Skip to main content

Kebenaran Di Dalam Kotak Kaca

ANALISIS, 18 Nov — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan satu perkara — beliau masih tidak jemu-jemu untuk bercakap tentang perpaduan Melayu khususnya kerjasama politik PAS-Umno.

Beliau tetap konsisten dengan pendirian mahu mengikat kerjasama politik antara PAS dan Umno — idea yang beliau cuba bawa sejak keputusan pilihan raya umum ke-12. Ekoran kehilangan kuasa Barisan Nasional (BN) di Perak pada 8 Mac 2008, Harussani telah berhubung dengan beberapa pemimpin kanan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pendirian mereka kekal — tidak kepada kerajaan perpaduan membabitkan PAS-Umno. Nik Aziz tidak mahu nasib tahun 1970-an berulang. Dua muktamar tahun PAS yang lalu dengan tegas menyatakan pendirian itu dan mahu kekal dalam kerjasama Pakatan Rakyat. PAS menyertai kerjasama Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12. Sehingga kini ia selesa dengan persekitaran dalam perikatan itu.

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini, Harussani berkata beliau mahu melihat orang Melayu terus bersatu, bukan sahaja di Perak malah di seluruh Malaysia. Sudah berulang kali beliau mengulangi pendirian yang sama.

Penelitian rambang menunjukkan lebih 10 kali beliau bercakap pasal soal itu sejak Mac 2008. Baginya, ia perlu diperingatkan dari semasa ke semasa supaya orang Melayu sedar betapa pentingnya bersatu padu di kalangan mereka. Pemimpin agama berusia 72 tahun ini berkata beliau akan terus bercakap soal kerajaan perpaduan Umno-PAS ini. Katanya, sepatutnya beliau sudah berehat di rumah tak perlu bekerja dengan kerajaan pada usia yang sudah lanjut ini.

Tegasnya, tetapi demi sayangkan bangsa, beliau rela pegang jawatan Mufti Perak sebagai lambang penyatuan umat Islam. Beliau tidak memihak kepada sesiapa sama ada Umno atau PAS. Sebab itu, beliau mahu Umno dan PAS mengetepikan fahaman politik demi perpaduan Melayu.

“Selagi hayat dikandung badan, saya akan terus mahu melihat kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS menjadi kenyataan,” katanya. Beliau amat bimbang dengan perpecahan yang berlaku sekarang kerana lambat laun kuasa politik Melayu akan hilang dan beliau bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Matahir Mohamad bahawa pegangan politik Melayu akan hilang dalam masa 10 tahun lagi jika orang Melayu terus berpecah.

Bagi PAS irama itu tiada asas. Bagi parti Islam itu jika pun Umno tidak berkuasa, nasib Melayu akan terus terbela.PAS sebelum ini berkata pihaknya akan meneruskan perjuangan itu menerusi ikatan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Harussani kata, beliau sedih apabila apabila PAS menolak perpaduan dan mahu kekal bersama DAP dan PKR dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang menyaksikan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari PAS menjadi Menteri Besar Perak.

Beliau yakin dengan pepatah Melayu carik-carik bulu ayam, akhirnya tercantum juga. Dan, beliau yakin suatu hari nanti PAS akan sedar kesilapan mereka dan kembali bergabung dengan Umno demi perpaduan Melayu.

Sehubungan itu, beliau juga meminta semua pihak tidak bertelingkah mengenai isu yang remeh temeh seperti haji seseorang itu sah atau tidak. Katanya, “kita banyak membuang masa membicarakan isu yang remeh temeh sebaliknya isu yang lebih besar seperti perpaduan Melayu diketepikan.” Misalnya kata beliau, tidak timbul haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sah jika benar beliau menghabiskan awal hajinya. “Jika benar tuduhan itu, haji beliau tetap sah cuma beliau kena bayar dam,” katanya.

Comments

Anonymous said…
kalau dah benci, semuanya tidak lagi indah.

kalau dah sayang (pas dan Dap), kentut pun tidak lagi dianggap busuk.

kah kah kah
Anonymous said…
Nabi tidak mengaku umatnya jika mereka tidak mahu mengeratkan silaturahim sesama Islam. (Dendam zaman 70 an punye pasal) Jangan kata kentut, masuk neraka pon tara hal...
Anonymous said…
Mengapa hari ini tuan Mufti ni asyik bercakap pasal perpaduang ore Melayu, mengapa tidak dulu, mengapa tidak semasa :-

1) Mahathir membuang Kuli,perpecahan antara Team A dan B. Tubuhnya 46

2.Mahathir membuat fitnah Tengku Razaligeih pakai Tengkolok salib.

3.Mahathir tembak memamali.

4. Mahathir buang Musa Hitam.

5. Mahatir buang anwar.

6. Mahathir Fitnah Anwar dan Usung tilam pergi Mahkhamah.

7. Dan semasa Mahathir menghemtam Pak lah untuk menghalau Pak lah Turun dari kerusi Kuasa.

..Percayalah Orang melayu banyak kali bersatu bawah UMNO, tetapi tiap kali bersatu dan memberi kepecayaan kepada UMNO tika itu lah UMNO (Baca Madey Mamak Kutty) mengecewakan orang melayu. Memecah belahkan orang Melayu.

Pada 2004 selepas Madey letak jawatan org melayu dengan rela hati bersatu semula di bawah payung UMNO di bawah pemerintahan Abdullah Hj .Ahmad tetapi Madey memecah belahkan semula Orang Melayu...

Akhirnya org melayu terus kena tipu, jadi lah penccacai macam Lembu kak ijat.

Ya Bersatu lah wahai bani Melayu, di bawah payung PAS, sepak lah UMNO ke tepi. PAS sahaja harapam kita waktu ini. Kita boleh menegak syiar islam untuk semua...tanpa penlu mengusung keris dan melaung hidup melayu yang sempit itu....PAS GANTI UMNO
kuanderas said…
Totoknya berpolitik, seruan bersatu oleh Harusanipun di perleceh.Salahkan pula Tun Dr.Mahathir. Nak reply banyak-banyakpun status anonymous..
Anonymous said…
anon 4:43 terlalu sempit pemikiran tuan sehingga memperleceh seruan Harusani. Semoga Allah membuka hati dan fikiran anda dan membimbing anda kejalan yang sempurna.......

Darp Kak Siti
KAPAKTAJAM said…
Salam utk pembaca semua, Kapak mmg tabik dan hormat sungguh dgn kecekalan dan ketegasan Tan Sri Mufti Perak ni.Ia sesuatu yg wajar diberikan perhatian oleh semua pengundi Melayu dan mengambil pendekatan yg proaktif dan sensitif dgn masa depan Agama, Negara dan Bangsa Melayu.

Marilah kita sama-sama menyokong dan menggerakkan diri untuk berjabat tangan serta bermaaf-maafan untuk melupakan segala sengketa lama, ibaratkan cari2 bulu ayam, lambat laun bercantum juga. Namun, lambat laun ini jgn pula mengundang padah dan sudah terlambat dan menyesal dikemudian hari.

Bangsa Melayu dan Islam amat2 wajar bersatu hati mulai saat ini dan berbincanglah secara baik dan hormat menghormati diantara satu sama lain. Permuafakatan ini akan membawa berkat dan nakhodailah Negara mengikut acuan kita berlandaskan syariat Islam.

Wassalam
KAPAKTAJAM said…
Betul kak siti, dia sendiri tidak ikhlas memberi komen, jika dia merasakan dirinya betul dan ikhlas, sila letak nama, boleh kita berdiskusi secara berhemah. Jgn main hentam jer.

Siapa dia ni jika nak dibandingkan dengan jasa Tun Mahathir. Saya ingat die pun sudah merasai dan memakan jasa ditabur oleh Tun selama Tun memerintah 22 tahun. Jgn jadi orang yg tak tau membalas budi dan bersyukur di atas nikmat kehidupan yg selesa selama ini.

Jika beliau org yg beriman dan ikhlas bertaubat dan insafi diri sebelum menolak sulaturrahim sesama insan. Bukalar minda anda yg sempit itu.
Dot said…
AST,

sukarnya utk pas bersatu dgn umno krn pas aejak dari awal lagi melabel umno sebagai kapir krn berkerjasama dgn mca & mic serta pas dakwa umno tidak amalkan Islam yg sebenar!

hingga hari ini fatwa hj hadi masih dipegang kuat oleh ahli2 pas totok & masih ramai yg menuduh kerajaan tidak mahu amalkan hukum hudud tanpa mrk mahu memahami bahawa perlaksanaan hukum hudud spt kata hj hadi sendiri hanyalah o.oooo1% shj dari keperluan dlm Islam!! tambahan lagi hudud ala pas bercanggah dgn hudud Allah!! hudud pas kelantan juga ada perbezaan dgn hudud terengganu! jadi yg mana satu yg boleh dipegang cakap2 pas ni?
Anonymous said…
anon 4:43 PM,

berat tohmahan kamu kpd TunM!!! kamu yakin semua tuduhan kamu benar? apa asasnya tuduhan kamu? apa salah Tun kpd kamu sebenarnya? bgmn kamu nak minta maaf dgn TunM jika apa yg kamu tohmahkan ni tidak benar? sanggupka kamu menelan bara api nnt?
Anonymous said…
18 tahun ( 1990-2008) ketika wujud hanya kerajaan PAS di Kelantan bagaimana media perdana membelasah Kelantan saban masa. Malah hingga hari ini hak royalti pun cuba didolak-dalih. Kembali yg hak baru cakap fasal perpaduan yg utuh atas dasar Islam (tali Allah) bukannya dasar perkauman yg mewujudkan lagi polariti dan terjejasnya konsep 1Malaysia.
Anonymous said…
anon-anon bangang terutama 3.43 bercakap mcm jam tak berputar, kepala otak kencut, jantung tak dipam, AKAL TAK BOLEH DIPAKAI, FAKTA KUNO ZAMAN BATU
Anonymous said…
pas tak mungkin mampu memerintah Tanah Malayu tanpa Malayu bersatu.

Pkr tak mungkin relevan kalau Melayu bersatu

nampakkan?
Anonymous said…
Kalau Tok Nik boleh kemudi Kelantan selama 20 tahun, maknanya siapapun poleh jadi pemimpin. Cumanya apakah bukan Melayu puas hati dengan pencapaian yang di negeri berkenaan?
Saladin said…
Macam mana PAS nak memimpin Melayu/Islam ...kerusi Parlimen yang ditandingi pun tak sampai 70 kerusi.....?Itu pun kalau menang semua....alamat Islam, Melayu hancur....Agaknya siapalah yang akan jadi PM/timb.PM?

Pilihan Pembaca

Tan Sri Isa Samad 2009 : Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi

Tan Sri Isa Samad 2009 Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi MUAR 21 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang berwibawa, dihormati dan mampu menjalankan tugas dengan baik untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, nama calon berkenaan yang memenuhi kriteria dan mengambil kira pandangan semua pihak akan diumumkan pada 29 September ini selepas perbincangan mengenainya selesai."Itu kriteria biasa kita gunakan. Penerimaan masyarakat setempat juga penting kerana mereka yang akan menjadi pengundi, itu juga akan diambil kira, kita mengambil kira semua perkara," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh di sini hari ini. Beliau mengulas persiapan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang dijadual pada 11 Oktober ekoran kematian wakil ra...
NOVEMBER TO REMEMBER Oleh Muhammad Azli Shukri Saya terpaksa berterus-terang pada kali ini dengan perspektif yang lain daripada aliran blogger semasa, sama ada suka atau tidak, saya akan tetap berterus-terang, tentang isu yang mendominasi bulan November ini. Bermula dengan kempen untuk merebut jawatan utama dalam parti UMNO, khususnya kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hangat ketika ini, sehinggalah kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Disusuli kemunculan jutawan segera Tun Salleh Abbas dengan jumlah pampasan Ex-Gratianya yang menggoncang setiap jantung warga Malaysia. Kemudian, kita dikejutkan dengan keseriusan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan BPR bagi meranapkan politik wang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada sebuah sistem yang tidak demokratik sifatnya dalam UMNO. Dan tidak kurang pentingnya baru-baru ini, akhbar Watan keluaran 9-15 November menyiarkan komen bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Ibrahim Azmi Hassan, be...

Berakhirnya Kuasa FaceBook!

KEJATUHAN nilai saham Facebook akibat apungan pasaran saham syarikat barangkali menunjukkan perkara yang lebih buruk bakal berlaku. Seorang penganalisis senior pelaburan meramalkan syarikat itu akan mengalami kejatuhan dan lenyap dalam masa lapan tahun. Eric Jackson, dari syarikat Ironfire Capital meramalkan bahawa Facebook mengalami kejatuhan yang sama seperti bekas gergasi internet seperti Yahoo, kerana ia bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih baru. Menurutnya seperti yang dilaporkan oleh NBC, Facebook terpaksa berjuang dengan laman sesawang mobile yang lebih moden dan akhirnya ia akan lenyap. "Dalam masa lima hingga lapan tahun ia akan lenyap sama seperti bagaimana Yahoo lenyap. Yahoo masih menghasilkan wang, ia masih menguntungkan, masih memiliki 13,000 pekerja yang berkhidmat untuknya, namun nilainya kini hanya 10% daripada nilai pada tahun 2000" Kata Jackson. Faktor utama yang menjadi bencana kepada facebook menurut ramalan Jackson terhadap lama...