MACHANG 13 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan hanya mereka yang layak sahaja menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang dijadualkan Jun ini.
Nik Aziz ketika mengingatkan perkara itu berkata beliau tidak mahu anggota parti itu yang tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, membuang masa menonjolkan diri menarik sokongan. “Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia,” katanya.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri di sini, hari ini.
Katanya, PAS turut memberi kebebasan kepada anggota akar umbi untuk memilih barisan pimpinan yang mereka mahukan dan menolak mana-mana pemimpin yang dirasakan tidak lagi diperlukan parti itu. “Saya tak nak sebut apa-apa, nanti pengaruhi orang lain pula, biar saya senyap-senyap sudahlah. (Tetapi) kalau barang perlu diubah, ubahlah.
Terserah kepada (anggota parti) dari peringkat cawangan untuk mengundi siapa,” katanya. Muktamar PAS dijadual diadakan di Shah Alam, Selangor Jun ini. — Bernama
Ulasan saya : Saya tidak faham cara Nik Aziz memahami Islam, pertama bukankah sudah jelas hadis nabi yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad tidak akan memberi jawatan kepada sesiapa yang meminta sesuatu jawatan? Jadi apakah maksudnya Nik Aziz apabila beliau berkata, "kalau ada yang berkemampuan, tidak salah mereka menawarkan diri untuk bertanding." Orang yang berkemampuan tidak perlu tawar diri, masyarakat akan tahu siapa yang mampu dan siapa pula yang tidak mampu. Kalau kita dakwa ini adalah Parti Islam, maka ikutlah cara Islam, mana-mana pemimpin PAS yang menawar diri untuk bertanding, jangan dipilih, jelas mereka tidak mengikut sunnah, kerana jawatan bukanlah sesuatu yang boleh dipinta-pinta, ia amanah dan tanggungjawab.
Ketika zaman Rasulullah dahulu, masyarakat takut untuk memegang jawatan, malah ketika Abu Dzar meminta jawatan kepada Nabi, baginda menolaknya. Tetapi lain cerita dengan PAS, sudah ada kedengaran orang tertentu untuk menawar diri bertanding - kenapa? kerana merasakan bahawa ada harapan dicalonkan sebagai ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri. Nampaknya, kata-kata bahawa PAS mengikut al-Quran dan Sunnah boleh dipertikaikan. Tiada makna kita melaungkan ikut al-Quran dan Sunnah, tetapi sikap dan perbuatan kita tidak seiring dan sejalan dengan tatacara Rasulullah. Pada saya, mana-mana ahli PAS yang pandai-pandai cuba menawarkan diri bertanding dalam Muktamar mereka kelak, maka saya kira - itulah pemimpin PAS yang tidak mahu mendengar dan menerima nasihat Rasulullah, bahawa jawatan tidak boleh dipinta. Jika orang yang meminta jawatan ini masih dipilih, maka jelaslah bahawa PAS tidak mengikut sunnah secara keseluruhannya. Parti yang hanya melaungkan Islam, tetapi tidak mengamalkan ajarannya, maka itu bukanlah parti Islam yang sebenar.
Jika terkena batang hidung mereka, semuanya halal belaka, apabila terkena batang hidung orang lain, semua haram belaka, pendek kata UMNO/BN ini tiada apa yang baik lagi, semua kotor dan jijik belaka. Siapa PAS untuk menghukum semua itu? Apabila Mufti Perak menegur salah seorang ahli DAP yang "teramat bijak" membacakan ayat-ayat al-Quran sewaktu berkempen di Bukit Gantang baru-baru ini, Nik Aziz halalkan, sewaktu Anwar Ibrahim berkempen di tempat yang sama dengan membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama "Allah" dalam penerbitan mereka, Nik Aziz diam sahaja, sebaliknya yang lantang menegur dan bersuara hanyalah Datuk Seri Harussani. Apakah bezanya ilmu Nik Aziz dengan Mufti Perak itu? Sehingga ada yang tergamak mencerca Harussani di internet dengan panggilan "Babi". Penyokong siapa punya kerja ini? Sewaktu Harussani berkata bahawa Anwar tidak perlu bersumpah junjung al-Quran berkenaan isu Saiful Bukhari, beria-ria Anwar mempersetujuinya. Tetapi, apabila Harussani menegur Anwar berkenaan isu penggunaan nama Allah - beliau dan Nik Aziz diam seribu bahasa.
Pendek kata, Islam yang betul hanyalah Islam yang dibawa oleh PAS, orang lain semua salah. Parti seperti ini akan tumbang, tidak akan lama bertahan, kerana kebenaran menurut mereka hanyalah yang sama selera dengan nafsu mereka semata-mata. Jika kita mengeluarkan ayat al-Quran yang sama dengan apa yang mereka lafazkan, mereka akan tetap mendakwa bahawa ayat yang orang-orang UMNO bacakan itu salah dan tidak betul tafsirannya. Inilah yang ditanam berpuluh tahun oleh Ulama-Ulama PAS ke dalam minda dan jiwa ahli-ahlinya, sehingga hati mereka keras untuk menerima kebenaran. Yang penting bagi mereka kini, hanyalah kemenangan dalam pilihanraya, setiap hari kerjanya hanya mengutuk dan mencari keburukan kerajaan, itulah yang akan kita temui dalam blog para penyokong mereka, tiada yang baik bagi kerajaan, semuanya jahat, semuanya macam syaitan dan semuanya macam najis, sehingga ada yang sanggup mengutuk dan mengeji Datuk Harussani, Mufti Perak, gara-gara beliau marah kepada sesetengah rakyat Perak yang tidak taat kepada Sultan Perak setelah Kerajaan PR tumbang di sana. Semua ini adalah jelas menggambarkan bahawa terlalu bahaya andaikata Malaysia ini diserahkan kepada PAS dan sekutu-sekutunya.
Comments
kebenaran bukanlah terletak pd siapa yg memperkatakan sesuatu itu, tetapi apa yg diperkatakannya. tiada siapa yg maasum, kecuali nabi SAW. pandangan sesiapa shj, tanpa mengira betapa hebatnya org itu, boleh diterima atau ditolak kecuali al-ma'sum SAW.
sbhg ulama' mengatakan bhw taassub adalah sbhg drp syirik, kerana melebihkan manusia drp al-Quran dan as-Sunnah.
Seorang muslim harus menyokong kebenaran tanpa mengira dari mana ia dtg, dan menentang kebatilan tanpa mengira dari mana ia dtg.
Kita juga perlu mengutamakan kepentingan ummah berbanding kepentingan mana2 individu, kaum, jamaah, organisasi atau parti politik. seseorang boleh berada dlm sesebuah jamaah atau parti politik. namun, sekiranya dia lebih mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan ummah, maka tindakannya tidak boleh kita terima.
tidak ada siapa yang massum kecuali nabi muhammad s.a.w
entahlah...
Maklumlah dah terok fitnahkan UMNO jadi takut mengata dulang paku yang serpih.
Melihat dari satu sudut mungkin Nizar boleh bertanding jawatan tertinggi Mursidul Am Pas menjadi Presiden dan Ustaz Nngah boleh jadi penasihat bertauliah paling sesuai.
mungkin maksud dia, ada kemampuan menonjol tu orang yg dekat dan senang dgn rakyat..
skadar pandangan je..
Kalau macam UMNO melobi jawatan tue ape cerita?
SEMUA HUJAH BERDASARKAN AL-QURAN DAN SUNAH.....
DEPA KATA, TU NAK CARI KESALAHAN PAS TU?
DEPA KATA, SEBENARNYA ORANG UMNO JAHAT DARI A sampai Z. (maksunya tiada satu pun kebaikkan yang dilakukan orang Islam yang bernama UMNO)
SEDANGKAN MEREKA BERHUJAH DENGAN ANDAIAN, TEORI, SYAK WASANGKA, ANDAIAN DAN LAIN-LAIN...
DEPA KATA, SEMUA HUJAH TU TEPAT DAN WAJAR DITERIMA...
PELIK DENGAN MANUSIA TAKSUB NI... SEMUA KEBENARAN DIPANDANG KURANG TEPAT ATAU SAJA BUAT-BUAT CERITA.
MEREKA TETAP PERCAYA HUJAH TOK GURU, WALAUPUN TIDAK MENGIKUT NAS YANG TEPAT...?
PELIK..
PELIK DENGAN MANUSIA TAKSUB NI...
KENAPA MINDA MEREKA SUKAR UNTUK MENERIMA KEBENARAN?
ADAKAH HATI MEREKA SUDAH GELAP GULITA UNTUK MENERIMA CAHAYA KEBENARAN?
Hairan...
Hairan...
Agama adalah jalan yang terbaik.
Al-Quran dan Sunah nabi adalah petunjuk terbaik.
Tapi, idea tok guru yang menjadi bahan utama dan dianggap tepat dan benar. Walaupun bercanggah dengan Al-Quran, Sunah nabi dan para Sahabah.
ADAM AMIN
Kg Jerlun, Kedah.
(Aku percaya dan yakin...
orang UMNO juga mengaku bahawa mereka juga tidak terlepas dari melakukan salah dan silap)
PAS juga semakin bijak. Raih sokongan dari public2 figure yang terkenal di Malaysia.UMNO kena ambil perhatian trend ni supaya tak tertinggal jauh dengan strategi politik pembangkang.
Saya sanjung Nik aziz dalam ilmu agama tetapi kalau ilmu politik +agama saya menentang sekeras-kerasnya kerana beliau mengambil kesempatan atas tiket Islam.
Nik Aziz pun dah tak berkemampuan. Asyik sakit jer. Flip-flop lagi. Elok ler dia berhenti...
sye ni org yg sokong pas...
umo bru 18.. blum penah mengudi pn...
emm.. rsenye...
dlm pape situasi pn..
kte kne trime ape yg btul & tolak pe yg slh...
ptutnye kte sume xyh la nk sembang bnde2 buruk psl sesape...
xkesa la kwn ke jiran ke org2 politik ke...
tu bwt pepecahan je...
kdg2 pun kte ngate org..
tp kte yg lbih...
bkn nk ckp sesape...
kbnykn org mlayu cmtu...
xkesa mne2...
kat parti ke..
kat kwsn rumah ke..
tmpt kje ke...
so kte xyh r burukkan mne2 pihak..
tu jela kot...
Tahniah anon kerana tahu adab berpolitik. Saya nak maklumkan kepada anda bahawa pemimpin UMNO tak pernah mengutuk pemimpin PAS semasa ceramah politik cuma memberi pendapat secara ilmiah dalam blog sahaja. Tetapi kalau pemimpin pas dan pengikut pas yang berceramah atau yang mempunyai blog,,, subahanallah... kalau kita dengar dan baca dari pemimpin ni ,,, masyaallah... mengalahkan firaun puak -puak pas menuduh orang umno.
Kepada anon , marilah kita sama-sama merapatkan kembali ukhwah islamiah sesama agama dan bangsa demi negara kita yang tercinta.
Mohon anon maklumkan kepada pemimpin dan penyokong pas janganlah gadai agama demi kemenangan sebuah parti politik serta rakan -rakan politik. kalau setakat dapat secalit pangkahan dari cina dan menanglah pas, tetapi disebalik agenda tersembunyi cina adalah pas sudah masuk perangkap cina yang sebenarnya.
Anon cuba renukan kabinet bayangan yang DSAI buat ,, cuba teliti berapa ramai dari kaum pas? dan melayu PKR? kalau nak usul pasal islam dalam kabinet tersebut adakah dapat majoriti?
bak kata nabil yang menang keeta malam semalam,, anon pikir la sendiri dengan penuh rasa tanggunjawab tanpa dipenagruhi oleh akhbar harakah,siasah,suara keadilan dan juga sinar harian.
kalau baca utusan dan berita harian bukan nak suruh baca pasal politik tetapi bacalah ruangan rencana serta jenayah dan juga pasal sosial dinegara kita apa yang berlaku...
wassalam anon.
saya dah tulis blog terbaru.Mohon jasa baik saudara azli untuk membaca dan memberi sedikit komentar.Terima kasih
1. Saya rasa ada kekhilafan pemahaman tentang kata-kata YAB TGNA itu. Sdr memetik yang awalnya, tetapi tidak memetik yang hujungnya, iaitu “Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia” (lihat kalimat “tak payahlah undi dia”). Hal ini bermakna bahawa beliau bermaksud akan ada orang yang menawarkan diri atau menonjol-nonjolkan diri untuk bertanding, sesetengahnya berkemampuan dan sesetengahnya tidak, tetapi ahli jangan memilih yang tidak berkemampuan (ahli harus tahu antara yang berkemampuan dengan yang tidak).
2. Dalam konteks pemilihan ketua dalam sesuatu organisasi, ahlilah yang menilainya. Jika ketua yang menilainya, dikhuatiri akan ada pilih kasih. Oleh itu, ahli organisasi yang gila akan jawatan ketua, akan menawarkan habuan kepada ahli yang memilihnya manakala ahli yang gila akan habuan, akan meminta si gila jawatan habuan tertentu (tak pernah dengar ada unsur begitu dalam PAS.) Jadi, saranan TGNA itu tampak relevan.
3. Huraian Sdr. tentang umat zaman Rasulullah itu betul — mereka menolak jawatan yang ditawarkan. Malah, Khalifah Umar Abd. Aziz bermurung selama beberapa hari apabila dipertanggungjawabkan sebagai khalifah. Walau bagaimanapun, dalam konteks parti, mereka perlu menawarkan diri dan ahlilah yang perlu bijaksana, sama ada akan memilih atau menolak mereka.
4. Saya juga tertarik dengan kata-kata Sdr: “Pendek kata Islam yang betul hanyalah Islam yang dibawa oleh PAS, orang lain semua salah. Parti seperti ini akan tumbang, tidak lama, kerana kebenaran menurut mereka hanyalah yang sama selera dengan nafsu mereka semata-mata.” Dalam hal ini, PAS telah ditubuhkan pada tahun 1951 dan masih bernyawa hingga kini. UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 dan telah pun tumbang pada 4 Februari 1988 yang berpunca daripada perebutan kuasa.
5. Ya, Anwar sudah menjadi seperti satu institusi. Penyokongnya merupakan ahlinya, dan sebagai ahli mereka setia kepadanya. Persoalannya, sejauh manakah beliau, jika ditakdirkan mengepalai negara ini, akan menegakkan keadilan? Kesamarataan yang bagaimanakah yang hendak dilakukannya?
Maaf kerana bercakap seperti ahi PAS walaupun bukan ahlinya tetapi cuma untuk menyatakan yang benar.
ape kabo mike..ahaks..
YA.. w/bagaimanapun saya tidak menolak terdapat beberapa pengikut yg agak keterlaluan mengikut emosi dalam pekara ini.. melampau arahan pemimpim..
Untuk penggunaan kalimah Allah oleh org kafir, suka saya mengajak saudara membaca tulisan bekas Mufti Perlis..
Dalam hal agama dan akidah ini, baiklah kiranya kita bicara dengan ilmu dan berhati-hatilah dalam bicara kita. Ini melibatkan akidah kita.
"jangan kamu meminta-minta jawatan, melainkan dianugerahkan"
-saya bersaksi, kepada hadis soheh Nabi Muhammad SAW,
'Kebenaran tetap kebenaran ia tidak akan bercampur dengan kebatilan. Wallahualam'.
-benar, saya bersetuju.
mereka telah 'berjaya' menanamkan rasa benci sesama kita
(melalui riak muka)
-itu pendapat peribadi saya.
mereka seakan-akan telah terlupa akan kepada perkara:
'kasih dan sayang',
apalah lagi jikalaui kita sebutkan tentang:
CINTA,
wallahualam,
Dalam PAS, ada pemimpin yang pernah tawar untuk bertanding, ada yang tidak, tetapi pemilihan kami biasanya akan bermula di cawangan, samada cawangan akan menentukan siapa yang akan dicalonkan, kemudian bawa ke kawasan, ahli dan perwakilan ada hak mengundi siapa yang nak dipilih di kawasan lagi.
Nak kata ada pemimpin yang gila sangat nak tawar diri tak lah camtu, mereka juga biasanya akan setuju bertanding, bukan tawar diri tau selepas ada pencalonan dari kawasan, lebih banyak kami bersyura dalam hal ini.InsyaAllah kemelut pemilihan Umno tak akan merebak kepada PAS sebab tak main duit..., sekadar ingatan, kadang2 ada benda yang kita tak arif kita bincangkan hanya akan menjadikan kita nanti dipandang serong, tetapi aku still hormat pandangan hang dalam apa juga keadaan sebab aku meraikan kepelbagaian pandangan, itu asasnya..Kita still okay..Bila nak datang KL li, kalau datang sini mai lah sembang ngan aku okay, kau lah sahabat aku yang terbuka dalam banyak hal yang kita bincang..
Apa hikmah di sebalik kisah ini?
- Boleh menawarkan diri untuk pegang jawatan.
- Boleh memegang jawatan dalam kerajaan yang bukan islam.
salam hormat azli,
ikaa,
cerita nabi Yusuf a.s (berhadapan dgn Fir'aun lakhnatullah),
Cerita nabi Yunus a.s (terperangkap didalam perut ikan nun),
cerita nabi Musa a.s (di bukit thursina),
cerita nabi Luth a.s (menhadapi kaum hawa nafsu sejenis)
dan bagi semua
cerita-cerita nabi-nabi para anbiya yang terdahulu semuanya baik-baik untuk pengajaran kepada kita, akan tetapi:
jikalaulah ikaa ada terdengar/baca tentang sirah nabi Muhammad Rasulullah SAW,
rasanya mahu berderai airmata ikaa dan ikaa akan terus cari dan terus mencari akan hadis nabi Muhammad SAW dan sirah Nabi yang lain,
ikaa akan cuba memahami akan sunnah dan pesan-pesan nabi Muhammad Rasullullah SAW sehinggalah ikaa akan rasa mula ingin mencintai baginda Rasulullah,
ikaa saudaraku,
tidakkah mahu engkau ter-fikirkan walau sejenak, pesan-pesanan siapa yang mahu kamu cuba fahami,
pesan-pesanan siapa yanag mahu kamu cintai,
pernahkah ada nabi Muhammad SAW ada menadah tangan kepada Allah SWT memohon agar menurutkan bala kepada umatnya atau kepada kaum yang bersama baginda?
namun, apakah yang tidak diketahui olehmu ikaa,
bahawa nabi Muhammad SAW lah yang sering memberi makan kepada seorang yahudi buta (tanpa pengetahuannya) yahudi buta yang melarat meminta sedekah dikakilima di Madinah al-muwarah, yahudi si buta itu yang sering memfitnah dan mencerca nabi Muhammad SAW,
sehinggakan apabila Rasullullah SAW wafat,
maka bertanya si yahudi itu:
"dimanakah perginya orang yang selalu memberikan aku makanan"?
bertanya si yahudi buta itu kepada saidina Abu Bakar a.s yang mahu menunaikan sunnah Rasulullah, (menangis saidina Abu Bakar a.s disitu)...
ikaa saudaraku,
tidakkah terbaca atau terdengar olehmu akan apakah perkataan yang akan lahir dari mulut baginda Muhammad SAW yang akan memanggil, "ummati, ummati... ummati".. di mana di waktu dan diketika itu,
atau, ikaa saudaraku,
pernahkah akan dikau terdengar atau terbaca akan kisah-kisah nabi Muhammad SAW apabila pada kesekian diakhir hayat sebelum baginda Muhammad SAW wafat,
apakah yang telah dikatakan oleh baginda kepada malaikat Jibril yang mahu mencabut nyawa baginda Muhammad......?
'kumpulkanlah segala kesakitan sakhratul maut sekalian ummatku... dan...
'Allahummasalli 'ala Muhamad,...
........ maafkan aku ikaa, aku tidak dapat menyambungnya...
'apalah lagi yang mahu kita dustakan...'
'maafkan kami Ya Rasullullah,'
salam hormat dariku,
salam penuh kaseh sayang,
Saya tak pernah pun ckp yg saya tak mencintai Rasulullah SAW.
Saya hanya berkongsi salah satu petikan cerita yg ada dlm al Quran.
Kenapa cerita Nabi Yusuf menawarkan diri untuk jawatan pembesar tersebut ada dlm Quran?
Jika saudara berpegang pada prinsip "jgn meminta-minta jawatan", bagaimana pula dengan org2 yg pergi interview utk naik pangkat?
Boleh terangkan kepada saya yang amatlah cetek pengetahuan agama ini?
"....hendaklah kamu berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" (surah al-Asr ayat 3)
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”.
“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”. (Surah al-Haj, ayat 39)
terima kasih, ada hajat, Alhamdulillah,
benar, rujukan kamu itu kepada Al-Quran, tetapi, tidaklah boleh kita merumuskan kepada hanya rujukan sebegitu sahaja, banyak rujukan2 yang wajib disepakati, seperti hadis (soheh) Nabi, ijma' ulama, fiqh al-waqi, qias, serta yang lain lagi, wallahualam,
sama lah juga didalam membuat apa-apa keputusan didalam keluarga, jikalaulah kita ini mendahului ibu dan bapa kita,
tentu sedih hati mereka bukan, yang lebih sedih lagi,
jikalau mereka "dapat tahu", tetapi, mereka hanya diam, tidak berbicara apa-apa kepada kita, serta senyum tetapi berduka dan bersedih hati keatas keputusan kita, dan berdiam diri dan hanya menunggu kita yang terlebih dahulu memulakan ceritanya, sedihkan,
begitulah... ibarat,
ikaa, saya juga mencari mana satu artikel daripada saudara kita azli shukri ada pernah menulisnya,
tulisan itu tentag hadis soheh Nabi Muhammad SAW perihal 'jangan kamu meminta-minta jawatan', rujukuan lengkap disitu iani cerita tentang abu dzar meminta-minta jawatan kepada Nabi Muhammad SAW,
dan juga ada petikan bahwa dalam kita mengharungi kehidupan kita seharian ini, maka rujukan kita juga adalah rujukan kepada fikh' al-waqi, (didalam keadaan sekarang) sejajar dengan saranan tuan guru ustaz Harussani, wallahualam,
ikaa boleh juga bertanya terus kepada 'pensyarah' (retired) azli shukri ini,
sekarang ini dia mahu aktif balik mengajar katanya, :)
p.s- azli, harap dapat bantu, saya masih mencari artikel yang saudara azli tulis disini,
artikel 'ulama nusyu' juga tak jumpa, mana ya? harap dapatlah membantu, terima kasih,
salam hormat,
wah, jikalau begitu, maka hari-harilah kita berperang...
banyak sekali diulang sebut 'bahasa penceroboh', jadi, 'penceroboh' itu siapa...
mohon janganlah 'perangi' saya, walau sekalipun saya ini tidak baik,
kerana saya juga beristiqomah,
saya juga saudara,
cintai saudara seugama sudah jadi wajib kalau sama-sama beristiqomah,
kalau begitu, bagaimana ya, hmmmm...
boleh jadi perang saudaralah kita...
maaf azli,
Ayat Quran yg diceritakan oleh saudara snr1431 itu ada merujuk kepada diri saudara kah? Kenapa nak terasa sangat?
“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”. (Surah al-Haj, ayat 39)
Ayat ini sgt luas maksudnya.
Maksud 'diperangi' itu mestilah difaham dengan jelas. Adakah saudara Zul Rahman merasakan yg anda sedang menyerang?
Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf. Itu hanyalah salah satu cebisan dlm Quran yg ingin saya kongsi bersama. Tidak bermakna saya ini golongan syiah yg menolak hadis Rasulullah. Saya juga tak pernah menafikan semua hadis2 yg diterangkan oleh azli tentang prinsip 'meminta jawatan' tersebut.
Dalam ilmu, kita kena lihat perspektif yg luas. Jangan hanya lihat dari sudut pandangan mata kita sahaja. Kita kena ambil kira segala cerok ilmu yg ada walaupun bertentangan dengan pendapat kita. Bukan kah begitu?
Alhamdulillah,
tajam sungguh mata penamu menghiris hatiku wahai saudaraku yang dimulai dengan salam,
tajam sungguh hirisan mata penamu,
namun biarlah hirisan itu terus menusuk hingga kepada potongan-potongan,
dan potongan-potongan itu lalu dirincik-rincik hingga kepada hirisan-hirisan,
lalu hirisan hirisan itu dilumatkan kepada cebisan-cebisan,
dan biarlah cebisan-cebisan itulah yang bakal aku kutip lalu aku coba satukan kembali demi mencari jalan redhoNya,
saudaraku ikaa,
kita telah diajarkan untuk membaca Al-Quranil Karim dengan perlahan,
dan setelah, jika telah arif, maka diajarkan pula kepada kita agar membacakannya secara tartil,
ikaa saudaraku,
usahlah dikau merujuk kepada tulisan bicaraku saudara snr1431 itu (disdirection) kerana aku ingin berbicara denganmu,
tetapi, perkara itu telah berlaku, maka aku dengan ini dan pada ketika ini ingin sunguh-sungguh seklai bertanyakan kepadamu:
-ada berapakah ayat kesemuanya didalam surah Al-Hajj?
-kenapakah surah itu dinamakan surah Al-Hajj,
-mengapa terhijabnya ayat yang ke 39 didalam surah Al-Hajj itu?
-apakah rujukan selepas ayat 39 yang wajib dibacakan secara tartil itu...
[dan banyaklah diantara kita yang tidak mengetahui akan-rahsia-rahsia didalam Al-Quran itu, tremasuk aku, ini masalah bangsa kita tidak mahu mendalami ilmu]
ikaa saudaraku,
'dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'
telah berfirman Allah SWT, (maksudnya)
[38] Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.
[39] Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
[40] Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
[41] Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
saudaraku ikaa,
persoalanmu pada perihal ayat dari surah Al-Hajj ayat yang ke39 itu ada akan jawabbannya pada ayat yang seterusnya yang dimulai dengan: الَّذِينَ ('allazi na,) dengan maksudnya: iatu mereka (umat islam) yang;
bacalah dengan perlahan dan secara tartil,
telah berfirman Allah SWT:
وَ قُرْءَاناً فَرَقْنَهُ لِتَقْرَأَهُ عَلى النَّاسِ عَلى مُكْثٍ وَ نَزَّلْنَهُ تَنزِيلاً
maksudnya:
“dan Al-Qur’an itu telah Kami turunkan secara bertahap agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bagian demi bagian.” (QS:Al-Isra’: 106).
telah berfirman Allah SWT:
وَ قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ لا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْءَانُ جُمْلَةً وَحِدَةً كذَلِك لِنُثَبِّت بِهِ فُؤَادَك وَ رَتَّلْنَهُ تَرْتِيلاً
maksudnya:
“orang-orang kafir berkata: mengapa Al-Qur’an itu tidak diturunkan kepadanya sekaligus? demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya secara tartil.” (QS:Al-Furqan: 32)
[saudaraku ikaa, kita adalah orang awam yang sering juga tersalah dengan penggunaan hujah ayat suci Al-Quran, pada penyampain, bacaan penyampaian atau pada penyampaian yang telah disampaikan kepada kita melalui perantaraan kalam, rujuklah kepada guru-gurumu yang paling hampir denganmu]
dan juga saudaraku ika, surah Al-Hajj itu terkandung penceritaan tentang kaum nabi Nuh a.s, kaum nabi Hud a.s, kaum nabi Soleh a.s, kaum nabi Ibrahim a.s, kaum nabi Luth a.s, kaum nabi Musa a.s, semuanya tentang kaum-kaum yang mendustakan rasul mereka, (hal dan perihal penceritaan melalui perantaraan kalam, bukan kepada dirimu, usahlah dikau terasa dihati)
dan juga saudara ku ikaa,
telah aku tuliskan sebelum ini sama seperti sarananmu seperti tulisanku:
"benar, rujukan kamu itu kepada Al-Quran, tetapi, tidaklah boleh kita merumuskan kepada hanya rujukan sebegitu sahaja, banyak rujukan2 yang wajib disepakati, seperti hadis (soheh) Nabi, ijma' ulama, fiqh al-waqi, qias, serta yang lain lagi, wallahualam,
-April 22, 2009 7:04 PM
saudaraku ikaa, yang terakirnya dan inilah warkahkuyang terakhir buatmu demi masa,
ingin jua kupesankan kepadamu dan demi masa, bahwa, seperti tulisan penamu (dan engkau wajib bersaksikan apa yang telah dituliskan olehmu),
katamu:
"Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf. Itu hanyalah salah satu cebisan dlm Quran yg ingin saya kongsi bersama."
-April 23, 2009 8:07 AM
ikaa saudaraku,
hal dan perihal penceritaan kisah nabi Yusuf a.s itu bukanlah 'hanyalah "cebisan" dlm Al-Quran', disitulah terkandung ayat-ayat suci Al-Quran 'kalamul'lah' dan bukanlah cebisan cerita,
ingin sekali aku disudahi dengan sebuah kisah indah,
sebuah kisah daripada Al-Quranil Karim,
tentang penceritaan kisah melalui perantaraan kalam,
tentang kisah nabi Yusuf a.s:
'dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
telah berfirman Allah SWT:(maksudnya)
[1] Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.
[2] Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
[3] Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
[4] (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
..........
http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=eng&nSora=12&nAya=1&t=mal
teruskanlah bacaanmu ikaa, (bacalah) hingga keakhirnya, sehingga kita dijemput olehNya...
salam hormat semua,
salam hormat kepada ikaa,
salam hormat jua kepada azli, (maafkan aku yang sudah sangat terlebih bicara, demi masa)
salam hormat,
salam penuh kaseh sayang,
Bersama kepimpinan Ulama...:)