Skip to main content

Dewan Masyarakat atau Masyarakat Dewan?


Dewan Masyarakat
atau Masyarakat Dewan?




Saya difahamkan bahawa Tan Sri Muhyiddin akan melawat ke Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari ini (walaupun mungkin tidak kesampaian). Sama ada TS Muhyiddin jadi membuat lawatan ataupun tidak, ia secara tidak langsung menjelaskan betapa beliau merupakan seorang yang benar-benar berjiwa rakyat dan tidak suka dibodek. Lawatan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa DBP begitu diambil perhatian serius oleh Timbalan Perdana Menteri itu, malah tidak terkejut rasanya jika tidak lama lagi DBP akan ditransformasikan menjadi lebih baik daripada dahulu.


DBP - nama yang sangat gah dan hakikatnya perlu banyak berubah. Pada pandangan peribadi saya, DBP bukan tidak hebat, sebaliknya terdapat segelintir "orang atasannya" yang lebih gemar menjadi pembodek dan main silat, sehingga nama baik DBP kotor dan dipandang tidak bermaya oleh masyarakat luar. Saya sebenarnya sangat kagum dengan Datuk Baha, salah seorang ahli Lembaga Pengelola DBP yang begitu tajam pena dan pandangannya, sanggup bersama-sama rakyat jelata turun padang bagi mempertahankan bahasa Melayu dalam isu PPSMI baru-baru ini. Tetapi, saya agak hairan jika salah seorang ahli Lembaga Pengelola sanggup dan berani mempertahankan bahasa ibundanya sendiri, ke mana perginya pula pengerusi Lembaga Pengelola DBP pada ketika itu? malah, apakah pendirian dan prinsip Datuk Johan Jaaffar dalam soal PPSMI ini? tidak pula kita ketahui.


DBP dibina atas nama perjuangan, malah ia muncul daripada api satu zaman, dan jika menurut Mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus, DBP merupakan satu jasad, tiga wajah (wajah perjuang, wajah kerajaan, wajah bahasa). DBP dikatakan semakin lesu dan tidak bermaya - bukan kerana tiada pelapis atau tokoh-tokoh yang hebat, sebaliknya, para pekerja yang baik, yang rajin bekerja, yang cemerlang telah dianaktirikan oleh mereka yang berkuasa - akhirnya DBP diterajui oleh mereka yang tiada roh bahasa dan hanya menggunakan DBP untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan.


Pelantikan TS Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran amat tepat pada masanya. Beliau akan mendapatkan gambaran sebenar terhadap kepincangan DBP yang selama ini menjadi buah mulut orang ramai. Pelbagai isu yang mewarnai DBP semenjak Datuk Johan Jaaffar menerajui Lembaga Pengelolanya masih belum padam sehingga ke saat ini. Pada pandangan saya, sudah tiba masanya Pengerusi Lembaga Pengelola dilantik dalam kalangan orang yang benar-benar mempunyai jiwa bahasa dan perjuangan - bukan lagi dilantik dalam kalangan orang yang suka membodek dan takut untuk mempertahankan bahasa dan sastera negara. Seharusnya, apa-apa yang terjadi ke atas nasib bahasa Melayu, adalah selayaknya Pengerusi Lembaga dan Ketua Pengarah DBP yang terlebih dahulu berada di barisan hadapan - bukan Sasterawan Negara semata-mata.


Saya difahamkan, bahawa sudah tiba masanya DBP ditransformasikan, dengan meletakkan orang yang benar-benar boleh bekerja dan tidak mudah dibodek dan diampu oleh sesiapa pun. Saya mencadangkan kepada TS Muhyiddin beberapa rombakan yang perlu dilakukan ke atas DBP, bagi meningkatkan semula citra dan nama DBP, antaranya :


1. Lembaga Pengelola DBP (termasuk pengerusi) - harus dipilih dalam kalangan mereka yang berani bersuara dan bercakap benar demi kepentingan bahasa Melayu, seperti Datuk Baha, dan Datuk Ishak (mantan ahli).


2. Memastikan ketua-ketua bahagian dan pengarah-pengarah jabatan di DBP dirombak dan digantikan dengan mereka yang terbukti mempunyai daya kepimpinan serta mementingkan perjuangan bahasa daripada sibuk membodek orang atasan. Mana-mana ketua bahagian yang sudah terlalu lama memegang bahagian masing-masing (5 tahun ke atas), haruslah segera ditukar. Jika diperhatikan, sejak belakangan ini, isu-isu yang dimainkan oleh majalah terbitan DBP begitu jauh ketinggalan daripada arus perdana, bahkan bentuk majalah, gaya penulisan dan isu yang dipilih tidak menggambarkan keintelektualan dan masih ditakuk yang lama, khususnya majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Saya pikir, pandangan orang luar harus diambil kira, jika mahu melihat majalah terbitan DBP seiring dan sejalan dengan majalah antarabangsa. Sesuatu harus dilakukan di bahagian tersebut. Dan hal ini harus dipandangan serius oleh TS Muhyiddin dan Ketua Pengarah DBP.


3. Kenalpasti bahagian dan jabatan yang menjadi nadi dan jantung DBP, ianya haruslah diterajui oleh individu yang benar-benar faham dan berkelayakkan, agar nama DBP meningkat naik semula. Antara jabatan yang perlu dirombak dan dikemaskini baik dari aspek struktur dan kepimpinannya, termasuklah di Jabatan Bahasa, Jabatan Sastera, Jabatan Pernerbit dan Bahagian Komunikasi Korporat.


4. Hidupkan semula aktiviti bahasa yang selama ini sudah semakin lesu, tidak kurang juga kembalikan penerbitan Jurnal Melayu Antarabangsa yang sebelum ini telah ditutup penerbitannya oleh DBP dengan alasan tidak membawa keuntungan. Kembalikan semula penerbitan Jurnal Bahasa kepada 4 keluaran setahun dan bukan lagi 2 keluaran setahun seperti yang berlaku pada hari ini. Kembalikan penerbitan Majalah Agama dan Falsafah yang diberhentikan dahulu. Tidak cukupkah apa-apa yang telah berlaku ke atas masa depan bahasa Melayu selama ini? Tangan siapakah yang menghancurakan bahasa kita sendiri? Tidak cukupkah sebelum ini Mastika telah hancur gara-gara mahu melihat jualannya mencanak naik dan mengejar keuntungan berlipat kali ganda? Mastika yang dahulunya gah sebagai majalah ilmiah dan mempunyai nilai intelek tinggi, kini hancur musnah hanya tinggal nama, manakala isinya pula dimuatkan dengan pelbagai cerita hantu, tahyul dan dongeng untuk kita paparkan kepada anak muda Melayu, siapakah yang melakukannya? Apakah individu yang menghancurkan Mastika, Junal Bahasa, Jurnal Melayu Antarabangsa dan pernah juga melenyapkan Tunas Cipta untuk tempoh setahun hendak kita lantik semula bagi menerajui Lembaga Pengelola DBP? Saya fikir TS Muhyiddin harus menilainya kembali.


5. DBP memerlukan kepimpinan dan bukan pengurusan. Oleh yang demikian, selayaknya orang yang benar-benar mempunyai daya kepimpinan dalam isu bahasa dan sasteralah yang seharusnya menerajui DBP - jika tidak, DBP akan tetap dimomok, malah tidak mustahil akan timbul satu hari nanti idea yang mengesyorkan agar DBP ditutup sahaja.


Saya benar-benar berharap, agar TS Muhyiddin tidak termakan hasutan, kononnya terdapat penentangan dalam kalangan pekerja DBP terhadap pengurusan DBP dan Lembaga, mereka hanyalah menuntut keadilan dan mahu melihat DBP ditadbir oleh manusia yang ikhlas berjuang untuk bahasa dan sastera Melayu. Sudah tiba masanya, DBP dirombak dan ditransformasikan secara besar-besaran. Wallahualam.


Kesimpulannya, isu berkenaan DBP haruslah ditangani dengan bijaksana, kita harus tahu menilai antara dua perkara ini, iaitu satu dipanggil Dewan Masyarakat (nama majalah) dan yang satu lagi dipanggil Masyarakat Dewan. Satu lagi dipanggil Dewan Budaya (nama majalah), dan yang satu lagi pula dipanggil Budaya Orang Dewan, satu dipanggil Dewan Bahasa, (nama majalah) dan yang satu lagi dipanggil Bahasa Orang Dewan. Semua ini ada maknanya yang tersendiri, semoga TS Muhyiddin akan memahaminya kelak. Saya ucapkan selamat Datang Ke Dewan Bahasa!

Comments

Anonymous said…
MASYARAKAT MAJALAH
Dewan Bahasa tertubuh atas darah pejuang bahasa yang semangatnya membakar kesangsian akan kemampuan bahasa ibunda kita diangkasa. Demikian juga UMNO, tertubuhnya atas semangat patriotik yang tidak terkatakan besarnya. Namun seperti juga UMNO, DBB kini dihuni segelintir manusia yang tidak berhati perut dan tergamak mengutamakan diri sendiri (sepertimana dalam kes diskriminasi terhadap saudara Azli dan staf kontrak yang lain). Tetapi ini semua tidak melibatkan kesemua manusia-manusia di DBP. Hanya 1 peratus sahaja, atau mungkin tidak sampai pun 5 orang. Di DBP ini begitu banyak yang baik-baik, ramah-ramah, tidak sombong dan tidak pula mengutamakan pangkat.
DBP sebenarnya bertanggungjawab memperjuangkan bahasa dan bangsa Melayu dari segi semangat bahasa. Hakikatnya tidak mungkin bahasa tertegak jika yang mengemudi organisasi tersebut ada yang tidak punya semangat dek sibuk dengan mengejar pangkat, hasad dengki dan menganiaya sesama bangsa, sesama kakitangan.
Apa yang saya maksudkan ialah kepincangan di Bahagian Majalah. Saudara Azli dalam postingnya terdahulu tentang Hikayat Dewan Ekonomi sebenarnya perlu diberi perhatian. Berdasarkan apa yang diluahkan ternyata wujud masalah dan kepincangan di bahagiannya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkaitan mengambil serius hal ini.
Sebenarnya, BUKAN MASYARAKAT DEWAN ATAU DEWAN MASYARAKAT yang menjadi isu, tetapi isunya ialah BAHAGIAN MAJALAH DAN MAJALAH MASYARAKAT. Bahagian tersebut punya banyak majalah, kenapa yang menjadi keutamaan hanya Majalah Masyarakat sahaja (berdasarkan apa yang dibincangkan sebelum ini). Hal ini menunjukkan semacam ada niat tersembunyi untuk menaikkan orang tertentu, dan membiarkan majalah lain terus dianaktirikan. Kenapa hanya majalah ini yang boleh lewat dan tidak majalah lain? Adakah hanya semata-mata kerana adanya ruangan Mat Letup dalam majalah tersebut? Ini bukan salah editornya, tetapi mungkin salah orang yang lebih berkuasa daripada editor majalah tersebut.
Kalau inilah cara bekerja yang dilakukan, maka hal inilah yang perlu dibetulkan oleh Menteri Pelajaran yang baru. Saya juga berpendapat supaya skim jawatan kontrak ini dimansuhkan di DBP dan ditukar kepada tetap. Hal ini mengundang masalah kepada penjawatnya kerana mungkin mereka sering dinafikan hak walaupun sebenarnya mereka itu baik dan berbakat. Ini bukan omongan kosong, menurut kawan saya pegawai kanan di DBP, jarang pegawai kontrak boleh bertahan (ada beberapa yang bertahan) kerana status mereka sering menjadi sindiran pegawai tetap yang sombong dan lupa diri sebagai seorang melayu yang sepatutnya menghormati sesama bangsa. Merekalah yang saya katakan 1 peratus tadi.
Tapi hairan bin ajaib. Pelik tapi benar. Orang-orang ini tidak pula hebat penulisan, hujah, atau semangat pejuang mereka. Demikian luah kawan saya yang akan bersara tahun hadapan. Jadi haruskah DBP menyimpan orang seperti ini yang kerjanya hanya mencantas orang yang lebih berbakat dalam perjuangan bahasa?

Dato Adil
Kuala Lumpur.
Anonymous said…
Tuntas bicara dan Akhirulkalam

Jika Datuk Seri Najib Tun Razak dapat mengecilkan saiz kabinetnya, tidak salah mengecilkan saiz pentadbiran di DBP agar lebih cekap, termasuk menggugurkan mereka yang hanya sibuk mesyuarat yang tiada kene mengena dengan kerja hakiki.



Masyarakat mundur di pedalaman
Masyarakat maju di perkotaan
Majalah Masyarakat dianak emaskan
Mat Letup pula bahasa dirojakkan



Sekian.
Dato Adil
Anonymous said…
SOALAN-SOALAN BUAT MANTAN EDITOR DEWAN EKONOMI.

1. Ketika saudara mewawancara saya dahulu, saudara ada katakan bahawa Majalah Dewan Ekonomi menjadi bahan bacaan pilihan korporat di Malaysia, malah meningkat jualannya, tetapi saya difahamkan sudah ramai kawan-kawan saya tidak lagi membaca majalah ini. Betulkah jualannya berkurangan selepas saudara tidak lagi mengemudi majalah tersebut?

2. Apa pendapat saudara tentang sikap tidak adil terhadap majalah yang diterbitkan oleh DBP? Maksudnya hanya majalah masyarakat sahaja yang diberi perhatian.
Unknown said…
Dahulu dikatakan bahawa dewan agama dan falsafah dimasukkan ke dalam DBP selepas ia bernaung di bawah Karangkraf.Tetapi nampaknya majalah ini tidak diterbitkan lagi padahal ia satu wacana yang sangat bermanfaat dan berilmiah.
Mohon pertimbangan DBP untuk menghidupkan semula majalah ini
azlishukri said…
zharif - saudara seorang yang sangat prihatin..

menjawab soalan datoadil -

Ya jualan DE sudah merosot, tetapi faktor apa, saya tidak tahu. Mungkin ekonomi dewan tak berapa baik..ada beza tu antara Dewan Ekonomi dengan Ekonomi Dewan tidak baik

Saya tidak setuju wujud kasta dalam penerbitan Majalah, kononnya ada majalah yang lebih lama dan popular, itu tidak adil. yg menjadi masalahnya adalah siapa yang melakukan pilih kasih itu?
Atan said…
Sdr Azli,
1. Isu DBP (yang sekarang denyut nadinya berskala rendah) sangat menarik untuk dibicarakan. Sudah beberapa kali, jawatan KP “dikitar semula” sehingga menjadi pertanyaan kepada saya, tidak layakkah insan seperti Prof. Dr. Awang Sariyan yang tekal dan vokal dalam perjuangan bahasanya itu dan pernah memimpin Jabatan Bahasa di DBP, memimpin DBP (sebagai KP)?

2. Saya bersetuju sangat dengan Sdr bahawa “DBP memerlukan kepimpinan dan bukan pengurusan”.

3. Sangat betul dengan kata Sdr. “Jika diperhatikan, sejak belakangan ini, isu-isu yang dimainkan oleh majalah terbitan DBP begitu jauh ketinggalan kebelakang, bahkan bentuk, gaya penulisan dan isu yang dipilih tidak menggambarkan keintelektualan dan masih ditakuk yang lama, khususnya majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya”. Saya pembaca dan pembeli tetap Dewan Sastera dan Pelita Bahasa sejak berbelas tahun (tetapi sudah 4 bulan meninggalkan kedua-duanya). Mengapa? Kerana kandungannya tidak selari dengan kepesatan ICT, yang membekalkan jutaan sumber ilmu. Saya fikir mereka tentu tidak merujuk kepada sumber ICT untuk menjadikan kandungannya dan persembahan majalahnya lebih menarik.

4. Kita tidak harus berharap sahaja sebaliknya berdoa (termasuk bersolat hajat) agar TS Muhyiddin “menceburkan seluruh anggota dan rohnya” ke dalam DBP ini. Beliau tidak wajar berlunak untuk mempertahankan manusia yang hanya memperlihatkan kehebatan sebagai perantara panel dalam banyak program bahas di TV itu sahaja. Sebaliknya, beliau harus tegas. Mustahil TS Muhyiddin tidak tahu akan pergolakan di DBP sebelum beliau menjadi TPM dan MP dahulu.
Anti-Pengampu said…
Saya suka apabila saudara menulis tentang Dewan, tepat dan bernas :

nak tambah sikit :

1. Bukan masalah di Bahagian Majalah sahaja, tetapi di bahagian lain, ada orang yang tak layak naik pangkat, orang yang tidak sebulu pula ditukarkan ke bahagian lain.

2. Ada yang naik pangkat tanpa interview pun.

3. Banyak artikel yang ditulis oleh orang yang sama untuk majalah yang berlainan

4. Ahli2 kesatuan ditekan dan dicemuh.

5. Ada ketua bahagian yang lebih sibuk dengan persatuan.
Unknown said…
Mungkin ramai yang tak tau bahawa Dewan Masyarakat (majalah) sebenarnya nak dijadikan majalah serba ada, maksudnya semua dalam satu: isu masyarakat ada, budaya ada, falsafah & agama pun ada. DM seboleh-bolehnya nak dijadikan majalah yang mewakili seluruh bahagian majalah, sebab itu sidang editornya ramai, tak macam majalah lain yang hanya ada satu atau dua orang pembantu, Tunas Cipta pula Bonda buat sorang-sorang (tapi paling cepat siap).
Ini satu lagi yang orang tak tau: budaya bahagian majalah, siapa pandai menipu dialah dapat pujian.
Ada editor yang dari pagi sampai petang (kalau bosnya pergi mesyuarat) duduk berpelesiran di dalam bahagian, tapi bila taim bos nak balik dia pun cepat-cepat buka komputer, buat-buat sibuk kemudian balik lewat kononnya kerja dia banyak hingga tak sempat siap. Jadi bos pun kesianla, bagi cemerlang berkali-kali, kalau boleh nak bagi tiap-tiap tahun. Orang yang terbongkok-bongkok buat kerja betul-betul tu habuk pun tak dapat. Ops! dapat maki lagi kalau silap hari bulan!
Itulah budaya di bahagian M...
Anonymous said…
Saya tertarik dengan dengan pandangan Blogger Anti Pengampu yang Budiman.

Tentang...

1. Bukan masalah di Bahagian Majalah sahaja, tetapi di bahagian lain, ada orang yang tak layak naik pangkat, orang yang tidak sebulu pula ditukarkan ke bahagian lain.

2. Ada yang naik pangkat tanpa interview pun.

3. Banyak artikel yang ditulis oleh orang yang sama untuk majalah yang berlainan

4. Ahli2 kesatuan ditekan dan dicemuh.

5. Ada ketua bahagian yang lebih sibuk dengan persatuan.

-------------

Kelima-lima perkara ini sangat serius dan satu penyalahgunaan kuasa. Ketua bahagian tidak sepatutnya sibuk dengan persatuan. Patutlah bahasa semakin hambar, rupanya ketua bahagian sibuk dengan persatuan.

Ahli kesatuan perlu dihormati dan jangan dicemuh. Ini sudah melampau. Tugas mereka memertahankan hak pekerja.

Tentang banyak artikel yang ditulis oleh orang yang sama tapi guna nama yang lain, ini satu penipuan kepada pembaca. Kalau saya tahu dari awal hal ini, saya tidak akan membeli dan melihatpun majalah dewan bahasa ini. Patutlah gaya pemikiran dan penulisan asyik sama sahaja. Saya rasa kalau ini tidak dihentikan, kita patut boikot Majalah di DBP ni. Kita kena tipu rupanya.

Tentang naik pangkat tanpa interview, hal ini jelas ada kroni dan saya menyeru kepada Menteri Pelajaran supaya hal ini dijelaskan. Jika tidak kita akan minta bantuan rakan-rakan di parlimen suarakan hal ini.

Terima kasih atas maklumat berharga ini.

Dato Adil
Kuala Lumpur.
Anonymous said…
Blogger Puteri Nipah Yang Budiman.

Saya sangat terkejut dengan komen saudara itu. Ketua Bahagian saudara sepatutnya berlaku adil. Kalau betullah apa yang dikatakan, ketua saudara telah mengkhianati majalah lain dan berdosa kepada majalah lain. Hal ini sangat tidak adil dan patut dirombak. Rupanya bukan kepada saudara Azli sahaja, tetapi kepada majalah lain secara senyap.
Saudari, bersabarlah kerana kuasa Allah itu mengatasi mereka yang penuh hasad dengki, penipu dan pengampu.

Ikhlas

Dato Adil.
pesara said…
selagi johan jaafar letak punggung dia dia kat dbp ni, jahanah terus dbp. tolonglah boleh blah tak johan ni dari dbp
Anonymous said…
saya syorkan buka balik isu TKP kepada Muhyiddin, siapa yang betul dan siapa pula yang salah

sial betul kumpulan2 JJ ni.
HASRI HASAN said…
Saya ini pemerhati dunia penerbitan yang prihatin..

melihat kepada semangat penubuhan DBP, memang wajar lah DBP harus mendapat yang terbaik..

"yang terbaik dalam bidang mereka"

Tak bolehkah DBP itu diterajui oleh orang luar, maksud saya dipilih dikalangan yang terbaik dalam indutri atau bidangnya: Bahasa, Penerbitan, Majalah dan sebagainya...mereka ini dijemput menerajui DBP

Barulah betul kalau nak kata DBP itu penerbitan dan badan bahasa yang terulung di negara ini...
Anonymous said…
Salam Abg Azli.

Lama dah tak dengar cerita dan khabar berita. Saya amat bersetuju dengan pandangan dan pendapat abg tapi saya ingin tambah sedikit poin mengenai perubahan. Bukan sahaja DBP perlu berubah semua agensi kerajaan perlu berubah demi kebaikan semua agar tiada yang rasa tidak puas hati dan sememangnya kita tidak boleh hendak memuaskan hati semua orang. Bila nak keluar posting terbaru Hikayat DBP? dah lama tunggu ni.

MPW
azlishukri said…
Hasri - betul saya sangat bersetuju dengan pandangan seperti itu, perlunya DBP mengambil orang daripada luar.

MPV - Hikayat DE akan tetap di sambung, sudah terlalu ramai yang meminta ia disambung semula.
Alhamdulillah.

tangkas,
deras,
lekas,

cepat,
tepat,
mampat,

tetap,
kejap,
mantap,


bangun, bangkit,
gerak terus.

zr
Unknown said…
Dato Adil (Saudagar Besar dari Bangsar),
Memang benar apa yang saya katakan. Itulah hakikatnya.
Dengar khabar editor Jurnal Bahasa pun dah merajuk sampai sanggup bersara awal gara-gara jurnalnya dicantas tinggal 2 keluaran setahun.
Tak taulah apa nasibnya JB nanti.
Lihatlah DE yang dulu editornya rajin membaca, buat kajian, turun padang dan macm-macam lagi hingga orang pandang tinggi pada DE tapi tempatnya digantikan dengan orang yang tak pernah baca berita ekonomi di akhbar apatah lagi majalah antarabangsa. Tak hairanlah dia boleh tersilap antara juta dengan sejuta kali sejuta (1 bilion). Tapi kedudukannya ok je, tak terjejas apa-apa, enjoy sakan lagi... itulah budaya di bahagian M...
ZulDeanz said…
Sudah lama tidak membaca cerita seperti ini.... tidak sabar hendak membaca sambungan hikayat......he3
vee_elviana said…
Dah lama jugak I tak baca Dewan Masyarakat. Dulu-dulu masa sekolah adalah. Tapi I rasa patut juga mengambil tahu perkembangan tentang isu-isu yang diperkatakan.

Walaupun tak berapa pandai nak komen......
Unknown said…
salam
semua dijemput hadir untuk menghantar pandangan berkenaan entri blog terbaru saya berkenaan hudud dan politik.Mohon pandangan dan jika terdapat sebarang kesalahan mohon ditegur.

Zharif
http://pre-lawrian.blogspot.com
azlishukri said…
zul - akan tetap disambung

sailormoon - DM yang dahulu sangat baik, sekarang saya sukar nak komen, apa2 boleh datang ke PWTC 22 haribulan ini ada pelancaran majalah2 DBP dengan wajah baharu.

Zharif - jom ramai2 kita jenguk blog zharif
perfectwater75 said…
Salam Sahabat,

Gunakanlah ruang persahabatan dengan Muhyiddin untuk menyata rasional yang jitu bagi menyingkirkan virus kulapok yang ada di DBP.

Apa yang baik tetap saya sokong sepenuhnya...

thx!
Budak Kampung said…
Huuu..

blog azli kembali panas....

isu DBP akan mencetuskan sekali lagi masalah kepada Najib jika tidak ditangani dengan adil

1. DBP ni bagus cuma ada 5-6 orang buat taik

2. Bila lagi nak tukar ketua2 bahagian yang dah lama pegang jawatan tu

3. Bila nak semak balik perjanjian antara DBP dengan Dawama? Kami dah lama menderita ni..kami bukan suka sangat nak bercerai dengan DBP dulu. Sape punya kerja?

4. Muhyiddin kena turun ke DBP dengar keluhan orang bawah..baru orang atas takut sikit.
Unknown said…
Sdr Azli,
Saya tak setuju majalah Dewan masih berada di takuk lama.
Kalau berada di takuk lama tu ok lagi, ini dah entah jadi apa dah. Nak baca DM pun tak lalu lagi dah, sudah macam majalah murahan, tak ada nilai intelek langsung. Tengoklah isu sosial yang dimainkan, semuanya tentang kepincangan masyarakat... apa yang sidang editornya buat hanyala paparan kosong, tidak ada analisis antropologi yang boleh dimanfaatkan.
Pemaparan sebegini hanya akan menyebabkan pembaca muda terjerumus ke dalam kancah kemusnahan.
Kita buat majalah ini bukan untuk mencari keuntungan semata-mata, jangan lupa tanggungjawab untuk membina modal insan!
Anonymous said…
Dalam Kesibukan Urusan, Biarlah Saya Lontarkan Sedikit Komen.

Buat Saudari Puteri Nipah Yang Budiman, Saudarilah Pejuang Bahasa Yang Sayangkan Bahasa Bangsa.

Berkenaan Dewan Ekonomi, saya sangat Maklum DE di bawah kendalian Saudara Azli dan sekarang. Dahulu bermaklumat sampai saya selalu bawa dalam mesyuarat dan minta pekerja-pekerja baca guna menambah pengetahuan. Tetapi saudara sendiri lihat dan katakan, editor baru itu tidak pun buat kajian, tidakpun membaca dan tidak pun membaca majalah antarabangsa.

Saudari kesilapan akan nombor itu sangat memalukan dan mengaibkan sebenarnya. Sebagai editor majalah ekonomi, angka tentang kekayaan ini sudah sepatutnya dalam otak atau minda si editor. Takkan itu pun tak tahu. Maka entahlah kalau saya cuba tanya editor itu tentang krisis perbankan sekarang, tentang krisis yang melanda CIMB seperti cadangan menutup cawangan dan memberi cuti pekerja, maka tentu terkial-kial si editor itu.

Belum lagi tentang krisis di luar negara yang pelbagai bentuknya dan menghambat ekonomi global. Tetapi seperti saudari katakan, tiada rasa bersalah langsung atau mungkin kerana rapat dengan ketua, biarlah, ini kesalahan kecil. Tetapi kalau mengkritik Khairy Jamaluddin dalam blog seperti dilakukan ribuan malah jutaan orang kerana demokrasi, awas.. anda akan dipecat. Itulah yang menimpa mantan editor dewan ekonomi yang dikenali dahulu. Semasa saudara Azli mewawancara saya, saya asak dengan soalan yang agak sukar, tetapi beliau dapat menjawabnya. Editor begini yang hebat dan bermaklumat.

Buah keranji masak sebiji
Masak sebiji berwarna indah
Kalau nahkoda berdiskriminasi
Hari-hari disumpah anak buah

Renung-renungkanlah.

Dato Adil
azlishukri said…
budak kampung - saya hanya menyampaikan hal yang sebenar

alamanda - saya setuju kenyataan saudara

datoadil - terima kasih komen dato' cuma saya sukar untuk mengingat siapa dato sebenarnya? jika pernah saya mewawancara dato dahulu, saya syak hanya ada tiga orang sahaja yang sehebat dato di Malaysia ini dalam perniagaan. wallahualam.
dnasura said…
saya selalu baca majalah terbitan DBP, sbb abah selalu beli. insyaallah akan terus membaca lagi. terima kasih datang melawat belog saya. salam kenal.
sapiah hussien said…
Salam singgah, tuan. :)
azlishukri said…
terima kasih rantong
Salam Bro Azli-san yang marvelous. coretan bro kali ini amat menyentuh perasaan.Memang sedih kisah bro dan rakan-rakan DBP yang seangktan dengan bro. Sya harapkan perubahan akan berlaku di DBP oleh TS Muyiddin nanti. Ya Allah, moga di berkati hidup hamba mu yang lemah, selamatkanlah kami daripada syaitan yang bertopengkan manusia. amin.
Jay Harun said…
wah, cover majalah dewan masyarakat tu!! satu2nya isu majalah dewan masyarakat yang paling kerap saya baca semata2 kerana kisah mahsuri!

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses
"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini
Taasub Beragama Timbul Perpecahan Ummah Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah disiarkan di dalam Utusan Malaysia, pada 09/10/2003) Kamus Al-Mujid mendefinisikan taasub sebagai berikut “Tidak menerima (menolak) realiti kebenaran, sedangkan telah jelas terbentang buktinya ; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak” . Manakala di dalam Kamus Pengetahuan Islam, tulisan Datuk Dusuki Hj Ahmad pula mendefinisikan taasub sebagai berikut, “ taasub ertinya fanatik, keras kepala atau mempertahankan sesuatu sikap secara membabi buta.” Umumnya, kedua-dua kamus tersebut jelas menunjukkan persamaan makna taasub yang ditujukan kepada sikap fanatik dan tidak mempedulikan kebenaran walaupun sudah jelas buktinya. Sifat taasub cukup dicela oleh Islam, kerana ia jelas merugikan diri dan masyarakat. Orang Arab Jahiliah sangat taasub dengan tradisi mereka yang sesat, walaupun sudah nyata bahawa kedatangan agama Islam membawa cahaya kebenaran. Orang-orang Yahudi dan Nasrani juga term