Tetamu Kehormat...

May 27, 2009

PAS+PKR+DAP 2009 : Anak Panah Kejam


PAS+PKR+DAP 2009
ANAK PANAH KEJAM


Saya mungkin terlepas pandang selama ini, bahawa kes kejatuhan kerajaan pakatan rakyat di Perak sebenarnya sudah diberi signal oleh Allah dalam al-Quran. Sesungguhnya, Allah tidak sekali-sekali membantu dan menolong orang-orang mukmin yang menjadikan orang kafir sebagai pelindung kepada mereka dan pada masa yang sama meninggalkan orang mukmin yang lain. Hal ini telah Allah jelaskan dalam surah Ali Imran ayat 28, yang bermaksud :



"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa berbuat sedemikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana muslihat yakni memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksa-Nya), dan hanya kepada Allah kamu dikembalikan."


Lantaran itu, kita mengambil contoh kes yang berlaku di negeri Perak. Tiga parti iaitu PKR, DAP dan PAS berjaya meraih 31 kerusi DUN, sekaligus berjaya menubuhkan kerajaan negeri. BN tumbang sebagai kerajaan lama dengan hanya memenangi 28 kerusi.


Ketika satu pihak beria-ria meraikan kejayaan tersebut, satu pihak lagi mula mencongak untung rugi nasib orang Melayu dan Islam di Perak. Betapa tidak, daripada 31 kerusi DUN yang dimenangi pakatan pembangkang, 23 kerusi daripadanya adalah dalam kalangan orang bukan Islam. Hanya 8 kerusi sahaja orang Islam. Manakala daripada 10 ahli Exconya, 7 adalah bukan Islam, cuma 3 sahaja orang Islam. Jadi, siapa sebenarnya yang menguasai pemerintahan di Perak? Orang Islam atau bukan Islam?


Mengapa 6 anggota DUN Islam dari parti PAS tidak mahu bersatu dengan 27 (28) anggota DUN Islam daripada parti BN, agar jumlahnya menjadi (27+6) = 33(34), sekaligus tertegaknya pemerintahan yang dikuasai sepenuhnya oleh orang Islam di Perak.

MENGAPA DIAMBIL YANG BUKAN ISLAM DAN TINGGALKAN YANG ISLAM? Lupakah kita dengan amaran Allah melalui firmannya di atas itu? "Janganlah Orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin."


Oleh sebab itu, saya tidak hairan apabila pemerintah PAS tumbang di Perak, kerana Allah sudah berjanji tidak akan menolong golongan yang menyisihkan mukmin yang lain dan mengambil orang-orang kafir sebagai pembantu dan pelindungnya, sedangkan ADUN Islam dalam kalangan BN di Perak masih ramai dan boleh sama-sama menegakkan pemerintahan orang Islam di Perak, tetapi sebaliknya PAS lebih gemar mengambil pemimpin kafir daripada parti DAP sebagai pembantu dan pelindungnya berbandingan dengan orang Islam dalam kalangan ADUN BN. Malah, PAS tidak segan-silu menghubungkan kasih sayang dengan parti DAP. Islamkah cara ini? Moga Allah menyedarkan kita semua, sesungguhnya kerajaan PAS tumbang di Perak adalah akibat daripada perbuatan tangan mereka sendiri. Dan Allah tidak akan menolong mereka yang meninggalkan mukmin yang lain dan bersengkongkol dengan orang kafir yang jelas menentang Islam. Wallahualam.

30 comments:

..nOWa.. said...

pada hemah saya, penyatuan ini tidak akan berlaku..

LotsOfLove-Pearls said...

..kurang arif soal politik tapi tahu kemelut Perak..

GOMO said...

SALAM BRO...
INI PANAH BIASA INDIA JE MAIN TIKAM MENIKAM...

MACAM-MACAM HAL LAH SI REJIM KOMUNIS NI BUAT...
APO LAH NAK JADI DENGAN NASIB RAKYAT PERAK.

Zaid@Zaidel said...

analisis yang wajar didebatkan, kot..

Atan said...

Salam, Azli,

Kita terimalah hakikat itu, iaitu Allah memurkai pihak yang bersekongkol dengan kafirun. Kita terimalah juga hakikat bahawa dengan "kembalinya" Perak ke pangkuan UMNO-BN, kuasa Melayu-Islam kembali ke tangan mereka. Cuma cara "kembalinya" itu yang diperdebatkan orang sekarang. Bilakah tamatnya perdebatan itu? Akan berakhir dengan pembubaran DUNkah? Wallahua'lam.

Golongan kafirun dalam ayat yang Saudara berikan itu perlu dijelaskan juga - apakah ciri-ciri yang menggolongkan seseorang atau puak tertentu sebagai kafirun sehingga kita dilarang bersekongkol dengannya?

Kita berharap agar jika ada PRK di Perak kelak atau pada PRU 13 akan datang:
1 Melayu akan bersatu;
2 Melayu berfikiran waras;
3 Melayu lebih Islamik;
4 Melayu jelas matlamatnya.
5 Melayu terjaga daripada kebodohannya.

Dengan 5 itu, kita harap 23 bukan Islam itu tinggal beberapa kerat sahaja. Dan kuasa akan kembali ke majoriti Melayu. Dapatkah "MB Mahkamah" yang berkuasa sekarang(kata TG Nik Aziz) membetulkan keadaan supaya yang lima itu
menjadi realiti? Tiga tahun tidak cukup untuk beliau melakukannya.

TokAyah said...

Salam saudara Atan. Insyaallah PRU ke 13 UMNO/BN akan kembali dengan cemerlang. Kenapa saya kata begitu. Kalau kita teliti Kempen PRU yang lalu, PR bukanlah sehebat mana. Petualangnya adalah melayu sendiri yang menghina pemimpin2 melayu..terutamanya Al Juburi. Walau pun pemimpin telah bersumpah dalam rumah Allah.... perkara masih dibangkitkan. Dah itu, menyokong HIndraf secara terang2an. Kebetulan pada ketika sama harga minyak dunia melambung begitu teruk sekali..Apakah salah BN? Saya menghadiri kempen PR dan mengikuti melalui internet...
Kempen pembangkang tak ada pun isu bijak yang diketengahkan. Memburukkan keadaan lagi Bekas pemimpin turut memberi komen negatif secara terang2an kepada PM. Yang peliknya PAS yang selama ini betul-betul bercakap tentang islam dan merupakan seteru DAP mengambil langkah sama menghentam UMNO tetapi boleh pula bekerjasama dengan DAP. Insyaallah pengikut PAS dan PKR dikalangan Melayu akan sedar tidak lama lagi. Kita tunggu dan lihat.

BOCAH KAMPONG said...

Bila kuasa menjadi matlamat,hati dan akal hilang pertimbangan.

Kita hanya merancang tuhan yang menentukan,kepada yang masih sedar berdoalah agar sahabat2 kita yang sedang bermimpi akan segera terjaga.

Teruskan pada yang masih mampu.

nohas said...

Satu sifir yang sangat simplistik..

PAS bukan parti yg desperado yg sanggup bersekongkol dgn musuh (baca: BN) hanya kerana nak kuasa..biasalah, bila dah terdesak, mula memainkan isu perkauman..betul ke BN ni tolong org melayu? apa dah jadi dgn Melayu Penang di bwh pimpinan BN?

AntiAlJuburi said...

Ada orang yang kononnya memperjuangkan politik "Harapan Baru", tapi masih mahu bertanya apa yang ameno buat untuk orang Melayu .. celaru sungguh puak puak itu.

Umno parti orang Melayu tetapi pemerintahan mereka bukan hanya untuk orang Melayu !!!

Ada orang yang mahu menilai 'kekafiran' puak puak kafirun. Bagi aku kafir MIC dan Kafir MCA masih boleh ditundukkan oleh ameno, tetapi nampaknya kafir DAP telah berjaya menundukkan Islam PAS dengan bantuan proksi yahudi!!

Hal miskin ni tak ada kaitan dengan umno, sama gak hal hal berkaitan rasuah, kronisma, dan keruntuhan moral. Bangsa mana yang tidak ada orang miskin lagi?? Negara mana yang tak ada rasuah lagi??

Ambilah peluang naik dan tinjau Bukit Antarabangsa.. lihat rumah bunglow yang melaut, kereta yang melimpah sampai ke tepi jalan.

Semua Melayukah? atau semuanya Cina atau India sahaja? Apakah dia pemimpin umno??

Mereka peduli pun tidak tentang politik .. tapi mereka hidup mewah.

Yang ketinggalan ialah beberapa kerat orang Melayu yang hanya pandai mengulang ulangi apa yang keluar dari mulut al juburi

GSenduk said...

Salam;

Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu mencari-cari maksud mengikut selera hatinya.

Adakah mereka telah melakukan kesilapan apabila diberi pengentahuan. PAStikah kini jelas dan nyata mereka telah memperdayakan, tidak lagi sealiran dan tidak lagi diperlukan.

Firdaus said...

1. Dari segi intipatinya saya sgt2 bersetuju dgn saudara.

2. Cuma, pd pandangan saya, kita x bleh mengatakan dgn lafaz yg pasti bhw sstu itu berlaku sbb Allah sekian... sekian... Cth: ramai ahli2 agama yg suka mengatakan bhw sstu itu berlaku dsbbkn ia adalah bala atau pembalasan drp Allah. Sdgkn kita x tahu apakah sebenarnya sbb Allah membenarkan sstu perkara itu berlaku. Malah dlm Islam kita dilarang utk menjadi 'spokesperson' bg Allah.

Katakanlah:"Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji,
baik yang nampak ataupun yang tersembunyi,dan perbuatan dosa,
melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan
memperkatakan (sesuatu) terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui". (al-A’araf 7:33)

"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji,dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.(al-Baqarah 2:169)

Itulah sebabnya saya x bersetuju sekiranya sstu perkara yg berlaku itu diulas dgn mengatakan bhw Allah berkehendak sekian, sekian dgn lafaz yg pasti. Adapun sekiranya kita katakan bhw mungkin pkr ini terjadi sbb sekian, sekian... maka itu lbh selamat.

3. Berkenaan isu Perak ini, trus-terang sy katakan, saya bknlh org yg suka sgt dgn BN. tp dsbbkn sy melihat apa yg berlaku di Perak slps PRU 12 lps secara dekat, sy gembira dgn apa yg berlaku skrg.

Tanyalah staf2 kerajaan negeri... apakah yg berlaku dlm kerajaan negeri selama 10 bln PR memerintah..??

Tanyalah staf2 pejabat guaman, apakah bentuk2 transaksi yg mereka uruskan..?? Berapa banyak tanah2 yg telah 'terlepas' dlm masa 10 bln???

Satu persatu kepentingan ummah terlepas!! Smpai ada org kata, "Nizar sibuk ceramah, Ngeh sibuk bg tanah..."Isu tanah 999 thn tu hanyalah tip of the iceberg. Apa yg berlaku sbnrnya jauh lbh dahsyat lg. Cuma mungkin pihak BN x bleh nk gembar-gemburkn isu ini krn khuatir mrk akan dtuduh perkauman lalu hilang sokongan bkn melayu.

tp bg sy yg melihat scr objektif, mengambil maklumat bkn drp org politik yg penuh dgn putar-belit, tp drp 'first-hand witnesses', apa yg berlaku di Perak adlh x baik utk ummah.

Cukuplah 10 bulan melihat kerakusan mereka. Saya x dpt bayangkan kalau mereka memerintah selama 5 thn!

4. Dalam masa pemerintahan PR di Perak, org2 melayu dlm PAS hanya sibuk merebut masjid, surau dan dewan org ramai. Lalu menimbulkan lebih byk perpecahan dlm masyarakat. tp 'org lain' sibuk berebut tanah, balak, pasir etc. Jelas sekali umat Islam seolah2 x dpt menilai mana satu keutamaan (awlawiyaat), mana 1 yg strategik.

Firdaus said...

...sambungan

5. Saya x bercakap soal kaum. Saya bercakap soal ummah. Saya krg bersetuju dgn 'ketuanan Melayu' yg diperjuangkn UMNO. Namun saya lebih tidak bersetuju dgn perjuangan 'ketuanan rakyat' yg membawa idea kesamarataan, yg lebih jauh bercanggah dgn konsep keadilan dlm Islam. Saya lebih suka bercakap ttg 'KETUANAN UMMAH'.

Itulah sebabnya saya berpendirian sebegini dlm mengulas isu politik Perak.

6. Majoriti ulama' x membenarkan non-muslims memegang jwtn dlm pemerintahan. tetapi tdpt pandangan minoriti spt pandangan al-Qaradhawi yg membenarkan non-muslims memegang jwtn yg krg penting dlm pemerintahan. Itulah sbbnya Dr. Hasan Ali suatu ketika pnh menentang tindakan MB Selangor utk melantik MD (kalau x silap) bagi PKNS dari kalangan nonmuslim.

Dlm situasi di Perak, jelas sekali nonmuslims memegang jwtn2 penting dlm kerajaan. Majoriti ADUN PR adlh nonmuslims, majoriti exco adlh nonmuslims spt yg saudara sbutkn di atas.

Malah, Nizar hanya memegang jwtn MB semata2. Kewangan, ekonomi, tanah, dan segala hal ehwal yg penting dlm kerajaan dipegang oleh nonmuslims! Ini berbeza dgn Dr. Zambry dan MB2 Perak sblm ini, yg mana kesemua jwtn yg penting tsebut dpegang sendiri oleh MB.

Jelas sekali, kuasa bkn di tangan umat Islam.7. Saya berasa kecewa apabila melihat seolah2 pertembungan yg berlaku di Perak ini adlh di antara sesama umat Islam. sedangkn ada 'org lain' yg bertepuk tgn di belakang. Saya sedih melihat ada umat Islam yg diperkudakan oleh 'org lain'. Saya sedih melihat umat Islam sendiri menjadi 'batu penghalang' bg kembalinya kuasa umat Islam di Perak.

sekian dulu...

naqiubex said...

LOL.. UMNO lah yang merampas kuasa secara tidak adil dengan rasuah..
Kan dalam berita dah tunjuk tentang bagaimna UMNO memainkan catur dengan kotor sekali.. Tak payah baca Harakah pun boleh tau..
Budak kecik pun boleh tau..

Nak tafsirkan ayat alQuran kena ada ilmu bahasa arab yang tinggi.. tak boleh sekerat jer..

Atan said...

Salam, Tok Ayah dan Sdr Firdaus, juga Sdr Azli;

Umat Melayu perlu memelihara hak mereka. Ada segolongan orang tidak lama dahulu mempertikaikan kewujudan perkataan “Keling” (maaf kepada golongan itu) dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kononnya, kata itu berbau penghinaan.

Hakikatnya, dalam budaya, unsur negatif digunakan dengan meluas. Dalam peribahasa Melayu, ada konotasi negatif untuk orang Melaka (Melayu) sendiri. Perhatikan peribahasa “kecek anak Melaka” (maksudnya “cakap tinggi tetapi tidak berisi”; lihat juga peribahasa “tipu Aceh, gurindam Barus” (maksudnya “tipu muslihat untuk mencapai kemenangan” yang secara tersirat mengatakan bahawa bangsa Aceh penipu! Banyak lagi peribahasa sedemikian yang merujuk kepada bangsa Melayu sendiri.

Soalnya, berapa keratkah orang Melayu yang melanyak puak yang mempertikaikan penggunaan kata “Keling” itu dalam KMDE3? Ada, tetapi secara sambalewa. Malah banyak juga yang menjadikannya lelucon.

Beralih kepada soal lebih besar — hak-hak KETUANAN MELAYU, misalnya, banyak antara kita (khususnya yang mendukung fahaman liberalisme) menganggap isu KETUANAN MELAYU tidak relevan. Malah, ada yang mem“pooooooorah” isu ini. Orang Melayu sendiri menganggap bahawa semua rakyat perlu disamaratakan, sama ada dari segi layanan, hak, dan lain-lain. Orang Melayu juga sanggup melacurkan prinsip asal dengan memperdagangkan Melayu kepada bangsa lain untuk mendapat kuasa. HINDRAF disokong dan diberi simpati. YB Zulkifli Noordin yang menentang puak yang mempertikaikan ISLAM tidak pula dikasihani dan dibantu perjuangannya.

[DS Mohd. Najib juga sudah terjerat dengan idea 1 Malaysianya. Konsep I Malaysia telah dimanipulasi oleh bangsa lain — 1 Malaysia kepada mereka bermaksud semua bangsa layak mendapat hak yang sama seperti yang dinikmati kaum Bumiputera. Mereka berhak mendapat biasiswa, mereka berhak mendapat tempat dalam MARA, dsb. Idea kabur PM itu agaknya muncul sebelum dibincangkan dengan rinci dalam UMNO!]

Jadi, seruan saya ialah semua umat Melayu dalam UMNO, PAS, PKR, DAP, PPP, dll harus berpendirian tetap — pelihara hak kita kerana kita TUAN kepada negara ini. Kita harus memegang matlamat yang sama, cita-cita yang sama, biarpun berlainan parti. Agama kita dahulukan, bangsa dan negara kita pertahankan.

Jika benarlah info yang diberikan Sdr Firdaus, alangkah menakutkan kita walaupun bukanlah sesuatu yang pelik! Dalam tempoh 10 bulan, tentulah banyak yang diluluskan oleh puak yang memang hendak menguasai Tanah Melayu ini, seperti yang diperoleh mereka di Singapura (mungkin akan datang P. Pinang pula). Mereka pernah melakukannya secara kekerasan dahulu sehingga timbul Rancangan Briggs yang membolehkan mereka beroleh petempatan yang dikenali sebagai “Kampung Baru”. Perjanjian Perdamaian antara PKM dengan Malaysia pada Disember 1989 memudahkan mereka untuk memfokuskan matlamat mereka menguasai negara ini.

Pada pandangan saya, jika hal yang didedahkan Sdr Firdaus betul, Dr Zambry harus mengedarkan bukti kepada semua umat Melayu Perak. Jangan didiamkan. Jangan takut sokongan bukan Melayu menurun. Jika betul kaedahnya, tentu banyak umat Melayu yang mewajarkan rampasan kuasa itu DEMI KETUANAN MELAYU.

Yang menjadi masalah ialah persepsi rakyat terhadap UMNO. Prestasi UMNO dalam memperjuangkan hak bangsa banyak cacat celanya. Kebencian umat Melayu terhadap UMNO sukar digambarkan. UMNO berpeluang untuk meraih sokongan Melayu. Langkah pemansuhan PPSMI boleh dijadikan langkah pertama untuk meraih sokongan Melayu semula. Isu rasuah juga dapat membantu. Isu HINDRAF mungkin juga membantu. Langkah mendengar, membincangkan, dan bertindak secara wajar terhadap apa-apa isu yang dipolemikkan oleh pembangkang juga akan membantu. Ketepikan ego. Yang paling penting, semua pemimpin UMNO perlu merubah matlamat mereka, iaitu hendak menjadi KAYA!

Banyak yang perlu diperbetul oleh UMNO ini! Berhentilah keseronokan beretorik.

toytian said...

Saudara panah asmara, ana tidak bersetuju 100% sebab lu kena faham ali,ah chow dan ramasamy itu rakyat 1malaysia. Tak tahulah kalau kita mengkasta atau mengkelas2 rakyat malaya.
Isu tidak hilang hak melayu, cuma rasa saudara tergugat bila ALLAH menarik balik kuasa UBN.
Bila Allah memenangkan lawan kita rasa tidak patut menang, seoleh-oleh kita menyalahkan TUHAN.
Debat jangan tak debat, supaya melayu tidak mudah latah dan cepat nyanyuk.
Persoalan ana.
1. Bersatu melayu kerana islam ?
2. Bersatu melayu kerana bangsanya?
Dah lebih 52 tahun tak bersatu lagi kah kita?
Ana rasa kalau ada agama dalam jiwa setiap rakyat malaysia ,pemimpin barulah tenang jiwa,rakyat,pemimpin baru lah aman negeri dan negara.Itulah org kita bercerita bagai nak rak, buatnya edah macam mana ALLAH nak tolong kita.Itu orang tidak boleh ubah kita,kalau kita orang tidak ubah diri sendiri..............
sendiri mahu ingat.

Muhammad Azli Shukri said...

naquebix - tidak semua ayat quran perlu ditafsir ada yang sudah jelas dan terang maksudnya, sebab itu Imam Syafii dan Ibn Tamiyah tak buat tafsir al-qurannya secara keseluruhannya, menurut imam-imam ini, terdapat banyak ayat-ayat alquran yang boleh difahami oleh orang kebanyakan tanpa perlu menafsirkan semuanya, sebab al-quran itu diturunkan dengan bahasa yang mudah dan terang. ada beza antara mentafsir dan memahami ayat al-quran.

Cheguman@Demang Lebar Daun said...
This comment has been removed by the author.
Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Azli,
Analisis yang menarik dan fakta yang tepat. surah Ali Imran ayat 28yang saudara petik juga bersesuaian dengan situasi di Perak.

Allah sudah janjikan bahawa pakatan tersebut akan musnah. Jadi, apa perlu kita berjuang lagi?

... kita lakukan kerana perjuangan ini satu ibadah. Itu sahaja.

Teruskan perjuangan Azli.

dewi said...

Saya setuju dengan pendapat Saudara Azli..

cuma warga Islam di dalam PKR yang tidak memahami dan tidak mengambil Al-quran sebagai pertunjuk..

dewi said...

TERUSKAN PERJUANGAN SAUDARA AZLI..
WALAU PUN MENDAPAT KESUKARAN DAN KEPERITAN..

aie akaike said...

umno terus maju! ;)

Anonymous said...

suruh si akil hay masuk pas..... cayalah ustaz rockkkkkkkkkk.. aku salute abis dgn si akil ni... rambut panjang.. jubah... tapi tak tahan body solid... cayalah ustaz rockkkkkkkkkkk... hidup pas hidup akil...

fr3akisme said...

aku mmg skong ape yg saudara ulaskn...
spnjg pemerintahan pakatan kat perak mcm2 bnda yg menyebelahi org bkn islam...
dgn pemberian tanah kt org bkn islam... ape kes sume tu??
tu sume tlh mngecewakan org mlayu kt perak...
bkn la kte nk bersikap pesimis n perkauman...
sudah la sblum merdeka kte tlh bg hak kerakyatan kt dorg...
jd d mana hak kte kt ngara nie sbg org yg mula2 mnetap kt cnie??
smpai kn sume yg spatut nyer dbri keistemewaan kt org mlayu 1 1 d amik oleh org bkn mlayu...
x ckup kah dgn ape yg dorg perolehi??
sudah lah dgn 10 org yg terkaya kt malaysia nie mjoriti adlh dri org bkn mlayu...
boleh kata sume nyer dorg nk amik...
jd ape yg kte dpt? pnyokong pakatan rakyat plak bodoh sgt x tau ape yg blaku...
lbih2 lg kt perak nie... malu aku sebgai anak perak ble tgk spe yg skong pakatan rakyat kt perak nie...
mreka sume tlh dibohongi olh propaganda anwar...
jd hati mereka dah gelap n x leh trima kbenaran...
ckap la ape pon psl pakatan, bg dorg bn yg bsalah n anwar ttap btol bg dorg...
bg aku, anwar mmg da bjaya mmperbodohkn generasi muda zaman skrg nie utk mnyokong die...
pergi la mana2 universiti pon...
boleh buat open servey, n hsil nyer mjoriti mnyokong pakatan rakyat...
aku sbg mahasiswa, nk cter bnda realiti nie...
aku x tau la ape kn jd msa dpn ngara ble anwar mmerintah nnt...
confirm la mentri2 die mjoriti org bkn mlayu...
nnt msa tu bru la org mlayu nk ternganga...

Andriy Syukri Krevalichenko said...

Firdaus;
Agaknya Bila Perjuangan Itu Berlaku
Di Perak Tiba2 Keluar Statement -->
"Saya sedih melihat umat Islam
sendiri menjadi 'batu penghalang' bg
kembalinya kuasa umat Islam di Perak...." Patut Tukar Sahaja Lah
Ayat Ini Kepada "Saya Sedih Melihat
Umat Islam Sendiri Menjadi "Batu
Penghalang" Bagi Kembalinya Kuasa
Umat UMNO Di Perak..." Punah Ranah
Pemimpin UMNO Berceloteh Tentang
Perjuangan Orang Melayu....Orang
Melayu...Bukan UMAT ISLAM..W.t.h?~

Tuan Punya Blog;
Menafsir Sesiapa Yang Memahami Arab
Pasti Boleh Menafsir..Ibarat Hendak
Menafsir Buku Berbahasa Inggeris -
Melayu..Tetapi Huraiannya..Maksud2
Nya..Tujuan Ayat Diturunkan..Untuk
Apa Ayat Itu Diturunkan..Bolehkah
Saudara Berikan?
"Jangan Kamu Baca,Hafal Dan
Memetik Hukum Di Dalam Al Quran
Itu Tanpa Kamu Berguru Dahulu
Mengenai Al Quran Itu..Sesungguhnya
Syaitan Itu Sesat Lagi Menyesatkan
Manusia..."

Muhammad Azli Shukri said...

andry - saudara pergi terlalu jauh, apabila Allah berfirman "jangan hampiri zina" saudara mahu tafsir apa lagi. ia ayat yang sangat jelas, tak perlu jadi ulama atau ustaz untuk memahaminya, jangan sukarkan agama Allah ini.

Andriy Syukri Krevalichenko said...

Kalau Begitu Mengapa Di Cari Yang
Sukar?Berpegang Sahajalah Pada Yg
Lima Dan Beramal Dengan Yang Enam
Ambil Tahu 20 Perkara Tinggalkan
100 Perkara..Maka Inilah Selemah
Lemah Iman..Ayat Memang Jelas Jgn
Hampiri Zina..Memang Semua Orang
Faham..Tapi Dari Segi Syarak,Apa
Itu Zina?Semua Orang Pernah Berzina
Di Zaman Sekarang Kerana Tidak Fhm
Apa Itu Zina..Yang Saudara Terangkan
Dari Surah Ali Imran Ayat 28..Hanya
Ayat Yang Di Ambil Tiada Huraian
Dan Sebab Mana Ia Boleh Digunakan
Sebagai Hukum..Ayat 28 Bukanlah
Ayat Yang Menyatakan Situasi Tetapi
Merupakan Satu Titik Noktah Kepada
HUKUM HARAM Dan HUKUM HARUS.......
Boleh Saudara Hayati Di Blog Saya
Andai Sudi Dan Mempunyai Masa...~

Muhammad Azli Shukri said...

"Ayat 28 Bukanlah
Ayat Yang Menyatakan Situasi Tetapi
Merupakan Satu Titik Noktah Kepada
HUKUM HARAM Dan HUKUM HARUS......."

mungkin saudara kurang memahami apa yang saya tulis. Apa2 yang telah PAS lakukan di PERAK amat jelas hukumnya yakni haram bersengkongkol dengan musuh ALLAH yakni DAP, apakah saudara masih cuba menghalalkannya? maka ayat yang saya pambil adalah berasaskan kepada amaran Allah kepada mana-mana golongan yang cuba menjadikan musuh Allah sebagai pelindung dan pembantu. Ia sangat mudah untuk difahami. Apabila Tuan Guru harussani yang kata, maka semua orang kata dia salah, tetapi jika nik aziz yang cakap semuanya betul, tafsir yang mcm mana saudara gunakan? emosi ke? saudara harus jujur dalam soal ini. mana-mana yang salah kita harus tegur. Saya cadangkan agar saudara berdiscus dengan tuan guru harussani sendiri. lebih jelas agaknya nanti. wallahualam.

mohamed said...

NAK TAHU TANYA IMAN. SIAPA YG BERJUANG ATAS NAMA ISLAM & DASAR ISLAM & HIDUP DGN CARA ISLAM. ISLAM UTK SEMUA.BN TELAH MEMPERBODOHKAN ORG MELAYU, MEMBUTAKAN ORG MELAYU DGN BYK FAKTA YG TIDAK BETUL.SESIAPA YG TIDAK MENYOKONG CARA ISLAM AKAN DIPERSOALKAN OLEH ALLAH. TUNGGULH MASANYA AKAN DTG.ADAKAH MELULUSKAN LESEN JUDI & KILANG ARAK ITU BERJUANG DLM ISLAM????????????????????????

mohamed said...

NAK TAHU TANYA IMAN. SIAPA YG BERJUANG ATAS NAMA ISLAM & DASAR ISLAM & HIDUP DGN CARA ISLAM. ISLAM UTK SEMUA.BN TELAH MEMPERBODOHKAN ORG MELAYU, MEMBUTAKAN ORG MELAYU DGN BYK FAKTA YG TIDAK BETUL.SESIAPA YG TIDAK MENYOKONG CARA ISLAM AKAN DIPERSOALKAN OLEH ALLAH. TUNGGULH MASANYA AKAN DTG.ADAKAH MELULUSKAN LESEN JUDI & KILANG ARAK ITU BERJUANG DLM ISLAM????????????????????????

mohamed said...

ingstsNAK TAHU TANYA IMAN. SIAPA YG BERJUANG ATAS NAMA ISLAM & DASAR ISLAM & HIDUP DGN CARA ISLAM. ISLAM UTK SEMUA.BN TELAH MEMPERBODOHKAN ORG MELAYU, MEMBUTAKAN ORG MELAYU DGN BYK FAKTA YG TIDAK BETUL.SESIAPA YG TIDAK MENYOKONG CARA ISLAM AKAN DIPERSOALKAN OLEH ALLAH. TUNGGULH MASANYA AKAN DTG.ADAKAH MELULUSKAN LESEN JUDI & KILANG ARAK ITU BERJUANG DLM ISLAM????????????????????????