Skip to main content

Hari Kekasih 2011 : Hantu Yang Terkebil-kebil!

Saya tertarik untuk berkongsi berkenaan sebuah artikel menarik yang saya petik daripada portal Malaysia-Intinct di bawah ini. Elok rasanya umat Islam di negara ini kembali merenungi agenda tersembunyi DAP dalam berpolitik. Sudah terlalu banyak DAP memperbodohkan umat Islam dan orang Melayu. Cukup rasanya selama ini kita dipermainkan oleh Lim Kit Siang kuncu-kuncunya. Baca rencana tersebut di bawah :

1. KALAU SUDAH NAMA parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini.

2. Di mana logik tuduhan liar seorang pemimpin yang mahu meniru pentadbiran Khalifah Abdul Aziz ini. Rakan-rakan Islam dalam Pas dan PKR elok nasihatkan Guan Eng mengenai soal akidah dan hukum dosa serta pahala umat Islam. Tidak payah Guan Eng hendak membuat tuduhan melulu. Tidak wajar juga parti yang menentang penubuhan negara Islam hendak bercakap mengenai tindakan BN melabelkan sambutan Hari Kekasih itu sebagai 'tradisi berdosa.'

3. Tidak perlu Guan Eng hendak membela ajaran Kristian dan mendakwa kenyataan BN tentang tradisi berdosa itu sebagai satu tuduhan tidak bertanggungjawab dan biadap. Memang kempen anti-Hari Kekasih yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah satu kempen untuk menyelamatkan umat Islam daripada melakukan dosa seperti zina dan maksiat.

4. Dalam ajaran Islam, memang tidak dibenarkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram duduk memadu kasih dan melakukan adegan tidak senonoh sebelum nikah. Jika dilakukan larangan itu maka pasangan yang mengingkarinya telah melakukan dosa. Dalam agama lain, tiada hukum dosa dan pahala. Tetapi kita percaya dalam agama lain juga ada larangan terhadap perlakuan tidak bermoral itu.

5. Tetapi terpulang kepada pasangan bukan Islam untuk menyambut atau tidak Hari Kekasih itu. Islam tidak melarang mereka. Jadi jika Guan Eng tidak berkenan dengan larangan ajaran Islam dan kempen Jakim, maka jelas beliau menunjukkan sikap yang tidak peduli terhadap usaha mengatasi masalah sosial terutama hubungan luar nikah dalam masyarakat negara ini. Dalam soal memelihara moral terutama remaja Islam negara ini, BN tidak bermain politik atau melakukan taktik talam dua muka seperti DAP.

6. Elok Guan Eng bertanya dahulu kepada Pas dan PKR, setujukah mereka membiarkan umat Islam melakukan maksiat sempena menyambut ulang tahun kematian seorang paderi. Oleh itu salahkah Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz menasihatkan orang ramai khususnya yang beragama Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat?

7. Malah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam. Jelas, Ketua Menteri Pulau Pinang itu nampaknya berkata ikut sedap mulut sahaja tanpa berfikir terlebih dahulu. Dia cuba mengalihkan isu yang sedang dihadapi oleh kerajaan negeri pimpinannya. Sebenarnya Guan Eng kurang faham bahawa nasihat Jakim tersebut hanya ditujukan untuk masyarakat Islam. Dan ia langsung tiada kaitan nasihat yang berbaur perkauman.

Comments

shamshul anuar said…
Saudara Azli,

DAP menentang apa saja kepntingan umat Islam dan juga orang Melayu.

Jadi tak hairanlah jika ia tak senang hati bila umat Islam diperingatkan bahaya ikut budaya yang tidak cerminkan Islam , apatah lagi terpesong dari landasan ugama.

Yang menghairankan saya bagaimana PAS masih lagi "bermimpi"( atau lebih tepat lagi mahu menipu diri sendiri) yng DAP tidak menentang Islam.

Pada saya hanya satu sebab DAP mahu berbaik dengan PAS; iaitu untuk jatuhkan UMNO. Itu saja. DAP pun sebenarnya cukup menyampah dengan PAS.

Tetapi PAS berguna sebagai tukang tampal poster DAP . Syarat untuk Melayu diterima oleh DAP ialah seseorang itu mestilah menentang kepentingan Melayu dan sudi memperlecehkan ugama dan kepentingan orang melayu. Lagi baik jika seseorang itu sanggup mencaci cela negara sendiri diluar negeri.

Atas dasar apa gelaran Khalifah Umar diberi pada seorang macam Guan eng. Langsung tak ada sifat belas kasihan pada rakyat. Dengan tak rasa apa apa gerai dirobohkan hanya kerana Mereka melayu.

Yang saya kesalkan bila berulang kali diperingatkan akan sikap DAP, namun puak puak PAS ini selamba cakap saya hanya ingin menakutkamn mereka.

Kalu beginilah sikap orang Melayu, bersedialah untuk merempat dinegara sendiri . Kita terlupa Yahudi bukan berada di Asia Barat saja. Disini pun ramai
Anonymous said…
nah tiket keretapi....

http://tukartiub.blogspot.com/2011/02/berkaseh-lah-kamu-sebelum-di-tinggalkan.html
Anonymous said…
Apa yang mahu dicapai oleh politikawan totok ialah agar orang bukan Melayu melihat parti Melayu sentiasa tidak mesra terhadap apa jua entiti yang dimiliki oleh bukan Melayu.

Atas sebab itu apa saja usaha yang dilakukan oleh orang Melayu akan diputarbelit sebagai memperlecehkan bukan Melayu. Apabila bukan Melayu termakan permainan politikawan totok ini maka tercapailah hasratbya itu -- menumbangkan dominasi politik Melayu.

he he
Anonymous said…
DAP cakap tidak serupa bikin

Perayaan yang wajib disambut adalah berkaitan kenegaraan dan agama. Lain dari itu seperti hari hitam, hari kelabu, hari merah, hari hijau, hari 100 hari pemerintah, hari katak 19 September adalah bersifat individu yakni terpulanglah kepada individu berkenaan sama ada mahu menyambutnya atau sebaliknya.

Mana-mana pihak tidak boleh dipaksa agar menyambut '100 hari PR berkuasa' kerana ia bersifat politik/peribadi. Samalah juga apabila negeri PR menolak slogan 1 Malaysia atas sebab ia bersifat politik/peribadi.

Makanya kalau LKS melatah dalam isu 'hari kekasih' (yang bersifat peribadi), ia hanya menunjukkan betapa hipokritnya DAP apabila menolak peraian simbol yang ada kaitan dengan pihak lawan (1 Malaysia) tetapi tersinggung apabila pihak lawan enggan meraikan hari kekasih.

Chinglot
Anonymous said…
masalahnya bloggers melayu mcm Nuraina dan rockybru pun sambut Hari Kekasih walaupun telah difatwakan sebagai haram utk orang Islam, namun mereka bangga menyambutnya poorah!!! Islam taik kucing mereka ni kalau tak ikut fatwa.
Anonymous said…
Heloo bro,

Melewat juga adalah bertentangan dengan ajaran agama. Sepatutnya tidaklah kedengaran ada pihak yang melakukan liwat. Betulkan?

Namun manusia tetap manusia. Apakah akan dilabel mereka yang melewat sebagai taik kucing yang tersasar dari landasan agama?

keh keh
maae said…
Salam Tuan,

1.Kafirun nak jadi hero Islam.Konon nya hanya dia yang terbaik.Berak pun tak basuh !

2.Pecacai-pecacai melayu yang bersekongkol dengan dia,sudah sah menempah neraka paling bawa bawah sekali.Apa nak heran.Suara mereka sama sumbang bawa jahanam.

3.Cakap apa pun.Sejarah T.Melayu? Mei 13? Islam? DEB,MEB? 1Malaysia 1 UMMAH? dan lain-lain nya....

4.Jawapan nya sama - Rasis!

5.Sampai bila melayu-melayu murtad nak sedar,hanya Allah sahaja yang tahu.

Salam Maulidur Rasul 1432H.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
azlishukri said…
salam malidur rasul..

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...

"Kajian Membuktikan Masyarakat Mahukan Mukhriz Memimpin Pemuda."

INI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG DIKEHENDAKI AKAR UMBI DAN MASYARAKAT LUAR Oleh Muhammad Azli Shukri Laporan Khas Azli Shukri yang saya paparkan semalam mendapat begitu banyak respon yang pro dan yang kontra. Hari ini saya menyambungnya kembali - namun demikian, laporan kali ini lebih menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan asas mengapa terdapat sebahagian perwakilan yang tidak mahu memilih Datuk Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Di sini saya kemukakan satu pandangan dahulu - pertama, mereka berhujah bahawa Datuk Mukhriz begitu lembik, manakala Khairy Jamaluddin begitu lantang dan tegas dalam mengemukakan beberapa isu. Agak malang jika inilah yang menjadi hujah utama mereka dalam usaha menyokong Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya tanyakan terlebih dahulu kepada mereka apakah yang mereka faham berkenaan makna "lembik" dalam kepimpinan? Apakah hanya dengan sikap lantang yang tidak bertempat sudah memadai menarik sokongan daripada orang Melayu di ...