Skip to main content

Siti Nurhaliza 2010 : Yang Tinggal Hanya Cinta!


Siti Nurhaliza 2010
Yang Tingga Hanya Cinta


Malaysia Instinct Melaporkan seperti berikut :

Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 dengan nilai bidaan RM66,550, semalam. Berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa disenaraikan sebagai pemenang bagi bidaan untuk memiliki nombor emas itu.

Selain Khalid, 192 nama lain yang membida nombor pilihan masing-masing menggunakan pendaftaran KCT turut disenaraikan dengan KCT 1 muncul nombor pendaftaran yang mempunyai nilai paling tinggi. Semalam, akhbar melaporkan penyanyi terkenal itu menjelaskan beliau bukan pembida utama nombor pendaftaran kenderaan berkenaan seperti yang dilaporkan akhbar sebelum ini. Sebaliknya, pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009 itu memberitahu pembida sebenar yang dimaksudkan adalah suaminya sendiri.


Ulasan Saya


1. Izinkan saya untuk mengupas isu yang tidak seberapa penting ini di dalam blog saya. Bukanlah niat saya untuk mencampuri kehidupan Siti Nurhaliza atau suaminya Datuk K - namun demikian, sekadar ingin saya sampaikan pandangan peribadi saya berhubung isu pembelian nombor pendaftaran kereta KCT 1 yang mencecah puluhan ribu (RM66,550) seperti yang dilaporkan di atas.


2. Semua orang tahu - nombor kereta yang cantik pasti nilainya pun cantik. Budaya bermewah-mewah dan bermegah-megah semakin hari semakin menjadi amalan hidup orang Melayu-Islam di Malaysia. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri bukanlah melalui plat pendaftaran kereta, sebaliknya menyayangi isteri hanyalah melalui agama. Cantiknya wajah isteri kita adalah untuk sang suami dan bukan untuk dijadikan model produk kecantikan bagi dipertontonkan oleh semua orang. Kita bisa menjadi suami yang dayus dengan membiarkan si isteri tidak menutup aurat. Suami yang dayus tidak akan dapat mencium wanginya bau syurga. Anak-anak kita membesar dengan budaya hidup mewah para artis yang diperdagangkan melalui pakaian, rumah, kereta, dan majlis perkahwinan.


3. Bermula dengan konsep "Duit Hantaran" yang mencecah ratusan ribu serta sering dipaparkan di media massa tempatan, semakin menjadi trend dan contoh kepada masyarakat Melayu-Islam di negara ini. Gaya hidup artis dan penyanyi menjadi amalan contoh untuk diikuti dan diteladani. Pakaian mereka yang menjolok mata di samping masalah peribadi yang kronik menjadi santapan mata dan minda anak-anak kita untuk menjadi dewasa. Kehidupan para artis yang selalunya dapat diduga - sering melekat dibibir kita semua - bermula dengan gosip dan kehangatan bercinta yang tidak bertepi - kemudian riang-ria berkahwin dengan "pakej hantaran" yang mencecah puluhan dan ratusan ribu, diuar-uarkan di dada-dada akhbar sebagai pernikahan yang serba mewah - dan kemudian kita dikejutkan pula dengan kisah perceraian, tangisan dan clip video lucah yang tersebar luas di alam maya - sekali gus menjadikan para artis ini hanyalah sebagai pelakon sarkas yang ditonton untuk memenuhi selera nafsu para peminat "tubuh badan" mereka sahaja. Begitulah serba sedikit rutin kehidupan artis Malaysia. Ditangkap khalwat, minum arak, perceraian, masuk mahkamah, terlibat dengan klip video lucah atau pun menghisap ganja. Semua ini menjadi tontonan anak kita untuk membesar.


4. Di sisi lain pula, ada artis yang "agak baik" setelah merosakkan minda para remaja dengan gaya pakaian yang seksi serta melalaikan masyarakat dengan lakonan dan suara merdu mereka - dengan tiba-tiba menjadi insan yang bertaubat - menuju ke Mekkah, kadang-kala bernikah di sana, dan kemudian pulang ke tanah air dengan janji untuk berubah dan menutup aurat hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hebat menjadi penceramah dan pakar motivasi - menasihat masyarakat agar jangan menjadikan artis sebagai role model - tetapi mereka lupa, mereka dibayar untuk berceramah dan menasihat gara-gara mereka adalah bekas artis popular!


5. Kehidupan artis tidak jauh berbeza dengan ahli politik. Jika seorang ahli politik bijak mengambil kesempatan, maka terdapat juga artis yang mengambil kesempatan merampas suami orang atau melukakan hati isteri orang lain. Berkahwin dengan golongan hartawan dan kerabat sultan adalah pilihan - hidup mungkin menjadi lebih baik, tetapi hati menderita. Kemewahan dan kemegahan hidup dipertontonkan - agar menjadi amalan rakyat jelata. Zakat hasil daripada "amalan menyanyi" dijadikan kemulian serta diperhebohkan di media massa dengan judul "Artis Berzakat Patut Dicontohi" - sedangkan sumber pendapat mereka tidak pula dipertikaian oleh kita semua.


6. Menyayangi isteri bukanlah melalui plat nombor kereta. Sebaliknya melalui didikan dan mengubah isteri kita agar menuruti kehendak agama. Pembaziran bukanlah diukur dan dibandingkan dengan jumlah berapa banyak wang yang sudah kita sedekahkan, "Apalah sangat RM66 ribu dengan sedekah dan zakat aku berjumlah RM3 juta pada tahun ini" - ini merupakan tafsiran yang salah berkenaan pembaziran. Dalam erti kata yang benar - pembaziran adalah suatu nikmat yang Allah berikan kepada kita tetapi tidak kita gunakan untuk menghampiri-Nya. Walaupun kita hanya menggunakan RM1 untuk membeli mercun - ia tetap dikira membazir, kerana mercun tidak menghampirkan kita kepada Allah.


7. Membazirkan juga diertikan sebagai "berlebih-lebihan" dalam berbelanja yang tidak kena pada tempatnya (bukan untuk jalan kebenaran) - seperti untuk bermegah-megah atau untuk menunjuk kemewahan. Plat nombor kereta yang hanya boleh diperoleh dengan nilai RM50, tetapi dibeli/dibida sehingga RM66 ribu menunjukkan sikap pembaziran, hatta kita seorang yang kaya-raya sekali pun ia tetapi dianggap pembaziran - yang merupakan sahabat kepada syaitan. Budaya ini jika diteruskan - akan menjadi amalan dan contoh yang tidak baik kepada masyarakat Islam, sekali gus kita juga menanggung dosa atas segala amalan yang akan dicontohi oleh orang lain dalam masalah ini. Secara jujur adan amanah - saya merasakan kita tidak memerlukan sebuah industri yang lebih banyak fungsinya sebagai alat yang melalaikan masyarakat dan membazirkan wang ringgit kita semua. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
tak pa bebb siti mampu. ko kalu bini punya h/jadi bagi minyak wangi RM200. tapi org miskin tgk membazir beli minyak wangi RM200. elok bagi gula2 3 biji. sama je bebb...
Anonymous said…
Biasa ler tu brader
Kan baik RM66K tu buat Surau.kalau satakt nak tunjuk kasih sayang..
sampai mati orang kenang.
PLATE kete ni..memang satu PELABURAN.
boleh jual balik mungkin lebih dari harga bindaan..tetapi RM66K buat bisnes sarang burung lagi pulangan Lumayan.Kalau beli Lukisan tu mungkin pulangan jauh lebih baik tapi ni semua sedikit sebanyak riak menunjuk tu ade..sifat yang x boleh lari. Biasa ler Kaya sakit menunjuk lebih.Asset Besar Liability pun besar.Kita hanya nmpk asset jee..liability dia kita x nmpk.
azlishukri said…
bazir maksudnya sesuatu yang dikeluarkan bukan untuk mendekatkan diri kepada Allah...
Assalamualaikum Azli....

Saya bersetuju dengan Azli.....kita sekadar memberikan pendapat atas dasar sayangkan siti...sayangkan Dato K dan sayangkan mereka yang miskin dikalangan umat Islam khususnya. Rm66K tu, bagi orang yang kais pagi makan pagi.....adalah ibarat menerima anugerah untuk sepanjang hayat. Begitu juga bagi anak-anak Palestin terutama di semenanjung GAZA, yang terpaksa menahan lapar akibat tidak adanya kemewahan hidup.Tetapi.....berapa kerat manusia yang dapat merasai kepedihan kehidupan yang serba dhoif. Kita boleh kata....itukan hasil usaha tulang empat kerat ku....inikan duit aku.....aku tak menyusahkan sesiapa....jawapan inilah yang pernah dilontarkan oleh Sa`labah, jawaban inilah yang pernah diberikan oleh Qorun, ketika orang miskin datang ke istananya mintak derma dan sumbangan.

Inilah kehidupan.Disebelah sana....ada insan yang mati kebuluran, bahkan mati ketika mencari nafkah sesuap nasi untuk isteri dan anak-anak....disebelah sini, adanya insan-insan yang hidup serba Lux, mewah...bahkan dah tak tau nak dikemanakan jumlah wang yg sebegitu besar....

Segala-galanya perlukan wang, tetapi kita jangan lupa, tidak semuanya boleh ditukar ganti dengan wang.....

Terserahlah pada mereka yg punya `hati` untuk mentafakkur dan mentadabburkannya...wallahu`alam.

Semohga Allah menambah hidayah kepada kita semua, juga buat KCT idola semua rakyat Malaysia...
Anonymous said…
takpe... duit tu pegi pada kerajaan untuk kegunaan negara jugak. Okay la tu... mcm membeli sambil menderma la lebih kurang. Apa salahnya?
echah_syed said…
merokok pun satu pembaziran bro (*_*)

tolong wawarkan pada para suami.timakasih :)
Anonymous said…
bukan siti mahupun dato k yg keluarkan list ni.. maknanya dia xmenunjukla org je yg lebih2
azlishukri said…
echa - saya setuju, merokok tidak hanya membazir, tetapi haram...
amd said…
mmgla dia orang tak menunjuk, tapi dia orang kan public figure...jadi segala kisah dia orang. kita orang biasa ambil tahu.

tak didengar pulak sama-sama derma utk palestin.pelik ah.orang tngah kecoh pasal palestin, dia orang berebut nak bida nombor plat.

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini. Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). “Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama Ulasan Saya : 1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia. 2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah. 3. Pengalaman saya mengajar di sekol...