Skip to main content

Inilah Syaitan



Inilah Syaitan


Oleh Muhammad Azli Shukri



Mohon ampun dan maaf, jika kali ini saya tidak berupaya lagi menahan amarah. Tiada apa-apa pun yang mampu membuat saya terlalu marah, melainkan jika agama dan nama Tuhan kita - Allah dipersenda dan dipermainkan semahu-mahunya. Jika hati kita masih tiada rasa benci dan sensitif, dengan apa-apa yang telah berlaku sejak akhir-akhir ini, maka saya tidak berupaya lagi menilai di manakah letaknya nilai iman kita kepada Allah. Hati saya dan umat Islam seperti dicarik-carik dan dihiris-hiris dengan pisau tatkala keputusan kerajaan Pulau Pinang - di bawah Ketua Menterinya Lim Guang Eng mewujudkan Majlis Perundingan Antara Agama, yang didakwa telah ditubuhkan pada tahun lalu (Malaysiakini melaporkan bahawa Lim Guang Eng menafikan kewujudan majlis ini dan ingin menyaman Utusan boleh percaya ke cakap Guang Eng ini? saya daripada dulu lagi tidak mempercayai cakap pemimpin-pemimpin DAP), sekaligus meletakkan agama suci kita yakni - ISLAM setaraf dan sama dengan agama-agama lain di Malaysia.




Hati kita masih belum reda daripada ribut yang digoncangkan oleh majalah Herald Catholic, tatkala ia cuba menyamakan nama Allah dengan perkataan "tuhan" yang mereka fahami. Dan jauh lebih malang - terdapat segelintir umat Melayu - Islam, yang dangkal ilmu pengetahuan akiqahnya, sama-sama bersetuju agar nama Allah boleh digunakan oleh majalah tersebut dengan kefahaman yang sama maknanya sebagai tuhan yang mereka fahami. Sememangnya Allah adalah Tuhan untuk sekalian alam - sama ada yang mengakuinya atau pun tidak - hakikat mutlaknya, Allah adalah Pencipta bagi segala-galanya. Namun demikian - ini bukanlah alasan atau tiket bahawa nama Allah boleh dijaja dan digunakan dengan sewenang-wenangnya sehingga melepasi batasan yang boleh merosakkan aqidah umat Islam serta merendah-rendahkan nama Maha Pencipta itu - bahkan lebih dukacita dan kecewa, rupa-rupanya masih terdapat cerdik pandai umat Melayu - yang tidak hanya jahil tentang aqidah, malah buta mata hati mereka dalam membezakan antara "maksud menghina" dengan "maksud untuk berdakwah" dalam isu tersebut.




Kejahilan mereka ini - walaupun hanya sedikit, boleh merosakkan agama dan aqidah generasi muda yang lemah pegangan agamanya. Najitahnya - sudah terdengar suara-suara sumbang yang termakan hasutan, dengan mendakwa "Allah itu adalah tuhan kepada semua agama, jadi mana-mana agama yang kita anuti - tuhannya tetap sama, iaitu - Allah, oleh itu kita pilih sahajalah mana-mana agama yang kita suka, ia tetap sama." - Nauzubillah Minzalik - pemikiran orentalis yang sesat ini sudah semakin merebak dalam kalangan muda-mudi - bahkan sudah menjalar dalam kalangan cerdik pandai. Jika hal ini tidak segera dibendung, lama-kelamaan ia pasti akan meruntuhkan nilai-nilai Islam yang telah sekian lama kita pegang.




Kejahilan dan kedangkalan ilmu kita berkenaan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah - akhir mengundangan masyarakat Islam ke dalam "Krisis Aqidah" yang berpanjangan. Kita seolah-olah tidak lagi rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan nama serta Agama Allah ini daripada terus-menerus dipersenda dan dipermainkan oleh orang bukan Islam. Kes terbaru di Pulau Pinang itu - telah membuka pekung sebenar matlamat dan cita-cita DAP untuk memperjuangan ideologi sebenar mereka selama ini - yakni "Kesamarataan". Hari ini DAP tidak hanya menuntut kesamarataan dari segi ekonomi semata-mata - malah, sudah semakin berani mencabar dan menyamaratakan aqidah umat Islam dengan aqidah orang bukan Islam. Lebih malang, Majlis Perundingan Antara Agama itu turut disertai oleh beberapa orang Melayu - yang seharusnya lebih arif bahawa majlis tersebut mempunyai implikasi kepada aqidah umat Islam. Apakah mereka begitu jahil - sehingga tidak tahu membezakan antara isu yang boleh merosakkan aqidah dengan isu politik sempit permainan DAP selama ini?




PAS nampaknya semakin jauh daripada mempertahankan Islam - sebaliknya lebih berminat untuk mempertahan kuasa dan ideologi DAP. Isu derhaka dan sikap kurang ajar Karpal Sing terhadap Sultan Perak dan penghinaan mereka terhadap hukum Allah (masih ingat kata-kata Karpal Sing dulu, "langkah mayat saya jika mahu melaksanakan hukum Islam") masih tidak menyedarkan PAS, bahawa DAP bukan kawan yang baik - sebaliknya DAP adalah musuh kepada perjuangan PAS selama ini. Namun demikian - politik dan kuasa telah membutakan hati mereka, yang mereka cari hanyalah "kerusi" dan bukan ayat-ayat suci.




PAS sudah tidak boleh dipercayai lagi untuk mempertahankan Islam di negara ini, jelas bahawa Majlis Perundingan Antara Agama yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng tersebut tidak hanya mencemarkan kesucian Islam, bahkan merosakkan aqidah umat Islam. Apakah mereka tidak nampak semua ini? Maha Suci Allah yang menjadikan kehidupan dan kematian sebagai ujian. Dalam hal ini, ada baiknya kita perhatikan kata-kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya yang mendakwa, "Ini merupakan sesuatu yang cukup menakutkan, kerana agama Islam dipandang sama seperti agama Buddha yang diasaskan oleh manusia yang bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai."




Agama Islam sudah semakin terancam, khususnya dari segi aqidah. Semakin ramai yang berani memperkenalkan ideologi orentalis secara terang-terangan. Saya semakin bimbang - tahap iman dan aqidah kita yang sebenar, jika hal sebegini tidak dibendung dengan agresif. Di manakah suara PAS sekarang ini? masih mencari kesalahan UMNO yang tak sudah-sudah, sehingga apa-apa yang dilakukan oleh DAP, walaupun terang-terangan bercanggah dengan Islam, PAS masih membisu seribu bahasa. Lalu, masihkah kita mahu mempercayai sebuah parti yang mendakwa bahawa mereka memperjuangankan Islam? Wallahualam.

Comments

Unknown said…
Tuan, saya komen pertama!

minta baca berita terkini ni,

http://www.malaysiakini.com/news/98959

minta pandangan...
donmny said…
TUAN

1. Bukankah melaluinya, ia merupakan peluang dan ruang yang paling baik untuk kita berdakwah.

2. Jika kita yakin agama kita adalah yang benar, apa yang dirisaukan.

3. Pada saya jika ianya menjurus kepada tujuan untuk lebih memahami antara agama, tidak ada salahnya.
Walski69 said…
Saudara Azli - yang percaya sangat apa yang Utusan melapurkan tu, siapa suruh?

Kenyataan yang dipertua MAINPP telah pun disangkal oleh kerajaan Pulau Pinang sendiri.

Nampaknya UMNO sanggup menggunakan apa sahaja cara dan tipu helah untuk menaikkan kemarahan orang Melayu untuk bertindak. Sayangnya, kebanyakkan orang Melayu, termasuk saudara sendiri, membuta tuli marah, tanpa menyelidik dahulu samada apa yang diucapkan oleh presiden MAINPP, atau lapuran Utusan itu, betul, atau pun fitnah.

Jelas sekali, UMNO kali ini menggunakan institusi Islam sendiri untuk menabur fitnah, melalui presiden MAINPP, yang juga ADUN BN (yakni UMNO), mengambil kesempatan ciri2 kebanyakkan orang Melayu zaman kini yang terlampau mudah mempercayai kata2 pemimpin politik, tanpa menilai secara mendalam, dan menyiasat terlebih dahulu.

Tuhan memberi kamu akal dan intelek - gunakanlah sekali-sekala...
cekodokmasin said…
Salam tuan,
Apabila Islam disamakan dengan agam-agama lain, maka darjatnya adalah sama dengan agama itu. Mufti pun sama tarafnya dengan sami Hindu atau Buddha.
Memang penubuhan majlis itu telah dinafikan oleh Lim Guan Eng tetapi adakah itu merupakan penafian benar atau politik semata2.
Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang sendiri telah menyuarakan bantahan mereka terhadap penubuhan majlis ini.
Sekurang-kurangnya, Utusan Malaysia ada untuk melapurkan berita berkenaannya berbanding Harakah yang 50% cemuhan terhadap kerajaan, 40% pujian melampau terhadap partinya dan 10% iklan.
Hope said…
kadangkala manusia terlalu taksub dengan kuasa, terlalu mengejar dunia, sehingga lupa matlamt sebenar kita dijadikan di atas muka bumi ini.
Unknown said…
Salam sdr. AZLI,

Saya sudah buka link yang khairul anuar berikan dan telah baca.

Apakah ini juga fitnah dan ankara politik murahan untuk melagakan Melayu dan Cina?

Kita ada fining dibuatnya.....
Redz da Tsar said…
Salam...

Saya ada terbaca Al-ISlam yang terbaru...

IFC pada awalnya disokong oleh pihak pembangkang, tetapi setelah melihat draf perjuangan IFC, mereka menarik balik sokongan itu...

Dan, cukuplah isu IFC nie... Dah lama sejuk... Macam kes DVD Chua Soi Lek, dah lama sejuk tapi ada je yang saja nak bakar balik...
Prof. Era Pasca said…
to penulis...

UMNO kencing pun hang caya... sebenarnye UMNO cube nak laga2 kan kite ngan org bukan ISLAM.... depa lg setan, bapak setan tu... cam yahudi perangai sane kate lain, sini kate lain.. konon nk menang survival..

baca ni

http://asrobudi.blogspot.com/2009/02/lagi-fitnah-dari-utusan-meloya.html

ni lg,


http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/bangsat-yang-menghina-islam.html

lg ni,

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/lagi-bangsat-ugama.html

nak marah-marah la...
PAWANA UTARA said…
Salam,

Marah biar bertempat jangan pula dek kerana satu berita yang belum pasti sudah dibuat kesimpulan yang mengelirukan Ilmu yang ada gunakalah, tak payah susah-susah nak pening kerana bila kita kata syaitan kepada orang lain, kena pula tuduhan kita itu boleh diragukan, bimbang nanti kita pula yang disyaitankan...Usah cemarkan imej UMNO yang semakin teruk...

terima kasih

thx!
azlishukri said…
terima kasih atas komen2 saudara semua, saya jelaskan secara berterus terang, walau apa-apa pun keputusan daripada kerajaan Pulau Pinang, hakikatnya penubuhan majlis tersebut tidak harus terjadi dan ditentang habis-habisan oleh PAS, termasuk di dalam akhbar Harakahnya.
azlishukri said…
Saya petik akhbar Utusan Hari ini :

Majlis Perundingan Antara Agama : Shabudin ada bukti

BUKIT MERTAJAM 24 Feb. – Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya bertegas mempunyai bukti untuk menyokong kenyataannya mengenai penubuhan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata, ucapannya pada satu majlis di Sungai Dua, Nibong Tebal kelmarin yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini adalah berasas dan mempunyai bukti kukuh.

Menurutnya, siasatan dalaman pengurusan MAINPP mendapati penubuhan majlis itu memang wujud dan dipengerusikan oleh Ketua Menteri sendiri adalah benar.

“Saya tidak mereka-reka cerita. Apa yang saya telah ucapkan dan nyatakan adalah berdasarkan bukti yang ada malah disiarkan dalam akhbar-

akhbar.

“Jika majlis itu tidak ada (tidak wujud) mengapa ada pemimpin agama lain yang memberi respons kepada Majlis Agama sedangkan bagi membincangkan tentang agama Islam, kita telah ada majlis-majlis agama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran dan Penyerahan Inden Kerja Membaik Pulih, Menaik taraf dan Membeli Peralatan untuk 28 masjid dan 46 surau di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Seramai 52 kontraktor menerima inden atau surat kuasa pelaksanaan masjid dan surau yang dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya 30 Jun depan.

Shabudin mengulas hasrat Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mengambil tindakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan kenyataan beliau hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor, berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada membuat kenyataan bersetuju dengan penubuhan majlis tersebut selepas kunjungannya ke Pulau Pinang.

“Nah, sekarang jika majlis itu tidak jadi ditubuhkan, mengapa Pengerusinya berdiam diri sahaja?

“Jadi, adalah lebih baik kita berjaga-jaga kerana waktu itu, semua orang tidak begitu prihatin tentang penubuhan majlis berkenaan,” ujarnya.

Beliau menambah, MAINPP sedang mengumpulkan semua nama pemimpin agama yang dicadangkan untuk duduk di dalam jawatankuasa Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama sebagai antara bukti bahawa majlis tersebut wujud.

Katanya, MAINPP tidak pernah menganggotai majlis tersebut dan tidak mahu mana-mana orang Islam menyertainya.

“Kita tidak pernah menyekat perkembangan agama lain selagi ia tidak bertentangan dengan budaya dan agama kita.

“Sekarang Islam mempunyai keistimewaan ‘duduk’ di hadapan. Dalam perundingan itu, kita duduk dan agama-agama lain pun ada sekali buat keputusan untuk semua, apakah keistimewaannya Islam?” soalnya.
azlishukri said…
donmny - saya setuju bahawa harus ada program yang merapatkan manusia yang berlainan agama - tetapi bukan dengan cara majlis perundingan antara agama - jika orang bukan Islam ingin memahami Islam saya setuju, tetapi jika untuk berkongsi2 kepercayaan saya sanggah. Islam sahaja agama yang betul dan benar - itu jelas. majlis ini bahaya untuk jangka masa panjang. Nabi tak pernah melakukan dakwah cara semacam ini. kita boleh berdakwah dengan cara berhujah dan berdailog dan bukan cara rundingan agama.
Dota Melayu said…
baiklah..kita cuba imbas kembali penjanjian aqabah..

genjatan senjata dengan kaum kafir quraisy..

nabi boleh buat perjanjian aman walaupun dilihat berat sebelah..nabi masih tetap yakin bahawa cara islam akan memenangi keadaan..

namun, sepanjang perjanjian itu dilaksanakan..dari awal sampai lah terputusnya perjanjian itu.. kita lihat, musuh pada mulanya dan akhirnya menjadi sahabat..

ramai kaum kafir quraisy datang memeluk islam.. dan nabi juga dapat menakluki kota mekah semula..

isu DAP dan PAS sekarang ibaratnya lebih kurang macam perjanjian aqabah..

mereka dalam DAP cetek tentang islam yg sebenarnya.. sbb itu menentang.. jadi, PAS gunakan pakatan rakyat ini sebagai platform untuk mereka DAP memahami islam yg sebenarnya..

tidak mustahil akhirnya PAS yg menguasai malaysia diatas platform pakatan rakyat..atas faktor..

1.kurang lompat parti..
2.moral baik..
3.akhlak mulia
4.ikhlas dalam tugas

tidak mustahil, DAP dulunya musuh, akan datang jadi sahabat.. setelah melihat keindahan islam yg sebenar..

jadi, jika anda mengatakan pas adalah syaitan yg sanggup mengabaikan perjuangan suci islam demi pangkat dan kuasa..sanggup kerjasama dengan DAP..

anda juga mengatakan nabi muhammad begitu..

renung-renungkan dulu sebelum memberi kata-kata..

kerana saudara ibarat meludah dilangit.. menuduh org lain tapi sebenarnya tuduhan itu terkena pada diri sendiri..
Dota Melayu said…
oh ye!
sy bukan memihak pada mana-mana pihak..

tapi..
sekadar ingin betul kan persepsi manusia..

maafkan sy jika ada tersilap..
salam..
azlishukri said…
syaquos - saya setuju sejarah yang saudara tuliskan itu, malah saya sangat hormati, semasa perjanjian tersebut Islam telah membuktikan agama Allah ini menyeru kepada perdamaian dan keamanan, malah telah terbukti Islam agama yang harmorni, tetapi sejak PAS ditubuhkan, PAS tidak berjaya membuktikan Islam itu cemerlang dan gemilang banyak tingkah laku pemimpin2nya tidak mengikut garis panduan Islam, mengumpat, mengeji dan memfitnah orang2 UMNO menyebabkan orang tertanya2 inikah Islam yang sebenar? adakah ini cara dakwah yang diajar oleh nabi kita? dan sepanjang penubuhan PAS juga, mereka lebih banyak bercakap dan kurang bekerja membuktikan islam boleh berjaya dalam bidang ekonomi, cuba saudara ceritakan kejayaan PAS dalam membangunkan ekonomi Islam dan dikagumi oleh bangsa lain? PAS hanya digunakan oleh parti pembangkang semata-mata untuk kuasa, sedangkan nabi tidak mengharapkan kuasa untuk berdakwa, tetapi PAS berebut untuk mendapatkan kuasa terlebih dahulu - seharusnya PAS bangunkan aqidah dan ekonomi ahli2nya dahulu, sepertimana yang dilakukan oleh al-Aqram dahulu.
azlishukri said…
saudara mengatakan sebegini :

" jadi, jika anda mengatakan pas adalah syaitan yg sanggup mengabaikan perjuangan suci islam demi pangkat dan kuasa..sanggup kerjasama dengan DAP..

anda juga mengatakan nabi muhammad begitu..

renung-renungkan dulu sebelum memberi kata-kata..

kerana saudara ibarat meludah dilangit.. menuduh org lain tapi sebenarnya tuduhan itu terkena pada diri sendiri.."


saya tidak mengatakan PAS sebagai syaitan - sebaliknya DAP, dan PAS bersekongkol dengan DAP - saudara seakan2 taksud dengan PAS sehingga saudara sanggup menyamakan perjanjian Aqabah tersebut seolah-olah sama dengan perjanjian DAP - PAS, wah! hebat benar saudara, siapa kita untuk mendakwa bahawa itu perjanjian yang sama? PAS bukan parti maksum dan jangan fikir semua tindakkannya adalah sama dengan nabi - saudara harus berhati-hati dalam perkataan.
fital said…
En Azli

Saya turut berkongsi sentimen dengan anda. Dalam hati saya sering tertanya-tanya apa jadi kalau depa ni dapat memerintah. Sedihnya ada pulak orang Melayu yang menyokong forum tersebut.
darah saya juga mendidih membaca pendedahan tersebut


saya ada buat posting ringkas tentang isu tu.

jemput bagi komen.

saya juga ada linkkan blog saudara di blog saya.

tq
azlishukri said…
panglima perang - terima kasih
singamaraja said…
Auuum!

Fikirkanlah apa beza di antara DAP dan cina yang lain dalam BN ! Yang sebenarnya kalo mengikut akidah maka tiada beda di antara orang bukan islam dengan orang yang rosak akidah
azlishukri said…
bezanya sangat jelas - DAP terang2 menentang Islam. kenyataan saudara adalah salah, tidak beriman dengan orang yang rosak imannya adalah berbeza.
Sesungguhnya Islam akan mundur jika kita gagal tawan kelemahan diri kita..

http://mhafizzuddin.blogspot.com/2009/02/islam-di-pandang-sebelah-mata.html
Pelik sungguh. Isu suruhanjaya antara agama ni patutnya yang berdebat orang Islam vs bukan Islam.tetapi terbalik pula jadi Islam vs Islam.

ada orang Islam sanggup bela DAP sampai habis suara.

pelik tetapi benar.ish..ish..ish
kerajaan DAP p.pinang sekarang tak ubah macam kerajaan zionis. Mencabuli agama Islam dan menutup 80 perniagaan penjaja kecil di batu ferenggi.

Semua ini menjurus serangan keatas orang melayu islam.
Anonymous said…
ADA BANYAK TEKA TEKI

1. Di mana Pak Lah akan duduk (Parlimen) selepas Mac?

2. Siapa akan menang Jawatan Ketua Pemuda?

3. Apa beza Tingkat 4 dan Tingkat 20?

4. Apa akan jadi dengan Politik Perak?

5. Siapa yang masih takut dengan penyingkiran(tak sah) Editor Terhebat Dewan Ekonomi?

6. Ibu mana yang mendiskriminasi 9 anak dan sayang hanya kepada Muhammad Masyarakat?

7. Kenapa bos selalu marah bila mesyuarat?

8. Kenapa tak boleh minum di kedai bucu (luahan hati kawan saya pegawai kanan)?

9. Siapa Mat Letup dan Mami Jarum dalam Hikayat DE?

10. Kenapa masih ada tokoh boleh menulis dalam Majalah Dewan Masyarakat walaupun secara terangan menentang dasar Kerajaan iaitu PPSMI? Manakala orang yang memberi pendapat peribadi dalam blog dianggap dosa besar?

Saudara Azli / blogger yang budiman boleh jawab teka teki ini, kalau tak semua, 5 soalan pun sudah memadai.


Ikhlas

Dato' Adil
Bangsar, KL.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil