Skip to main content

Nak Tahu Makna Zalim? Inilah Kezaliman!

Kalau nak tahu apakah makna zalim, Nah! inilah perbuatan zalim yang nyata lagi terang! Menutup periuk nasi orang lain dengan jalan haram. SPRM perlu segera menyiasat tindakan Menteri Besar Selangor ini. Terdapat banyak penyelewengan yang berlaku di Unisel sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. Ini baru sikit kezaliman mereka, bagaimana kalau puak-puak ini memerintah negara pula? Hancur pentadbiran dan organisasi kerajaan akibat campur tangan politik keji mereka.

Seteruk-teruk kerajaan BN dalam berpolitik, paling kuat pun, seorang guru yang menyokong parti pembangkang hanya akan ditukar tempat kerjanya sahaja - sebagai contoh suami Cikgu Mala yang cuba menipu dengan sijil sakitnya. Beliau ditukar tempat kerja, tetapi tidaklah sampai tahap hendak dibuang kerja seperti mana yang berlaku di Unisel. Saya rasa sudah sampai masanya, Pakatan Rakyat dinyahkan dari Selangor. Kononnya memperjuangkan keadilan atas nama rakyat, tetapi terbukti merekalah yang menutup periuk nasi orang lain. Baca laporan di bawah :

SHAH ALAM 2 Ogos - Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuat kuasa esok dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. Rosti yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan itu dibuat berikutan beliau tidak sanggup melaksanakan tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.

"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Rosti yang berasal dari Klang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP). Beliau dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, Rosti berkata, beliau tidak akan menjadi "pak turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik. Unisel ditubuhkan pada 23 Ogos 1999 dan kini mempunyai lapan fakulti yang menawarkan pelbagai bidang pengkhususan antaranya kejuruteraan, teknologi maklumat, industri, bioteknologi, komunikasi dan media serta pengurusan perniagaan yang dikendalikan lebih 1,000 tenaga pengajar.

Difahamkan tindakan Rosti itu sebagai 'membantah' keputusan pelucutan jawatan tiga orang pegawai iaitu Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel berkenaan atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu. Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Rosti yang dicadangkan meletak jawatan dan digantikan dengan serta-merta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor itu untuk memecat tiga pegawai berkenaan. Namun, keputusan Abdul Khalid itu difahamkan tidak diterima oleh Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel. Menurut sumber Utusan Malaysia, ketiga-tiga pegawai berkenaan tidak pernah diberikan surat tunjuk sebab dan tidak diberi peluang untuk membela diri. Bagaimanapun, sehingga petang ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Unisel dan pejabat Menteri Besar berhubung peletakan jawatan Rosti.

Comments

Anonymous said…
ok...sabar, sabar..... ni bulan puasakan...gunakan perundangan, panggil lawyer2 umno... SAMAN!!!! Hmmm... lawyer cina atau india bagus juga ehh! Ta...ta..tapi....'senyum aje' tak payah maki2 (kill with a smile!)
zeme said…
Salam saudara Azli,

Mungkin ini adalah kezaliman yang kita nampak secara zahir, tapi bagaimana kezaliman yang terjadi secara halus, senyap-senyap dan sudah terancang?

Kezaliman menggadaikan maruah agama, negara dan bangsa adalah sekeji-keji kezaliman. Menggunakan kuasa yang ada untuk melakukan kezaliman berterusan adalah sehina-hina perlakuan. Isu pemutihan PATI, memberikan hak kerakyatan warganegara asing dari MyPR kepada MyKAD dengan sewenang-wenangnya menunjukkan betapa kezaliman pihak yang mempunyai kuasa mempergadaikan maruah tanahair tercinta.

Kenapa perlu pemutihan PATI secara pendaftaran Biometrik walhal kita mengetahui PATI adalah golongan yang perlu kita tangkap dan humban keluar negara dari Malaysia.

Kenapa perlu kita sewenang-wenangnya begitu bermurah hati memberikan kerakyatan kepada warganegara asing, MyPR kepada MyKAD dengan melambakkan lagi warganegara asing di tanahair Malaysia dan yang lebih parah mendaftar dan membenarkan mereka menjadi pengundi dalam sistem pilihanraya kita. Apakah ini jelas kezaliman menindakkan hak warganegara Malaysia kepada warganegara asing?

Isu Mismah (640704715238) yang pada awal pagi pemegang MyPR, petangnya pemegang MyKAD dan seterusnya automatik termasuk dalam pemprosesan daftar pengundi dalam SPR menunjukkan betapa kezaliman telah menjalar dalam sistem pemerintahan negara kita. Silalah rujuk butiran tersebut sebagai penjelasan terperinci.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4675-suruhanjaya-perlu-siasat-pagi-mypr-petang-mykad#.TjibciI2gfg.blogger

Ya Allah, jauhkan negaraku, tanahairku tercinta dari anasir-anasir kezaliman. Wasalam.
hangkedee said…
ISU Unisel kenapa meroyan ke IC oiii.gamak tak puas hati ke Bali Buat report.Ikut saluran beb jangan main berdemo aje kerjanya.
Anonymous said…
Zeme, mungkin nampak macam zalim, tapi kalau sokong PR tak zalim. Yang kerajaan jaga, kakitangan kerjaan pun sokong PR apa pula dengan pendatang kalau kena sogokan RM. Ya kan, Begitu juga yang kerajaan bagi biasiswa kat Universiti tapi alih-alih bangkang untuk runtuhkan kerajaan. Mungkin zalim sendiri terlindung yang besar dpn mata tapi zalim kuman dicari-cari. Itulah mentaliti pembangkang, low class...
Anonymous said…
Bola tanggung utk kerajaan PR Selangor, apalagi panggil SPRM,RTM, Majlis Mufti buat resolusi mengutuk kezaliman ini.
Anonymous said…
Kes Unisel ni kita tunggu dan lihat. Kalau bersalah hukum je, sbb nanti d akhirat kena jawab jugak.
Tapi lg aku terkejut jugak bila ada sumber, wujud pengkhianat yg mengeluarkan Mykad. Tentu DS Anwar Ibrahim yg bagi arahan ke JPN. SPR kata itu salah JPN. Bio tak salah. Hina nya kita jadi warga negara yg di tadbir oleh pengkhianat.
Anonymous said…
Kerajaan Selangor terok la, kalau ya pun staf sebotaj pengurusan dan makan gaji buta, takkan nak tutup terus periok nasi mereka.
Apapun aku akan dapat maklumat dalaman apa cerita sebenarnya, bukan dari sumber media prima. Kawan aku juga pen. pendaftar kat Unisel. Tggu jawapan email beliau.
Anonymous said…
Student malaysia yang belajar kat mesir, diberhentikan selepas pihak darul ifta' (tempat student Malaysia tu belajar)menerima arahan dari duta malaysia. akibat demo bersih dikaheah. Yang kena tangkap demo kat malaysia n, tak ada plak kena berhenti belajar or kerja. ini di kaherah kena diberhentikan. peranan bos Kelab Umno kaherah. Apa macam? tak zalim ke?
shamshul anuar said…
Saudara Zeme,

Hnya kerana ada satu kes terpencil tukar status kewarganegaraan tidak bererti bahawa apa yang berlaku di Unisel itu boleh diterima.

Ini mengingatkan saya kes betapa zalimnya Hj Hadi mmaksa Setiausaha kerajaan Trengganu letak jawatan bila PAS ambil alih negeri pada 1999.

Setiausaha Kerajaan Negeri ialah pegawai Kerajaan paling senior di sesebuah negei. Kesalahan dia pada PAS ialah dia dilantik oleh Kerajaan BN terdahulu.

Lalu beliau diarah letak jawatan padahal beliau tiada salah apa apa. Beliau juga ditawarkan jawatan Pegawai daerah. sudah tentu beliau enggan kerana jawatan yang ditawarkan itu lebih rendah dari kedudukan sebagai Setiausaha Kerajjan Negeri.

Yang salah tetap salah tak kira samada UNMO atau PKR memerintah.
Anonymous said…
mengikut kenyataan VC itu sendiri mengatakan bahawa beberapa staf telah membuat aduan kepada pihak berkuasa/kerajaan bahawa terdapat salahlaku oleh VC serta pegawai yg telah di pecat tu.Kalau tak ada angin takkan lah pokok bergoyang melainkan ada beruk bermain di atas pokok.Jadi sebelum sesiapa komen dgn lebih panjang eloklah kita tunggu perkembangan selanjutnya iaitu siapa dulu yg mengambil tindakan undang undang dan kita tengok sampai kemana kes ini akan meleret.
Anonymous said…
Ketiga-tiga orang yang tidak sanggup dipecat oleh Dr Rosti adalah:

1.0 Pendaftar, Rokmaa Mat,
2.0 Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman
3.0 Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah

Apa yang tidak dilapurkan oleh Utusan Meloya adalah Rokmaa Mat adalah Mak Saudara kepada bekas Menteri Besar, Khir Toyo.

Ketiga-tiga orang ini telah disiasat oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Exco Selangor. Dikatakan laporan dari Jawatankuasa itu membuktikan terdapat banyak kes salahlaku yang melibatkan kewangan serta pemberian kontrak dan juga masalaah moral.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah disebabkan Rokmaa Mat ini mak saudara kepada Khir Toyo, beliau amat berkuasa di Unisel. Sehingga segala-gala yang berlaku di Unisel dikawal oleh beliau.

Dikatakan juga, Dr Rosti pula adalah seorang penyokong tegar UMNO. MB melantik beliau kerana ingatkan beliau seorang yang professional dan komited kepada tugas Naib Cancellor.

Namun, apabila menduduki jawatan tersebut, beliau terus menyokong “geng UMNO” dan membiarkan Unisel ditadbir seolah-olah Selangor masih diperintah UMNO. Dan Rokmaa Mat ini terus bermaharajalela.

Itu maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber dalaman kerajaan Selangor sendiri.

Bayangkan berapa kali Nurul Izzah tidak dibatalkan program beliau di Unisel. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Dengan kata lain, Dr Rosti meneruskan penguasaan UMNO ke atas Unisel melalui Rokmaa Mat.

Dan dalam setiap pentadbiran UMNO, mesti ada korupsi. Atas sebab2 ini juga ketiga-tiga di atas mahu dipecat.

Tak hairanlah Utusan Meloya bersungguh-sungguh mempertahankan beliau.

Faktanya adalah Dr Rosti tidak mahu memecat beberapa nama yang salah seorangnya mak saudara Khir Toyo.

Hairan juga. Arahan untuk memecat ketiga-tiga orang ini bukan datang dari MB Selangor. Ianya diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh MB Selangor, pegawai2 kerajaan, Dr Rosti sendiri serta kesemua Timbalan Naib Cancelor di Bangunan SUK.

Laporan dari JK Exco itu telah dibentang dalam mesyuarat tersebut bersama-sama dengan segala bukti yang beliau perlu.

Juga, dalam mesyuarat itu, Dr Rosti tidak membantah. Tidak mempersoal hasil laporan JK yang ditubuh Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Namun, tiba-tiba beliau letak jawatan dan tidak mahu melaksanakan keputusan yang dipersetujui bersama itu. Beliau tuduh pula keputusan itu tanpa sebab dan tidak mengikut proses.

Maka, apabila beliau kata pemecatan itu "tanpa sebab dan tidak mengikut proses" jelas beliau BERBOHONG. Sudah ada JK Khas yang ditubuh Exco bagi menyiasat ketiga-tiga orang ini.

Jelas, perletakan Dr. Rosti adalah kerana beliau tidak sanggup menghapuskan legasi UMNO dalam Unisel. Itu sahaja. Mungkin beliau rasa beliau akan khianat pada UMNO kalau ketiga-tiga orang ini dipecat.

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca