Skip to main content

Syabas Dr Mashitah! Satu Hujah Terbaik

1. Sebaik-baik Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan di muktamar Pas baru-baru ini bahawa partinya menggugurkan matlamat membentuk negara Islam, sebaliknya mahu wujudkan negara berkebajikan jika dapat memerintah Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.

2. Ini kerana setelah puluhan tahun, akhirnya hasrat Pengerusi DAP dan partinya untuk menghalang Pas membentuk sebuah negara Islam telah berjaya. Perjuangan Pas sejak tahun 1950-an berjaya dipatahkan DAP. Kata orang Kelantan, "Pas aloh ko DAP" (Pas kalah kepada DAP).

3. Ini hakikat yang sukar diterima orang Pas. Pusingan U yang diumumkan Hadi Awang buka sahaja mengaibkan ramai penyokong Pas akar umbi, malah dianggap menghina pejuang dan aktivis sebelum ini. Sekali gus, mengiktiraf kedudukan dominan DAP dalam pakatan pembangkang yang dianggotainya.

4. Seminggu selepas muktamar, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mengumumkan bahawa sebuah panel khas akan ditubuhkan untuk membincang kandungan negara berkebajikan yang diinginkan Pas. Sebagaimana konsep negara Islam, Pas bercakap dulu, fikir kemudian.

5. Dan dalam hal ini, Pas kena memerah otak untuk mengisi konsep negara berkebajikan yang masih tidak jelas. Saya percaya sebahagian besar yang difikirkan ialah bagaimana memastikan konsep negara berkebajikan tidak ditentang juga oleh DAP nanti. Pas kena pertimbangkan perasaan DAP dan risiko daripada tentangan politik dari aspek ideologi.

6. Keputusan Kerajaan Kedah menarik balik arahan melaksanakan peraturan terhadap premis hiburan di bulan Ramadan adalah satu lagi episod "Pas aloh ko DAP". Walaupun pemimpin Pas memberi pelbagai alasan bahawa ia bukan demikian dan memberi macam-macam putaran terhadapnya, hakikatnya ialah keputusan itu dibuat setelah diugut oleh Karpal Singh.

7. DAP anggap keputusan kerajaan Pas Kedah sebagai "tidak cerdik" (baca: bodoh) dan boleh menjejaskan hubungan kedua-dua parti. Andainya tiada ugutan kes ini dibawa ke mahkamah, masakan pucuk pimpinan Pas terbabit sehingga mendesak kerajaan negeri mengubah pendirian.

8. Dalam kes terbaru, wakil Pas di Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali, yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, dikecam teruk oleh pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Theresa Kok atas pendirian terbukanya mempertahan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu. Serbuan itu dibuat atas laporan adanya usaha menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam atau memurtadkan mereka.

9. Sebelum episod ini, "Pas aloh ko DAP" di Selangor. Exco DAP Selangor, Ronnie Liu perjuangkan penjualan arak dan meluluskan banyak lesen rumah urut, Pas tidak boleh berbuat apa.

10. Dia arah Majlis Bandaraya Shah Alam kembalikan arak yang dirampas kepada kedai yang melanggar peraturan menjual. Dia juga arahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya tarik balik larangan ke atas orang Islam bekerja di premis menjual arak.

11. Pemimpin-pemimpin DAP dibenarkan masuk masjid atas urusan politik dan ada yang masuk dalam keadaan tidak ikut adab tertib Islam. Melihatkan kuatnya tekanan DAP (dan pihak lain, termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, dari PKR) ke atas Hasan, nampaknya Pas akan 'aloh' lagi kepada DAP dalam hal ehwal agama dan orang Islam di Selangor.

12. Di Pulau Pinang pun sama, "Pas aloh ko DAP". Exco DAP berani campur tangan dalam hal ehwal Islam, sampai perarakan Maulidur Rasul pun dibatalkan. Lim Guan Eng sudah wujudkan Exco bagi bukan Islam. Sedikit demi sedikit hal-hal Islam diceroboh, dan umat Islam pula yang bertelagah sesama sendiri.

13. Sebelum ini, Pas memberi alasan berkawan dengan DAP kerana ingin berdakwah dan memperkenalkan Islam kepada pemimpin DAP seterusnya mengislamkan mereka dalam masa terdekat. Soalnya Pemimpin DAP mana yang sudah masuk Islam sejak Pas mula menjalin hubungan politk dengan DAP?

14. Selepas pilihan raya 2008, orang Pas tolong jaja cerita mengenai kepimpinan Lim Guan Eng ala Khulafah Al-Rasyidin. Penceramah-penceramah Pas tolong kempen termasuk waktu kuliah maghrib di masjid-masjid mengenai idola Guan Eng iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz.

15. Malah ada ustaz-ustaz Pas mengumumkan Guan Eng akan peluk Islam, tetapi terpaksa menunggu sehingga bapanya Lim Kit Siang peluk Islam dulu dan melaksanakan undang-undang Islam sekiranya pakatan pembanghkang berjaya menawan Putrajaya kelak.

16. Sudahlah Pas gagal melaksanakan sebarang undang-undang Islam setelah lebih 20 tahun memerintah Kelantan, mereka meletakkan pula tanggungjawab hendak melaksanakan undang-undang Islam ke atas bahu Guan Eng dan Kit Siang.

17. Amat malang, terlalu ramai pengikut Pas yang mempercayai momokan ustaz-ustaz Pas ini, yang berjaya mewujudkan segolongan pengikut yang taksub dan mempercayai apa saja yang diucapkan.

18. Apa yang Pas berjaya lakukan ialah memberi dorongan kepada pemimpin DAP menghina Islam, menghina al-Quran dan menghina masjid. Pemimpin-pemimpin DAP sesuka hati memetik ayat al-Quran semasa berceramah politik dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyakiti hati orang Islam.

19. Tapi Pas mempertahankan mereka walaupun hadis dan ayat al-Quran dipersenda. Soalnya: dakwah macam mana yang Pas buat untuk DAP sampai DAP jadi berani begitu? Pemimpin PKR dan Pas di Selangor dan Pulau Pinang tidak lagi berani bercakap mengenai kepentingan Melayu dan kedaulatan Islam kerana dicap sebagai rasis. Kononnya atas dasar 'tahaluf siyasi', Pas berpakat dengan DAP untuk mendapat kuasa, seterusnya untuk mengembang Islam.

20. Hakikatnya Islam bukan sahaja tidak berkembang, malah pemimpin Pas sibuk pula mencari ayat-ayat Quran sebagai rujukan untuk menghalalkan tindakan-tindakan DAP. Nampak sangat kedudukan Pas yang sedang berkecamuk dan pemikiran pemimpin yang bercelaru. Negara Islam pun dah jadi Negara Kebajikan. Slogan 'Membangun Bersama Islam' kini tukar jadi 'Pas Untuk Semua. '

21. Dulu Karpal Singh kata Pas kena langkah mayat dia jika mahu tubuh negara Islam. Baru-baru ini, pemimpin Pas, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yakni bekas Speaker DUN Kelantan, pula kata langkah mayat dia jika ada sesiapa mahu serang Karpal Singh.

22. Kalau Pas mendalami pengertian bahawa khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana dia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah, tidak mungkin Pas akan sanggup menobatkan seorang pemimpin DAP anti-Islam setaraf Khalifah al-Rasyidin.

23. Bila timbul cerita Tengku Razaleigh Hamzah, dan bukannya Abdul Hadi Awang mungkin menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pembangkang untuk menawan Putrajaya, sekali lagi 'Pas aloh'. Padahal, di kalangan penyokong Pas, Abdul Hadi adalah calon mereka dan pernah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

24. Nampaknya, Pas kecewa lagi. Tidak hairanlah jiwa Pas kini sakit, hatinya penuh dengan dendam dan nafsu Qarun yang semakin membuak. Saya percaya ramai pemimpin dan ahli Pas asal menangis melihat rupa wajah Pas hari ini: parti pak turut yang melukut di tepi gantang, parti yang aloh sokmo. (Rencana tulisan Dr Mashitah di dalam Utusan Malaysia).

Comments

HHalem said…
Mohon cedok dari Tuan:-)

Malas dah nak cari Utusan.
Anonymous said…
memang tepat cakap mashitah nie
Anonymous said…
aku suka ustazah nu MILF
Anonymous said…
pas melepas, apa pon tak boleh, dunia pon gagal, akhirat pon gagal, pusing pi pusing mai kerja duk mohong orang, macam sial saja lah.
Anonymous said…
Tuan Azli,
Tepat. Jitu. Padat.
Rencana yg mengupas minda kita.
Apa Lagi yg hendak TAKSUB terhadap Pok Nik Dan Haji Hadi?

Perlulah pengikut tegar PAS ibarat dua mereka ini Mortal?

Jangan sampai kepercayaan extreme bagaikan pengikut Al-Arqam terhadap Abuya sehinggakan air baseman tangan pun adalah mukjizat!

Jangan sampai jadi ikutan Ayah Pin yg kabur hancur tanpa mengenal Hitam atau Putih.

Sebentar Lagi YB Dato Dr Mashitah Akan di lanyak oleh Puak Ajaran Sesat ini.

Tangan halus Dapig mula membuat character assasination terhadap YB Dato Dr Mashitah. Mak Lampir Akan membuka mulut busuk beliau.

Agenda spin Akan bermula. Harga gula naik Akan jade bahan jaja. Demikianlah sandiwara skrip sodomi Anugerah Tuhan.

ARK2
Anonymous said…
"13. Sebelum ini, Pas memberi alasan berkawan dengan DAP kerana ingin berdakwah dan memperkenalkan Islam kepada pemimpin DAP seterusnya mengislamkan mereka dalam masa terdekat. Soalnya Pemimpin DAP mana yang sudah masuk Islam sejak Pas mula menjalin hubungan politk dengan DAP?"

> Betul kata YB Dato' Dr Mashitah. Kola perhatikan lebih ramai orang PAS dan sekutunya beragama Islam yang boleh dikatakan jatuh 'FASIK'. Dan sekarang, berhubung dengan kes GMDU mereka nak 'paksa' Dr Hassan jadi 'fasik' pula. 

Kola berdo'a kepada Allah untuk memberi taufik dan hidayah-Nya ke atas YB Dato' Dr Hasan Ali untuk cepat cepat keluar Parti Agama Sumbang (PAS). Jangan tunggu mereka yang hendak tentukan - terima atau tidak -  selepas Raya. Gunalah suasana Ramadan al-Mubarak ini untuk meninggalkan PAS. 

Kola seorang jantan tetapi menangis apabila melihat perjuangan Dato' Dr Hassan Ali dipermainkan atas nama politik yang merugikan Islam. Kola pernah menjemput Dato' Dr Hassan ke pejabat saya untuk memberi ceramah. Dato' tidak meletak pun berapa hadiahnya (bayaran), tetapi semasa  perbincangan kita dalam kereta Dato', dengan izin Allah, telah menghadiahkan kola dengan amalan atad ayat 1 - 11; Surah al-Mukminum. Dato' suruh kola memahaminya, menghafal dan menghayati. Pada mula kola tiada sentuhan.

Semasa kola di England, membuat PhD - satu musim sejuk - kola membaca ayat ayat tersebut bersama ahli keluarga selepas solat Subuh. Pada masa itulah terserlahnya makna dan erti yang tersirat. Lalu kola suruh semua ahli keluarga kola menghafalnya - sehinggakan anak bongsu kola yang baru berumur 3 tahun pada masa itu. Ayat-ayat tersebut yang Dato' 'hadiah'-kan kepada kola telah menjadi obor hidup kola. Sekarang ada anak-anak kola dah jadi profesional berkerja dengan syarikat international.

Terima kasih Dato' dan kola bersyukur ke hadrat Illahi kerana mempertemukan kola dengan Dato' Dr Hassan Ali pada hari itu. 

Sekarang kola dan keluarga kola pula berdo'a kesejahteraan Dato' agar diberi Allah kekuatan untuk keluar dari perangkap yang boleh mem-'fasik'-kan itu. 

Allahuwaklam.

Astaghfirullahalazim...
Anonymous said…
TAHNIAH KEPADA USTAZAH DENGAN ULASAN YANG PANJANG LEBAR LAGI BERNAS... SUDAH-SUDAH LAH HASAN ALI KELUAR JE DARI PAS YANG BANYAK MEROSAKKAN ORANG ISLAM DI MALAYSIA INI. BERJUANG ATAS NAMA ISLAM TAPI PERANGAI SERUPA PUAK YANG BENCIKAN ISLAM
Unknown said…
Terima kacih beb!!!!hidup puak angkat sampah,mati dua kali pas
Anonymous said…
Aku nak omen lebih pun ilmu aku setakat UPM je, Kalau aku dah jejak al-azhar berani la jugak nak komen, so mashitah pun kita terima, nik aziz dan hadi pun kita terima. Lagi elok kalau mereka diberi ruang bersemuka secara live dan mereka bertiga yg layak berhujjah soal islam dan adat.
Anonymous said…
kerana PAS parti Aloh sokmo yg Dr. Mashitah tak ingin nak join. Dlm UMNO ada status mcm selebriti. Buka mata, parti dan gerakan Islam seluruh dunia memang kalah sokmo, tapi tak ada yg putus asa kerana dia orang faham konsep Al-Falah sebenar.

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca