Skip to main content

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok


AKHIL 2009
Hari Tanpa Esok


KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31.

Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja.

''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailkan tuntutan meminta cerai awal bulan ini, dia ada meminta saya bersabar. ''Tetapi, saya tetap dengan keputusan untuk tidak lagi mahu bersamanya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Akhil, 40, dan Waheeda menjadi perhatian media sebelum ini lantaran gosip yang mempersoalkan mengenai status hubungan mereka berdua.

Menambahkan lagi kehangatan cerita, pelbagai pihak pernah mendakwa melihat kelibat mereka keluar menonton wayang bersama. Mengulas lanjut, Maizawati berkata, kes tuntutan perceraiannya akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan. ''Sudah saya katakan, ini adalah keputusan saya. Saya juga mahu dia terima apa yang saya buat ini. Ahli keluarga saya pun memberi sokongan,'' jelasnya. Ditanya mengenai penerimaan anak-anak terutama anak sulungnya yang berusia 16 tahun, Maizawati memberitahu bahawa kesemua enam anaknya hasil perkahwinan dengan Akhil sudah cukup matang dan memahami tindakannya itu.

''Anak sulung saya okey. Mereka sudah dilatih agar tidak ambil tahu sangat akan apa yang berlaku. ''Saya juga perlu mencari pekerjaan untuk menyara keluarga kerana sebelum ini saya tidak bekerja,'' katanya. Jelasnya, selepas daripada ini, dia amat berharap agar Akhil berbahagia bersama pilihan hatinya dan tidak mengabaikan anak-anak. Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk menghubungi Akhil dan Waheeda bagi mendapatkan jawapan berhubung hal berkenaan gagal selepas kedua-dua mereka enggan menjawab telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS).


Ulasan Saya : Biarlah saya berterus-terang, bahawa saya sejak empat tahun dahulu lagi sebenarnya tidak berapa "suka" cara Akhil berceramah agama di surau-surau, malah seringkali apabila saya melihat kaset atau CD yang menampilkan Akhil berceramah agama dengan tajuk-tajuk yang berat lagi hebat, hati saya sering terfikir apakah beliau mampu mempraktikkan apa-apa yang telah beliau katakan dalam ceramah-ceramahnya itu. Saya sering bimbang, kerana sudah banyak ustaz seperti Akhil ini saya temui, tetapi akhirnya tumpas dengan cara begini. Jika syaitan merosakkan anak muda dengan melakukan maksiat dan zina, maka syaitan pula akan merosakkan "ustaz-ustaz" ini dengan cara menghancurkan rumah tangga mereka yang sedia ada. Saya tidak tahu mengapa hal tersebut selalu diuji ke atas mereka yang sering dilabelkan sebagai seorang ustaz atau ulama. Terdahulu, ramai juga anggota al-Arqam yang terkena ujian sebegini. Seharusnya para ustaz yang popular menunjukkan contoh dan teladan yang baik agar anak-anak muda berupaya mencontohi cara hidup mereka. Wallahualam.

Soalan saya hanya ada 5 sahaja :

1. Mengapa Akhil kembali ke dunia seni jika hatinya dan imannya tidak terdaya melawan fitnah dunia seni tersebut?

2. Akhil tahu bahawa dia seorang yang digelar sebagai ustaz dan berceramah agama seluruh Malaysia untuk mencari nafkah, apakah beliau tidak tahu bahawa berkawan rapat dengan Waheeda hanya mengundang fitnah kepada diri dan keluarganya?

3. Akhil tahu ilmu agama dan tahu kewajiban seorang suami kepada isterinya, maka mengapa tidak digunakan ilmu yang Allah berikan itu bagi menyelesaikan kemelut rumah tangganya?

4. Bukankah lebih baik Akhil meneruskan kehidupan zuhud dan mengajar di surau-surau daripada kembali ke dunia seni?

5. Jika sekali pun ingin menyampaikan lagu-lagu dakwah, bukankah lebih baik bekerjasama dengan artis-artis nasyid lelaki daripada artis perempuan?

Pada pandangan saya, kisah Akhil ini harus diambil iktibar, tidak semestinya apabila kita memilih suami yang berlatar belakangkan agama atau dalam golongan ustaz, maka kehidupan seorang isteri akan bahagia, ada masanya kita dapati mereka yang tidak mempunyai latar belakang agama, lebih memahami Islam daripada golongan ustaz atau pun penceramah agama. Wallahualam.

Comments

Ruby said…
Saya setuju dgn komen2 saudara Azli.

Saya sendiri berasa tak minat nak tgk rancangan cafe akhil hay di tv astro oasis.
Dlm rancangan itu, terlalu menunjukkan lakonan. Seringkali dlm rancangan tersebut memaparkan babak Akhil memberi ceramah santai kepada golongan muda. Tetapi ceramah tersebut nampak sangat dibuat-buat. Respon yg diberikan oleh 'pendengar' dlm babak tersebut juga sudah jelas mengikut skrip. Jadi tak tahulah sebenarnya mesej ceramahnya benar2 sampai atau pun tak.
Saya lebih minat tengok ustazah Fatima beri ceramah. Ustazah tu pun ada juga panggil tetamu jemputan, tapi saya yakin tetamu tersebut tak diberi skrip utk menjawab persoalan2 usatazah.

Tentang hubungan akhil waheeda pula, itu hak mereka. Tapi akhil tak patut bersikap kejam terhadap isteri pertama. Saya kagum dgn isteri pertama akhil, yg ada semangat kental, yakin mampu berdikari walaupun tanpa akhil. Tak ramai perempuan begitu. Kebanyakkannya sanggup hidup menderita asalkan tak bergelar janda.
azlishukri said…
ikaa - saya sependapat dengan saudari, saya hormat isteri akhil yang sanggup bermadu walaupun hanya Allah sahaja yang tahu perasaanya.
Suzana Ikram said…
mulanyer saya x percaya kisah2 akhil dan waheeda kuar menonton wayang. bila dh jadi mcm ni.. baru saya sedar, manusia walau pon baik, tapi ada kelemahan nyer.. seperti ketam mengajar anaknyer berjalan....
simpati gan isteri pertama akhil.
Brahim Nyior said…
Yob Azli,

Teman pun nyambpah jugak dengan sikap hipokrit Akil ni. Tambah-tambah lagi dia pun satu kapey dengan kite, oghang keme jugak...

Tapi yang buat teman hangin satu badan ni, dia asyik nafikan hubungan dengan si Waheeda, alih-alih, Isteri dia mintak cerai.

Teman rase, udah tak layak Akil ni jadi ikon di Astro. Toksahlah sembang banyak, kalu kuage pun tak mampu nak urus.

Yob, pehni saham dia jatuh kot? bukan jatuh biasa, tapi menjunam dan terjelepuk sampai tumpo...
2 jenis orang alim. Satu yang memencilkan diri dari masyarakat yang lalai dengan peraturan agama, mengabdikan diri dengan beribadat bersendirian dan berusaha mengelakkan diri dari 'bercampur' dengan perkara2 dosa.

satu lagi pulak yang terjun ke dalam masyarakat. berusaha menggunakan ilmu yang ada padanya untuk mengajak manusia sedangkan dia itu sendiri dikelilingi dengan maksiat. Ada ketikanya difitnah, ada ketikanya di sanjung, ada ketikanya di maki, namun dia masih di situ, masih bergaul dan tidak sesekali memencilkan dirinya drai khalayak ramai.

Which one is better? (Persoalan ini adalah dari kata2 seseorang - Sayyid Qutb atau Imam Hassan Al-Banna..saya kurang pasti)

Saya melatih diri saya untuk tidak mudah percaya apa2 sahaja yang ditulis oleh media mainstream mahupun media indie. Tambahan pula dengan perkara macam ni..melibatkan rumah tangga orang. melibatkan seorang yang dihormati dalam masyarakat dengan gelaran ustaz tambahan pulak pernah 'bantai' parti politik dalam ceramahnya. Memang jadik muka depan laa berita macam nih...ni la media melayu. Benda yang tak patut kita risau pun nak diperbesarkan untuk bagi pembaca semua risau...haih..ada banyak lagi benda yang nak dirisaukan daripada ketidakstabilan rumah tangga diorang nih. Renung2kan dan selmat beramal
Apache said…
Orang yang menjual agamanya akan menerima azab yang pedih..atas dunia Allah dah tunjuk..
ikan emas said…
sy memang tak pernah pun tgk prgm tu..sebab? sebab tak de sebab nak tgk pun.

hari ini sudah ramai yg buat bisnes cari duit dgn guna title ustaz,ustazah..nampak sgt berlakonnya,skrip telah dihafal gaya sudah diatur.Org seni pun ramai guna cara ni,bila ditanya jawapannya skima dan standard jer..nak berdakwah melalui seni.
Wallahuaam
Fatin Baharum said…
agree with u.
sbb tu org dok ckp, don't judge a book by its cover.
tgk baik, pendakwah bagai.
tp, phm la, mayb btol die pendakwah.
tp, patot de asas agama.
dh kawen, tanggungjawab kt family.
nih dh smpai 3 bulan lebih xblk, jenguk umah, xde khabar berita.
ape pny org tu.
terus terang suda. xde orang akan marah if terus terang dr awal.
wife pny bagus, nk elak lelaki maksiat, bg jalan dh kawen lain.
tp, tu la. manusia.
Anonymous said…
ASWT BRO & FELO BLOGGERS

SEKADAR MENGINGATKAN

- KEJATUHAN/ KRHANCURAN NAFSU/IMAN
LELAKI KERANA 3 TA...
1. HAR .. TA
2. TAKH.. TA
3. WANI.. TA

INILAH HAKIKATNYA

SALAM >.

dari AKAK
terrarosa said…
salam kenal ,
saya pernah menonton siri hidup beliau dekat Tv3 ,
dalam menyampaikan cerita tentang bagaimana beliau berubah, bagaimana susahnya kedua ibubapa beliau berusaha untuk mengubah nasibnya dulu...
masa tu juga beliau memakai baju sehingga menampakkan bahagian dadanya ala2 Amy Search gitu ,sehinggakan saya SMS kawan2 untuk mengesahkan . Memang lar dadanya tu bukan aurat tapi... untuk tatapan umum , saya pun meluat nak tengok.
Dearie Pearls said…
Salam...
tadi sya mencari news yang mengisahkan isu2 waheeda and akhil dan terkejut coz dlm blog saudara ada issue ini.
Thanks for da info...

baik berterus terang..

thanks b ma friend..

'curi' link blog saudara..
piNky LuCiA said…
hmm.. kecewa dengan akhil. ingatkan da taubat.. huhu. rupa2nya.. aduhai..
Anonymous said…
Begitulah bila Fullamak!! bertemu si Gedik!
Ricca said…
kebiasaannya, lagi kuat iman seseorang tuh, maka akan lebih kuat pula dugaan yang diterime olehnya.. dalam hal ustaz akhil nih, saya tak nak banyak komen pasal ustaz.. paper pun ustaz still lelaki.. untuk lelaki, memang beginilah antara dugaan hebat buat mereka..

cuma, bila kita tahu dia ustaz, maka kita akan lebih memandang buruk pada dirinya.. kalaulah ustaz pun dah ada dugaan sebegini, dan mungkin boleh dilabel sebagai gagal menghadapinya dengan baik, apatah lagi untuk mereka2 yang kurang dan cetek pengetahuan agamanya..

cuma saya kurang senang dengan waheeda.. sejak pertama kali dia muncul, saya ada rasa sedikit spoil pada dirinya..

apatah lagi apabila waheeda menipu kepada wartawan.. waheeda patut bersikap telus dan jujur..

kalau dia memang rasa malu merampas kebahagian rumah tangga orang lain, maka jangan buat.. tapi sebab malu, dia bersikap tidak jujur yang akhirnya mencacatkan lagi pandangan orang ramai pada insan2 yang berimej islamik..

Bukan nak suruh waheeda bertukar jadi tak islamik.. cuma sepatutnya, imej islamik datang bersama dengan pendirian diri dan sahsiah yang baik.. teringat masa isu ini keluar kat Melodi... Ntah paperlarr yang diucapkan oleh waheeda tuh.. tak jujur langsung.. dari menipu lebih baik berdiam dan no komen..

ntah2 sebab waheeda nak cover malu rampas suami orang kot.. tuh yang taknak expose dah kahwin.. paper pun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..
melayulupalagi said…
as'kum...

aku pn x minat dgn akil nie...

aku de tgk ceramah2 die kt u tube, ceramah PAS banyak die buat, bkn main HENTAM UMNO BN...

haaaa....

skrg bru ko tau "AKIL"...

asyik nax mengeji org, kutuk org, akhir nya ko sendiri x BETUL....

NAX TUTUP SCANDAL DGN WAHEEDA, tp akhirnya kantol....

PENIPU BESAR CAM PEMIMPIN2 PAS gk...
Hot Zoom said…
Salam,
Saya amat bersetuju pendapat sedara Azli.
Saya juga dari peringkat mula lagi sudah merasa agak curiga terhadap Ust.Akhil ni.Bukan apa,dari segi penampilan beliau nampak macam nak cari glamor je walaupun cara dia ok untuk berdakwah.Mungkin itulah petunjuk dari Allah.
Moga beliau lepas ni menjadi pendakwah sebenar-benarnya.
Wallahu'lam
Pakteh said…
Salam
Mudah ja nak tengok, Rambut ustaz lain2 camtu ka...rebonding tu...hehe..bukan pakai rejoice...
Dia ni layak jadi pelakon ja dalam siri2 agama, maksudnya lakonan...realitinya...hehe...dah terdedah...
pakteh memang xsuka coz...dalam ceramah agama diselitkan kutuk2 BN....ilmuan agama yang sebenar bukan sebegitu...
HOT ZOOM said…
Maaf Sedara Azli,
Ini untuk makluman tuan.
Saya admin blog Zoom Panas yg tuan telah link di blog tuan.
Terima kasih kerana link blog saya di blog tuan,saya juga ada link di blog saya blog ini.
Dukacita saya ingin maklum kepada tuan bahawa link blog saya tersebut telah di remove oleh pak cik google kerana tidak aktif.Sebab tidak aktif kerana akaun blog tersebut saya tak boleh login kerana akaun di disable oleh google.
Sekarang saya berblogging di blog baru tapi guna nama sama tapi url lain sikit.
Sudilah kiranya tuan dapat tukar link tersebut kepada link url yg baru.
Perhatian tuan saya ucapkan jutaan terima kasih.
Bersatu dan maju didunia blogger.
Link baru saya HOT ZOOM KOMUNITI ver.2 : http://www.zoompanas2.com
Unknown said…
dia macam frust pasal nik aziz dok endorse mawi lebih darinya semasa konsert pembukaan sempena tahun islam kelantan (mungkin saya silap). nak undi punya pasal sebab mawi ni popular.

masa konsert, ustaz akhil kena nyanyi dengan mawi. padahal orang cerita dia dok hentam AF dalam ceramahnya.

nik aziz pun sepatutnya kena promote ustaz ni pasal dia lagi role model berbanding mawi.

by the way, orang pas pun tengok AF juga. padahal itu hiburan terlampau. tak islamik langsung...

masa konsert penutup, ustaz akhil tak ambil bahagian (kalau tak silap).

masa 2 konsert inilah ada seorang lagi ustaz timbul...ustaz ito blues gang. kah! kah!

dari insiden inilah ustaz akhil mula berjinak dengan hiburan mainstream. buat album, ada show tv sendiri etc.

sepatutnya, ustaz akhil kena 'clear the air' tentang hubungannnya dengan waheeda. jangan drag sampai orang semua kutuk. mungkin nak publisiti kot.
**cIk KoBiS** said…
salam...saya begitu sejutu dengan pendapat saudara azli n pendapatt memberr2 blog....dari awall lagii saya memanggg tidakk berminatt dengann ustaz akhil hay...tambah tambah lagii rancangan cafe akhil hay di astroo...
lantanggg berceramahh sana sini....tegurr orangg tanpaa segan silu.main cakap jer...muluttt leser..cakap orang itu ini..tp alih2 terkena batang hidungg sendri....Allah Maha Adill kaluu hari ini kita hina orangg tp ari esok kita akan terima balasan yang setimpal.....cermin diri sendiri dulu...baruu nakk nasihat orang.....siann bIni katt umah.....kot ye pun nakk kwinn lainn...tp jgn lahh sampaii abai tanggungjawab pada isteri dan anak2 ......saya btol2 simpati dengan atas pa yang terjadi pada isteri Ustaz....


erm...napee waheeda n ustaz tak jawabbb telefonn bilaa wartawann kol.......aikkk napee nakk larii kaluuu tak buatt salahh ......


p/s
smoga isteri ustaz tabah n sabarr menghadapi segala dugaan yang Allah berikan...saya doakan...amin..
najamarine said…
salam saudara azli..

banyak juga respon tentang ust.akhil ni..
ermm..rupa2nya ramai juga sependapat dengan saya yg ust.akhil ni ade yg tak kena sejak popular di kaca tv..

kadang2 saya terpikir,apa salah dia pada saya sampai ade perasaan ragu2 pada ust. akhil ni..akhirnya saya terima la seadanya.

terus terang saya memang tak kenal beliau sebelum popular kat tv astro oasis tu.cara2 dakwah yg di sampaikan pun kurang menarik minat saya untuk sampai ke tahap mengagongkan beliau sebagai ustaz yg boleh di contohi.

pada saya,ust sekolah menengah pun lebih sederhana apabila memberi nasihat dan berdakwah..dengan imej rambut panjang,tidak sesuai di jadikan ikon kita dan jadi ikutan anak2 remaja.bukan saya mengutuk org berambut panjang sebab semasa zaman remaja pun saya berambut panjang,tetapi atas kesedaran saya untuk menjadi contoh kepada anak2 dan masyarakat membuatkan saya memotong rambut dan menampilkan imej lebih bersih dan kemas.

tak perlu bangga dengan penampilan diri yg boleh mendatangkan tanggapan negatif masyarakat..

wallahua'lam
Unknown said…
salam
dahulunya saya menghormati ustaz akhil dengan cara penyampaian agama beliau yang senang difahami. Tetapi kes beliau dengan waheeda kali ini telah memburukkan imej beliau sebagai seorang ustaz
Kalau dah kena gosip sejak dulu lagi kenapa still ambil waheeda dalam rancangan kafe akhil hayy?siap jadi isteri pulak tu..
Unknown said…
tu la...
masih menunggu penjelasan dari ustaz akhil
JijahJambu@Jj said…
uhh ... sesekali terlupa diri .. ape pun cetan memang tak penah lupe menggoda manusia ...kan ;)
attyfir said…
tak penah tgk citr dia..
simpati pd bini dia..sian..
Halal Surf.Com said…
Apa pun Ustaz Akhil nak buat pun berlandaskan Islam, dia nak khawin 2 atas dasar Islam. Tak salah ka? Ini lah masalah orang Melayu, kalau suami nak kawin tak bagi, tapi kalau harta nak berlipat ganda. Beri sokongan pada Ustaz Akhil banyak-banyak and always do the halal things! Wassalam
BukAn UstAz said…
Berselindung di sebalik jubah. Kalau ye pun dah kahwin atau ade hubungan istimewa sekali pun..janganla menipu.
Terus terang je..kata ustaz..tak baik menipu.
Cermin diri tu sebelum nasihat orang lain bagai dia sorang je yang baik..
Saat ni saya hilang respect 100% dengan orang2 alim yang sana sini hanya tau menasihat orang..ini berdosa..itu berdosa..
Lebih baik jadi orang alim yang berdakwah dengan low profile..semua respect dan kalau jadi apa2 takdela orang nak bising sangat.
Tak salah kalau Waheeda nak jadi bini no.2 lagipun isteri Akhil dah izinkan..tapi bukan dengan cara berkepit sana sini dengan menimbulkan rasa curiga publik terhadap status mereka. Contohilah Noor Kumalasari..artis yg dahulunya panas, kini isteri no.2 yang berimej Islamik sejati. Tinggalkan dunia seni demi mencari keredhaan Allah. Sejuk mata memandang.
hutanian said…
tu laaa..time ceramah tak hengat dunie kutuk UMNO/BN..rasuah sana rasuah sini..tak betul sana tak betul sini...sekarang apa dah jadi?..wartawan call pn tak mau lak angkat..
PenaKiri said…
1. Saya tidak bersetuju dengan cara akhil dalam isu ni.

2.Orang hebat banyak dugaan dia.
kalau masih ingat kes fadilah kamsah ditipu beli mercedes walupun dia punya ceramah cakap jangan mudah terpedaya dll. Kes Dr mashitah yang bergaduh dengan jiran soal tanah sampai kemahkamah..

3. Isteri akhil patutnya tunggu sehingga perbicaraan di mahkamah. jawab apa yang mahkamah tanya. Jika media ambil kenyataan dari mahkamah lain cerita. Ingat syurga isteri dengan redho suami. itu dugaan untuknya, tak semestinya bila dilakukan sedemikian boleh bawa ke media. Jika dah berceraipun kena tunggu habis eddah, kerana suami boleh balik semula tanpa persetujuan isteri.
nadz ruslan said…
media punya bakat memutar belitkan cerita. mungkin mereka bertanya dan selaku isteri yang tak ada hint dalam dunia seni, she just spilled the beans in an honest manner.

apa terjadi ujian Allah dan saya stuju ngan azli tulis kat situ.

hope he corrects back things before condition get worst.

'jangan sampai beri fitnah pada agama'
Anonymous said…
Pada saya sikap "akil hai" ni sebenarnya hipokrit dan untuk mendapatkan sokongan demi wang ringgit sahaja. Nak kerja mungkin malas, so berceramah sebagai penceramah bebas dibawaah "bulan mengambang" yang tak kan terang kalau elektrik dari BN tak ada.

Pihak astro oasis sepatutnya stop kan rancangan akil hai ni dngan serta merta kerana pendakwah akil ni sebenarnya hipokrit, kata orang tapi dia yang lebih, bermuka-muka,takbur.

kalau tv3 dah stop dah selebriti macam ni punya perangai. Saya dari dulu tak pernah setuju dan mendengar ceramah secara live akil ni, sebab dah terdetik dalam hati "mamat" ni nak cari publisiti je ni,, ntah ntah 5xsehari pun tak cukup,

add
Atan said…
Salam,

Semoga kekalahan Akhil terhadap goda dan duga dunia yang kita lihat dan dengar ini hanyalah manipulasi media saja. Harap-harapnya begitulah, tetapi dengan gambar yang diperoleh dalam Internet, susaha jugak nak kata manipulasi.

Sebagai manusia, saya berdoa agar beliau kembali ke lunas-lunas sebagai ustaz dan pendakwah yang masih lekat pada dirinya itu. Jika tidak, apa ke gunanya berkafe di Oasis itu?
leiah said…
good points..mmg dr awl lg bole dirsa tersgtlah hipokritnya si uztaz ni..
stakat berjubah,berjanggut, bukn tiket utk menjadi islamik..
salam...
2 rrr...tgh tunggu gak apa kesudahan kisah ustad Akhil ni kan...
Anonymous said…
Dia kan geng ahli yang dijamin syurga. Dulu masa zaman Tun M, mulut macam cibai hentam orang. Bila zaman pak lah, insaf jap. Dapat masuk TV. Belakon jadi ustaz. Ustaz ker...? Memang sah dia geng ulamak. Bila nampak gewe, apa lagi, uuuu...laa...makkk... cunnya waheeda. Lain kali cermin diri dulu. Pas ni jual CD ceramah dia dulu2 la balik.
Padan Muka Kauuu.., Setannnn.....
dawn said…
wa... tak pernah dengar gosip waheeda lagi... dah lama dah tak ikut perkembangan artis. Lagipun, dah tak ambil kisah. Cheap stuff sold by media..
azlishukri said…
maaf tak sempat nak balas komen daripada tuan2 semua.
ctfza said…
encik halal Surf..

bila pulak istri Akhil tak bagi kebenaran kahwin ngn waheeda? dah bagi pun.. even dah bagi pun akhil lari tanggungjawab sebagai suami.. tak balik rumah since february..
tu baru sikit yang kita tau.. masalah pergolakan dalaman rumahtangga, kita tak tau macam mana pulak.. sy sebagai perempuan tumpang perit, macam mana la isteri pertama Akhil tu pendam rasa.. waheeda aris, boleh la bagi komen dalam melodi , TV, etc.. ni yang first wife ni dok pendam rasa, makan hati.. walaupun dah bagi kebenaran akhil utk kahwin lain..
kalau dah sendiri tak reti nak sempurnakan tanggungjawab pd family, mulut jgn dok gatal ceramah agama sana sini.. akhil patut cermin dulu diri sendiri.
Anonymous said…
salam perkenalan untuk abang azli saya tertarik dengan karya yang begitu bagus saya harap dapat teruskan lagi agar bakat yang ada tidak dipendam begitu sahaja.
abunawas said…
sebaiknya Akhil kembali ke pangkal jalan. Tunaikan hak isteri dan anak-anak. Adalah menjadi kewajipan saudara Akhil untuk menceritakan hal yang sebenar supaya fitnah tidak berleluasa. Pohonlah ampun maaf kepada semua orang kerana ada telah menyebabkan fitnah, umpat-mengumpat dan keji-mengeji tersebar. Janganlah menjatuhkan imej orang-orang dakwah dan golongan pak-pak ustaz. Saya mohon mencadang....
Unknown said…
Dunia akhir zaman ni, ramai yang macam ustaz? Akhil. Tak hairan.
Yang jadi kesnya sebab dia ustaz cum artis, ramai orang kenal!
Kita pun dikelilingi orang yang hipokrit macam Akhil juga: yang lagak warak belum tentu lagi boleh diharap - kepada orang dia kata: ingat, kerja kena ikhlas, Tuhan nampak segala perbuatan kita. Tapi dia sendiri dok lanyak dan dera anak buah tu Tuhan tutup mata ke???

Saudara Azli,
Zaman sekarang ni, ramai orang yang gunakan agama dan Tuhan sebagai perisai untuk menutup perbuatan keji mereka; jangan terperdaya oleh penampilan luaran mereka. Kita perlu mengambil masa yang panjang untuk menyelami hati budi seseorang, kita perlu sensitif dan buat penilaian pada setiap tutur kata dan perbuatan seseorang itu. Kalau tidak, kita akan jadi mangsa seperti isteri Akhil, yang pada mulanya bersyukur kerana dapat suami yang warak, tapi apa kesudahannya?
Renung-renungkanlah ...
Anonymous said…
Ustaz Rambut Rebonding....kuikuikui
Anonymous said…
Salam semua..

Penakiri, anda kata:
"Jika dah berceraipun kena tunggu habis eddah, kerana suami boleh balik semula tanpa persetujuan isteri."

Boleh saya tahu, hukum mana awak pakai? Setahu saya, kalau suami nak rujuk, isteri boleh terima atau tidak...bukan boleh main rujuk macam itu sahaja...

~ OnDaStreet
Anonymous said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
Assalamualaikum, Saudara Azli dan Semua Blogger.


Apabila datang kepada kamu seseorang membawa khabar berita, maka selidikilah sama ada betul atau sahih berita itu. Jangan kamu terlalu cepat menjatuhkan hukuman. Masyarakat Malaysia ini suka sangat bercakap tentang kelemahan orang lain. Saya nak tanya blogger-blogger semua yang kutuk Ustaz Akil ini, adakah saudara-saudari tidak rasa berdosa? Kita jangan sekali-kali membuka keaiban orang lain.

Saya tidak bermaksud sokong Ustaz Akil ini. Tetapi daripada cara kebanyakan blogger seperti terlalu emosi dan marah. Itulah sikap orang Melayu, suka sangat melihat kejatuhan orang lain. Kita kena ingat, media ini kerjanya hanya nak buat cerita, bagi akhbar dia laku. Itu sahaja sebahagian matlamat media ini. Kalau tak percaya, cuba tanya kenapa majalah masyarakat yang akademik itu membuat cerita tentang pelacuran, rumah urut dan lain-lain. Sedangkan majalah tersedut dahulu sekitar 70 - 80-an sangat akademik.

Sebab itu, kepada blogger-blogger ini, kita ini beragama Islam, maka hendaklah kita berhemah. Islam itu agama kebenaran, maka kita mesti cari kebenaran. Sekiranya kita kutuk sana-sini, maka kita juga sebenarnya tidak betul dan buat salah. Kita hendaklah muhasabah diri kita.

Bukankah lebih baik jika semua blogger yang emosi ini memberi nasihat kepada Ustaz Akil. Saya yakin Ustaz Akil membaca blog ini. Saya juga pernah menjemput Ustaz Akil ini memberi ceramah di Syarikat saya. Maka bukankah lebih baik kita mendoakan seorang itu daripada mengutuknya?

Dato Adil
Cyberjaya.
Anonymous said…
Oleh itu, saya menyeru kepada semua blogger segeralah bertaubat sebelum saudara-saudara menemui ajal, takut tidak sempat meminta maaf kepada saudara seagama. Hukuman kepada orang yang suka menabur fitnah ini sangat dashyat.

Sekian

Dengan penuh keinsafan

Dato Adil
Cyberjaya.
zulazahari said…
Salam sdr Azli,

Rasanya kalau dibandingkan Akil Hayy dgn Yusuf Islam mcm langit dgn bumi. Yusuf Islam kembali ke arena seni untuk menafikan tanggapan pihak Barat bahawa Islam itu suatu agama yg tertutup, mungkin niat Ust Akil dahulu untuk kembali ke dunia glamour untuk berdakwah, nampaknya dia yg hanyut.
Zaid@Zaidel said…
Salam bro, tak sangka post cerita ustaz rock ni banyak juga dapat komen ye. Seronok dibaca, tapi kali ni saya nak sokong Dato Adil, lah. Sebabnya, inilah yang dinamakan kehidupan...

Terima kasih belanja hari tu....
TERLEWAT AKU MEMBACA POSTING MENARIK DAN HANGAT AZLI KALI NI. RASA MACAM TAK KENA KALAU TAK TUMPANG SEKAKI.

AKU SEBENARNYA BERSIMPATI DENGAN AKHIL, DIA LELAKI, AKU PUN LELAKI. RAMAI YANG MENCEMUH DAN MENGEJI DIA TERMASUK YANG MENGAKU BERIMAN TAPI BERKIBLATKAN BARAT.

SUDAH TENTU ORANG YANG KUAT KEIMANANNYA DI UJI ALLAH DENGAN UJIAN YANG MAHA HEBAT. BAB NAK BERBINI LAGI DAN BINI MINTAK CERAI TAK LAH HEBAT SANGAT..

PADA PENDAPAT AKU, JIKA LELAKI RASA NAK TAMBAH BINI LAGI, SILAKAN. ITU HAK ANDA. JANGAN DITAHAN KEINGINAN YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA FITNAH DAN PENZINAAN.

ISTERI MINTA CERAI? MUNGKIN SI ISTERI DAH LAMA BOSAN HIDUP BERSAMA, DAH DAPAT PUN RAMAI ANAK, TENGOK MUKA SUAMI PUN DAH JEMU, MANIS BERUMAH TANGGA TAK ADA LAGI DI MATA ISTERI.

KALAU BINI DAH BERANI MINTA CERAI HANYA KERANA NAK KAHWIN LAGI, JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA, TERUS BAGI. WANITA YANG BENAR-BENAR BERIMAN TAK AKAN MINTA DICERAIKAN. BEBASKAN DIA YANG KUNUN NYA TERANIAYA.

TERUS NIKAHI WANITA YANG DISUKAI, PASTIKAN IA DARI JENIS YANG SANGGUP BERMADU DAN DIMADUKAN. KERANA JIKA DIA SANGGUP MERAMPAS HAK ORANG LAIN, DIA JUGA PERLU SANGGUP DIRAMPAS HAK NYA..
munadhia said…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Hamba ini teramat lemah lagi teramat hina dina.
Iman ini boleh bertambah mahupun berkurang.

Bukanlah kelemahan dan kesalahan orang lain yang harus dikeji.Tapi, diri kita sndiri yang harus dikaji. kerana diri x pernah sempurna.
Allah sentiasa memberikan ujian buat hambanya. Cukuplah semua ini menjadi pengajaran buat diri kita andai semua ini benar belaka.

Kita tak mungkin tahu adakah hari esok kita berada dalam jalan yang lurus ini lagi atau tidak. Tidak,Nauzubillah. Jadi, jangan terlalu berbangga dengan segala nikmat yang kita miliki hari ini. Masa akan berlalu, kebaikan boleh berubah begitu juga dengan kejahatan.

diri ini juga takut benar untuk hidup lebih panjang. takut tidak tertahan ujian. oleh itu, buat semua, janganlah hanya melihat, mendengar dan mengutuk. Cuba kita selami diri kita sendiri. Adakah kita ini benar sempurna sehingga sanggup menilai seorang hamba Allah sendiri. Teringat pesan sahabat, jika kita kutuk seseorang, kutukan itu akan berbalik pada ALlah. Tahu mengapa? fikir2kanlah.

'Ya ALlah, Kau tetapkanlah langkah kaki kami pada jalan yang lurus.'

Hakikat diri ini tidaklah lebih baik dari kalian.

wallahu'alam.
Ruby said…
Pelik baca komen org2 yg sebenarnya tak baca kes betul2.

Ada sapa2 tak bagi Akhil tu kawin lagi? Isteri dia dah izinkan.

Yg hang tak balik2 jengok anak 6 org kat umah tu apa hal?

Asik ingat nak tgk wayang, tak dak masa nak ajak bini sendiri tgk wayang, pi candle light dinner.

Lelaki bila dah menggatal, mmg lupa anak bini. Uztad ka, pemimpin politik ka, artis ka, cikgu cikgi ka.....mana2 sama ja.

Ter emosi lak. I'm sorry (tag Amir)
JAI said…
ilmu, akal dan nafsu tidak seiringan,bisalah mat rock nak jd ustaz banyak lah dugaan kena tempuh.apa pun kita mendengar dari sebelah pihak sahaja dan membuat andaian masing2 kisah yang sebenar disebaliknya hanya ust rock saja yang tau, POMPUAN biasalah suka buka pekong dada sendiri last2 tersepit celah dada hu3x..... contoh penyanyi Nass dan pelakon noriz karman siapa yang buka pekong dulu..... bila si suami bersuara.... tak ke malu sendiri....
mannmusa said…
Pertama kali saya diperkenalkabn dengan Akhil ni semasa pelancara Maal Hijrah Belia di Shah Alam. Entah kenapa dalam mesyuarat pelaksanaan program saya terasa tidak bersetuju dengan pengurusan jabatan saya untuk membawa Akhil ini sebagai ikon remaja dalam usaha dakwah. Saya tidak banyak melayari internet berkaitan perkembangan dunia artis ni. tapi entah eknapa saya rasa tidak setuju dengan penampilan "ustaz" ini.

sekarang baru saya faham kenapa saya rasa begitu....

Subhanallah...Maha Suci Allah
azlishukri said…
terima kasih atas komen sahabat semua, tak sempat nak membalasnya.
Anonymous said…
Ada aku kisah? (pinjam slogan Azwan Ali dalam rancangan Cak-cak).

Sebab tulah kalau kita nak berubah ke arah yang baik, kita perlu betul-betul berniat nak berubah dan betul-betul bersihkan hati dan fikiran.

Tak salah saya, Akil pernah bercerita dia kecewa dengan dunia seni aliran rock kapak yang semakin suram di penghujung tahun 90-an yang dia ceburi bersama-sama kumpulan rocknya.

Jadi, disebabkan susah nak hidup di KL, duit tak ada, kadang-kadang tak makan, maka dia balik kampung. Ikut bapak dia bagi ceramah agama dan ceramah kepada bakal jemaah haji. Bapak dia seronoklah sebab anak yang diharapkan mewarisi kerjaya si bapak, ibarat dah kembali ke pangkal jalan.Akil siap masuk sekolah pondok kat Indonesia belajar balik mengaji Quran, belajar Iqra' dengan budak-budak.Di kelas pondok, dia pelajar yang paling tua.

Tulah, kalau dah buat keputusan macam tu, jangan ingat lagi dah dunia seni. Yang jadi karut, apabila hati masih sayangkan dunia tu dan tak rela berpisah dengan dunia tu. Maka, bila berjinak balik dalam dunia seni, dia diuji. Maka banyaklah benda yang mengarut dan karut yang dibuatnya.

Dalam hal ini, saya kagum dengan Azmil Mustafa (hero filem Ali Setan 1 dan 2). Bila dia dah buat keputusan untuk berubah, dia tinggalkan terus dunia seninya itu.Tak menoleh dan berpatah balik. Tahniah Azmil!
:: Bu Boyz :: said…
Hmmm... tak tahu apa yang salah ni. biarlah hal kisah rumah tangganya... ga perlu dicanang sangat...
Li aku sangat setuju dengan komen kau tu, aku pun bosan tengok ustazs2 yang berlagak macam baik, akhirnya jadi ustaz yang hubuddunia, mengejar kekayaan, wanita dan melayan jia nafsu sahaja, cakap tak serope bikin je mereka ini, macam kat UM dulu, ramai PMIUM yang akhirnya jadi ustaz 'wang' n ustaz yang gila berbini. ntahlah mereka ni juga yang biasanya bercakap menghentam orang tapi hakikatnya mereka lakukan yang serupa...aku sangat bengang dengan ustaz yang macam ni...hehehehe
Gadis.. said…
saye setuju dengan en.azli, tak semue lelaki yg berlatar belakang kan dari keluarga kuat agama atau die sendiri kelihatan baik atau muke x bersalah adalah manusia yg benar2 baik. tetapi perangai die lebih dahsyat daripada terselindungnye diri luaran nya itu.
Anonymous said…
ustaz ni memang rocKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
sampai si wahida di balunnya...
cayalah ustaz rockkkkkkkk...
Anonymous said…
tgk muke pon tau daaa...
huwaaa..xtau apsal dr dulu lg xminat dye...cm berpurak2 je..skrg sgale2nya da terjawab..sama ade dye betul atau slh..Wallahualam..:(
Unknown said…
ustaz ni nak glemer jer lebey...pirahhh

Tulah don't judge a book by its cover...asal tutup litup ajer baik..ada gak yg bertudung pecah amanah ....
Cakcebor said…
Pasal pompuan ni.. Serban besor mana pun boleh tangge yob!
Anonymous said…
Sebenarbya akil hai ni dah kawin dengan waheda.. "kawan saya maklumkan pada saya ,kawan kepada kawan saya yang nikahkan akil hai dengan waheda" so kepada waheda... kalau dah kawin bersuaralah macam dah kawin, sebabnya laki ngko tu buat ceramah dalam astro 106, dan kau pun pakai tudung dan siap ada nama tudung waheda lagi.. janganlah kau nak menegakkan benang yang basah terhadap madu kau tu... walau apa pun kau tunggu jelah nanti,,, konform laki kau pun akan dirampas oleh muslimah pas suatu hari nanti,,,
INNA AB said…
salam...title 'ustaz'bkn dari sethn 2...bahkan bertahun2...
itu pun kalau ada kekebalan dr segi keimanan & ketakwaan...

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw