Antara dakwah, politik Pas Oleh MOHD. AYOP ABD. RAZID (Artikel ini saya petik dari Utusan hari ini. Sangat menarik dan berguna untuk kita fikir-fikirkan) IDENTIFIKASI kumpulan dakwah dengan aliran pemikiran tertentu menjadi salah satu ciri utama gerakan dakwah di negara kita. Setiap kumpulan dakwah meyakini bahawa uslub dakwahnya lebih awla (utama) dan lebih asalah (tulen) dari jemaah lain. Ketaksuban pemikiran jemaah seperti inilah sering membawa kepada lahirnya pandangan bersifat ekstrem sehingga memperlekehkan jemaah lain. Malah ada yang sanggup mengkafirkan individu atau jemaah lain. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya perpecahan, persengketaan, benci-membenci, permusuhan dan terungkainya perpaduan di kalangan umat Islam. Lupakah kita kepada firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu bersengketa maka kamu akan gagal (lemah) dan hilang kehebatan kamu." (al-Anfal:46). Paling mengelirukan ialah apabila wujud gerakan Islam yang bersifat politik tetapi...
Memimpin Kebijaksanaan