Skip to main content

Dunia Di Hujung Jongkang-Jongket


DUNIA
DI HUJUNG
JONGKANG-JONGKET




Ketua Penerangan UMNO yang baru dilantik, Saudara Ahmad Maslan berjanji akan mendekati generasi muda, agar mereka kembali menghayati dan menyokong kembali perjuangan UMNO. Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut, malah cara untuk mengembalikan semula sokongan orang muda kepada parti UMNO, mestilah kena dengan caranya. Apakah UMNO benar-benar faham dan tahu bagaimana untuk mendekati generasi muda? Di bawah ini saya cadangkan beberapa kaedah bagaimana mahu mendekati generasi muda :


1. Pinjaman PTPTN yang harus dibayar balik, jangan dibebankan para pelajar dengan kos perkhidmatannya yang naik saban tahun, malah tukar semula cara pembayaran balik pinjaman tersebut kepada bayaran minima RM150 sebulan sehingga selesai.

2. Semua staf kontrak yang bekerja di sektor awam, rata-ratanya adalah generasi muda - maka segera tukarkan status mereka sebagai pekerja tetap.

3. Mudahkan mereka menyertai UMNO dengan memberi peluang dan ruang untuk generasi muda meluahkan rasa hati mereka melalui saluran parti dan kerajaan.

4. Mudahkan generasi muda yang ingin berniaga untuk mendapatkan pinjaman perniagaan, di samping mengurangkan birokrasi dan karenah prosedur kerajaan yang melambatkan sesuatu pinjaman.

5. Dalam sektor awam pula, mana-mana golongan muda yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, harus segera dinaikkan pangkat mereka, jangan hanya dalam golongan PTD dan guru semata-mata. Kaedah naik pangkat yang diamalkan selama ini dalam sektor awam sebenarnya telah banyak membunuh bakat dan kelebihan golongan muda. Golongan muda yang berbakat dalam sektor awam sering dianaktirikan - sehingga begitu banyak dalam kalangan mereka yang begitu kecewa dengan sikap dan gaya pengurusan bos mereka di pejabat, yang pada hakikatnya tidak tahu membuat kerja. Malah, golongan ini sebenarnya dinaikkan pangkat mereka adalah atas dasar senioriti, dan bukan atas dasar kredibiliti. Lebih mendukacitakan, segelintir golongan tersebut terlalu ego untuk mendengar pandangan daripada orang muda, kononnya berpegang kepada alasan bahawa mereka ini masih mentah dan tiada pengalaman yang mendalam. Sistem kenaikan pangkat dalam sektor awam juga perlu dikaji semula oleh kerajaan. Pastikan sistem pencen kakitangan awam dipendekkan daripada usia pesaraan 56 tahun kepada 50 tahun, kecuali kakitangan akademik, seperti profesor atau pensyarah kanan di universiti. Semua ini penting bagi mendapatkan tenaga muda untuk menerajui sesebuah jabatan kerajaan dengan lebih agresif dan dedikasi.


6. Sistem pencen dalam sektor swasta yang pernah diwar-warkan oleh pihak kerajaan sebelum ini, harus segera dilaksanakan. Sudah tiba masanya sistem tersebut dilaksankan di negara ini, bagi menjamin generasi muda yang bekerja di sektor swasta berasa lebih selamat dan aman.


Inilah serba sedikit cadangan yang sempat saya fikirkan dalam kesibukan tugas harian, semoga kita merperoleh manfaatnya. Wallahualam.

Comments

Unknown said…
salam saudara
Adalah lebih wajar jika golongan muda UMNO diberi peluang untuk membentuk kumpulan pemikir atau think tanker supaya suara mereka lebih didengari dan mendapat perhatian pucuk pimpinan.Nak harapkan melalui saluran Pemuda sekarang saya rasa agak sukar untuk orang muda suarakan pendapat sebab saluran ini telah 'tersumbat' dengan politik wang
azlishukri said…
zharif - saya juga berfikir seperti itu
PARPUKARI said…
APA SUDAH JADI DENGAN PEMUDA UMNO YA? WUJUD LAGI KE?
azlishukri said…
parpu kari - saya juga msm tak nampak saja apa dah jadi dengan pemuda...
PenaKiri said…
Kalau tak silap dalam perlembagaan ada jaminan kewangan untuk anak melayu ke universiti.

Cadangan saudara banyak yang baik. Soal pinjaman usahawan haruslah telus.

Cadangan saya sebagai tambahan,Bina semangat belia supaya sayangkan negara, rasa bertanggung jawab. Bila kurang rasa tangung jawab dan anggap negara ini UMNO yang punya, maka sasaran yang sepatutnya gagal dikecapi. Cuba fikir kenapa;
1. Belia Melayu kurang bayar balik pinjaman MARA, PTPTN dan Prosper?
2. Belia Cina dan India kurang sertai perkhidmatan awam terutama tentera dan polis?
3. Belia cina dan india lebih berjaya dalam sektor pendidikan?
4. Atlit bukan Melayu lebih menonjol.
BHM said…
Perkara no.4 menarik perhatian saya kerana ia masih belum diatasi sehingga kini. Saya salah seorang mangsa birokrasi dan kebongokan pegawai2 bawah sampailah CEO di SME Bank.

Permohonan di bawah skim "start-up" sejak 30 Julai 2007 utk membuka kilang memproses minuman kesihatan yg belum ada dlm pasaran tempatan (bermakna sbg perintis) tidak difahami oleh pegawai2 malah menyamakan produk yg mereka tak tahu apa itu seperti lain2 minuman.

Bekas Menteri MECD, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sudah mengeluarkan surat sokongan agar ianya dipertimbangkan hanya dibakulsampahkan oleh CEO SME Bank (Datuk Azmi). Nampaknya SME Bank lebih berkuasa drp MECD (terbalik). Fungsi MECD seolah-olah tak wujud sebab itulah agaknya Datuk Seri Najib mansuhkan MECD.

Follow-up dibuat semasa Datuk Noh Omar menjadi Menteri MECD tetapi tindakan tiada. Paling best bila Setiausaha Sulit Kanan beliau (Saiful Bahar) kata ketiga-tiga surat yg saya hantar melalui A.R.Register dan juga melalui email dah hilang tak tahu mana nak cari dan suruh saya mohon semula drp awal. Hari ini MECD dah tak wujud, siapa nak jawab, siapa lagi nak rujuk?

Tapi alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran saya, ada juga hamba Allah (hartawan) menunjuk minat utk melabur dlm projek saya dan skrg sdg finalise. Walau bagaimanapun perkara ini saya takkan diamkan begitu saja. Segala evidence akan saya majukan kpd Perdana Menteri nanti. Pendedahan akan tetap dibuat kerana dlm perkara ini terdapat unsur2 rasuah yg perlu dimaklumkan kpd pucuk pimpinan negara.
ct_saggie said…
heeeeeee
hai
tulisan yg mencabar ni
Home User said…
teruskan saudara azli berblog. Sbg peminjan PTPTN, aku setuju sangat kos pentadbiran tu dikurangkan atau dihapuskan. Sekrang kos pentadbiran dikenakan pada aku rm3x sebulan. jadi kalau aku bayar rm50/bln, ckit shaja 'pokoknya' bergoyang.
thanks 4 being my follower =p
saya setuju dengan apa yg sdr azli katakan mengenai masalah org muda.

dalam suasana bidang pekerjaan ,org muda yg level pengurusan ,mempunyai idea dan kredibiliti yg baik untuk syarikat tetapi pandangannya untuk kebaikan syarikat dipandang seperti sebelah mata dan ia seperti dianggap melawan arus..

golongan muda seharusnya diberikan peluang seluas-luasnya utk menunjukkan bakat dan kemampuan mereka.
olin said…
thanx 4 being my follower..

nice blog~
ibnukus said…
salam dari pemuda Indonesia tuk semua komentator .....moga sukses mas azli....
azlishukri said…
pena kiri - memang benar ada jaminan pelembagaan terhadap jaminan kewangan kepada anak2 melayu untuk melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading.

BHM - memang benar isu yang saudara hadapi ini telah banyak dihadapi oleh usahawan kita, semasa saya menjadi editor dewan ekonomi, saya telah menemui pelbagai latar belakang usahawan melayu yang menghadapi masalah seperti tuan, pelbagai cara dan usaha telah dilakukan tetapi pihak kementerian dan agensi terbabit buat sambil lewa sahaja.

ct - isu ini tak berat sangat

pejuang bangsa - saya sangat bersetuju dengan saudara, banyak bakat muda telah di sisihkan.

home user - InsyaAllah saya akan terus berblog menyatakan kebenaran.
Koboi BM said…
Komentar , komentar dan komen sebentar...

Salam Mas Azli ...mudah2an dilindungi dalam aman dan tenteram di samping jentera pemuda. Yang namanya jentera kadang2 bisa jalan , kadang2 mogok juga. Pinter sih yang nama kan jentera nich !

Aku berminat sama yang nomor 4 mas azli. Katanya ada korupsi , ada birokrasi dan kadang2 ada kudis di kaki. Biasa lho ,di indonesia juga lebih banyak birokrasi dan memang kalo mereka mahu 'kita kasi ; bakalan ngak ada lagi birokrasinya. Apa di malaysia udah mula yang begituan atau baru ada rakyat yang merasakan yang begituan yang dimanakan birokrasi. Iyalah kerna yang memohon itu ngak punya keluarga atau kenalan akrab keknya di mecd itu mungkin. Kalo ada keluarganya bakalan ngak dengar ini cerita adanya birokrasi. Tapi memang benar , dimana2 aja kan tetap ada birokrasi. Bukan sekedar mohon bantuan malahan beli tiket bas express pun ada birokrasinya juga mas azli. Mau booking hotel juga ada birokrasinya malahan ada yg mau beli tiket bioskop pun pun juga ada birokrasinya. Nah ! disini persoalannya ...apakah kerajaan atau pemerintahnya yang salah atau 'MANUSIA' nya yang bermasalah. disini kan bisa terjawap...kok semua disalahkan kerajaan atau pemerintah...iman ding iman....kalo udah ngerti apa itu 'ADIL' kan nanti bisa terhapus sendiri masalah itu. Di kelantan kok ngak pernah cerita yang begini , cerita birokrasi. Bung ! pls bung ...tepuk dada tanya selera bung...jangan main tepuk meja tanya pramuniaga. Nanti susah jadinya.......HORAS BAH...
Anonymous said…
Berkenaan soal birokrasi, usah kita marah-marah dan kecil hati. Lebih baik kita tanya kenapa terlalu banyak birokrasi yang menimpa urusan kita semasa memohon bantuan. Kita rasa kadang-kadang idea bagus, tetapi sebenarnya idea itu tidak bagus. akhirnya ditolak. Jadi kalau setakat nak buka bisnes minuman kesihatan, takkan nak mengharapkan kerajaan sahaja?
Atau lepas dapat duit bantuan tu disapu buat benda lain (beli kereta dan seumpamanya).


Kepada peminjam, kalau namanya pinjam, harus dibayar. Ini tidak, semasa dapat duit bukan main seronok sana-sini, kalau beli buku tak apa juga, tapi mungkin sibuk beli rokok, buat maksiat dan lain-lain seperti belanja kekasih.

Jadi kepada peminjam PTPTN, bayarlah hutang kerana hidup anda tidak akan tenang sekiranya mati kelak.

Khairy nak buat apa, jawatan menteri atau timbalan pun tak dapat, lebih baik dia tak payah buat kerja. Atau lebih baik dia bawa Pemuda UMNO masuk dalam Parti MINDRAF yang baru ditubuhkan. Atau PKR, PAS.
mrs shaifull said…
teruskan menulis, thanks sbb mem"follow" saya, saya pun dah follow awak ok.

politik malaysia, harap ada perubahan dgn pucuk pimpinan yg baru ni. mmg berharap sgt.
azlishukri said…
terima kasih atas komen2 saudara semua, tak sempat untuk saya membalas semuanya.
Pembela Melayu said…
kemanakah hilangnya PEMUDA UMNO yang GAGAH n PERKASA??? hal ini saya lihat ketika di Bukit Gantang...sedangkan dari PR cukup GAH dgn kekuatan jentera mereka...tapi saya PEMBELAWIRA akan bawa kemunculan semula PEMUDA UMNO yang tidak berjuang semata2 hanya untuk duit....insyallah...
ikan emas said…
Azli,
pengalaman kes yg dialami BHM mungkin berlaku banyak..oleh itu ia menguatkan hujah bahawa setiap kali bertukar kepimpiman maka bertukar jugalah sistem..maka bermakna buang semua fail lama ??akhirnya siapa yang jadi mangsa ??
Anonymous said…
Salam ziarah. Nice blog content.
Awak tahu tak yang blog awak ni ada nilai? Jika mahu, tambahkan lagi nilai blog content awak, click DI SINI...
brown sugar said…
Wuihhh Pak ..banyak kali mantan nya...ada mantan Guru, Mantan pesyarah..mantan wartawan....mantan pacar ada ga pak?...welehh welehhh ....salam kenal....tak berani awak mau komentar macam macam takut di lempar kata kata mutiara
Salam bro Azli-san yang ulung. Saya amat setuu dengan cadangan bro terutama di no 1 dan no 5.PTPTN sepatutnya di kaji semula dari segi Islamik dan juga juga cara pembayarannya.Barulah betul. Sepatutnyan pihak yang berkenaan setiap 6 bulan sekali kena kemaskinikan PTPTN. pegawainya pula kenalah turun padang tayan pandangan pelajar dan ex pelajar berkenaan masalah PTPTN nak di bayar atau alin-lain.Kita hendak tolong generasi pemuda biarlah betul. janganlah di beri ilmu dalam masa yang sama di beri tuba. mapoihla.No 5 pula. saya amat bersetuju golongan pemuda di beri eluang meneraju sesuatu beban yang utama. kerajaan perlu lihat krealibiti perkerja tidak kira muda atau senior yang penting idea dan krealibiliti seseorang itu hebat , so boleh lah angkat ke satu tahap lagi. Kalau lantik yang senior tetapi tak tau buat kerja, hah ini yang terjadi dalam sektor Awam.ja di bila kita nak maju.Saya rasa semua sektor Awam perlu di pendekkan ke 50 tahun agar tidak ramai yang menganggur dan juga berkualiti.kerana Semua ini penting bagi mendapatkan tenaga muda untuk menerajui sesebuah jabatan kerajaan dengan lebih agresif dan dedikasi.Guru Bahasa di semua IPTA perlu dilihat dan dikaji semula agar tidak berlaku di anak tirikan, sedangkan sesetengah mereka mempunyai kualiti kerja mengalahkan para pensyarah.Harus di beri kelonggaran untuk di beri jawatan Prof atau kanan sekiranya mereka layak tampa had - had yang di kenakan sesuka hati oleh pengurusan tertinggi Univ.So Bro sya menyokong penuh pandangan Bro. Ya Allah selamtkan anak isteri kami dan murahkan rezeki kami.yosh
eLLa said…
salam..
nice entri..
juz nak kngsi per yg sye thu..

erm..
bkn ker..
kenaikan pangkt..
berdsrkan exam..
ader seorg cg veteran..mngadu xdpt2 naik pngkt..
coz kne jwb exam..
org tua..drg nyer kemampuan mne r sgt..
so sye rse org mude zmn skrg jer yg xtaw nak hargai per yg kerajaan daa buat..
kt mne2..
msti jdi pekerja kontrak dlu kan.
klo trus jdi pekerja ttp..xkan der usaha..
utk pinjamn utk pelajr..
sye mndapt pnjamn blh ubah dari MARA..
klo result okey..
hnye byar saguhati..
or 1% utk result 3.0..
kte daa dpt byk peluang..
juz go for it..
gunekan duit yg dpt tue..
utk blajr..
bdak2 yg blajr kt cni.
drg blh berjimt..
apath lagi klo kt mesia..
azlishukri said…
nt - saudara beruntung dapat MARA dan bagaimana pula yang tak dapat MARA..berapa ramai pula yang cemerlang seperti saudari..saudari beruntung dalam banyak2 orang muda yang dapat mara, dahulu mara tanggung semua pelajar melayu sekarang tidak lagi.

exam? tak semua exam lagi, mungkin saudari kurang arif sistem perkhidmatan awam, tak semua kena ambil exam, ada yang naik tanpa exam dan ada yang pandai jawab exam tapi tak boleh buat kerja..berapa umur saudari? mungking pengalaman saudari masih kurang atau mungkin juga kurang faham, wallahualam.
NiQue said…
nice writing...teruskan usaha untuk menyampaikan maklumat seperti ini.. :-)
antara isu yang dekat dengan kehidupan saya:

2. Semua staf kontrak yang bekerja di sektor awam, rata-ratanya adalah generasi muda - maka segera tukarkan status mereka sebagai pekerja tetap.

5. Dalam sektor awam pula, mana-mana golongan muda yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, harus segera dinaikkan pangkat mereka, jangan hanya dalam golongan PTD dan guru semata-mata. Kaedah naik pangkat yang diamalkan selama ini dalam sektor awam sebenarnya telah banyak membunuh bakat dan kelebihan golongan muda. Golongan muda yang berbakat dalam sektor awam sering dianaktirikan - sehingga begitu banyak dalam kalangan mereka yang begitu kecewa dengan sikap dan gaya pengurusan bos mereka di pejabat, yang pada hakikatnya tidak tahu membuat kerja. Malah, golongan ini sebenarnya dinaikkan pangkat mereka adalah atas dasar senioriti, dan bukan atas dasar kredibiliti. Lebih mendukacitakan, segelintir golongan tersebut terlalu ego untuk mendengar pandangan daripada orang muda, kononnya berpegang kepada alasan bahawa mereka ini masih mentah dan tiada pengalaman yang mendalam. Sistem kenaikan pangkat dalam sektor awam juga perlu dikaji semula oleh kerajaan. Pastikan sistem pencen kakitangan awam dipendekkan daripada usia pesaraan 56 tahun kepada 50 tahun, kecuali kakitangan akademik, seperti profesor atau pensyarah kanan di universiti. Semua ini penting bagi mendapatkan tenaga muda untuk menerajui sesebuah jabatan kerajaan dengan lebih agresif dan dedikasi.


http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/surat-tunjuk-sebab-ketidakhadiransurat.html

http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/surat-tunjuk-sebab-ketidakhadiran.html
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim.
AHLI SPRITUAL, ANTI GAGAL DALAM MELAKSANAKAN RITUAL ISLAMI BIDANG PESUGIHAN ISLAM DAN ILMU PENGOBATAN PROSES CEPAT KATEGORI RITUAL ISLAMI AKY SADEWA
KARTU KREDIT (CreditCard)
KARTU ATM GHAIB
UANG BALIK ISLAMI
PENGASIHAN KARIR
DANA GHAIB ISLAMI
TUYUL PUTIH ISLAMI
TRANFER JANIN ISLAMI
KAWIN DENGAN JIN ISLAM
MINYAK PELET BATU SASAR
RITUAL ANGKA TOGEL PUTIH
PENGOBATAN SANTET HITAM
PELET AMPUH ISLAMI PEMIKAT HATI
JIMAT PELARIS UNTUK USAHA DAGANG
PENGOBATAN SEGALA MACAM PENYAKIT
"GARANSI UANG KEMBALI BILA TIDAK TERBUKTI" SELAMAT KEPADA PEMOHON PESUGIHAN ISLAMI YANG SUDAH BERHASIL HARI INI.
UNTUK KONSULTASI KLIK DISINI WEBSITE AKY SADEWA




KESAKSIAN MEMBER JUMAT 25 AGUSTUS 2017
==========================================
SAYA BERNAMA MUH.RIDWAN ASAL KAB. SAROLANGUN, JAMBI
ADA YANG INGIN SAYA CERITAKAN TENTANG PESUGIHAN ISLAMI, DISINI SAYA MEMBERIKAN KESAKSIAN BAHWA MEMANG BENAR ADA AHLI PESUGIHAN ISLAMI, SAYA SUDAH MENCOBA KEBENARANNYA, DAN SUDAH MERASAKAN MANFAATNYA, SAYA DIBANTU OLEH SEOARANG AHLI PESUGIHAN ISLAMI BERNAMA AKY SADEWA, SAYA MEMINTA UNTUK DIBERIKAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL APAPUN, DAN TERNYATA AKY TIDAK MAIN-MAIN DENGAN UCAPANNYA, SETELAH SAYA DIRITUALKAN, DAN MENUNGGU PROSES SELAMA 2 JAM, ALLHAMDULILLAH, UANG ITU BERHASIL SAYA DAPATKAN, 2JAM DANANYA LANGSUNG CAIR, SAYA BETUL2 TIDAK MENYANGKA KALAU PESUGIHAN DANA GHAIB ITU NYATA.
TERIMA KASIH KY SEMOGA KEBAIKAN AKY PADA KELUARGA SAYA DI BALAS ALLAH SWT.










YANG PUNYA ROOM SALAM SEJATERA (-WASSALAM-)

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar ...