Skip to main content

MONOLOG AZLI SHUKRI
Bab 3 : Di manakah Syaitan?


Kepercayaan sesetengah masyarakat Cina terhadap burung Phoniex sememangnya tidak dapat disangsikan. Mereka percaya bahawa Phoniex merupakan sejenis burung yang penuh dengan keajaiban dan kesaktian. Jika burung tersebut jatuh ke bumi, ia bisa hidup kembali dan menjadi burung Phoniex yang baru. Yang tidak lagi bersifat asalnya. Phoniex yang baru muncul ini, adalah lebih ganas dan tiada perikemanusiaan.



Kita lupakan seketika kisah Phoniex di atas. Ramai yang tidak sedar, khususnya penyokong PKR bahawa Anwar Ibrahim yang sedang mereka sokong, puja dan sanjung ini bukanlah Anwar Ibrahim yang mereka kenali 10 tahun yang lalu. Anwar Ibrahim yang mereka kenali 10 tahun yang lalu telah lama mati dan meninggalkan kita semua. Kita kena terima hakikat tersebut. Anwar dahulu telah lama dibunuh dan dikuburkan oleh Tun Mahathir Mohamad di penjara Sungai Buloh. Hakikatnya, Anwar Ibrahim yang dipuji dan dipuja oleh penyokong-penyokongnya sekarang hanyalah jasadnya sahaja dan bukan jiwa Anwar Ibrahim yang mereka kenali suatu ketika dahulu. Sifat, gaya dan perangainya sudah jauh berubah, malah sifat bongkak dan takbur yang ditunjukkan oleh beliau akhir-akhir ini membuktikan bahawa beliau seolah-olah lupa kepada kuasa Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mengetahui. Malah, pengikut-pengikutnya juga sudah terikut-ikut dengan cara dan gaya idola mereka ini sehingga melupakan kuasa Tuhan dan terlalu taasub kepada kuasa rakyat yang mereka dakwa akan menentukan segala-galanya.



Kebongkakan Anwar Ibrahim untuk mengajar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimana mahu menjadi seorang Perdana Menteri dan Timbalan Perdana yang baik, menjelaskan lagi “perangi” barunya itu. Seakan-akan semua orang tidak betul dan yang betul hanyalah Anwar Ibrahim! Semua ini menyebabkan PKR lupa kepada kuasa Allah yang mengatasi segala-galanya. Kenyataan Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng yang berbunyi “Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap benar”. Siapakah Dominique yang berkuasa menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin itu? Tuhankah dia? Anwar dan Dominique begitu yakin, malah sanggup mendakwa bahawa “Confirm” 40 ahli Parlimen BN akan menyertai PKR dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai PM yang ke-6 pada tarikh keramat 16 September ini. Wah! Kuasa Tuhan telah ditolak ke tepi. Yang berkuasa sekarang dan yang menentukan adil dan tak adilnya sesuatu kerajaan pada hari ini ialah Anwar Ibrahim! Siapa Anwar? Begitu sombong dan bongkak mendabik dada sebagai manusia suci yang dipuji seperti nabi!



Kata-katanya jauh lebih dipercayai daripada surah Ali Imran ayat 61. Bahkan penyokong-penyokong fanatik beliau tidak hanya menolak fikiran waras, malah sanggup pula mempertikaikan kaedah sumpah Mubahalah yang jelas terdapat di sisi Islam. Semua orang BN adalah jahat, semua orang BN ingin berkonspirasi menjatuhkan insan suci dan mulia bernama Anwar Ibrahim – sejak beliau masih berada di dalam UMNO, benarkah begitu? Siapakah yang jatuh dan siapakah pula yang menjatuhkan, ketika Anwar bersama UMNO untuk merampas kerusi Timbalan Presiden UMNO ketika itu? Dan siapakah yang dibeli serta siapakah pula yang membeli para perwakilan Sabah dan Sarawak untuk bersama menjatuhkan Tun Ghafar Baba? Semua ini hanya mampu dijawab oleh manusia yang waras fikirannya. Bukan manusia yang kaki fanatik buta kepada kebenaran. Kebenaran tidak mengira sesiapa pun individu itu, Tun Mahathir, Nik Aziz, Haji Hadi mahupun Anwar – semua tidak akan terlepas daripada pertimbangan dosa dan noda!



Kemarahan Anwar terhadap tuduhan Perdana Menteri bahawa PKR akan merampas mandat rakyat melalui cara-cara yang tidak demokratik ada benarnya. Anwar yang pada asalnya tidak dapat menerima hakikat, bahawa PKRlah yang sebenarnya tidak berupaya membentuk kerajaannya sendiri melalui peti undi dalam PRU ke-12 baru-baru ini. Kemudian menghasut ahli-ahli Parlimen BN agar menodai mandat rakyat yang telah memilih mereka atas nama Barisan Nasional untuk melompat ke dalam PKR. Jika hal ini berlaku dalam kalangan ahli Parlimen PAS, saya percaya sudah tentu mereka yang melompat tersebut akan dituduh dengan bermacam-macam tuduhan, termasuklah dikatakan sebagai penentang Islam dan membelakangi kepercayaan pengundi. Apakah bezanya semua ini?



Anwar sudah berubah seratus peratus, kekuasaan dan sokongan rakyat yang memujanya merupakan ujian Allah ke atasnya, bukan nikmat dan kejayaan yang membawa kepada riak, bongkak dan sombong dalam dirinya! Anwar yang ada pada hari ini, bukanlah Anwar yang kita kenal dahulu. Anwar yang dahulu sudah mati, dan Anwar yang “baru” ini telah bangkit daripada kuburnya lantaran pemujaan dan ayat-ayat fanatik yang dihamburkan oleh para penyokong taasubnya selama 10 tahun kematian beliau.



Anwar tidak ubah seperti seekor burung Phoniex yang dipuja kesaktiannya dan kemudian jatuh mati serta hidup kembali menjadi seekor Phoniex yang baru, yang bangkit daripada dendam kesumat dan hati yang penuh dengan kebencian. Semua ini adalah sifat syaitan yang harus kita hindari. Syaitan pun tidak akan mengetahui apakah yang akan terjadi pada masa akan datang, ilmu itu hanyalah milik Allah. Tetapi aneh, Anwar Ibrahim, Dominique dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain sudah tahu apakah yang akan terjadi pada 16 September ini! Seolah-olah masa dan kuasa adalah milik mereka. Jadi di manakah Tuhan dalam diri mereka? Dan apabila Anwar berucap di Permatang Pauh pada 2 September lalu dengan kata-katanya yang cukup yakin berbunyi, “16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia Baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.” Maha suci Allah, ada hamba-Mu yang bongkak mendabik dada seolah-olah dia adalah Tuhan yang tahu apa-apa yang akan berlaku di hari muka!



Ini bukanlah Anwar yang sebenar, tetapi merupakan Anwar Ibrahim yang sudah wujud dalam jiwanya roh-roh jahat. Seakan-akan timbul semula Hitler, Lenin, Karl Mark dan Machiavelli dalam batang tubuhnya. Semua ini terjadi adalah kerana terlalu taasub kepada kehebatan diri sendiri, yang sebenarnya merupakan ujian Allah kepada beliau. Di bulan yang mulia ini, sesungguh syaitan telah dirantai, tetapi kepada manusia yang ingin menjadi syaitan tiada sesiapa pun yang menghalang! Semoga Allah selamatkan Malaysia daripada kebinasaan. Mari kita semua berdoa dan bermunajat kepada Allah, agar 16 September ini, langit Malaysia tetap cerah!



“Ya Allah, Tuhan yang Maha Berkuasa, andai kata ada usaha yang tidak jujur dan ikhlas untuk merobah keamanan dan ketenteraman negara dan agama tercinta kami ini, maka Engkau hancurkanlah dengan sehancur-hancurnya, dan janganlah Engkau uji kami sebagai rakyat Malaysia dengan ujian yang tidak mampu kami hadapi. Andai kata Anwar Ibrahim adalah yang terbaik untuk agama dan negara kami, maka Engkau berikanlah petunjuk, tetapi jika Anwar Ibrahim membawa fitnah dan kehancuran kepada agama dan negara kami, maka Engkau jauhkanlah dia daripada kami. Ya Allah, berikanlah petunjuk dan kebenaran, agar fitnah yang menyelubungi bumi Malaysia ini dapat dibersihkan kembali. Amin, Amin ya Rabbil’alamin.”



Comments

Teringat pesan Guru, dari ambilan Kitab Hikam, "Pakai Tak Pakai, Tak Pakai Pakai, Dapat Tak Dapat, Tak Dapat Dapat, Pandai Tak Pandai, Tak Pandai Pandai"
S.YanaZ said…
Azli...
ha.ha.

*sunggus gelihati*
azlishukri said…
En Saiful - saya tak jumpa kenyataan itu dalam kitab Hikam.

Shariah - sememangnya, perkara yang serius kita selalu gelihati dan ketawa, tetapi hal-hal yang tidak serius kita seriuskan. kehancuran agama dan bangsa kita, kita gelak ketawa, tetapi kisah siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam Akademi Fantasi, kita sanggup menangis dan berfikir serius..malang sungguh nasib kita ini..wallahualam.
SOPIRA CREATIVE said…
Suatu ketika dulu Demang juga mengagumi Anwar. Walaupun Demang lebih mengagumi TDM namun Demang turut memprotes penyingkiran Anwar oleh TDM. Namun situasi hari ini adalah berbeza. Bagi Demang Anwar telah maut dlm kemalangan politik 10 tahun lalu. Kemalangan yg amat ngeri sehingga roh Anwar pun tidak mampu mengecam mayatnya sendiri.

Justeru yg dikendungnya ke sana ke mari adalah sebuah dendam yg mendalam. Keaiban yg diterimanya perlu dibalas oleh pihak yg bertanggung jawab. Tidak ada tolak ansur: "lawan tetap lawan". "alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan" (kain rentang yg Demang lihat di Pmtg Pauh baru2 ini).
Cheguman said…
Maaf Azli, tadi ada member pinjam pc minta buatkan blog (lihat sopira creative). Lupa nak log-out. Akibatnya... keluar le username org lain.

p/s: nak beli Psikosemantik camana?

(0194402211)
Anonymous said…
amin.... amin.... ya Allah selamat kan kami dari bala bencana...
azlishukri said…
Demang - saya juga dahulu membela Anwar, sewaktu beliau dipecat saya merupakan pelajar di Universiti Malaya. saya turut sama membelanya. tetapi setelah bukti2 yang sangat kukuh melalui SB saya tidak boleh tipu diri sendiri dengan apa-apa yang telah saya lihat, dengar dan saksikan bagaimana sikap dan "perangai" Anwar ini. Penyokong PKR tidak tahu, siapakah yang sebenarnya yang mereka sokong ini. Wallahualam.

hanis - sama-sama kita berdoa, Amin
Zaid@Zaidel said…
Bro, bulan Ramadhan ni syaitan dah dimasukkan ke dalam lokap. Oleh sebab tiada siapa yang nak ikat jamin dia org so sebulan ni syaitan and the gengs akan diriman...
Ano Nyme said…
Kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Kita sudahi setiap hasrat kita dengan, Insyaallah. Mungkin saudara Azli gunakan ayat yang terlalu keras apabila berkata ...seperti Tuhan...seperti Nabi dll, ada unsur-unsur emosi yang tak terkawal di situ.
mariahsj said…
Banyak perkara yang kita tidak ketahui sama ada benar atau tidak. Anda berbunyi seperti orang UMNO yang lain. Bagaimana pula bunyi orang bukan UMNO yang bercakap tentang kepimpinan UMNO. Tentang rasuah, kronies, isu bahasa dan masalah orang Melayu?
Akibatnya orang Melayu berbalah, menghina sesama sendiri dan akhirnya berpecah-belah. Dan fikirkanlah siapa yang untung dan mengambil kesempatan dengan perpecahan ini. Hal tulisan jawi yang dihilangkan di papan tanda pun tak ada sesiapa yang berbunyi.
Balanya rakyat jelata juga yang terkena.Fikirkanlah. Apa pilihan yang tinggal buat kita hari ini?
azlishukri said…
En Suhbi- tiada kata yang lebih baik untuk orang yang terlalu mendewa-dewakan kehebatan diri sendiri, pernahkah kita membaca cerita kisah firaun?

Terima kasih kak Ton.saya memang orang UMNO tetapi saya tidak akan berkompromi dengan kebenaran dan keadilan.
mariahsj said…
Benar, Azli. Sebagai orang media kita tidak boleh melihat sesuatu itu dengan hanya sebelah mata, manakala sebelah lagi ditutup rapat. Bagaimana kita melihat keadilan dengan cara ini?
Yana Ismail said…
burung phoniex ek..mmm, ok;)
S.YanaZ said…
Tuan Azli,
maksud aku,

*gelihati melihat penyokong PKR*
Husni said…
Demang - saya juga dahulu membela Anwar, sewaktu beliau dipecat saya merupakan pelajar di Universiti Malaya. saya turut sama membelanya. tetapi setelah bukti2 yang sangat kukuh melalui SB saya tidak boleh tipu diri sendiri dengan apa-apa yang telah saya lihat, dengar dan saksikan bagaimana sikap dan "perangai" Anwar ini. Penyokong PKR tidak tahu, siapakah yang sebenarnya yang mereka sokong ini. Wallahualam.

hanis - sama-sama kita berdoa, Amin


tuan,
boleh berkongsikah apa dia bukti2 kukuh yang tuan maksudkan..? kenapa ramai org tidak percaya? terima kasih
Adnan Naim said…
Saudara Azli,
Satu pandangan dan kupasan menarik dan berani. Saya merupakan seorang ahli UMNO yang sentiasa memberi undi saya kepada PAS atau PKR pada tiap PRU, isu samada saya taksub atau memuja pemimpin-pemimpin pembangkang tidak timbul tapi kebencian saya terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih bongkak, lebih sombong dan lebih yg bermacam-macam lagi membuatkan orang seperti saya beralih sokongan ke arah pembangkang. Saudara boleh rujuk ulasan TDM dalam blog beliau mengenai keputusan PRU 12, dan saudara akan tahu dalam golongan pengundi mana orang-orang seperti saya ini...Wassallam.
zeme said…
Salam saudara azli,

Selain burung phoneix, bolehkah saya katakan Anwar ini sebenarnya mengalami "indentity crisis and split personality"?

Wasalam
azlishukri said…
Kak Ton - selama ini pun tiada sesiapa pun yang menghalang untuk mengkritik Tun Mahathir dan Pak lah, termasuk saya sendiri, dan mengkritik Anwar Ibrahim pun merupakan sebahagian daripada tugas media, apakah semua tindakkan Anwar sekarang betul belaka? dan tidak boleh dikritik langsung? apakah kita redho apabila kurang 6 bulan PKR memerintah PERAK, maka kita sanggup berikan 400 hektar tanah untuk orang cina semata-mata? adilkah itu? katakan jika perbuatan iti dilakukan oleh kerajaan BN apakah kita akan kata? tetapi apabila PKR yang lakukan, mengapa Harakah tidak menegur? di manakah kebebasan Media yang kita tuntut? hanya 6 bulan PKR perak sudah buat perangai kalau 50 tahun mcm mana? BN pun tidak seteruk itu. inilah yang perlu kita kritik, tidak kira siapa Anwar, Pak Lah mahupun Mahathir.
azlishukri said…
Rusyaidi - susah jika sekaran untuk dedahkan semuanya, pertama tidakkan mahkamah akan diambil kerana bukti-bukti itu adalah sulit, kedua sukar untuk orang percaya, kerana mereka akan menuduh ia merupakan konspirasi, padahalnya gambar itu diambil pada tahun 1998 di Jepun.
azlishukri said…
adnan - saya faham apa yang saudar rasakan, tetapi dalam dua hal yang buruk dah rosak, kita pilihlah yang rosaknya kurang sedikit.
hans said…
risau tunggu 16 september
Bro Azli,

A very gud & true statement as a lot of ppl dun noe d real bro AnWar aka The Master Of Deception,..heheh..wat can I say..(,")

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar & PLah!!

p.s. u hav seen d photo wch he balun a guy frm behind in Japan..is dat d one bro,..heheh..camne, rasa mual tak..apo nak dikato,..heheh..(",)
azlishukri said…
konsiparisi - apa boleh buat, satu bukti tu pun dah memadai..
Redz da Tsar said…
kadang-kadang pelik tengok orang politik... Lantang mengutuk seteru mereka... Tetapi bila dikutuk melenting pula...

Ada ahli politik, fitnah musuh dia meliwat (saya gunakan istilah fitnah sebab masih tiada bukti dan masih tidak dibicarakan)... Kemudian yang kena fitnah, fitnah balik, kata musuh dia tue ada kaitan dgn Altantuya...

Politik-politik...

Malayu sesama Melayu bertelagah... Pemimpin itu bangga, sombong, takabbur, ujub dan riak... Bukan Anwar je, banyak lagi pemimpin begitu... Kalau tengok TV dan akhbar semasa PRU atau PRK, tidak kira kerajaan atau pembangkang, semua takabbur, yakin menang, kutuk lawan...

Tapi biasa la...
kalau bukak blog pro-pembangkang, kutukan mesti kepada kerajaan...

Kalau bukak blog UMNO, kutukan mesti pada Anwar dan PKR...

Humph...

Padahal semua hanya sekadar cakap... Tak berbukti...
Redz da Tsar said…
Sekadar memberi pandangan...

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini. Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). “Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama Ulasan Saya : 1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia. 2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah. 3. Pengalaman saya mengajar di sekol...