Skip to main content

Di Manakah Jalur Gemilang Kita?

Oleh Aznan Bakar. KIRA-KIRA tiga minggu lagi kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54. Kebetulan pada tahun ini sambutan itu boleh dikatakan jatuh serentak dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Sedikit sebanyak ia tentu menimbulkan dilema di kalangan rakyat mengenai mana satu yang perlu diutamakan. Sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Raya?

Yang pasti kehadiran kedua-duanya cukup signifikan kepada penduduk negara ini. Hari Raya merupakan hari kebesaran kepada umat Islam selepas kejayaan menunaikan ibadat puasa. Sementara Hari Kemerdekaan merupakan tarikh penting negara bebas daripada belenggu penjajahan.

Namun, disebabkan kedua-dua tarikh penting itu datang serentak sudah tentu tumpuan rakyat terutama yang beragama Islam lebih kepada keperluan Ramadan dan persiapan Hari Raya. Tetapi ia tidak bermakna kehadiran tarikh keramat 31 Ogos tahun ini perlu dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Menunaikan ibadah puasa dan kesibukan menyambut Hari Raya bukan bermakna ketibaan Hari Kebangsaan perlu dipinggirkan. Menghayati dan menghargai Hari Kemerdekaan tidak menuntut masa dan yang banyak dan belanja besar. Sesuai dengan semangat Ramadan diikuti dengan kehadiran Aidilfitri yang merupakan tanda kesyukuran dan keinsafan, Hari Kemerdekaan juga berdiri atas semangat yang sama.

Menyambut dan meraikan 31 Ogos merupakan tanda bersyukur atas nikmat merdeka yang dikecapi hari yang membolehkan kita menunaikan ibadat puasa dan menyambut hari raya dalam suasana yang aman dan damai. Malah nikmat kemerdekaan itu turut menyumbang kepada pembangunan negara yang memberi ruang kepada setiap kelompok masyarakat memiliki kehidupan yang lebih berkualiti.

Bayangkan apakah nasib kita dalam menunaikan ibadat puasa dan menyambut ketibaan Aidilfitri jika negara masih dijajah? Tentu kita tidak bebas. Tentu ada sekatan dan halangan tertentu. Tetapi disebabkan Malaysia merupakan sebuah negara yang bebas dan merdeka, maka kita semua juga bebas beramal dan beribadat serta meraikan hari-hari kebesaran.

Oleh itu, walaupun tumpuan lebih kepada Ramadan dan Aidilfitri, tetapi pada masa sama berilah sedikit ruang untuk Hari Kemerdekaan negara. Ketika tengah berkira-kira untuk membeli pakaian baru atau mahu menukar perabut serta bagi mengganti langsir di rumah, apa salahnya masukkan sikit bajet untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

Sehelai Jalur Gemilang yang dikibarkan di depan rumah atau dilekatkan pada kereta sudah cukup menggambarkan penghargaan kita kepada ketibaan Hari Merdeka. Tentu ada yang berkata, tanpa mengibarkan bendera di rumah atau di kereta tidak bermakna seseorang itu tidak bersyukur dengan nikmat merdeka.

Tidak dinafikan, semangat patriotik seseorang bukan terletak pada kibaran bendera. Tetapi, apa pula maknanya sambutan Hari Merdeka jika tidak ada kibaran bendera? Mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah, bangunan dan premis perniagaan sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan terutamanya adalah sebagai peringatan bahawa kita sedang melalui tarikh penting kelahiran negara.

Kibaran Jalur Gemilang yang boleh dilihat di serata tempat dan sudut sudah tentu akan menonjolkan kemeriahan dan keceriaan sambutan tersebut. Namun, kini selepas lebih seminggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib melancarkan Kempen Keceriaan Merdeka dan Kibarkan Jalur Gemilang dan selepas seminggu Ogos berlalu, kibaran bendera kebangsaan itu masih sukar untuk dilihat.

Hanya satu dua kenderaan persendirian sahaja yang memasang Jalur Gemilang setakat ini. Sementara pada bangunan pula, kemeriahan hanya kelihatan di bangunan-bangunan kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC). Walaupun ketibaan 31 Ogos tahun ini bertindih dengan Aidilfitri, ia tidak bermakna sambutan Hari Merdeka tahun ini perlu dibiarkan hambar. Sebagai rakyat yang telah mengecapi pelbagai nikmat merdeka, berilah sedikit penghargaan kepada sambutan Hari Merdeka.

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y