Skip to main content

Kenali Datuk Mukhriz Mahathir Siri 5 (Eksklusif)



DIARI LAWATAN DATUK MUKHRIZ MAHATHIR KE PALESTIN
BERSAMA TUN MAHATHIR MOHAMAD


Oleh Dato' Mukhriz Mahathir

Siri Terakhir (Kenali Datuk Mukhriz Mahathir Siri 5)


Melihat Masjid al-Aqsa dari bumbung rumah itu amat menyedih dan memilukan kerana kami tidak dapat menunaikan solat di sana. Tempat-tempat suci tiga agama agung di dunia – Islam, Kristian dan Yahudi – yang berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa itu sememangnya merupakan simbol kesefahaman yang sedia terjalin antara umat yang menganuti agama-agama ini dahulu.


Saya semakin faham dengan apa-apa yang dinyatakan oleh Rabbi Weisz, salah seorang peserta yang hadir ke Persidangan Keamanan di Palestin anjuran Aman Malaysia di Putrajaya baru-baru ini, bahawa Rejim Zionis tidak boleh dimaafkan kerana mengakibatkan permusuhan dalam kalangan umat Islam, dan Yahudi yang dahulunya dapat hidup berjiran dalam keadaan aman damai. Beliau mengingati kita bahawa sewaktu Kristian Eropah melancarkan pogrom, iaitu tindakan membunuh penganut agama Yahudi, mereka seringkali melarikan diri ke negara - negara Islam yang sentiasa bersedia memberi perlindungan kepada mereka. Jadi, tiada sebab Yahudi bermusuh dengan Islam. Malah umat Yahudi harus berterima kasih dengan Islam.


Kini, seolah-olah rakyat Palestin dituntut membayar gantirugi nyawa dan harta kerana kekejaman yang dilakukan oleh Nazi Jerman ke atas penganut agama Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua, walhal Palestin tidak wujud sebagai negara berdaulat pada ketika itu dan orang Palestin langsung tidak terlibat dengan pembunuhan secara beramai- ramai itu!


Pada pukul 4.00 petang, kami mula bergerak balik ke pintu keluar masuk Allenby di sempadan Palestin-Jordan. Dalam perjalanan ke sana kelihatan beberapa kawasan di sepanjang jalan raya di mana bendera Israel dikibarkan. Rupa-rupanya di kawasan tersebut terdapat penempatan penceroboh Israel yang dihiasi dengan rumah serba indah di atas tanah rakyat Palestin. Walaupun kawasan perumahan ini cantik, namun ia dikelilingi tembok tinggi sehingga kelihatan umpama kubu pertahanan. Inilah gara-gara pendatang yang mengambil tanah orang lain secara haram dan berasa tidak selamat.


Kami dihalang di satu simpang empat disebabkan kekecohan yang ditimbulkan oleh sekumpulan penunjuk perasaan ekstremis Zionis yang berbaring di atas jalanraya menghalang trafik untuk membantah pengunduran Israel dari Tebing Barat. Kelihatan mereka memegang kain rentang dan bendera kumpulan mereka, dan saya lihat anggota keselamatan Israel dengan begitu tertib mengangkat dan meletakkan mereka di tepi jalan. Saya diberitahu bahawa sekiranya penunjuk perasaan itu orang yang menyokong Palestin, anggota keselamatan Israel tidak akan teragak-agak untuk menembak mereka.


Setibanya kami di Allenby, sekali lagi kami terpaksa menunggu pihak imigresen Israel untuk memproseskan pasport kami. Proses ini pula memakan masa selama 20 minit, sehingga akhirnya kami dibenarkan menyeberangi sempadan ke Jordan. Apabila pasport kami dipulangkan oleh pegawai kedutaan Malaysia di Jordan kami dapati kesemuanya dicop oleh imigresen Israel. Kami faham mesej yang hendak disampaikan Israel iaitu pelawat hanya boleh masuk ke Palestin dengan kebenaran rasmi Israel. Inilah sikap angkuh Israel yang mungkin menjajah Palestin tetapi tidak dapat mematahkan semangat rakyatnya.


Walaupun hanya sehari kami menziarahi sahabat-sahabat di Palestin, kesannya adalah amat mendalam sekali. Pendedahan sepanjang Persidangan Keamanan di Palestin yang dianjurkan oleh Aman Malaysia yang lepas dengan apa-apa yang kami ltelah ihat semasa lawatan ini , secara tidak langsung membuka mata terhadap penderitaan sebenar rakyat di sana. Justeru, seharusnya kita memperkukuhkan lagi tekad untuk membantu mereka bagi mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya.


Sesungguhnya, selagi isu Palestin-Israel ini berlarutan, selagi itulah pejuang-pejuang keadilan di seluruh dunia – tidak kira bangsa dan agama – akan mengecam tindakan Israel yang disokong penuh oleh Amerika Syarikat ini. Kegiatan pengganas tidak dapat dibendung jika puncanya tidak diatasi terlebih dahulu.


Keengganan Tel Aviv, Washington dan sekutu mereka menerima hakikat ini akan mengakibatkan keamanan sejagat menjadi mimpi indah yang tidak menjadi kenyataan. Demi Palestin, demi keamanan sejagat, saya berdoa agar kemelut ini diselesaikan dalam masa terdekat agar setiap warga dunia dapat mengecapi keindahan dunia yang bebas daripada penindasan.


Seharusnya, tragedi di Palestin ini kita jadikan pengajaran. Apabila negara dunia ketiga disuruh menghormati hak asasi manusia, sebenarnya ketidakadilan yang paling besar sedang dilakukan oleh Israel sambil disokong penuh Amerika Syarikat.




Sekerdil-kerdil Malaysia, kita tetap berpegang kepada konsep keadilan sejagat. Seharusnya warga dunia yang lain juga bersuara lantang membela nasib negara-negara yang menjadi mangsa ketidakadilan sepertimana di Palestin ini. Mungkin kerana pendirian Malaysia sebagai anggota masyarakat madani dunia yang lantang jugalah, menyebabkan kita sentiasa diperhatikan oleh kawan dan lawan.




Saya mengambil iktibar bahawa perjuangan yang sebenar bagi kita bukan sekadar kepentingan Agama, Bangsa dan Negara, tetapi juga menjangkau kepentingan dunia. Marilah kita bersatu untuk berusaha ke arah keamanan dan kesejahteraan sejagat.


TAMAT


Gambar : Tun Mahathir menuju ke Muqatah dan Tun Mahathir bersama Isteri Tercinta Dihadapan Tembok Pemisah.

Comments

zuraima said…
salam tuan. orang yahudi sepatutnya berterima kasih kepada orang islam. sepatutnyalah, kan? berterima kasih tu tak memerlukan kepakaran. tapi itulah tuan, pintu hati orang yahudi memang terkunci kemas.
al amin said…
assalamualaikum saudara,

Apakah UMNO{baru) hari ini telah ketandusan barisan kepimpinan sehingga tiada muka lain selain daripada anak-anak,serta menantu pemimpin yang dulu.

oleh yang demikian bolehlah dikatakan dulu kini dan selamanya adalah hak mereka .

sebenarnya UMNO(baru) itu sudah ketinggalan dah ia perlu kepada penstrukturan semula.Proses ini hanya akan berlaku apabila ia tidak berkuasa lagi, dengan demikian akan berlaku proses saringan, golongan hipokrit akan berterbangan dengan demikian akan hanya yang tinggal pejuang-pejuang yang unggul sahaja.
Unknown said…
saya harap dapat ke sana bersama tuan dan mukhriz. cuma duit tidak mencukupi. bukan utk berperang ttp utk menolong mereka dlm misi keamanan..
Unknown said…
israel juga mengepung kita dari segenap sudut.

saya juga ada menulis entry berkaitan ini:

http://kayrolldin.blogspot.com/2009/02/israel-mengepung-malaysia.html

mohon pandangan saudara...
add said…
Tahniah kepada TDM,TDH,DMM serta penulis MAS,,,, biarlah dulu kini dan selamanya dikalangan anak-beranak dalam kepimpinan negara sekiranya ia baik untuk rakyat,,,, salahkah Tun Razak di sambung oleh DSN? salahkah TDM di warisi oleh DMM? Pada saya mereka berdua ni boleh mewarisi kepimpinan dari ayahnda mereka tetapi Salah kah Dolah Badawi di warisi oleh menantunya KJ? ye memang sesangat salah kalau KJ mewarisi Dollah badwi ni...kerana sekiranya KJ mewarisi dollah badawi,, maka melayu di malaysia akan menjadi senasib seperti melayu di singapura, melayu islam di thailand,, kerana semua sykt akan di konker oleh sykt singapura,,,

KJ hanya hebat kalau siri lawatan ke kelab malam, bar, joli -dengan "MK"(sebelum ni la, berpeleseran dengan puteri umno,
gambar lucah di phone Kj,, cuba la buat spot check,,,kalau nak tahu,,,

Apa-apa pun mulai dari sekarang jom lah ramai-ramai kita pakat memhon keredhaan dari Allah untuk kemenangan DMM dalam merebut KP UMNO.. pada saya lebih baik BN kalah di semua PRK yang akan berlangsung April depan daripada KJ menang KP UMNO....
Detguaq said…
Melihat kedua-dua kenyataan keras kepada Karpal, saya melihat isi kenyataan Dato' Mukhriz lebih fokus dan jelas serta tepat, manakala kj sekali lagi mendapat 'mandat' dr KPUM DSHTHO konon, menggunakan platform Pemuda untuk membidas kapal sink.

Jika dibaca kenyatan DMM, ternyata isinya keras serta padu. Semoga Dato' Mukhriz diangkat oleh Allah sebagai KPUM yang insyaAllah berjaya mengembalikan kegemilangan sayap penting UMNO ini.
Anonymous said…
30 000 PENGUNJUNG dan WAJAH BARU


Tahniah kepada saudara kerana telah mencecah kunjungan 30 ribu. Hal ini amat memberangsangkan.

Saya juga bangga dengan wajah baru blog ini yang lebih "relaks" warnanya untuk ditatapi.

Saya juga memaklumkan kepada saudara Azli bahawa saya akan menukar pejabat urusan syarikat ke Cyberjaya secara berperingkat.

SELAMAT MAJU JAYA

Dato Adil
Bangsar, KL.
azlishukri said…
zuraima - terima kasih singgah, saya setuju kata2 saudari itu.

al-amin - pandangan saya tidak kisah sesiapa pun yang hendak jadi pemimpin sama ada anak bekas PM atau sesiapa sahaja janji mereka amanah dan jujur dalam kerja mereka.


khairul - boleh..saya pun tak cukup duit ni.


add - saya setuju


aku sayang umno - benar kenyataan saudara.


dato adil - saya maklum akan hal tersebut.
PUTRAKENCANA said…
Tun Mahathir adalah Negaran Terulong.
Rakyat Malaysia kagum akan semangatnya.
Di harap Datuk Mukhriz dapat mengikut akan jejak Tun.

Masih banyak lagi perlu dipelajari dengan sepak terajang alam berpolitik di Malaysia ini.
Anonymous said…
KERJA DAN PEKERJA

Antara pekerja dengan bos. Bos selalu sahaja berlagak dan tunjuk-tunjuk pandai. Itu yang berlaku masa saya jadi pekerja. Sebab itu bila jadi bos, saya tidak selalu memandai-mandai, sebab nanti pekerja akan sumpah seranah dan kutuk di warung atau kedai kopi. Saya mahu pekerja kata "bos kita tu bagus tak suka marah-marah".

Sebab itu bila saya marah, pekerja akan kata, "kenapa bos marah, mesti bos ada masalah atau kita buat salah". Kita jarang-jarang marah. Jadi pekerja kasih dan sayang kat kita. Mereka tumpang simpati bila kita sedih.


Tetapi lain pula ceritanya seorang Bos ni. Bila naik tingkat 20 di salah sebuah bangunan, perkara pertama ialah MARAH. Kalau dia tak marah pekerja tanya "apa kena bos hari buat-buat baik pula, tak marah". Maka orang ganjil dengan perangai macam ini manakala pekerja hairan.

Jadi orang ini saya panggil dengan gelaran "Mat Marah" sebab dia suka marah. Nasib baiklah pekerja saya akan senyum bila jumpa saya dan panggil " dato dah minum, dato dah makan, dato sihat, dan paling bagus selepas saya marah mereka akan tanya, kami sedih bila datuk marah".

Oleh itu jangan jadi

"MAT MARAH"

ada cerita kedua tentang MAT API yang menyebabkan lahirnya MAT MARAH.


Sekian.
Kepada umat Islam, mari kita berdoa pada hari jumaat ini supaya dibuang sikap marah kita.

Dato Adil.
diahana said…
salam...when it comes to politic issue...find hard 2 believe it.... wonder how u can idolize him( datuk mkhriz) so much....from what i see in malaysia there are 2 many thing being hide from us...and to much conspiracy and dirty trick in politic we can observed...tiap hari ad je news psl corruption sume tu...n really make me sick to think about it...it just my opinion no offense~
Unknown said…
Tuan, ada satu blog dr kalangan org KJ yg saya perhatikan, dia susah sgt nak publish komen org. kalo yg menyokong dia publish. tp kalau yg tak sokong, dia sorok.

dia pernah dtg blog tuan dgn maki hamun dan carutan sbb topik tuan yg x menyebelahi dia. dan dia juga marah tuan sbb x publish komen org.

tp skarang sy tgk tuan lebih terbuka dgn membiarkan shj komen2 ni ter"publish" dgn sendiri. tahniah.

kpd org KJ tersebut, anda patut malu!

siapa dpt teka siapa org itu?
jeng jeng jeng...!!!
azlishukri said…
kahirul anuar - sebenarnya sejak blog saya ini dibuka pada bulan april 2008, saya rasa sayalah blog yang paling terbuka sifatnya tanpa tapis, saudara boleh lihat posting saya yang lama2 di sana mcm komen saya siarkan tanpa tapis kecuali cerita lucah.

malah saya juga membenarkan anonimoyus bermaharajela di dalam blog saya, tetapi apabila sudah ada yang buat "taik" dengan memaparkan kisah2 lucah saya terpaksa tapis.
Unknown said…
sy rase tuan faham siapa yg sy maksudkan...

truskan perjuangan!
azlishukri said…
Ya saya dapat agak..

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh