Skip to main content

PAS Akui Putrajaya Terlalu Jauh...

Akhirnya - kesombongan PAS yang sering mendabik dada kononnya rakyat sudah bersama-sama dengan mereka untuk menuju ke Putrajaya, semakin meleset. Nada para pemimpin PAS tidak lagi sebongkak dahulu - sudah ada tanda-tanda "berpijak di bumi nyata" setelah melihat perkembangan terkini sokongan orang Melayu kepada BN di DUN Tenang beberapa hari yang lalu. Sebelum ini, PAS dilihat begitu ego dan bongkak, serta terlau yakin kononnya formulasi "perpaduan PAS-DAP" mampu meranapkan higemoni UMNO/BN di seluruh negara ini. Tetapi ternyata - perpaduan mungkar yang jelas bertujuan untuk menghancurkan saudara SeIslam itu tidak akan menjadi kenyataan - hal ini adalah kerana niat PAS sudah berubah, daripada jihad ikhlas kerana Allah, kini sudah bertukar untuk mengejar kuasa dan menghancurkan saudara sendiri. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Keputusan kerusi Tenang yang menyaksikan kekalahan keempat dalam lima pilihan raya kecil sejak setahun lalu dan sikap pengundi Melayu pula masih meragui DAP, Pakatan Rakyat (PR) melihat keperluan mengkaji semula strateginya dalam mencabar kerusi-kerusi kubu kuat Umno di kawasan luar bandar. Meskipun mengakui usaha mahu mengambil alih Putrajaya sukar tanpa sokongan pengundi luar bandar, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sudah mula memikirkan untuk “memilih pertempuran mereka” dan menyasarkan kerusi-kerusi yang mudah berubah demi mengatasi Umno. Umno memperoleh 83 peratus undi pada pilihan raya kecil ke-14 itu, empat peratus lebih tinggi berbanding pilihan raya umum 2008, sekali gus membolehkan calonnya Mohd Azahar Ibrahim memperoleh majoriti 3,707 undi berbanding calon PAS Normala Sudirman.

“Hubungan DAP-PAS adalah baik di kebanyakan kawasan, tetapi satu liabiliti di sini. Felda menyifatkan kami sebagai Barua DAP,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad mengenai layanan yang pihaknya terima daripada kalangan peneroka-peneroka Felda. Barisan Nasional (BN) menggunakan pendekatannya untuk melaga-lagakan kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat ini dan media dimiliki Umno pula terus mendakwa DAP sebagai parti anti-Melayu.

“Pemimpin-pemimpin kami perlu memilih pertempuran mereka. (Saya melihat) tanggapan bahawa (kesan) politik baru akan meningkat secara berterusan adalah satu tindakan yang tidak bijak. “Kita tidak boleh bertarung setiap kali ada kekosongan sebab kita kekurangan sumber dan kekalahan pula akan menjejaskan soal moral dan imej,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini. Susulan kerusi DUN Tenang, parti-parti politik sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil ke-15 iaitu di Merlimau, Melaka.

Malah kata beliau, mustahil untuk meminta pengundi berubah hanya dalam satu tempoh kempen yang singkat, yang lazimnya 10 hari. Pemimpin DAP dari Bukit Bendera Liew Chin Tong juga mengakui pengundi-pengundi Melayu di luar kawasan utara Semenanjung masih kelihatan sebagai “deposit tetap” Umno. Oleh itu menurut Ahli Parlimen ini, Pakatan Rakyat perlu menyusun strategi dan memberi tumpuan ke atas kerusi-kerusi yang boleh “berubah mudah” berbanding “kawasan-kawasan hitam.”

“Kami harus berusaha untuk mewujudkan sokongan baru atau pengundi-pengundi tidak berdaftar, bukannya di kawasan-kawasan yang memerangkap (kami),” kata beliau dengan merujuk kepada kawasan-kawasan Felda yang menjadi kubu kuat BN selama ini. Sementara kedua-dua Dzulkefly dan Liew menekankan kemungkinan mengambil alih kerajaan persekutuan adalah mustahil tanpa undi orang Melayu dari kawasan luar bandar, pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, Pakatan Rakyat tidak boleh lari daripada mencabar Umno di kawasan kubu kuatnya.

“Jika kita mahu pergi ke Putrajaya, maka kita mesti menang kawasan-kawasan ini,” kata Adun Seri Setia ini. Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh melakukannya dengan hanya bergantung pada kempen-kempen pilihan raya, tetapi perlu menghimpunkan sumber-sumber untuk menarik sokongan dan undi kalangan peneroka Felda. Dengan keputusan pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang kelmarin, DAP mendakwa mereka mampu mengekalkan bahagian pengundi Cina mereka berbanding MCA, tetapi ia dinafikan oleh parti komponen BN itu.

Comments

Anonymous said…
benarkah dakwaan ini ???
Anonymous said…
cuba perhatikan statistik prk tenang secara terperinci .. undi bn hanya meningkat 332 undi berbanding pru 2008... ini prk bukannya pru .. benarkah dakwaan pas bahawa kenderaan kerajaan hanya digunakan bg mengangkut pengundi bn ... boleh masuk akal sbb pengundi bandar dan ladang hanya sekitar 50% sedangkan pengundi bn dr kg dan felda yg keluar mengundi menjangkau lebih 70% .. pas kehilangan 883 undi berbanding pru 2008 .. anda pasti umno dah benar2 diterima ?? kalau benar, tentu najib dah bubar parlimen .. lu pikir la sendiri !!!!
shazmonaz said…
terima kasih azli shukri kerana meletak post sy di blog anda..

"Anonymous" tarak berani ke letak email atau website.. lumrah pembangkang.. suka sorok identiti.. yg penting kalah ke menang ke BN tetap salah... mereka jer betul.. klu BN benar2 rasuah, mcm mana Kedah, Penang, Selangor, Kelantan dan Perak (dulu) tewas..

bak kata Tun Mahathir, menang 1 undi pun tetap menang. Yg kalah akur jelah..
kita tidak mampu berbangga dengan kemenangan kerana ia disebabkan kerana ramai pengundi yang tidak boleh keluar mengundi,oleh itu saya nasihatakan supaya mengibah kembali idealis kita,jangan melihat kelemahan musuh tetapi lihatlah kekuatan musuh
Generasi muda dan generasi baru akui Putrajaya tak begitu jauh..

Naik motor pun boleh sampai..
Pandu cermat jimat selamat..











Tektik kotor - Beruk-beruk tua nak mampus Sinar Harian mahu membungkus masa depan generasi baru..
http://blog1malaysia.blogspot.com/
update : pandu cermat jiwa selamat
Eden said…
PAS kalau nak merasa ke Putra Jaya bergabung jelah dengan UMNO. sama-sama Melayu .
Kan lebih senang tak yah nak cari dan buat cerita fitnah untuk jatuh menjatuhkan orang lain.
Tak penat ke bertempik kesana kemari, tuduh menuduh, kata mengata tapi tak jugak diizinkan Allah.
Kan baik kalau PAS bersama2 UMNO membina bangsa dan negara kita bersama2.
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Tepat sekali. Memang sebilangan besar Melayu anggap PAS sebagai "
Barua DAP". Saya juga beranggapan demikian.

Saya pernah menyuarakan banyak kali pada rakan saya dari PAS betapa bodohnya PAS korbankan prinsip semata mata nak ambil hati orang Cina.

Dengan sombong mereka berkata jika UMNO boleh berkawan dengan MCA, kenapa PAS tak boleh jalinkan kerjasama dengan DAP.

Bila saya ingatkan bahaya PAS kehilangan undi Melayu, mereka tuduh saya cuba takutkan mereka. Kini ternyata PAS sendiri akui undi Melayu padanya merosot.

Sikap PAS yang suka berperang dengan UMNO tetapi menikus pada DAP buat ramai Melayu terfikir betapa dakwaan PAS peralatkan ugama adalah satu kebenaran.

Walaupun saya bukan ahli UMNO, namun saya sendiri dapat rasa yang UMNO lebih "lemah lembut" dan "jaga mulut" berbanding PAS.

Pada PAS, jadi "barua DAP" untuk jadi musuh pada bangsa sendiri akan MEMAKAN DIRI SENDIRI.
Anonymous said…
kenapa masa umno menang besar pd 2004 dulu, tak pandang pas walau dgn sebelah mata ?? kemasukan sy ke dalam umno waktu tu langsung diabaikan.. xpernah sekali sy dipanggil mesyuarat atau apa juga aktiviti .. kononnya dah kuat sgt .. kini bila nak lemas, barulah tergapai2 tangan mohon kerjasama pas .. kejujuran umno amat diragui .. kerjasama yg nak dijalin hanya bermotif utk terus merompak wang rakyat ... yang kaya bertambah kaya ... yg miskin, boleh papa kedana dibuatnya.... rasuah di tenang dirasakan halal .. perasuah dan penerima rasuah , lihatlah bala Allah yg turun di dun tenang .. insaflah ... PUTRAJAYA TERLALU HAMPIR KEPADA PR !!!
Anonymous said…
inilah penyakit org umno...bila menang sikit riuh satu dunia...mula tunjuk angkuh dan sombong...pengajaran PRU12 cepat dilupakan..secara prinsip BN tak menang sb ststus quo...Tenang dimenangi BN 2008.apatah lagi Tenang kubu kuat BN...bukan medan yang sesuai mengujitahap sokongan, tidak boleh di jadikan kayu pengukur untuk semua kawasan..medan yang benar uji kekuatan ialah PRU13...

kasim selamat
Anonymous said…
Jangan lah kita seronok sangat kerana pertambahan undi hanyalah 332 saja.Kita perlu ambil iktibar dari mesir di mana Pres Husni Mubarak mendapat 70% undi popular setiap kali pilihanraya presiden dan lihatlah apa yg terjadi sekarang.Ada juga lapuran CNN,ALJAZERA dsb bahawa pilihanraya2 sebelum ini adalah suatu penipuan....Selama 30 tahun lebih rakyat mesir di perkudakan dan apbila rakyat sudah cerdik mereka akan membuat penilaian samada apa yg di hidangkan oleh kerajaan betul atau tidak.Untuk makluman 65% rakyat Mesir sekarang berumur di bawah 45 tahun dan lebih dari 70% berpelajaran tidak seperti golongan tua yg hanya 30% berpelajaran.Seandainya kita masih berpolitik seperti zaman 60han kita akan terima akibatnya sedikit masa lagi.Hentikanlah politik berpuak puak,dendam,kutuk mengutuk,semua orang lain salah,memaki hamun serta memanggil nama yg tidak sopan dsb belajarlah berpolitik seperti orang bertamadun kerana rakyat kita sudah cerdik dan berpelajaran dimana semua berita,propaganda ,hasutan dsb bolih di tentusahkan dgn cepat dan tepat....aman

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...