Skip to main content

Kabinet Najib : Masih Kenal Saya?


NOSTRADAMUS
SUDAH MATI!


Hampir semula ramalan dan tekaan daripada para pemerhati politik dan ahli-ahli politik telah gagal membaca betapa dalamnya hati nurani DS Najib bagi memilih senarai ahli kabinetnya sebentar tadi. Saya percaya, beberapa hari yang lalu, lobi melobi telah berlaku, malah tidak kurang juga ratusan SMS berlegar diruang udara, menceritakan siapa yang bakal dilantik ke kementerian tertentu. Namun demikian, saya percaya pasti ramai yang terkejut dengan barisan kabinet DS Najib pada kali ini, kerana sangat jelas bahawa DS Najib tidak terpengaruh dengan sesiapa pun ketika beliau membuat keputusan melantik ahli jemaah menterinya. Hal ini sangat jelas, tatkala semua ramalan awal dan ramalan di saat-saat akhir turut tersasar jauh daripada hakikatnya. DS Najib memang bijak, maka tidak hairanlah mengapa Tun Mahathir menginginkan beliau menjadi PM, dan terbuktilah juga mengapa Anwar Ibrahim selama ini begitu bimbang andaikata DS Najib menerajui negara. Sesungguhnya, banyak tindakan DS Najib sejak belakangan ini tidak dapat diramal dan tidak disangka-sangka. Itulah DS Najib, Perdana Menteri baru kita.



Malah, tanpa ragu saya katakan bahawa, semua ahli kabinet yang baru dilantik ini bukan sahaja bersih, malah kelihatan bersih dan menyejuk hati ramai pihak. Yang paling mengejutkan saya adalah pelantikan TS Muhyiddin Yassin sebagai pemegang kerusi panas Kementerian Pelajaran - yang sebelum ini menjadi buah mulut ramai pihak yang cuba melobi tokoh-tokoh tertentu. Tidak kurang juga kejutan, dengan pelantikan semula Datuk Dr Awak Adek sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz sebelum ini disebut-sebut akan menerajui Kementerian Belia dan Sukan. Manakala, Datuk Razali Ibrahim yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut mendapat tempat sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.



Hakikatnya - banyak ramalan yang tersasar, malah ada yang tidak terfikir oleh sesiapa pun, namun begitu, di sinilah letaknya kebijaksanaan DS Najib - dan sesungguhnya saya yakin perubahan dan tranformasi yang DS Najib janjikan sebelum ini, akan berlaku. Dan sebagai ahli UMNO dan rakyat Malaysia, saya menyeru agar sama-sama kita bulatkan hati dan rapatkan barisan semula serta berdiri teguh dibelakang DS Najib bagi membantu beliau meraih semula keyakinan rakyat.



Secara peribadi, saya amat yakin dengan Kabinet Baru DS Najib ini, malah ketiadaan kelibat Khairy Jamaluddin - secara tidak langsung membuktikan bahawa DS Najib benar-benar mahu melihat senarai ahli Kabinetnya dalam kalangan orang yang ikhlas mahu bekerja, di samping bersih daripada tanggapan negatif masyarakat. Kesimpulannya, semua ramalan ala-Nostradamus yang kita bina dan dengar sebelum ini jauh tersasar daripada realiti. Dan DS Najib mempunyai pertimbangannya yang tersendiri. Harapan kami, semoga UMNO dan BN kukuh kembali.



Kepada Khairy, saya yakin ini merupakan peluang yang diberikan oleh DS Najib, agar beliau membersihkan imejnya kembali, dan InsyaAllah apabila api fitnah telah reda, maka tidak mustahil Khairy akan diterima semula oleh masyarakat. Kepada semua yang dilantik, saya ucapkan tahniah dan selamat bekerja, manakala kepada TS Muhyiddin, saya sangat berbangga dan pinta saya hanya satu, agar beliau bertekad membersihkan Dewan Bahasa dan Pustaka daripada dibelengu dengan "unsur-unsur" kotor dan tangan-tangan yang tidak ikhlas untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Wallahualam.

Comments

wanbaki said…
AZLI,
ADA 2 KERUSI PANAS....
MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN MENTERI PELAJARAN...

GOOD LUCK
azlishukri said…
betul tu, saya pun terlupa..
Lord Garam said…
Inilah kepimpinan DS Najib yang kelihatan lebih segar dan bermaya.
TAAVEEKUN PERAK said…
Rakyat perlu disedarkan bahawa PAS, PKR dan DAP adalah satu pakatan yang RAPUH. Malaysia akan menjadi kucar kacir jika budaya politik mereka diterima umum dan menjadi majoriti. Mereka membawa budaya memberontak, merapu, fitnah, berbohong dan cakap tak serupa bikin. Kalau inilah yang disukai oleh rakyat Malaysia, tidak hairanla Malaysia akan hancur. Kerana, jika diorang berjaya membentuk kerajaan dengan cara demikian, tidak mustahil diorang juga berdepan dengan masalah yang telah mereka perkenalkan.. jadi macam Thailand.. hampeh! Masa tu UMNO pulak yang mengamuk.. bestnyer sekali sekala dapat mengamuk.. he, he, he.. (Jangan marah, sebab kalau UMNO mengamuk masa tu pon sebab ikut perangai buruk pembangkang masa sekarang.. Masa tu lagi best sebab UMNO boleh buat apa sahaja atas dasar kebebasan yang dilaungkan PAS,PKR dan DAP. UMNO tak perlu takut kena tangkap sebab masa tu ISA diorang dah hapuskan..ye ke?.. Fikir2kan la implikasinya dari perbuatan kamu wahai PAS, PKR dan DAP. Buanglah budaya yang boleh menghancurkan Malaysia)
Bagi saya hanya pemimpin yang TIDAK KORUP MINDA dan POKETnya sahaja yang mampu untuk melaksanakannya. UMNO yang bersih dan berani akan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat malaysia.
KBye said…
Salam Sahabat,

MOga-moga, insyaallah. Kenyataannya kebersihan hanya akan timbul dgn niat & perlakuan yg tertib,berhemah & penyerahan sebulat-bulatnya pd Tuhan. We'll see how..."Action speak louder than words " kan. Kita ramai-ramai aadalah insan yg dah hampir hilang kepercayaan terhadap kebersihan. Moga - moga Allah perkenan. Amin

Selalu optimis jgn sekali prejudis!
Amin.
Anonymous said…
Mahathir berbuih-buih kat mulut mintak Khairy Jamaluddin jangan dijadikan Menteri sebab dia rasuah kat pemilihan UMNO.

Tapi Ali Rustam pulak rasuah jugak, kat pemilihan UMNO, lagi teruk sampai dia terus diharamkan daripada menyertai pertandingan

Kalau Mahathir benar-benar ikhlas la kan nak majukan Malaysia,

kenapa Mahathir tak mintak Najib singkirkan Ali Rustam dari memegang pangkat Menteri Besar Melaka?

kenapa Mukhriz harus dijadikan Menteri padahal dia takde pangkat apa-apa di dalam UMNO kecuali cuma MP biasa manakala Khairy tu ada banyak pangkat termasuk Ketua Pemuda UMNO?

Kalau Mukhriz jadi Menteri, kita tahu la Mahathir ni kangkung.

Kalau Ali Rustam terus menjadi Menteri Besar Melaka, kita tau la Mahathir ni pikir pasal diri dia dan keluarga dia saja, bukan rakyat Malaysia.

din
Anonymous said…
nampaknya ramai juga dikalangan pemimpin muda yg diberi kepercayaan.
mukhriz is in the list.
saya yakin ini satu percaturan bagi menambat hati penyokong mukhriz. terubat juga hati.
Unknown said…
Satu tugas yang berat "Memikul harapan rakyat"
matmulutmurai said…
anonymous.. mat rasa anda ni tidak tahu berhujah dan kurang pengetahuan dlm byk perkara.. cuba fikir konsep "pengasingan kuasa".. pangkat bukan ukuran jadi menteri wahai anony.. apa yang kita cari adalah idea. mereka nak menghapuskan rasuah.. jadi terang-terang kita tahu KJ itu rasuah. jadi mat tak rasa perlu dimasukkan dia.. lagi satu, melaka mengunakan "ketua menteri", bukan menteri besar. menteri besar hanya untuk negeri yg ada sultan dan raja sahaja wahai anony.. kita negara persekutuan, jadi kuasa negeri dan negara berbeza. tiap2 negeri ada kuada undang2nya.. bukan mudah untuk kita tolak Ketua menteri mcam itu sahaja. kena mengadap YDP. bersabarlah wahai anony. bukan ker baru sahaja lepas menyenaraikan kabinet.. sekrang mahathir tidak campur, jadi kenpa perlu untuk minta pndpt tun. DS najib bijak, dia tahu kalau dia buat macam tu, tidak kah akan jadi isu? siapa perdana menteri? TUN M atau DS najib? untuk memajukan negara itukan proses pentadbiran, bukan proses pembuangan.. mat pun marah mahathir mengenai PPSMI, tapi mat rspect dia sebagai negarawan.. tak bersyukurkah kita dengan penyelesaian kegawatan ekonomi? kalu tidak sekarang kita akan jadi seperti indonesia. hutang kerajaan pada bank dunia tidak pernah habis..
tidak kah kita bersyukur? banyak membaca lagi anony..
mikemurano said…
timo kasih dtg blog ese..
penulisan yg baguh dri bro...
mmg kono baco semuo neh
azlishukri said…
anonymous - saudara mungkin sebahagian daripada penyokong KJ yang pernah meminta agar para penyokong Mukhriz bersabar atas kekalahannya baru-baru ini, malah mukhriz juga meminta agar para penyokongnya menyokong ketua pemuda yang baru itu, maka tolonglah hormat keputusan DS Najib, seperti mana saudara minta agar kami semua hormat keputusan para perwakilan yang tidak yang telah memenangkan KJ baru-baru ini.
perfectwater75 said…
Salam Sahabat!

Apa barang lantik orang yang kalah sama ada dalam PRU atau Pergong?

Sudahlah pegang PENANG sampai serahkan kuasa dengan senyum2, najib berkenan pula lantik antara individu 'pemandul' Melayu di Penang sepanjang 20 tahun sebelum ini.

Saya kurang bersetuju kalau saudara katakan lineup ini yang terbaik dari najib...

UMNO akan mula 'lumpuh sedikit demi sedikit...kalau gejala yang ternyata merosakkan UMNO dari dalam seperti ini tidak dikekang...kalau tuan sayangkan UMNO, buatlah yang terbaik...usah sekadar mengharap agar DBP diubah semata-mata...ubahlah sama yang lain..ubahlah...

thx!
azlishukri said…
perfecwater : biarlah ubah secara berperingkat2 itu lebih baik daripada ubah secara tergesa2 membawa bahana.

ada pertimbangan mengapa DS najib buat begitu, mengapa tidak kita beri peluang?

DBP bukan soal kecil, DBP adalah imej dan gambaran perkembangan bahasa kita, jangan diperlecehkan untuk organisasi tersebut dirombak dan dilakukan transformasi.

langkah awal adalah melihat penyakit yang sedang menjalar, dan bukan terus menerus mengkritik.
Anonymous said…
DBP MENARIK PERHATIAN SAYA


Komen saudara Azli dalam baris akhir kata-katanya...

saya sangat berbangga dan pinta saya hanya satu, agar beliau bertekad membersihkan Dewan Bahasa dan Pustaka daripada dibelengu dengan "unsur-unsur" kotor dan tangan-tangan yang tidak ikhlas untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

-----------------

Saya tidak faham dengan unsur-unsur kotor dan tangan-tangan tidak ikhlas. Adakah penyakit ini menular di Dewan Bahasa?

Saudara Azli, saya juga ingin berkongsi bahawa selepas saudara tidak lagi mengemudi Majalah Ekonomi, majalah itu sudah menjadi "Meragukan".

Dato' Adil
Bangsar, KL.
Anonymous said…
APA YANG MERAGUKAN?

Saya lama tidak singgah kerana baru pulang dari Singapura atas urusan perniagaan. Tetapi tatkala saya sampai di Malaysia, seorang rakan perniagaan berkata bagaimana Majalah Ekonomi ini menilai orang terkaya di Malaysia. Katanya, bayangkan Raja Gula malaysia hanya mempunyai kekayaan sebanyak RM 26 juta.

Mungkin ini yang dikatakan oleh saudara Azli bahawa ada orang tidak ikhlas dan tidak teliti membuat kerja. Saudara Azli tidak pernah melakukan fakta yang salah ini. Saya masih ingat tatkala beliau menemuramah saya, beliau sangat bermaklumat dalam isu yang akan dfokuskannya.

Saudara Azli, siapakah sebenarnya yang kini mengemudi Majalah tersebut?

Dato Adil
Bangsar, KL.
MencariBahagia said…
Alhamdulillah 'org tu' xdilantik jd menteri atau timb menteri.Senang hati.Bukanla dengki,tp dh rakyat tolak,nk wat cmnerkan?

..aku ni syg sgt dgn UMNO dan BN..hrpn aku PRU ke-13 BN memang majoriti 2/3 balik..AMINNNnnn..
Anonymous said…
TAHNIAH DATUK MUKRIZ

Saya sampaikan titipan tahniah atas perlantikan Datuk Mukriz. Saya juga berharap beliau menyelesaikan masalah AP yang pernah kecoh dahulu. Semoga komuniti perniagaan seperti kami mendapat sinar baru yang lebih adil dan saksama. Berkenaan spekulasi kementerian lain, biarlah kita memberi peluang kepada mereka. Namun saya ada sedikit kebimbangan berkenaan nasib UMNO/BN implikasi daripada perlantikan kabinet baru ini. Namun semoga yang baik-baik akan berlaku dalam kita mendepani cabaran negara (politik dan ekonomi) yang kian mencabar ini.

Sekian & Selamat Malam.

Dato Adil
Bangsar, KL.
MaMa Echa&Umar said…
hmm..salam..saya xtau nak komen ape..hehe..apepun..baca setiap entry bro buat saya bangga..cayalah bro..mampu menghasilkan penulisan yg kreatif n inovatif ttg dunia politk masa kini.. :)
as'kum bro..

harap2 ngan kabinet baru ni wat rakyat lbih yakin dengan era kepimpinan DS Najib...

pada pandangan bro Azli,
adakah barisan kabinet ni akan lbih efisyen dan telus..
kerana saf yang dilantik byk muka2 baru dan bersih daripada kes2 yg menjelek kan...
thanks Bro Azli..
sbb blog yg mantap nih...
azlishukri said…
dato adil - majalah dewan ekonomi sekarang diuruskan oleh timbalan saya dahulu. soal kesalahan fakta tersebut saya belum tahu, kerana saya belum menatap keluaran terbaru.

mencari bahagia - sama2 kita berdoa

cik angah - terima kasih atas penghormatan tersebut.

Hazran - terima kasih atas sokongan dan penghormatan saudara. saya sangat menghargainya.
Ex-UMNO said…
Bagus juga UMNO tewas di dua Bukit.

Bayangkan kalau mereka menang, dah tentu 7 hari 7 malam mereka akan memekek lolong kegembiraan sambil mengutuk Pakatan Rakyat.

BN/UMNO sudah tewas di 4 - 0 dalam PRK selepas PRU12.

Adakah ini telah menandakan BN/UMNO sudah mula pulih?
ikan emas said…
Barisan yg menepati kehendak,lama -baru,komposisi mengikut wilayah dan kaum/parti/gender..golongan muda masih kurang.
KDN-ke arah memastikan generasi Razak/Hussein terus menerajui ng.
Siapa pula di MPEN ?..ntah2 KJ
Atan said…
Salam,
Tentang ramalan yang banyak kesasar oleh pelbagai pihak itu (saya mengikuti sepenuhnya), ramalan yang mengatakan Datuk Shapie Apdal akan ke Kementerian Pertahananlah yang paling sukar saya terima. Begitu juga saya kurang bersetuju dengan saranan pembaca blog saudara ini yang banyak juga menyukai DMM menjadi Menteri Pelajaran. Hujah saya, DMM tidak memberikan reaksi positif dalam hal PPSMI. Walau apa-apa pun, pelantikan DMM sebagai Timbalan Menteri di MITI itu sangat sesuai. Syabas kepada DS M. Najib yang tampaknya telah memilih anggota Kabinet yang tampak bersih itu.

Ya, sesungguhnya DBP perlu di'Klorox'kan supaya kembali putih, di'TongkatAli'kan supaya kembali segar dan kuat, serta di'harimaubelang'kan supaya lebih berani.
azlishukri said…
ex UMNO - BN itulah masalahnya, tetapi PAS dan PKR pun sama juga, kalau mereka menang.

ikan emas - MPEN harap2 khairy tak dilantik
Unknown said…
Nampaknya saudara masih sayangkan DBP. Baguslah orang muda yang mengenang tempat lama. DBP bukan isu kecil, ini institusi yang menjaga maruah bangsa (bahasa jiwa bangsa), masakan boleh dimain-main?Cadangan saya, eloklah saudara sambung hikayat DE yang belum selesai itu supaya Menteri Pelajaran baru kita mendapat gambaran yang lebih jelas tentang organisasi ini sekali gus memikirkan penyelesaian yang sebaik-baiknya.
azlishukri said…
alamanda - saya akan sambung Hikayat DE, saya terhenti seketika kerana kawan2 saya di bahagian M telah ditekan oleh pihak tertentu dan mereka dituduh bersekongkol dengan saya kononnya untuk menjatuhkan seseorang.
Alhamdulillah,
segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah Azzawajal,

'dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'

maka bergemalah laungan suara adzan
mengajak sekalian umat menuju kejayaan,
demi menunaikan kewajipan kepada yang 'SATU'

maka bersyahadahlah berdiri teguh tetap istiqomah
dan tiada berpaling-paling kepada perjanjian
yang telah dipersetujui,
demi menghadap yang ‘SATU’

maka berkumandanglah doa ucapan syukur
bermunajat sekalian suara,
demi bersyukur kepada yang ‘SATU’,

maka bermusyawarahlah bersama-sama
berganding tangan bermuafakat,
demi membangun bersama menuju kepada yang 'SATU'

maka bersua-katalah bermuhabbalah bersama hadirnya kaseh dan sayang
dalam mencari persetujuan,
demi mencari arti yang 'SATU',

maka bermulalah bersyahadah bagi yang mahu mula mengerti
akan segala sesuatu,
demi mencari arti maksud kata yang ‘SATU’,

maka bermuhasabahlah diam diri berfikir
merenung kembali perjalanan ke jalan yang diredhoi,
demi mencari keredhoan yang 'SATU',



segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah Azzawajal,

serta berselawat salamlah kepada baginda Muhammad Rasullalahi SAW pembawa cahaya bagi sekalian umat,

serta berselawat salamlah jua kepada seluruh ahli keluarga baginda,

serta kepada keseluruh para sahabat-sahabat baginda dan para anbiya yang terdahulu,


maka dengan itu, berusaha dan berdoalah semuanya,
mencari hidayah, memohon restu,
demi menuju kepada yang ‘SATU



salam hormat, salam penuh kaseh sayang dari kami,
salam hormat jua dari kami kepada saudara azli shukri,
~taman taman ilmu.
Anonymous said…
Hisham Pondan Menteri Dalam Negeri he he he he........Jgn nanti dia minta maaf kpd pemimpin Hindraf sudah le.....he he he he....
j_hafiz said…
mantap gak artikel nih. nnti sy nk link kt blog saya. mohon izin...
so, sdara pkir msg2 ada kroni ye? ade percaturan sndri? hm.... rasuah,politik wang,itu mmg ujud dlm umno kan?paklah berjanji manis nk hapus rasuah ms awal2 jd pm aritu, tp xsettle gak,xlama pastu smakin slow sal rasuah.. er.. nk tnya..menteri bhagian agama islam kat mana?
azlishukri said…
taman-taman ilmu - terima kasih atas segala nasihat...

hafiz - silakan, blog saudara juga telah saya link
perfectwater75 said…
Salam Sahabatku...

Saya tahu apa yang sebenarnya berlaku di DBP, ramai juga dalam kalangan sahabat2 saya bersemayam di situ...

Sekarang bukan masa untuk bersihkan tangan yang kotor tersebut tetapi terus sahaja lupuskan jika itu paling terbaik...

Pendekatan berhikmah tidak semestinya lembut dalam bertindak...

thx!
azlishukri said…
perfecwater - cadangan saudara saya sokong. lupuskan sahaja mana2 yang tidak baik.
melayubaru said…
patutlah dbp slow je. patut muhidin ambil tindakan. saya nak baca hikayat yang disebutkan tetapi kat mana?
azlishukri said…
melayu baru hikayat tersebut ada dalam blog saya.dalam label rencana pilihan.
azlishukri said…
melayu baru saudara boleh menggunakan ruang carian di akhir blog saya, di situ anda tulis hikayat Dewan ekonomi dan tekan butang cari.
Unknown said…
DBP ni macam dah kena 'virus' teruk, kena 'format' semula nampaknya.
Kalau tak keberatan, SMSlah pada Tan Sri tu perihalkan apa yang saudara tau berkenaan DBP ni.
Kalau tidak, sia-sialah kawan saudara yang kena tekan kerana hikayat DE yang saudara paparkan dalam blog ni.
weeda said…
saudara azli..terima kasih singgah di blog saya..blog anda penuh dengan informasi politik..kagum pulak sebab selalu berjumpa dengan org2 besar :)
salam 'perfectwater75', salam azli,

sekarang adalah masa untuk bertindak,

sudah lama kita memerhatikan dan membuat analisa tentang mereka-mereka ini,

saya merujuk kepada semua pihak dan semua perkara.

bertindak.

sekarang.

ya, sekarang.
azlishukri said…
puteri hutan nipah - DBP tetap akan ditransformasikan. Masa akan tiba, mereka yang selama ini yang zalim dan memfitnah orang lain, pasti akan mendapat balasan yang setimpal.
salam kepada saudara azli yang selalu saya ingati lagi saya kasehi,


kiambang berlalu bertaut pun sudah
lalu berlalu paut pun sudah
satu persatu apalah gundah
berpusing cari hati pun gundah


zul rahman
Anonymous said…
DBP, SIAPA DI SEBALIK HIKAYAT DE.

Saya mengikuti rentetan nasib malang yang teraniaya khususnya mereka yang bergelar kontrak. Paling malang Saudara Azli (Mantan Editor Dewan Ekonomi yang berpengaruh) telah disingkir dengan cara paling mengaibkan. Bukan dengan moral, tetapi blog. Kalaulah saudara Azli ini melayan perempuan, tentu nasibnya akan jadi macam Anuar Ibrahim (walaupun DSAI bukan kaki perempuan), dituduh dengan palitan moral yang menjengkelkan.

Tetapi kerana Saudara Azli ini bukan sembarangan, pemidato terbaik pada zaman remajanya, penulis artikel kritis dan tajam, pengetahuan agamanya agak baik juga, maka yang boleh dilakukan oleh "tangan-tangan kotor" ialah mengenakannya melalui blog.

Blog ini milik peribadi, sudah namanya Malaysia demokrasi. Selagi tidak dikenakan ISA, maka tiadalah bahaya blog itu. Tapi kerana ada orang di bahagiannya dahulu marah, adalah kerana Saudara Azli mengkritik Khairy Jamaluddin.

Orang kuat bahagiannya dahulu sayang sangat kut pada Khairy Jamaluddin. Maka menegur Khairy sama seperti menjolok sarang tebuan. Akhirnya Saudara Azli tersungkur kerana perkara kecil itu.

Jika Datuk Najib sendiri tidak menamakan Khairy sebagai menteri, kenapa orang seperti ini sayang sangat pada Khairy hingga tak boleh dikritik? Mereka ini nak memperjuangkan bahasa, memantapkan majalah atau hanya nak mengampu Khairy?

Siapa pula Khairy ni di DBP. Apa kepentingan Khairy ni? Adakah dia yang menentukan hala tuju DBP atau apa sebenarnya.

Buah betik masak sebiji
Dipetik oleh raja sehari
Kalau taksub sangat dengan Khairi
Tinggalkan DBP atau berhenti.

Sekian.

Dato Adil
Bangsar, KL.
Anonymous said…
DOSA-DOSA KETUA LETUP

1. Kata sahibul hikayat, ketua letup ni khabarnya selalu diskriminasi dalam majalah di bahagiannya. Sebab itulah dalam hikayat terdahulu oleh Saudara Azli, ada majalah seperti "anak tiri", "anak angkat" dan paling malang "anak luar nikah".

2. Arakian Ketua Letup ini sering marah tak tentu bulan. Siapa yang baik dengan Saudara Azli kononnya menjadi mangsa belasahan di bahagiannya. Allah sahaja yang tahu. Yang saya tahu Saudara Anuar dahulu kosmik kini tidak lagi di DBP. Dahulu selalu juga saya menulis komen di blognya.

3. Tersebut juga kisah Ketua Letup hanya pandai marah tetapi tidak pandai menulis artikel, begitu juga konco-konconya. Malangnya DBP kala ini semua betul.

Maka, marilah kita panjangkan hal ini kepada Tan Sri Muhyiddin, hulubalang UMNO Melayu yang kini memikul tanggungjawab di Kementerian Pelajaran.
rakus angkasa said…
politilk malaysia sebenarnya lebih menarik dari isu dunia arab dan barat.najib angkat ikrar patut dapat coverage satu dunia,bukan obama tu.

hahahaha.

gelak pak pyan habib nyata lebih sedap didengar sekarang ni dari dgr brita politik. ape pown,tq bang.
qwerty said…
BAGAIMANA DAN MACAMANA RASUAH DAPAT "DI 0 % KAN" DALAM KAMUS "PEMAKANAN" KEHIDUPAN SPESIS MANUSIA... DIMANA ADA "PERNIAGAAN" DISITU ADA "PELUANG RASUAH".. MANUSIA atau YB2 BN BUKAN MALAIKAT.. ADA LOGIK KE ?????
Mr. BLB said…
anda mmg layak untuk ambil award itu
:]

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini. Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). “Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama Ulasan Saya : 1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia. 2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah. 3. Pengalaman saya mengajar di sekol...