Skip to main content

DAP 2011 : Kami Mahu Kuasa Ini!

1. Saya tertarik dengan tulisan Susan Lim dari portal Malaysia-Instinct. Sudah tiba masanya DAP diharamkan di bumi Malaysia ini. Ternyata merekalah yang memulakan segala sentimen kebencian antara kaum di Sarawak. Hari ini, pihak BN/UMNO harus serius memikirkan bagaimanakah cara terbaik untuk terus mentadbir negara ini tanpa "terhegeh-hegeh" mengharap undi daripada kaum Cina. Sudah jelas dan terang, masyarakat Cina sama sekali tidak akan mengundi BN dalam PRU yang akan datang. Baca rencana menarik di bawah :

2. DAP SEOLAH-OLAH tidak kisah bermain dengan api. Dengan keputusan yang menggalakan dalam Pilihanraya Sarawak, parti itu semakin nekad untuk terus memainkan isu perkauman. Sikap chauvinis DAP jelas terserlah di Sarawak apabila merkea dengan bongkaknya menyeru kaum Cina agar memikirkan faktor ‘bangsa’ ketika mengundi. Mereka menyerang kaum lain dan memainkan isu agama yang sensitif tanpa sedikitpun peduli jika ianya mengguris hati warga lain.

3. DAP menghina Pehin Sri Taib Mahmud atas dasar suku kaumnya, iaitu Melanau yang mana mencerminkan perasaan sebenar DAP terhadap kaum pribumi termasuk Melayu, terutamanya. Pehin Sri Taib telah berjanji akan mengundurkan diri dan orang-orang Sarawak tidak pernah meragui dasar peralihan kuasa yang lancar yang diamalkan oleh BN. Dengan itu, tidak perlulah sama sekali DAP untuk menghina sesiapa, mana-mana kaum atau bangsa dalam berkempen.

4. Kesombongan DAP begitu menyesakkan di mana mereka cuba untuk meyakinkan kaum
Cina bahawa mereka tidak lagi memerlukan kerajaan. Mereka percaya yang mereka mampu terus maju tanpa melibatkan kerajaan. Ironi sekali kerana di masa yang sama mereka juga mendesak agar negara suara mereka didengar dan tuntutan mereka dipenuhi oleh kerajaan.

5. Akhirnya, DAP berjaya meningkatkan perasaan syak wasangka terhadap kaum Cina dan menjauhkan lagi mereka dari kaum-kaum lain. Bagaimanapun, bukan semua kaum Cina yang terheret dalam permainan merbahaya DAP. Ini dibuktikan melalui statistik di mana 38% dari kaum Cina terutamanya dari kawasan luar bandar dan pedalaman di Sarawak memilih untuk menolak DAP dan mengundi BN. Kaum Cina di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapati bahawa seruan DAP untuk menolak kempen pembangunan BN adalah tidak relevan. DAP gagal melihat bahawa isu pembangunan dan infrastruktur termasuk kemudahan asas seperti air dan elektrik masih relevan dengan penduduk dari kawasan ini.

6. Jelas DAP langsung tidak peduli tentang masyarakat luar bandar yang mereka jangkakan bukan dari kaum Cina. DAP hanya memikirkan tentang kaum Cina yang menjadi majoriti penduduk bandar yang mana telah mempunyai segala-gala yang diperlukan dari segi pembangunan dan infrastruktur. Ini hanya menguatkan lagi hakikat bahawa DAP adalah parti rasis dan ia akan kekal begitu. Memahami hakikat ini, rakyat Malaysia harus bertanya diri sendiri akan soalan-soalan berikut, Bagaimana sebuah parti rasis mampu bertindak adil dan saksama apabila mereka hanya memikirkan tentang kaum Cina dan bagaimana menjadikan kaum Cina yang kaya semakin kaya? Apa akan terjadi kepada masyarakat luar bandar dan pedalaman jika DAP menjadi kerajaan Malaysia? Bagaimana Malaysia boleh menjadi lebih baik di bawah DAP jika ketegangan kaum terus meningkat?

7. Bolehkah kita mengecapi keamanan jika semua kaum terus menyasar, menyalahkan dan menuding jari antara satu sama lain di bawah kepimpinan DAP? Bagaimana kaum Cina boleh terus maju jika mereka sentiasa menjadi sasaran syak wasangka kaum lain sebagai chauvinis dan rasis? Kesimpulannya, kaum Cina harus membuktikan yang mereka bukan chauvinis dan rasis sepertimana yang ditonjolkan oleh DAP. Dan kaum Cina hanya boleh membuktikannya dengan cara menolak DAP dalam Pilihanraya yang akan datang.

Comments

Anonymous said…
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara
Anonymous said…
Biarkanlah DAP gembira dgn sokongan baru dikalangan rakyat cina Sarawak. Konon2 mereka dah berjaya tawan hati rakyat cina Sarawak lah tuh. hahaha.. tu hanyalah sebahagian agenda rakyat cina foochow sarawak. Rupa-rupanya DAP hanyalah dipergunakan untuk menjatuhkan George Chan and d'gang. Next time, rakyat cina swk akan vote BN semula pabila org-org yang ditarget mereka utk memegang jawatan dlm SUPP telah sedia ada dlm SUPP kelak. For info, George Chan pernah berjanji untuk letak jawatan sebelum ni supaya dapat bagi laluan 'org2 mereka' naik plak... ni la akibat tak tunaikan janji...
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Majoriti orang muda bangsa melayu tidak sedar akan bahaya DAP.

Mereka masih muda. Mereka ramai yang berpelajaran tinggi dan menjawat jawatan yang profesional(hasil perjuangan UMNO yang dituduh perkauman) . Mereka bukan bodoh tak boleh berfikir. HAnya mereka masih mentah kerana mereka muda dan tidak berpengalaman.

Kerana mereka mentah , mereka mudah terpukau oleh retorik oleh DAP. mereka tidak perasan yang berkilau itu hanyalah kaca, bukan permata.

Mereka tak nampak DAP bahaya kerana yang memerintah Malaysia ini masih Umat Nabi Muhammad SAW yang adil.

Dan pada pemimpin Melayu, ada satu pepatah "Takut titik lalu tumpah" atau "A stitch in time saves nine". Maknanya jangan anggap "melupakan" masalah akan buat masalah selesai. Sebaliknya akan jadi lebih parah .

TIADA SEORANG pun ahli politik dari UMNO atau PAS seingat saya istiharkan dengan tegas bahawa DAP itu perkauman . walhal setiap hari DAP canangkan bahawa UMNO itu perkauman tanpa dibalas langsung oleh UMNO.

TIADA seorang pun ahli politik UMNO ingatkan MCA bahawa sukar untuk Melayu sokong MCA jika ia berdiam difitnah DAP yang MCA ikut telunjuk UMNO.

TIADA SEORANG pun ahli politik UMNO yang mahu dgunakan kuasa bercakap dalam media ( TV1, TV2, TV3) bahawa LIm Kit siang sudah lebih 5 dekad menguasai DAP tak ubah seperti parti milik keluarga LIM.

TIDAK PERNAH SEORANG PUN MENTERI UMNO yang saya dengar percakapan di TV1,2,3 yang suruh LIm Kit siang cermin diri sebelum serang KM Sarawak.

TIDAK SEORANG PUN PEMIMPIN MELAYU mahu guna kuasa politik yang ada untuk beri amaran pada Guan Eng bahawa beliau akan dikenakan tindakan jika satu gerai Melayu dirobohkan( hanya kerana mereka Melayu).

TAK SEORANG PUN PEMIMPIN UMNO yang tegas cakap Utusan Melayu bukan perkauman.

Semuanya lembut lembai. Semuanya enggan ambil tindakan pada DAP sebab nak jaga hati satu bangsa yang sudah terbukti tak kan sokong UMNO lagi.
Mohd said…
Melayu bodoh dan mudah lupa .......
Wong Pencen said…
shamshul anuar April 22, 2011 10:45PM

"..bahawa beliau akan dikenakan tindakan jika satu gerai Melayu dirobohkan(hanya kerana mereka Melayu)."

Dalam negara kita yang maju makmur ini, boleh ke seorang ketua menteri merobohkan harta kepunyaan rakyat semata-mata kerana tuan punya harta tersebut orang Melayu?. Mana perginya undang-undang?
Wong Pencen said…
Mohd April 22, 2011 11:31 PM

Pada saya bunkan sebab Melayu bodoh dan mudah lupa. Kalaupun ia, sebahagian kecil sahaja yang begitu. Kebanyakan orang Melayu pandai dan kemampuan mereka mengingat sama dengan mana-mana bangsa pun.

Masaalah yang lebih besar adalah kerana berbanding bangsa lain (di Malaysia), orang Melayu lebih kepada lantang apabila bersuara tetapi lemah dalam tindakan. Di mana-mana kita dengar suara mereka berjuang itu dan ini tetapi tindakan dan perbuatan mereka tidak mencerminkan perjuangan yang mereka laungkan.
Anonymous said…
Kemenangan BN di Sarawak bagi aku bukanlah satu kejayaan. BN akan tetap kehilangan Sarawak dan mungkin juga Sabah pada PRU13 nanti dan Penang akan tetap dijajah oleh kaum Cina yg semakin bersatu dan sekutu2nya. Melayu yg berpecah kepada 6 kumpulan sekarang (termasuklah yg bersekongkol dgn DAP) akan dipijak2 ditanah air sendiri. Tiada lagi keistimewaan dan peluang, semuanya akan dibolot oleh kaum cina. Dan Melayu yg bersekongkol dgn DAP td akn dibuang dan menyesal x sudah...
shamshul anuar said…
Saudara wong,

itulah hakikatnya. Diwar warkan bahawa gerai Melayu tiada lesen, mengganggu lalu lintas, kotor.

Bagaimana dengan gerai Cina. Hingga diatas jalanraya. Kenapa tiada tindakan diambil?

"Dalam negara kita yang makmur...". Boleh. Bukankah itu yang Guan Eng sedang buat?
Anonymous said…
Sebenarnya melayu taksub dengan kekebalannya. Melayu sukar ikut peraturan, melayu 'cemey', kalau boleh semua nak free. Itlah hakikat yg kita ketahui dan kita sendiri lalui. Kalau boleh cilok, depa cilok habis. Itulah jenis melayu yg kita temui. Bukan cerit bab org melayu lain, tapi diri sendiri juga begitu. Melayu kini bimbang kalau itu semua tiada, tiada kebal, skima, tak boleh 'cemey'. Itu melayu peringkat rakyat jelata. Melayu peringkat pemimpin pun tak banyak sedikit pun begitu. Bila hilang kuasa politik, walaupun tempoh hanya 5 tahun sahaja, sebab setiap 5 tahun ada PRU. Yg kita jadi emosi tak tentu pasal ialah kerana, macam kita tak percaya pada perlembagaan, tak percaya adanya PRU setiap 5 tahun. Tp bagi yg jadi ketua, bukan kata tempoh 5 tahun, 1 tahun pun cukup perit. Apabila kepimpinan bertukar tangan, maka gugur segalanya. Elaun jadi ketua akan hilang, elaun board drector GLC juga beralih tangan, komisyen belian aset negara juga dah takdak. Kroni atau rakan2 yg selalu dok himpit semakin jauhkan diri. Koperat takkan ambil risiko ambil bukan org yg ada kuasa. Apabila ini berlaku, maka sekali jatuh, akan lambat atau akan jatuh terus. Itulah 'melayu' yg kita nampak. Maka nak tak nak, ketua atau pemimpin atau org yg punyai kuasa sekarang akan gunakan segala kudrat dan pengaruh yg ada melalui apa saja, agar beliau kekal, parti beliau kekal dan hasut sana sini, mencurah petrol pun perlu agar segalanya kekal dan jgn terlepas tangan. Semua manusia yg punya otak tahu akan berlakunya PRU setiap 5 tahun, tahu akan adanya kuasa rakyat, rakyat tahu apa yg mereka hendak, tapi pemimpin yg ada kuasa saja yg akan takut pada perubahan. Perubahan yg akan memusnahkan dirinya, bukan musnahkan rakyatnya. Maka itu yg kita temui api mengapi, hasut menghasut, fitnah menfitnah. Semuanya kerana takut hilang kuasa dan peluang berharta. Bodoh sangatlah org kita atau org yg tak percaya pada demokrasi, org yg tak percayakan adanya perlembagaan, lebih lagi tidak percayakan adanya tuhan. Percayalah apapun berlaku kuasa rakyat adalah penentu dan pilhanraya akan ditentukan oleh rakyat apa yg terbaik untuk dirinya, keluarganya, komunitinya untuk tempoh 5 tahun itu. Jadi apa yg hendak ditakuti, apa yg takut pada kuasa yg ada pd diri sendiri. Mad Baling.
Wong Pencen said…
shamshul anuar April 23, 2011 9:58AM

"Diwar warkan bahawa gerai Melayu tiada lesen, mengganggu lalu lintas, kotor." Kalau sebenarnya gerai-gerai ini memang berlesen, tidak mengganggu lalu lintas dan tidak kotor (bermaksud tidak melanggar undang-undang), tindakan merobohkan gerai-gerai inilah yang melanggar undang-undang. Kemana perginya penguatkuasa undang-undang? Kemana hilangnya kuasa mereka dan kuasa mahkamah untuk menghukum mereka yang menyalahi undang-undang?.

"Bagaimana dengan gerai Cina. Hingga diatas jalanraya. Kenapa tiada tindakan diambil?". Persoalan saya sama, kemana perginya kuasa mahkamah untuk menghukum mereka yang menyalahi undang-undang?. Mengapa tiada pihak yang membawa kes ini ke mahkamah untuk diadili?.

"Bukankah itu yang Guan Eng sedang buat?". Kalau benar itu yang dia buat, maka dia telah dan sedang melanggar undang-undang. Heret dia ke mahkamah untuk diadili. Jangan biarkan beliau menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Ketua Menteri.

Kemenangan perjuangan "hak" gerai milik orang Melayu yang tidak berlesen, mengganggu lalu lintas dan kotor hanya kerana gerai milik bangsa lain lebih teruk tidak akan membawa kemajuan kepada orang Melayu.
Anonymous said…
Wong kata,

"Kemenangan perjuangan "hak" gerai milik orang Melayu yang tidak berlesen, mengganggu lalu lintas dan kotor hanya kerana gerai milik bangsa lain lebih teruk tidak akan membawa kemajuan kepada orang Melayu."

April 24, 2011 11:18 AM

Komen:

Apek yang berniaga buah, air batu, dan makanan ringan yang jelas tidak ada lesen dan tidak hiraukan aspek gangguan terhadap lalu-lintas yang melata pada tahun-tahun 60-an dan 70-an telah mendapat banyak faedah dari kelonggaran seumpama itu. Kini apek berkenaan telah berada dakanm kedudukan senang/lenang. Dengan kesenangan itu sudah cukup untuk membolehkan apek ini melibatkan diri pula dalam sektor perniagaan yang lebih menguntungkan. Kesimpulannya, kalau apek telah mendapat kelonggaran dan dengan kelonggaran berkenaan mereka kini mampu menjadi usahawan maka adalah jelas kelonggaran tidak semestinya dilihat secara nagatif tetapi dalam konteks tertentu ia perlu dilihat secara positif.
Anonymous said…
Tugas pemerintah ialah menyediakan peluang kepada rakyat untuk cari sesuap nasi tetapi bukannya sibuk meletakkan pasir dalam periuk nasi tertentu saja cuma kerana pihak berkenaan tidak memberikan satu undi kepada tuan 'khalifasik' negeri sri mutiara. Inilah yang sedang dipersepsikan rakyat marhaen dan persepsi ini dengan sendirinya membuatkan parti khalifasik semakin ditolak oleh orang Melayu.

Fikir-Fikirkan
Wong Pencen said…
Anonymous April 24, 2011 11:42 AM

April 2011, dalam kita berusaha menuju kemajuan dan mata kita tertumpu ke tahun 2020, adakah wajar kita mahu mempertahankan hak kelonggaran terhadap peraturan sebagaimana dinikmati pada tahun-tahun 60 dan 70an?

Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, mempertahankan dan memperjuangkan perkara yang tidak betul tidak bakal membawa kemajuan kepada kita. Saya tambah sedikit, ianya malah akan membawa kemunduran kepada kita.
Anonymous said…
Wong,

Orang Melayu di seberang Tambak Johor diberikan ruang untuk berniaga secara sah atas dua tujuan iaitu bagi mengujudkan ruang untuk rakyat berniaga secara sah dan dalam masa sama mengelak pertumbuhan gerai-gerai haram.

Kalau tidak ada ruang perniagaan yang sesuai dan menguntungkan sudah tentu akan tumbuhlah gera-gerai haram. Soalnya, apakah ruang dan peluang telah dibuka untuk para peniaga?

Kalau ada tunjukkan buktinya. Kalau tak ada maka bolehkah dianggap pemerintah di Pulau Mutiara prihatin terhadap kebajikan rakyat?
Wong Pencen said…
Anonymous April 24, 2011 11:54 AM

Selain menyediakan peluang kepada rakyat untuk mendapat mata pencarian, jangan sampai lupa pemerintah juga bertanggungjawab memastikan makanan yang dijual kepada rakyat tidak menyebabkan penyakit. Juga menjadi tanggungjawab pemerintah memastikan jalanraya yang dibina untuk kemudahan seluruh rakyat tidak dibiarkan sesak hingga sukar dilalui hanya demi menjaga kepentingan sebilangan kecil rakyat yang perniagaannya meyebabkan kesesakan lalu lintas dan kesukaran kepada ramai rakyat.

Kalaupun nak berjuang, biarlah perjuangan itu untuk membawa kemajuan dan jauh lebih baik sekiranya ianya selaras dengan kehendak SYARIAH. Sekiranya 'membuang secebis duri" dari laluan orang ramai merupakan sebahagian dari IMAN, apa agaknya hukum menghalang laluan dan perjalanan orang ramai?. Dan pastinya kita semua tahu bahawa ISLAM sama sekali tidak menggalakkan kekotoran.

Fikir-fikirkan.

Juga, penggunaan ungkapan seperti 'khalifasik' merosakkan bahasa kita dan tidak menyebabkan penulis kelihatan lebih pandai dari orang lain.
Anonymous said…
Yang lebih menghairankan, pihak kerajaan maupun pembangkang SANGAT-SANGAT takut dgn suara mereka. Kononnya mereka adalah penentu undi. Tetapi saya nak tanya, dalam perangkaan 2010, jumlah Bumiputera ialah 18juta, Cina 6 juta dan India 1 juta, kenapa kita takut dgn yg sedikit? Benarkah mereka ini penentu undi? Berapa banyak kawasan yg majoritinya adalah pengundi Cina atau India?

Kenapa pemimpin Melayu tidak takut pd orang Melayu yg majoriti?

Jawapannya sangat senang; orang Melayu tidak bersatu. Pemimpin Melayu tidak lagi kenal “demarcation line”, dimana kita boleh berbeza dan dimana kita perlu sepakat. Akibatnya, yang kecil menguasai yang besar. Keujudan Israel yg kecil dan terpencil itu menjadi gagah apabila bangsa Arab yang besar lagi kaya gagal bersatu.

Umat Melayu Islam perlu di kuatkan kembali jatidiri mereka dengan memberikan kesedaran bahawa mereka sebenarnya adalah seekor SINGA yang mengaum kuat bukan seekor KAMBING yang hanya sekadar mengembek.
Anonymous said…
Wong 1.46 pm,

Kesudian kamu menyokong usaha pemerintah khalifasik membuang 'duri' dari atas jalan raya bukanlah contoh yang baik.

Lagi pun sikap yang baik saja tidak ada maknanya kalau ia dilakukan secara berpilih-pilih.

Maksudnya kenapa duri melayu saja yang perlu dibuang dan tidak duri cina?

Apakah duri cina tidak dianggap sebagai halangan cuma kerana duri berkenaan memberikan undi pada khalifasik?

Begitu juga kalau gangguan kelancaran jalan raya dikatakan sebagai menyusahkan pengguna, bagaimana dengan reformasi jalanan? Apakah ia tidak menghalang pengguna?

Ini sekali lagi menunjukkan apa saja yang orang lain buat dianggap menimbulkan masalah sedangkan apa yang puak sendiri lakukan dihalalkan. Apa ini?

Jika itulah cara PR berfikir, makanya jangan salahkan parti lawan kalau mereka terus diberikan mandat kerana amatlah jelas PR tidak lebih berwibawa berbanding pihak pemerintah.

Dalam kata lain, selagi PR tidak berubah maka selagi itulah pengundi nampak lawan PR adalah pihak yang lebih mesra dan prihatin permasalahan rakyat walhal PR hanya ambil berat terhadap segelintir pihak minoriti saja.
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Sebenarnya orang Melayu ada juga tunjuk kuasa mereka pada pilihanraya yang lepas. Namun ianya tidak dinilai selain kononnya menolak UMNO.

Kerana orang Melayu tunjuk ketidak gembiraan mereka lah menyebabkan kerusi seperti Sg siput, Pasir panjang, Lunas, Bandar Tun Razak, Hulu selangor, Kuantan jatuh pada pembankang.

Marahkan pemimpin MCA dan MIC bila UMNO difitnah oleh DAP dan Hindraf, orang Melayu bertindak balas dengan menjatuhkan calon BN di kawasan diatas dan pilih orang Melayu( dari pembangkang) untuk wakili mereka.

SAudara Wong,

Terpulang pada saudara percaya atau tidak degan apa yang saya cakap. Kerana inilah pendapat orang Melayu disana.

Sebenarnya DAP ialah parti perkauman paling perkauman pernah saya jumpa. Taktiknya sama dari dulu. Menghasut orang Cina bahawa UMNO anggap mereka sebagai 2nd class dan mana mana parti Cina bersekutu dengan UMNO sebenarnya ikut telunjuk UMNO.

Dam masyarakat Cina bersedia untuk dianggap "berperang" dengan orang Melaku demi cita cita KiT siang dan Guan eng yang jadikan parti politik DAP sebagai hak mutlak mereka.

Orang Cina lah paling rugi keana kini sdudah ramai Melayu yang berkata mereka tidak lagi akan sokong calon MCA dan MIC di kawasan majoriti mElayu.
Wong Pencen said…
Anonymous April 24, 2011 4:19 PM

Saya bukan menyokong tindakan pemerintah yang melakukan kerja baik hanya secara berpilih-pilih. Apa yang saya perkatakan setakat ini merujuk kepada pembelaan yang dibuat terhadap orang yang memang melakukan kesalahan. Kalau memang dah berniaga tanpa lesen, kotor dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, pembelaan sewajarnya mengusahakan supaya berniaga dengan lesen, bersih dan dengan tempat yang tidak menyebabkan kesesakan.

Kalau hanya duri melayu saja yang dibuang dan tidak duri cina maka kesalahan adalah di pihak penguatkuasa. Penguatkuasa sewajarnya bertindak mengikut lunas undang-undang dan bukan mengikut telunjuk orang politik walaupun orang politik itu merupakan pemimpin tertinggi kerajaan negeri. Undang-undang sedia ada juga menyatakan bahawa Ketua Menteri tidak berhak dan tidak ada kuasa untuk campur tangan dalam ehwal penguatkuasaan, terutamanya dalam urusan-urusan majlis tempatan.

Perbuatan mengganggu kelancaran lalu lintas tetap salah samaada disebabkan aktiviti perniagaan mahupun perbuatan tunjuk perasaan. Saya tidak pun menyatakan yang saya menyokong tindakan menggunakan jalanraya untuk mengadakan tunjuk perasaan.

Dan sekiranya memang benar pihak PR hanya menjaga kepentingan pihak minoriti maka sewajarnyalah mereka akan kalah dalam pilihanraya kerana pilihanraya dijalankan atas sistem demokrasi yang memang memberikan kemenangan terhadap pihak yang disokong oleh majoriti.
Wong Pencen said…
shamshul anuar April 24, 2011 7:29 PM

Persoalan penguatkuasaan bukanlah persoalan samaada saya percaya atau tidak akan pendapat mana-mana pihak. Ianya soal undang-undang. Undang-undang pula digubal lalu dibahas dan diluluskan untuk dikuat kuasakan. Samaada saya percaya atau sebaliknya akan pendapat pihak tertentu, tidak akan menubah undang-undang ini.

Kalau benarpun DAP sebuah parti perkauman paling perkauman, kita sendiri tidak sewajarnya membela orang yang memang menyalahi undang-undang. Kalaupun mereka menghasut orang berbangsa Cina agar percayakan mereka, tindakan kita menghasut mahupun menyokong orang kita untuk berniaga dengan mengenepikan peruntukan undang-undang tetap salah dan mungkin akan menjadikan kita sama buruk dengan mereka.
shamshul anuar said…
Saudara wong,

Jawapan awak adalah contoh yang orang Melayu anggap sebagai menegakkan benang basah. Sebenarnya itu bukan isu gerai kotor . itu hanya alasan sahaja kerana jika isu gerai kotor, maaf cakap. paling banyak gerai Cina akan diroboh kerana gerai mereka paling kotor.

Saya tahu. saya pun orang Tanjung juga.

Masalahnya siapa beri arahan pada Majils Bandaran kaau tidak DAP.

Saudara tidaklah rasa apa apa sebab yang kena ialah gerai Melayu. cuba satu gerai Cina dirobohkan.
tebing tinggi said…
Yang penting kalau orang Melayu merelakan dan ianya akan terjadi,dewasa ini dilihat orang Melayu seperti Merestuinya jadi apa salahnya.
Wong Pencen said…
shamshul anuar April 25, 2011 7:31 PM

Benang basah atau apa pun, mengapa gerai tersebut dirobohkan. Kalau tiada sebarang pelanggaran undang-undang dan peraturan di pihak pemilik gerai, maka mereka yang merobohkannya yang melanggar undang-undang. Samaada ianya alasan atau sebab yang pentingnya negara kita ada undang-undang dan sistem keadilan.

Juga, seberapa kotor pun gerai kepunyaan bangsa Cina, ianya tetap tidak memberikan orang Melayu hak untuk turut kotor. Malah sewajarnya mana-mana kedai atau gerai makanan milik orang Melayu lebih bersih dari tempat orang lain, sejajar dengan ajaran ISLAM.

"Saya tahu. saya pun orang Tanjung juga". Sebagai orang Tanjung, adakah shamshul anuar suka kepada gerai kepunyaan orang Melayu yang kotor dan menyebabkan lalu lintas terganggu?.

"Masalahnya siapa beri arahan pada Majils Bandaran kaau tidak DAP". Masaalahnya DAP tidak punya hak dan kuasa untuk memberikan arahan kepada pihak Majlis Bandaran. Kalau mereka memberikan arahan yang di luar bidang kuasa lalu arahan itu pula dilaksanakan, maka yang melaksanakan itulah yang salah.

"Saudara tidaklah rasa apa apa sebab yang kena ialah gerai Melayu. cuba satu gerai Cina dirobohkan". Tidak tepat telahan shamshul anuar. Saya sebenarnya suka apabila melihat gerai tidak berlesen yang kotor lagi mengganggu lalu lintas dirobohkan, siapapun juga pemiliknya.

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini. Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). “Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama Ulasan Saya : 1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia. 2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah. 3. Pengalaman saya mengajar di sekol...