Tetamu Kehormat...

April 4, 2009

UMNO 2009 : Tolong Jangan Baca Entri Ini, Nanti Kena ISA?



FROM NEW HOPE
TO ONE HOPE


Oleh Muhammad Azli Shukri


Pagi ini Tun Mahathir telah menemui Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyampaikan borang kemasukan semula sebagai ahli UMNO di Putrajaya. Serentak dengan itu, anak beliau Datuk Mokhzani Mahathir juga akan bertindak sama kembali kepada UMNO. Dan pada Isnin ini, Tun Mahathir dijangka turun berkempen di Dataran PPP, Batu 2 1/2 Simpang, Taiping untuk calon BN bagi kawasan Bukit Gantang.


Semalam, sewaktu menyampaikan ucapan penghargaan kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di kaca television, Datuk Seri Najib mengumumkan pembebasan seramai 13 orang tahanan ISA dan pada masa yang sama menarik semula sekatan penerbitan terhadap akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta. Malah, Datuk Seri Najib juga berjanji akan mengkaji semula akta ISA yang digunapakai selama ini.


Saya secara peribadi melihat Datuk Seri Najib benar-benar ikhlas mahu mengubah Malaysia menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Beliau menggabungkan ciri-ciri ketegasan Tun Mahathir, disulami dengan kelembutan ayahnya Tun Razak dan dihiasi dengan toleransi gaya Tun Abdullah Ahmad Badawi - maka semua itu terungkap dalam satu slogan dipanggil "One Malaysia" - layari web/blog Perdana Menteri Malaysia yang baru ini di www.1malaysia.com.



Ingin saya menambah, bahawa sesungguhnya inilah yang amat ditakuti oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini. Beliau mengetahui bahawa DS Najib amat bijak berpolitik, beliau tidak sekadar bermain dengan slogan semata-mata, bahkah bijak bermain dengan retorika bahasa dan mampu pula mempraktikannya. Jelaslah bahawa DS Najib banyak belajar berpolitik daripada kepimpinan UMNO yang lalu. Dan sekarang Anwar menjadi semakin tidak relevan untuk Malaysia, dari slogan New Hope yang dicanang oleh Anwar, kini Malaysia kembali kepada One Hope yang dibawa oleh DS Najib.



Tiada maknanya Anwar menjadi harapan baru untuk Malaysia, andaikata beliau masih gagal mewujudkan satu harapan bersama dan kesejahteraan bersama sebagai warga Malaysia yang berbilang kaum dan budaya di Malaysia. Kini, DS Najib makin diterima oleh pelbagai kaum dan lapisan masyarakat, legasi Tun Abdul Razak yang penuh dengan kelembutan, kebijaksanaan, kini mengalir semula melalui sentuhan DS Najib. Dan sesungguhnya kematian untuk Anwar semakin jelas di depan mata, selamat tinggal Anwar, selamat berkubur PKR, dan selamat datang DS Najib. Kita tahu Anwar sangat kecewa apabila DS Najib mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia yang ke-6, tetapi itu adalah takdir dan kita tidak akan berupaya mengubahnya. Iri hati, dendam dan dengki merupakan sifat mazmumah yang harus kita hindari, bersyukurlah dengan apa yang ada, marilah sama-sama kita bina satu harapan baru Malaysia di bawah DS Najib. InsyaAllah.


Saya juga suka memaparkan kepada DS Najib, agar sudi menilai cadangan-cadangan saya di bawah ini, demi memantapkan lagi perjuangan UMNO pada masa akan datang. Antara cadangan tersebut adalah seperti berikut :


1. Mansuhkan ISA, tetapi digantikan dengan penahanan individu dari kaca mata Islam dalam bab Bughah (pemberontakan dalam kaca mata Islam), Islam telah menggariskan bagaimana seseorang itu boleh ditahan tanpa bicara dalam klafikasi pemberontakan kepada agama dan negara. Hal ini ada dilaksanakan oleh Saidina Umar al-Khattab semasa pemerintahannya. (Sila baca tulisan saya berkenaan isu ini dalam blog ini bertajuk : ISA Pernah Wujud Zaman Umar? dalam label Rencana Pilihan).


2. Gubal Hukum Hudud untuk dibahaskan di Parlimen dan sama-sama kita laksanakan hukum tersebut di bumi Malaysia tercinta ini, agar kita semua sebagai warga Malaysia mendapat hidayah dan kasih sayang daripada Allah.


3. Wajibkan Datin Rosmah, isteri kepada DS Najib untuk memakai tudung, dan kemudian sama-sama kita berdakwah kepada puteri dan wanita UMNO untuk kita semua hamba Allah menutup aurat demi agama kita yang kita cintai.


4. Tekankan persoalan solat kepada semua ahli UMNO dan didik mereka dengan menghayati Islam dengan lebih sempurna, agar mereka memahami tentang dosa dan pahala, tentang haram dan halal. Semua ini akan menguatkan akidah ahli-ahli UMNO itu sendiri.


5. Keluarkan semula pemimpin UMNO yang korupsi dan jelas mempunyai rekod korupsi yang dibenci oleh rakyat dan ahli UMNO di peringkat akar umbi dari kepimpinan dan barisan kabinet DS Najib yang akan ditubuh kelak.


6. Semua kaum utama di Malaysia yakni Cina, India dan Melayu akan memperoleh hak asasi yang sama serta tiada beza sedikit pun jua. Namun demikian, kaum Melayu tetapi mempunyai keistimewaan mereka kerana itu telah termaktub di sisi perlembagaan.


7. DEB dihapuskan dan diganti dengan Agenda Ekonomi Nasional (AEN) yang lebih bersifat menyeluruh dan tidak mengira kaum dan agama.


8. AUKU dihapuskan terus dan bukan dipinda, dan digantikan dengan undang-undang yang lebih mesra dengan pihak universiti.


9. Libatkan semula tokoh-tokoh penting penyelamat negara seperti Tun Mahathir, Tun Daim dan Tengku Tan Sri Razaliegh dalam komuniti ekonomi negara.


10. Pastikan semula program UMNO sama ada besar atau kecil, mesti melibatkan agama (maknanya menekankan soal agama) dan tidak hanya untuk warga UMNO semata-mata, sebaliknya semua peringkat umur, kaum dan masyarakat akan turut terlibat.


11. Lebih banyak mendengar suara rakyat daripada suara perwakilan UMNO, atau ketua-ketua UMNO Bahagian, atau ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian dan seangkatan dengannya.


12. UMNO harus kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta rapatkan ukhwah dan banyak mendengar pandangan dan nasihat daripada para mufti, ulama dan ahli agama. Malah, UMNO harus bergerak tidak hanya sebagai badan politik atau NGO semata-mata, bahkan UMNO harus dilihat sebagai badan dakwah yang mengikut metodologi generasi salaf as-soleh dan mempunyai kumpulan dakwahnya yang tersendiri bagi memantapkan akidah dan mengurangkan gejala maksiat yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan generasi muda.



Inilah serba sedikit jika UMNO berhasrat mahu terus memimpin negara Malaysia tercinta ini. Walaupun mungkin saya dibenci dalam kalangan ahli UMNO sendiri apabila menyampaikan 12 perkara di atas ini, saya tidak akan peduli, saya mempunyai pendirian dan ikhlas mahu melihat UMNO berubah menajdi lebih baik. Dan jika UMNO bersungguh mahu berubah, maka inilah jalannya. Jika DS Najib mampu atau berupaya menilai cadangan-cadangan saya ini, saya yakin PAS dan PKR tidak akan lagi relevan di bumi Malaysia. Wallahualam. Mohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa.

73 comments:

Syima said...

saya rasa dengan idea2 begini kita dapat memantapkan struktur UMNO yang disegani.

jgn lagi ada cakap2 - bagai mengajar anak ketam berjalan lurus, sedangkan ibu ketam masih berjalan senget.

Kalau pucuk pimpinan mempunyai nilai2 agama yang tinggi orang lain yg melihat pasti turut menghormati mereka.

azli, kenapa dgn tajuk tu?? "tolong jangan baca" ? Owh... ini reverse psikologi untuk orang datang membaca... kan?

Daddy Cool said...

Cadanga no tiga...hmmmm, entahlah!

Desperado said...

Salam Tuan Azli....cadangan no 6 memang kena pada tempatnya, tapi perlu ada ketegasan....jika tidak, kepala Melayu akan dipijak...cuba kita perhatikan dalam senyap2 MCA cuba mencadangkan satu cadangan yang agak sensitif....bahaya!

Muhammad Azli Shukri said...

syima - betul tu, tajuk itu sengaja ditulis mcm tu agar ramai yang datang membacanya. wallahualam

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Azli Shukri
Saya 100 % tidak sokong semua cadangan u , kerana u kena faham kiblat semua ahli Umno .Kalau di wajibkan semua cadang u , alamat hilanglah MELAYU Atau KETAUAN Melayu di Dunia yang Fana ni

Muhammad Azli Shukri said...

tuan hj apakah makna melayu itu di sisi undang2 dan perlembagaan? bukankah melayu itu maksudnya individu yang mesti beragama islam, berbudaya melayu dan bertutur dalam bahasa melayu? bukankah ada disentuh Islam sebagai agama orang2 melayu? jadi mengapa perlu kita katakan bahawa ketuanan melayu akan hilang jika kita mengikut al-Quran dan sunnah pula?

Muhammad Azli Shukri said...

desperado - harap DS Najib mempunyai ketegasan seperti Tun

Anonymous said...

Yang nak hapus DEB tu pasal apa?
Yang nak layan semua kehendak bangsa lain tu pasal apa?
Mereka akan terus minta sampai mereka sama dgn bumiputera, itu yg mereka mahu!
Kita juga perlu bantu mereka kerana mereka juga rakyat negara ini tapi jgn sampai kera dihutan disusukan tapi anak sendiri akan mati kelaparan di negara sendiri.
Inilah masaalah orang UMNO yg dah kaya-kaya ni, dia lupa bangsa dia yg lain masih ketinggalan,cuma mementing diri sendiri.
Orang Cina menguasai ekonomi , apa yg dia tolong kita? Jadi kuli, bodyguard dan driver adalah!
UMNO cakap pasal ketuanan Melayu tapi siapa sebenar yg tuan! Melayu jadi drebar,bodyguard, tukang kebun towkay Cina.
Saya nak tanya ada ke Cina jadi drebar,bodyguard,tukang kebun towkay Melayu......?
Menyampah dgn sikap orang-orang kaya segera UMNO nih! Mudah sangat lupa diri dan lupa bangsa.

A K U said...

Salam...

Saudara Azli... Saya sokong 100% apa yang saudara nyatakan namun mampukah ia dilakukan.. adakah cukup kekuatan politik yang DSN ada untuk melaksanankan semua itu.. Namun harap semua akan jadi kenyataan... Satu yang paling penting untuk memenangi hati ramai rakyat biasa seperti saya adalah dengan membebaskan ekonomi kapitalis yang menjadi polisi kerajaan sejak zaman Tun Dr. Mahathir.. dengan dasar penswastaan.. Dengan sebab itu isu tol dan kenaikan harga keperluan penting elektrik dan air mengancam kuasa pemerintah... Itulah yang membuat ramai tidak puas hati kerana bil TOL, AIR, LETRIK tak mengenal Ketuanan Melayu... semua kena bayar sama... Kalau DSN dapat ikut jejak Allahyarham bapa beliau, dengan dasar membantu rakyat dengan FELDA dan sebagainya saya yakin sokongan rakyat akan meningkat semula... Hapuskanlah tol kerana itulah antara harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sokongan rakyat semula..

Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...

Ritz Ariff said...

Syabas Azli Syukri.... just follow your blog... semua ulasan anda menepati citarasa rakyat dan harapa baru rakyat malaysia. Cuma kalau boleh orang Melayu selaku pendukung agama islam tidak kira dari parti mana pun dapat bersama memajukan agama, bangsa & tanah air. Ini secara tidak langsung dapat mengajak agama lain memahami betapa indahnya agama islam selaku agama rasmi negara. Ini kerana kita orang melayu lebih2 lagi segelintir pemimpin kita selama ini telah memaparkan sifat keji dikalangan agama lain. Mereka ini sepatutnya menunjukkan contoh teladan yang baik dan ADIL kepada semua kaum. Tidakkah ini yang ditunjukkan oleh rasul kita untuk mengajak agama lain memahami islam dengan lebih dekat dan praktikal.

panglipulara® said...

Salam saudara Lie..

Tentang slogan new hope yang dicanang oleh Anwar
dan slogan One Hope yang dibawa oleh DS Najib.
takde bezanya kalau perlaksanaannya gagal.
najib juga tidak seharusnya
bijak bermain dengan slogan dan retorik
sahaja jika terus berjiwa pembunuh.
pandangan saya secara peribadi,slogan one hope
hanya sesuai digunakan dalam keadaan terdesak, slogan plagiat
dan ditokok tambah, najib bukan pencetus...

Apa makna one hope pada marhaen yg jelas tertindas,
50 tahun ditipu pemerintah negara dan miskin tegar.
miskin tegar ni bukan tidak bekerja,
mereka bekerja kuat untuk menyara keluarga
lebih kuat dari golongan kaya negara, mereka
tidak maju kerana mentaliti mereka masih di takuk lama,
masih berada ditakuk 70an, 80an, cuma gejala sosial
sahaja yg berkembang, ini kerana pertimbangan mereka
terhadap penerimaan aktiviti sosial adalah salah,
pandangan dan pertimbangan mereka tidak tepat
untuk berada sama paras dengan golongan kaya negara...

Disini pemimpin negara langsung tidak beri perhatian,
pembangunan mental tidak sehebat pembangunan meterial,
kerana itu lahirnya ramai generasi pemberontak
generasi yg inginkan kebebasan dan pembangunan minda.
Umum mula sedar mentaliti pimpinan mahathir
adalah mentaliti kelas ketiga, pimpinan yg tidak boleh dikritik,
pimpinan yg mencengkam dari aspek minda,
yang lama kelamaan menghanyut negara kebelakang.
10 tahun terakhir atau 10 tahun pertama negara dalam
cengkaman mahathir adalah sangat merugikan, mahathir abaikan
kesempatan untuk membangun dan membebaskan minda masyarakat...

Ingin saya selitkan, bahawa anwar ibrahim tidak pernah
takut untuk berdepan dengan apa jua senario politik.
Beliau dilihat tersungkur hanya pada undang2 rimba ISA,pada saya
tahanan ISA seperti beliau adalah wira, kerana apa beliau
Ditahan ISA ? tengku mahalel mungkin tahu.Yang
belindung dibelakang ISA adalah politikus
bacul bayangan mahathir, pencacai beliau tidak pernah
belajar mencetus tapi hanya tahu meniru atau menunggu suruhan,
mereka ini bukan pemimpin...

Rata-rata rakyat berkabung sewaktu najib mengangkat sumpah
pemerintah ke6, laknatlah kamu pemerintah yang rasuah dan menindas,
berkuburlah pekembar yang semakin nazak, amin...

Saya ingin memaparkan kepada najib supaya membersihkan diri
dari semua tuduhan yg mempunyai bukti, tidak perlu
mengheret kami dan anak-anak kami dengan masaalah sosial anda...

Peringatan untuk najib.

1. Sudah lama cerdik pandai bukan pekembar mencadangkan
supaya ISA dikaji semula.

2. Sudah lama para ulama negara mencadangkan hudud dimalaysia.

3. Sudah lama rakyat mempertikai rosmah yg tidak bertudung.

4. Tekankan kewajipan solat kepada semua rakyat malaysia yang beragama islam.

5. 99% pimpinan pekembar adalah perasuah dan penindas rakyat
(sekadar memberitahu) jika dibuang makin deraslah pekembar berkubur.

6. Malaysia ni bumi tuhan, bukan melayu punya, takut ke nk
bersaing dengan bngsa lain,itu sebab melayu
mundur dari tahun 50an.

7. DEB atau AEN sama saja kalau berlaku ketirisan.

8. AUKU sudah lama cerdik pandai pertikaikan.

9. Mahathir, daim, ku li xperlu berpolitik lagi,
badan pun dah berbau tanah, elok duduk atas sejadah sahaja.

10.Beri lebih perhatian pada perlaksanaan program rakyat,
jangan lebih berpolitik.

11.Beri lebih perhatian pada masaalah rakyat,
jangan lebih berpolitik

12.Pekembar dah menyimpang jauh dari perjuangan alquran.

Jika terkasar bahasa ia disengajakan untuk perasuah
dan perompak dari gerombolan pekembar...

http://hardcorekpgpisang.blogspot.com/

ZHARIF said...

apabila ahli UMNO kembali ke jalan yang benar dan mengangkat perjuangan agama sebagai agenda utama ia dapat mengembalikan semula keyakinan orang Melayu kepada UMNO.
Apabila peluang ekonomi terus wujud untuk kaum lain maka ini dapat menambah lagi sokongan kaum Cina dan India kepada kerajaan.
Kalau benar Anwar Ibrahim adalah ikon suci yang diangkat oleh parti pembangkang maka buktikan di kawasan parlimen beliau dahulu. Apa semua kebajikan masyarakat di sana terbela?

azman said...

cadangan saudara terlalu extreme untuk najib.

sebagai orang yang baru naik, dan ingin kekal lama, maka tindakan tidak popular seperti hudud, meminta bini bertudung adalah tidak sihat untuk karier politik beliau.

dan jangan lupa, Najib juga perlu menjaga hati MCA, MIC, Gerakan PPP dan sbg

perfectwater75 said...

Salam,

Wahai sahabatku...syabas atas keberanian menyampaikan nasihat, saya akur dengan keberanian tuan, soalnya adakah ia akan sampai atau sekadar dijeling sahaja oleh mereka yang diberi nasihat ini? Bagaimana komen sahabatku dengan surat atau kenyataan ini (harap ia bohong semata-mata)

http://4.bp.blogspot.com/_G4UF_wN334k/SdbbL9ugSLI/AAAAAAAAKsQ/ozPz7nrl7aM/s1600-h/1.jpg

thx!

Koboi BM said...

1. Mansuhkan ISA, tetapi digantikan dengan penahanan individu dari kaca mata Islam dalam bab Bughah (pemberontakan dalam kaca mata Islam), Islam telah menggariskan bagaimana seseorang itu boleh ditahan tanpa bicara dalam klafikasi pemberontakan kepada agama dan negara. Hal ini ada dilaksanakan oleh Saidina Umar al-Khattab semasa pemerintahannya. (Sila baca tulisan saya berkenaan isu ini dalam blog ini bertajuk : ISA Pernah Wujud Zaman Umar? dalam label Rencana Pilihan).

Saidina Umar adalah seorang khalifah yang boleh berijtihad dan setiap apa yang dilafazkan Umar adalah benar maka pada waktu itu kehakiman Islam berkhalifah terus dipegang oleh Umar. Sekiranya Umar mengatakan seseorang itu bersalah maka ianya adalah benar2 bersalah. Kalau Sdr. Azli nak guna teknik boleh tapi kena cari seserong yang mempunyai kedudukan dan ilmu serta laduni seumpama Saidina Umar. Kalau ada pemimpin di kalangan Umno yang mempunyai pekerti seperti Umar , peribadi seperti Umar dan waraknya seperti Umar maka seluruh orang Islam di Malaysia jangan hanya dalam ISA , kes curi ayam pun tak akan dibicara pun tak apa , dihukum teru spun akan di terima orang. Jadi bagi saya , saudara Azli masih belum memahami apa yang berlaku dalam zaman saidina Umar dan siapakah saidina Umar itu kerana hukum tidak membicarakan orang yang bersalah yang dilakukan oleh saidina Umar adalah berlatar-belakangkan peribadi serta imannya Umar.Umar...azli Umar..bukan Omaq kita-kita ni.

Koboi BM said...

2. Gubal Hukum Hudud untuk dibahaskan di Parlimen dan sama-sama kita laksanakan hukum tersebut di bumi Malaysia tercinta ini, agar kita semua sebagai warga Malaysia mendapat hidayah dan kasih sayang daripada Allah.

Nak bahas tentang apa lagi bab-bab hudud ni. Hudud di turunkan bukan untuk di bahas sdr azli tapi untuk dilaksanakan. Perkataan bahas yang sdr azli tulis di atas tu boleh diertikan dgn kepelbagaian erti dan makna bahas. Bagi saya , hudud
ni kalau di bahaskan di parlimen pun rasa2 saya tak kan cukup korum nyer nak bahas. Bukan mudah nak bahas Hudud ni sdr azli. Kadang2 sampai Jordan menadah kitab pun balik masih tak faham hudud pun ada. Jadi tambahlah di parliment kita , disalah ertikan hudud oleh yang tidak faham hudud maka pebih parah dari tak dibahaskan. Hudud ni yang mudah adalah di praktikan atas diri sendiri dulu lah sdr azli. Kalau esok sdr. azli mula praktikan hudud atas diri sdr azli lihatkan perbezaan dalam lusa. Dan hari tulat sdr azli boleh berikan bahas bagaimana rasa diri sdr azli bila sdr azli letakan hudud atas diri sdr azli sendiri. Manis akan terasa bila demam dah kebah.....

Muhammad Azli Shukri said...

Koboi BM - cubalah fahami fiqh waki dahulu, nabi diturunkan untuk diikuti, bukan surah baca sejarah sahaja, kalau itu ukuran saudara tak ada seorang pun yang boleh laksana hukum islam kat malaysia, nik aziz pun tak boleh, sebab apa? sebab masih tak boleh buat ijtihad sendiri, ilmunya pun tak sampai saidina umar, tolong lah baca sejarah balik, jangan terlalu banyak baca kitab2 kecil tulisan ustaz2 pas. banyak lagi kitab2 besar yang patut kita baca dan kaji.

zaman yang penuh fitnah ini ada cara untuk laksanakan islam, bukan mesti tunggu mcm saidan umar muncul baru kita nak buat. tolong faham hal ini.

Muhammad Azli Shukri said...

koboi BM - tak payahlah saudara masih menyekat untuk kita laksanakan hukum hudud, ia tak sukar, islam ni mudah yang sukar tu kita sendiri yang tak faham, kalau baca buku tulusan PAS memanglah tak faham, tapi kalau baca kitab tulisan ulama salaf mudah sahaja nak faham, tak payah dok cakap banyak, hukum Allah kita laksanakan sahaja, jangan beri alasan, dok suruh buat hudud kat diri sendiri pulak, ni satu lagi jenis tak faham apa makna hudud, lain kali khatam dulu, baru cakap, susah nanti jadi bertambah keliru pula.

Koboi BM said...

3. Wajibkan Datin Rosmah, isteri kepada DS Najib untuk memakai tudung, dan kemudian sama-sama kita berdakwah kepada puteri dan wanita UMNO untuk kita semua hamba Allah menutup aurat demi agama kita yang kita cintai.

Sdr Azli tak boleh lah keluarkan kenyataan macam ni. Sdr azli kena faham kenapa sesuatu hukum itu dibuat dan dilaksanakan. Hukum memakai TUDUNG KERANA ISTERI PERDANA MENTERI DAN UNTUK RAIH UNDI adalah HARAM hukumnya Sdr. Azli. Sdr, Azli menghukum Datin Rosmah WAJIB pakai tudung disebabkan Umno lebih teruk lagi dakwah sdr azli ni. Sdr Azli tak perlu memberi nasihat dan pandangan seperti di atas kerana bagi saya nasihat diatas ADALAH SEBUAH PENGKHIATAN DARI BELAKANG terhadap PERDANA MENTERI BARU. Sdr Azli bagi saya , sdr telah mula mengderhaka kepada pemimpin kerana nasihat sdr seolah-olah sengaja untuk memalukan PERDANA MENTERI BARU dan hukum memalukan pemimpin di depan rakyat adalah HARAM. Sdr Azli.....banyak pemahaman Islam yang belum sdr azli faham seperti kehendak Rasul rupanya.....sdr azli manaksir dengan akal bukan dengan wahyu maka sdr azli byk lari dari addeen.

Koboi BM said...

Saudara Azli , saya bukan orang PAS , saya orang UMNO macam saudara juga. Waktu saya beli kitab dan nama pengarang jarang diletakan uztaz pas atau umno. Ustaz umnolah yang banyak tulis buku.

Muhammad Azli Shukri said...

koboi BM - lari dari ad deen hukuman yang sungguh berat saudara berikan kepada saya, moga Allah mengampuni saudara, saya tidak mahu lagi berhujah dengan saudara, kerana nampaknya saudara nampaknya tidak berniat untuk mencari kebenaran.

tuduhan kononnya pakai tudung untuk meraih undi adalah fitnah kepada saya, dan berat hukuman itu saudara. ada saya tulis hal itu adalah untuk mendapat undi? atau saudara berburuk sangka kepada saya? apakah nasihat saya saudara tuduh sebagai menikam dari belakang?

Oh..banyak sungguh saudara memfitnah saya di sini, patutlah jelas fikiran saudara masih banyak keliru berkenaan maqasid syariah tentang mengapa diwajibkan bertudung..wallahualam,

Koboi BM said...

4. Tekankan persoalan solat kepada semua ahli UMNO dan didik mereka dengan menghayati Islam dengan lebih sempurna, agar mereka memahami tentang dosa dan pahala, tentang haram dan halal. Semua ini akan menguatkan akidah ahli-ahli UMNO itu sendiri.

Cadangan diatas ternyata nampak macam seumpama sdr azli kata ahli UMNO banyak yang buta perut tak tau kata solat tu wajib. Kalau masuk tadika kemas pun saya rasa uztazah ada bagi tau dari seawal umur 5 tahun lagi bahawa solat itu wajib. Tak susah kalau tekankan bab2 solat ni. Datuk Najib selalu saja solat bila ada program , yang tak solat geng wartawan dengan penyagak yang tak tau kata solat itu wajib kut. Saya rasa adr azli ni ada krisis psikology kut sebab nak tekankan solat yang memang dah wajib dah bagi yang akil baligh. kalau dalam umno ada ahli yang belum akil baligh elok jugalah ditekan pada mereka tapi setahu saya memang tak adalah ahli umno yang TAK AKIL BALIGH. Kadang2 cadangan2 yang macam ni lah yang merosakan dewan parlimen. Kalau sdr azli jadi ahli parlimen saya rasa tak mantap kalau bab2 tekan solat tu wajib sedangkan azan berkemundang 5 kali sehari. Bagi mereka yang buta perut saja yang tak boleh merasa apa itu erti azan. jadi bagi saya sdr azli ni main bedal saja buat cadangan tanpa memahami tuntutan dakwah yang sebenarnya kerana setiap kali ingin berdakwah janganlah kecilkan hati golongan yang ingin di dakwah. Cadangan sdr azli ni imporsible lah....cadangan yang menunjukan bahawa dalam umno seolah-olah memang ada yang tak faham kata solat tu wajib.

Muhammad Azli Shukri said...

saudara orang UMNO, maka nasihatlah pemimpin dan ahli2nya agar kita mampu bertaqwa kepada Allah, dan bukan menghalalkan yang jelas haram. saya sayangkan UMNO tetapi UMNO mesti berubah, saudara harus faham selama ini UMNO tewas adalah kerana tak mahu mendengar kata2 ahli akar umbi, kita lebih selesa mendengar cakap orang kanan sahaja.

Istilah menderhaka yang saudara lemparkan kepada saya sangat bisa, apakah saudara fikir jika kita menasihat pemimpin maka dengan segera kita terus melebelkan sebagai penderhaka.

ada yang PAS nasihat itu betul dan ada yang UMNO buat itu salah, kita harus ambil yang mana baik dan betul dari kedua2nya, baru UMNO boleh kuat dan selamat. Jangan fikir bahawa saya seolah2 telah diracuni faham PAS, itu fikiran buruk sangka namanya, saya akan menerima mana2 yang baik dan betul mengikut wahyu dan as-sunnah dan disulami dengan maqasid syariah dan fiqh waki' kita kena ikhlas bercakap benar berasaskan ilmu dan jangan kata islam itu sukar, permudahkan, nabi menyuruh kita mempermudahkannya.

Muhammad Azli Shukri said...

koboi BM ni agaknya bukan tahu sangat berkenaan apa yang berlaku di peringkat UMNO akar umbi, saudara harus faham, hal ini adalah realiti pemuda2 UMNO, kita harus ikhlas bercakap benar, jangan masih nak cari jalan untuk menafikannya. Saudara menyokong UMNO, saya juga penyokong UMNO, tolong bercakap benar barah yang melanda kita, ini tidak akan menguntungkan pihak pembangkan pun, apa yang saudara perlu risaukan.

Koboi BM said...

Saya tidak memfitnah sdr azli. Tetapi saudara azli sendirilah yang membuka pekung untuk difitnah. Sdr azli tentu pernah membaca tulisan saidina umar tentang hukuman yang berat akan diberikan kepada mereka yang sengaja membuka pekung untuk difitnah. Terserah lah kitab mana yang sdr azli nak rujuk samada ulam salaf kah atau ulama salah kah. Keluar dari addeen bererti menaksirkan sesuatu dalam bentuk yang menyimpang dari kehendak syarak.

Koboi BM said...

Sebenarnya tulisan saudara azli ini baik tapi YANG BAIK DI MATA KITA BELUM BAIK DI MATA ORANG azli DAN YANG JELEK / BURUK DIMATA KITA BELUM TENTU BURUK DI MATA ORANG...kata2 inilah yang Tun berikan pada saya......

Koboi BM said...

UMNO memperjuangkan MELAYU dan PAS memperjuangkan ISLAM. Kalau sdr azli duduk di kandang ayam tapi niat nak bertemu itik memang posible. ITIK DIKANDANG ITIK dan AYAM DIKANDANG AYAM.....sdr azli faham betul2 apa maksud saya....

Muhammad Azli Shukri said...

koboi BM - tidak perlu saudara bersandar kepada saidana umar, andaikata saudara masih tidak faham banyak perkara, dan saudara membuat tuduhan yang bukan2 kepada saya, atas alasan kononnya saya membuka pintu fitnah? nampaknya masih ada ahli UMNO yang mempunyai mentaliti seperti ini, sayang ajaran islam tidak dihitung dengan ikhlas dan adil. sekali pun kita mahu menyokong parti kesayangan kita, lakukan dengan adil dan ikhlas bukan mempertikaikan hal yang benar dan memfitnah orang lain kononnya tersasar daripada adeen, siapa sebenarnya yang tersasar ini? hanya Allah yang tahu, moga Allah mengampuni dosa fitnah saudara kepada saya. wallahualam,

Muhammad Azli Shukri said...

hakikatnya UMNO memperjuangkan Melayu dan Islam sekaligus, jangan pesongkan hal ini. saya perlu bercakap benar, Islam jangan ditinggalkan. UMNO perlu menekankan soal islam, jika kita mahu terus hidup dalam perjuangan.

Koboi BM said...

KALAU UMNO MAU PERJUANGKAN ISLAM LETAK LAH SLOGAN BARU

UMNO - DEMI ISLAM & MELAYU

ada berani ka?

suarajagat said...

masih menanti senarai kabinet baru..
siapa yg akan masuk..& siapa yg gugur?
hopefully mukhriz dpt tempat..at least timb.menteri.

Koboi BM said...

Untuk pengetahuan sdr azli Umno MEMPERJUANGKAN MELAYU & MEMPERTAHANKAN ISLAM ....itu yg betul kut......perjuang dan pertahan adalah 2 kalimah yang berbeza sdr azli...

Koboi BM said...

Bila saya amati balik tentang sdr azli saya nampak kenapa sdr azli ada krisis non-umno dalam diri sdr azli rupa2nya ada beberapa slogan yang sdr azli main tangkap muat. Memperjuang bererti berlawan untuk mendapatkan KEMENANGAN bererti pada waktu itu kemenangan belum muncul. MEMPERTAHANKAN bererti mengekalkan KEMENANGAN. Istilah2 seperti ini sebenarnya adalah istilah awal bagi mereka yang mau mengenali PARTI. Sdr Azli masih jauh dalam memahami UMNO rupanya...patut pun umno boleh lingkup...

Anonymous said...

Saya sokong cadangan sdr azli 100%..meskipun sy penyokong PR,tp klau ini yg UMNO bjye laksanakan,maka tiada sebab utk rakyat menolak UMNO..bersama2 kita menegakkan yg hak dan menolak kebatilan...

Koboi BM said...

Cadangan yang berikan memang cukup baik tapi sebenarnya saya tak faham kenapa perlu ada nama umno untuk buatkan cadangan2 seperti itu. Sedangkan cadangan yang diberikan oleh sdr azli adalah tuntutan agama bukan cadangan sdr azli. Disini pembaca harus tahu menilai antara sapi yang punya susu tapi lembu yang dapat nama. Yang diberikan oleh sdr azli itu bukan cadangan tapi tuntutan Islam. Sesuatu yang di tuntut oleh agama Islam tidak layak di namakan cadangan. Seolah-olah datang seorang pujanga yang mencadangkan seseorang muslim itu membuat solat zohor mengikut waktu. Itu bukan cadangan ....itu tuntutan. Kadang2 perlu faham dulu apa yang di maksudkan dengan CADANGAN dan apa yang di sebut TUNTUTAN. Wajarkah sdr azli menukar TUNTUTAN ISLAM menjadi cadangan beliau ? INI TIDAK ADIL ! ( scrip 3 abdul daaa)

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

tentang najib, ia senang diulas begini. manakan tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi.
sy sgt suka kepada ulasan anda. tak mampu nak tulis begini laaa.. ayo

Koboi BM said...

5. Keluarkan semula pemimpin UMNO yang korupsi dan jelas mempunyai rekod korupsi yang dibenci oleh rakyat dan ahli UMNO di peringkat akar umbi dari kepimpinan dan barisan kabinet DS Najib yang akan ditubuh kelak.

Ini usul yang best ! Kalau UMNO buat macam ni last-last sekali tinggal sdr azli sorang2 jer dalam umno ni hehehe. Islam menuntut kepada seseorang pemimpin itu WAJIB MEMBERIKAN NASIHAT YANG BAIK DAN TELADAN YANG BAIK. Kalau nasihat yang baik tapi teladan yang buruk bererti belum layak memimpin dan kalau pula teladan yang bail tetapi nasihatnya buruk juga tidak layak memimpin. Jadi fikir2 lah erti setiap kata jika sdr azli ingin bersuara....

Koboi BM said...

Untuk Sdr Azli cuba renungkan pepatah ini : MENDAPATKAN SESUATU ITU ADALAH MUDAH , MEMPERTAHANKAN NYA YANG PAYAH.....

kata2 diatas saya perolehi kira2 15 tahun yang lalu....hari ini saya harap sdr azli boleh memahami maksud kata2 diatas dan gunalah dalam menjaga apa pun yang telah sdr azli perolehi...

putChi said...

suke idea kamu, ape2 pon. kembali pada yg 1!~

Nizar_Ryza said...

SIMPANG, 4 April : Segerombolan pemuda BN didapati telah menampal poster calon BN di atas poster dan billboard calon PAS, Y.B. Nizar Jamaluddin lebih kurang jam 12 tengah malam tadi.

Perbuatan khianat ini disaksikan sendiri oleh Unit Amal Selangor yang sedang meronda di kawasan tersebut. Selepas mereka menyedari bahawa perbuatan mereka telah dirakam, mereka tidak berpuas hati dan cuba untuk menimbulkan kekecohan.

Sewaktu mereka beredar, salah seorang dari mereka hampir melanggar salah seorang daripada Unit Amal yang sedang merakamkan perbuatan mereka tetapi niat mereka terhalang apabila petugas PAS dari kawasan berhampiran mula membanjiri kawasan kejadian.

Tidak lama kemudian, mereka datang bersama-sama dengan beberapa orang lagi yang disyaki cuba membalas dendam kerana merakam perbuatan mereka.

Insiden itu berlanjutan hingga melibatkan FRU untuk menenangkan keadaan.

Bro, ada lagi ke Pemuda Tahan Lasak ni skang??

RUJUKAN:
http://prk059.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=227:siapa-yang-pengkhianat-jgn-publish-lg&catid=34:berita-terkini&Itemid=53

Anonymous said...

Saya rasa kita patut bubarkan BN dan PAS.. Kita patut gabungkan pas dan bn demi islam.. Jika kita bercakar-cakaran, nanti kita akan dipijak oleh orang kafir.. Bersatu padu akan membawa keharmonian pada kita.. Musuh takut kita bersatu-padu, jadi dia mula pisahkan kita.. Berindaklah anda kerna dunia ni sudah dekat kiamat..

Koboi BM said...

tuan hj apakah makna melayu itu di sisi undang2 dan perlembagaan? bukankah melayu itu maksudnya individu yang mesti beragama islam, berbudaya melayu dan bertutur dalam bahasa melayu? bukankah ada disentuh Islam sebagai agama orang2 melayu? jadi mengapa perlu kita katakan bahawa ketuanan melayu akan hilang jika kita mengikut al-Quran dan sunnah pula?

Tulisan diatas adalah tulisan sdr azli tentang MELAYU. Saya harap sdr azli faham yang maksud melayu yang mengamalkan agama islam hanya dalam kamus DEWAN BAHASA sahaja sdr azli. Kamus dari bahasa indonesia tidak membawa maksud yang diatas.Kamus dari thailand juga tidak memaksudkan orang melayu itu wajib beragama Islam. Kalau MELAYU itu wajib Islam ini merbahaya kerana istilah Melayu ini bererti pasangan nya adalah Islam. Kalau melayu ini murtad dan tidak mahu Islam apakah bangsa yang akan kita letak kan dalam kad pengenalan beliau. Tolong beritahu saya sdr azli bahawa sdr byk merapu dan benar2 sdr tak faham antara agama , bangsa dan tanahair yang pernah di catatkan dalam buku rahsia perjuangan melayu dengan istilah ALIF , BHA DAN THA. Yang membawa erti alif itu agama iaini Islam , bha itu bangsa iaini melayu dan tha itu ertinya tanahair. Maka sering orang tua berkata KALAU ALIF BHA THA pun kenal jangan lah bercakap tentang Melayu. Dalam bahasa sangkrti HI bererti GUNUNG dan MALAYA membawa erti MELAYU dalam bahasa sangkrit dan kalau sdr azli renung sebuah GUNUNG HI-MALAYA maka sdr azli akan terperasan dari mana istilah GUNUNG MELAYU ini timbul.Jadi kelam kabut kalau bangsa dan agama nak disamakan sdr azli. Bangsa tetap bangsa sdr azli dan agama tetap agama. Kalau orang melayu harus atau wajib Islam bererti Melayu telah cuba memonopolikan bangsa itu. apakah erti Jawa pula dan bagaimana dengan hukum orang jawa. Uhhh kerana tinggal di malaysia lama JAWA pun kita anggap melayu sebab rata-rata orang Jawa di malaysia ni agama Islam. Kalau di pulau jawa sana , org tiada tekanan nak beragama apa sdr azli....jawa nak buddha macam di bali ka , jawa nak islam mcm di mataram ka...ikutlah sebab itu bangsa...kita tak boleh paksakan satu-satu bangsa tu dengan satu-satu agama. Sebenarnya erti orang Melayu yang di buat oleh dewan bahasa bersifat politik tak telus dalam memberi maksud. Seumpama cuba meniru Siam atau thailand....bangsa siam atau bangsa thailand wajib beragama buddha. Maka sebab ada pengaruh siam maka di dewan bahasa pun terjemah - orang melayu adalah orng yang beragama Islam dan mengamalkan budaya melayu. apa dia budaya melayu sdr azli??? Tolong senarai kejap kat kita2 ni. Main wau - budaya thai. main gasing - budaya thai. mak yong / menora - thai. wayang kulit - jawa. bersanding - hindu. Meminang - Islam. apadia adat melayu sdr azli ??? tolong senarai sat sebab nak tengok sapa2 yang duk amal budaya melayu tapi kita mau yang pure punya melayu.....campur2 kalu tak main la sdr azli. macam sepak takraw tu kita faham sgt lah dari mana. Bagi tau mai sat apadia budaya melayu yg di maksudkan sdr azli tu?

amir said...

huh..
bernas btol idea ni?
bkan sebrg oatk bleh generate idea
sebijak ini..

Koboi BM said...

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan)
Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Teori Yunnan
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, [6] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.
Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai pinang.Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.

Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

Dari tulisan di atas apakah sdr azli faham erti MELAYU sebenar....

Koboi BM said...

Thursday, August 30, 2007
Draft Tentang asal usul bangsa Melayu....

http://koboibm.blogspot.com/

....dah setahun lebih di tulis...

Koboi BM said...

' Tak akan Melayu hilang di dunia '.
Telah lama kita menyusuri diri sebagai Melayu. Telah lama juga kita dialpakan tentang Melayu itu sendiri. Kalimat 'Tak akan Melayu hilang di dunia' ini kalau di tanya pada orang Melayu sudah pastilah mereka tahu dari mana datangnya ia. Benar bagai dikata Melayu tak akan hilang kaumnya begitulah kata-kata Datuk Hang Tuah kepada kita. Saya belum mahu menyentuh siapa Datuk Hang Tuah sebenarnya. Bukan gelaran 'Datuk' nya itu yang mahu saya bahaskan tapi tentang siapakah Hang Tuah yang sering dikatakan pahlawan Melayu yang terbilang kerana handalnya dia bermain keris.
Kalau Datuk Hang Tuah itu masih ada , mahu saya memberitahu padanya memang Melayu itu tak akan hilang di dunia ini tapi yang hilang adalah sejarahnya. Sejarah Melayu itu sendiri. Kalau sejarah sudah mahu di hilangkan bererti Melayu itu juga akan dihilangkan sedikit demi sedikit. Tidak perlu dihilangkan orangnya cukup dengan menghilang akan ciri-ciri orangnya maka akan hilanglah Melayu itu. Semua benda di dunia ini di kenal melalui ciri-cirinya. Kalau ciri-ciri itu dihilangkan maka tiada lagi orang mengenalinya. Seperti yang biasanya berlaku yang biasa di lakukan orang kalau seseorang lelaki itu telah berpakaian perempuan maka hilanglah ciri-ciri lelakinya. Bahasa pun tidak lagi memanggilnya dengan pangilan lelaki walau hakikatnya ianya adalah lelaki kerana ciri-ciri kelakianya telah dihilangkan dengan pakaian seperti itu. Begitu juga dengan bangsa Melayu akan mengikut seperti itu juga kalau tidak dipertahankan akan Melayunya. Jadilah Melayu itu seperti orang yang telah berganti ciri-ciri pakaian itu tadi kerana ciri-ciri itu adalah 'identitinya'.
Pedih memang pedih. Sedih memang sedih tapi hakikatnya begitulah jika tidak mengenal asalnya mana mahu mereka mempertahankan Melayunya. Apa yang mahu mereka pertahanankan kalau mereka pun terumbang-ambing kerana dangkalnya pengetahuan mereka tentang Melayu. Kalau dengan membaca buku ini masih ada yang kurang berpuas hati tentang sejarahnya Melayu, masih belum menemui apa itu Melayu maka teruskan lagi mencari dan mengali dari lubuk yang lain pula agar dangkal itu menjadi dalam hendaknya. Begitulah kehendak saya agar Melayu itu tak akan hilang akan tetap Melayu itu ada pada setiap jiwa yang namanya Melayu.
Hilang ciri hilang identiti, hilanglah Melayu itu sendiri. Setelah hilang semuanya bukan mudah untuk mencari semula. Kalau dihimpunkan bijak pandai yang mahu melihat sejarah Melayu seperti kami melihatnya nescaya sejarah yang sebenar atau hampir benar dapat kita kekalkan sebagai bekalan untuk mereka yang akan datang. Begitulah cita-cita kami yang telah berusaha mengumpul kembali asas sejarah ini agar tidak ditelan kehilanganya. Agar Melayu itu dapat berdiri dengan sendiri dengan identitinya yang unik dengan karya sejarahnya yang tersendiri hingga ke akhir zaman tidak akan dilupa orang hendaknya insyaAllah.
Kalau dilihat pada hari ini kalau disingkap sejarah ini mahukah kita berfikir kembali kenapa karya sejarah Melayu yang agung bagi kita di jarah oleh penjajah di curi tanpa rela di ambil tanpa muafakat hingga hilang rujukan zaman buat kita rujuk kembali akan galurnya Melayu itu. Kalau dilihat apa yang berlaku ini mahu saya gantikan satu pantun agar pembaca mengerti akan maksud saya agar kita mula sedar yang kita ini telah termakan ikan Senohong. Pantunya berbunyi begini :
Gelama Ikan Duri
Siakap Senohong
Mula-mula mencuri
Kemudian berbohong.
Inilah pantun yang sesuai buat kita masa ini kerana sejarah kita telah begitu jadinya. Dulu dicuri oleh mereka kemudian sekarang ini dibohong pula pada kita. Kalau kita masih leka masih mahu menutup mata maka hari ke depan nanti akan hilang semuanya sejarah kita. Bacalah buku ini sebaik mungkin bermula dengan perlahan-lahan agar masuk ke jiwa kita barang yang benar agar pemikiran kita di cuci dengan kebenaran agar kita tidak berganti pakaian jika tidak malu kita dengan bangsa yang lain kerana bahasa pun tidak dapat memanggil kita dengan perkataan sebagai Melayu.

Koboi BM said...

SIAKAP SENOHONG
GELAMA IKAN DURI
BERCAKAP BOHONG
LAMA-LAMA MENCURI
Sememangnya orang Melayu tidak dapat dipisahkan dengan pantun. Begitulah yang selalu tergambar. Dibenua mana sekalipun orang Melayu ini berada tetap pantun juga yang di ajar kepada anak cucunya. Saya menerima pantun ini sewaktu saya masih kecil yang masih mentah untuk mengenal ikan Siakap dan ikan Senohong tetapi dari mulut orang tua-tua pantun ini menjadi lantunan sebagai mengingatkan kita agar tidak berbohong kepada sesiapa jua tidak kira samada kepada ahli keluarga mahupun kaum kerabat ataupun kaum sendiri.
Kesinambungan pantun inilah yang telah menghilangkan segala rasa suka saya sekiranya saya masih lagi tidak mendedahkan sejarah bangsa Melayu kepada generasi yang akan datang. Bagi saya sejarah itu amat penting bagi membentuk sesuatu bangsa yang bertamadun terutama bangsa Melayu di Malaysia yang masih terumbang-ambing mencari identiti sebenar tetapi sebenarnya telah di identitikan sejak awal dulu sejak hampir 1000 tahun yang lalu.
Masa terus berganti untuk balik ke 1000 tahun yang lalu adalah mustahil. Untuk tidak menoleh kepada sejarah yang lalu juga mustahil. Untuk tidak mengendahkan sejarah 1000 tahun yang lalu juga bererti kita kejam kepada sejarah itu sendiri. Disinilah akan terjawap bagaimana Melayu itu dibentuk dengan perjalanan masa selama hampir 1000 tahun lamanya. Bukan boleh dibuat main dengan hal ini , bukan boleh dibiarkan berlalu begitu saja. Mereka 1000 tahun yang lalu mengharapkan bangsa Melayu menjadi satu bangsa yang progresif agar anak cucu mereka yang boleh mereka banggakan sebagai ' satu bangsa yang bertamadun'. Bukan satu bangsa yang terpalit dengan 'Siakap Senohong' .
Permulaan pencuri itu adalah dengan berbohong mulanya. Begitulah pantun itu menceritakan watak pencuri kepada kita atau mengingatkan kita agar tidak bercakap bohong kerana takut dan bimbang lama-kelamaan kita akan menjadi pencuri akhirnya. Kalaulah yang akan mencuri itu bermula dengan berbohong maka kita harus waspada kepada setiap pembohong yang berada di depan kita kerana suatu hari nanti mereka yang berbohong sudah pasti akan mencuri pula. Begitu juga dengan sejarah yang ada atau hal yang mahu kita bincangkan. Ianya masih panjang kerana bermula dari pembohongan sejarah dan akan diakhiri dengan pencurian sejarah kepada kita. Sememangnya sejarah Melayu telah dicuri dari hati setiap diri orang Melayu hingga hilang Melayunya. Begitulah bentuk pencurian yang paling dahsyat paling sadis kerana kaum Melayu akan hilang Melayunya maka jadilah seperti kelasi kapal yang pecah kapalnya yang hilang nahkodanya yang akan berpencar kesana-kemari berpaut pada apa saja yang boleh di paut asal saja tetap hidup. Begitulah ibaratnya Melayu kalau sudah di curi sejarah Melayunya dari dirinya.

Koboi BM said...

UMNO harus kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta rapatkan ukhwah dan banyak mendengar pandangan dan nasihat daripada para mufti, ulama dan ahli agama.

Ini salah satu lagi cadangan sdr azli yang dia sendiri tak faham hukum. Sepatutnya di tulis UMNO WAJIB kembali kepada al-quran dan sunnah. Bukannya HARUS. Harus dalam fekah bermaksud buat pun tidak memperolehi pahala , tidak buat pun tidak memperolehi pahala. Tetapi kalau WAJIB bererti kalau tidak buat pasti berdosa. Kalau sdr azli ni sayangkan umno dia tidak akan meletakan hukum HARUS kembali kepada al-quran dan sunnah tetapi nescaya sdr azli akan letakan WAJIB berubah kalau tidak maka UMNO akan terus berdosa. Saya sendiri pun tak faham macam mana sdr azli ni boleh jadi penulis hehehe.....sembang bab Islam bukan main maut lagi tapi hukum HARUS dengan WAJIB pun kantoi tak tahu guna. Dah guna hukum pun main random saja dan boleh pulak saudara azli letak BERHUKUM HARUS untuk umno berubah sedangkan dah jatuh WAJIB umno kembali kepada al-quran dan sunnah. KALAU SDR AZLI JADI PENASIHAT AGAMA DALAM UMNO ATAU JADI PENASIHAT KEPADA MANA-MANA PEMIMPIN UMNO MAKA UMNO AKAN LAGI ROSAK TERUKLAH. Inilah jenis orang umno yang duk pelingkup umno sebenarnya.Dari cakap dan penulisan macam dia sorang saja yang baca kitab salaf...tapi letak hukum pun kena...azli ...azli...

Koboi BM said...

PATUT PUN UMNO BOLEH LINGKUP RUPANYA DAH JUMPA BENIH-BENIH YANG SELALU TIMBUL MEROSAKAN UMNO.Orang macam kamu AZLI betul2 umno pure...betul umno keng lah kata saya....syabas azli syabas...ada lagi 3 orang mcam kau punya fahaman DS Najib pun boleh tertinggal selipar lari tinggalkan umno....

Anonymous said...

Bagus le tu Azli hang masuk UMNO,sebab Umno tu umpama tong taik hang cuci tong dari dalam sampai bila pun tak akan bersih....lu fikirlah sendiri...

Koboi BM said...

51 DALIL UNTUK SDR AZLI :

sdr azli ...kalau sdr azli betul2 faham tentang Islam dan Hudud nescaya sdr tak kan berada di dalam umno. kalau sdr tak percaya pergilah tanya orang bukan UmNo tentang ayat yang saya katakan tu. Kalau dah betul baiknya punya faham pasai Islam nescaya tak kan jadi umno lah dia hehehe

Koboi BM said...

KEPERCAYAAN ORANG-ORANG MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, anutan masyarakat Melayu pada ketika itu, boleh di bahagikan kepada tiga kumpulan agama yang terbesar iaitu :- 1. Agama Buddha Puja Dewa 2. Agama Hindu Puja Dewi 3. Amalan orang-orang Asli. ( Animisme ) Orang-orang Asli sangat kuat berpegang kepada berbagai-bagai kaedah pemujaan Jin sehingga Tok-tok Batin orang Asli di ukur akan kehebatan diri mereka, dengan had ukuran panjang rambut di kepala mereka. Percantuman 3 puak ini samada melalui nikah kahwin atau seumpamanya menghasilkan suatu kemantapan yang kukuh dalam adat resam dan istiadat kebudayaan orang Melayu, di samping membuahkan pelbagai rupa bentuk ilmu, amalan dan kaedah pemujaan dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu perkara yang luar biasa dan mencarik adat, berlumba-lumba untuk menjadi jaguh atau orang yang paling handal di kalangan mereka, untuk bermegah-megah, gagah, orang yang paling berkuasa, orang yang paling di hormati, di segani dan sebagainya. (Lihat carta amalan-amalan Khurafat ) Islam datang ke Asia Tenggara samada melalui Negeri China, Yaman, Parsi atau India dan bertapak kukuh sehingga lebih kurang 200 tahun sahaja. Selepas itu masuklah pula pengaruh agama Kristian melalui penjajahan kuasa-kuasa Barat. Manakala di dalam masyarakat Islam sendiri pula telah di pengaruhi oleh pengaruh-pengaruh Rafidiah, Kharijiah, Qadariah, Jabariah dan sebagainya sehingga menimbulkan berbagai-bagai kefahaman dan aliran dalam mempraktikan ajaran Islam. Keadaan ini menyebabkan sesetengahnya pula terjerumus kedalam gaung kesesatan berikut : 1. Bida’ah Dholalah yang Karohah dan Bida’ah yang haram dalam Syariat 2. Berada dalam salah satu daripada 72 puak yang sesat lagi menyesatkan dalam bab Aqidah. 3. Berada dalam salah satu daripada 13 puak yang sesat lagi menyesatkan dalam bab Sufi Daripada pecahan di atas maka wujudlah berbagai-bagai kelompok masyarakat Melayu yang mempunyai fahaman dan amalan masing-masing . Dari situ lahirlah amalan-amalan yang di panggil amalan "Kebatinan ´ atau " Ilmu Hakikat " ( Ilmu Isi ) yang meninggalkan amal syariat sehinggakan sembahyang hanyalah dengan niat sahaja. Puak-puak yang sesat ini dapat di lihat menerusi amalan yang mereka lakukan dalam menunaikan ibadat kepada Allah. Ringkasnya apa jua amalan yang tidak mengikut garis panduan Al-Quran, Hadis Rasullullah s.a.w, Ijma dan Qias adalah termasuk dalam salah satu daripada fahaman-fahaman yang sesat daripada tiga kelompok besar di atas. Jenis Amalan Beragama Orang-Orang Melayu Sebelum Islam. Pada dasarnya amalan beragama orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam bolehlah dibahagikan kepada tiga kepercayaan yang besar iaitu :- 1. Orang-orang Melayu yang beragama Buddha Puja Dewa 2. Orang-orang Melayu yang beragama Hindu Puja Dewi 3. Orang-orang Melayu yang berpegang dan beramal dengan amalan orang-orang Asli. ( Animisme ) Akibat dari ajaran dan pegangan mereka itu lahir dan wujudlah berbagai-bagai bentuk kebudayaan dan adat resam mengikut jenis agama dan kepercayaan yang mereka anuti. Kedatangan Islam ke Nusantara selepas itu telah berjaya membasmi kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Namun tidak semua masyarakat Melayu yang mahu meninggalkan kepercayaan mereka secara keseluruhan dan sehingga ke hari ini, kita masih dapat melihat betapa amalan Khurafat itu masih tegak dan tetap hidup dalam adat resam dan kebudayaan Melayu terutamanya dalam majlis perkahwinan, kematian, perbomohan dan perbidanan, latihan pertahanan diri dan sebagainya. Di samping itu kepercayaan kepada benda-benda keramat seperti keris, kubur, pokok besar, batu dan sebagainya begitu kuat sehingga dapat di lihat sesetengah orang Melayu yang masih menjaga dan menyimpan dengan baik keris pesaka sejak turun temurun, yang dikatakan sebagai "Penjaga keluarga." Kepercayaan seperti ini ada hubungannya dengan asal-usul orang Melayu yang kebanyakannya berasal dari Kepulauan Indonesia yang memang terkenal pada suatu masa dahulu dengan adat dan kepercayaan Hindu serta Buddha. Walaupun Islam mula bertapak di Mataram, Majapahit dan seluruh Kepulauan Jawa namum sisa-sisa peninggalan Hindu dan Buddha masih kuat dalam pegangan mereka. Di Semenanjung Malaysia sendiri terdapat berbagai keturunan seperti Melayu, Bugis, Mendiling, Rawa, Jawa, Banjar, Petani, Siam dan sebagainya dan terdapat juga yang berasal dari keturunan orang-orang Asli. Setelah memeluk Islam mereka telah membawa adat resam masing-masing di dalam agama Islam. Walaupun mereka berbeza dari segi suku keturunannya, namun mereka masih lagi tidak terlepas dari adat resam Hindu dan percampuran dengan adat dan amalan orang Asli. Amalan-amalan kuno seperti puja tanduk lembu/kerbau, hantaran perkahwinan, sireh junjung, nasi tinggi, kelapa-garam-gula dan sebagainya, lenggang perut, kenduri 40/100 hari selepas kematian, sembelih ayam semasa buka gelanggang latihan pertahanan diri, sangkak/ancak untuk jamu Jin dan sebagainya adalah contoh amalan yang ada hubungan dengan pengaruh Hindu dalam adat resam orang-orang Melayu. Begitu juga adat resam, tingkah laku orang-orang asli sebelum Islam di ambil sebagai adat resam atau sebagai cara beragama yang mesti didahulukan, di tokok tambah lagi dengan redha dan lahapnya kita menerima membabi buta pengaruh kebudayaan penjajah yang memang merupakan suatu perancangan jangka panjang Yahudi dan Kristian khasnya untuk membunuh keperibadian muslim orang-orang Melayu yang berpegang teguh dengan agama Islam. Sehingga kini amalan-amalan tersebut masih lagi hidup subur, walaupun telah berkali-kali seruan dakwah sampai kepada mereka supaya meninggalkan amalan tersebut, namun bagi sesetengah daripada mereka itu telah beranggapan bahawa adat-adat tersebut seolah-olah sebahagian daripada ajaran Islam yang mereka anuti. Maka dengan sebab itulah mereka telah mencampuradukkan antara ajaran Islam yang suci ini dengan adat resam yang karut lagi menyesatkan itu, yang semata-mata mengikut khayalan, kebijaksanaan pemikiran dan tahsinul ‘aqli mereka semata-mata sahaja.. Perkara Luar Biasa Yang Mencarik Adat Allah telah menganugerahkan kepada manusia khusus dan awam 8 perkara luar biasa yang mencarit adat yang boleh berlaku ke atas manusia. Perkara luar biasa itu bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, 4 perkara yang di puji dan 4 perkara yang di keji dan menyalahi ajaran Islam. Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang konsep dan perbezaan perkara-perkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana mesti dijauhi. Bagi menjelaskan kekeliruan itu maka diperturunkan serba ringkas tentang perkara-perkara tersebut, agar pembaca semua dapat membuat penilaian dengan sebaik-baiknya. Empat Perkara Yang Di Puji 1. Irhas. Irhas ialah perkara luar biasa yang di anugerahkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi dan rasul-rasul semasa baginda masih kecil. Contohnya seperti Nabi Isa boleh bercakap semasa baginda masih dalam buaian. Perkara ini tidak menjadi kekeliruan kerana Nabi dan rasul telah tiada pada masa sekarang. 2. Mukjizat. Mukjizat ialah suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah hanya kepada Nabi-Nabi dan rasulnya sahaja bagi melancarkan usaha rasul-rasul tersebut menyampaikan dakwah dan risalah Allah. Contohnya seperti Mukjizat Nabi Sulaiman yang boleh memahami bahasa semua binatang. 3. Karamah. Karamah ialah suatu perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang mukmin yang berakhlak rasul dan benar-benar berpegang dengan ajaran Islam zahir dan batin. Hal ini adalah perkara biasa bagi Mereka. Karamah merupakan suatu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba-hambanya yang arif tentang Allah ( Arifbillah ) . Mereka ini adalah merupakan orang-orang yang alim dan sentiasa beramal soleh. Mereka mahir sekurang-kurangnya tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf serta mereka sentiasa beramal dengannya pada setiap masa dan kelakuan. Ikatan diri mereka sentiasa dengan Allah tanpa dapat dipengaruhi oleh alam sekeliling. Mereka dimuliakan oleh ahli di langit dan diperhinakan oleh kebanyakan ahli di bumi. 4. Maunah. Maunah ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang mukmin awam yang soleh, yang apabila di timpa sesuatu musibah atau hal ke atas dirinya, mereka terus melipat gandakan pergantungan dan keimanan kepada Allah serta memantapkanya melalui berbagai-bagai wirid, jampi dan doa serta amalan-amalan sunat yang lain. Maunah ini merupakan satu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba-hambanya yang soleh. Mereka arif tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf tetapi kemampuan beramal mereka adalah terhad. Apabila berlaku sesuatu hal ke atas diri mereka samada mutlak dari Allah atau yang bersangkut paut dengan manusia, mereka terus melipatgandakan pergantungan diri dan keimanan kepada Allah serta memantapkan lagi dengan berbagai-bagai wirid, jampi, doa dan segala amalan sunat. Mereka tidak merasa sedih atau kecewa sekiranya permintaan mereka tidak ditunaikan oleh Allah. Empat Perkara Yang Di Keji Perkara luar biasa yang di keji oleh Allah ialah perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang biasa melalui pertolongan selain daripada Allah. Contohnya melalui pertolongan khadam-khadam yang terdiri daripada Jin dan Syaitan dan sebagainya. Perkara luar biasa jenis ini mestilah di jauhi oleh setiap orang Islam kerana ianya sesat dan menyesatkan. Perkara-perkara tersebut ialah :- 1. Istidraj Istidraj ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada mereka yang berpura-pura beramal dengan amalan soleh, walaupun diri mereka mahir dengan fardhu ain, Usuluddin, fekah dan tasauf. Mereka berbangga dengan perkara luar biasa yang berlaku ke atas diri mereka sedangkan mereka mengetahui punca sebenar datangnya perkara luar biasa tersebut. Lazimnya golongan ini terikat dengan perjanjian serta mewujudkan pantang-larang yang selari dengan hukum syarak. Ini kerana khadam-khadam mereka adalah terdiri daripada golongan Jin Islam samada yang soleh, fasik atau terdiri daripada Jin yang kafir. Setiap amalan wirid, jampi dan doa itu ada penjaganya (Khadam). Orang yang beramal dengan kaedah ini kebiasaannya mempunyai suatu perasaan tidak baik yang telah tersemat dalam diri mereka. Antara matlamat mereka ialah :- a) Ingin di puja. b) Ingin dikunjungi oleh orang ramai c) Cinta kepada pangkat dan kebesaran d) Ingin mendapatkan harta dan kuasa Golongan khadam ayat dari golongan puak rohani alam rendah memang dijadikan Allah untuk menyukakan golongan yang seumpama itu dengan beberapa perkara luar biasa. Mereka pada zahirnya kelihatan seperti orang yang beriman dan sentiasa menjaga syariat Islam serta berakhlak Rasul tetapi sebenarnya mereka beramal dengan perkara-perkara kufur dan telah terjun ke lembah kekufuran, samada mereka sedari atau tidak. Punca kesesatan golongan ini ialah apabila rohani-rohani alam yang rendah mengunjungi mereka dalam tidur ataupun semasa jaga, dengan rupa atas nama-nama orang-orang soleh samada yang masih hidup ataupun yang telah mati atau mereka membuat Tajalli ketuhanan. Lazimnya mereka dibebankan dengan beberapa syarat yang menepati hukum syarak untuk diamalkan sebagai syarat perjanjian persahabatan dalam semua kelakuan melalui lidah, anggota dan hati, di semua tempat, waktu dan masa. Maka bermula di saat itu diri mereka berada di dalam Syirik Uluhiyyah dan segala rupa bentuk amalan syariatnya tidak ada nilai di sisi Allah. Mereka sebenarnya mengetahui dari mana datangnya zahir perkara luar biasa pada perkataan, perbuatan dan kasad hati, tetapi mereka enggan meninggalkan amalan tersebut kerana mereka ingin menjadi jaguh dalam bidang perubatan dengan mengadakan beberapa keajaiban dari berbagai-bagai jenis ubatan, kaedah perubatan dan sebagainya. Kadang-kadang melalui langkah mempertahankan diri. Mereka juga terjebak dalam permainan tunjuk kuat kebatinan supaya mereka di anggap orang yang paling makbul doanya atau paling keramat. Jika dia seorang ulama, maka dia inginkan supaya di kunjungi, di puja dan di hormati sebagai seorang Ahlillah secara mutlak, sedangkan dalam masa yag sama dia akan terasa hina dan hilang kewibawaan sebagai ulama, jika tiada pada dirinya, nyata beberapa perkara yang luar biasa. 2. Sihir. Sihir ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-rang Islam yang durhaka (‘asi ) yang tidak faham aqidah, syariat dan ubudiah serta tidak beramal dengannya dan orang-orang yang fasik. Sihir juga diberikan oleh Allah kepada pendita-pendita bukan Islam samada Yahudi, Buddha, Nasrani, Majusi dan yang seumpama dengannya. Sihir ini terjadi melalui pertolongan daripada rohani Jin Islam yang fasik dan Jin-Jin yang kafir melalui perjanjian tertentu. Kebiasaannya golongan ini terikat dengan perjanjian dan mengadakan jamuan yang harus dan haram di sisi Syarak. Mereka mendapat perkara yang luar biasa ini adalah melalui pertolongan kumpulan Jin Islam yang fasik dan daripada Jin yang kafir. Golongan orang Islam yang mendapat perkara luar biasa melalui kaedah ini selalunya sentiasa bergelumang dengan kejahatan dalam semua hal. Golongan ini sebenarnya Mulhid dan Zindik dalam bab aqidah. Selalunya mereka akan mengadakan berbagai cara atau upacara yang berselindung di sebalik ajaran Islam. Antara mereka yang termasuk dalam golongan ini ialah :- a) Kumpulan Hassan Anak Harimau b) Wali Suci c) Budi (Buddha) Suci d) Batin Sakti e) Hakikat Insan f) Pati Geni g) Fahaman Wahdatul Ujud dalam I’itiqad h) Baginda Mukhtar i) Lain-lain kumpulan yang tumbuh bagaikan cendawan di negara ini. 3. Silap Mata. Silap Mata adalah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang Islam yang fasik dan juga kepada orang-orang kafir, melalui pertolongan daripada Jin kafir. Oleh itu mereka juga terikat dengan perjanjian dan membuat perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak. 4. Sya’wazah. Sya’wazah ialah perkara yang di kurniakan oleh Allah, yang berlawanan sama sekali daripada kehendak asal. Kebiasaannya perkara ini Allah berikan kepada golongan yang angkuh daripada orang-orang kafir. Misalnya apabila mereka meminta sesuatu yang baik, tetapi Allah kurniakan dengan sesuatu kejahatan yang berlipat ganda.

Koboi BM said...

Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, penduduk di Asia Tenggara adalah terdiri daripada penganut fahaman Buddha Syinrawath ( Buddha Puja Dewa ). Pada ketika itu penganut-penganutnya sudah pun sedia mengamalkan perkara-perkara luar biasa yang menyalahi kebiasaan iaitu " Mencarik adat " yang lahir hasil daripada pemuJaan ‘ dewa-dewi’, jampi serapah atau yang seumpamanya. Keadaan ini berlaku adalah hasil daripada pertolongan jembalang-jembalang yang terdiri daripada Jin samada dengan menjelma ke dalam diri pemujanya ( Tanasukh Aruah ), Istidraj, Sihir atau silap mata. Semua amalan ini amat kuat pengaruhnya dalam kehidupan seharian mereka pada waktu itu. Mereka mengabdikan diri hanya kepada Dewa-Dewi semata-mata. Dalam konteks ini pegangan fahaman beragama adalah bersumberkan daripada Rahib-rahib yang dikatakan mendapat ilham dari tuhan dewa-dewi samada Dewa Rama, Dewa Sita, Dewa Siva dan yang seumpamanya. Ketika Islam tersebar luas di Semenanjung Arab hingga ke Eropah dan juga ke Asia, maka banyaklah mubaligh-mubaligh Islam dari kalangan orang-orang Arab dan bukan Arab yang datang membawa agama Islam ke sebelah Asia Tenggara sebagai pedagang. Dari situ Islam mula bertapak dengan kuatnya di negeri-negeri bawah angin ini. Gejala isma-isma yang tidak sihat pada waktu itu beransur-ansur hilang kegemilangannya bahkan di sesetengah tempat, umpamanya Acheh isma-isma tersebut telah di benteras sehingga ke akar umbinya. Inilah hasil daripada tarbiah dan didikan mubaligh-mubaligh dan para Daei Islam yang benar-benar alim lagi sufi. Kehadiran mubaligh-mubaligh tersebut seumpama membawa sirna kegemilangan dan kecemerlangan kepada penduduk tempatan sehingga pada satu ketika Acheh mendapat jolokan sebagai Serambi Mekah. Setelah sekian lama gejala pemujaan jampi serapah hilang, akhirnya ia timbul semula setelah Portugis, Belanda, Spanyol, Perancis, Amerika dan Inggeris berusaha menakluki Asia Tenggara dengan memperkenalkan agama Kristian di samping perdagangan yang menyebabkan orang Islam bangun menentang mereka. Pada suatu ketika Belanda telah membunuh lebih daripada 6,000 Ulama Islam di Tanah Jawa. Pada ketika itu ulama merupakan tokoh pemimpin yang utama dalam semua aktiviti harian bermula dari aspek agama, sosial dan kemasyarakatan, ketenteraan hinggalah kepada perubatan dan sebagainya. Mereka inilah yang banyak memainkan peranan penting dalam menggerakkan penentangan terhadap penjajahan barat, kerana merekalah yang terlebih dahulu mengenali erti hidup beragama serta beramal dengannya, lebih dahulu merasai bahang campurtangan asing, lebih dahulu menghidu bau najis Mughalazah penjajahan dalam kebudayaan, tipu daya pemerintahan dan tipu daya dalam ketenteraan dan sebagainya ke atas negerinya dan anak-anak bangsanya. Akibat daripada peristiwa itu, maka saki baki pahlawan Islam yang hilang pedoman telah cuba meneruskan perjuangan menentang Belanda dan Inggeris dengan kekuatan dan keilmuan apa saja yang ada pada mereka asalkan mereka mampu. Dalam keadaan terdesak itu mereka berusaha memperolehi daya kekuatan yang yang luar biasa melalui amalan-amalan cara hulubalang, wirid-wirid, jampi serapah dan yang seumpama dengannya, melalui kaedah biasa dan setengah daripada mereka melalui Uzlah ( bertapa dan riadah ), maka datanglah pula jembalang-jembalang daripada Jin samada Jin Islam atau Jin Kafir yang berhubung dengan mereka, dengan cara Tanasukh Aruah ( penjelmaan ke dalam diri ), istidraj, sihir atau silap mata yang menolong mereka menghasilkan hajat mereka, yang pada sangkaan mereka adalah malaikat-malaikat atau wali-wali atau Nabi Khaidir yang telah datang berhubung dengan mereka. Sementara itu di Tanah Jawa timbul pula fahaman Wahdatu Ujud yang tidak dapat membezakan di antara Wahdatul Ujud Marhumah ( dalam bab Sufi ) dengan Wahdatul Ujud Mazmumah ( dalam I’tiqad di panggil Hulluliah, Mulhid, Zindik ) sehingga tertegaklah kerajaan yang seumpama itu, iaitu kerajaan Mataram. Fahaman ini adalah hasil daripada pengaruh Syiah. Bermula dari sinilah wujud semula berbagai-bagai rupa bentuk amalan kerohanian, wirid-wirid dan jampi serapah yang menyeleweng dari aqidah syari’at Ubudiah Islamiah yang sebenar ke hadrat Allah seperti yang dibentangkan oleh ulama-ulama terdahulu yang mahir dan ahli pada babnya di dalam kitab-kitab karangan mereka. Terdapat juga dari golongan ini yang memesongkan amalan-amalan mereka bagi kepentingan diri, dengan tujuan : 1. Langkah mempertahankan diri bagi mendapatkan kemegahan dunia ( hanya kepada bangsa semata-mata ) 2. Amalan-amalan kebatinan dalam menuntut kemegahan. 3. Perubatan ( bomoh, tok pawang, tok bidan dan sebagainya ) 4. Berlagak jadi tok sufi ( wali ) yang sentiasa mendapat jazbah ketuhanan. Dari sini merebaklah amalan -amalan karut yang mendapat kekuatan luar biasa daripada bantuan Jin-Jin. Maka ramailah pahlawan-pahlawan Melayu mengambil amalan-amalan ini dengan tujuan untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh di samping untuk kepentingan masyarakat sekitarnya. Akhirnya mereka telah lupa kepada ajaran-ajaran agama yang telah disampaikan kepada mereka, lalu mereka lebih mementingkan kekuatan material dan kebendaan semata-mata daripada kepentingan akhirat. Lebih jahat lagi, mereka menjadikan adat resam keturunan ke dalam syariat agama Islam sebagai satu amalan yang dimestikan, walaupun terang-terang amalan itu menyalahi ajaran Islam, samada dari segi Fiqh, Akidah, dan Akhlak.

dee aDjuSteR said...

kenapa mahu minta ampun dan maaf??
saya sendiri boleh nampak kesungguhan dan keikhlasan penulis untuk melihat UMNO berubah...
orang kita ini biarlah kasar sedikit bahasanya pon tidak mengapa asalkan tidak masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri...

satu persatu cadangan untuk berubah telah saya teliti...

bernas!! sangat baik!!! saya sokong!!

jika benar2 dari akar umbi sehingga ke pucuk kepimpinan UMNO mengikuti cadangan tersebut, saya yakin, mak bapak saya pon akan daftar UMNO balik...

hee...

p/s : tak tergerak hati lagi ke untuk tuka gambar mukhriz tu? Ganti dgn KJ pulak??

GeNeRaSi MaLaYSia said...

hmmm..sokong sangat2 cadangan nombor 3 tu..
sebab sebelum menggelarkan malaysia ini sebuah negara islam adalah lebih baik isteri sorang perdana menteri menjadi teladan kepada wanita2 lain di malaysia..
jangan hanya memakai selendang sewaktu menghadiri majlis2 agama sahaja..sedangkan terang2 telah diterangkan dalam islam pemakaian tudung adalah wajib untuk wanita islam..

My Reality and Fantasy Journey said...

i'm the army of HOPE, bersama sama kita pastikan kejayaan!

Koboi BM said...

Muhammad azli said

tuduhan kononnya pakai tudung untuk meraih undi adalah fitnah kepada saya, dan berat hukuman itu saudara. ada saya tulis hal itu adalah untuk mendapat undi? atau saudara berburuk sangka kepada saya? apakah nasihat saya saudara tuduh sebagai menikam dari belakang?

Oh..banyak sungguh saudara memfitnah saya di sini, patutlah jelas fikiran saudara masih banyak keliru berkenaan maqasid syariah tentang mengapa diwajibkan bertudung..wallahualam,

..Inilah jenis barisan pemuda yang ada di dalam umno , kalau diaorg tegur org lain tak apa tapi bila org lain tegur diaorg , diaorg melatah. Apa ra punya pemuda jenis mcm ni pun ada. Sdr Azli cuba tegur Ds Najib , dan saya pula cuba tegur Sdr Azli tapi bila azli kena tegur sikit , azli melatah macam mak enon bukak silat kuntau pemuda bani kushi bani kabigem. Cara azli yang kali ini benar2 mengecewakan saya bila saya fikir selama ini sdr azli faham akan perjuangan umno.Cadangan2 yang sdr azli berikan di atas tu sebenarnya akan menghapuskan umno malah lebih bahaya lagi sdr azli juga tidak akan jadi umno lagi bila semua cadangan2 yng di atas di laksanakan...jadi sdr azli tolong jgn main2 dgn cadangan dlam blog ini.

Koboi BM said...

Azli said :
Koboi BM - cubalah fahami fiqh waki dahulu, nabi diturunkan untuk diikuti, bukan surah baca sejarah sahaja, kalau itu ukuran saudara tak ada seorang pun yang boleh laksana hukum islam kat malaysia, nik aziz pun tak boleh, sebab apa? sebab masih tak boleh buat ijtihad sendiri, ilmunya pun tak sampai saidina umar, tolong lah baca sejarah balik, jangan terlalu banyak baca kitab2 kecil tulisan ustaz2 pas. banyak lagi kitab2 besar yang patut kita baca dan kaji.

*** cubalah fahami fiqh waki dahulu, nabi diturunkan untuk diikuti, bukan surah baca sejarah sahaja,

....Pernahkah sdr azli baca kitab As-syamail tulisan at-tirmizi? Banyak sifat2 rasullulah yang digariskan dalam kitab ini. Kemudian sdr azli kata pulak : banyak lagi kitab2 besar yang patut kita baca dan kaji.

Saya nak tanya la kat sdr azli " siapa sdr yang mampu mengkaji kitab2 yang telah ditulis? Sdr azli tak payahlah nak berlagak nak kaji kitab2 ulama besar hehehe. Mengkaji kitab memerlukan ilmu yang cukup2 tinggi biasanya org yang mampu mengkaji kitab adalah org yang juga mampu menulis kitab. Kadang2 kerana nak berlagak sombong buat2 lah ayat perlu kaji kitab...macam lah terrer sgt sampai tahap nak mengkaji kitab. Boleh belajar memahami kitab2 pun cukup baik sdr azli , tak perlu over acting nak kaji tulisan kitab2 yang memang terang2 benar tentang penulisan. Di UIA saya tak pernah jumpa pun mana2 profesor duk 'mengkaji' kitab. Setahu saya mengaji / belajar kitab adalah. Kecuali beberapa kitab dikaji sekadar untuk melihat psikologi penulisan penulis kitab adalah. Orang umno ni kadang2 terlalu pandai sampai sanggup memperbodohkan orang lain. Sikit2 nak kaji benda yang dah memang betul. apa ra punya pemikiran cap ayam betul lah kalau mcm ni etika pemikiran pemuda umno yang cuba digariskan oleh sdr azli.

Koboi BM said...

KEHADIRAN calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang malam tadi, kini telah menjadi bahan perbualan hangat yang mencabar maruah umat Islam di DUN Pilihan Raya Bukit Gantang..


Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert yang mempamerkan tiga gadis remaja berimej seksi berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak yang mengaibkan. Lebih aib dan mencabar umat Islam lagi bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut hadir di majlis itu, majlis yang meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.


Tandanya, Umno sudah tidak kira halal haram lagi, berbuat apa saja demi kemenangan calon Melayunya.

sila rujuk :

http://www.ibnuhasyim.com/2009/04/pamer-gadis-seksi-bukti-umno-buta-halal.html

PaKMie said...

Salam perjuangan Azli dan kwn2...

Bagus actikel ini dan Pakmie sokong jika ianya diambil perhatian oleh DSN dan barisan kepimpinan barunya nanti.
Diharap cdgn saudara ini bkn bukan sekadar bahan bacaan semata2.

Saudara Azli memepersembahkan cdgan yang amat baik.

Jika kita benar2 iklas dsn kena lahirkan dikalangan barisan baru beliau dengan perjuang2 melayu yang tulin yang berlandaskan keagamaan.

Gabungan idea yang mantap dari semua pehak yang mewakili kaum yg ada termasuk rakyat dan pemimpin2 terdahulu spt Tun Abullah,Tun Mahadhir, Ku Li dan lain2 pemimpin yang ada bukan sahaja boleh meniakan kecemerlangan pentadbiran negara bahkan sebagai permangkin kepada kekuatan UMNOBN itu sendiri.

Anwar Ibrahim bersama PR akan mulai ditolak dengan sendirinya oleh rakyat jika pandgn Saudara Azli itu diguna pakai disamping megembalikan roh kekuatan Umno itu sdri.

Asalamumualaikum utk semua, saudara Azli dan salam sejahtera.

Pakmie.blogspot.com Azlishukri.blogspot.com

Lady Mae said...

maafkan saya kerana mencelah..
tetapi sbg seorang pemimpin yang disegani rakyat dan mempunyai imej yang dipandang tinggi oleh rakyat..
tidakkah seharusnya YB datuk seri Najib tampil untuk memberikan penjelasan tentang tuduhan yang dilemparkan kepada beliau berhubung kes Altantuya...

usahlah berdolak dalih dan mengambil pendekatan berdiam diri jika diri tidak bersalah...
seharusnya beliau berani tampil ke hadapan dan memperjelaskan keadaan...

rakyat akan dapat menerima sekiranya beliau dapat memperjelaskan kebenaran jika dia benar-benar tidak bersalah. Selebihnya terserah kepada rakyat selepas itu untuk menilai...

memetik tulisan penulis:
"Kini, DS Najib makin diterima oleh pelbagai kaum dan lapisan masyarakat, legasi Tun Abdul Razak yang penuh dengan kelembutan, kebijaksanaan, kini mengalir semula melalui sentuhan DS Najib"

saya kurang bersetuju dengan penyataan ini. Sekiranya Naijb diterima baik oleh masyarakat yang ada di Malaysia.
Kenapa pahat masih berbunyi? kenapa masih ada media-media/ blog2 dan juga khabar2 tentang beliau?

jangan hanya nilai dari pandangan segelintir kecil sahaja...

bukan sahaja media alternatif daripada pembangkang yang merasakan demikian, terdapat juga glgn intelektual dari kalangan rakyat sendiri yang mempunyai kebijaksanaan dalam membezakan yang baik dan yang buruk...
rakyat kita bukanlah seperti dahulu...rakyat kita kini suda semakin celik politik...

saya yakin, pasti ramai rakyat2 di luar sana yang sependapat dengan saya tentang pentingnya keperibadian dan imej yang bersih untuk bergelar seorang pemimpin no.1 negara...

komen ini bukanlah untuk bertujuan menjatuhkan mana-mana pemimpin...
cumanya saya berpendapat bahawa rakyat inginkan penjelasan dan bukannya tindakan "pengecut" dengan berdiam diri kerana ini tidak akan menyelesaikan sebarang persoalan kepada permasalahan...

p/s:
"Mansuhkan ISA, tetapi digantikan dengan penahanan individu dari kaca mata Islam dalam bab Bughah (pemberontakan dalam kaca mata Islam), Islam telah menggariskan bagaimana seseorang itu boleh ditahan tanpa bicara dalam klafikasi pemberontakan kepada agama dan negara Hal ini ada dilaksanakan oleh Saidina Umar al-Khattab semasa pemerintahannya."

DSAI dan ramai lagi individu2 tertentu yang tidak pernah melakukan pemberontakan telah ditahan dengan ISA. Jikalau benar pemerintah Islam terdahulu pernah menggunakan akta yang lebih kurang sama untuk menahan pemberontak agama dan negara.. adakah mereka ini pernah memberontak dan melakukan kerosakan? jika tidak mengapa ISA dikenakan ke atas mereka? Islam menuntut agar setiap manusia dilayan secara adil tetapi adilkah ISA ini kerana jika dilihat ianya menafikan hak ke atas seseorang individu..
Tapi adakah penulis merasakan bahawa ISA akan dimansuhkan oleh pihak yang bertanggungjawab memperkenalkannya kerana memansuhkan ISA akan menggugat kedudukan mereka?

tepuk dada tanya lah iman,
berani kerana benar...
takut kerana salah...

sekian...

toytian said...

Salam sejahtera semua
Melayu mudah lupa petikan kata-kata che det.
1. Orang melayu sibuk dengan ketuanan melayu...
orng dusun,kedazan,murut,cino yang umno tu ketuanan apa?
2. Kenapa kita menidakan bangsa lain kat sarawak,melanau,iban,bidayuh ketuanan apa mereka?
Bumiputra sabah & sarawak itu apa?
3. Islam adalah Agama rasmi malaysia kenapa tidak ketuanan islam.
4. Inilah sebabnya kita mengamalkan politik suku agama suku.
5. Senario politik malaysia kini berwarna-warni.
Rakyat sudah matang...bukan natang menentukan alatuju politik malaysia.Kesedaran rakyat meningkat bagi menolak pemimpin yang tidak menjaga amanah rakyat .
6. Kita kena fikir dari segi positif bahawa politik malaysia di era baru,sangat baik untuk rakyat malaysia yang berbilang kaum.Tolak politik sempit seperti yang diseranan olen en.azli shuri.

najamarine said...

salam...

ermmm..cadangan saudara sangat baik dan memang di impikan setiap masyarakat islam dalam negara ini..

tetapi pendekatan harus di beri keutamaan.iman tidak boleh di warisi tapi bole di bentuk.iman juga bukan bole di pakse2 seperti memakse datin rosmah memakai tudung.pendidikan dari awal adalah amat penting,contohnya mendidik ahli keluarga kita terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada org lain.
tanggungjawab datin rosmah terletak kepada suami beliau.datin jeane abdullah juga tidak memakai tudung dengan sempurna.adakah pak lah tidak bertanggungjawab?
biarlah kesedaran itu datang dari dalam diri sendiri.kewajipan kita hanyalah menegur..

saya melihat cadangan saudara lebih bersifat emosional.saudara perlu mendidik anak2 serta ahli keluarga saudara sebelum memaksa kerajaan melakukannya.

Firdaus said...

sy setuju dgn byk idea dan pandangan saudara.

namun, bkaitan dgn isu agama, bg sy, najib perlu membariskan pasukan ulama' yg berkaliber utk mmbantu dlm pelaksanaan apa yg saudara sebutkn. ini kerana dlm Islam, tidaklah semua perkara itu perlu dilaksanakan sekaligus. sebaliknya tdpt suatu yg kita sebutkn sbg 'awlawiyat' atau keutamaan (priority).

sbg cth, pd hari ini ramai org yg apabila berckp bkenaan negara Islam, lalu mereka akan menyebut ttg hudud. seolah2 negara Islam adalah hudud dan hudud adalah negara Islam. namun, jikalau dilihat dr sudut awlawiyat, hudud bknlah pkr yg plg utama. benar, ia wajib. sesiapa yg mengingkari dr sudut kewajipannya itu bleh batal akidah. namun, dr segi perlaksanaan, ia bknlh sepatutnya menjadi pkr yg perlu didahulukan. sy teringat kata2 dr asri dlm 1 wawancara di tv1, "hudud itu hanya bbrp peratus drp Islam."

point yg plg sy setuju adalah point ke-4. sbb dlm sebuah hadis yg sahih, jelas menyebutkn bhw seseorang khalifah x bleh dijatuhkan, walaupun dia seorang yg zalim, selagimana dia menunaikan solat. itulah sbbnya ramai juga ulama', terutama dr kalangan ulama' salafi mengharamkan umat Islam mengundi utk menjatuhkn pemimpin muslim. Namun begitu, hadis ini tdpt 'illah'nya yg tersendiri. itulah sbbnya ulama' berbeza pndapat dlm hal ini.

awlawiyaat adlh sstu yg asing bg umat Islam, terutama di negara kita. ini termasuklah di kalangan golongan agama sendiri. sdgkn dlm siyasah syar'iyah (mungkin bleh dterjemah sbg 'sains politik islam'), fiqh al-awlawiyaat adlh antara pkr yg sgt2 penting. ini belum lg termasuk fiqh2 lain yg juga bersangkutan dgn siyasah syar'iyah yg juga amat asing bg umat Islam di negara kita. ini termasuk fiqh muwazanat, maqasid, waqi', taghyir dsb.

itulah sbbnya pd pandangan sy, kita memerlukn barisan ulama' yg berkaliber bg menasihati perlaksanaan apa yg saudara cadangkn ini tmsk juga perkara2 lain. sy bersetuju dgn cadangan bekas mufti perlis bhw umno perlu mewujudkan majlis ulama'. baru2 ini kita dpt lihat tiada langsung golongan agama yg tersenarai dlm barisan kepimpinan umno. dr masyitah kalah. dr abdullah md zin pn kalah. sy tidaklah mengatakan mereka ini golongan agama yg berkaliber. namun, jelas sekali umno perlu menyediakan ruang khusus bg golongan agama bg menjayakan agenda mereka dlm memperjuangkan AGAMA, bangsa dan negara.

semalu said...

salam...
saya sngt setuju dgn pandangan firdaus. golongan ulama' dan berpendidikan agama patut diberi bnyk tempat dan ruang di dlm umno sbg rujukan utk sama2 menjayakan agenda mrk. so dgn cara tu tak de la berlaku lg matlamat menghalalkan cara.
dan seharusnya umno perlu sedar dan kembali melihat kelemahan dan kesilapan mrk yg tlh menyebabkan ramai golongan yg berpendidikan agama tidak tertarik malah membenci umno.
mmg selama ini umno dilihat tlh berjaya memperjuangkan bangsa dan negara tetapi soal agama masih bnyk kelemahannya. apatah lg pemimpin2 umno sendiri dilihat kurang mempraktikkannya dlm kehidupan seharian. wallahualam, itu sekadar pandangan mata sbg rakyat yg melihat.
so jgn salahkan kami kerana tidak mengundi umno kerana sikap dan keperibadian pemimpinnya.
mmg iman tidak boleh diwarisi tp boleh dibentuk dan seharusnya ia bermula dr pemimpin itu sendiri.
dan alhamdulillah serta tahniah kerana masih ada lg org muda di dlm umno seperti saudara yg benar2 ingin melihat parti itu berubah. walau mungkin kita berlainan parti tp kita tetap mempunyai matlamat yg sama ingin melihat masyarakat islam
di negara ini kembali bersatu. insyaAllah.
idea2 saudara sngt mantap dan perlu diambil perhatian oleh pimpinan umno walau perlaksanaannya masih lg samar.
so teruskan perjuangan saudara dan semoga berjaya kerana sesungguhnya kembali kpd agama adalah jln penyelesaian terbaik demi kesejahtraan malaysia tercinta.

zul rahman said...

salam hormat sekali lagi saudaraku,
pesanan ikhlas sekali lagi, harap maafkan,


gurindam dua belas, pasal yang ketujuh,


apabila banyak
berkata-kata,
disitu jalan masuk dusta,

apabila kita
kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan nak sesat,

apabila banyak
mencela orang,
itulah tanda diri kurang,

apabila perkataan
yang lemah lembut,
lekaslah orang mengikut,

apabila perkataan
yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar,

apabila pekerjaan
yang amat besar,
tidak boleh orang buat onar



assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
salam hormat, salam penuh kaseh sayang,
zul rahman


dalam pencarian gurindam 12,raja ali haji, pulau penyengat.

nota: gurindam dua belas, pasal yang ketujuh,
huraian: s.takdir alisjahbana-1948,
sumber gurindam: rohani b.'

Muhammad Azli Shukri said...

maafkan saya kerana tak sempat untuk membalas semua komen2 saudara, ada yang pro dan ada yang menghentam saya, terpulang, kebenaran mesti ditegakan walaupun saya dibenci. Itu adalah hak tuan2.

Koboi BM said...

SDR. AZLI - kebenaran tidak akan dapat ditegakkan kalau sdr di benci. Rasullulah menegakan kebenaran kerana dia disenangi. Bermaksud lebih ramai yang menyajungi rasullah dari membenci maka kebenaran dapat ditegakkan. Ini teori dan rahsia yang rasul berikan pada keempat-empat khalifah beliau. Sdr azli yang jgn termakan teori YAHUDI - biarpun di benci saya tetap akan tegak kebenaran ( kebenaran hanya bagi mereka tp sebenrnya kesilapan bagi org lain )....dalam kitab salaf ulama sentiasa menyuruh kita merenung diri. Jadikan masyarakata menyukai kamu , maka dengan kesukaan itulah dakwah dan kebenaran akan tertegak. Ini yang sebenarnya ajaran dalam Islam sdr azli.....sdr byk keliru tentang Islam rupanya....

Anonymous said...

Vote Tuan Azli for PM! 100% agreed..

D'Rimba said...

PALING UTAMA BERANI MEMACU ACUAN TERSENDIRI BERTERASKAN ISLAM SEJATI. MUNGKINKAH? SAYAPUN TIDAK PASTI KERANA RAMAINYA MEREKA PERLAKSANA TEGAR ACUAN BARAT SANA SINI LIBERALISASI, DEMOKRASI MACAM-MACAM LAGI YANG AKHIRNYA KIAN MELEMASKAN ANAK BANGSA KARAM DI LAUTAN KEBARATAN SEGALA.............

Awang Sufi said...

Maka jika dituruti saranan tersebut, alhamdulillah. Itulah perjuangan sebenar.

PAS dan PKR pasti berterima kasih atas perubahan yang sepatutnya.

Matinya PAS dan PKR pun tak apa. Asalkan kesejahteraan rakyat terbela. Sama-sama menang.

awang kata said...

Jangan lupa, tukarkan nama Umno kepada Pekembar...lebih Melayu dan setempat, bukannya asing dan lupa diri.

Along said...

salam alaik ya saudara azli
terima kasih kerana follow up saya kt blog saya
pada pendapat saya, cadangan sdr azli ini bagus dab harus dipraktikkan jika pemimpin2 yg berkenaan berniat iklas utk melaksanakannya.
sbnrnye, ISLAM itu yg pertama kemudian br BANGSA.
kekuatan sesuatu bangsa itu terletak pada pegangan AQIDAHnya. tidak salah utk mmperjaungkan melayu ttp wajib meletakkan ISLAM sbg yg pertama skali.selagi AQIDAH tidak mantap, bagaimana hndak memimpin yg lain, btol sdr azli?
sy mmg x brsetuju dgn koboi BM itu;koboi bm, jgn marah.
Rasulullah pernah bersabda:'Barangsiapa yg berpegang pada Al Quran dan Sunnahku, maka nescaya selamatlah hidup mereka di dunia dan akhirat kelak'
saya rasa mereka ni xpikir ke, nti kat Padang Masyar nti, bile kita disoal, xkn soalannye mcm ni;'Siapa Melayu, masuk Syurga, cmtu ke? mmg xkan ade. jgnlah mempertikaikn Hukum Allah dan Hukum Allah itu wajib dilaksanakan, sama jugak dgn perintah Allah. Allah menyuruh kita wajib mematuhi perintah-Nya dan wajib juga meninggalkan larangan-Nya.
sy harap di bwh PM br ni, akan ade 1 Transformasi. xkn nk Transformasi dlm AF je kot, kt negara pn kne ade Transformasi, sdgkan Transformers pn boleh transform, xkn UMNO xley transform?
itu sajalah yg dpt kutulis. jika UMNO brani melakukan transformasi dgn meletakkan Islam sbg yg pertama, sy jamin, rmi akn menyokong UMNO.
sekian, wasalam