Tetamu Kehormat...

July 2, 2009

Apakah Ada Perbezaan Antara PAS Dengan DAP?


APAKAH ADA PERBEZAAN
ANTARA PAS DENGAN DAP?


ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini. Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu. “Kami kesal kerana kerajaan negeri gagal dalam memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri ini. “Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Pas untuk semua, namun mereka gagal menunjukkannya apabila banyak isu tidak diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Su memberitahu, antara perkara yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri adalah isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya yang dirobohkan hari ini oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). “Memang pusat ini didirikan di tanah milik MBAS namun kerajaan negeri ada kuasa untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan tempat ini. “Tempoh sebulan yang diberikan kepada pengusaha di pusat ini untuk mencari kawasan lain tidak mencukupi,” katanya. Sehubungan itu, katanya, DAP berpendapat janji kerajaan negeri untuk berlaku adil kepada semua pihak tidak dilaksanakan. “Banyak isu yang mengguris perasaan rakyat di negeri ini dan isu pusat penyembelihan babi membawa unsur negatif kepada rakyat di sini. “Kami juga tidak puas hati apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri ini,” katanya.


Ulasan Saya : Apa-apa yang sedang bergolak antara PAS dengan DAP di Kedah merupakan satu manifestasi yang jelas bahawa ideologi kedua-dua buah parti tersebut tidak mampu disatukan. DAP memohon keadilan dan kesamarataan dari kaca mata mereka dan bukan dari kaca mata PAS atau Islam. Sekarang, PAS sudah berada dalam keadaan tertekan, sama ada mahu mempertahankan prinsip perjuangan mereka yang asal atau pun mahu menjaga hubungan kerjasama antara pembangkang. Sebab itu, sudah berbuih mulut orang-orang UMNO menasihat Nik Aziz, Hj Hadi, Ahmad Awang dan seluruh pemimpim PAS yang lain, sesungguhnya cita-cita PAS untuk melaksanakan Hudud dan Negara Islam melalui pakatan pembangkang hanyalah menemui jalan buntu dan kegagalan. Jika merobohkan pusat penyembelihan babi dan menaikkan kouta 50% kepada pembeli rumah bumiputera di Kedah pun mendapat tentangan hebat daripada DAP, apakah kita fikir untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud di negara ini akan mendapat restu daripada DAP kelak? DAP sudah pasti akan menentang habis-habisan idea tersebut jika PAS berkeras mahu menubuhkan negara Islam dan hukum Hudud. Kecuali, jika PAS berupaya mengIslamkan seluruh ahli DAP dalam jangka masa tiga tahun yang akan datang.


Soalnya ialah PAS tahu realiti itu, Nik Aziz tahu DAP tidak mahu negara Islam, Hj Hadi tahu DAP tidak mahu hukum Hudud, tetapi mengapa PAS tetap berdegil untuk terus kerjasama dengan DAP jika pada hakikatnya, PAS sendiri tahu bahawa adalah mustahil untuk mereka menubuhkan sebuah negara Islam ala-PAS dan hukum hudud di Malaysia bersama-sama dengan DAP dan PKR jika mereka berjaya membentuk kerajaan kelak? Oleh sebab itu, saya katakan bahawa, pada hari ini jika kita mengundi PAS ia adalah sama maknanya dengan kita mengundi DAP. Dan DAP adalah sebuah parti yang jelas menentang negara Islam dan hukum Hudud, maka secara tidak langsung hal ini bermakna, mengundi PAS boleh jatuh berdosa kerana seolah-olah kita tidak mahu menubuhkan negara Islam dan hukum Hudud lagi, lantaran kerana PAS sudah bersengkongkol dengan DAP iaitu sebuah parti Cina yang jelas tidak mahukan negara Islam dan hukum Hudud. Jadi apakah alasannya lagi untuk kita terus menyokong PAS? PAS dengan DAP sudah tiada bezanya lagi. DAP tidak mahu negara Islam dan hukum Hudud, manakala PAS pula sudah boleh menerima syarat tersebut dengan rendah diri dan rela hati, maka adalah jelas perjuangan PAS sudah pun berakhir. Dan PAS sudah tidak lagi relevan.


Oleh itu, kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa, PAS itu adalah DAP dan DAP itu adalah PAS. Sudah tiada bezanya lagi. Jika dahulu PAS mendakwa bahawa perbezaan antara PAS dengan UMNO adalah kerana UMNO menolak hukum Hudud dan negara Islam, maka apakah perbezaanya dengan PAS pada hari ini pula? Bukankah PAS juga sudah begitu toleransi dengan DAP? sehingga sanggup mengutamakan kerjasama pakatangan pembangkang daripada perjuangan suci untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam? Maka, mengundi PAS dalam pilihanraya yang akan datang, jika silap haribulan hanya mengundang dosa sahaja. Hal ini adalah kerana, di hadapan para penyokong PAS, para pemimpinnya melaungkan perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam dan hukum Islam, sebaliknya apabila para pemimpin PAS berhadapan dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh mereka mendakwa bahawa PAS tidak akan melaksanakan hukum Hudud dan negara Islam. Maka, mana satu yang betul? Jelaslah bahawa, PAS semakin hilang jatidiri dan niat sucinya, lantaran terpengaruh dengan nafsu besar pemimpin mereka untuk merebut kuasa daripada kerajaan BN serta meninggalkan kerja-kerja dakwah yang sepatutnya dilakukan oleh PAS selama ini.

29 comments:

C.H.E Dayat said...

salam abang azli, ada entri baru di blog saya.. harap da[at singgah dan komen... kepada yang lain juga dijemput...

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com

sekian.

Anonymous said...

Kalau PAS berpadu dgn UMNO pun, MCA, MIC tidak bersetuju juga dgn hudud. UMNO sendiri pun mungkin malu segan nak jaja hudud. Nampaknya apa-apa jalan pun memang berliku dan penuh ranjau. Itulah tradisi perjuangan. Kalau tak dapat rotan, akar pun berguna. Kalau tak dapat buat, pahala niat pun sudah dapat dan yang penting dirahmati Allah SWT. Semakin sulit perjuangan, semakin besar ganjarannya.

DR NO

Muhammad Azli Shukri said...

Dr No - dari mana saudara tahu bahawa MCA, MIC tolak hudud dan negara Islam? Bukankah semasa Dr M mengisytiharkan malaysia sebagai sebuah negara Islam, MIC dan MCA tidak membantah pun? Jika semakin sulit semakin besar ganjarannya, maka bukankah dengan bekerjasama dengan UMNO ia akan semakin sulit? dan sudah pasti lebih besar ganjarannya? jadi pilihlah kerjasama dengan UMNO kerana ia semakin sulit dan besar ganjarannya pula. Mengapa mesti pilih DAP yg mudah jalannya...

Anonymous said...

Sekadar isytihar bukannya betul lagi. Dgn DAP kita sudah ada ruang utk berdialog, wadah ulama & profesional dlm PAS shoot idea & argument. "manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu". Kita kasi tahu. DAP ni berfahaman sosialis, ada iras-iras sikit berbanding crony-kapitalisma. Kalau padu dgn UMNO polariti kaum makin besar dan mudharat lagi besar, itu kata DR M sendiri.

DR NO

Kamal adli said...

Huh, gara gara babi sanggup brpecah belah.. Babi lg penting drpd kesejahteraan rakyat .. Mmg babi dorg ni.. Suruh dorg buat pusat penyembelihan babi kt depan rumah dorg la, bru dorg tau.. Nk sgt babi kan...

Anonymous said...

Saper kata PAS nak wujudkan negara Islam atau hukum hudud....

"Dimanakah, dalam mana2 transkrip2 PAS yang menyatakan bahawa PAS hendak melaksanakan negara Islam, saya mintak pandangan dan mintak jawapan. Dimanakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ka, dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAS hendak melaksanakan negara Islam." kata Nizar dalam DUN Perak semasa masih berkuasa.

Anonymous said...

Jelas PAS sudah sanggup melacurkan perjuangan sucinya dengan berkawan dan berbaik dengan DAP yang sah, terang dan nyata tidak dapat menerima dasar PAS yang sebenarkan.

Sekarang nampak PAS yang beralah demi hendak menjaga hati DAP bukan hati ahli-ahli PAS yang telah diwar-warkan dengan kerajaan Islam. Kasihan melihat ahli-ahli PAS ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka. Di depan ahli-ahli PAS cakap lain dan bila berada bersama-sama kelompok pemimpin-pemimpin DAP dan PKR cakap lain pula.

Saya harap ahli-ahli PAS dapat berfikir dengan matang demi mempertahankan Agama, Bangsa, tanahair dan cucu cicit kita yang akan datang.

Semoga Allah memelihara orang Melayu daripada menerima nasib seperti orang Melayu Singapura, orang Melayu Thailand dan orang Melayu Filipina. AMIN!

zajbhz

Anonymous said...

sejarah PAS..
50`an - menentang kemerdekaan
60`an - menghalang pembangunan
70`an - menghalang penyatuan
80`an - menghalalkan darah UMNO
90`an - menghalang kemajuan
2000`09 - mengahalang lalulintas
- menyokong penjubur
- menghalang laluan raja
- menghalang perpaduan

banyak lagi laa.....
buat la sesuatu yang bermenafaat skit PAS oooiiii

zedmagel said...

Salam Saudara Azli,

Jelas perbezaan pendapat dan hala tuju perjuang mereka sangat jauh berbeza. Belu sepenggal dah huru hara.

Saling kuda mempkuda antara satu sama lain, inilah natijahnya.

Anonymous said...

Nak duit kwap walau kaya, nak projek, nak kerja mudah cara kabel, nak allocated share, nak kaya, nak pangkat, nak puaskan nafsu jangan join PAS, PAS tiada mandat dan bukan lubuk duit.

DR NO

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan,

Rasa2nya rakyat dah muak dengan lakonan politik PR ni yg kononnya DAP Kedah keluar dari PR. Rasanya ini semua rancangan untuk mendapat sokongan di manik urai. Sila lihat analisa teman2 kita ini yg bila difikir2kan semula ada logiknya juga setelah melihat telatah mereka berkenaan kerajaan perpaduan ...

http://aniqruzaien.blogspot.com/2009/07/muslihatkah-ini-alkisahnya-di-kedah-tak.html

http://aloqstaqblog.blogspot.com/2009/07/ini-gimik-puak-penipu-rakyat.html

Memetik komen "Parti Koyak Rahim" di blog Parpukari :

"Ini semua wayang sahaja. PAS adalah pihak berkuasa di Kedah dan hendak menunjuk yang mereka ini membuat kerja.

DAP pula pura pura nak tarik diri.

YB Brother Anwar pula pura pura nak bermesyuarat, nak jadi hero kononya.

Selepas ini, PAS akan memberi tapak baru untuk membiak H1N1, dan DAP akan minta maaf.

Boleh belah lah. Wayang ini tak laku lagi."

Anonymous said...

Tak perlu kita sibuk-sibuk nak tubuh negara Islam sedangkan Allah lah yang berkuasa ke atas alam semester ini, bukankah ini Kerajaan Allah. Kita bukan nak cari kerajaan, kita bukan nak cari agama tetapi kita mencari Allah yang telah mencipta kita dan segala-galanya.UMNO, PAS, PKR bukan mencemari agama Islam sebaliknya mencemari kemuliaan Allah. Allah ku...selamatkan umat mu dari api neraka, sedarkan mereka yang sentiasa menindakkan Engkau sebagai penguasa kepada alam ini, jauhi pemimpin-pemimpin pilihan-Mu daripada membina empayar untuk diri sendiri...Amin

Anonymous said...

Orang Cina tak habis-habis dengan babi.. babi..babi...babi... kepala hotak korang babi orang cina...

Anonymous said...

boleh blah babi korang cina.. h1n1 pun sibok makan babi sembelih babi..

Saya Rakyat Malaysia said...

PAS=DAP? bubar je PAS. Semua ahli boleh pilih masuk DAP atau PKR.

berjaya misi Brother-Anwar-Bin-Ibrahim pecah belahkan PAS. PAS bubar, takde saingan, senang nak jadi PM nanti.

Anonymous said...

Nik Aziz mengamok kat Nasa kerana perpaduan , tapi tak mengamok kat DAP pasal BABI , tak mahu komen tak mahu masuk campur . Takut betul Nik Aziz kat DAP , pindah saja pusat sembelih BABI tu kat KELANTAN , tak gitu.........

Anonymous said...

PAS ngan DAP tu sebenarnya abang adek , cuba terbalikkan DAP tu jadi PAD kan seakan sama , tak gitu

Anonymous said...

Aku betul2 tak faham kenapa Nik Aziz begitu sayang sangat kat DAP , dulu dia pernah kias "DAP adek KOMINIS" agaknya dia rasa dia boleh " ISLAMKAN KARPAL SINGH , LIM GUAN ENG ,LIM KIT SIANG , NGA , NGEH DAN SIVAKUMAR AGAKNYA ??????????

Azhari said...

Assalamualaikum!.

Bagi saya secara Peribadi, PAS & DAP ini cuma berbeza dari dasar PARTI jer. Perangai dan tindak-tanduknya sama jer dah, nasib baik lar yang satu tu mengaku Parti Isalam dan yang satu lagi Parti Kafirun. Tapi demi KUASA sanggup jual Agama dan berpeluk-peluk tanda hormat. yang dah jadi Cina bohsia pun Tuan Gurunya kata tak da apa ehh! Jadi Halal bila dah jadi Kawan!. Maka bagaimana stail hudud yang nak dilaksanakan Ikut Nas Alquran atau Nas Tuan Guru Parti Pas, ikut selera dan hentak mana muat jer. Teguran Mufti lain tak betul jer dia jer yang pandai bab Agama. Jadi payahlah nak ubah perangai bila dah jadi RIAK dan anggap dirinya saja hebat!.

Oleh itu, sebelum dipanggil balik bertaubatlah, berbaiksangkalah terhadap sesama bangsa dan Agamamu. Kerana saudara SeAgamamu adalah lebih mulia dari kafir kafirun.

Tautkan tali sulaturrahim dan kuatkan Umat Islam di Bumi bertuah ini. Permuafakatan juga membawa berkat!!! Amin

Ikhlas dari saya Azhari Hj Abu
Timb. YDP Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak.

Anonymous said...

Saya hairan melihatkan komen di sini yang membenci kaum Cina. Apakah orang cina tak layak hidup? Kenapa kita tak boleh hormat org cina selagi mereka boleh hormat kita?

Di Amerika dan eropah sudah tiada batasan bangsa lagi dalam hidup mereka. Sedangkan Obama pun boleh dilantik jadi menteri. Susah sangatkah kita nak bersatu? Kenapa kita perlu ada double standard? Apa yang bermanfaatnya jika kita memperjuangkan bangsa? Sy hairan melihat saudara sebangsa saya iaitu melayu berperang sesama sendiri hanya kerana takutkan cina menguasai negara? Salahkah mereka menguasainya? Ekonomi kita selama ni pun disumbangkan oleh mereka. Saya tidak percaya dengan konsep memperjuangkan bangsa walaupun saya berbangsa Melayu.

Pak Karim

NAMOYAKI said...

'selagi dia, mereka dan kita ini bernama manusia'...

salam hormat,

Anonymous said...

Pak Karim , kami kat sini bukan benci pada Cina , kami benci sangat kat "DAP" parti kominis ni , klu nak tahulah kamu ingat LIM KIT SIANG suka sangat ke kat MELAYU , Pak Karim klu nak tahu yang dinamakan Lim Kit Siang dan anak beranak dia klu boleh nak halau MELAYU dari tanah MELAYU ni .

Koboi BM said...

Babi bukanlah satu masalah pada Islam kerana ianya adalah satu ujian buat orang Islam. Yang menolak pusat penyembelihan babi ni biasanya kaum-kaum munafik saja bagi mereka yang tawaduk dengan hukum Allah nescaya tahu untuk berbijaksana didalam hukum kerana Islam adalah sebuah agama yang komplek dan didalam al-quran ada nas-nas yang mengajar sebuah keadilan dan keseksamaan dalam pentadbiran sesebuah negara. Islam diturunkan bukanlah khas untuk melayu saja .....berkongsilah Islam dengan semua manusia di muka bumi Allah ini...

cikguhussain said...

UMNO pemusnah bangsa melayu???

apa cerita PPSMI. baru2 ni makbapak budak kat sekolah dok bebel sebab ramai sgt lingkup Sc dan Math gara2 lemah English.

Ayat2 di atas semua emosi je lebih.. azli, jgn hina org lain sangat, tu yg agaknya pas xmau join dgn umno.. hina cukup2, pastu hulur tngan.. dera kelantan cukup2, pastu minta maaf.. betoi ka perjuang melayu? mgkn kalangan umno atasan x perasan, kami yg kat bawah ni yang tau muak kat sapa skang nih..

salam

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris

jintan manis said...

umno suka dera orang.. cakap je lebih.

puteripencinta_islam said...

UMNO suka dera orang? cuba bagi contoh yang rasa sakit kena dera tu? PAS bukan je dera orang kelantan tapi pijak, hina agama sendiri, selama 19 tahun PAS perintah kelantan apa yang mereka buat? PAS MEMBANGUN BERSAMA BERHALA....kalau xcaya dtng melawat kelantan tengok berhala siam kt tumpat dn banchok, lebih tinggi pada masjid yg ada di kelantan. semakin lama PAS perintah kelantan semakin banyak BERHALA akan didirikan, sbb tu undi siam, cina, hindu untuk PAS,
elok tukar je kelantan membangun bersama berhala,tokong,kuil...

puteripencinta_islam said...

UMNO suka dera orang? cuba bagi contoh yang rasa sakit kena dera tu? PAS bukan je dera orang kelantan tapi pijak, hina agama sendiri, selama 19 tahun PAS perintah kelantan apa yang mereka buat? PAS MEMBANGUN BERSAMA BERHALA....kalau xcaya dtng melawat kelantan tengok berhala siam kt tumpat dn banchok, lebih tinggi pada masjid yg ada di kelantan. semakin lama PAS perintah kelantan semakin banyak BERHALA akan didirikan, sbb tu undi siam, cina, hindu untuk PAS,
elok tukar je kelantan membangun bersama berhala,tokong,kuil...

Anonymous said...

yang saya tahu anwar, nik aziz dan haji hadi kena dera oleh dap... pasal isu babi...

Anonymous said...

umno menang kat manik urai... yahooooo.....