Skip to main content

Roti Canai Banjir dari UIA


ROTI CANAI BANJIR
DARIUIA


Saya agak sibuk dalam minggu ini, namun demikian ada beberapa perkara menarik yang ingin saya katakan, dan ia sangat penting bagi melihat ke mana Malaysia selepas ini, hal ini terlintas dalam kota fikiran saya tatkala saya selesai minum pagi dan makan roti canai banjir di UIA pagi tadi. Antaranya :


1. Sultan Azlan mendakwa bahawa rakyat di negara ini lebih gemar berpolitik daripada memikirkan pembangunan negara - saya sangat bersetuju. Bagaimana penyelesaiaanya?

2. Tahap pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan membimbangkan. Apa yang harus dibuat?

3. Terdapat segelintir individu/golongan yang lebih mementingkan kuasa dan politik, sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja agar cita-citanya tercapai. Siapakah mereka?

4. Pemilihan pucuk pimpinan PAS pada bulan Jun ini. Siapa pilihan kita?

5. Jambatan Bengkok atau Lurus? Apakah komen Datuk Seri Najib?

6. Transformasi pendidikan - Apa kata rakyat?

7. PPSMI - Bagaimana penyudahnya?

8. Ekonomi Malaysia - Kita berada di garisan mana?

9. Wawasan 2020 - Masih boleh dicapai atau akan dipanjangkan tempohnya?

10. IKS - Bagaimana saiz pasaran produk kita?

11. Industri Halal - Apa perkembangannya?

12. Isu Proton - Sudah selesaikah?


Inilah serba sedikit yang sempat saya fikir sepintas lalu pada pagi tadi, dan sama-samalah kita mencari jawapan dan penyelesaiaannya. Wallahualam.

Comments

AiNeRzA said…
Hari-hari saya fikir bagaimana nak menjana ekonomi keluarga saya...hhihihihihi...
WeBViDeOKLiP said…
roti canani yg menarik
huhuhu
kayumanis said…
Ganti makan lempeng pula. Lebih Melayu.
[ MsHa ] said…
roti yang menarik.. lempeng yang sedap.. dicicah bersama kari..
[ MsHa ] said…
eh.. saudara azli, itu bukan ker roti bom?
sarjanhn said…
Alamak lapar pulak tengok roti canai ni..
C.H.E Dayat said…
Salam abang, pada hemat saya, kesemua persoalan abang ini masih belum terjawab.. kalau terjawab pun, masih belum selesai.. ini kerana kebnyakkan dari kita suka buat benda acuh tak acuh.. cth, industri halal.. skarang ni senyap.. begitu juga dengan IKS.. dan banyak lagi..

Tapi saya dapat buat kesimpulan:

Ya, Rakyat malaysia kini lebih gemar berpolitik dari membangunkan negara.. suka duduk didalam dunia fantasi dan khayalan...

Kita mesti Berani Berubah...
munadhia said…
salam.apa kaitan dgn roti canai banjir uia? encik azli ni x-uia ke? kt mane ada roti canai bnjir uia ni...nk try... kdai mamak tu eh?hehe~

papepon, kite Umno ke kite pas ke..itu x mghalang kt utk btukar pndapat kan...

utk produk yg halal dn bersih, gunalah HPA. hehe~

utk thp pmbacaan, itulah, melentur buluh biarlah dr rebungnya..

yg lain, no komen.sy sgt cetek ilmu (gara2 kurang mbaca la nih.huhu~)..

wallhu'alam.
Anonymous said…
erm..interesting...di kala mengisi perut di waktu pagi dgn roti canai dari UIA....ironinya terlintas mcm2 perkara yg tertangguh oleh negara untuk rakyatnya...mcm roti canai gak sampai banjir dengan kuahnya...mcm tu la penantian rakyat atas segala jawapan kerajaan kelak...hehehe..pepun sebagai rakyat sentiasa mengharapkan terbaik tuk semua...
Anonymous said…
Pertama :
Pulihkan keyakinan barisan Kabinet Malaysia.

PERCAYALAH...
YAKINLAH...

BARISAN KABINET MELAYU DAN ISLAM AKAN LEBIH SUCI DAN BERSIH....

1) JIKA MEREKA PERGI KE BAITULLAH UNTUK MENUNAIKAN HAJI ATAU UMRAH. CERITALAH PEMERGIAN MEREKA KE TANAH CUCI KEPADA MASYARAKAT BUKAN UNTUK RIAK ATAU TAKABUR... TAPI UNTUK MEMULIHKAN IMEJ UMNO DAN PEMIMPIN ISLAM.

2) JIKA BERADA DI SANA SEGERA BERTAUBAT, MEMOHON PETUNJUK DAN BERDOA AGAR MALAYSIA AMAN DAN MAKMUR.

3) KEPADA PARA ISTERI PEMIMPIN MENTERI ATAU WAKIL RAKYAT, SEGERALAH BERUBAH MENGIKUT PETUNJUK ILAHI DAN SUNAH NABI.

PERCAYALAH..
YAKINLAH...
MASYARAKAT MELAYU DAN MASYARAKAT BELUM ISLAM AKAN MENGAMBIL KAMU SEBAGAI IDOLA MEREKA.

Adam Amin
Kg Jerlun,
Kedah
Hang Jebat said…
Sdr Azli,

Saya nak soal satu soalan lagi. Bagaimana kalau DS Anwar jadi calon di DUN Penanti. Kalau menang dia jadi KM P.Pinang. Guan Eng kena bagi laluan sebab DS Anwar 'de-facto' ketua pembangkang kebangsaan. Macamana?
azlishukri said…
ainerza - betul sangat tu...

webvideoklip - silakan

kayumanis - saya setuju

MsHa - cadangan yang baik

sarjanhn - silakan

Dayat - abang sependapat

mudhania - saya bukan X-UIA, makan kat restoren mamak kat bawah tu..

ary - saya selalu terfikir pasai agama, negara dan bangsa saya

adam - saya setuju

Hang Jebat - tak mustahil itu boleh berlaku..
Radio Atok said…
Mai secawan...Secawan air zam-zam supaya jiwa tenang enghadapi masa depan yang lebih indah untuk org Melayu...
PenaKiri said…
Tahniah saudara kerana berusaha memikirkan persoalan ummah & negara.
Hitam tetap hitam. Putih tetap putih.

Kebenaran akan terselah.. Bercakap tentu sahaja lebih mudah dari melaksana.

Kita orang bawah fikir bagai nak rak, tapi orang atas ikut sedap sahaja.

Tapi kitalah yang menentukan orang atas,jelas disini kita juga punya peranan menentukan apa yang saudara fikirkan.

Moga kita terus diberikan kekuatan untuk berkata benar.
[ MsHa ] said…
muktamar PAS yg menarik perhatian.. dalam PAS dh ada 2kump.. kumplan pure islam dan islam liberal (edrogan). tgk saja percanggahan pendapat antara nik aziz dan hadi. anak murid nik aziz, husam musa ketua kumpln edrogan.

islam liberal ni yg bakal merosakkan pas kelak. husam jgn bermimpi tuk jdi TPM. tgk saja kabinet bayangan anwar dulu. kbykn kump islm liberal dlm PAS terdiri dari mereka yg berpengetahuan, mndapat pndidikan yg tinggi. dr. Lo'lo dan ada beberapa org yg
lain.

sejak bila muzakarah PAS- UMNO ditentang? sejak Anwar terlibat secara langsung dgn politik. muzakarah akan mengancam kepimpinan dia.. husam boleh diibarat kmbing hitam, utk meraih sokongan dari PAS. lihat saja mengenai 16 sept. ada ahli pas yg di herdik kerana tidak yakin dgn 16.sept.

pengaruh liberal semakin kuat.. mungkin hj hadi awng akan dapat tntngan. tidak guna juga kalau jadi presiden jika segala yg diperkatakan perlu bertya kpd mursyidulnya. takut bercanggah. adakala disergah..lihat sj komentar kerajaan campuran BN- PAS.
Pak Oncu said…
dalam kumpulan pemimpin ada yg berfahaman KAUM MUDA dan ada yg berfahaman LAMA,, fikir fikir kan lahh,,,,
Roti canai ni tentu mamak yg buek!!!!
Anonymous said…
Salam Sdr Azli.

Biarkan orang bodoh seperti saya menjawab persoalan rumit di atas.

1. Kita beri 1 penggal utk Tuanku SAS memerintah secara monarki dan lihat perbezaannya.

2. Adakan kempen membaca blog yang menarik-menarik seperti blog saudara Azli.

3. Mereka adalah golongan Assobiyah yang sentiasa hidup dalam kerugian dan kesesatan.

4. Biarlah ahli PAS yang pilih & tentukan.

5. Datuk Seri Najib akan terima nasihat Tun Det.

6. Rakyat akan kata, "We'll see how it goes...before we decided to transform this government OR not".

7. Penyudahnya yang pandai English akan bertambah pandai dalam semua subjek sains/matematik, yang buta English akan bertambah bodoh.

8. Kita masih di garisan Khatulistiwa. Naik tidak, jatuh pun tidak.

9. Biarlah wawasan lama diganti wawasan baru DS Najib yang lebih realistik. Polisi syarikat multinasional pun tertakluk kepada perubahan. Cuma isi al-Quran yang akan kekal sehingga Kiamat(ciptaan yang Maha Sempurna). Tun Det bukannya sempurna pun.

10. Pasaran IKS macamana nak bertahan sekiranya semua orang takut nak berbelanja? Jobless bertambah ramai pulak. Bank terlalu selektif nak beri pinjaman.

11. Yang Halal tak semestinya Halal, yang Haram dah semestinya Haram. Saya cadangkan certifikasi HALAL diganti certifikasi HARAM.

12. Isu Proton sama jawapannya seperti isu IKS di atas. Cuma bezanya modal Proton besar, "working capital" pun besar. Risiko kerugian pun besar.

~Wallahu Aklam~
Saudara Azli,

Bagi pendapat saya, masyarakat kita masih kurang matang (suka berpolitik di kedai kopi tetapi tidak bimbang tentang soal membangunkan negara) kerana tidak banyak membaca. Minda kita seolah-olah tertutup untuk melihat sesuatu permasalahan pada perspective yang lain.

Saudara, UIA tu alma mater saya, makanan di sana memang sedap2. Dah cuba chilled yogurt nya? Sedap sgt..:)
azlishukri said…
Radio atok - jom sama2 pekena..

penakiri - gembira menemui saudara di PWTC

Msha - saya setuju pandangan saudara

Pak Oncu - benar tu..

zaidi ali - jawapan saudara simple tapi bernas

ida - sememangnya hal itu yang membimbangkan kita semua.
Anonymous said…
BICARA SOAL POLITIK DAN KEMELUT EKONOMI NEGARA.

Apabila kita berpolitik, seharusnya kita faham Perlembagaan Persekutuan dan Maklum juga akan Pembentukan Malaysia 16 September, kerana melaluinya kita tahu tuntutan 20 Perkara Sabah dan Sarawak.

Manakala Perlembagaan pula penting kerana melaluinya kita faham akan doktrin pengasingan Kuasa, Pilihanraya, Hak dan semua yang penting untuk kita ketahui. Kebanyakan orang tahu bercakap soal politik, kuasa sultan, bahasa dan hak istimewa orang melayu. Tetapi tidakpun tahu apa sebenarnya Hak Istimewa orang Melayu itu dalam Perlembagaan.

Akibatnya apa yang dikatakan itu kosong dan berbaur emosi semata-mata. Lebih malang lagi diri sendiri tidak mendapat faedah.
Bicara soal bahasa, tetapi tidak pernah pun tahu bahasa itu dalam Perkara yang keberapa dalam Perlembagaan. Hal ini kerana dalam 100 orang rakyat malaysia, mungkin hanya 1 yang mempunyai Perlembagaan Persekutuan walaupun harga yang bersaiz kecil hanya sekitar RM 5.00.

Orang juga bicara soal Bahasa, tetapi berapa orang yang ada Kamus Dewan untuk merujuk sesuatu perkara atau maksud bahasa?


Tentang Ekonomi, yang penting setiap warga bijak merebut peluang perniagaan dan komited dalam setiap yang diceburi.

1. Masyarakat pada hari ini suka bercakap tetapi kurang melakukan.

2. Suka berbangga dengan kemajuan dan kejayaan orang lain, tetapi tidak pernah berfikir tentang bila pula dia akan berjaya seperti orang lain.

3. Seronok bertepuk tangan meraih kejayaan orang lain, tetapi tidak pernah berfikir, bila pula orang bertepuk tangan dengan kejayaannya.

4. Politik rakyat dijamin untuk menentukan pemimpin dalam pilihanraya. Buatlah keputusan baik dalam pilihanraya, kemudian berusaha dan bekerja. Kerana kalau bercakap selama 5 tahun pun tiada gunanya.


Kita juga perlu memberi komen membina termasuk dalam blog. Cuba lihat dalam posting kali ini, persoalan yang dilontarkan untuk dibahas oleh saudara Azli. Tetapi yang sibuk dijawab ialah pasal roti canai, sedap dan lapar. Inilah masalah orang Melayu. Makan, makan, makan. Tak habis - habis dengan makannya. Sampai mati diserang penyakit kerana makan berlebihan.

Ini juga berkaitan dengan sikap kita. Dalam seminar, mesyuarat, majlis dan persidangan. Yang jadi agenda utamanya makan. Yang perempuan sibuk komen tentang katering itu dan ini. Siap boleh hafal karipap kat mana sedap. Tapi tidak pula boleh hafal tentang ilmu dan benda yang boleh membina bangsa.

Maka marilah kita berfikir, apa yang telah kita buat untuk diri kita, kemudian fikirlah tentang orang lain, politik dan seumpamanya. Kalau diri sendiri masih banyak kekurangan, lebih baik baiki terlebih dahulu, takut nanti karam bila belayar di lautan.

Anak Jawa Bermain Raga
Anak Dara Memetik Bunga
Jangan Jadi Bangsa Leka
Kelak Nanti Hilang Di Dunia.


Dato Adil
Bangsar, KL.
MohdHafizKamal said…
Saya hari2 memikirkan ekonomi sendiri dan keluarga masih byk yang perlu diperkemaskan. Kalau semua org mcm ni sy yakin ekonomi rakyat Malaysia bertambah baik......ekonomi Malaysia mcm mana? Pemimpin la kena main peranan utama utk urus ekonomi Malaysia rakyat boleh membantu
anak kuala said…
kalau kita fikir ekonomi diri bagus jugak nanti ekonomi negara sekaligus baik kalau ekonomi kita bagus. sebab kita boleh beli barang dan guna perkhidmatan.
Anonymous said…
bodoh siapa yg sibuk pasal makan macam trojan msha. muka macam hantu roti.
Koboi BM said…
Salam Bahagia Buat Sdr Azli...

Setakat nak seronok jawap boleh la jugak soalan dan usul-usul dari sdr azli ni sebab daripada boring tak buat apa baik jg la saya ketuk-ketuk keyboard bagi mengisi dan memanaskan enjin blog azli ni.

Ok baik ...

Cadangan penyelesaian :

No : 1
Mana yang dahulu harus wujud demi kemajuan sesebuah negara. Apakah politik dahulu atau pembangunan dahulu. Masalahnya skarang , politik dan pembangunan adalah seiring. Cuba kita lihat negara Jepun - dasar pandang ke timur ( arahan tun dulunya )apakah jepun ni membangun dengan pembangunan dahulu ataupun politik jepun di bangunkan dahulu? Kita boleh guna pengalaman negara lain untuk membangunkan malaysia. Biarpun ada beberapa faktor psokologi penduduk agak berbeza namun garis besar keinginan manusia ini adalah hampir sama.
Poltik jepun dikatakan politik tidak stabil bagi sesetengah negara namun , ekonomi jepun tetap membangun. Jepun membangun kerana PEMIMPIN MEREKA MAHU RAKYAT & NEGARA MEREKA MEMBANGUN.....jadi program2 pembangunan negara terus dibangunkan tanpa peduli geng2 kedai kopi (kalau kat jepun kedai sake ). Seorang pemimpin jepun pernah memberitahu saya , jangan fikir apa mamat2 kedai kopi nak kata dan jgn peduli sgt dngn depa. Yang penting pemimpin telus membangunkan rakyat dan kaji kenapa gagal tapi jgn salahkan human error sebab human error adalah alasan paling baik dalam poltik untuk menutup kegagalan sesuatu projek. Di jepun kedai sake lebih byk dari kedai kopi kita. dan di kedai sake depa lebih mabuk dari geng kedai kopi kita. esok pagi mereka tetap bekerja dan bertanggungjawap. Jika jiran mereka yang dulunya susah boleh senang maka lama2 jiran2 yang duk disebelah pun akan rasa tak senang. Pemimpin jepun kata ...suruhlah mardi buat proposal yang ok2 sikit. Ni cuma duk ajaq buat kicap dgn sos saja maka nak boleh sgt cari makan kata pemimpin jepun ni lah. Dia kata "marasia ara maradi boreh torong orang marayu tapi jangan seraru ajar buat kicap ahhhh ittone....karana kicap untung tarak besar dan sraru maradi ajar sampai satu ratus ka dua ratus orang ka...semua mau buat kicap...sapa mau makan itu kicap dan maradi sraru ajar beri itu material surah siap...karamel ka...soya ka tidak ara pakai rangsung jadi kicap marasia sraru tarak rasa itu soya...marasia kena fikir itu bahan dari marasia juga banyak bagus...baru itu pertani ka...baru ara market boreh juar itu hasil sama kilang ka...ini teknik jepun sura lama pakai ,,,kasi patani boreh cari makan sama...
Koboi BI said…
hoi koboi bm, lu apa cerita. sekejap cakap jepun, melayu. tapi cara macam india punya cakap. cuba cakap betul-betul.
[ MsHa ] said…
anony... hem, xsangka ada org lambat macam awak ni. masuk dengan komentar yang ke23, dan tak boleh menerima. saudara azli tak bising pun pasal makanan. dia pun saya rasa, berfikiran terbuka, takkan semua argumentasi dan komentar dlm blog dia hanya berkisar kepada satu skop penjelasan.? salah apabila berbicara mengenai makan? tidak bukan? marah? mungkin awak yang empunya blog, bukan saudara azli.. haha..

macam trojan? tidak mendatangkan masalah.. belajar tentang pembentukkan diri? idea? saya ada identiti dan awak pun ada. awak membina falasi... disitu kesilapan awak. tidak cukup bersedia dengan keberanian? kenapa guna anony..

mungkin awak ni juga oposisi dalam komentar saya.. keluarkan sahaja argumentasi, jika mampu menjawab keadaan itukan lagi bagus. proses penyebaran ilmu sentiasa berjalan.
Salam Azli,

sekilas dengar apabila ada beza baur bicara azli;
maka tersenyumlah sekalian alam mahupun rumput rumpai atau mahupun bunga-bunga liar yang menjalar melewati perdu, dahan, ranting dan daun...

bolehkah saya juga coba untuk menjawabnya?

No.1 & No 2 sekaligus:

semua kedai kopi,
tempat-tempat awam,
mesti kena ada BUKU,
segala jenis buku, Percuma, kalau ada yang nak mencuri, sekurang2nya dia adalah pencuri BUKU,

buku itu pula mesti semua BUKU-BUKU BERGAMBAR dari LUAR NEGARA,

diulang sebut,
semua buku2 berGAMBAR dari LUAR negara (bukan dari negara Malaysia)

Tujuan:
berilah rakyat peluang melihat gambar di luar negara,

ada yang bersih,
indah,
tersusun rapi,
dan
ada juga yang kotor,
dan tak sempurna,

jadi:
mana yang tidak berapa baik yang ada di negara kita, maka kita perbaiki,

mana yang sudah baik dan elok daripada negara luar yang lain, maka kita bermuhasabahlah diri,

insyaAllah, akan terbitlah doa-doa suci yang lahir dari sudut hati yang paling dalam apabila mereka melihat akan gambar-gambar tersebut,

:)

no 1 & no 2 dulu azli,

salam hormat,
salam semua,

maaf, mencelah sikit,

ehem-ehem, Koboi BM kadang2'ter'lupa jugak kepada sejarah,

ehem-ehem, Koboi BM,
dulu-dulu, Jepun, japang, mana ada orang kenal, siapa yg mula kenal siapa?

jepun kenal kesultanan melayu melaka, negara kedah, atau melayu kena pergi ke jepun? haaa.. ehem ehem,

dulu, lama dulu,
pelayar jepun, pedagang jepun kena pandai cakap bahasa melayu kalau nak masuk berdagang ke tanah melayu,
bahasa pentadbiran dan pertuturan di pelabuhan adalah bahasa melayu, ehem ehem..


jadi, siapa yang sangat minat kepada tanah melayu?
british, belanda,
portugis, dan jepun,

ada tak diketika itu, orang melayu lama syok-syok nak pergi ke jepun lawan tikam-tikam dengan 'bushido'?
orang melayu baikkk...
sebab itu 'dulu' diceritakan didalam sejarah, orang melayu ini sungguhlah bersopan santun, sampai cakap pun berpantun-pantun, peribadi dan keperibadian siapakah itu,?

kenapa semua orang minat sangat dekat kita,

kenapa?
tak terfikirkah kita,
kenapa ya?

adakah kita ni sebab lemah atau senang sangat nak di ambil alih?
atau sebaliknya?

jepun setelah jatuh lingkup spana kena bom dengan amerika, apa yg mereka buat?

mereka bermuhasabah cara mereka, fikir, brainstorm kaw-kaw lalu keluarlah sistem 'kaizen', amerika kata PDCA, Plan Do Check Action,

senang saja,
segala Kaizen, PDCA, ada terkandung didalam surah Al-Fatihah. 'Complete',

jadi, tidak hairanlah dulu di tanah melayu wujud sistem kesultanan, bendahara, syahbandar, temenggung, dan berbagai-bagai,

bila tu terjadi nya perkara2 itu, ermmm,
pada tahun 1300?
mungkin sebelum itu?

persoalannya, kita di tanah melayu suatu waktu dulu lebih 'advance' daripada jepun 709 tahun,

tetapi,

apa yang telah terjadi di'perantaraan' itu?

kemana hilangnya harta 'Al-Fatihah' itu,

dan sekarang, adakah ianya masih hilang, atau:
'terpulang'?
fahana_ann said…
dah lame tak pekena roti canai..huhu..memang persoalan tu tanpa sedar terus difikirkan..senyap2 ade perkara pnting perlu sma2 dilihat..
Anonymous said…
Assalamualaikum dan Selamat Bertemu.

Saya dengan ini mengalu-alukan saudara-saudari untuk memberi pandangan dalam blog saya.

Untuk menjaga imej korporat dan jenama syarikat yang amat terkenal, saya tidak memasukkan sebarang maklumat berkenaan syarikat dan perusahaan. Namun apa yang penting, saya dapat mendengar rintihan anak-anak bangsa yang mungkin dapat saya memberi sedikit bantuan melalui peranan korporat.

Blog ini akan diuruskan oleh seorang staf saya kerana saya tentu tidak punyai cukup masa untuk menguruskannya sepanjang masa.


Dato Adil
Bangsar, KL.
alif-mikail said…
perut koi lapor.. tgk roti.. peh! leleh
Anonymous said…
Bagi sesiapa yang belum membaca "16sept. Anwar 'jual'nama Yang DiPertuan Agong dan Sultan" dalam blog Agendadaily.com segeralah melayarinya.

-ahbz-
serious.. saya orang muda... saya sendiri naik pening... tak de hala tuju yang tetap macam mana semua nak selesai
Mama Eqalicha said…
Cedapnye roti canai tu :)
Unknown said…
salam saudara azli
wah nampaknya banyak juga isu2 di Malaysia ni yang masih belum terjawab. Insyallah isu2 yang saudara Azli ketengahkan saya akan sentuh dalam blog saya nanti ya
lain kali kalau saudara azli pergi Uia tolong bungkuskan satu roti canai untuk saya yek hehe
Anonymous said…
Oiiii, saya lapar!! Roti Canai dalam gambar itu sedap!
azlishukri said…
maafkan saya kerana tidak sempat untuk menjawab komen tuan2 semua
vee_elviana said…
Hi Azli,

Dalam segala hal di dunia ini, perkara yang paling penting adalah ilmu.

Ilmu pengetahuan adalah perkakas yang paling lengkap untuk kita sebagai bangsa Melayu terus berjuang dalam hidup. Segala-galanya boleh diterapkan melalui ilmu pengetahuan. Begitu juga dengan pembentukan generasi yang mantap untuk masa hadapan

Ciao
Vee

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...