boleh duduk semeja dengan bangsa asing..kena ingat mereka bukannya memusuhi agama..mereka juga dambakan keamanan..Mana tahu dalam satu hari terbuka hidayah Islam, mereka lebih mulia di sisi Allah S.W.T

Apa yang penting bersikap terbuka..berfikiran positf tak kira siapa memerintah..terimalah keputusan rakyat..apa salahnya kita lihat pilihan rakyat..mereka pun ada kuasa juga nak melakar sejarah..Saudara pun rakyat kan..so tak kira siapa yang di pilih itulah pilihan rakyat di kawasan masing-masing..

Kalau rakyat tak suka cara wakil rakyat mereka biarlah rakyat juga menentukan di pilihan raya akan datang..Dalam lima tahun tu nanti pakat2lah tunjuk kemampuan masing2 dalam membela rakyat di kawasan masing2.

Susah sangat ke nak menentukannya..
Rakyat tentu tabik spring kalau MB Zamry buat usul membubarkan DUN.
azlishukri said…
fana - ini bukan perkauman, tetapi keadilan
azlishukri said…
Pena kiri - ini jawapan saya berhubung soal hak mutlak sultan azlan tersebut :Hak DYMM Paduka Seri Sultan untuk melantik Menteri Besar dan membubarkan DUN seperti yang termaktub di dalam Undang-undang Tubuh Negeri haruslah di hormati semua pihak.
Hak DYMM Paduka Seri Sultan dalam membuat keputusan sama ada untuk membubarkan atau tidak Dewan harus dihormati. Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata beliau memohon menghadap DYMM Paduka Seri Sultan bagi memohon pembubaran DUN. DYMM Paduka Seri Sultan boleh bersetuju atau tidak bersetuju untuk membubarkan DUN Perak, itu adalah hak mutlak Tuanku Sultan ("royal prerogative") seperti yang terkandung di dalam Undang-undang Tubuh Negeri
azlishukri said…
ini juga jawapan saya kepada pena kiri - (2) Kuasa Mutlak DYMM Paduka Seri Sultan - bukan hanya formaliti!

* Sejak sebelum Perjanjian Malaya ("Malaya Agreement") pada 1948, terdapat dua (2) kuasa mutlak DYMM Paduka Seri Sultan yang sehingga sekarang tidak terbatas(unfettered) iaitu; (1) Kuasa melantik Menteri Besar; dan (2) Kuasa untuk memberikan perkenaan pembubaran Dewan. Ini boleh dilihat di dalam Perkara 18(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan ("Perlembagaan Negeri Perak").
*
Perkara 18(2) Perlembagaan Negeri Perak berbunyi: "His Royal Highness may act in his discretion in the performance of the following functions (in addition to those in the performance of which he may act in his discretion under the Federal Constitution) that is to say - (a) the appointment of Menteri Besar, (b) the withholding of consent to a request for teh dissolution of the Legislative Assembly..."
*
Justeru itu, saya tidak bersetuju bahawa perkenan DYMM Paduka Seri Sultan hanyalah 'formaliti' sahaja. Benar, Rakyat berkuasa tetapi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu juga mempunyai kuasa-kuasa tertentu (residual powers) di dalam sistem demokrasi Raja Berperlembagaan. Ini boleh disokong lagi dengan Perkara 10 Perlembagaan Negeri Perak yang berbunyi: "The Executive Authority of the State shall be vested in his Royal Highness and exercisable, unless otherwise provided..."
naqiubex said…
Baiklah, mungkin saya tersalah tuduh mengatakan bahawa penulisan saudara berbentuk perkauman. Dimana saudara Azli tidak bermaksud pun begitu.
Tetapi setiap pembaca ada tafsirannya tersendiri, dimana tafsiran saya melihat bahawa penulisan ini mengandungi unsur unsur perkauman.
Itulah gunanya pendapat.
Tidak boleh dipanggil jahil.
Anonymous said…
azli kenapa tiada jawapan soalan dato adil tu?
Anonymous said…
risau dibuatnya
azlishukri said…
dato adil - tentang soalan hadian DM RM 50 000 tu, saya fikir dato boleh terus bertanyakan kepada DBP sendiri, harap maklum.
PenaKiri said…
Saudara,
1. Saya bersetuju dengan undang2 tubuh perak yang saudara lampirkan.

2.Tetapi, soal bubar dun, seperti yang saya lampirkan adalah tafsiran sultan azlan sendiri. Baginda adalah bekas ketua hakim negara, ini bermakna baginda adalah orang yang layak untuk tafsirkan maksud memohon perkenana pembubaran dun.

3.Soal perlantikan juga tidak mutlak. Maksudnya disini ialah sultan hendaklah melantik dari kalangan yang mendapat majaroti dewan. Jika tidak sultan akan malu besar jika MB yang dilantik digugurkan bila dewan bersidang.
Ini hampir terjadi di terengganu baru-baru ini.

sultan juga tidak boleh melantik MB baru sementara MB lama masih ada. Macam orang nak kawin janda, kena pastikan eddah dia dah habis dulu.

4. Maaf banyak komen, terima kasih sudi siarkan. Saya harap sampai sini sajalah, takut sentuh banyak sangat tentang sultan yang kita kasihi.
Anonymous said…
Katanya kita telah melahirkan ramai golongan bijak pandai.

Katanya kita mempunyai sistem pemerintahan yang unik.

Pelik. Boleh pulak golongan bijak pandai ini, tak kira lah dari mana dan sapa boleh memanjangkan krisis Perak selama berbulan-bulan.

Pastu boleh pulak sistem yang dikatakan unik ini membenarkan krisis ini berlaku.

Akhirnya saya berpendapat kedua-dua pihak telah bertindak mengikut saluran yang didakwa benar walhal dua-dua dah terbelit dalam sistem perlembagaan ciptaan barat ini.
Prof. Era Pasca said…
Mari kita sama-sama bertanya kepada diri kita terlebih dahulu, sebelum kita pergi lebih jauh dalam isu ini. Andaikan jika pilihanraya diadakan semula di negeri Perak, parti manakah yang akan menang? Saya fikir semua orang akan tahu jawapannya, baik orang UMNO mahupun orang PAS. Jawapannya mudah, yang menang nanti ialah - PAS, PKR dan DAP, malah, sudah semestinya ADUN DAP yang akan lebih banyak memenangi kawasan yang ditandingi, sekaligus bakal menguasai barisan ADUN Pakatan Rakyat. Akhirnya, Exco dan Kerajaan Perak akan tetap menjadi seperti asalnya - yakni dikuasai oleh kuasa manoriti, kerana semata-mata orang Melayu berpecah kepada dua pasukan. Dalam hal ini, yang untung hanyalah DAP. DAP mengambil kesempatan atas segala kepincangan yang sedang melanda orang-orang Melayu di Perak. Sultan tahu semua ini dan kita semua juga tahu akan hal tersebut dengan perkiraan yang sangat mudah.

saya suka perenggan ini...

pada saya tak kesah la sipa menang... itu lebih bermaruah pada orang melayu.... bayangkan pertandingan BADMINTON, dimana umno taknak menentang DAP dalam pertangdingan kerana UMNO pasti kalah so kite elak dari bertanding? begitu?....
maka kalau tahu UMNO akan kalah kenapa tak diperkukuhkan? kenapa tak cari kelemahan? kenapa tak bersikap adil? sebab dah tahu kalah dgn cina maka tak nak bertanding? MCA dan GERAKAN buat ape? kenapa mengelak/menghalang PILIHAN RAYA bagi memberi laluan pada rakyat mengadili? kenapa? pentingkan diri sendiri dari? kalau takut beri kembali perak kepada NIZAR!
Zaid@Zaidel said…
Bestnya bila "tangan" berhujah. Seronok dibaca dan penat mata dibuatnya. Yang menjadi persoalan ialah, apa tindakan kita selain mengadu dalam blog?

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini. Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). “Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama Ulasan Saya : 1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia. 2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah. 3. Pengalaman saya mengajar di sekol...