Skip to main content

Kebenaran
Tanpa Penghujung



Oleh Muhammad Azli Shukri



"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.




Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.





Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.




Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.





Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.





Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.




Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.




Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.






Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya. Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
BUDAK BANDAR @ THE KING OF TRUE

SEMUA JANGAN PERCAYA CAKAP AZLI, DIA PENIPU, GAMBAR DGN ALI HASHIM TU AMBIK MASA DIA KERJA KAT DBP.
Anonymous said…
BUDAK BANDAR @ THE KING OF TRUE

SEMUA JANGAN PERCAYA CAKAP AZLI, DIA PENIPU, GAMBAR DGN ALI HASHIM TU AMBIK MASA DIA KERJA KAT DBP.
Anonymous said…
BUDAK BANDAR @ THE KING OF TRUE

SEMUA JANGAN PERCAYA CAKAP AZLI, DIA PENIPU, GAMBAR DGN ALI HASHIM TU AMBIK MASA DIA KERJA KAT DBP.
Anonymous said…
BUDAK BANDAR @ THE KING OF TRUE

SEMUA JANGAN PERCAYA CAKAP AZLI, DIA PENIPU, GAMBAR DGN ALI HASHIM TU AMBIK MASA DIA KERJA KAT DBP.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
azlishukri said…
Budak Bandar - saudara boleh cakap apa sahaja yang saudara mahu. kerana gaya bahasa nya amat mudah untuk dikenal pasti, "macam sial". semua orang boleh kenal pasti kata-kata ini.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
azlishukri said…
saya beri nasihat, agar lebih berhikmah dan beradab. jangan guna cerita lucah. lagi pun tak elok rasanya, mcm ni perangai orang yang baru naik pangkat..
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
azlishukri said…
budak bandar - bukan saya tak mahu siarkan komen carut marut tu. tapi memalukan orang DBP sahaja. sudah2 lah buat kerja tak berfaedah ni. ok, lain kali, komen yang bernas2 sikit.
Anonymous said…
penakut, buka komen, dayus,...
Unknown said…
Salam sdr.

Dalam bab sokong palestin dan boikot Israel dan Amerika ini saya menyokongnya. Cuma yang penting apa yang kita nak boikot.

Masalah sekrang ialah ramai dari kalangan Melayu/Islam hidup dengan bergayut kepada jenama dan syarikat-syarikat mereka. Kita boikot nak sokong palestin dan bantah Israel dan Amerika.

Tapi kalau kita boikot, Palestin sudah punah kena serang dan orang Melayu/Islam di sini punah ekonomi/pendapatan kerana hilang kerja.
Anonymous said…
pasal lu macam sial penakut, lu masuk blok ritah sekarang... kita hujah sana
QasehNuryz said…
boley makan zinger meger pasni
hehe ~
add said…
Sama "sial" dengan KJ la ni....

Betul apa yang sdr dan geng of kfc cakap, bak kata pepatah "ditelan mati mak diluah mati bapak"...
kalau nak boikot kfc boleh sebab lesennya dari barat, tetapi pekerja dan syarikat kfc dimiliki oleh orang islam kita tambahan pula tansri ali hashim ni memang hebat orangnya, tengoklah sumbangan klinik wakaf annur yang berada dalam atau hampir dalam kawasan masjid ,, klinik ini dikhaskan untuk orang yang kurang berada. jadi takkan kita nak boikot kfc ni, sifir mudah, kalau tak biokot kfc, pendapatan kfc bertambah ,bila income kfc bertambah, maka kfc kena bagi cukai perniagaan kepada kerajaan, bila kerajaan dapat balik bayaran cukai, ha duit ni la yang kerajaan dok bantu membantu orang susah di malaysia ni,,, (sebagian la % pembangunan).. yang dok guna kemudahan klinik wakaf an-nur ni pun para yang menyuruh memboikot kfc ni la,padahal selama ni dok caci kfc haram la bla,bla.
Kalau betul nak boikot, boikot la rokok dan serah memorandum kepada kerajaan agar harga rokok dinaikan sebanyak 500%...jangan la pula bagi alasan kalau harga rokok naik, penyeludupan meningkat. yang meningkat kerana permintaan tinggi. kalau perokok yang dok suruh boikot kfc tak demand nak beli rokok, maka tiada lagi bot pancung dari seberang akan menerokai samudera perairan malaysia.

Terkejut "beruk" saya bila tengok dah 25 post, padahal baru je keluar cerita ni... rupanya spesis jalang punya post...
Anonymous said…
azli aku tahu kau dengki kat aku. tapi apa lu boleh buat. apa brother..
Anonymous said…
sampai bila kau nak bodohkan orang, datoadil ni pun dah kecut. aku ingat tak lama duduk dewan ni. kau ingat kau tak selamat.
Anonymous said…
budak kampung aku tahu dah siapa. kat majalah ni juga. datoadil kat majalah ni juga. lu jangan tipu kenal semua orang, pigi mampus lah lu.
azlishukri said…
welle - betul kata2 saudara.

qaseh - boleh makan apa sahaja. bukan zinger aje.


add - budak bandar tu..baru sahaja buat kacau.
Anonymous said…
hoi azli aku buat kau kau buat kacau. munafik lu penakut tutup komen takut tembelang pecah.
Anonymous said…
kau cakap kat blogger aku buat kacau.. padahal kau takut tembelang pecah.. hei kalau berani buka komen dan debat dgn aku. atau kau call je aku. pengecut.
azlishukri said…
makin tak betul budak bandar ni..maaf kepada semua para bloggers..jika tuan2 ingin lihat orang sakit jiwa..sila tengok komen2 budak bandar..sebelum ini meletakkan cerita2 lucah ke dalam blog ini. mohon ampun dan maaf komen2 saudara semua terpaksa saya tapis terlebih dahulu.
Budak Kampung said…
Ha..ha..takut betul aku dengar nama budak bandar..main ugut2. li aku tak mencarut kali ini. tolong siarkan komen aku. aku nak belasah si budak bandar tongong ni.

1. budak bandar babi, kalau lu mahu lontar gua dari tingkat 15, lu lupa DBP ada tingkat 30 puluh. gua tendang buntut lu dari tingkat 30 mau rasa?

2. budak bandar setan, tak cukup lu sebat duit DS? babi la lu.
Mogen Ali Rico said…
pening kepala aku baca..

budak bandar kasik bukak bloglaa..tulis aper yang ko nak tulis..baru betul..
C.H.E Dayat said…
salam abang.. memang benar.. ramai umat islam kita cetek fikiran termasuk bangsa arab.. saya ada posting terbaru mengenai ini.. sila lawati www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com.

p/s _ sorry abang, saya tak dapat nak ke sana sebab perlu hadir kursus di Bukit Tinggi. nanti saya akan inform lain..
C.H.E Dayat said…
satu lagi, melihatkan komen-komen dari budak bandar, saya tidak hairan mengapa umat islam sering ditindas...
T.O.S said…
salam...

saya sebenarnya terlalu obses untuk memperkatakan isu ini.boleh jadi sebab dipolitikkan...

apa yang penting, saya sependapat dengan saudara di mana kita perlu tahu secara detail barang yang ingin kita boikot...

tidak seperti sesetengah tok guru atau ustaz yang sering kali melaungkan perkataan boikot terhadap barangan jenama amerika tetapi tidak sedar dan tidak ambil peduli tentang perkara2 detail tersebut.lebih2 lagi jika ianya berkaitan dengan politik...

p/s: siapa budak badar tu?sungguh kurang ajar...dedahkan saja identitinya dan debatlah secara terbuka...
Carlos Abdullah said…
Setelah membaca article suadara, baru saya tahu KFC Malaysia milik orang Islam secara mutlak. Memang orang Islam sudah malas nak carik fakta dan ilmu. Bukan sahaja dalam hal keduniaan, agama pun malas nak belajar pasal tu banyak amalkan bid'ah.

Cakap benar walaupon pahit, saya sokong saudara dalam hal ini. Kita tak boleh nak ber"sembarang"an dalam hal carik fakta.

All the way bro!
fahana_ann said…
huhuhu..selalu aje panas kat sini..ape nak cakap sebab terlalu em,terkedu dengan komen2 kat sini..macam2 main dalam kepala masa ni..aduhai..
moga sape2 pun antara keduanya ni,YANG BENAR, hanya Allah yang tahu.Aku sebagai saudara tolong mendoa'kan kekuatan bagi yang benar..
untuk boikot dan demonstrasi..memang perlu bertindak secara intelektual..
umat islam memang masih lemah dan cetek dengan ilmu..hanya dengan ilmu boleh membawa kemenangan
Unknown said…
salam sdr Azli,
izin kan teman nak 'link'kan artikel miker ni dlm posting teman. Terimakasih.

Jemput ler singgah ke blog teman "Menyibuk ajer.."
S.YanaZ said…
Bro.,
Menjadi berani sgt payah.
Mungkin sbb itu ramai yg memilih utk menjd PENAKUT dan PENGECUT!!!

Azli,
yg memberi kita REZEKI ialah ALLAH SWT.
~In GOD I Trust~
kuanderas said…
Azli,
Apa sudah jadi dengan DBP? Saya tidak pasti, cuma

1.Kenapa sesama pejabat bergaduh, maki, hamun?

2.DBP sepatutnya menumpukan untuk memperkasakan penerbitan bagi mengangkat Bahasa Melayu.

3.Orang Melayu sudahlah lemah, sesama pejabatpun bermaki hamun.

4.Insaflah, diluar sana usaha-usaha mengecilkan Bahasa Melayu makin rancak.. tapi kita bergaduh pula?

p/s: Saya percaya penerbitan majalah DBP sekarang edarannya agak merosot.. Hentikan politiking, kembali bekerja!
erisya nor said…
sebab tu amat bahaya kita mengedarkan risalah/emel tanpa usul periksa. apapun, selidik dulu benar atau salah(....takut terselit agenda tersembunyi dari syarikat lawan)
HuSnA said…
panasnye komen kt cni ye..huhu..by d way..tnx visit blog sy..psl post ni..sy baru tau cmni upanye cerita..tnx a lot ya..
Cikgu Kool said…
Apo kono dengan budak bandar ni...?
Azam Ismail said…
Harap bersabar Saudara Azli.
Budak Bandar, kita harus kuatkan bangsa kita. Kita taknak bangsa kita berpecah belah.
Mari kita sama2 kuatkan ilmu pengetahuan serta ekonomi kita.
MELAYU harus KUAT.

Azam Ismail
yada said…
hi, last time i penah keje kfc, part time masa sem break.. keje jam 12pm to 12am.. gaji cuma rm500 sebulan..

i had fun, really, sume pekerja melayu, except yang berat2 la mcm back up & cook salunya foreign workers, tapi ramai melayu especially manager, all star, n semua la..

bila berada dalam kfc baru i nampak, kfc banyak naik kan org2 yang takde pendidikan tinggi, either tak ada peluang atau mmg tak pandai tapi ada skill.. my manager cuma spm, manager branch lain ada yg tahap sijil je.. tapi mampu pakai kereta 2 biji.. sara famili..

lain la mcm kita yg ada pendidikan tinggi, boleh demand keje, demand gaji, tapi untuk org mcm ni kfc dah sediakan platform untuk berjaya kalau berusaha keras..

tentang boikot.. i got no further comment, terlalu berselirat dan maha complicated, jd sebab saya tak mengkaji dengan detail maka saya tidak boikot sebarang brand tanpa ada little bit knowledge and basis to proceed...

tak nak ikut org terjun bangunan..
azlishukri said…
terima kepada semua bloggers yang singgah dan letakkan komen, saya tak sempat untuk membalas semua komen2 saudara.
ReMyZiEy said…
Well said, saya bersetuju dengan saudara dalam hal ini. Umat Islam pada masa sekarang lebih banyak dikuasai oleh sentimen daripada menggunakan akal rasional untuk menilai sesuatu.

Namun bagi saya tiada satu kaum pun di atas dunia ini yang dicipta semata-mata untuk hidup dihina mati dicerca. Kezaliman harus dilihat dalam konteks yang lebih luas bukan dalam skop kaum semata-mata. Ini adalah cabaran dakwah zaman moden.

We oppose war so that there will be no more war in the future not to ignite another war and genocide.

Sekiranya kita mengatakan Islam itu nilainya amat tinggi berbanding dengan agama lain maka tunjukkanlah perbezaan kualiti penganut Islam berbanding dengan agama2 samawi yang lain
ReMyZiEy said…
Oh ya, saya lebih suka kempen beli barangan buatan malaysia kerana ia tidak bersifat ofensif dan memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan. Kempen memboikot TERLALU HIPOKRIT dan menampakkan kelemahan umat Islam.
azlishukri said…
ramzi - saya juga sependapat, beli barang buatan tempatan.
Aben said…
wah.. Sy kagumi tokoh yang saudara bergambar sama dalam catatan ni.. Penah jumpa dia n dgr seminar Jihad Bisnes.. Best.. Tp xde kesempatan amik gambar dgn dia..

Budak Bandar tu ape kena.. Orang tak berakal aja suka mencarut bila marah.. Marah dengan perasaan.. Kecian.. Cuba cakap elok2 klu awak betul.. Mesti org lagi percaya ckp awk.

Sy xkisa pun dia amik gambar tu masa bila.. Kurang2 dia penah amik gambar bukan lekatkan gambar sebelah tokoh tu.. hehe =)
Harap maaf..
azlishukri said…
aben, terima kasih sudi singgah..betul cakap aben la sekarang ni dah lah susah nak cari kerja..lepas tu senang2 main boikot tanpa usul periksa.
Anonymous said…
hoi budak kampung kalau berani kita jumpa kat bucu, tingkat 5 ke, celaka sial lu.
Jumie Samsudin said…
Azli : thanks for this great input about this issue. This is what ive been talking to my nieces and nephews when they got back from school talking non stop about "Ustazah kata, kita tak boleh makan KFC and MC Donalds".

How am I going to explain in simple terms to these children bila mana kita nak kata, " Sayang ku, those who works in MCD and KFC are orang Melayu. Kalau kita tak boikot dorang..nanti dorang BankRUp, sapa yang nak bagi dorang makan and gaji".

Tapi in good term, bagusla jugak sebab anak-anak buah saya dah tak bising nak makan McD saja. HEHEHE...

Anyway, Azli. Thanks. This is a good reading for me.

Ang for this budak Bandar. Hang ni pengecut la. Jangan duk buat malu la kat sini.....
azlishukri said…
jumie - terima kasih sudi singgah. saya sedaya upaya cuba menyampaikan kebenaran yg saya ketahui..itu sahaja niat saya.
Salam Sdr Azli,

Saya setuju dengan pendapat saudara hampir keseluruhannya.Saya juga mengkagumi keberanian dan ketegasan Datuk Ali Hasyim yang bila mengatur strategi perniagaan umat islam. Ya, kita tak wajar memboikot KFC di negara kita.

Dan akhirkata saya mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi melawat blog saya. Mungkin Mazhab politik kita berbeda, tapi kita masih saudara seagama.
azlishukri said…
terima kasih syeikh.
Signorina Syima said…
en azli, i rasa input ini sgt memberangsangkan. i nak ambil post ini dan letak dalam blog i untuk my readers yang tak seberapa itu. and i put ur link too.

pantang betul i bila ada spesis yang panas bontot suka buat kacau tak boleh tengok orang senang. tak kan orang berpangkat berakhlak sedemikian? jadilah pembaca yang liberal.

create fake profile and non-issue-blog is a wasting.
Imeirda said…
Assalamua'laikum Saudara Azli,

Tulisan saudara berkaitan tajuk ini telah diemailkan kepada saya oleh seorang rakan dr KL. Menarik sekali lalu saya panjangkan ke MyUAE Yahoogroup untuk dikongsi. Ada 2-3 yang komen tetapi jelas ianya suatu isu yg baik untuk didebatkan kerana pada saya soal memboikot ini tidak memberi sebarang makna jika ianya memberi kesan yg lebih buruk kepada masyarakat Islam itu sendiri. Mungkin ada cara lain untuk bantu Palestin dpd memboikot membuta tuli.

Imran,
Dubai UAE.

p/s boleh emailkan pada saya email peribadi saudara supaya dapat kita bertukar pandangan dan sebagainya. Maklumlah kami yg bermastautin di luar negara ni dahagakan maklumat yg pelbagai dr Malaysia!
Cheguman said…
Poster boikot KFC disebarkan di masjid-masjid Melaka oleh MPP UTEM unit BADAR dengan kelulusan Pen Pendaftar HEP & Alumni UTEM.

Saya pernah menegur bebrapa org AJK sebuah masjid mengenai poster tersebut namun sudah dua minggu masih belum diturunkan.

Saya mencadangkan pihak Jcorp membuat kenyataan di media perdana bagi menghilangkan keraguan orang ramai.

Azli,
Saya rasa lebih baik saudara halang terus komen tidak bertanggungjawab.

Kepada budak bandar,
Saya juga sarankan awak buat blog sendiri dan tulis apa awak suka. Sebelum menulis sila baca bismillah...
anak-malaya said…
Askm..

Teruskan boikot kepentingan yahudi dan sekutu nya..

kerana yahudi dan sekutunya akan sentiasa menentang islam selagi mana kita tidak mengikut mereka.

Cuma berhati-hati ketika memboikot.. takut tersalah.. nanti ada yg terinaya dan dizalimi..

Cuma kpd yg telah lama buat bisnes brg yahudi dan sekutunya.. cuba2 lah tukar brg lain pulak..

susah kita nak boikot.. telan mati mak, luah mati babak.
Anonymous said…
Gejala-gejala masyarakat itu ialah bala dari Tuhan. Ada perkara yang tersembunyi mengapa Tuhan lakukan. Banyak manusia tidak tahu perkara yang batiniah ini. Di antara dasar pelajaran dan pendidikan yang tidak tulen berdasarkan syariat, banyak bersifat ‘aqli, mereka yang terlibat dengan pelajaran dan pendidikan nawaitu bukan kerana Allah, mungkin kerana gaji, nama, kedudukan.
Unknown said…
Salam saudara...
Saya setuju dengan artikel saudara di atas. Rakyat sepatutnya lebih matang dan menggunakan akal dalam menilai apa yang sebenarnya yang hendak diboikot dan bukannya memboikot membuta tuli. Saya sendiri menyokong usaha memboikot namun tidaklah sampai memboikot secara meleulu. Dan yang paling saya setuju untuk diboikot habis-habisan ialah rokok... Dah ternyata ia adalah produk yang boleh membunuh dan haram. Tambah pula syarikat pengeluar rokok terbesar di dunia seperti Philip Morris adalah sekutu Yahudi...
Hashim said…
Salam,

1. Bro Azli ... Bole mintak dato buat statement berapa dia bayor Yuran Franchise kepada Yum Brand! atau KFC Worldwide ??

2. Kat starbuck, MD pun ramai pekerja islam yang bekerja tapi apakah betul cara tu.. ?? atau takpe just derma atau buat wakaf kira semua bantuan kepada Jews kira diberkati ??

Kalau hebat kenapa tak buat saja Kulim Fried Chiken ?? JEnama Malaysia Lagi..

Bagi saya Takkan Mati Saya dan KEluarga saya tak makan KFC atau tak mati pekerja KFC tidak bekerja di KFC selagi berusaha mendapatkan rezeki yang halal dibumi Allah S.W.T

Waallahu Alam
Azlan said…
Ujah agak jelas. tetapi memihak kepada sahabat saudara. Jika franchise program di guna pakai. There is still royalty to paid to the brand owner. If not mistaken it's about 4%. It's enough to supply the bullet to kill more people. Ask Tan sri to open new business with new product / brand. This still the best way to provide the jobs for malaysian instead of selling the USA product. How about we change the money direction instead of go to europe we stick in asia country?

Today we eat and sent the money to them. Tomorrow they send the bullet to us. Then we eat the bullet.

The facts:
Total Investment: $1,100,000-$1,700,000
Initial Franchise Fee: $25,000
Royalty Fee: 4%
Advertising Fee:
Term of Agreement: 20 years
Renewal Fee: $4.9K
hang kebun said…
wahai budak bandar
anda sungguh kurang sopan ye...
kebenaran x semestinya tertegak dengan maki hamun semata
CheqTa Din said…
Ur opinion is obviously skewed to one side...every franchise program will have to make royalty payment to d brand owner, and this is a fact not a fitnah as u put it,I believe everyone knows this.And this is the money being used by them to support Israel, n destroy Palestine...hw can we deny this?? It doesnt matter how u put it in ur writing, still yuran penggunaan jenama= royalti = $$$= bullets for Palestine ppl in the end. I agree with the previous two comments from Hashim n Azlan, if ur fren Tan Sri is worried abt his KFC biz due to this boikot he should start local branding his fried chicken biz and stop supporting/depending on US brand.Kan M'sia always boleh?
azlishukri said…
Nampaknya kedua2 komen tersebut tak baca betul2 berkenaan artikel saya. malah tidak pula mendalami fiqh keutamaan. mengapa saudara2 yang memberi komen itu tidak sahaja boikot seluruh produk AS? jenama DeLL, Microsof, firefox dan semua jenama AS turut digunakan jenamanya di Malaysia? dan setiap syarikat tersebut turut membayar yuran jenama (kerana meminjam brand) tersebut. ini jenama google kenapa kita layari juga? bukan itu turut menyumbang sokongan kepada AS ke? inilah yang saya maksudkan kejahilan tanpa mahu menerima kebenaran. Sekrang yang dihentam hanya KFC, jomlah kita boikot semua jenama AS, sebab semua jenama AS membayar cukai kepada kerajaannya. dan kerajaannya menyokong Israel.

fikirkanlah tuan2
Datuk Adil said…
saya Datuk Adil yang sebenar!
Anonymous said…
boikot2 slagi bole boikot... bukannya mati pon x mkn kfc tu, tp klu boikot xyahla nak marah2 org yg x boikot... org yg x boikot tu pon camtu gak xyahla ckp org yg boikot tu x berilmu plak... hakikatnya ada sumbangan kat us wlupon sikit... and klu kata kfc guna duit tu bg sumbangan kat palestin nape x just mkn kat kedai bese, murah je, pastu duit lebey tu sedekah kat palestin.
Unknown said…
salam, bagi pendapat saya, alangkah molek nya jika bloggers yang berkempen di alam maya untuk memboikot product negara paksi kejahatan itu memeriksa kelengkapan komputer riba ataupun komputer peribadi mereka terlebih dahulu. jika peralatan mereka menggunakan processor dari intel mahupun amd, baik usah menggunakan kemudahan itu, sebab jelas kedua2 peranti terbabit adalah produk negara paksi kejahatan :)
Anonymous said…
Jangan marahkan azli...
It is only an opinion from what he sees in his sight...
Cuma kita sama2 lawat lamanweb ni,
dan kita ikut kata Nabil Raja Lawak,
Lu pikir la sendiri!


http://www.yumfranchises.com/fran_process/faq.asp
azlishukri said…
nampaknya saudara masih tidak faham bagaimana mahu memboikot, sekarang saya meminta saudara boikot hal-hal yang di bawah ini dahulu, jika saudara sanggup, maka mari kita boikot semuanya.

1. syarikat blogspot.com - jelas ada saham dan cukai kepada AS

2. Google.com - ada saham dan cukai kepada AS

3. Microsof - lagi jelas bertapak di AS

4. Dell dan HP - jelas asalnya daripada AS

5. Mancester United (MU) - jelas ditaja oleh syarikat2 yang pro yahudi seperti AIG dll

6. Boikot negara Arab Saudi - jelas mereka menjual minyak dan membantu AS menumpaskan Iraq.

Sekarang saya tanya mari kita sama2 boikot ini dahulu. Sanggup?
KangDin said…
Assalamualaikum
Merujuk kps artikel sebelum ini......... ......diharap pihak KFC dpt menjawabnya!

Dan juga berkenaan pernyataan berikut :
( Sedutan dari tulisan Mohamad Azli Shukri)
"Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok."

Sedikit komen dari saya berkenaan dengan dunia perniagaan yg maha luas ini jika tidak silap jenis perniagaan yg diteruskan oleh KFC Malaysia adala dlm bentuk PELESENAN so boleh difahami dari buku yg saya pelajari lama dulu dan dirujuk semula iaitu seperti berikut:-

PELESENAN
1. Pelesenan ialah pemberian kebenaran dan hak kepada sesebuah syarikat di negara asing bagi tempoh tertentu untuk mengeluar atau memasar atau kedua-duanya sekali sesuatu jenama produk atau perkhidmatannya (pemberi lesen) di pasaran tempatan.

2. Pemberi lesen (licensor) akan mendapat ganjaran dalam bentuk yuran dan royalti hasil jualan produk atau perkhidmatan yg dikeluarkan daripada penerima lesen (licensee).

3. hak yg diberikan oleh licensor meliputi perkara yg ketara dan tidak ketara atau eksklusif atau tidak eksklusif. Harta tidak ketara adalah seperti:
a) Paten, formula, proses, rekabentuk, pola
b) Hakcipta untuk muzik (artis)
c) Tanda perdagangan, nama jenama, tanda niaga
d) Lesen, kontrak, francais
e) Kaedah, program, prosidur, sistem, tatacara, teknik

4. Pemberi lesen mungkin membenarkan syarikat tempatan menggunakan paten, tanda niaga perniagaan, teknologi dan lain-lain perkara yg berkaitan dgn produk atau perkhidmatan berkenaan untuk tempoh tertentu sebagaimana yg disebut dlm perjanjian.
(Disedut dari buku terbitan Pearson Education Malaysia Sdn Bhd - Pengajian Perniagaan (Jenis2 Perniagaan Antarabangsa) .

Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat disebabkan ingin mendapatkan kebenaran dan keadilan yang mutlak atas segala kesangsian yg berlaku.

Diharap pihak KFC dapat menyatakan sebenar-benarnya kebenaran secara adil!
KangDin said…
Assalamualaikum
Merujuk kepada artikel yg dikirim, adalah menjadi tanggungjawab pihak KFC sendiri menyatakan perkara yg sebenar bukannya pihak ketiga sebagaimana yg dinyatakan oleh penulis. Memang kita tahu KFC dibwh JCorp/Kulim etc tapi apakah kebenaran sebenar dalam isu ini? hanya KFC sendiri yg boleh menolak segala tohmahan yg berlaku!

Jika penulis menyatakan banyak sumbangan telah dikeluarkan untuk membantu Rakyat Palestin, so perlu nyatakan dengan fakta yg menyokong bukan sekadar tulisan/luahan rasa sahaja! harap pihak KFC betul2 telus jika mahu kebenaran terserlah dan keadilan wujud!

Kita lihat kenyataan akhbar McD baru-baru ini - kenyataan yg sama/senada iaitu isu peluang pekerjaan, pekerja Muslim, sumbangan kemanusiaan dll. Tapi adakah itu membuatkan kita TIDAK MEMBOIKOT nya?

Sekali lagi saya menginginkan kenyataan resmi dari pihak KFC Holding dalam isu ini! Kita tidaklah sebodoh/sejahil sepertimana yg dinyatakan oleh penulis ( terlalu emosional krn tlh bersemuka dgn Tan Sri KFC nie!).

Berkenaan dengan ROKOK saya sendiri tidak meletakkan nya dalam barangan boikot disebabkan ianya sememangnya HARAM disisi ISLAM! (Rujuk Fatwa berkenaan rokok oleh JAIS - rujuk lampiran)
Maknanya ROKOK adalah sebaris dengan ARAK dll yg sewaktu dengannya - so kalau boikot maknanya ada harapan untuk menghisapnya - bukan begitu!

Kalau benar bagai dikata - Harapan menggunung dari rakyat Malaysia terhdp KFC Holding untuk menjelaskan duduk perkara yg sebenar agar jelas segala yg diragui selama ini.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil