Skip to main content
Penulis Bersama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pemikiran Ekonomi PM
Berbahaya


KUALA LUMPUR 7 Jun 2008 - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap rakyat negara ini mendapatkan maklumat yang betul dan sahih berhubung fenomena kenaikan harga minyak agar mereka benar- benar memahami apa yang sedang dihadapi oleh negara. "Setiap dari kita ada peranan dan tanggungjawabnya dalam menghadapi suasana getir seumpama ini. Justeru itu, marilah kita bersama-sama mengharungi dugaan ini dengan tabah, demi kesejahteraan kita bersama dan demi masa depan negara ini dan generasi seterusnya," kata Perdana Menteri. Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pengurniaan pingat serta darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini. Perdana Menteri berkata, situasi ini merupakan cabaran utama negara pada hari ini dan kerajaan sesungguhnya amat prihatin terhadap perasaan dan taraf hidup rakyat.-Utusan



Ulasan Saya : Rakyat melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri bukanlah suka-suka. Tetapi kita melantik beliau dan memberi kepercayaan kepada beliau untuk mentadbirkan negara ini serta memikirkan, bagaimanakah cara untuk pihak kerajaan meringankan beban dan masalah rakyat. Bukan dengan menyuruh rakyat sekadar bersabar dan terima sahaja apa-apa masalah yang menimpa mereka. Kerajaan perlu bertanggungjawab. Jika zaman pemerintahan Tun Mahathir berupaya menyelesaikan masalah Krisis Kewangan 1997 dengan baik serta rakyat tidak berasa menderita, mengapa kerajaan yang ada pada hari ini tidak mampu melakukannya sekali lagi? Sudah pasti ada yang tidak kena dengan seluruh penasihat-penasihat PM dan ahli-ahli kabinet yang sedia ada.



Apa yang dapat saya lihat di sini ialah corak pemikiran ekonomi Pak Lah yang jauh menyimpang dengan metodologi ekonomi Tun Mahathir. Jelas sekali, Pak Lah lebih suka ekonomi negara kita tidak mempunyai sebarang pelindungan dan rakyat perlu bersaing dalam pasaran terbuka tanpa ada lagi pelindungan dan keistimewaan. Berbeza dengan Tun Mahathir yang lebih banyak memberi keutamaan terhadap kesejahteraan serta melindungi ekonomi negara dan bangsanya daripada penderitaan. Pak Lah lebih senang mengikut corak ekonomi dunia yang sebenarnya banyak merugikan bangsa dan negara kita. Tun Mahathir pula lebih mengutamakan kepentingan negara dan bangsa. Jika berlaku sebarang perkembangan ekonomi dunia tidak secocok dengan kepentingan negara dan bangsanya, beliau sudah pasti menentang dengan sekeras-kerasnya.



Justeru itu, ekonomi berbentuk pelindungan yang diamalkan oleh Tun Mahathir selama 22 tahun ini, telah dirosakkan oleh Pak Lah dengan corak ekonomi “siapa kuat dia menang” sudah semakin jelas kelihatan. Pak Lah dan penasihat-penasihatnya seolah-olah tidak berapa gemar dengan konsep “pelindungan”, bagi mereka cara terbaik menguruskan ekonomi negara adalah dengan mengikut telunjuk ekonomi kapitalis dunia. Dan membiarkan setiap warga negara ini bersaing tanpa ada lagi pelindungan. Orang Melayu tidak boleh bersaingan dalam pentas ekonomi dunia yang masih tidak sama rata dan adil.



Pak Lah seolah-olah membubuh racun ke dalam periuk nasi bangsanya sendiri, apabila menaikkan harga minyak tanpa berfiki panjang akan kesannya. Realitinya, orang Melayu dan negara Malaysia semakin terhakis daripada ekonomi yang berasaskan pelindungan dan pengawalan. Pak Lah begitu takut untuk menentang rejim ekonomi dunia yang semakin hari semakin kuat untuk cuba menguasai kita. Pak Lah tidak boleh mengikut aliran ekonomi semasa dengan begitu sahaja, beliau harus mempunyai kreativiti dan idea yang tinggi agar kenaikan harga minyak semasa mampu dibendung, sekurang-kurang untuk rakyat dan industri negara kita. Sesungguhnya, ada yang tidak kena dengan gaya pemikiran ekonomi PM kita ini.

Comments

crazyEllysee said…
Betul betul betul, saya setuju dengan ulasan awak di atas.
Pak Lah memang suka naik harga dan cukai. KErana bukan dia yang menimpang derita dan masalah kehidupan seharian seperti apa yang kita menghadapi sekarang. Harga minyak naik, eletrik naik...mengapa gaji tidak naik?qualiti kehidupan bangsa malaysia tidak naik? Qualiti dan services-services di sektor kerajaan tidak nampak ada peringkatan pun.sekadar-kadar sahaja kita dapat kerajaan, tetapi suara hati anak-anak malaysia kini tidak kena dihirau.

Saya yakin jikalau kini masih merupakan zaman perintahan Tun.d mahathir, beliau tidak akan melepaskan masalah seperti ini berlaku.

Kerajaan yang gila wang memang tidak baik kepada malaysia. Wang dan cukai-cukai yang mereka dapat itu, mana perginya? Pergi dalam pocket pembesar-pembesar yang gila harta?
Kita tidak boleh pegang bulat-bulat kepada idea dan teori ekonomi pasaran bebas. Jika ditanya pada pakar ekonomi dunia, mereka akan cerita benda-benda baik sahaja. Realitinya, jauh berbeza.
Encik Azli,

Ulasan yang berani, ikhlas dan wajar diberikan perhatian penuh oleh pihak yang bertanggungjawab. Harap kerajaan segera fikirkan nasib dan masa depan rakyat jelata yang sedang menanggung azab kenaikan harga minyak dan barang keperluan. Tulisan Dr. Asri dalam Mingguan Malaysia hari ini juga panas, padat dan tepat pada masanya.

Syabas, terus menulis...
azlishukri said…
terima kasih, crazyelly, nadzri dan, sofee razak. keprihatinan tuan-tuan amat dihargai..
Mohd Faizal said…
Tidak nampak satu pun yang boleh dikatakan sebagai berfikir secara ahli ekonomi dari PM sekarang. Malah satu artikel pun belum lagi nampak dari Pak Lah..apakah sebenarnya tanda itu
Betty A. said…
"mari kita sama-sama hadapi dgn tabah & sabar"??? heeelloooo...siapa yg sudah bnyk besabar & tabah wahai pak lah? tanya lah ini pada rakyat utk 4 tahun lg..dptlah jawapan nya.
Betty A. said…
naper tidak ada ayat "saya akan berusaha demi rakyat......" mengapa?
azlishukri said…
inilah yang sedang kita hadapi...pihak kerajaan hanya menyuruh kita bersabar sahaja, tetapi apakah tindakkan mereka untuk meringankan beban rakyat?
pawanayah said…
salam..
maaf..sekadar ingin berkongsi..

sebenarnya kenaikan harga minyak pada masa kini adalah wajar..
ini kerana, simpanan minyak negara makin berkurang..dan kemungkinan akan habis menjelang 2010..

dan ketika itu..kita akan menjadi pgimport terbersih minyak..dan bila kita mjadi pengimport terbersih minyak...sudah tentu kita harus membayar berganda2 dari harga sekarang...

dan satu pertanyaan..bersediakah kita menghadapinya???(iport brsih minyak)

ini adalah satu langkah yg mmg wajib diambil bagi tiap2 negara..dan rasanya hampir kbanyakan negara telah berbuat demikian...

pandai macam mana pun dalam memutar belitkan keadaan,harga minyak tetap akan naik..meskipun kita myokong mana2 parti selain yg brkuasa sekarang..

lainlah kalau dapat pujuk arab saudi tambahkan pgeluaran, rasanya harga minyak boleh dikurangkan..

kepmpinan yg ada sekarang ini bukan saja lemah, tetapi tidak mampu berfikir secara kreatif bagaimana hendak mghadapi masalah ini...

seharusnya kita perlu fikir macam mana nak mghadapi kenaikan harga yg tinggi, bukan fikir macam mana nak kurangkan harga...(sebab ia mmg tak dapat dikurangkan)

pmansuhan subsidi itu mmg mbebankan dan seharusnaya ia patut dimansuhkan secara bperingkat, bukan mendadak..

jelas kelemahan dari segi pentadbiran yg ada pada masa kini...dan inilah yg patut dirisaukan oleh kita..

kenaikan harga minyak ini mmg saya terima baik..tetapi cara kerajaan menaganinya amat myedihkan...namun apa yg kita boleh buat...tulis sebab,musabab,idea..pandagan berjela2 pun tak berguna jika pm tak mahu mgambil langkah yg sewajarnya....


p/s: mgapa manusia itu sering mmandang negatif akan musabab yg menimpanya, padahal dia lupa semua yg berlaku itu pasti ada hikmahnya..(think +ve)

"pandagan hanya buah fikiran yg lahir dari aqal yg berbeza..dan ianya bukan sahih semata2"

rindu pada kepimpinan mu TUN...

salam ukhwah (^_^) ILUVISLAM.COM
azlishukri said…
Saya secara dasarnya agak setuju dengan kenyataan saudara, tetapi itu bukanlah alasan untuk kerajaan menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya. Jika kita bijak menguruskan kewangan Negara, kita masih mampu memberikan subsidi dan hanya menaikkan harga minyak sekitar 20 peratus. Kenaikan haruslah berperingkat. Kita sama sekali tidak boleh mengikut keadaan ekonomi semasa tanpa memikirkan kebajikan dan bebanan rakyat. Saya kurang setuju bahawa kenaikan harga minyak ini tidak dapat dielakkan lagi, sebenarnya jika kerajaan sudah tahu 3-4 tahun yang lalu bahawa India dan China semakin berkembang maju dan sudah pasti tuntutan harga bahan bakar ini akan meningkat, tetapi malangnya kerajaan membatalkan projek kereta api laju landasan berkembar, dan sekarang baru terfikir projek tersebut amat diperlukan. Jika tidak pada hari ini rakyat di sebelah utara sudah mampu menjimatkan kos hidup mereka dengan menggunakan perkhidmatan tersebut. Saya juga percaya terdapat mekanisme yang mampu mengawal kenaikan harga minyak di Malaysia dengan syarat pemimpinnya bijak.

Dahulu ketika krisis kewangan 1997 seluruh dunia mencemuh kita kerana tidak mengikut telunjuk IMF dan Bank Dunia, tetapi mengapa pada hari ini AS turut menggunakan formula kita bagi menghadapi isu subprima mereka? Alasan yang mendakwa bahawa krisis kenaikan harga minyak tidak boleh dikawal merupakan alasan orang-orang yang tidak mampu berfikir lebih jauh. Jika negara diuruskan dengan lebih baik, banyak projek yang menguntungkan dan penguatkuasaan kutipan cukai yang bijak kerajaan mampu memberi subsidi dan meningkatkan harga minyak secara berperingkat. Sekarang jangan salahkan industri apabila segala harga dalam perniagaan dan perkhidmatan meningkat naik..kerajaan pun kenalah terima realiti ini, jika rakyat disuruh terima realiti kenaikan, kerajaan pun harus terima segelas milo ais sudah mencecah RM2.30, bagaimana rakyat nak sihat, jika kita dipaksa minum air kosong semata-mata? Kita seolah-olah tidak faham menguruskan ekonomi negara, apabila harga minyak naik secara mendadak, semua barang pasti naik, sebab hampir 80 peratus barangan yang ada di dunia hari ini tidak akan terlepas daripada minyak, hatta pampers baby pun dibuat daripada minyak.

Bahkan perbelanjaan kerajaan akan pasti meningkat lagi, hal ini kerana segala struktur claims (tuntutan) perjalanan oleh kakitangan kerajaan akan dinilai semula, jika tidak kakitangan awam tidak akan menggunakan kenderaan mereka untuk pergi out stations, hal ini kerana paling tinggi tuntutan perjalanan bagi seseorang kakitangan kerajaan ialah RM0.70 untuk satu kilometer (paling tinggi la, tidak semua dapat claim setinggi itu), lantaran itu apabila harga minyak naik sudah pasti jumlah ini tidak relevan lagi ,kerana mengikut anggaran kereta yang mempunyai kapasiti 1.6 dengan harga minyak yang naik 40 peratus baru-baru ini, untuk satu kilometer perjalanan sudah mencecah RM0.75 sen, jadi claim kakitangan awam bukan sahaja tidak cukup, malah jatuh rugi, saya pasti kerajaan akan didesak untuk menilai kembali struktur tuntutan tersebut. Sebab itu kenaikan minyak mempunyai kesan yang terlalu besar, dan kerajaan harus bijak dan bukan menyuruh rakyat terima bulat-bulat kenaikan minyak yang mendadak ini. Menyuruh rakyat menukar cara hidup bukan boleh dibuat dalam hanya satu malam. Pagi tadi kita makan nasi lemak dan esok kita disuruh makan mee maggi. Itulah perumpamaannya.

Menggesa industri agar tidak menaikkan harga barang adalah seperti menyuruh seseorang itu makan banyak-banyak tetapi jangan buang air besar, kan gila..saya tidak pasti tetapi adalah jelas corak pemikiran PM kita tiada lagi istilah subsidi dan ”melindungi” negara dan industri seperti zaman Tun M. Pemikiran ekonomi semacam ini merupakan pemikiran ekonomi orang yang malas berfikir jauh dan terus menerus mengikut rejim ekonomi dunia. Subsidi minyak boleh diberi lebih jika, negara membuat keuntungan daripada sumber-sumber pendapatan yang lain..soalnya sudah berapa banyak projek yang PM lancarkan sudah menjadi gajah putih? Jika semacam itu bagaimana negara hendak mendapat untung dan memberikan subsidi secara berterusan? Jangan salahkan subsidi, menteri pun mahukan subsidi, jika tiada elaun keraian, elaun rumah dan elaun2 lain, mereka pun pasti akan menderita. Elok juga gaji mereka dipotong separuh agar merasai juga “nikmat” kenaikan harga minyak.
pawanayah said…
bila saya mdapatkan fakta itu nutuk mjawab assgmn ekonomi..saya pun turut tidak mpercyainya...

namun bila fikir balik...
dulu kita mjadi tanah yg mggiurkan kuasa2 asing kerana kekayaan pada bijih timah yg tiada tandinganya..
tapi apa yg tinggal pada kita sekarang..hanyalah lombong2 tinggalan yg tiada nilianya...

itu bijih timah..kebanyakan hanya digunakan dalam industri tertentu..
bayangkan minyak yg kita guna tiap2hari..tak mustahil untuk habis..

cuba fikir..
kita tebang kayu balak, kita tanam balik...
kita guna minyak???? nak ganti dengan apa selain daripada mencari gali semula...

dan kenyataan ni juga di keluarkan oleh CEO petronas..tan sri hassan merican..
"‘‘Pada pandangan saya, perkara yang berlaku ini adalah satu yang kritikal kepada anak cucu kita. Sumber (minyak dan gas) semakin berkurangan,’’ kata beliau.
Mohd. Hassan menjangkakan Malaysia yang kini merupakan pengeksport minyak, akan menjadi pengimport bersih bahan berkenaan menjelang tahun 2010, iaitu hanya tiga tahun dari sekarang apabila permintaan yang ada bakal mengatasi pengeluaran.
‘‘ Hari ini, sumbangan Petronas masih lagi tinggi tetapi esok apabila sumber makin sikit dan harganya pula jatuh, sumbangan akan berkurangan, macam mana kita akan menanggung semua (membangunkan negara) ini. Keadaan ini akan berlaku dan hanya menunggu masa sahaja,’’ kata beliau.....
sumber: utusan online

justeru orang yg sentiasa berfikir ke hadapan akan mnyokong lagkah menaikkan harga minyak ini....
"ahaks.. juz da opinion"


cadangan pnambahan harga secara bperingkat mmg bagus..namun kita harus ingat jika kita harus mnunggu hingga bulan 8 , mungkin sepanjang tempoh tersebut ada saja pihak yg akan mggunakan kesempatan untuk mgambil minyak yg rendah di negara ini..takkan kita berkehendakkan demikian??


alhamdulillah..
kerajaan telah pun mgambil lngkah2seperti pgurangan elaun pm dan mnteri2..malah kmungkinan elaun ahli exco pun akan dikurangkan..
walaupun dengan pguragan ini takkan mjejaskan sedikit pun kehidupan menteri2, juga tidak kan dapat merasa tggungan rakyat yg derita...namun,langkah yg bijak ini telah dapat mjimatkan wang negara...itu pun satu rahmat juga..


walaumacam mana pun kita mgeluarkan idea,pmikiran ,cadagan dan sebagainya...kita tidakkan dapat merubah langkah yg diambil oleh kerajaan..apalah daya kita rakyat yg kerdil ni??

daripada kita sibuk untuk mncari kesalahan tapuk pimpinan yg ada sekarang,mengapa kita tidak cuba mencari apakah punca yg myebabkan berlakunya kenaikan minyak global..
mungkin kita akan dapat hikmah..dan jawapan disebalik kesilapan, kesengsaraan juga persoalan ini...


haa...
saya Noorwansafira Ramlan
study under kuliyyah ekonomi..
1st year..

seronok bila dapat berkongsi..apapun saya budak baru je blajar..kalau ada silap salah..harap dibetulkan...

(^_^) iluvislam..
azlishukri said…
kenaikan harga minyak berpunca daripada permintaan yang tinggi dari China dan India, sejak beberapa tahun yang lalu industri mereka memuncak naik dan rakyatnya mahu hidup senang, maka mereka bekerja kuat, oleh sebab itu permintaan minyak meningkat, apabila permintaan meningkat maka harga pun meningkat. itu puncanya. mengapa kita salahkah pemimpin? kerana mereka tidak memikirkan lebih jauh, ingin saya bertanya mengapa sekarang kita tangguhkan semula projek yang telah kita lancarkan sebelum ini? mengapa tidak terfikir lebih awal? bukankah saidina Umar ada berkata "ajarlah anak kamu suatu zaman yang akan datang bukan zaman yang kamu hidup ini" jelaskan kita harus melihat kehadapan bukan apabila masalah timbul baru tercari-cari penyelesaiannya. Dakwaan bahawa 2010 minyak habis, maaf saya sama sekali tidak dapat terima, ada sebab lain tan Sri berkata sedemikian, pertama tidak mahu rakyat dan negara berasa selesa dengan petronas sampai bila-bila dan tidak mahu mentaliti bergantung kepada petronas sampai semata-mata. mengapa saya berkata sedemikian? kerana pertemuan saya dengan datuk Mokhzani yang mendapat kontrak daripada petronas sehingga tahun 2012 membukti bahawa minyak masih ada, apatah lagi kakak saya sendiri bekerja di petronas cari gali di sabah menunukkan minyak masih ada dan banyak, cuma, saya tegaskan, tempat minyaknya sudah dikenal pasti dan usaha mencari gali sedang diusahakan.jadi minyak masih banyak tidak abis. usahanya sedang dijalankan. difahamkan sehingga tahun 2025 masih ada minyak.

mentaliti menyerah kepada keadaan semata-mata merupakan mentaliti yang tidak mahu berfikir lebih jauh ke hadapan, tahukah kita bahawa petronas membuat untung dengan mencari gali diluar negara? bukan di Malaysia semata-matanya. untungnya banyak datang daripada luar negara, oleh sebab itu bekalan minyak kita juga boleh diperoleh daripada cari gali petronas di luar negara. adalah sesuatu yang menyedihkan apabila kita mudah mempercayai sesuatu yang belum pasti. bukankah perpatah arab ada menyatakan bahawa, "manusia menjadi musuh terhadap apa-apa yang tidak diketahuinya". saya berharap saya tidak silap dan 3 tahun lagi kita tidak akan melihat warga kota Kuala Lumpur hanya menaiki basikal ke pejabat masing-masing.
Ada kedengaran sebelum PRU 12, kita ajar ini kerajaan. Kemudian selepas PRU 12, pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel. Kedengaran pula kita ajar ini rakyat. Sebenarnya, yang berkata begitu sebahagian sahaja. Tapi kesannya kedua-dua pihak menerima bahananya. Kerajaan tidak dapat majoriti 2 per 3, dan rakyat menanggung bebanan hidup. Kita perlu ingat asasnya. Saya setuju dengan kata Azli, dan pada saya, asalnya kita semua rakyat, kita lantik dari rakyat ini sebagai pemimpin yang mewakili kita. Lantaran, tidak molek bila rakyat itu naik jadi pemimpin diusahakannya secara sedar atau tidak sedar tindakan yang menghentam rakyat yang memilihnya. Begitu...
joharihamzah said…
Encik Azli..

Kenaikan harga minyak sangat-sangat membebankan rakyat,lebih pula saya sendiri kerana tiada elaun yang boleh dituntut sementelahan saya tidak bekerja dengan kerajaan. Ibarat kata, sudah jatuh, ditimpa tangga dan sekarang diberak burung pula!! Mungkin kasar bunyinya, tapi saya merasa terhina kerana sering "ditipu" oleh pemerintah sendiri.

Saya juga bersetuju bahawa segala projek yang telah diluluskan dahulu semasa era Tun Mahathir tidak patut dibatalkan. Elok kita merancang buat jambatan bengkok ganti tambak Johor, sudah dibatal pula. Kelak jika kita ingin membuatnya, maka kos yang perlu ditanggung sudah tentu berlipat kali ganda. Segala prasarana yang sudah dibuat kini bukan saja menjadi gajah putih tetapi 'Rumah Hantu'- Buruk dimamah cuaca, buruk pada pandangan mata dan menjadi sarang maksiat.

Amat kelakar lagi ialah seruan kerajaan supaya rakyat berubah cara hidup. Saya ingin bertanya, Siapa yang sepatutnya mengubah cara hidup? rakyat atau pemimpin? bukankah teladan patut ditunjuk pemimpin terlebih dahulu, barulah rakyat ikut.

Saya yang bekerja sendiri ini telah lama berjimat cermat. Pakai motor pun tak mengapa. Kerana saya sedar, jika saya bermewah sekarang, esok mungkin jatuh papa! Namun Pegawai tinggi kerajaan lah yang harus berhemah, kerana segala perbelanjaan mereka diberi elaun. Saya ulang, "Pegawai Tinggi Kerajaan". Bukan pegawai bawahan seperti adik saya yang hanya bekerja sebagai kerani dan orang-orang kampung yang disuruh berjimat...Ini memang tidak masuk akal!!

Saya tidak bermusuh dengan sesiapa apatah lagi Pemimpin Kerajaan Malaysia. Namun jika membuat sesuatu keputusan berkaitan kepentingan ramai, maka bukan hanya kecerdikan dan kepandaian sahaja diperlukan, jauh lebih besar ialah 'kebijaksanaan'.

Orang yang pandai hanya mengikut akal dalam pertimbangannya, tapi orang yang bijaksana membuat pertimbangan berdasarkan akal dan HATI yang Allah kurniakan...

TQ
Tawakkal ajela...

Nak marah pun tak tahu nak marah siapa.. memang ekonomi PM sekarang ekonomi kapitalisma.. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana...
Faisal Admar said…
Hmm PM juga telah menghapuskan CKHT. Kepada yang dah ada rumah dan ingin membeli rumah baru denngan menjual rumah yanng sedia ada memanglah berita gembira... tetapi bagaimana pula dengan pemuda pemudi yang baru ingin membeli rumah? Kesannya harga rumah naik mendadak. Jika ada CKHT maka harga rumah tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya kerana dikawal oleh tempoh 5 tahun. Jika kurang dari tempoh 5 tahun maka denda akan dikenakan berdasarkan umur pembelian sesebuah rumah tersebut sehingga boleh mencapai 40% dari harga jualan. Kenapa CKHT dimansuhkan oleh PM? Kerana PM mempunyai projek mega dan ingin membuka perlaburan kepada pelabur asing khususnya Singapura. Adakah ini langkah yang baik bagi rakyat terutama generasi muda? Adakah PM lupa generasi muda juga boleh mengundi dan berfikir dari segi logik malah dari segi informasi sekalli pun?

Tepuk dada tanya minda.
Kerajaan Rakyat said…
Salam Saudara Azli,

Alhamdulilah,
Saudara telah berjaya memberi satu ulasan yang ringkas, jelas dan tepat.

Benar, Abdullah Badawi tidak menghiraukan permasalahan rakyat.

Salam takzim,
Kerajaanrakyat
Gadis Reformasi said…
kenapa harus Pak Lah yang mnjdi Perdana Menteri Malaysia yang palng tidak ada rasa hati kemnusiaan?
Mohd Azlan said…
yang kaya terus kaya yang miskin makin miskin dan lebih menderita.. Knp pakLah x befikir sebelum bertindak? kita sbg rakyat yang terasa gelombangan ekonomi, bknnye die... hrumm...
azlishukri said…
azlan - semoga penderitaan itu sudah berakhir

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y