Skip to main content

Penulis bersama Datuk A. Kadir Jasin di Taiping Golf Resort.

Apabila Blogger
Bertemu
Blogger


Saya bertemu dengan Datuk A.Kadir Jasin pada Majlis Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di Taiping Golf Resort pada bulan Mei tahun lalu. Pertemuan yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pengerusi MK Land Holdings Tan Sri Mustapha Kamal itu membincangkan bagaimana langkah terbaik bagi membawa usahawan-usahawan Melayu ke persada antarabangsa, kerana pasaran ekonomi domestik sudah semakin tepu dan kecil. Usahawan-usahawan kita, khususnya usahawan Melayu sudah tidak mampu lagi bersaing di peringkat domestik, kerana faktor pasarannya yang semakin mengecil dan terlalu berdaya saing dengan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini amat saya puji, apatah lagi langkah bijak ini telah dilaksanakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pengerusi majlis tersebut.



Usahawan Melayu perlu ke luar negara mencari pasaran baru, tetapi mestilah bijaksana dan bukan membabi buta. Oleh sebab pasaran ekonomi Malaysia semakin lemah dan tidak tentu arah, usahawan-usahawan Malaysia, khususnya usahawan Melayu harus segera mencari tapak baru di luar negara. Persekitaran ekonomi negara kita tidak lagi seperti zaman Tun Mahathir yang mesra pelabur dan melindungi industri negara daripada ancaman luar. Sebaliknya, persekitaran ekonomi Malaysia pada hari ini lebih mengikut telunjuk Bank Dunia, IMF dan Amerika Syarikat. Sehingga kini, tidak nampak sebarang mekanisme yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha mengurangkan tekanan kenaikan harga minyak terhadap pelbagai industri negara. Pemain-pemain industri semakin tersepit dan terhimpit, simpanan individu semakin berkurangan dan pergerakan ekonomi semakin lemah, kerana orang ramai mula berfikir dua tiga kali untuk berbelanja. Wang sudah semakin tidak menjadi alat pusingan yang baik untuk kitaran ekonomi. Jika ini berterusan, banyak syarikat akan tutup dan kerajaan akan kekurangan cukai, apatah lagi untuk melihat syarikat baru muncul jauh panggang daripada api. Kesannya, pelajar-pelajar tahun satu yang berada di universiti-universiti tempatan pada ketika ini, bakal menjadi penganggur kehormat untuk tiga tahun yang akan datang, ekoran persekitaran ekonomi yang tidak stabil dan harga barang yang semakin melambung tinggi.



Dan sekarang, kerajaan juga dijangka membekukan pengambilan pekerja dalam sektor awam. Begitu juga pihak swasta, akan memerah tenaga kerja yang sedia ada dalam usaha untuk menjimatkan kos operasi mereka, akibat daripada kenaikan harga minyak. Semua ini mengundang padah dan sengsara. Syarikat-syarikat kecil tidak boleh bernafas lagi. Menyuruh rakyat menukar cara hidup adalah nasihat yang hanyalah layak diberikan kepada orang-orang yang kaya, bukan masyarakat kelas pertengahan seperti kami. Sebelum kenaikan harga minyak pun perbelanjaan kami cukup-cukup makan sahaja. Dan apabila harga minyak naik begitu tinggi, kami pula yang diminta tukar cara hidup. Sedangkan cara hidup kami sebelum ini pun sudah tenat, nak tukar macam mana lagi?



Pertemuan saya dengan Datuk A.Kadir Jasin merupakan simbol sokongan saya terhadap tulisan-tulisan beliau dalam blognya selama ini. Terutama berkenaan isu kenaikan harga minyak yang menurut pandangannya kerajaan telah tersilap dalam membuat perbandingan dengan harga minyak di negara-negara maju. Kuasa beli mereka berbeza dengan kuasa beli kita, khususnya orang-orang Melayu.



Yang semakin jelas saya perhatikan, ekonomi orang Melayu semakin tersisih dalam negaranya sendiri, akibat kenaikan harga minyak yang dinaikkan secara tidak bijaksana. Hal inilah yang berlaku pada waktu-waktu awal orang Melayu menuntut kemerdekaan negara, mereka merasakan bahawa ekonomi mereka semakin tersisih lantaran kewujudan peniaga-peniaga Cina yang semakin bertambah di pekan-pekan besar, yang akhirnya peniaga-peniaga Melayu tidak mampu bersaing dan kembali ke kampung-kampung, serta berniaga secara kecil-kecilan di pasar-pasar tani. Kesudahannya, masalah ini menimbulkan dilema ekonomi orang Melayu yang diceritakan secara panjang lebar oleh Tun Mahathir dalam buku popularnya, Dilema Melayu. Orang Melayu menuntut kemerdekaan antara lainnya adalah disebabkan faktor ekonomi. Mereka berharap dengan adanya kuasa politik, maka dilema ekonomi orang Melayu boleh diselesaikan. Malangnya, setelah kita merasa nikmat ekonomi yang sedikit selama 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, kita telah dihadiahkan dengan kenaikan harga minyak yang paling tinggi dalam sejarahnya. Dan kemudian, kita diminta agar menerima bulat-bulat segala alasan, bahawa keadaan ekonomi dunia sudah sebegitu, maka rakyat haruslah bersiap sedia menerima apa-apa sahaja yang berlaku terhadap diri mereka kelak.


Seorang ayah yang miskin adakah sanggup untuk menyatakan kepada anak kecilnya, “ayah miskin, tiada duit, jadi kamu jangan menangis kerana lapar ye, ayah tidak tahu nak buat apa-apa lagi.” Saya tidak fikir si ayah akan berkata sedemikian kepada anak kecilnya. Dia sama sekali tidak akan memberi alasan kemiskinan dan tiada duit serta menyerah kepada takdir semata-mata akan nasibnya. Si ayah pasti akan memerah otak untuk berfikir dan mencari jalan, agar anak kecilnya ada makanan untuk dimakan, sekurang-kurang untuk malam tersebut. Begitulah baru dikatakan seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Bukan dengan memberi pelbagai alasan untuk lepas tangan.



Dalam sebuah rumah yang dipanggil negara, kita juga mempunyai seorang ayah yang kita dikenali sebagai Perdana Menteri. Maka tanggungjawab beliaulah memastikan seluruh keadaan rakyat dan negara berada dalam keadaan stabil dan tidak gundah gulana. Namun demikian, yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Rakyat tidak rasa selesa, bahkan berasa kecewa dengan kepimpinannya, dan jauh lebih mendukacitakan ialah, diri Perdana Menteri itu sendiri yang sesungguhnya telah menjadi bahan fitnah kepada agama dan negara tercinta ini.

Comments

melayuangkat said…
Salam Azli,

Sememangnya Mak Cik pun sedih dengan keadaan politik Melayu sekarang. Mak Cik bukan ahli politik tapi bimbang akan arah tuju UMNO yang selama ini tunjang orang Melayu sama ada mereka sedar atau tidak, suka atau tidak. Sekurang kurangnya untuk 50tahun yang lepas.

Kadang kadang Mak Cik pun tak faham mengapa mereka marah sangat dengan Pak Lah. Ada saja isu. Mereka pulak marah pada kita kalau kita pun tak marah Pak Lah!!

Bagi Mak Cik, Pak Lah adalah PM Negara ini buat masa sekarang. Mak Cik pun fikir sendiri, Pak Lah ni agaknya InsyaAllah, akan jadi PM hingga Dec 08 agaknya, sebab ke mana mana pun yang tak baik sahaja kita disajikan.

Isu UMNO luar dalam kena tibai. Cuba kita tengok MCA, ada tak heboh heboh isu dalaman mereka diperkatakan?? Mereka pandai jaga rahsia dalam rumahtangga mereka.

Apa apa pun semua orang Melayu bersabarlah. Ini pun dah Jun 2008, Pak Lah dah kata akan serah pimpinan kepada DS Najib, kita tunggu sahajalah.

Mungkin tak ramai yang sedar, kalau Pak Lah boleh dia sendiri akan beri petrol percuma pada kita semua, semua rakyat akan sayang dan tak marah marah padanya. Siapa yang suka dimaki hamun 26 juta rakyatnya sendiri?

Mak Cik doakan semoga Allah swt sentiasa melindungi bangsa kita, PM kita, Agama dan Negara kita. Semoga juga orang Melayu, PM dan pemimpin Melayu baru, lama dan sekarang akan bersatu, InsyaAllah.
nagakeciks said…
Assalamualaikum

Blog yang sangat menarik dan penuh dengan pendapat bernas dari en Azli yang berada dalam rangkaian mendengar dan mengalami.

Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog saya yang tidak seberapa.
azlishukri said…
untuk Mak Cik, maaf apa lagi yang harus hendak kita katakan..masa Tun M jadi PM siapa yang tidak maki dia kerana memecat Anwar Ibrahim..ada orang kesian pada beliau..tak ada saya rasa zaman tu Tun M lebih teruk kena bantai sehingga digelar Mahafiraun..walaupun dia buat baik pada negara..Pak Lah tidak akan letak jawatan bulan 12 ini..kita juga harus membezakan antara kesian dan tanggungjawab..nak kesian harus ada tempatnya..
Eireen Camelia said…
Saudara Azli Shukri..

Terima kasih kerana singgah di blog saya. tapi saya rasa segan sket, sbb blog saya hanyalah mengenai kehidupan seharian saya sebagai remaja.

Apa2 pun, terima kasih sekali lagi :)
A KADIR JASIN said…
Terima kasih banyak Sdr Azli.

Selamat maju jaya.
azlishukri said…
Datuk A. Kadir Jasin..

terima kasih kerana sudi singgah blog saya.
Denanz ... said…
betul sdr azli. suruh kita tukar cara hidup ... nak tukar macam mana lagi? dulu isi minyak kapcai rm5 @rm6 dh penuh. skrg ni, rm10 pun tak penuh lagi ... merana ...
man_helang said…
salam saudara azli...

pertama sy ingin ucapkan terima kasih kerana dtg melawat blog sy yg hanya sekadar cetusan kata dan tdk sehebat saudara dlm mengupas isu2 semasa...

adalah amat mudah bg pemimpin untuk menyuruh rakyatnya mengubah cara hidup, tetapi adakah mereka mengambil kira cara hidup rakyat tersebut?? adakah masih boleh d ubah cara hidup rakyat yg miskin, papa kedana, kais pagi makan pagi???

selepas itu mereka dgn senang hati menggula2kan rakyat dengan pemberian rebet tunai RM625 dan RM150..bagaimana dgn rakyat yg tdk mempunyai kereta atau motor? yg secara tdk langsung terkesan dengan kenaikan emas hitam ini??

bolehkah mereka ke kedai runcit mengambil keperluan harian yg sama nilainya dgn RM 625 @ 150 sebagai rebet?? so dimanakah adilnya sikap kerajaan tersebut??? kita boleh lihat dgn terang segala apa yg kerajaan buat selaunya hanya untuk sebilangan yg bernasib baik sahaja?? yg bernasib buruk terus menderita...
S.YanaZ said…
Pertemuan dgn tokoh sejak akhir2 ini, Azli dah tak pakai baju 'merah'...kan!

ha.ha.

Sy tidak ada kereta, hubby cuma ber'kancil' buruk.
Pun terasa bahang...
Katanya makan nasi, sekrg kena belajar mkn segenggam, habis yg mmg makan segenggam sebelum nih???
Salam Sdr. Azli Shukri,

Seronok dan menarik apabila membaca blog anda. Blog anda boleh saya andaikan sebagai "one of a kind". Memberi 'insight' story yang mungkin tidak akan disiarkan mana-mana media dan pandangan yang kritikal.

Mengenai Rafidah Aziz, Mufti Perlis, Tun Mahathir, Tun A. Sarji dan sebagainya...memberi saya satu perspektif yang baru.

Teruskan usaha anda ini. Nampak gayanya, saya akan selalu menziarahi blog anda pada masa hadapan :)

Salam
RinG said…
dah masanya kita berjuang atas dasar ke-sama-rata-an. lupakan lah DEB. itu cerita lama. dah tiba masa untuk melayuberjuang untuk kerajaan (baca; negara), bukan kerajaan berjuang untuk melayu.
Anonymous said…
Apabila blogger bertemu blogger ...

Blogger + Blogger = GEGER (dalam ruang siber)

Tak tahu, rujuk Kamus Dewan.
Assalamualaikumm menyentuh kakitangan kerajaan kena buat tuisyen...? manalah bebudak yg nak tuisyen tu nak cari duit nak bayar pada guru tuisyennya. Zaman sekarang abah dan emak mereka pun tak cukup duit nak membiayai makan minum kelurga mereka kerana semua kos keperluan harian melambung naik.La ni pandai bebudak sekolah itu sendirilah telan apa yang cikgu ajar di sekolah kalau anak menteri atau anak orang kaya bolehlah pergi ulangkaji pelajan melalui guru tuisyen.. akhirnya pelajaran juga terpaksa anak Melyu dikorbankan demi untuk berjimat cermat sebagai langkah apa yang dicadangkan oleh pehak kerajaan
Salam Br Azli,

Terima kasih for visiting my blog. Teruskan usaha murni saudara menulis dan memberitahu sebanyak mungkin bangsa Melayu keadaan sebenar di negara tercinta, Malaysia.
Nice posting.

At this rate, we will be going nowhere in our economy...

Ekonomi Malaysia (untuk orang Melayu) sebenarnya sudah menguncup yang banyak support pertumbuhan ekonomi adalah ekonomi orang bangsa asing.... Cuba tengok kat bandar-bandar sekitar Kepong, Segambut dan sebabainya, yang berkembang dengan pesat, semua duit siapa?

Maybe saya silap, tetapi ini semua kita boleh nampak dengan mata kasar kita sendiri...

Even when the Malaysian economy grow by 10%, we must ask, whose economy that is expanding? These 10% growth figure is as a result of the collective overall growth of a nation. But how is it translated to the Malay economy?

Tun Mahathir sendiri admit, during his 22 years of struggle, he failed to motivate the malays to become a greater community.. Melayu masih perlu tongkat, melayu masih lagi perlu sokongan dan melayu sukar untuk ke depan...

Saya pun sudah tak faham apasal UMNO sudah menjadi sebegini "slow", "hopeless", tak bermaya dan tiada idea? Apa yang berlaku dalam UMNO? Suara kebangkitan dan suara dinamik sudah tidak kedengaran... Hanya Spin, spin,spin... Ampu, ampu dan ampu... Bodek, bodek dan bodek...Retorik....
bronaga said…
teruskan perjuangan anda saudara Azli...
Akar Umbi said…
DAKJ antara kolumnis yang saya kagumi melalui tulisannya di nst dan berita minggu suatu masa dulu....

Bertuah saudara dapat bertemu dgn beliau.
Azli Shukri, bila blogger bertemu blogger sememangnya timbul rasa kebersamaan yang akrab. Menarik sungguh bloggosphere ini.

Terima kasih kerana pertukaran link.
zeme said…
Salam saudara azli,

Forum Mencanai Minda 'Suntikan Semangat Satria Pasca PRU Ke 12' Anjuran Rakyat Cengal Selatan (8 Parlimen) bersama Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Paduka Ibrahim Ali, Datuk Ruhanie Ahmad serta YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan Pimpinan Akar Umbi Perak Selatan bertempat di Hotel Angsoka Teluk Intan Perak jam 2.00 petang tentu
sesuatu yang menarik.

Saudara azli, teruskan wacana krebiliti kelahiran Universiti Malaya.

Wasalam
Denanz ... said…
Betul la Azli. Kena cari sarang la pulak. Business sarang utk tampung kos kehidupan ...
Yana Ismail said…
Wah!sungguh bernas idea2 insan di dalam blog ini:)
salam singgah and salam kenal.
Saya setuju!si ayah tidak akan kata mcmtu dekat anak dia. Dia akan terus berusaha,dan berusaha. sampai berjaya!
teruskan perjuangan bro!:)
LADesign said…
Slm Sdr Azli.tq for visiting my blog...sy mmg agree ngan ape y ditulis. Tukar cara hidup adalah langsung x sesuai ditujukan pada glgn yg berpendapatan sederhana n sikit. Ia hanya sesuai utk glgn kaya. Jika btol mahu bantu rakyat sepatutnya salary n elaun org atasan tu dikurgkan lebh dr skrg.ley bantu subsidi mknn n minyak. Sbb glgn in maybe x terjejas or rs pon perubahn kenaikan harga psrn
Unknown said…
salam

Memang benar Pak lah dihentam dari dalam dan luar parti.
Secara logiknya memang bersimpati dengann Pak Lah

Akan tetapi perasaan simpati mesti ada hadnya dan kena pada tempatnya.....silap nanti akan memakan diri sendiri

jika sokongan bertambah tetapi pemerintahan dan kepimpinan
masih di tahap yang semakin mundur..apa gunanya......

TUn Mahatir sendiri pernah mengutarakan permasalahan kaum
melayu dari dulu lagi...."da lama da'...tetapi kita masih tidak mahu menpelajari dan mengambil iktibar darinya.

memang benarlah kata Tun 'Melayu mudah lupa"....selalu mengambil jalan singkat

pepecahan kaum melayu dan agama islam adalah satu kemenangan
bagi pihak 'tertentu'....fikirkan lah


wasalam
NieZearm said…
Ideologi tak dapat dirampas dari kita. Tapi kebebasan boleh.. Terima kasih atas komen saudara di blog saya.
hans said…
saya sokong apa yang saudara tulis sebentar tadi....

kadang2 bila fikir masa depan hati tak pernah tenang

xdapat nak bayang lepas graduate nanti adakah saya akan mendapat pekerjaan...

betulkah Paklah tidak akan letak jawatan bulan 12 ni?

ahli2 lain tidak boleh buat apa2 ke?

http://hanspunyablog.blogspot.com/

comment2
baru diupdate
This comment has been removed by the author.
Saudara Azli Shukri yang saya kasehi,

'Blogger bertemu Blogger'

Ulasan:

'Apabila bertemu 2 orang sahabat, dimana pertemuan itu bukanlah satu pertemuan yang dirangcang mereka sendiri melainkan pertemuan itu dirancang oleh Yang Maha Merencana, dan apabila mereka bertemu seraya berkata; "rezeki kita untuk berjumpa di atas kehendakNya" lantas mereka terus berbicara tentang kebesaran Allah SWT dan pengorbanan para Anbiyaa yang terdahulu,
maka; terpancarlah rasa kasih sayang atas zath Allah dengan pemula bicara 'Bismillahirrohmanirrahim',
maka kasih sayang yang telah terpancar dan wujud dijiwa-jiwa mereka yang tenang itu sudah tidak akan berbelah bahagi lagi walau kemana sahaja mereka pergi, ia tetap akan terus mengigati, kerana kasih sayang yang wujud disudut hati mereka itu telah pulang kepada penciptanya, iani pencipta hati mereka.
:)


[Ini pula sekadar sesalinan kepada Saudara saya Azli Shukri yang saya kasehi - Ruang internet maya Blog ini untuk apa?,dan Siapa yang menguasainya, betapa saya mahu Saudara Azli membacanya]

[Salinan]
"Ameen Ya Rabb... Ameen Ya Rabbul A'lameen.
Ya Rabb,
Perkenankanlah doa-doa suci yang mereka panjatkan,
Bimbinglah mereka seperti mana aku yang lemah lagi kerdil lagi hina ini yang juga mahu dibimbingi kepada jalanMu Ya Rabb,
Sesungguhnya, kami semua amat Takut kepadaMu.
dan hanya kepadaMu sahajalah kami bersujud.
Ameen, Ya Rabbul A'lameen"


InsyaAllah,
Buat makcik yang saya kasehi, diawal pagi hari ini, hari Sabtu 18 Syawal 1429H yang mulia ini, berkicauanlah suara hati saya yang riang ria dan tersenyum lebar luar diatas satu sebab;

"Bismillahhirrohmannirrahim"

Tersenyum sungguh saya tanda sangat gembira membaca perkataan-perkataan yg makcik sebut diawali perbicaraan... :)

Gembira sungguh berkicauan suara hati saya apabila makcik benar-benar secara iklasnya memulakan bicara itu dengan ucapan
"Assalamualaikum anakku Zul"...

MasyaAllah...
[suara hati ini lantas terus berbisik dengan kaseh sayang seraya berkata;..]

"Wa alaikum mussalam warah matullah Ibu ku"

Gembiralah saya yang bakal tersenyum kepada sekalian alam yang bakal memulakan hari ini dengan perasaan dan senyuman yang sungguh ikhlas.

MasyaAllah,
Tuhan pemilik As maul Husna yang benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Sudah terbitlah perasaan belas dan kaseh sayang itu yang terjalin diantara pemilik Blog 'melayuangkat' dan 'zul rahman'. Perasaan sebegitu hanya bisa terjalin atas dasar ZathMu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Terjalin sudah perasaan itu walau tanpa nama,
tanpa mengenali,
tanpa mengetahui dimana dan duduk perkara sebenar TETAPI atas dasar sifat segala pemula bicara iatu
""Bismillahhirrohmannirrahim",
kami sujud dan saling mengagungkan NamaMu dan kini, Engkau telah membuktikannya kepada kami Ya Rabb.

Tidak lah aku ketahui 'siapa sebenarnya' 'Bloggers' 'melayu angkat' melainkan Engkau, Tuhan yang Maha Mengetahui,

Tidaklah kami ketahui dimana awalan terwujudnya ruangan 'Blog' seperti ini melainkan Engkau Tuhan Yang Maha Merencana.

Tidaklah kami ketahui, betapa ruang alam maya internet ini benar-benar boleh mewujudkan perasan-perasaan itu yang mana tidak terwujudnya sesuatu perkara itu jikalau ia tidak diidzinkan olehMu Ya Allah.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Merencana lagi yang Maha Mengetahui,

Bimbinglah kami 'demi' memanfaatkan ruagan ini,

Bimbinglah kami 'demi masa' supaya kami saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Tuhanku,
"Apa yang tidak diceritakkan kepada kami tentang kesah-kesah pengorbanan seorang Ibu,

dan apa pula yang tidak diceritakan kepada kami tentang kehidupan yang bermulanya dari segumpal darah,
lalu ditiupkan ruh,
lalu dicantum-cantumkan,
lalu digerakkan dan seterusnya ditadbiri olehMu
yang Maha Merencara, Maha Kreatif, Yang Maha Menghalusi dan Maha Segalanya,

Lalu tugasan-tugasan itu diamanahkan kepada pemegang amanahMu iatu seorang Ibu"

MasyaAllah,
Apa yang tidak diceritakan kepada kami tentang Ibu?
Apalah lagi yang mahu kami dustakan?

Benarlah,
segala-galannya yang diceritakan didalam Al-quran itu adalah benar"

Benarlah,
dengan sifat Yang Maha Menghalusi yang dimiliki olehMu itu, kami telah dipesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran daripada yang terdahulu demi memikirkan dan menghaluisi apa jua perkara.

Maka benarlah Ya Rabb,
Sesungguhnya Engkau amat menyukai kepada hamba-hambaMu iani mereka-mereka yang berfikir,
mereka-mereka yang berfikir dengan menghalusi perkara.

Kami ingin sekali kami panjatkan kembali doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) cucu kepada Nabi Muhammad Saww...

"Bismillahirrohmanirrahim..

Rabbila takilni ila ghairiq'... ila nafsi, fa'a jas tu 'anha...

Wahai Tuhanku,
Jangan Engkau serahkan aku ini kepada diriku,
Aku tidak mampu untuk menguruskannya,

Dan jangan Engkau serahkan diriku ini kepada orang lain,
Nescaya mereka akan menghilangkan aku,
......
Shalawat salam kepada Baginda Muhammad Saww dan seluruh ahli keluarga baginda Muhammad".

Saddaqallahuladzim.

Salam hormat kepada semua, salam penuh kaseh sayang,
ZUL RAHMAN

Credits & ref:
P/s: Terima kasih 'makcik', Ibuku di Blog 'melayuangkat' kerana mengigatkan kami kepada kebenaran dan kesabaran.

P/s: Doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) cucu Rasulullah Saw.
(Kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, Pasal 3)

P/s: Rujukan kepada Dr.Asri, Mufti Perlis. Terima kasih tidak terhingga di:
http://www.youtube.com/watch?v=fbwYQD2gIO4&feature=related

P/s: Salainan kepada kawan-kawan Blogger, harap tidak menjadi masaalah, Jikalaulah tidak bersetuju, janganlah dipanjang-panjangkan ya, terus sahaja DELETE, tidak menjadi masalah. Saya ikhlas.

October 18, 2008, Shawal 18, 1429H 7:00 AM

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...