Skip to main content

Kenali Datuk Mukhriz Mahathir Siri 3


DIARI LAWATAN KE PALESTIN DATUK MUKHRIZ BERSAMA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Siri Satu (Kenali Datuk Mukhriz Siri 3)

Oleh Dato’ Mukhriz Mahathir

Penyelaras Aman Malaysia merangkap Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Sempadan Jordan-Palestin, Pintu masuk Allenby, Jericho


“Welcome to Israel”. Itulah yang tertera pada borang kemasukan imigresen di kawasan tanah Palestin yang dijajah oleh Rejim Zionis Israel. Walaupun kawasan ini bersempadan dengan dua negara berjiran, Jordan dan Palestin, selain terletak di kawasan paling timur dari Israel, tidak seorang pun rakyat Palestin yang menjadi pengawal, pegawai kastam atau imigresen untuk mengawasi keluar masuk pelawat di antara dua buah negara ini. Kesemuanya orang Israel.


Kami hairan kenapa Israel yang menguasai pintu masuk ini, walhal kami ingin melawat Palestin dan bukannya Israel. Dari pintu masuk ini lagi, kami sudah dapat mengagak tahap ketidakadilan yang berlaku di negara ini. Sudah tentu apa-apa yang Israel lakukan di sini, sebenarnya melanggar undang-undang dunia, tetapi tidak dipedulinya.


Di laluan pemeriksa imbasan ray, kami disuruh membuka semua barangan keluli seperti jam dan tali pinggang. Malah, kertas pembalut gula gula getah pun terpaksa dilucut kerana mesin pengimbas ray akan berbunyi apabila kita melaluinya.


Yang saya anggap keterlaluan adalah apabila ibunda sendiri disuruh membuka kasutnya untuk diperiksa kedalam mesin pengimbas. Pada fikiran saya kalau pun bersikap berjaga-jaga membenteras kegiatan pengganas, mustahil sehingga kasut ibunda saya juga boleh disyaki mengandungi bahan letupan!


Setelah mengambil kembali barangan yang telah dilucutkan daripada mesin pengimbas, saya menyedari bahawa hampir semua pegawai imigresen Israel di sini nampaknya dari golongan wanita muda. Mereka ini berpakaian seragam imigresen tetapi mereka langsung tidak bersikap professional dan juga tidak cekap dalam mengendalikan tugas imigresen. Mungkin ketidakcekapan ini disengajakan untuk menghampakan hajat kami.


Kami sudah berada di sini selama dua jam, menantikan kebenaran untuk masuk ke Palestin. Nampaknya pihak Israel memang sengaja melambat-lambatkan pemprosesan pasport kami. Mungkin mereka berharap dengan tindakan ini kami akan marah, lantas dijadikan alasan untuk menolak permohonan kami untuk masuk. Kami tetap bersabar.


Selain daripada rombongan kami terdapat juga beberapa kumpulan orang Arab – mungkin rakyat Jordan – yang turut memohon permit untuk memasuki Palestin. Agaknya mereka ini punyai saudara mara di Palestin yang hendak diziarahi.


Seorang lelaki British yang dilahirkan di Palestin datang menghampiri kami setelah mengecam ayahanda saya. Dia bertanya adakah benar beliau Dr. Mahathir Mohamad. Setelah disahkan anggapannya itu, beliau begitu seronok dan meminta untuk mengambil gambar bersamanya. Malangnya pegawai Israel di situ melarang saudara tersebut daripada berbuat demikian.


Akhirnya kami dibenarkan melalui laluan ke kawasan Palestin. Sekali lagi, seorang pegawai imigresen Israel memeriksa pasport kami dan mengarah supaya enam antara kami, termasuk saya sendiri, diperiksa sekali lagi. Kali ini kami diarah mengeluarkan semua benda di dalam kocek baju dan seluar. Kami kini di periksa untuk mengesan bahan letupan. Apabila beliau berpuas hati bahawa tiada kesan bahan letupan dijumpai barulah kami dibenarkan lalu.


Proses meluluskan kemasukan ke Palestin ini mengambil masa dua setengah jam dan bukannya satu jam seperti yang telah dilaporkan oleh agensi berita Associated Press (AP). Oleh kerana matlamat kami adalah untuk melawat rakan-rakan seperjuangan Palestin, kami bernekad tidak berkelahi dengan pihak Israel yang sengaja cuba mematikan semangat kami untuk merealisasikan hajat ini.


Rupa rupanya Timbalan Menteri Luar Palestin juga sudah dua setengah jam menanti kami di seberang sempadan. Kami dimasukkan ke dalam lima buah kereta yang disediakan oleh kerajaan Israel, dan kesemuanya dipandu agen Israel. Oleh itu, kenyataan Israel kononnya mereka tidak dimaklum mengenai hajat kami untuk melawat Palestin seperti yang dilaporkan oleh AP merupakan alasan dan pembohongan semata-mata. Rombongan kami sememangnya telah berunding dengan pihak Israel untuk membenarkan lawatan kami ke Palestin ini sejak dua minggu yang lalu. Dengan laporan AP yang jelas tidak berdasarkan fakta itu, kami dapat gambaran bagaimana media digunakan untuk mewujudkan prasangka yang silap mengenai penderitaan rakyat Palestin.


Kami dimasukkan ke dalam lima buah kereta, tetapi tidak dapat bertolak dengan serta-merta. Sekali lagi, ada kekecohan dalam kalangan pegawai Israel dan kami terpaksa menunggu untuk 15 minit sebelum dibenarkan beredar ke Ramallah.


Dalam perjalanan ke pejabat Ahmed Qorei, Perdana Menteri Palestin, kami menerima satu panggilan dari pihak Israel memberitahu bahawa kerajaannya tidak membenarkan rombongan kami ke Baitulmaqdis, kononnya atas alasan keselamatan. Kami berasa amat hampa dengan berita ini kerana memang berhajat menunaikan solat Zuhur di Masjid al-Aqsa, masjid yang ketiga penting bagi umat Islam.


Setibanya di pejabat Ahmed Qorei 20 minit kemudian, kelihatan suasana sesak dengan pemberita dan jurukamera. Rombongan kami digegaskan ke dalam bangunan sederhana itu dan kami ditemukan dengan Perdana Menteri. Pertemuan dengan beliau berlangsung selama satu jam di mana pelbagai perkara dibincangkan. Ahmed menyatakan rasa terharunya terhadap lawatan yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ini. Bagi mereka, kehadiran Dr. Mahathir dikatakan memberi semangat baru kepada kepimpinan dan rakyat Palestin untuk terus berjuang demi keadilan.


Ahmed memaklumkan kami bahawa Palestin kini dikelilingi tembok 30 kaki tinggi yang didirikan Israel. Alasan yang digunakan Israel ialah untuk membenteras kemasukan agen berani mati Palestin ke Israel tetapi hakikatnya tembok itu dibina untuk memperolehi tanah Palestin. Tembok pemisah itu jelas dibina di atas tanah Palestin dan pembinaan ini memaksa begitu ramai penduduk berpindah.



Bersambung...

Comments

Pemuda Pelapis said…
Jom baca siapa sebenarnya yang terjah Elizabeth Wong telanjang?

NI DIA ORANGNYA - KLIK DAN BACA
APPLE PIE said…
he is a working person.
Cheguman said…
Salam Azli,
Satu perkongsian menarik setelah lama bercuti. Ke mana menghilang?
azlishukri said…
waadat - saya agak sibuk dengan tugas belakangan ini. banyak berjalan dan tidak duduk ofis.
RAHISAM RAMLI said…
Salam saudara Azli-lama juga tidak berhubung. Teruskan perjuangan.
fahana_ann said…
seronok ceritenyer..

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...
Hikayat Dewan Ekonomi Episod Satu : Kemelut Di Dalam Sarang Semut Oleh Muhammad Azli Shukri Menguruskan sebuah majalah, bukanlah semudah menerbitkan sebuah buku atau jurnal. Penerbitan sebuah majalah memerlukan kesinambungan idea dan komitmen para penulis. Saya diterima bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 Disember 2006 (mungkin kerana saya agak rapat dengan mantan Ketua Pengarah DBP dahulu, Datuk Dr Firdaus Abdullah) - sebagai staf kontrak (kontrak akan disambung pada setiap tahun). Oleh kerana latar belakang pekerjaan saya sebelum ini adalah dalam pendidikan dan bukan penerbitan, maka dunia penerbitan merupakan dunia baharu bagi saya. Setelah saya ditempatkan untuk bertugas di bahagian majalah, di bawah kendalian ketua editornya, Puan Padilah Hj Ali, maka saya terpaksa menyahut cabaran dengan apa-apa juga tugas yang akan diberikan olehnya kelak. Pada ketika itu, DBP baru sahaja mengambil alih penerbitan majalah yang sebelum ini telah difancaiskan kepada syarikat Karangkra...

Dewan Masyarakat atau Masyarakat Dewan?

Dewan Masyarakat atau Masyarakat Dewan ? Saya difahamkan bahawa Tan Sri Muhyiddin akan melawat ke Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari ini (walaupun mungkin tidak kesampaian). Sama ada TS Muhyiddin jadi membuat lawatan ataupun tidak, ia secara tidak langsung menjelaskan betapa beliau merupakan seorang yang benar-benar berjiwa rakyat dan tidak suka dibodek. Lawatan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa DBP begitu diambil perhatian serius oleh Timbalan Perdana Menteri itu, malah tidak terkejut rasanya jika tidak lama lagi DBP akan ditransformasikan menjadi lebih baik daripada dahulu. DBP - nama yang sangat gah dan hakikatnya perlu banyak berubah. Pada pandangan peribadi saya, DBP bukan tidak hebat, sebaliknya terdapat segelintir "orang atasannya" yang lebih gemar menjadi pembodek dan main silat, sehingga nama baik DBP kotor dan dipandang tidak bermaya oleh masyarakat luar. Saya sebenarnya sangat kagum dengan Datuk Baha, salah seorang ahli Lembaga Pengelola DBP yang begitu...