Berbahaya
KUALA LUMPUR 7 Jun 2008 - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap rakyat negara ini mendapatkan maklumat yang betul dan sahih berhubung fenomena kenaikan harga minyak agar mereka benar- benar memahami apa yang sedang dihadapi oleh negara. "Setiap dari kita ada peranan dan tanggungjawabnya dalam menghadapi suasana getir seumpama ini. Justeru itu, marilah kita bersama-sama mengharungi dugaan ini dengan tabah, demi kesejahteraan kita bersama dan demi masa depan negara ini dan generasi seterusnya," kata Perdana Menteri. Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pengurniaan pingat serta darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini. Perdana Menteri berkata, situasi ini merupakan cabaran utama negara pada hari ini dan kerajaan sesungguhnya amat prihatin terhadap perasaan dan taraf hidup rakyat.-Utusan
Ulasan Saya : Rakyat melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri bukanlah suka-suka. Tetapi kita melantik beliau dan memberi kepercayaan kepada beliau untuk mentadbirkan negara ini serta memikirkan, bagaimanakah cara untuk pihak kerajaan meringankan beban dan masalah rakyat. Bukan dengan menyuruh rakyat sekadar bersabar dan terima sahaja apa-apa masalah yang menimpa mereka. Kerajaan perlu bertanggungjawab. Jika zaman pemerintahan Tun Mahathir berupaya menyelesaikan masalah Krisis Kewangan 1997 dengan baik serta rakyat tidak berasa menderita, mengapa kerajaan yang ada pada hari ini tidak mampu melakukannya sekali lagi? Sudah pasti ada yang tidak kena dengan seluruh penasihat-penasihat PM dan ahli-ahli kabinet yang sedia ada.
Apa yang dapat saya lihat di sini ialah corak pemikiran ekonomi Pak Lah yang jauh menyimpang dengan metodologi ekonomi Tun Mahathir. Jelas sekali, Pak Lah lebih suka ekonomi negara kita tidak mempunyai sebarang pelindungan dan rakyat perlu bersaing dalam pasaran terbuka tanpa ada lagi pelindungan dan keistimewaan. Berbeza dengan Tun Mahathir yang lebih banyak memberi keutamaan terhadap kesejahteraan serta melindungi ekonomi negara dan bangsanya daripada penderitaan. Pak Lah lebih senang mengikut corak ekonomi dunia yang sebenarnya banyak merugikan bangsa dan negara kita. Tun Mahathir pula lebih mengutamakan kepentingan negara dan bangsa. Jika berlaku sebarang perkembangan ekonomi dunia tidak secocok dengan kepentingan negara dan bangsanya, beliau sudah pasti menentang dengan sekeras-kerasnya.
Justeru itu, ekonomi berbentuk pelindungan yang diamalkan oleh Tun Mahathir selama 22 tahun ini, telah dirosakkan oleh Pak Lah dengan corak ekonomi “siapa kuat dia menang” sudah semakin jelas kelihatan. Pak Lah dan penasihat-penasihatnya seolah-olah tidak berapa gemar dengan konsep “pelindungan”, bagi mereka cara terbaik menguruskan ekonomi negara adalah dengan mengikut telunjuk ekonomi kapitalis dunia. Dan membiarkan setiap warga negara ini bersaing tanpa ada lagi pelindungan. Orang Melayu tidak boleh bersaingan dalam pentas ekonomi dunia yang masih tidak sama rata dan adil.
Pak Lah seolah-olah membubuh racun ke dalam periuk nasi bangsanya sendiri, apabila menaikkan harga minyak tanpa berfiki panjang akan kesannya. Realitinya, orang Melayu dan negara Malaysia semakin terhakis daripada ekonomi yang berasaskan pelindungan dan pengawalan. Pak Lah begitu takut untuk menentang rejim ekonomi dunia yang semakin hari semakin kuat untuk cuba menguasai kita. Pak Lah tidak boleh mengikut aliran ekonomi semasa dengan begitu sahaja, beliau harus mempunyai kreativiti dan idea yang tinggi agar kenaikan harga minyak semasa mampu dibendung, sekurang-kurang untuk rakyat dan industri negara kita. Sesungguhnya, ada yang tidak kena dengan gaya pemikiran ekonomi PM kita ini.
Comments
Pak Lah memang suka naik harga dan cukai. KErana bukan dia yang menimpang derita dan masalah kehidupan seharian seperti apa yang kita menghadapi sekarang. Harga minyak naik, eletrik naik...mengapa gaji tidak naik?qualiti kehidupan bangsa malaysia tidak naik? Qualiti dan services-services di sektor kerajaan tidak nampak ada peringkatan pun.sekadar-kadar sahaja kita dapat kerajaan, tetapi suara hati anak-anak malaysia kini tidak kena dihirau.
Saya yakin jikalau kini masih merupakan zaman perintahan Tun.d mahathir, beliau tidak akan melepaskan masalah seperti ini berlaku.
Kerajaan yang gila wang memang tidak baik kepada malaysia. Wang dan cukai-cukai yang mereka dapat itu, mana perginya? Pergi dalam pocket pembesar-pembesar yang gila harta?
Ulasan yang berani, ikhlas dan wajar diberikan perhatian penuh oleh pihak yang bertanggungjawab. Harap kerajaan segera fikirkan nasib dan masa depan rakyat jelata yang sedang menanggung azab kenaikan harga minyak dan barang keperluan. Tulisan Dr. Asri dalam Mingguan Malaysia hari ini juga panas, padat dan tepat pada masanya.
Syabas, terus menulis...
maaf..sekadar ingin berkongsi..
sebenarnya kenaikan harga minyak pada masa kini adalah wajar..
ini kerana, simpanan minyak negara makin berkurang..dan kemungkinan akan habis menjelang 2010..
dan ketika itu..kita akan menjadi pgimport terbersih minyak..dan bila kita mjadi pengimport terbersih minyak...sudah tentu kita harus membayar berganda2 dari harga sekarang...
dan satu pertanyaan..bersediakah kita menghadapinya???(iport brsih minyak)
ini adalah satu langkah yg mmg wajib diambil bagi tiap2 negara..dan rasanya hampir kbanyakan negara telah berbuat demikian...
pandai macam mana pun dalam memutar belitkan keadaan,harga minyak tetap akan naik..meskipun kita myokong mana2 parti selain yg brkuasa sekarang..
lainlah kalau dapat pujuk arab saudi tambahkan pgeluaran, rasanya harga minyak boleh dikurangkan..
kepmpinan yg ada sekarang ini bukan saja lemah, tetapi tidak mampu berfikir secara kreatif bagaimana hendak mghadapi masalah ini...
seharusnya kita perlu fikir macam mana nak mghadapi kenaikan harga yg tinggi, bukan fikir macam mana nak kurangkan harga...(sebab ia mmg tak dapat dikurangkan)
pmansuhan subsidi itu mmg mbebankan dan seharusnaya ia patut dimansuhkan secara bperingkat, bukan mendadak..
jelas kelemahan dari segi pentadbiran yg ada pada masa kini...dan inilah yg patut dirisaukan oleh kita..
kenaikan harga minyak ini mmg saya terima baik..tetapi cara kerajaan menaganinya amat myedihkan...namun apa yg kita boleh buat...tulis sebab,musabab,idea..pandagan berjela2 pun tak berguna jika pm tak mahu mgambil langkah yg sewajarnya....
p/s: mgapa manusia itu sering mmandang negatif akan musabab yg menimpanya, padahal dia lupa semua yg berlaku itu pasti ada hikmahnya..(think +ve)
"pandagan hanya buah fikiran yg lahir dari aqal yg berbeza..dan ianya bukan sahih semata2"
rindu pada kepimpinan mu TUN...
salam ukhwah (^_^) ILUVISLAM.COM
Dahulu ketika krisis kewangan 1997 seluruh dunia mencemuh kita kerana tidak mengikut telunjuk IMF dan Bank Dunia, tetapi mengapa pada hari ini AS turut menggunakan formula kita bagi menghadapi isu subprima mereka? Alasan yang mendakwa bahawa krisis kenaikan harga minyak tidak boleh dikawal merupakan alasan orang-orang yang tidak mampu berfikir lebih jauh. Jika negara diuruskan dengan lebih baik, banyak projek yang menguntungkan dan penguatkuasaan kutipan cukai yang bijak kerajaan mampu memberi subsidi dan meningkatkan harga minyak secara berperingkat. Sekarang jangan salahkan industri apabila segala harga dalam perniagaan dan perkhidmatan meningkat naik..kerajaan pun kenalah terima realiti ini, jika rakyat disuruh terima realiti kenaikan, kerajaan pun harus terima segelas milo ais sudah mencecah RM2.30, bagaimana rakyat nak sihat, jika kita dipaksa minum air kosong semata-mata? Kita seolah-olah tidak faham menguruskan ekonomi negara, apabila harga minyak naik secara mendadak, semua barang pasti naik, sebab hampir 80 peratus barangan yang ada di dunia hari ini tidak akan terlepas daripada minyak, hatta pampers baby pun dibuat daripada minyak.
Bahkan perbelanjaan kerajaan akan pasti meningkat lagi, hal ini kerana segala struktur claims (tuntutan) perjalanan oleh kakitangan kerajaan akan dinilai semula, jika tidak kakitangan awam tidak akan menggunakan kenderaan mereka untuk pergi out stations, hal ini kerana paling tinggi tuntutan perjalanan bagi seseorang kakitangan kerajaan ialah RM0.70 untuk satu kilometer (paling tinggi la, tidak semua dapat claim setinggi itu), lantaran itu apabila harga minyak naik sudah pasti jumlah ini tidak relevan lagi ,kerana mengikut anggaran kereta yang mempunyai kapasiti 1.6 dengan harga minyak yang naik 40 peratus baru-baru ini, untuk satu kilometer perjalanan sudah mencecah RM0.75 sen, jadi claim kakitangan awam bukan sahaja tidak cukup, malah jatuh rugi, saya pasti kerajaan akan didesak untuk menilai kembali struktur tuntutan tersebut. Sebab itu kenaikan minyak mempunyai kesan yang terlalu besar, dan kerajaan harus bijak dan bukan menyuruh rakyat terima bulat-bulat kenaikan minyak yang mendadak ini. Menyuruh rakyat menukar cara hidup bukan boleh dibuat dalam hanya satu malam. Pagi tadi kita makan nasi lemak dan esok kita disuruh makan mee maggi. Itulah perumpamaannya.
Menggesa industri agar tidak menaikkan harga barang adalah seperti menyuruh seseorang itu makan banyak-banyak tetapi jangan buang air besar, kan gila..saya tidak pasti tetapi adalah jelas corak pemikiran PM kita tiada lagi istilah subsidi dan ”melindungi” negara dan industri seperti zaman Tun M. Pemikiran ekonomi semacam ini merupakan pemikiran ekonomi orang yang malas berfikir jauh dan terus menerus mengikut rejim ekonomi dunia. Subsidi minyak boleh diberi lebih jika, negara membuat keuntungan daripada sumber-sumber pendapatan yang lain..soalnya sudah berapa banyak projek yang PM lancarkan sudah menjadi gajah putih? Jika semacam itu bagaimana negara hendak mendapat untung dan memberikan subsidi secara berterusan? Jangan salahkan subsidi, menteri pun mahukan subsidi, jika tiada elaun keraian, elaun rumah dan elaun2 lain, mereka pun pasti akan menderita. Elok juga gaji mereka dipotong separuh agar merasai juga “nikmat” kenaikan harga minyak.
namun bila fikir balik...
dulu kita mjadi tanah yg mggiurkan kuasa2 asing kerana kekayaan pada bijih timah yg tiada tandinganya..
tapi apa yg tinggal pada kita sekarang..hanyalah lombong2 tinggalan yg tiada nilianya...
itu bijih timah..kebanyakan hanya digunakan dalam industri tertentu..
bayangkan minyak yg kita guna tiap2hari..tak mustahil untuk habis..
cuba fikir..
kita tebang kayu balak, kita tanam balik...
kita guna minyak???? nak ganti dengan apa selain daripada mencari gali semula...
dan kenyataan ni juga di keluarkan oleh CEO petronas..tan sri hassan merican..
"‘‘Pada pandangan saya, perkara yang berlaku ini adalah satu yang kritikal kepada anak cucu kita. Sumber (minyak dan gas) semakin berkurangan,’’ kata beliau.
Mohd. Hassan menjangkakan Malaysia yang kini merupakan pengeksport minyak, akan menjadi pengimport bersih bahan berkenaan menjelang tahun 2010, iaitu hanya tiga tahun dari sekarang apabila permintaan yang ada bakal mengatasi pengeluaran.
‘‘ Hari ini, sumbangan Petronas masih lagi tinggi tetapi esok apabila sumber makin sikit dan harganya pula jatuh, sumbangan akan berkurangan, macam mana kita akan menanggung semua (membangunkan negara) ini. Keadaan ini akan berlaku dan hanya menunggu masa sahaja,’’ kata beliau.....
sumber: utusan online
justeru orang yg sentiasa berfikir ke hadapan akan mnyokong lagkah menaikkan harga minyak ini....
"ahaks.. juz da opinion"
cadangan pnambahan harga secara bperingkat mmg bagus..namun kita harus ingat jika kita harus mnunggu hingga bulan 8 , mungkin sepanjang tempoh tersebut ada saja pihak yg akan mggunakan kesempatan untuk mgambil minyak yg rendah di negara ini..takkan kita berkehendakkan demikian??
alhamdulillah..
kerajaan telah pun mgambil lngkah2seperti pgurangan elaun pm dan mnteri2..malah kmungkinan elaun ahli exco pun akan dikurangkan..
walaupun dengan pguragan ini takkan mjejaskan sedikit pun kehidupan menteri2, juga tidak kan dapat merasa tggungan rakyat yg derita...namun,langkah yg bijak ini telah dapat mjimatkan wang negara...itu pun satu rahmat juga..
walaumacam mana pun kita mgeluarkan idea,pmikiran ,cadagan dan sebagainya...kita tidakkan dapat merubah langkah yg diambil oleh kerajaan..apalah daya kita rakyat yg kerdil ni??
daripada kita sibuk untuk mncari kesalahan tapuk pimpinan yg ada sekarang,mengapa kita tidak cuba mencari apakah punca yg myebabkan berlakunya kenaikan minyak global..
mungkin kita akan dapat hikmah..dan jawapan disebalik kesilapan, kesengsaraan juga persoalan ini...
haa...
saya Noorwansafira Ramlan
study under kuliyyah ekonomi..
1st year..
seronok bila dapat berkongsi..apapun saya budak baru je blajar..kalau ada silap salah..harap dibetulkan...
(^_^) iluvislam..
mentaliti menyerah kepada keadaan semata-mata merupakan mentaliti yang tidak mahu berfikir lebih jauh ke hadapan, tahukah kita bahawa petronas membuat untung dengan mencari gali diluar negara? bukan di Malaysia semata-matanya. untungnya banyak datang daripada luar negara, oleh sebab itu bekalan minyak kita juga boleh diperoleh daripada cari gali petronas di luar negara. adalah sesuatu yang menyedihkan apabila kita mudah mempercayai sesuatu yang belum pasti. bukankah perpatah arab ada menyatakan bahawa, "manusia menjadi musuh terhadap apa-apa yang tidak diketahuinya". saya berharap saya tidak silap dan 3 tahun lagi kita tidak akan melihat warga kota Kuala Lumpur hanya menaiki basikal ke pejabat masing-masing.
Kenaikan harga minyak sangat-sangat membebankan rakyat,lebih pula saya sendiri kerana tiada elaun yang boleh dituntut sementelahan saya tidak bekerja dengan kerajaan. Ibarat kata, sudah jatuh, ditimpa tangga dan sekarang diberak burung pula!! Mungkin kasar bunyinya, tapi saya merasa terhina kerana sering "ditipu" oleh pemerintah sendiri.
Saya juga bersetuju bahawa segala projek yang telah diluluskan dahulu semasa era Tun Mahathir tidak patut dibatalkan. Elok kita merancang buat jambatan bengkok ganti tambak Johor, sudah dibatal pula. Kelak jika kita ingin membuatnya, maka kos yang perlu ditanggung sudah tentu berlipat kali ganda. Segala prasarana yang sudah dibuat kini bukan saja menjadi gajah putih tetapi 'Rumah Hantu'- Buruk dimamah cuaca, buruk pada pandangan mata dan menjadi sarang maksiat.
Amat kelakar lagi ialah seruan kerajaan supaya rakyat berubah cara hidup. Saya ingin bertanya, Siapa yang sepatutnya mengubah cara hidup? rakyat atau pemimpin? bukankah teladan patut ditunjuk pemimpin terlebih dahulu, barulah rakyat ikut.
Saya yang bekerja sendiri ini telah lama berjimat cermat. Pakai motor pun tak mengapa. Kerana saya sedar, jika saya bermewah sekarang, esok mungkin jatuh papa! Namun Pegawai tinggi kerajaan lah yang harus berhemah, kerana segala perbelanjaan mereka diberi elaun. Saya ulang, "Pegawai Tinggi Kerajaan". Bukan pegawai bawahan seperti adik saya yang hanya bekerja sebagai kerani dan orang-orang kampung yang disuruh berjimat...Ini memang tidak masuk akal!!
Saya tidak bermusuh dengan sesiapa apatah lagi Pemimpin Kerajaan Malaysia. Namun jika membuat sesuatu keputusan berkaitan kepentingan ramai, maka bukan hanya kecerdikan dan kepandaian sahaja diperlukan, jauh lebih besar ialah 'kebijaksanaan'.
Orang yang pandai hanya mengikut akal dalam pertimbangannya, tapi orang yang bijaksana membuat pertimbangan berdasarkan akal dan HATI yang Allah kurniakan...
TQ
Nak marah pun tak tahu nak marah siapa.. memang ekonomi PM sekarang ekonomi kapitalisma.. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana...
Tepuk dada tanya minda.
Alhamdulilah,
Saudara telah berjaya memberi satu ulasan yang ringkas, jelas dan tepat.
Benar, Abdullah Badawi tidak menghiraukan permasalahan rakyat.
Salam takzim,
Kerajaanrakyat