Skip to main content

Posts

Apabila Tehran Adalah Mesir!

Setelah pemerintah Mesir dan Tunisia tersungkur rebah ke bumi kerana kebangkitan rakyatnya - kini, gelombang kuasa rakyat menyular ke Iran pula. Sentimen anti-Ahmeddinejad semakin galak kedengaran. Golongan muda Iran mahukan Ahmeddinejad segera berundur daripada tampuk kuasa. Masalah kemiskinan dan ekonomi yang membelengu negara teluk itu, dikatakan berpunca daripada kegagalan Presiden Iran tersebut dalam menguruskan ekonomi negaranya. Baca laporan dan artikel menarik yang ditulisn oleh Zin Mahmud pada tahun 2009 di bawah : TEHRAN 15 Feb 2011. - Berpuluh-puluh penyokong pembangkang Iran ditahan ketika mengambil bahagian dalam sebuah perhimpunan haram di sini bagi menyokong pemberontakan penduduk yang berlaku di Mesir dan Tunisia, semalam. Laman web pembangkang Iran, Kaleme melaporkan, seorang saksi mengatakan bahawa pasukan keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan beribu-ribu penyokong pembangkang yang berarak menuju ke ...

Hari Kekasih 2011 : Hantu Yang Terkebil-kebil!

Saya tertarik untuk berkongsi berkenaan sebuah artikel menarik yang saya petik daripada portal Malaysia-Intinct di bawah ini. Elok rasanya umat Islam di negara ini kembali merenungi agenda tersembunyi DAP dalam berpolitik. Sudah terlalu banyak DAP memperbodohkan umat Islam dan orang Melayu. Cukup rasanya selama ini kita dipermainkan oleh Lim Kit Siang kuncu-kuncunya. Baca rencana tersebut di bawah : 1. KALAU SUDAH NAMA parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini. 2. Di mana logik tuduhan liar seorang pemimpin yang mahu meniru pentadbiran Khalifah Abdul Aziz ini. Rakan-rakan Islam dalam Pas dan PKR elok nasihatkan Gu...

Menyanggah Pandangan Asri : Pergilah Tidur Kecelaruan!

1. Saya yakin sepenuhnya, apa-apa yang berlaku di Mesir, sehingga tersingkirnya Hosni Mubarak dari tampuk kuasa, sama sekali tidak akan berlaku di bumi Malaysia. Saya menolak sekeras-kerasnya kenyataan Mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainol Abidin, yang mendakwa kuasa rakyat yang berlaku di Mesir boleh berlaku di Malaysia, seandainya kebebasan bersuara rakyat disekat oleh pemerintah. 2. Hujah Asri yang menyandarkan bahawa sekatan terhadap "kebebasan bersuara" mampu menyebabkan rakyat bangkit dijalanan untuk menggulingkan kerajaan Malaysia - pada hemat saya merupakan hujah yang dangkal lagi mengarut. Tiada satu pun kerajaan di dunia ini yang digulingkan oleh kuasa rakyat, datangnya daripada dakwaan "rakyat bangkit dijalanan untuk menjatuhkan kerajaan, semata-mata kebebasan bersuara yang disekat". 3. Sekiranya kita jujur, kita akan temui fakta ini - kuasa rakyat hanya akan bangun secara bersatu dan serentak tanpa putus-putus, seandainya sesebuah negara it...

Ramalan Terbaru Tun Daim : Beban Sejarah Yang Tergalas!

Mungkin ramalan Tun Daim kali ini sedikit menggusarkan Pakatan Rakyat - atau setidak-tidaknya membuat Pakatan Rakyat melihat kembali tinggi rendahnya bumi dan langit ini. Lufti Othman ada coretan tentang hal ini. Baca laporan di bawah : BEKAS MENTERI KEWANGAN , Tun Daim Zainuddin jarang bersuara tetapi sesekali beliau membuat ramalan politik, agak menarik juga untuk disorot. Setahun sebelum PRU12, beliau menjangkakan BN akan menghadapi tentangan cukup sengit di beberapa kawasan panas, iaitu Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Hasilnya BN tersungkur di tiga negeri berkenaan, ditambah satu lagi Perak. Baru-baru ini, dalam wawancara dengan akhbar China Press, Daim meletakkan Kelantan dan Pulau Pinang sebagai negeri selamat buat Pakatan Rakyat. Meskipun media yang dikontrol BN sering menggambarkan pentadbiran Lim Guan Eng tidak henti-henti berdepan masalah dan rungutan rakyat, Daim melihat kerajaan Pulau Pinang tetap kuat dan tiada petanda akan berlaku peralihan ku...

Bencana Cinta!

Tiada kata-kata yang lebih baik daripada memuji dan mengucap kesyukuran kepada Allah atas keputusan kerajaan Malaysia yang dengan berani melancarkan program anti-Valetine bermula esok. Setinggi tahniah dan sekalung penghargaan juga saya berikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom atas pengumumannya tersebut. Ini merupakan titik mula ketegasan kerajaan terhadap aktiviti maksiat yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kepada DAP, ini amaran saya, kalau benar parti tersebut menghormati ajaran Islam, maka tunjukkan sokongan terhadap program anti-Valetine yang dianjurkan oleh kerajaan ini. Baca berita di sini...

Mahathir Tidak Berdosa!

Akhirnya kebenaran terselah juga - kenyataan terbaru daripada mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang mengesahkan bahawa Tun Mahathir tidak bersalah sama sekali terhadap penangkapan dan penahanan 106 ahli-ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987, sebaliknya tindakan tersebut adalah atas kehendak pihak polis yang melihat suasana dan keadaan yang boleh mengancam keselamatan negara pada ketika itu. Kenyataan Tun Hanif Omar ini secara tidak langsung menjawab kritikan pedas Lim Kit Siang semalam, yang mendakwa kononnya Mahathir telah berbohong dalam isu tersebut. Saya secara peribadi lebih menyakini kata-kata Mahathir daripada Lim Kit Siang. Maka jelaslah bahawa sepanjang Tun Mahathir mentadbir negara ini, beliau telah memimpin dengan penuh amanah serta tidak suka melakukan campurtangan dalam hal-hal pentadbiran yang berada diluar kemahiran dan kepakarannya. Baca laporan di sini...

PAS Akui Putrajaya Terlalu Jauh...

Akhirnya - kesombongan PAS yang sering mendabik dada kononnya rakyat sudah bersama-sama dengan mereka untuk menuju ke Putrajaya, semakin meleset. Nada para pemimpin PAS tidak lagi sebongkak dahulu - sudah ada tanda-tanda "berpijak di bumi nyata" setelah melihat perkembangan terkini sokongan orang Melayu kepada BN di DUN Tenang beberapa hari yang lalu. Sebelum ini, PAS dilihat begitu ego dan bongkak, serta terlau yakin kononnya formulasi "perpaduan PAS-DAP" mampu meranapkan higemoni UMNO/BN di seluruh negara ini. Tetapi ternyata - perpaduan mungkar yang jelas bertujuan untuk menghancurkan saudara SeIslam itu tidak akan menjadi kenyataan - hal ini adalah kerana niat PAS sudah berubah, daripada jihad ikhlas kerana Allah, kini sudah bertukar untuk mengejar kuasa dan menghancurkan saudara sendiri. Baca laporan di bawah : KUALA LUMPUR, 1 Feb — Keputusan kerusi Tenang yang menyaksikan kekalahan keempat dalam lima pilihan raya kecil sejak setahun lalu dan s...

Azli Shukri 2011 : Apabila Siang Dan Malam Adalah Sama

Alhamdulillah, akhirnya apa yang saya katakan selama ini terselah kebenarannya - bahawa perbuatan demonstrasi sama ada aman atau pun ganas, adalah haram hukumnya menurut jumhur ulama sunni sedunia. Sebelum ini, kenyataan saya dikritik hebat oleh puak-puak PAS, sehingga ada yang sanggup mengkafirkan saya. Malah, hujah saya berhubung isu diperbolehkan dalam keadaan darurat seorang wanita bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya, juga tidak sunyi daripada kritikan pedas orang-orang yang jahil. Nah, apabila saya menyiarkan pembuktian dalam bentuk gambar Syeikh Yusuf Qardhawi dan mantan Syeikhul Al-Azhar bersalaman dengan wanita yang bukan mahramnya, maka melompatlah puak-puak PAS kerana sukar menerima kebenaran tersebut. Malah, terdapat komen yang begitu jahil sehingga mendakwa Mazhab Imam Abu Hanifah tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Waljamaah. Terlalu ceteknya pengetahuan mereka, sehingga perkara asas tersebut pun tidak mereka ketahui. Tidak kurang saya juga di...

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma...

Rumah GAPENA Diserang!

Belum pun reda isu kontroversi novel Interlok yang dibakar beberapa hari yang lalu - satu lagi provokasi tercetus. Kini rumah Gapena pula "diserang" dan diceroboh oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Motif tindakan tersebut masih belum diketahui. Baca laporan Bernama di bawah ini : KUALA LUMPUR, 20 Jan – Rumah Gabungan Penulis Nasional (Gapena) di Jalan Dewan Bahasa di sini dipecah masuk dipercayai malam tadi, dan beberapa peralatan seperti komputer, mesin cetak dan televisyen LCD dilarikan. Ketua Media dan Pehubungan Awam Gapena Borhan Md Zain berkata kejadian itu disedari oleh beberapa krew drama yang hendak mengambil alat-alat penggambaran mereka kira-kira pukul 12 tengah hari tadi di premis itu. “Antara yang hilang ialah lima komputer, dua mesin cetak (printer), sebuah televisyen LCD dan dokumen-dokumen berkaitan buku Interlok. Semua komputer itu turut mempunyai maklumat berkaitan Interlok,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata satu lapo...

Ranking Terkini 30 Blog Politik Mesra Kerajaan Paling Berpengaruh

Untuk dua minggu berturut-turut, blog GAP kekal dipersada sebagai blog politik mesra kerajaan no 1, diikuti House PK dan Papa Gomo. Manakala blog Ummi Hafilda pula mencanak naik menduduki ranking ke-16 carta. Ramai pemerhati dan peminat blog politik telah membuat rumusan penting bahawa blog-blog politik mesra kerajaan sudah menguasai hampir 55% platform perang siber di alam maya. Ini merupakan perkembangan baik dan perlu diteruskan. Di bawah ini saya paparkan senarai terkini 30 blog politik mesra kerajaan paling berpengaruh di alam siber dan mungkin juga merupakan 30 blog yang paling dibenci oleh Pakatan Rakyat! Syabas kepada semua bloggers yang bersungguh-sungguh berjuang di alam Siber. Semoga Allah memberkati perjuangan tuan-tuan. RANKING PADA TOP RANKING 14 JAN’ BLOG RANKING ALEXA 1 GERAKAN ANTI PKR 334 2 HOUSE PK 400 3 PAPA GOMO 414 4 THE UNSPINNER...

UMNO 2011 : Seram Tanpa Hantu

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kepimpinan baru UMNO Kedah yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu merampas kembali negeri ini, jika tiada amalan cantas mencantas dalam parti itu. Beliau berkata, hanya satu masalah yang akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal dalam pilihan raya iaitu sabotaj dalaman di kalangan ahli serta pimpinan parti itu sendiri seperti sebelum ini. “Saya yakin (BN) boleh rampas kembali Kedah...boleh memang boleh, tapi jika tidak ada cantas mencantas, kalau tidak sampai bila-bila pun kita tidak akan menang. “Yang ini jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas...bila tak naik ni naik pula yang lain cantas dia, jadi tabiat buruk ini patut dihapuskan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Jubli Perak GIATMARA di GIATMARA Prima Kubang Pasu, semalam. Beliau mengulas peluang BN untuk merampas kembali Kedah selepas pelantikan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang baru iait...

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Ridhuan Tee Pertahankan Ali Hashim

1. Cuba kita renungkan seketika sindiran tajam Dr. Ridhuan Tee Abdullah terhadap orang Melayu dalam rencana terbaru beliau ini. SAYA AMAT PELIK dengan politik orang Melayu, hanya kerana kita tidak sukakan seseorang, kita rela bakar jambatan. Marahkan seekor nyamuk kelambu dibakar. Contoh, hanya kerana tidak sukakan batang tubuh Muhammad Ali Hashim, bekas ketua eksekutif JCorp (kini masih memegang jawatan di QSR dan KFC), atau Mohd Khusrin, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (kini dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor), kepentingan umat Islam tergadai. 2. Masa banyak terbuang memikirkan dan membincangkan cara-cara untuk menyingkirkan mereka. Kenapa tidak menjadikan orang yang kita tidak suka kepada orang yang kita suka? Sedang mereka ini seagama dan sebangsa. Cuma latar belakang dan pendirian sahaja berbeza, yang semestinya tidak dapat dielakkan, selagi bergelar manusia. 3. Saya masih teringat kata-kata semangar Zig Ziglar (2000), kita mungkin berkawan ...