Skip to main content



Nasihat Pemimpin
Patuhi Etika Islam


Oleh Muhammad Azli Shukri

(Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003)


Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu."



Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (Ali Imran: 110).



Firman-Nya yang lain bermaksud: "Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung.'' (Ali Imran: 104).



Oleh sebab Islam amat menyeru umatnya untuk saling menasihati, maka Islam juga mengajar bagaimanakah etika dalam menyampaikan nasihat, khususnya menyampaikan nasihat kepada para pemimpin atau pemerintah Islam.



Antara etika Islam dalam menasihati pemerintah atau pemimpin adalah melalui jalan atau cara sembunyi-sembunyi, seperti mana hadis Rasulullah ini: "Sesiapa yang ingin menasihatkan pemerintah dengan suatu perkara, maka janganlah ia paparkan di khalayak ramai. Akan tetapi hendaklah ia mengambil tangan penguasa (raja) dengan empat mata. Jika ia menerima, maka itu (yang diinginkan) dan kalau tidak, maka sungguh dia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia dan pahala baginya (orang yang menasihati ).''



Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad al-Khaitysami dalam kitab al-Majma' dan Ibn Abi Hashim dalam kitab as-Sunnah. Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani mensahihkannya, begitu juga dengan Syeikh Abdullah Barjas berasaskan kepada banyak yang meriwayatkannya sehingga kedudukan hadis tersebut adalah sahih dan bukannya daif sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.



Hadis tersebut merupakan dasar dalam menasihati pemerintah atau para pemimpin pada kaca mata Islam. Dan berpandukan kepada hadis tersebut jugalah, Imam asy-Syaukani, seorang ulama salaf telah berkata "Bagi orang-orang yang ingin menasihatkan imam (pemimpin) dalam beberapa masalah, (lantaran pemimpin itu telah berbuat salah), seharusnya ia tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk di hadapan khalayak ramai. Tetapi sebagaimana dalam hadis di atas, bahawa ia sepatutnya mengambil tangan imam dan berbicara empat mata dengannya, kemudian menasihatinya tanpa merendahkan penguasa Allah tersebut.''



Perkara ini disokong oleh Syeikh Muhammad Soleh al-Usaimin sebagaimana katanya, "Sesungguhnya sesiapa yang menentang pemimpin dalam perkara yang bukan prinsip dalam agama dengan terang-terangan dan mengingkarinya di perkumpulan-perkumpulan masjid, tempat-tempat kajian dan sebagainya, itu semua sama sekali bukan tata cara menasihati. Oleh sebab itu, jangan engkau tertipu dengan orang yang melakukannya, walaupun timbul daripada niat yang baik. Hal ini menyalahi cara golongan salaf yang harus diikuti. Semoga Allah memberi hidayah kepadamu.''



Etika menasihatkan pemerintah dengan cara sembunyi-sembunyi merupakan satu perkara yang terbaik demi mengelakkan timbulnya fitnah dalam kalangan masyarakat. Di samping itu ia dapat mencegah berlakunya perpecahan, benci-membenci serta timbulnya ghaibah (yakni membuka aib orang lain), namimah (melaga-laga orang agar bermusuhan), berprasangka dan pendustaan.



Imam Bukhari meriwayatkan sebuah kisah daripada Usamah bin Zaid bahawa beliau ditanya: "Mengapa engkau tidak mengadap Uthman untuk menasihatkannya?'' maka jawab beliau "Apakah kamu berpendapat semua nasihatku kepadanya itu harus diperdengarkan kepada kamu? Demi Allah! sesungguhnya aku telah menasihatkannya hanya antara aku dengan dia. Dan aku tidak ingin menjadi orang pertama yang membuka pintu (fitnah) ini.''



Inilah cara bagaimana ulama salaf menasihatkan para pemerintah yang melakukan kesilapan pada ketika itu. Metode ini amat bertepatan dengan firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud: "Ajaklah mereka kepada jalan Tuhan dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bertukar fikiranlah dengan mereka menurut cara yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya Tuhanmu lebih tahu siapa yang sesat jalannya, dan Dia lebih mengetahui pula orang-orang yang menuruti jalan yang benar.''



Agak malang, yang terjadi kepada sebahagian umat Islam di negara ini yang terang-terangan mengabaikan kaedah yang diajar oleh Islam dalam menasihati para pemerintah. Golongan yang dihinggapi penyakit suka menimbulkan fitnah ini cukup gemar menasihatkan para pemerintah dengan kata-kata nista, kesat, celaan-celaan yang buruk serta ejek-ejekan yang mengaibkan mereka di khalayak ramai. Kemudian, orang ramai yang turut hadir, bersama-sama menanggung dosa daripada apa yang telah mereka dengarkan itu.



Kaedah menasihatkan seperti ini, merupakan kaedah yang terpesong jauh daripada ajaran Islam, kerana ia bercampur baur dengan dosa dan maksiat. Firman Allah dalam surah al-Humazah ayat 1 ini haruslah di jadikan peringatan kita bersama, "Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.''



Kaedah kotor dalam menasihatkan pemerintah yang diamalkan oleh segelintir umat Islam di negara ini, sudah mula diterima dan dipraktikkan oleh masyarakat awam yang rata-ratanya berpengetahuan cetek dan gemar bertaklid buta.


Sebenarnya, golongan yang suka menasihatkan pemerintah dengan cara kotor ini terlupa kepada larangan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah di riwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah yang bermaksud "Janganlah kalian saling mendengki, saling mencela, saling membenci dan saling bermusuhan. Jangan pula sebahagian kalian berbuat aniaya terhadap sebahagian yang lain, tetapi jadilah kalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Orang Muslim adalah saudara orang Muslim yang lain, tidak boleh menganiaya dan menghinanya, tidak boleh pula merendahkannya. Takwa di sini - sambil mengisyaratkan ke dadanya sebanyak tiga kali. Cukuplah dianggap suatu kejahatan bagi seseorang apabila ia menghina saudaranya yang Muslim. Setiap orang Muslim atas orang Muslim lainnya diharamkan darah, harta benda dan kehormatannya.''



Teladan yang ditunjukkan oleh Umar Abdul Aziz ketika seorang lelaki menceritakan sesuatu tentang diri seseorang di hadapannya, haruslah dijadikan contoh dan iktibar bagi diri kita. Umar Abdul Aziz berkata kepada lelaki tersebut "Jika kamu menghendaki, maka aku akan mempertimbangkan perkaramu. Jika kamu dusta, bererti kamu termasuk orang yang disebut di dalam ayat ini, iaitu "jika datang kepada kalian orang fasiq membawa berita, periksalah dengan teliti.'' (al-Hujurat: 6). Dan jika kamu benar, maka kamu termasuk orang yang disebut di dalam ayat, "yang banyak mencela, yang kian kemari menghambur hasutan.'' (al-Qalam: 11). Dan jika kamu suka, maka kami memaafkanmu.'' Lelaki itu menjawab, "wahai amirul mukminin, maafkanlah, aku tidak akan mengulangi perbuatan itu selama-lamanya.''



Beginilah caranya Umar Abdul Aziz, mujaddid kurun pertama mendidik dan menasihati rakyat di bawah pimpinannya. Dan begini jugalah al-Quran dan sunah mengajar kita tentang etika bagaimana menasihati para pemerintah, agar nasihat yang kita berikan itu tidak diselaputi dengan rasa benci, marah, dengki dan prejudis.



Sebaliknya, biarlah nasihat kita itu diberikan dengan rasa rendah diri, ikhlas, jujur dan disertai dengan rasa kasih sayang sesama kita sebagai satu ummah yang beriman. Seperti mana firman Allah ini, "Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka.'' (al-Fath: 29).



Dan sabda Rasulullah yang bermaksud, "Agama adalah keikhlasan nasihat-menasihati.'' Kami bertanya "Untuk siapa, wahai Rasulullah ?'' Jawab baginda, "Untuk Allah, kitab dan rasul-Nya, pemimpin kaum Muslimin dan seluruh kaum Muslimin pada umumnya.'' (Riwayat Imam Muslim).



Petunjuk-petunjuk al-Quran dan sunah inilah yang diamalkan oleh ulama-ulama salaf dalam proses mereka menasihati sesama kaum Muslim. Bersesuaian dengan kata-kata Imam Ahmad, "Manusia itu sangat memerlukan pendekatan dan sikap yang lemah lembut terhadap amar makruf nahi mungkar, tanpa harus dipaksa kecuali orang yang jelas menyatakan dirinya fasiq, maka ia tidak lagi memiliki jarak-jarak yang harus diperhatikan.''



Begitu jugalah sikap Ibn Mas`ud, ketika beliau bertembung dengan kumpulan orang yang sedang berseronok melakukan kerja-kerja syubhah atau yang jelas mungkarnya. Beliau hanya berkata, "Perlahan-lahanlah sedikit semoga kamu dikasihi Allah.''



Beginilah tasawur Islam yang cantik itu, dalam mendidik penganutnya agar saling menasihat, namun masih tetap berada dalam landasan persaudaraan Islam. Oleh kerana itulah Islam mempunyai etikanya yang tersendiri dalam menyampaikan nasihat kepada para pemerintah atau pemimpin, agar tidak timbul perpecahan dan perasaan saling membenci dalam kalangan masyarakat.


*Gambar : Penulis sedang memberikan ceramah dalam PRU ke-12 baru-baru ini.

Comments

C.H.E Dayat said…
salam tuan..

apa khabar? semoga berada didalam keadaan sihat hendaknya.. saya hendak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam ramadhan dan salam kemerdekaan...

saya juga ada post ulasan terbaru di blog saya..

maaf kerana lama tak aktif sebab sibuk dengan assignment dan tugas harian sebagai siswa..

wasalam.

hidayat rashid

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
C.H.E Dayat said…
salam tuan, lupa pula saya nak beritahu.. saya sebenarnya ingin mendapatkan bantuan tuan...

Sebenarnya, saya kini sedang menjalankan assignment saya yang bertajuk,

DEB: Masihkah relevan?

saya berharap akan dapat menemuramah tuan ataupun berhubung melalui email.. bolehkah saya dapatkan details contact tuan?

jika tuan sudi, silalah email kepada saya @

hidayat_rashid@yahoo.com

terima kasih
azlishukri said…
salam Ramadhan kembali...
yoshz said…
TOKYO 1 Sept. – Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda mengumumkan meletakkan jawatan serta-merta malam ini, selepas menghadapi jalan buntu berdepan krisis politik dan perbalahan dengan pembangkang.

“Hari ini, saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Kita perlukan satu pasukan baru untuk mengendalikan dasar di Parlimen,” katanya ketika mengumumkan peletakan jawatannya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Mudah kan? No hanky panky, no beating around the bush. Dah tau tak diterima, berhenti shj.

Salam ramadhan ;)
azlishukri said…
begitulah yosh..jalan terbaik.
Yana Ismail said…
Salam ramadhan bro:)

Selamat berpuasa dan berterawih!
azlishukri said…
salam kembali liyana...
Nobody perfect but imperfection is a good teacher too....
Salam Ramadhan....
Azli,
Terima kasih atas ingatan. Selamat meyambut Ramadhan juga. Moga Segala doa dimakbulkan Allah.
azlishukri said…
zam - terima kasih salam ramadhan kembali.

saiful - bersama kita beramal ibadah.
Yang baik jadikan sempadan..
Yang tak elok jadikan pengajaran.. :-)


Ops!!! silap.. Terbalik ;-)


Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
azlishukri said…
terima kasih, salam perkenalan.
Unknown said…
Salam Sdr Azli,

Terlebih dahulu, terima kasih kerana meletakkan pautan kepada blog saya.

Rencana saudara amat relevan kerana pada pendapat saya, fitnah dan tuduh-menuduh dalam dunia politik hari ini sudah mencapai tahap yang melampau.

Budaya mengaibkan pemimpin, (bukan sahaja dalam dunia politik, tetapi juga dalam perniagaan) semakin berleluasa. Pada pendapat saya, kita tidak harus mengaibkan seseorang di khalayak ramai, walaupun kita tahu dia salah. Lebih buruk lagi, segala tuduhan yang dilemparkan hanya berasaskan khabar angin sahaja.

Diharapkan ahli politik dan penyokong dari kedua-dua pihak akan sedar dan mengamalkan politik membina dan bukannya politik membinasa seperti yang dilihat kebelakangan ini.

Razali Razman
http//www.laburniaga.blogspot.com
azlishukri said…
terima kasih en Razali.
Salam.

Selamat menyambut bulan ramadan. Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah.

InsyAllah jika ada rezeki, boleh kita berjumpa di Kuala Kangsar (waktu raya barangkali).

Terima kasih.
azlin hashim said…
Terima kasih en Azli krn melayari blog sy... selamat berpuasa juga pd anda..
Adexx Boxx said…
assalamu'alaikum...

salam hormat, salam perkenalan...
terima kasih kerana melawat blog saya dan memberi kata-kata yang baik untuk saya...
saya suka blog anda...
Cheguman said…
Sayangnya sdra Azli bukan tok guru atau ulama'. Jika pun mempunyai ilmu, dikira sekadar 'ustaz umno'.

Apa pun, teruskan perjuangan 'lillahi taala'. Ganjaran sebenar hanya di akhirat, dunia hanya sementara.

p/s Saya jadikan blog ini blog kembar waadat kerana kebanyakan rencana di sini berkaitan kajian & perjuangan saya.
azlishukri said…
demang lebar daun - benar, dan saya pun tak layak dipanggil ustaz. Yg penting saya menyampaikan kebenaran dengan tajamnya pena. tiada makna gelaran ustaz atau tuan guru jika kita tidak amanah dengan ilmu.
MiSyaJanah said…
salam singgah bro!! tq sbb going thru my blog...u have nice blog..bila baca terasa perkembagan otak tuh..sbb otak sy da nak beku..hihih..have a nice day bro...

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil