Oleh Muhammad Azli Shukri
Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – sekurang-kurang telah membuka mata saya bahawa tahap retorik dan pengucapan awam pemuda-pemuda UMNO masih lemah dan perlukan latihan, khususnya dalam menyampaikan idea serta pandangan dengan tepat dan bernas. Bahasa dan struktur kata juga menjadi masalah kepada ketiga-tiga pemidato tersebut. Baik Khir Toyo, Khairy mahupun Mukhriz – mereka mempunyai masalah yang sama, yakni lemah dalam menyampaikan idea serta terlalu terpengaruh dengan gaya ucapan orang politik dan bukannya ucapan seorang pemimpin besar. Inilah yang sangat mengecewakan.
Saya perlu bercakap benar dan jelas, bahawa saya agak kecewa dengan ketiga-tiga pemidato tersebut – idealisme yang tidak berupaya disampaikan secara jelas, karisma yang masih perlu diasah dan gaya bahasa yang lemah – menyebabkan mereka dilihat begitu jauh berbanding dengan tokoh-tokoh muda pembangkang. Maafkan saya jika saya terpaksa bercakap benar. Bukanlah saya bermaksud bahawa tiada langsung keistimewaan bagi ketiga-tiga pemidato tersebut (atau dengan lebih tepat dipanggil sebagai ahli forum), tetapi seakan-akan mereka tersekat dalam menyampaikan hasrat sebenar masalah dan realiti ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi - apatah lagi bagi menyuarakan hasrat generasi muda. Saya cuba berlaku adil dalam soal ini. Maka di bawah ini saya berikan sedikit analisis ringkas saya, berkenaan ketiga-tiga calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia tersebut.
Khir Toyo – mempunyai kekuatan mantik dan logik tetapi tersekat antara menyatakan kebenaran dengan aspirasi parti yang perlu dipertahankan. Markah yang saya beri adalah 70/100.
Mukhriz Mahathir – mempunyai kekuatan dari segi idealisme dan keberanian, tetapi tersekat antara menyampaikannya dengan bahasa yang baik dan gaya yang menarik. Markah yang saya beri 70/100.
Khairy Jamaluddin – ahli forum paling malang pada malam tersebut, ada gaya dan retorik bahasa, tetapi tersekat antara mahu memperkenalkan idealisme sendiri atau mempertahankan sistem idealisme yang sedia ada. Dengan kata lain, beliau gagal menunjukkan kematangan dan menyerlahkan bakat “usia mudanya” yang selama ini dilaung-laungkan. Markah yang saya beri adalah 50/100.
Jadi adalah jelas, kini yang berada dilandasan perjuangan hanyalah tinggal Datuk Mukhriz Mahathir dengan Datuk Seri Khir Toyo – Khairy sudah terang lagi bersuluh bahawa beliau telah jauh ketinggalan dari segi isi ucapan, idea serta kematangan berhujah. Saya juga telah menonton debat antara Khairy dengan Husam, sekai lagi Khairy menampakkan ketidakmatangan berhujah dan tenggelam dalam idealismenya yang keliru dan beku.
Namun demikian, menjadi Ketua Pemuda UMNO bukanlah diukur dengan kepetahan serta retorik bahasa yang memukau para pendengar, sebaliknya keberanian untuk bercakap benar dan rekod kerja-kerja amal yang berjaya – seperti Mukhriz, beliau tetap menjadi pilihan utama. Dalam hal ini, Mukhriz berada di hadapan, manakala Khir Toyo masih mengamalkan cara dan gaya politik generasi lama. Khairy pula, terlebih "over" untuk menjadi ikon dan hero generasi muda - tetapi hakikatnya masih menjadi liabiliti kepada UMNO. Khir Toyo, walaupun nampak seolah-olah seorang berjuang dan memahami aspirasi generasi muda - namun demikian, pengaruhnya dalam kalangan generasi muda kaum Cina dan India - masih menjadi tanda tanya ramai pihak. Mukhriz - disokong tidak hanya dalam kalangan generasi muda bangsa Melayu semata-mata, bahkan turut dihormati dan disanjungi oleh generasi muda dalam kalangan bangsa Cina, India dan lain-lain. Hakikatnya, Mukhriz ligat bekerja dan memiliki idealisme yang kukuh, dan disulam dengan tahap keberanian untuk menegakkan kebenaran. Wallahualam.
Comments
1. Anda adalah 'Penilai yang tidak bertauliah'.
2. Jika anda adalah SEORANG penyokong Mukhriz, sepatutnya anda tidak boleh menilai Mukhriz, anda perlu berkecuali.
3. Markah Khir Toyo 70/100 saya setuju. Tapi jika markah Mukhriz 70/10 itu adalah kerana dia mendapat SOALAN BOCOR.
4. Manakala markah KJ 50/100, rasanya ia dinilai oleh seorang hakim yang PEKAK.
SUKJ - saya memang hakim yang tiada bertauliah - tetapi sekurang2nya saya pernah menjadi ketua hakim untuk Pidato Merdeka IPTA-IPTS peringkat kebangsaan.
Maka harapan orang muda kepada Khir Toyo, lepaskanlah diri anda dahulu dengan "taik-taik" semasa memimpin selagor dahulu, kepada KJ, bersaralah bersama "abah" walaupun dulu pernah "bersama" MK. Dan kepada DM "Berani Berubah" perlu dikotakan sebaik sahaja menjadi KP UMNO InsyaAllah.
Kepada penerima "wang ehsan" dari KJ dan juak-juaknya ,anggaplah wang tersebut adalah bonus awal tahun. Dan harus diingat, sekiranya pemilihan KJ berdasarkan "wang ehsan" dari kj maka UMNO akan hancur dan lenyap dipersada politik tanahair.
Wassalam
Anonymous - tak kan la SUKJ nak marah...dia belasah DM dan MM orang tak marah pun.
Mak engkau suruh balik pergi beli kelapa kat kedai.
Budak2 ni, janganlah masuk campur hal2 orang dewasa.
Pasal bapaknya biarkan budak ni tak sunat sembahyang sebaris dgn org tua2.
Saya tak menyaksikan debat semalam tapi dari segi pendapat En. Azli, saya juga bersetuju kerana banyak fakta yang saya baca tentang Khairy yang agak 'lemah' dari segi debat dan untuk En. Mukhriz, saya agak tertarik dengan personaliti yang ada dalam diri dia..
En. Khir Toyo saya tidak comment. Tambahan, ilmu POLITIK saya tak sedalam mana..
*Thank you datang berkunjung di Istana Hati saya..
hehehe..
saya memang tidak berkesempatan untuk melihat dialog mereka dalam hujah kerana saya lebih fokus untuk melihat dialog berkenaan penggunaan perkataan "ALLAH" di RTM 1.
cuma apa yang saya lihat ketiga2 calon pemuda UMNO ini masih kurang agresif dalam memperjuangkan idealisme yang baru yang mana dapat membentuk pemikiran di luar kotak.
dari segi pengalaman tidak dinafikan khir lebih mendahului namun penyajian terhadap perjuangan sayap pemuda yang di bawanya kelihatan terlalu tua.dengan kata lain tidak mesra pemuda.
mukhriz pula mempunyai kharisma yang sangat tinggi dek tempias tun.namun tempias ini yang sekali lagi akan menghantui idealisme perjuaangan beliau untuk sayap pemuda.
khairy yang seorang lagi ni no komen.cuma ape yang saya boleh katakan dia akan survive dalam UMNO.most of the time orang lihat beliau sebagai pengampu,pengacau namun kadang kala UMNO memerlukan orang semacam ini untuk memprovok pakatan rakyat..
1. KJ liabiliti kepada UMNO
2. Apa yang KJ sentuh - pastinya orang akan berkata
3. Seperti biasa KJ pengamal Pecah dan Perintah
4. Siapa KJ jika Pak Lah tiada?
5. Penyusun agenda bermula dari tingkat 4.(contoh pemilihan calun PRU12 - BN kalah teruk)
6. Tiada berani menegur kesilapan pemimpin yang buat salah etc: Pak Lah, Nazri, Musa hitam, Shahril,
7. Mukhriz berani berbuat demikian- tetapi balaci Pemuda UMNO Malaysia-terus menghukum- fakta teguran benar. Dimana KJ masa tu..
8. Jika KJ seorang pejuang dalam bangsa melayu- Kenapa diam dalam isu Hindraf- Melayu sentiasa dikatakan rasist-Ini hak Melayu untuk bersuara- Kenapa Diam..
9. Siapa Gevi Spa dalam penjualan MV Agusta- Kenapa diam sampai sekarang - rakyat bertanya- Katanya MV Agusta Liabiliti kepada Proton.. tetapi BMW beli lak 1/3 dgn nilai puluhan juta.
Itu adalah sebahagian daripada yang menyangkal bahawa KJ adalah BUKAN MEMPERJUANGAKAN YANG HAK BAGI ORANG MELAYU.
SUKJ- JANGAN MARAH EK.. SBB KO TU MMG DAH FANATIK..TAK TAU NAK NILAI MANA YANG BURUK MANA YANG BAIK.. YANG BURUK KJ LAKUKAN ADALAH TERBAIK BAGI KAMU- HEHEHE
Anuar - aku no komen.
rmf - benar kenyataan saudara.
buat kesekian kalinya, anda suka memperlekehkan orang. "Pekak"? Kalau Azli pekak, jangan kata nak bagi markah, nak faham satu apa pun tak boleh, melainkan ada keluar kat skrin macam kat RTM untuk orang pekak dan bisu.
Janganlah bersikap begini. Kawan saya yang kat RMC pun malu dengan sikap saudara. Anda adalah produk RMC yang bijak bestari, sebahagian rancangan SBP. Jangan rendahkan martabat SBP dengan hujah tidak berbudi bahasa.
Buat Saudara Azli, teruskan usaha.
1. Sebenarnya saya kecewa pada Khairy yang tidak menggunakan kebolehannya berhujah yang saya kira sangat baik. Saya suka bila beliau berhujah tentang masa depan dan generasi baru pemuda. Sayangnya semalam, ianya entah kemana. Ini menggambarkan beliau tidak 'serius'.
2. Saya melihat potensi Khairy sangat besar sebagai pemimpin masa depan. Agak sukar untuk melihat manusia muda yang sebegitu dalam umno sekarang.
3. Masalahnya, Khairy belum teruji jatuh bangunnya lagi.
4. Melihat keadaan itu eloklah kiranya 'transit'kan jawatan ini kepada Khir Toyo dulu.
5. Itulah kualiti kepimpinan pemuda UMNO terkini. Tak ada rotan akarpun jadilah.
6. Mukhriz, minta maaf, hati ini belum terbuka lagi.
7. Pasal SUKJ... entahlah, tahap mana beliau telah meletakkan dirinya.
yang benar-benar berada dilandasan perjuangan Pemuda Umno sekarang adalah DS Khir dan Dato Mukriz,manakala KJ sudah menjadi liabiliti(ini fakta berdasarkan pemerhatian saya sendiri-pasti sukj marah nanti) Biarlah yang terbaik menang...bagi saya,saya ingin DS Khir memimpin Pemuda...ikuti pendapat saya di http://nasilemakbungkus.blogspot.com
wassalam
donmy - saya akui pandangan saudara ada kebenarannya.
awi - saya sudah membaca penilaian saudara, sangat menarik dan harus diberi perhatian.
hans - saya setuju Mukhriz tetap ada pakejnya yag tersendiri.
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
AGOES BOCOR SOALAN DAN BANTU DKT
Lama tak komen...tapi memang ada mengikuti perkembangan Azli menerusi blog ni. Kat mana sekarang? Masih dengan Dewan Ekonomi ke?
Apa pun, terima kasih kerana menyiarkan artikel di DE pada bulan Feb.
Biasanya kita yang menyokong Mukhriz, akan sentiasa mengatakan MUKHRIZ itu PERFECT. Sebab kita akan bias. Sebab kita suka dia. Tapi, dari komentar (rumusan Azli) kali ni, meletakkan DMM dan KT dalam kedudukan 70/100 kedua-duanya adalah bertepatan bagi saya yang juga sebagai penyokong Mukhriz.
Ini pastinya menggambarkan kita TIDAK BIAS kerana markahnya sama dengan KT. Bukan? InsyaAllah, kali ini semua pandangan penonton adalah sama dengan kita ...
Saya juga demikian seperti Azli, rumusan/komen saya ada di :
http://AloQStaQBlog.blogspot.com
dan bolehlah kawan-kawan blogger memberi pandangan jika tersalah rumusan saya.
Sesungguhnya, dari HUJAH malam tadi, Dato'Mukhriz dan DS Khir agak setara, TETAPI perlu diingat! DS Khir agak ketinggalan JAUH dari Dato'Mukhriz sejak dulu dari segi KONSISTENSI dalam banyakkkk halll! ... Susah nak dapat Pemuda yang seberani Mukhriz. Kekuatan, keluhuran dan kejujuran beliau untuk mempertahankan dan memperbaiki kelemahan UMNO dan BN amatlah JAUH MENINGGALKAN DS KHIR.
Satu contoh utama :
DATO'MUKHRIZ LAH MANUSIA PERTAMA YANG MENYUARAKAN (DAN BERSURAT) UNTUK MEMINTA ABDULLAH BADAWI MELETAKKAN JAWATAN (Demi Kebaikan Parti)- Beliau Konsisten sejak dulu hingga kini!
DS KHIR? ... Ibarat lalang dipupuk bayu ... Beliau pernah bersetuju dengan Plan Peralihan Kuasa Yang Di Ilhamkan Abdullah (yakni JUN 2010) ... Semua orang tidak lupa.
TAK PERCAYA ? ... Lihat ini :
http://www.drkhir.com/2008/07/biduk-berlalu-kiambang-bertaut.html
Hidup Dato'Mukhriz!
BERANI BERUBAH!
AloQStaQ
http://www.KMU.net.my
saya berpeluang hadir kemalam bersejarah itu, InsyaAllah akan saya muatkan beberapa rangkaian gambar dan ulasan saya pada malam tadi.Oh ya, kalau berkesempatan bacalah posting perwira bangsa kita, Pak Ghafar, dalam blog saya.terima kasih
Cuba you pergi ke blog SUKJ.....
Kah....Kah...Kah...
Kan saya dah kata...
Kepada penjilat KJ, jom kita pilih DM. Abah KJ dah dapat warning letter dah dari agong dua hari lepas, KJ dah tak mampu lagi dah nak bank-in ke akaun sedara lepas ni.. mungkin "wang ehsan" bulan feb. adalah yang terakhir...
Ini adalah jawapan daripada blog saya yang dilawati oleh penjilat KJ...
SUKJ said...
1. HAHA...Akhirnya you tanya juga "kaum manakah yang cerdik berpolitik"?
2. Jawapannya kaum macam aku dan KJ la. Itu sebab kalau nak pilih pemimpin kena pilih orang yang cerdik berpolitik.
3. Mukhriz dan Khir Toyo tu tidak cerdik berpolitik.
February 17, 2009 7:45 PM
kita memerlukan pemimpin muda yang konsisten membuat keputusan.kita tak perlukan seorang pemimping yang cakap je retorik tapi perbuatan dia tak sama dengan cakap.
kita perlu orang yang buat kerja bukan orang yang pandai berucap benda yang retorik
hidup UMNO !!!
hidup Dato Mukhriz!!!
pemimpin masa depan
" berani berubah "
www.sahabatgunung9506.blogspot.com
Assalammualaikum
Apa yang kita buat hari nie. Saya hanya mendiamkan diri 24 jam semata-mata nak tengok apa komen saudara-saudara, sahabat-sahabat semua mengenai ‘Hujah TV9’ malam tadi yang mengabungkan tiga orang calon Ketua Pemuda UMNO yang akan berentap 25 Mac ini di PWTC.
Terus terang saya katakana, ada antara kita semua mempunyai pendirian dan penyokong kepada salah seorang kepada calon-calon ini. Tak salah, jika saudara-saudara ada pendirian dan sokongan saudara sendiri, ini membuktikan bahawa UMNO sebuah parti bermaruah dan demokrasi.
Namun apa yang saya kesalkan kerana ada di kalangan sahabat kita sendiri yang menonjolkan sokongan terbuka mereka, namun yang tidak cantiknya, mereka menghentam secara terbuka terhadap seorang lagi calon yang boleh dikatakan calon `favourite’
Apa yang saya nak perkatakan di sini ialah tak guna jika semua berjuang demi penyatuan UMNOlah, demi semangat setiakawanlah, demi kekuatan BN dan perjuangan mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada BN dan UMNO tapi dalam masa yang sama…saudara menghentam sesama sendiri dengan menggunakan blog yang kina bina untuk mempertahankan UMNO dan BN.
Di mana letaknya kematangan dan kewibawaan kita. Di mana letakkan profesionalisme dan semangat setiakawan kita?
Adakah kita terlupa bahawa kenyataan dan tindakan kita ini umpama membuka pekung saudara sendiri? Adakah ini semangat yang kita nak tonjolkan sebagai pejuang UMNO.
Saya juga mendapat maklum balas dari sahabat-sahabat lain, mengenai KJ, Mukhriz dan Khir Toyo dalam Hujah itu.
Kita kena sedar, ramai juga yg hentam KJ …tetapi saya minta jangan diperbesarkan dalam blog-blog kita, kerana ia akan menjadi bahan kepada Pakatan Rakyat yang kini sedang mencari jalan menjatuhkan kita, mencari jalan untuk mencari kesalahan kita dan mencari jalan untuk melonjakkan semula sokongan mereka dari rakyat selepas insiden-insiden buruk yang melanda mereka sejak kebelakangan ini.
Jika kita berterusan macam nie, mudah-mudah sahaja `mangkuk hayun PR’ guna point yang kita sendiri bagi untuk memburukkan sesama kita.
Mohon maaf sekiranya saya tersalah bicara. Cuma saya mahu kita semua rasional dalam keadaan sekarang. Kita nak jadi Pemuda Berani. Kita perlu Berani Berubah untuk memperkuatkan semula UMNO dan semangat Setiakawan kitalah yang mampu meletakkan Pemuda di landasan perjuangan yang sebenar.
Alhamdullillah, banyak feedback yang ditulis serta khalayak rakyat berkehendakan DMM sebagai pemimpin KPU dan seterusnya keperingkat tertinggi.Persoalannya kita tak dapat mereliasasikannya kekertas undi untuk mengangkat beliau kepersada yang kita kehendaki.
Oleh yang demikian, kita memerlukan segala jalan serta ruang untuk memujuk para perwakilan supaya tidak membelakangkan kehendak rakyat, akar umbi serta pucuk pimpinan untuk memilih DMM sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Segala ruang ada pada kita perlu dipergunakan samada melerusi ikatan persaudaraan, rakan sekolah atau bisnes dan pujuk rayu isteri-isteri amatlah berkesan, semoga dengan kesungguhan serta bantuan kita dapat menjamin kemenangan DMM.
diharap kita dapat memainkan peranan masing2 bagi menentukan kejayaan pemimpin agama,bangsa dan tanahair.
Salam berani berubah
Olex
Tulisan ini adalah petikan daripada blog saya.
' Tiga Abdul ' Calon Ketua Pemuda UMNO.
Program Hujah yang dikendalikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Mohammad Agus Yusof, yang disiarkan di TV9 malam tadi mengingatkan saya kepada cerita P.Ramlee ,Tiga Abdul.
Tiga Abdul mengisahkan pergolakan keluarga Ismet Ulam Raja, seorang hartawan di Isketambola. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Apabila bapa mereka meninggal dunia, Abdul Wahab dan Abdul Wahib mula bersikap tamak dengan membolot semua harta peninggalannya. Manakala, Abdul Wahub yang benci dengan sikap tamak abangnya, memutuskan persaudaraan dengan mereka. Ramai orang tahu kisah dalam cerita ini.
Filem terakhir arahan dan lakonan P. Ramlee yang diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd. sebelum beliau berpindah ke Merdeka Studio di Kuala Lumpur seolah-olah menyamai bilangan calon dalam pemilihan KP UMNO kali ini di mana ada tiga calon yang menawarkan diri iaitu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga Naib Ketua Pemuda UMNO sekarang,Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo.
Secara jujur saya tidak dapat membuat keputusan lagi jika saya seorang perwakilan Pemuda UMNO pada Mac nanti. Ketiga-tiga calon dalam Hujah malam tadi semuanya layak menjadi ketua. Kelayakan sudah ada, mungkin mereka bertiga berbeza dari segi idea dan wawasan, perwatakan, keberanian, kepetahan berpidato, atau menyampaikan maksud hujahnya kepada penonton.
Satu slot yang saya kurang berminat ialah apabila Khairi sering mencebek dan membuat memek muka seolah-olah memandang rendah idea dan pendapat orang lain khususnya apabila Datuk Mukhriz sedang berhujah.
Kalau adapun saya ingin memilih calon yang mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan Abdul Wahub. Walaupun dia pernah memutuskan hubungan dengan kedua-dua abangnya tetapi akhirnya beliau menebus semula maruah keluarganya dengan menghimpunkan semula kedua-dua abangnya termasuklah bapa mertuanya.
Pendek kata, kalau kita melihat watak Abd.Wahub kita mahukan seorang yang sabar, bijaksana, cerdik dan berani membawa pembaharuan. Siapakah tiga calon pemuda UMNO yang berhujah malam tadi hampir-hampir sama atau lebih baik daripada Abd.Wahub?
Amir Hamzah,
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
SOKONG MUKHRIZ!
UNDI MUKHRIZ!
NYAH KHIR TOYO... Raja Rasuah!
NYAH KHAIRY... Raja Monyet!
Dalam pada tu jom kita selingan, sama-sama kita boo penyokong Fuckatan Riot.
YEAH! BRAVO!
PKR - PAKATAN KEMUT RABA
P - Pakatan
K - Kemut
R - Raba
Cerita lanjut di sini...
sy pun setuju kalau hujah pmbangkang lebih hebat kadang2..sbb saya sndiri prnah dngar dari kedua2nya..huhu.. buatkan org mudah yakin dan percaya.
luar topik:
Saya 'pinjam' artikel/pos 'Saya membesar seperti kanak-kanak lain- Datuk Mokhzani' utk direkodkan dlm blog saya. tq
kj memang out of question, mimik muka sudah membuat org rasa nak termuntah tengok.
khir toyo, cakap pandai tetapi tak jelas kepimpinannya.di selangor jelas dia tewas.
soalannya sekarang siapa yang layak antara mukhriz dgn khir toyo.
kalau diikutkan mukhriz lebih layak kerana khir toyo jelas ditolak oleh rakyat selangor dan juga bukan melayu.sbg ketua pemuda umno,seseorg itu perlu menjadi ketua pemuda bn dan sbg ketua pemuda bn, sokongan dari semua kaum adalah perlu.sekiranya ahli umno memilih seorg kp yg tiada sokongan bukan melayu alamatnya pilihanraya nanti umno akan bungkus.
mukhriz sbg org baru, tiada tanda hitam dlm sejarah politiknya adalah org yg paling sesuai utk menjadi kp.dalam masa yg sama dia kenalah polish up skill public speaking nya.
adeh!
Anda seorang penganalisis yang berpijak di bumi nyata.
Teruskan,,,;)
fahana - politik ini jika kita ikhlas, akan mendapat pahala dan ganjaran
lelucon - silakan
tunku - saya sependapat
Khairul Anuar - itulah politik
fital - saya akan cuba berlaku seadil-adilnya.
sutera putih - terima kasih
Nampaknya gelanggang ini sudah ditutup. Izinkan saya membukanya kembali.
Berdasarkan debat tersebut saya beri 33.3333% pada Mukhriz, 33.3333% pada Khir Toyo, dan 33.3333% pada Khairy.
Bagi saya mereka hanya akan mencapai 100% sekiranya mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan ummah.
Ikhlas, bukan semudah mengucapkannya.
Saya sedar sekalipun mereka enggan bergabung tenaga, salah seorang daripada mereka tetap akan menjadi ketua. Ya, sekadar menjadi ketua. Lagipun, itulah sahaja impian mereka.
Kirim salam pada mereka bertiga. Jika mereka masih belum faham bagaimana untuk 'menang', saya jemput mereka ke kelas prasekolah saya. Insya-Allah anak murid saya boleh menunjukkan caranya.
Teman nengok juga Hujah di TV9. Teman pun setuju Mukhriz ada pakej untuk jadi Ketua Pemuda.
Cuma bab PPSMI, Mukhriz cakap berlapik, beliau bersetuju buat penambahbaikan. Mungkin sukar menyanggah idea ayahnya semasa jadi PM.
Pada saya, Khairi tak mungkin jadi Ketua Pemuda jika tak guna wang.
Khir Toyo, entahlah. ada idealisme, tapi dari segi sokongan perwakilan, sukar dijangka.
Pendapat saya, Mukhriz boleh elakkan gejala membeli perwakilan dengan wang. Saya tak ada bukti, cuma firasat, atau lebih tepat lagi, harapan.
Ya, saya berharap untuk jadi sebuah parti yang dominan, PEMUDA mesti diperkasakan dengan kekentalan jiwa, bukannya kekentalan poket.. Jadi, ia perlukan ketua yang ada karisma.
Gaya pertuturan Mukhriz tak sepatutnya dinilai dalam tempoh sejam forum pendek itu.
Jika Mukhriz jadi Ketua, adakah Khairi masih terlibat dengan PEMUDA?
dan bukan mereka bertiga sahaja gagal untuk ucapan awam..tapi ramai lagi pemimpin UMNO yang gagal dalam pengucapan awam.Inilah kelemahan UMNO.Bekerja boleh,bersembang boleh tapi untuk berucap gagal..tidak boleh menyaingi DSAI,Salehuddin KP PAS,Dll.
ibrahim - pandangan yang harus diambil perhatian
geli - saya setuju