Saya  bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Datuk Nakhaie Ahmad di  bawah ini - tepat dan perlu diambil perhatian oleh kerajaan. KUALA LUMPUR, 22 Mei   – Beberapa pemimpin Islam mempersoalkan  kesetiaan bukan Islam di  negara ini sambil menggesa hak komuniti itu  perlu dinilai semula jika  Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara  Islam. Bekas Yang Dipertua  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Nakhaie Ahmad berkata, layanan kepada bukan Muslim seharusnya berdasarkan pada kontrak sosial yang telah dipersetujui. Malah  kata beliau kerajaan nampak terlalu bermurah hati kepada kaum-kaum  bukan Islam. “Dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan bukan  Muslim, kita begitu bermurah hati dalam memberikan hak-hak sivil.  “Hak-hak sivil yang diberikan termasuk hak untuk mengundi, penyertaan   dalam politik, memegang jawatan, pembabitan dalam ketenteraan dan   sebagainya, tetapi kita memberikan mereka segala-galanya,” kata beliau.  Oleh  itu, kata beliau, tawaran hak...
Memimpin Kebijaksanaan