Skip to main content

Ke Mana Selepas Ini?


POLITIK MALAYSIA 2010
Ke Mana Selepas Ini?


KUALA LUMPUR 24 Mac – Genap seminggu Dewan Rakyat digemparkan dengan kejutan pertama, hari ini giliran Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) pula membuat pendedahan menggegarkan politik negara. Beliau mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Tanpa mendedahkan pihak terlibat, beliau berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut. Zulkifli berkata, ganjaran yang ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman namun begitu beliau bersyukur kerana Allah melindunginya daripada terlibat dengan fitnah itu.

“Atas sebab ini juga saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes berkenaan kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil bagi saya untuk terus bertindak secara profesional sebagai peguam membela bagi kes berkenaan.

“Kita perlu ingat takkanlah OKT-OKT (orang kena tuduh) tersebut sanggup dihukum mati di tali gantung kalau benar Perdana Menteri dan isterinya terlibat di dalam kes pembunuhan tersebut kerana saya sangat yakin pasti mereka akan dedahkan perkara itu jika ia benar,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Rabu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila ‘memecahkan tembelang’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat ‘16 September’. Zulkifli turut menegaskan, sebagai orang Islam semua pihak harus bersangka baik atau husnuzzan terhadap Perdana Menteri.

“Setahu saya Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini tidak ada antara kita yang berani bersumpah menafikannya.

“Oleh itu, bersangka baiklah sesama kita dan berpegang teguhlah kepada al-Quran. Bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain,” ujarnya. Dalam pada itu, katanya, beliau sungguh hairan bagaimana segelintir yang mengaku Islam tetapi dengan mudah menuduh seorang Islam lain melakukan pembunuhan tanpa sebarang bukti dan keterangan.

“Lebih malang lagi fitnah orang bukan Islam boleh diterima sebagai bukti tanpa sebarang soal lagi. Orang seperti P. Balasubramanian telah diterima fitnahnya dengan sekadar membuat surat akuan sumpah dengan bayaran RM4.

“Namun begitu fitnah dan tohmahan tidak pernah dibangkitkan Balasubramaniam ketika memberi keterangan di mahkamah dan kepada pihak polis. Bagi saya dia hanya seorang oportunis yang mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan bertopengkan manusia,” tambahnya. Pada sidang Dewan itu, Zulkifli turut mendedahkan beliau pernah diminta mengaitkan anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang bernama Nadim dalam satu kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

“Saya tidak lupa pada sekitar 2004, apabila saya diminta mengaitkan Yang Berhormat Padang Rengas dengan gunakan kes pembunuhan Darren Kang di mana anak Yang Berhormat bernama Nadim ditohmah terlibat dalam pembunuhan itu kerana kebetulan berada di lokasi pembunuhan.

“Sedangkan lima warga Thailand iaitu pekerja Restoran Uncle Don di Sri Hartamas kemudian telah didakwa, dibicarakan serta membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya telah diminta mengaitkan Nadim dengan mereka,” katanya. Sambil mengucapkan syukur, Zulkifli berkata, Allah sekali lagi menyelamatkannya daripada fitnah itu. Katanya, beliau juga telah diarah dan diminta melaksanakan banyak perkara tidak betul yang ada di antaranya tidak dilaksanakannya.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada mereka yang menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini. Saya berjanji akan berjumpa dengan mereka secara peribadi bagi memperbetulkan keadaan,” katanya. Zulkifli mengingatkan kepada pihak tertentu agar tidak meletakkannya dalam keadaan yang memaksanya mendedahkan perlakuan mungkar yang berlaku.

“Kalau saya berbuat demikian, letupan besar yang dibuat oleh Yang Berhormat Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sekadar ‘kentut yang sepi’. Begitulah kotornya mainan politik negara masa ini,” tambahnya.


Ulasan Saya :

1. Semua cerita daripada Zulkifli Nordin dan DS Zahrin sudah cukup membuktikan bahawa Anwar Ibrahim dan PKR adalah Dajjal yang membuka pintu fitnah kepada Malaysia. Manusia seperti ini hukuman yang selayaknya adalah hukuman gantung sampai mati. Golongan ini langsung tidak ada perasaan takut sedikit pun kepada Allah. Bagi mereka fitnah dan tipu-daya halal belaka atas nama demokrasi dan peti undi. Anwar Ibrahim bukanlah manusia yang baik - beliau merupakan manusia yang bertopengkan kejahatan. Sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mengejar cita-cita ke Putrajaya.

2. Sudah tiba masanya Anwar Ibarhim dan kuncu-kuncunya disumbat ke penjara semula. Dihukum sebaik-baiknya, agar fitnah yang melanda negara kembali pulih. Rakyat mudah ditipu dan dikelentong oleh Anwar Ibrahim, sehingga yang batil dikatakan benar, dan yang benar dikatakan batil.

3. Politik Malaysia semakin kotor dan jijik selepas Anwar Ibrahim keluar daripada penjara. Walaupun tidak dinafikan ada hikmah disebalik apa-apa yang berlaku selama ini. Namun demikian, jelas ahli-ahli politik semakin tidak bertanggungjawab atas segala kenyataan dan penipuan yang mereka lakukan, sehingga ekonomi negara dan rakyat jelata terancam lantaran ucapan-ucapan mereka.

4. Hakikatnya - politik Malaysia sedang menuju ke arah sindrom baharu, iaitu politik untuk diri sendiri dan bukan untuk parti, untuk negara atau untuk agama, sebaliknya politik hanya untuk makan gaji dan berpencen. Makin ramai ahli Yang Berhormat besar kepala dan tidak peduli kata-kata orang lain, mereka berasa sudah cukup hebat dan bijak tatkala bergelar ahli Parlimen. Sanggup menghina dan memfitnah sesiapa sahaja demi mengejar kuasa dan wang ringgit. Inilah politik yang bakal kita lihat mewarnai negara kita. Soalnya siapakah yang bakal mengubah senario ini?

Comments

Anonymous said…
MSO tulis - http://msomelayu.blogspot.com/2010/03/memburai-kilas.html - dgn tajuk Sandiwara Si Kelentung

Agaknya dalam masa satu bulan nanti kita akan tahu siapa yg kelentung.

Nani Cheras
Anonymous said…
Aku lebih percaya, ucapan YB Zul daripada YB Anwar Ibrahim.

Pesanan-ku kepada saudara YB Anwar.
Bila hati sudah panas..
Emosi menguasai diri..
Syaitan menyelinap dalam urat darah...

Hanya yang nampak "DENDAM dan KEBENCIAN"

Perasaan ini tidak mengenal kejaguhan atau ketokohan...
walaupun watak tok guru mahupun ustaz.

anak Desa
-kedah-
anakkulim said…
semua itu atas kehendak Allah SWT...YB Zahrain dan YB Zul lakukan semua itu pun atas kehendakNya.

Terimalah kebenarannya walaupun pahit...
hans said…
gambar tu menarik...hehehe
Anonymous said…
Anwar Ibrahim adalah dajjal yg mempunyai anak isteri bertudung elok dan dilawati ulama besar dunia.
Adalah berbeza menuduh dan mensyaki. Ada bukti boleh tuduh, ada kaitan (link) boleh syak.
Zul Nordin, why now?

DR NO
shamshul anuar said…
Saudara,

Itulah Anwar Ibrahim sebenarnya. Dia akan buat apa saja asal hajat tercapai. tak kisah kalau menikam walaupun orang yang banyak membantunya.

Ramai tidak tahu bahawa orang Melayu sendiri pernah hantar petishen pada pak Lah untuk minta Dr mahathir letak calon lain pada 1982 . Kalau tak kerana sikap mahu menolong Pak Lah pada anwar, Anwar mungkin tak ada peluang jadi wakil rakyat.

Pada 2008, Anwar ditemuramah di Jakarta. Dia hina UMNO dengan begitu teruk sekali. Katanmya UMNO begitu rasuah?

Siapa yang rasuah. Bukankah dia raja Rasuah? Bukankah Anwar gunakan duit untuk jatuhkan Tun Ghaffar. Lupakah kita yang Tun Ghaffar yang begitu berjasa pada UMNO ( dengan bawa UMNO ke Sabah) hanya dapat satu undi dari Sabah?

Menuduh UMNO hina samalah menghina diri sendiri. Bukankah beliau 16 tahun dalam UMNO. apa anwar buat?

Inilah ahli politik Melayu paling tak guna pernah saya jumpa.

Dan pada saya Lim Kit siang adalah ahli politik paling bahaya sebab selalu sangat sebarkan fitnah. Diua dan Anwar satu "geng".
ikan emas said…
Benar kata-kata tuan bahawa politik kini lebih kpd kepentingan diri ..berjuang untuk individu.Dah pupus maksud dan matlamat 'parti'.

hakikat daripada pembongkaran ini juga menampakkan bahawa betapa dungu dan mudahnya jiwa-jiwa pemimpin spt YB2 ini (kalau selayaknya dipilih jd pemimpin)dipengaruhi..sedangkan mereka punya pendidikan tinggi,waras dan cerdik..kenapa dulu mereka tak menilai mana buruk,mana yang benar?..adakah benar kerana adanya unsur give n take? ..bila pemintaan dan tawar menawar tidak tercapai maka barulah tetiba timbul kesedaran( ???? )
Moga kesedaran ini lahir dari jiwa yang ikhlas dan benar-benar insaf!!

......atau lepas ni ada lagi versi ,skrip dan episop baru? siapa pulak yang jadi heronya?

Kpd DSAI,
panas di dunia masih mampu dihadapi namun kena ingat banyak manusia jg mati kerana 'panas' dunia
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
Anonymous said…
Pemimpin yang paling kuat berbohong dalam abad ini. Itulah Anwar Ibrahim.

Anugerah Allah kepadanya sebagai seorang pemidato hebat telah disalahgunakannya. Dia menipu rakyat. Dia bohong rakyat. Dia fitnah musuh politiknya.

Tetapi yakinlah Anwar akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Tunggulah.
Anonymous said…
Kepada Mohd Azli dan rakan-rakan seperjuangan..Hangpa nak pecaya sapa pun aku tak pedulik..Tapi yang hang dok kalut dan takut sangat dengan DSAI Anwar tu kenapa?Aku nak tanya hang sikit. Jangan nak emosi sangat..DSAI Anwar tu satu orang aja.Hangpa ramai. Boleh ka satu orang dok porak peranda negara kita yang tercinta ni?Hang kata dia fitnah, tapi perangai hangpa semua sama macam dia.Tak usah dok kalut..Tok sah dok takut..Tok sah bisin-bisin..Toksah buat dosa..Masa pilihanraya nanti hangpa pilihlah mana hangpa suka. Ini nak peringat sikit..Berdosa dgn Allah swt kita boleh bertubat.InsyaAllah Allah akan ampunkan dosa kita. Tapi Berdosa dengan sesama manusia amat berat.Selagi hangpa tak minta maaf selagi itu dosa hang tak terampun. Sama-sama lah kita fikirkan..
Anonymous said…
anonymous mac 29 : hang dok kata kami kutuk Anwar, tapi hang lupa bertapa Anwar kutuk orang UMNO hang tak pikir itu semua dosa ka? hang tak pikir ka mcm mana PAS dok kutuk UMNO giler2 dan nik aziz juga dok belasah pemimpin umno mcm nak dah semua tak berguna - hang tak pikir itu semua dosa ka? mampus la hang..

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup
Penulis bersama Datuk A. Kadir Jasin di Taiping Golf Resort. Apabila Blogger Bertemu Blogger Saya bertemu dengan Datuk A.Kadir Jasin pada Majlis Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di Taiping Golf Resort pada bulan Mei tahun lalu. Pertemuan yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pengerusi MK Land Holdings Tan Sri Mustapha Kamal itu membincangkan bagaimana langkah terbaik bagi membawa usahawan-usahawan Melayu ke persada antarabangsa, kerana pasaran ekonomi domestik sudah semakin tepu dan kecil. Usahawan-usahawan kita, khususnya usahawan Melayu sudah tidak mampu lagi bersaing di peringkat domestik, kerana faktor pasarannya yang semakin mengecil dan terlalu berdaya saing dengan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini amat saya puji, apatah lagi langkah bijak ini telah dilaksanakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pengerusi majlis tersebut. Usahawan Melayu perlu ke luar negara mencari pasaran baru, tetapi mestilah bijaksana dan bukan membabi buta. Oleh s