Skip to main content

Buku Tun Mahathir Sudah Habis Di Pasaran : Racun Bisa Yang Membunuh!

1. Saya menerima maklumat berkenaan buku tulisan Tun Mahathir Mohamad - A Doctor in the House : The Memoirs of Tun Dr. Mahathir sudah habis terjual dipasaran. Lewat petang semalam sejumlah 50 000 naskah buku tersebut sudah kehabisan stok dan sedang dalam proses cetakan kedua. Bahkan - sehingga petang ini, rakan-rakan saya menceritakan mereka terpaksa menunggu beberapa hari lagi untuk mendapatkan buku tersebut. Soalnya hanya satu - apakah rakyat Malaysia sangat dahagakan kebenaran? Sehingga tidak sampai seminggu buku tersebut berada di pasaran, ia sudah terjual sebanyak 50 000 naskah? Apakah kebenaran yang sangat dicari-cari oleh rakyat Malaysia sekarang? Kebenaran tentang Anwar atau pun riwayat politik Mahathir? Yang mana satu lebih penting?

2. Dan sekarang saya terpaksa bertanya, mengapa Anwar Ibrahim tidak menulis sebuah buku untuk menceritakan kisah yang sebenarnya berlaku antara beliau dengan Tun Mahathir? Mengapa beliau lebih sibuk dengan ceramah daripada mendokumenkan segala peristiwa penting yang beliau alami sepanjang bersama Tun Mahathir dalam politik? Sekiranya hujah Anwar Ibrahim yang menuduh kononnya Tun Mahathir berbohong berkenaan salah laku seksnya di dalam buku terbaru beliau - A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad diterima bulat-bulat oleh para penyokong fanatiknya - saya fikir kepala otak mereka sudah dipenuhi dengan anai-anai dan siput babi. Fikiran mereka bukan sahaja dikawal oleh Anwar Ibrahim - bahkan seolah-olah sudah hilang pertimbangan waras dan akal fikiran yang sihat. (Baca di sini)

3. Bagi mereka yang mendapat hidayah Allah, InsyaAllah akan dapat melihat kebenaran yang nyata lagi jelas - dengan soalan - untuk apa lagi Mahathir memfitnah Anwar? Apa lagi yang ditakuti oleh Mahathir terhadap Anwar? Mahathir sudah memperoleh segalanya dalam hidup - kuasa, pengaruh dan kekayaan, telah dinikmati sepenuhnya oleh Mahathir. Tiada sebabnya mantan Perdana Menteri itu mahu kembali ke arena politik semata-mata mahu membalas dendam terhadap Anwar Ibrahim. Siapakah Anwar Ibrahim yang sangat perlu ditakuti oleh Mahathir sekarang? Apakah Mahathir terlalu bodoh dan tolol, sehingga terpaksa menulis sebuah kisah dan cerita yang sengaja direka-rekanya hanya untuk seorang insan bernama Anwar Ibrahim?

4. Cubalah kita fikirkan sejenak, masih adakah keistimewaan Anwar Ibrahim kepada Mahathir pada waktu ini? Tiada sebab Mahathir menulis dan menerbitkan sebuah buku setebal 817 muka surat hanya untuk memburukkan Anwar Ibrahim. Apa yang Mahathir dapat? Pada hemat saya, hanya golongan jahil sahaja yang sanggup menelan hujah-hujah bodoh tersebut. Apakah tergamak Mahathir membazirkan usia emasnya selama 8 tahun - semata-mata ingin menulis sebuah bab yang direka-reka ceritanya bagi memfitnah dan mengaibkan Anwar Ibrahim? Bodohlah Mahathir kalau buat kerja seperti itu. Sanggupkah Mahathir berbohong sepanjang hayatnya, hanya untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim?

5. Apabila Mahathir menulis pengalaman peribadinya bersama Anwar - maka kebenaran akan terselah serta boleh dinilai oleh masyarakat. Dengan kata mudah, masyarakat mampu menilai sejauh mana Mahathir konsisten dan istiqamah dengan keyakinannya terhadap salah laku seks yang membabitkan moral Anwar Ibrahim selama ini. Bahkan, watak-watak yang terkandung di dalam setiap halaman buku yang ditulis oleh Mahathir itu, mampu ditemui untuk mengesahkan cerita dan menjadi saksi - sama ada benar atau pun salah segala yang dicoretkan oleh mantan Presiden UMNO tersebut.

6. Benarkah selama ini Mahathir menipu, berbohong dan mereka-reka cerita berkenaan salah laku seks Anwar Ibrahim? Sanggupkah seseorang menulis kisah bohong dan fitnah setebal 817 muka surat selama 8 tahun semata-mata menginginkan populariti dan sedikit royalti? Berbaloikah Mahathir berbuat sebegitu terhadap "Insan Pilihan Tuhan" bernama Anwar Ibrahim? Tidakkah Mahathir takut kepada Allah dan berhadapan dengan jutaan saman fitnah? Seandainya segala yang ditulisnya itu hanyalah riwayat dongengan bertaraf Pak Pandir?

7. Berbalik semula kepada persoalan utama di atas, mengapa Anwar tidak menulis sebuah buku yang menceritakan memori politiknya, ketika beliau merengkuk di dalam penjara? Bukankah waktu itu merupakan waktu yang paling sesuai untuk menghasilkan sebuah buku yang super hebat? Bukankah tokoh-tokoh pejuang dunia sering menghasilkan karya agung mereka sewaktu mereka berada di dalam penjara? Lupakah kita dengan karya-karya yang ditulis oleh tokoh-tokoh pejuang terkenal seperti Sayid Qutub dengan kitabnya Ma'allim fith Thariq dan Fizhilalil Quran, Ibn Taimiyyah dengan kitabnya Majmu Fatawa, Prof Hamka dengan kitabnya Tafsir Al-Azhar, Zainab al-Ghazali - mujahidah Ikhwanul Muslimin dengan kitabnya Ayyamun Min Hayati, dan Dr. Aidh al-Qarni dengan kitabnya La Tahzan? Semua karya hebat tokoh-tokoh ini ditulis sewaktu mereka berada di dalam penjara! Soalnya mengapa tokoh "Anugerah Tuhan" yang bernama Anwar Ibrahim yang disanjung dan dipuja oleh para penyokong fanatiknya, tidak menghasilkan sebuah karya super hebat ketika berada di dalam penjara bagi membela dirinya? Bukankah ia pelik lagi memelikkan?

8. Saya yakin - sebab utama mengapa Anwar tidak berupaya menulis segala pengalaman yang dialaminya dalam politik adalah disebabkan kerana beliau suka berbohong dan bersangka buruk dengan orang lain. Cerita beliau tidak konsisten - banyak lompang dan tanda tanya. Sebagai contoh, sekiranya benar Anwar terlalu yakin bahawa terdapat konspirasi besar untuk menjatuhkannya sebagai Timbalan Perdana Menteri - mengapa tidak sahaja Anwar menulis sebuah buku atau catatan yang kukuh dengan fakta dan bukti bagi membela dirinya? Mengapa kisah konspirasi tersebut dibiar menjadi persepsi dan dicanai di pentas politik semata-mata untuk menimbulkan amarah rakyat, tanpa mengizinkan rakyat berfikir secara logik?

9. Anwar sebenarnya takut untuk menulis memori politik gelapnya - kerana beliau percaya memori politiknya itu penuh dengan percanggahan fakta serta dibina atas persepsi dan sangkaan buruk semata-mata. Bahkan sehingga sekarang - kita tidak pernah tahu bagaimanakah sebenarnya konspirasi yang sering didakwa oleh Anwar Ibrahim itu terjadi dan bermula. Hakikatnya, Anwar tiada bukti, beliaulah yang sebenarnya berbohong dan menipu, dan kemudian menuduh kononnya Mahathir menipu. Malah - tiada satu pun dokumen yang ditulis oleh Anwar Ibrahim bagi menceritakan secara terperinci berkenaan konspirasi Mahathir yang kononnya mahu menjatuhkan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

10. Jika diteliti dengan jujur, segala tuduhan Anwar terhadap Mahathir selama ini sering didasarkan atas persepsi serta sangkaan - dan bukan atas bukti yang nyata. Anwar Ibrahim merupakan seorang lelaki yang penakut - takut untuk menulis kisah sebenar yang sering didakwanya sebagai konspirasi - takut kalau-kalau tulisannya itu dapat dihidu akan segala pembohongannya - bahkan kalau tersilap hari bulan Anwar bisa sahaja disaman oleh watak-watak yang cuba dikaitkan dengan teori konspirasinya selama ini. Malah, Anwar sebenarnya tidak berupaya untuk menulis sebuah buku pun berkenaan perjalanan politiknya - kerana beliau tahu, bukanlah mudah untuk menipu dan terus menipu di dalam setiap helaian tulisannya itu. Dalam hal ini - adalah jelas Mahathir tidak berbohong! Wallahualam.

Comments

hafiz said…
Tuan Azli Shukri Penjelasan yang direct & tepat kene kemuka DSAI...

Baru baca buku Tun M 3 ms hehehe..
Sokongan ramai terhadap individu tidak semestinya berlandaskan upaya pemikirannya tetapi ada juga di sebabkanoleh lain-lain upaya: menyanyi, berlakon berlawak dsbnya.

Seorang pemikir yang hebat bukan saja dapat dilihat menerusi sambutan terhadap ucapan yang dibuat malah terhadap buku yang ditulis.

Pemikir yang tidak ada buku bagi menyokong pemikirannya menandakan yang dia sendiri tidak yakin pemikirannya itu adalah benar dan dapat diterima ramai.
Anonymous said…
Menulis sebuah memori, benar atau tidaknya terpulang kepada masyarakat untuk menilainya.

Sdr bercakap atas kapasiti sebagai seorang ahli UMNO dan sering memuja beliau sebagai manusia yg tidak pernah silap.

Sedangkan kalau dikaji sejarah, Mahathir disamping membuat berbagai kemajuan, lebih banyak melakukan kesilapan sepanjang 22 tahun beliau memerintah...

Tak perlulah dinyatakan disini, kerana sdr pun lebih maklum...

Mengapa setelah 22 tahun memerintah, beliau dengan tergesa2 menyerahkan jawatan nya kpd Abdullah Badawi...

DSAI tidak perlu menulis sebuah memori untuk menjawab segala tuduhan terhadapnya...

Masa dan keadaan yg akan menjawabnya...
Anonymous said…
sasudara..

memang betul...Anwar jubur tak perlu menjawab atau menulis memoir..kerana dia tahu dia yang terlalu banyak bersalah....!..kuat kelentong...suka putar belit..serta berkawan ngn pemimpin yahudi..tidak kah anda semua tahu perkara ini..? atau mahu buat buat tak tahu..?Tidak salah kita memuja dan membri penghormatan kepada mantan PM kita..memang beliau amat berjasa kepada negara..kerana rakyat yang hidup di bawah pemerintahnya nye lah maka nama Malaysia harum di mata dunia...!untuk pengetahuan saudara sekalian yang anti Mahathir.,cuba anda pergi ke Bosnia,Afghanistan,Afrika selatan dan negara islam...Bila sebut nama Malaysia...mereka tahu Tun Mahathir..cuma sebilangan rakyat malaysia yg pemikiran dan hati yg busuk sajalah yg sanggup menghina Mahathir..!bukankah begitu wahai saudara..?
Setiap manusia ada kesalahan dan kesilapan...begitu juga mahathir..beliau mengaku..namun sehingga ke hari ini..adakah Anwar juburi mengaku kesalaha beliau yg lampau..?tenti sekali tidak...!bahkan di suruh buat sumpah muhabalah iaiitu sumpah laknat pun susah...jadi..boleh kah saudara menilaikan semula..?
Apa yg nak saya katakan di sini,ialah..kita harus bersyukur mempunyai negarawan yg ulung seperti Tun Mahathir..lihatlah negara negara lain...sering porak peranda yg di belenggu masalah pemimpin.Dan akhir sekali...ingat tak knapa melaka jatuh 1511..? kerana masa itu melaka terlalu byk si kitol dan pencacai serta melayu yg busuk hati..oleh itu bersyukurlah..
Anonymous said…
anon 4.38.............

Tergesa2kah Tun meletak jawatan????? Atau awak seorang pembengong???
Anonymous said…
Anom 4:38.

jawatan kosong..Pembancuh teh untuk Peliwat... Anda jambu...????
Anonymous said…
rayuan....

minta buat buku tun dalam edisi bahasa melayu
Anonymous said…
saya baru beli petang tadi, sila ke alamanda jika anda mahu beli. ada banyak lagi. kedai mph tutu[ sementara tapi mereka buka table berhampiran food court

terima kasih
Zakir said…
Anom 4:38

Anda dengan sengaja membutakan mata, memekakkan telinga dan merendahkan IQ anda daripada kebenaran. Malahan, statement anda "Mengapa setelah 22 tahun memerintah, beliau dengan tergesa2 menyerahkan jawatan nya kpd Abdullah Badawi..." mencerminkan kerendahan minda anda. Sorry, this is reality to a people like you. Masih ada lagi insan2 seperti anda. Kesian...
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka

Matahari Di Tengah Malam

MATAHARI DI TENGAH MALAM MACHANG 13 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan hanya mereka yang layak sahaja menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang dijadualkan Jun ini. Nik Aziz ketika mengingatkan perkara itu berkata beliau tidak mahu anggota parti itu yang tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, membuang masa menonjolkan diri menarik sokongan. “Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia,” katanya. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri di sini, hari ini. Katanya, PAS turut memberi kebebasan kepada anggota akar umbi untuk memilih barisan pimpinan yang mereka mahukan dan menolak mana-mana

Malam Dengan Bulan Yang Sama

Malam Dengan Bulan Yang Sama Saya paparkan di sini satu komen yang bernas daripada seorang pembaca blog saya yang bernama Shamsul Anuar. Dan saya fikir sangat baik untuk sama-sama kita renungkan. Kepada saudara Shamsul Anuar, terima kasih komen saudara. Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini. 1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR. 2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS. 3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi k