Skip to main content

Berakhirnya Kuasa FaceBook!

KEJATUHAN nilai saham Facebook akibat apungan pasaran saham syarikat barangkali menunjukkan perkara yang lebih buruk bakal berlaku. Seorang penganalisis senior pelaburan meramalkan syarikat itu akan mengalami kejatuhan dan lenyap dalam masa lapan tahun.

Eric Jackson, dari syarikat Ironfire Capital meramalkan bahawa Facebook mengalami kejatuhan yang sama seperti bekas gergasi internet seperti Yahoo, kerana ia bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih baru.

Menurutnya seperti yang dilaporkan oleh NBC, Facebook terpaksa berjuang dengan laman sesawang mobile yang lebih moden dan akhirnya ia akan lenyap.

"Dalam masa lima hingga lapan tahun ia akan lenyap sama seperti bagaimana Yahoo lenyap. Yahoo masih menghasilkan wang, ia masih menguntungkan, masih memiliki 13,000 pekerja yang berkhidmat untuknya, namun nilainya kini hanya 10% daripada nilai pada tahun 2000" Kata Jackson.

Faktor utama yang menjadi bencana kepada facebook menurut ramalan Jackson terhadap laman sosial ialah, ia akan menjunam kerana perubahan teknologi - ia terpaksa berjuang terhadap perpindahan pengguna kepada teknologi mudah alih.

Facebook dilihat begitu agresif mensasarkan pengguna mudah alih dengan penghasilan pelbagai aplikasi baru, namun ia mesti menghasilkan aplikasi yang menguntungkan tanpa iklan yang begitu mengganggu.

Jackson membahagikan syarikat-syarikat gergasi internet kepada 3 generasi - laman sesawang seperti Yahoo, laman sosial seperti Facebook dan syarikat mudah alih.

"Apabila meneliti ketiga-tiga generasi ini, tidak kira betapa berjayanya anda di dalam satu generasi, nampaknya anda tidak akan mampu melakukannya dalam generasi seterusnya, tak kiralah berapa banyak wang anda di dalam bank, tak kira berapa banyak bijak pandai yang memiliki PhD bekerja untuk anda" tambah Jackson lagi.

"Lihat betapa susahnya Google untuk berganjak kepada laman sosial, dan saya fikir Facebook akan menghadapi kesukaran yang sama untuk berganjak kepada applikasi mudah alih" tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, "Dunia bergerak semakin pantas, semakin banyak pesaing, tidak akan berkurangan, dan saya fikir mereka yang dominan sewaktu generasi awal tentu akan menghadapi kesukaran pada generasi seterusnya".

Comments

Anonymous said…
facebook ni tmpat golongan jew dan anwaranis melemparkan fitnah dan cerita karut marut. tapi bila org ramai dah tahu kebenaran dan dah muak dgn teori konspirasi anwar maka rakyat akan perlahan2 tinggalkan FB, blog dll. rakyat akan kembali kepada realiti hidup yg sebenarnya.

sama juga yg berlaku di amerika dan barat, mereka yg dulu jemu dgn FB, kerana masyarakat disana tolak gossip dan cerita karut marut yg disebar melalui FB dan lain2 media.
Anonymous said…
antara sebab KERAJAAN CHINA HARAMKAN FACEBOOK..sbb byk bwk buruk dari baik & melalaikan.

Pilihan Pembaca

NOVEMBER TO REMEMBER Oleh Muhammad Azli Shukri Saya terpaksa berterus-terang pada kali ini dengan perspektif yang lain daripada aliran blogger semasa, sama ada suka atau tidak, saya akan tetap berterus-terang, tentang isu yang mendominasi bulan November ini. Bermula dengan kempen untuk merebut jawatan utama dalam parti UMNO, khususnya kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hangat ketika ini, sehinggalah kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Disusuli kemunculan jutawan segera Tun Salleh Abbas dengan jumlah pampasan Ex-Gratianya yang menggoncang setiap jantung warga Malaysia. Kemudian, kita dikejutkan dengan keseriusan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan BPR bagi meranapkan politik wang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada sebuah sistem yang tidak demokratik sifatnya dalam UMNO. Dan tidak kurang pentingnya baru-baru ini, akhbar Watan keluaran 9-15 November menyiarkan komen bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Ibrahim Azmi Hassan, be...

UMNO 2009 : Tolong Jangan Baca Entri Ini, Nanti Kena ISA?

FROM NEW HOPE TO ONE HOPE Oleh Muhammad Azli Shukri Pagi ini Tun Mahathir telah menemui Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyampaikan borang kemasukan semula sebagai ahli UMNO di Putrajaya. Serentak dengan itu, anak beliau Datuk Mokhzani Mahathir juga akan bertindak sama kembali kepada UMNO. Dan pada Isnin ini, Tun Mahathir dijangka turun berkempen di Dataran PPP, Batu 2 1/2 Simpang, Taiping untuk calon BN bagi kawasan Bukit Gantang. Semalam, sewaktu menyampaikan ucapan penghargaan kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di kaca television, Datuk Seri Najib mengumumkan pembebasan seramai 13 orang tahanan ISA dan pada masa yang sama menarik semula sekatan penerbitan terhadap akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta. Malah, Datuk Seri Najib juga berjanji akan mengkaji semula akta ISA yang digunapakai selama ini. Saya secara peribadi melihat Datuk Seri Najib...

Sivakumar 2009 : Tanah Dari Bumi Yang Lain

Sivakumar 2009 Tanah dari Bumi yang Lain Saya masih boleh bersabar tatkala melihat cara V. Sivakumar melakukan watak biadab dalam Dewan Undangan Negeri Perak semalam. Selain, saya sempat memerhatikan wajah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah seolah-olah kecewa dengan sikap ADUN pembangkang yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka sudah hilang suara majoriti, malah berlagak dan bongkak dengan menunjukkan sikap kurang ajar dan biadab di dalam dewan persidangan. Saya masih berupaya sabar dengan itu semua. Namun demikian, apabila mendengar sidang media yang dilakukan oleh V. Sivakumar pada hari ini, hati saya tiba-tiba berasa sangat benci dan menyampah melihat wajah dan lagak seorang bekas Speaker yang merasakan dirinya terlalu berkuasa dan berpengaruh. Tiada langsung menunjukkan rasa hormat kepada sultan dan perlembagaan negeri, sebaliknya, keangkuhan dan keegoanya terselah dalam sidang medianya petang tadi. Akhirnya, saya mahu mengajak agar seluruh masyarakat Melayu khususnya ...