Skip to main content

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius


Hafal Al-Quran
Kerajaan Diminta Serius


KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini.

Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk).

“Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama


Ulasan Saya :

1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia.

2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah.

3. Pengalaman saya mengajar di sekolah tahfiz membuktikan bahawa hati mereka lebih cerah dan mudah menerima ilmu-ilmu lain, khususnya ilmu sains dan teknologi.

4. Kerajaan harus menjadikan subjek hafazan al-Quran sebagai teras dalam sistem pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah sehingga menengah. Kita mahu melihat anak-anak kita yang berusia 18 tahun apabila tamat sahaja SPM, mereka sudah pun berupaya menghafal al-Quran sekurang-kurang 15 juzuk.

5. Pengalaman saya, menghafal al-Quran lebih mudah dilakukan di peringkat usia muda. Ia lebih mudah kekal dan mantap dalam ingatan.

Comments

wakilrakyat said…
salam, sahabat.
Tajuk yang amat baik untuk diberi perhatian. Kita mendoakan semoga lebih ramai umat Islam yang menghafaz al-Quran.

Walaupun begitu, mengikut pengalaman saya, pelajar yang dalam jurusan agama lebih cenderung terlibat dengan gerakan yang berunsurkan keagamaan seperti dalam politik atau NGO yang berunsur politik. Akhirnya mereka akan mentafsirkan bahawa sistem pemerintahan di Malaysia tidak Islamik dan lebih tertarik untuk melibatkan diri dalam politik yang dikatakan lebih Islamik seperti menjadi pengikut PAS.

Saya berharap selain dari ilmu hafazan al-Quran, mereka juga perlu mempelajari ilmu sejarah negara seupaya mereka lebih patriotik disamping membuka minda mereka dari memikirkan bahawa orang agama hanya perlu bekerja dalam bidang agama sahaja, sedangkan Islam itu lebih dari sekadar menghafaz al-Quran tetapi juga kepada muamalat, jinayat, munakahat, siasiah syariah dan sains dan teknologi.

terima kasih.
www.wakilrakyatblog.blogspot.com
Unknown said…
salam saudara azli
program2 Islami ini harus diberi perhatian oleh kerajaan.Justeru modul hafazan dan terjemahan quran perlu diperluaskan ke sekolah2 harian
mohad said…
yang baik...patut di teruskan
Aslmualaikum.

Belajar AL Quran ini harus bermula pada peringkat rendah.Dasar ini patut diperluaskan. tk rugi rasanya memberi peluang kpd anak2 kita utk belajar ilmu Al Quran krn itulah pedoman dan petunjuk utk kita.

Ianya juga dpt memberi peluang kpd ribuan graduan dari Timur Tengah yg sukar mendapat kerja. sekurg2nya kerajaan dpt menggaji mereka ini utk kebaikan anak2 kita.

Saya sokong sekiranya dasar ini diperluaskan.

keluar duit utk pkr2 mcmni, insyaAllah byk hikmahnya.

Allah Maha Mengetahui. Moga niat murni ini dipermudahkan.
Admin CCZ said…
Salam..

Saya sokong apa yg sdra tulis dan saya setuju bnr dgn apa yg diperkatakan oleh wakilrakyat. Alangkah baiknya jika ana-anak ini turut menghafal ayat beserta maknanya sekali.

Sekiranya bahasa Inggeris boleh ditambah masa untuk pembelajarannya, saya cadangkan tambahan masa untuk pendidikan Islam juga..
Anonymous said…
assalamualaikum...

artikel ini memang best.. :)
Cikgu Ibrahim said…
Sebagai seorang guru, saya sangat sokong hal pendidikan anak-anak tentang agama.
Unknown said…
TUAN,
Ilmu yang dipelajari secara ikhlas akan beri manfaat. Ilmu untuk tujuan duniawi termasuk hafal al-Quran boleh menyesatkan.
Sebab pengaruh sekular menjadikan kita keliru, lantas jika ada pendapat mengatakan kerajaan Malaysia tidak islamik maka anak-anak itu diracuni oleh pembangkang.
Maka mengikut pembangkang yang bercakap tentang siasah islam adalah salah, dan menyokong kerajaan yang jelas sekular adalah sepatutnya biar pun para hufaz itu tahu apa hakikatnya. Kalau mau cari dunia jadi huffaz dengan niat mahu cari duit, sokonglah sekular UMNO.
Anonymous said…
untuk keselamatan blog anda ambil tindakan berikut.


http://arifomar.blogspot.com/2009/07/selamatkan-blog-anda-ambil-tindakan.html
Anonymous said…
syukur Alhmdulillah sekiranya perkra ini dijalankan mengikut apa yang ditulis..takut cakap tak serupa bikin jer..mulut mampu mgungkapkan tapi untuk melaksanakannya susah..tu yang ptut dijauhi..sy sokong cadangan ni..

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A