Skip to main content

Kenyataan Juanda Jaya : Dosa Selepas Jumaat

Dalam hal ini - saya agak bersetuju dengan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang mahu PAS mengetuai Pakatan Pembangkang. Sudah begitu lama, PAS dijadikan sebagai kuda tunggangan DAP dan PKR bagi bertembung dengan UMNO - hakikatnya orang Melayu juga yang rugi. Sejak setahun lalu, PAS sudah mencanang agenda "PAS Ganti UMNO" - soalnya apakah PAS mampu menjadi parti tulang belakang dan mengetuai Pakatan Rakyat sebagaimana UMNO mengetuai Barisan Nasional? Jika PAS tidak mampu menjadi "ketua" dalam Pakatan Rakyat, maka jangan bermimpi mahu menggantikan UMNO.

PAS seharusnya terlebih dahulu membuktikan bahawa mereka benar-benar disegani dan mampu menerajui Pakatan Rakyat, dan bukannya masih berkepit di celah ketiak DAP dan Anwar Ibrahim. Realiti yang sedang berlaku sekarang sama sekali tidak menunjukkan bahawa PAS mampu menggantikan UMNO. Sekiranya PAS masih bersujud dan mengikut rentak tari politik Anwar dan DAP, hal ini bermakna PAS masih lemah dan terpaksa menagih simpati daripada DAP dan PKR. PAS boleh menggantikan UMNO, dengan syarat - PAS terlebih dahulu menerajui dan mendominasi Pakatan Rakyat, atau dengan kata mudahnya Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim perlu lebih banyak mendengar kata-kata PAS daripada menyanggah kehendak serta aspirasi parti tersebut.

Mahu atau pun tidak, hala tuju politik Pakatan Rakyat perlu diterajui oleh parti yang berideologikan Islam dan bukan dengan ideologi yang "iras-iras" seperti ideologi Islam atau ideologi yang cuba diselaraskan dengan kehendak Islam - Hakikatnya, ideologi Pakatan Rakyat yang perlu mengikut Islam dan bukan ideologi PAS yang terpaksa "diselaraskan" dengan kehendak ideologi Pakatan Rakyat, itu salah! - Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Ideologi "keadilan" yang diperjuang dan difahami oleh DAP dan Anwar Ibrahim sangat berbeza dengan konsep keadilan Islam - PAS tidak boleh mendakwa kononnya "kita sudah menemui titik temu dengan Pakatan Rakyat" apabila semua parti pembangkang kononnya telah bersetuju sebulat suara untuk memperjuangkan "keadilan" secara holistik, tetapi pada masa yang sama DAP dan Anwar Ibrahim menolak pelaksanaan hukum Hudud dan negara Islam yang terbukti merupakan sebaik-baik keadilan untuk negara ini. Hal yang sama dapat dihidu tatkala PAS seolah-olah bersetuju untuk memperjuangkan "Negara Berkebajikan", sedangkan negara berkebajikan sama sekali tidak sama dengan negara Islam yang digariskan oleh al-Quran dan as-Sunnah! Adalah sesuatu yang tersasar jauh, sekiranya PAS menyamakan negara Islam itu ialah negara berkebajikan dan negara berkebajikan itu ialah negara Islam.

Justeru itu , tafsiran keadilan dan negara berkebajikan bagi Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebenarnya sangat berbeza dengan apa-apa yang digariskan oleh Islam - dan PAS jangan sesekali terperangkap dalam hal ini. Hakikatnya, keadilan yang sebenar-benarnya adalah merujuk kepada keadilan yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah, lantaran itu, keadilan Islam sama sekali tidak mengiktiraf golongan Gay dan Lesbian seperti mana yang diterima dalam konsep demokrasi ala-Barat. Namun demikian, pendirian Anwar Ibrahim dan DAP dalam hal ini sangat meragukan! Soalnya sekarang, apakah kita berdosa menyokong PAS? Wallahualam. Baca di sini...

Comments

chop said…
Pas perlu mendominasikan dulu negeri negeri utara semenanjong Malaysia sebelum diikutan negeri selatan. Perkembangan sedikit demi sedikit dari masa kesemasa. Bila banyak suara
jatuh pada Pas- Pas boleh kehadapan -lead.
Anonymous said…
Pandangan Saudara Azli adalah melalui umno-tainted-glass, dan cuma bagus di mata kalangan orang umno. Komponen PR sudah bergerak terkehadapan jika dibandingkan dengan sudut pandangan umno.

1) PR beranggapan lebih baik dipimpin non-muslim yang adil daripada seorang muslim yang korup. Pandangan umno tidak begitu kerana melaungkan ketuanan melayu, walau melayu yang terbukti korup

2) Umno masih mengagungkan "pemimpin" walau pemimpin itu dari golongan solat sunat satu rakaat, kaki raba maupun kaki botol

3) Penggiat umno masih tidak dapat membezakan harta umno dan harta kerajaan; DNA dan air mani; privileges dan tanggungjawab ketika menjawat jawatan tinggi; spin dan berita

ada lagi........... ayuh, think out of the box
Juhari said…
Kehancuran PAS bermula apabila mereka bersekongkol dengan DAP dan PKR yang dipimpin oleh seorang peliwat tegar dan penzina yang tidak mengenal batas dan tidak mahu mengaku kesalahannya walaupun terbukti dengan jelas dan nyata.

Pemimpin2 PAS mula membuat kesilapan demi kesilapan dan terbukti apabila semua pilihanraya kecil yang diadakan mutakhir ini semuanya kalah termasuk pilihanraya negeri Sarawak yang kalah semua kerusi yang dipertandingkan.

Ramalan saya Mat Sabu akan menang kerusi Timbalan Presiden PAS untuk meletakkan PAS dalam keadaan yang lebih tertekan kerana memilih pemimpin yang ada sejarah berkhalwat dengan isteri orang disebuah hotel di Kota Bahru.

Lengkap sudah pemimpin PR. Anwar diletak jadi pemimpin dan Mat Sabu jadi Timbalan Presiden PAS. Kalau betul ramalan saya, maka PAS menunggu saat kejatuhannya. Kerana mengejar kedudukan politik perjuangan parti dilacurkan. Pemimpin2 yang ada pengajian agama Islam diketepikan kerana mengikut nasihat pemimpin DAP dan PKR.

Mungkinkah ini semua hasil daripada kunjungan LKY bertemu dengan pemimpin2 PAS selepas kemenangan besar PRU 12 dahulu. Apakah perjanjian sulit yang dibuat. Apakah bantuan kewangan kepada parti PAS menjadi taruhan untuk menjadi pak turut semata-mata.

Tetapi yang amat nyata perjuangan PAS sudah lari jauh daripada yang asal.
Anonymous said…
Adakah perjuang UMNO telus dan berlandaskan ISLAM?

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup
Penulis bersama Datuk A. Kadir Jasin di Taiping Golf Resort. Apabila Blogger Bertemu Blogger Saya bertemu dengan Datuk A.Kadir Jasin pada Majlis Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di Taiping Golf Resort pada bulan Mei tahun lalu. Pertemuan yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pengerusi MK Land Holdings Tan Sri Mustapha Kamal itu membincangkan bagaimana langkah terbaik bagi membawa usahawan-usahawan Melayu ke persada antarabangsa, kerana pasaran ekonomi domestik sudah semakin tepu dan kecil. Usahawan-usahawan kita, khususnya usahawan Melayu sudah tidak mampu lagi bersaing di peringkat domestik, kerana faktor pasarannya yang semakin mengecil dan terlalu berdaya saing dengan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini amat saya puji, apatah lagi langkah bijak ini telah dilaksanakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pengerusi majlis tersebut. Usahawan Melayu perlu ke luar negara mencari pasaran baru, tetapi mestilah bijaksana dan bukan membabi buta. Oleh s