Pada 5 Ogos 2011, saya telah menulis satu artikel dalam blog saya, http://ridhuantee.blogspot.com, bertajuk “Awasi dakyah Kristian”. Kisah benar bagaimana perancangan Kristian memurtadkan orang Melayu Islam ketika mereka masih kanak-kanak lagi. Namun, tidak ramai ambil pusing, sehinggalah berita ini diperbesarkan oleh sebuah akhbar yang dituduh oleh ultra kiasu sebagai akhbar rasis atau ultra Melayu. Akhbar ultra kiasu tidak kurang juga ultranya, tetapi mereka tidak pernah disalahkan, maklumlah sekapal. Artikel ini pada mulanya saya tulis untuk akhbar ‘ultra Melayu’ tersebut untuk siaran 7 Ogos 2011, kerana ketika itu isunya masih panas, berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama. Malangnya, ia tidak disiarkan. Mungkin editor akhbar itu menganggap saya mereka-reka cerita ataupun editornya mungkin takut untuk menyiarkannya. Saya berterima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana begitu neutral dan berani menyiarkan setiap penulisan ...
Memimpin Kebijaksanaan