Skip to main content

Berguru dengan Abu Bakar



Berguru dengan Abu Bakar

Oleh Muhammad Azli Shukri


PUTRAJAYA 5 Mei — Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menguatkuasa undang-undang membayar zakat seperti yang dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung pembayaran cukai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom bagaimanapun berkata sebelum dilaksanakan, beberapa perkara dari segi peraturan, akta dan undang-undang perlu disemak terlebih dahulu.

“Pembayaran zakat pada masa ini amat menggalakkan, iaitu mencecah RM1 bilion bagi seluruh negara tahun lalu, tetapi persoalan sama ada ia akan dikuatkuasakan dalam perundangan akan dikembangkan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jamil Khir berkata pembayaran zakat tidak membebankan pembayar cukai yang beragama Islam, kerana jumlah zakat yang dibayar akan ditolak dari jumlah cukai yang perlu dibayar.

Beliau melancarkan perkhidmatan pembayaran zakat melalui Kad Combi Debit Mastercard, kerjasama antara Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Eoncap Islamic Bank Berhad. - Bernama


Ulasan Saya : Membaca berita di atas, saya teringat sekurang-kurangnya cadangan atau usul agama yang pernah saya berikan kepada Pemuda UMNO Kuala Kangsar dalam Mesyuarat Agung Pemuda Kuala Kangsar 2004, akhirnya diberi perhatian oleh kerajaan. Semasa saya membentangkan usul agama untuk Pemuda UMNO Kebangsaan, bahawa kerajaan seharusnya mewajibkan pembayaran zakat seperti mana wajibnya seseorang rakyat itu membayar cukai pendapatan, idea tersebut seolah-olah mengarut, malah ada juga dalam kalangan pemuda UMNO melihat cadangan tersebut tidak berapa sesuai - kerana seolah-olah ia bersifat memaksa dalam membayar zakat, sekali gus mengundang rasa tidak ikhlas ketika mengeluarkan zakat.


Saya jelaskan bahawa, Saidina Abu Bakar pernah memerangi golongan yang tidak mahu mengeluarkan zakat setelah kewafatan Nabi Muhammad, seolah-olah syariat tentang kewajiban membayar zakat hanyalah dilakukan sewaktu Nabi Muhammad masih hidup sahaja. Lantaran itu, faham yang salah ini telah diperangi oleh Abu Bakar dengan kata-katanya yang amat tegas, "Sesungguhnya, aku sama sekali tidak membezakan antara zakat dengan solat." Maka jelaslah bahawa, kerajaan atau ketua negara wajib memerangi atau memaksa mana-mana individu/kaum muslimin yang sudah layak mengeluarkan zakat tetapi enggan mengeluarkannya. Oleh sebab itulah, saya sewaktu membentangkan usul agama Pemuda UMNO Kuala Kangsar pada tahun 2004 mengesyorkan agar kerajaan menggubal apa yang saya istilahkan sebagai AZAN atau Akta Zakat Negara. Terdapat lima perkara yang sempat saya fikirkan bagi melaksanakan AZAN ini, antaranya adalah seperti berikut :


1. Setiap umat Islam di negara ini harus melaporkan jumlah simpanan kewangan mereka, serta pendapatan mereka, seperti mana yang dilakukan bagi membayar cukai pendapatan.


2. Pelajar-pelajar jurusan agama yang masih banyak menganggur pada masi kini diambil sebagai amil bagi mengutip dan mengejar mana-mana individu yang enggan mengeluarkan zakat.


3. Bayaran zakat harus dijadikan akta, yakni mereka yang didapati tidak mengeluarkan zakat boleh dikenakan tindakan mahkamah atau undang-undang (jika di zaman Abu Bakar, hukumannya lagi berat.)


4. Mudahkan pembayaran zakat dengan meletakkan para amil di tempat-tempat yang strategik agar mudah pembayaran dibuat, contohnya tempatkan kaunter-kaunter zakat di kawasan yang strategi, seperti KL Sentral, KLIA, KLCC dan sebagainya.


5. Beri beberapa pengecualian atau galakkan kepada mana-mana individu yang baru berjinak-jinak untuk membayar zakat, umpamanya memudahkan mereka membuat pinjaman bank, atau mengurangkan cukai kenderaan yang mereka miliki, serta lain-lain insentif yang berupaya mendidik dan menggalakkan masyarakat mengeluarkan zakat, sama ada zakat pendapatan, perniagaan atau pun zakat emas.

Comments

Unknown said…
zakat apabila dapat diuruskan dengan baik dapat meningkatkan keupayaan ekonomi umat Islam di Malaysia.Hasil zakat boleh membasmi kemiskinan dan membantu pelajar2 yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran dalam pelbagai bidang.
Cadangan saudara Azli sangat bernas.Moga mendapat perhatian dan tindakan selanjutnya daripada pihak kerajaan
alang said…
Alhamdululillah. Walaupun idea saudara tidak diterima ketika itu, tapi kini telah diterima. Apapun diharapkan dengan kemasukan Dato Jamil Khir, kerajaan dapat memperbaiki lagi sistem yg berkaitan Islam di Malaysia dan sekaligus menolak Pas yg kini telah terpesong.

p/s Aku memang minat abis dengan ceramah Dato Jamil Ni.
Unknown said…
Tidak timbul ikhlas tau tidak. Zakat adalah wajib!
Fiwdaus said…
zakat ni perlu dilihat dr 2 sudut:

1) rakyat.

tanggungjawab rakyat yg beragama Islam adalah melaksanakan tuntutan zakat.

2) kerajaan

tanggungjawab kerajaan ada 2; pertama menguatkuasakan zakat ke atas muslim, kedua memastikan zakat diagihkan dengan efektif dan efisyen. dgn kata lain, pengutipan dan pengagihan perlulah berjalan dgn baik.

pd hari ini kita dpt melihat byk papan tanda yg kata "sudahkah anda menunaikan kewajipan anda?" tp kita x bleh lupa tanggungjawab institusi zakat dlm pengagihan zakat tu sndiri.

selain tu, kita bleh nmpk ada ptindihan peranan zakat dan badan2 lain dlm kerajaan. cth, dlm pelaksanaan program utk PPRT. sbnrnya ini juga sbhg drp peranan zakat. perkara ini perlu difikirkan. adakah perlu dibiarkan pertindihan ini atau perlu ada penyelarasan. begitu juga dgn isu lain spt biasiswa dsb.

sbnrnya ada byk isu yg melibatkn zakat ni. antaranya dr aspek fatwa, negara kita terlalu jumud dgn mazhab syafie. sdgkn kalau dilihat di zaman para sahabat, pelaksanaan zakat adalah sgt dynamic. ia berubah mengikut situasi dan keadaan semasa. Ini dpt dilihat di zmn Umar dan juga apa yg dibuat oleh Muaz b Jabal ketika menjadi Gabenor di Yemen.

mereka lebih melihat kpd maqasid atau tujuan zakat itu berbanding melihat scr literal nas2 ttg zakat itu.

sekiranya institusi fatwa kita kukuh serta bijaksana dalam mengendalikan hal2 berkaitan zakat ini, insha Allah, rahmat di sebalik zakat ini dapat dirasakan oleh sekalian umat.
RAHISAM RAMLI said…
Sangat dialu-alukan kenyataan itu bakal menjadi realiti. Undang-undang zakat negara seharusnya menjadi KPI kerajaan Islam.
salam sayang kepada saudaraku azli shukri,
salam penuh ingatan di awal pagi yang sangat mulia ini,
salam syukur keatas perihal pesan-pesanan kepada kebenaran dan kesabaran, demi masa,


Syurga MU
oleh Unggu

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milik-Mu
Kuhanya hamba-Mu yang berlumur dosa

Tunjukan aku jalan lurusku
Untuk menggapai surga-Mu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena kutahu Hanya Kau Tuhanku
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Kumemuja-Mu di setiap waktu

Hanyalah pada-Mu tempatku beteduh
Memohon ridho dan ampunan-Mu

cr: terima kasih kepada teman-teman di Unggu.IND
p.s- bersabarlah... :)

salam hormat azli shukri
azlishukri said…
zharif - saya sependapat

alang - betul tu alang sama2 kita berdoa

mountweller - benar sangat tu

Firdaus - pandangan saudara sangat bernas

Rahisam - saya setuju dijadikan KPI

Zul - saya sentiasa menunggu nasihat2 mulia dari saudara
Atan said…
Salam,

ISLAM itu KERELAAN/KEREDHOAN. Paksaan memang wajar ada, seperti yang dilakukan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq itu, apabila penganutnya mengabaikan kewajiban itu.

Malaysia memanipulasi unsur tidak memaksa itu. Yang meninggalkan solat, tidak menerima hukuman apa-apa; yang tidak berpuasa ada pula denda dan hukuman. Yang tidak berzakat, hanya persepsi "orang itu kedekut" yang tersemai dalam sanubari masyarakat.

Saya fikir, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom harus melihat pemaksaan terhadap tiang agama itu dahulu. Kalau hal itu dapat dipaksakan kepada penganut Islam, percayalah Masjid Kuala Lumpur, Masjid Negara, Masjid Putrajaya, dan segala musolla di negara ini akan penuh pada setiap lima waktu solat itu.

Apabila "pemaksaan" itu dilakukan, paksaan akan menjadi biasa dan bersifat budaya yang rasmi, dan lambat-laun melalui kebiasaan itu akan lahirlah keikhlasan.

Apabila kedatangan makmum ke musolla-musolla menggalakkan, adakan program-program yang dapat mengisi masa lapang antara waktu Maghrib dengan Isyak. Hal ini akan "menghalang" para makmum (remaja terutamanya) daripada meninggalkan musolla. Jadi macam cerita Bayan Budiman (Cerita Berbingkai) itu. Sang isteri tidak jadi menduakan suaminya kerana tertarik akan cerita Si Bayan.

Ya, cadangan kita sentiasa tampak bagus dan realistik (termasuk cadangan Sdr dan Menteri itu), tetapi sang penguasa mahukah menerimanya kalau mereka menjadi sebahagian daripada yang kita paksa?
ARYN said…
grab ur award http://norhazrin.blogspot.com/2009/05/come-grab-ur-award-if-u-r-1-of-my.html :)

Pilihan Pembaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca