Skip to main content

PAS 2010 : Jasad Tanpa Kulit


PAS 2010
Jasad Tanpa Kulit



1. Apabila Nik Aziz menghalalkan nama Allah digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh masyarakat kafir khususnya DAP, serta menolak hujah yang diberikan oleh Dr. Haron Din dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani - maka tidak ada seorang pun ahli PAS yang kononnya mengaku cerdik dan bijak pandai membantah kenyataan celupar Nik Aziz tersebut.


2. Bahkan - tanpa segan dan silu ahli-ahli PAS bersekongkol pula dengan Nik Aziz bagi menghalalkan kalimah Allah untuk digunakan oleh kaum kafir dengan sesuka hati mereka. Nampaknya, segala keilmuan Haron Din dan Mufti Perak tidak ada maknanya kepada para penyokong PAS yang sangat taasub kepada Nik Aziz. Walaupun sebelum ini Haron Din sudah memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyokong penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Gereja Katolik boleh tergelincir imannya, tetapi para pemuja yang taasub kepada Nik Aziz langsung tidak mengendahkannya. Sebaliknya, menghalalkan pula perbuatan tersebut.


3. Malah, golongan ini mula mengalihkan perhatian kepada isu kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak kepada Berjaya Group - kita harus faham tidak semua ahli UMNO bersetuju dengan keputusan kerajaan tersebut, malah DS Khir Toyo pun mengkritik keputusan kerajaan berhubung isu ini. Saya juga - secara peribadi tidak bersetuju dengan kelulusan tersebut. Judi adalah jelas haramnya di sisi Islam, maka ia sama sekali tidak boleh dihalalkan melalui undang-undang dengan apa-apa cara sekali pun.


4. Namun demikian, dalam isu ini, sesungguhnya tidak ada dosa yang jauh lebih besar daripada mengizinkan kalimah Allah dipersenda-sendakan oleh orang kafir secara "rasmi" oleh seorang ulama yang bertaraf Tok Guru serta mempunyai pengikut yang ramai. Selain perbuatan tersebut adalah salah di sisi Islam, ia juga mengundang fitnah atas nama perjuangan Islam dan fitnah kepada semua ulama di Malaysia, seolah-olah mereka tidak bersepakat dalam soal ini. Padahalnya isu ini adalah jelas hukumnya di dalam Islam, cuma Nik Aziz sahaja yang tidak mahu menurutinya.


5. Lantaran itu, dalam hal ini antara dosa meluluskan lesen judi dengan mengizinkan nama Allah dipersendakan oleh orang bukan Islam - maka adalah jelas, dan terang lagi bersuluh sesungguhnya perbuatan mengizinkan nama Allah dipersendakan oleh kaum kafir seperti mana yang diizinkan oleh Nik Aziz merupakan dosa besar - dan silap haribulan iman kita boleh tergelincir dan terkeluar daripada Islam. Manakala jika seseorang pemimpin itu meluluskan lesen judi untuk orang kafir - tetapi hatinya tahu dan beriktikad sesungguhnya judi itu adalah haram di sisi Islam, maka dia berdosa kerana tidak patuh perintah Allah, namun imannya masih ada dan tidak terkeluar daripada Islam.


6. Sebaliknya - jika kita bersetuju dan menyokong agar orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah di dalam penerbitan majalah mereka serta mentafsir "God" sebagai Allah sebagai mana yang mereka fahami - maka kita secara tidak langsung telah mensyirikkan Allah, Subhanallah! Inilah dosa yang sangat besar apabila kita menyokong perbuatan tersebut beralaskan kepada nama sebuah perjuangan Islam.


7. Justeru itu, sudah jelas perbuatan Nik Aziz mengizinkan orang kafir menggunakan kalimah Allah merupakan perbuatan yang membawa fasad (kerosakan) yang sangat besar ke atas umat Islam di negara ini. Perbuatan tersebut tidak hanya mencemarkan maruah Islam, bahkan jauh lebih besar daripada itu boleh menyebabkan umat Islam mensyirikkan Allah tanpa sedar. Antara dosa berjudi, dosa memberi lesen judi dengan dosa menghalalkan kalimah Allah untuk dipersendakan oleh orang kafir - maka dosa mengizinkan kalimah Allah dipersendakan (tidak kira sama ada atas dasar kejahilan atau pun secara sengaja) adalah jauh lebih besar. Oleh itu, saya menyeru kepada penyokong-penyokong PAS agar fikir-fikirkan soal ini. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Assalammualaikum TUAN GURU DATO’ DR. HARON DIN

Surat ini memang khas saya tujukan pada Dato’ untuk menghuraikan segala kekusutan diantara orang islam khususnya orang melayu. Buat pengetahuan Dato’ saya bukannya penyokong Pas atau penyokong mana-mana politik, tetapi tujuan saya mennulis surat ini bertujuan untuk mengembalikan kekuasaan Islam khususnya Islam melayu terhadap politik Negara.
Pertamanya saya ingin melihat rakyat melayu kembali bersatu padu kepada pegangan agama serta cinta akan bangsa dan Negara. Baru-baru ini Negara digegarkan dengan keputusan mahkamah yang membenarkan pihak gereja khusunya penganut agama kristian di Negara ini menggunakan nama Allah Yang kita tahu hanya eksklusif untuk ORANG ISLAM SAHAJA. Tetapi masalah ini telah dipolitikkan oleh parti-parti politik khususnya Pas dan Pkr, perkara ini jelas bertentangan dengan pendirian sebahagian besar ulama tanah air yang menolak penggunaan nama Allah kepada bukan islam. Oleh itu saya merayu kepada Dato’ untuk memikirkan untuk keluar dari Pas atas sebab-sebab yang saya akan terangkan seperti dibawah.

1. Tuan Guru adalah antara ulama pas yang paling dihormati oleh semua parti-parti lain kredibiliti dan pegangan prinsip Dato’ membolehkan Dato’ sentiasa digeruni oleh parti-parti politik lain oleh itu sekiranya Dato keluar menjadi bebas tidak ada sesiapa yang akan mempersoalkan keputusan Dato’, tidak ada sesiapa yang berani mengatakan ia satu konpirasi dan jauh sekali untuk mengatakan Dato; dirasuah untuk keluar dari Pas, kerana tujuan pas sudah jauh menyimpang dari landasan asalnya untuk menegakkan Negara Islam yang berdaulah. Sekarang ini sanggup berkompromi dengan sebuah pari yang memang mempunyai prinsip tidak akan menerima sebuah Negara Islam. Dato’ saya amat berdukacita kerana parti pas diperkudakan oleh DAP untuk mendapatkan undian orang Islam untuk mengundinya, Dato kita Cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa, saya melihat Dato’ adalah calon yang terbaik untuk menyatukan umat Islam khusunya Melayu. Saya tidak melihat dengan keluarnya dato’ akan menyebabkan orang maerah kepada dato saya percaya tindakan dato’ akan diikuti oleh ahli-ahli pas yang lain.
2. Saya melihat Nik Aziz terlalu sekular dalam mengeluarkan pandangan. Pemikiran Nik Aziz terlalu terikat untuk menjatuhkan UMNO semata-mata dan tidak melihat kesan yang boleh membawa perpecahan perpaduan dikalangan melayu, Nik aziz adalah individu yang telah memecah belahkan orang Islam. Pandangan beliau lebih bersifat kepartian dan bukan bersifat menjaga kepetingan agama, dalam isu Penggunaan Nama Allah beliau sanggup digelar pelacur agama demi cita-citanya menjatuhkan melayu UMNO, inikan perjuangan Islam sejati. Nik aziz saya tidak rasakan sebagai ulama dia adalah sekadar ustaz yang layak mengajar di pra sekolah sahaja, masakan tidak ada orang yang sanggup mengatakan nik aziz bukan ulama tetapi “p***mak” . Oleh itu sekali lagi saya merayu kepada Dato kembalikanlah kekuatan melayu. Dato’ lah calon yang paling layak sekali.
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA
HANG JEBAT said…
Assalammualaikum TUAN GURU DATO’ DR. HARON DIN

Surat ini memang khas saya tujukan pada Dato’ untuk menghuraikan segala kekusutan diantara orang islam khususnya orang melayu. Buat pengetahuan Dato’ saya bukannya penyokong Pas atau penyokong mana-mana politik, tetapi tujuan saya mennulis surat ini bertujuan untuk mengembalikan kekuasaan Islam khususnya Islam melayu terhadap politik Negara.
Pertamanya saya ingin melihat rakyat melayu kembali bersatu padu kepada pegangan agama serta cinta akan bangsa dan Negara. Baru-baru ini Negara digegarkan dengan keputusan mahkamah yang membenarkan pihak gereja khusunya penganut agama kristian di Negara ini menggunakan nama Allah Yang kita tahu hanya eksklusif untuk ORANG ISLAM SAHAJA. Tetapi masalah ini telah dipolitikkan oleh parti-parti politik khususnya Pas dan Pkr, perkara ini jelas bertentangan dengan pendirian sebahagian besar ulama tanah air yang menolak penggunaan nama Allah kepada bukan islam. Oleh itu saya merayu kepada Dato’ untuk memikirkan untuk keluar dari Pas atas sebab-sebab yang saya akan terangkan seperti dibawah.

1. Tuan Guru adalah antara ulama pas yang paling dihormati oleh semua parti-parti lain kredibiliti dan pegangan prinsip Dato’ membolehkan Dato’ sentiasa digeruni oleh parti-parti politik lain oleh itu sekiranya Dato keluar menjadi bebas tidak ada sesiapa yang akan mempersoalkan keputusan Dato’, tidak ada sesiapa yang berani mengatakan ia satu konpirasi dan jauh sekali untuk mengatakan Dato; dirasuah untuk keluar dari Pas, kerana tujuan pas sudah jauh menyimpang dari landasan asalnya untuk menegakkan Negara Islam yang berdaulah. Sekarang ini sanggup berkompromi dengan sebuah pari yang memang mempunyai prinsip tidak akan menerima sebuah Negara Islam. Dato’ saya amat berdukacita kerana parti pas diperkudakan oleh DAP untuk mendapatkan undian orang Islam untuk mengundinya, Dato kita Cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa, saya melihat Dato’ adalah calon yang terbaik untuk menyatukan umat Islam khusunya Melayu. Saya tidak melihat dengan keluarnya dato’ akan menyebabkan orang maerah kepada dato saya percaya tindakan dato’ akan diikuti oleh ahli-ahli pas yang lain.
2. Saya melihat Nik Aziz terlalu sekular dalam mengeluarkan pandangan. Pemikiran Nik Aziz terlalu terikat untuk menjatuhkan UMNO semata-mata dan tidak melihat kesan yang boleh membawa perpecahan perpaduan dikalangan melayu, Nik aziz adalah individu yang telah memecah belahkan orang Islam. Pandangan beliau lebih bersifat kepartian dan bukan bersifat menjaga kepetingan agama, dalam isu Penggunaan Nama Allah beliau sanggup digelar pelacur agama demi cita-citanya menjatuhkan melayu UMNO, inikan perjuangan Islam sejati. Nik aziz saya tidak rasakan sebagai ulama dia adalah sekadar ustaz yang layak mengajar di pra sekolah sahaja, masakan tidak ada orang yang sanggup mengatakan nik aziz bukan ulama tetapi “p***mak” . Oleh itu sekali lagi saya merayu kepada Dato kembalikanlah kekuatan melayu. Dato’ lah calon yang paling layak sekali.
Al Azhar..... said…
tidakkah Rasulullah berkompromi dengan golongan kafir madinah untuk menjatuhkan orang2 musyirikin mekah.......
apakah hukumnya dari segi agama kita berkompromi dengan orang kafir yang menerima islam dengan memerangi golongan yang mengaku islam tapi sebenarnya berperangai seperti kafir.
mereka2 ini mengaku beriman tapi merekalah yang menetang islam.
Abu Talib seorang kafir bapa saudara nabi tapi kenapa nabi tidak memerangi beliau sedangkan nabi berperang dengan abu jahal juga bapa saudaranya....
kajilah sejarah islam seberlum membuat ulasan tentang sesuatu hukum....
banyakkanlah mentelaah tentang sejarah islam dari dok mengaji sejarah umno....
Anonymous said…
Terlalu banyak kenyataan atau fatwa yang diluahkan oleh Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang tersasar dan mengelirukan malah ada antaranya yang boleh dianggap telah terkeluar dari aqidah Islam. SOALANNYA mana suara suara para Mufti (hanya Mufti Perak yang pernah bersuara)dari negeri lain dan para ulamak yang berkelulusan lebih tinggi dari Nik Abdul Aziz ini. Mengapa mereka diam membisu, keluarkan satu Fatwa untuk menghukum Ni Abdul Aziz atas semua kenyataan kufurnya.

Mungkin ulamak ulamak lain sedang berwirid dan tertidur gamaknya.
RAKYAT mARHAIN said…
apalah sangat nak dibanggakan dengan melayu.....adakah islam ini Allah khaskan hanya untuk orang melayu?
jangan la nak megah dengan bangsa melayu yang ada sekarang sebab yang menjadi pemimpin melayu kebanyakkan hanya memetingkan diri sendiri, mereka meminggirkan islam dan bermegah dengan bangsa melayu.
kita lihat apa dah jadi dengan bangsa melayu dimalaysia ni...segala wabak kerosakan akhlak dan moral bangsa melayu menjadi juara.....islam untuk semua dan bukan sesuatu bangsa boleh memonopoli islam...sedangkan para Nabi dan Rasul diturunkan ALLAH berbangsa arab namun apa yang kita nampak sekarang dengan bangsa Arab yang akhlak pemimpinnya rosak oleh kemewahan dunia...boleh dibeli dengan keseronokkan dunia.
kita lihat bagaimana sesuatu bangsa itu boleh dibeli oleh golongan kafir.melainkan mereka yang beriman kepada Allah dengan sebenar2nya walau apa bangsa sekalipun dia.....
Judi bola,kedai2 judi,pusat2 hiburan,arak,pelacuran,dadah dan mcm2 lagi gejala dimalaysia ni siapakah yang meluluskan dan mempertahankan segala kepincangan ini? tepuk dada tanya iman dan jangan pandai menyalahkan bangsa lain sedangkan bangsa melayu sendiri yang merosakkan bangsanya, hanya isklam sebagai penyelamat kepada semua bangsa didunia ini.wallahualam.
Tok Siak said…
KEPADA ANON 3.35.......
saya harap anda tidak terlanjur dengan hukum yang dijatuhkan kepada TGNA yang ucapannya ada yang menyimpang dari ajaran islam sehingga terkeluar dari aqidah...
saya walaupun tidak berparti dan bukan penyokong tegar TGNA tapi saya amati setiap apa yang TGNA ucapkan...buktikan dimana ucapan beliau sehingga terkeluar aqidah dan mengelirukan..
jika benar kata saudara TGNA menyimpang dari ajaran islam sebenar apakah pemimpin2 UMNO @ Mufti2 UMNO menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat tentang kebenaran.
bagi saya yang sebenarnya saudara ni cetek dalam ilmu agama dan mungkin hanya pandai setakat hukum fekah saja...tapi islam itu syumul meliputi keseluruhan kehidupan manusia.kalau kail panjang sejengkal jangan diduga ikan dilaut...
penuhkan ilmu di dada sebelum anda boleh mentafsirkan apa itu islam.
Ustaz Pondok said…
anon 3.35......
bukan Tok guru Nik Aziz yang kufur tapi andalah sebenarnya yang kufur nikmat.otak anda berfikiran jumud bak zaman jahiliah.
Allah ta'ala memberikan segalanya namun anda tidak pergunakan seluruhnya kepada islam.
bukan Tok Guru Nik Aziz yang patut diberi fatwa se4sat oleh mufti tapi fatwa sesat ini patut diberikan kepada pemimpin2 UMNO yang menghalakan yang haram dari Allah.tepuk dada tanya imn adakah anda bersedia dengan kematian dan azab Allah apabila menyokong manusia2 seperti pemimpin2 sekular yang menerajui kerajaan Malaysia.
anda juga mempunyai saham keneraka dalam setiap kepusan mereka yang bercanggah dengan hukum islam.
Wake UP! said…
Nik Aziz pengkhianat pada agama Islam dan orang Melayu. Apakah Melayu mahu teringgir di negara sendiri jika DAP mengubah perlembagaan negara?

Ketuanan Melayu
Anonymous said…
woi barua..hang ulasla pasal kerajaan bagi lesen judi bola kat berjaya group..ni x, yang PR buat semua x kena, yang BN semua ok..hk jadi blogger yang berkualiti hang kena fair, bukan fair n lovely.
Anonymous said…
habis tu hang nak kata Yusof Qardhawi berdosa besar ler sebab dengan jelas berhujah dan mengatakan bahawa orang kristian boleh menggunakan kalimah Allah..perkara ini ada khilaf di kalangan ulama' dan masing-masing ada hujah berpandukan Quran dan Sunnah..Yang judi tu tiada khilaf lagi haramnya..cuma syeikh Najib Al-Mongoliawi menhalalkannya..
dkama said…
Terus terang saya setuju dengan Hang Jebat...
Bijen M. said…
Gua dah jadi konpius nak ikut mana satu.
Nik Aziz atau Harun Din.
Kah kah kah.
Anonymous said…
tafsiran sesuatu isu mengikut tahap ilmunya....
begitu juga wujudnya pelbagai mazhab, hambali, maliki, hanafi shafie....
tapi semua menuju yg satu....
islam tetap di atas....
kefahaman nik aziz mengikut tasawuf nya... kefahaman haron din mengikut ilmunya syariahnya.....
islam tetap yg satu
Anonymous said…
Mufti mana yang berani cabar hujah TGNA... Semuanya kecut perut.. Semuanya membisu.. Semuanya bagaikan hilang akal...Jelaslah siapa yang benar..
Ustaz John Lennon said…
...di Malaysia ni siapakah yang sebenarnya yang bertanggung jawab menjaga ugama Islam..dengar kata ramai ulamak lulusan dalam dan luar negara..lepasan universiti Mekah, Madinah, Jordan, Iraq, Pakistan, Al Azhar, UIA dan macam-macam u..tetapi tidak ada seorang pun yang berani berdepan dengan Mursyidur Am PAS-DAP yang sedang bermaharajalela mengeluarkan berbagai 'fatwa' yang mengelirukan dan membenggong umat Islam di Malaysia...

..entah apa ilmu Islam yang mereka belajar dari muda sampai tua tapi nak berdepan dengan Mursyidur Am PAS-DAP sorang ni pun tak berani..ada yang title Professor, Ustaz, Tok Guru, Mufti, tapi bersembunyi dalam pejabat aircond..

..kalau tak berani ini membuktikan ilmu ugama Mursyidur Am PAS-DAP ini lebih tinggi dan berwibawa daripada pegawai yang pengecut tapi ada ijazah berjela-jela..ijazah cari makan ke..
Anonymous said…
tak paham aku apa dikata oleh bang Al-azahar nih,tp pd pengamatan aku maksud dia yg memerangi islam,berperangai seperi kafir tu,UMNO ke??aku rasa bang al-azhar ni kena telaah jugak sejarah PAS!!!sebelum tersadar ni mmg aku dulu penyokong pas dan turut sama dulu melaungkan--->UMNO KAFIR>pas buat ape??Perlembangan Pas dah tak ada dah tertulis nak menubuhkan negara ISLAM!!!tambah PAs plk tolong mati-matian sampai baring2 atas jalan untuk kafir2 nih,memekik melolong,heret tong2 derma plak untuk kafir2 nih,,kafir nih dah la kafir, komunis plak tuh..dah macm kaum tunggangan!!!tunggu taruk pelana je...yang aku tau>>yg berkuasa mmg rasuah..dan aku tau gak..rasuah umno 50 tahun dah mcm sama nilai ngan rasuah PKR selama 2,3 tahun nih,dan ingat lah,kerna bangsa lah kamu berada dalam keadaan selesa..yang entah sampai bila,fikir dan renunglah untuk kedapatan kerana nyesal kemudian,tiada gunanya,,,lebih baik kamu baca dan telaah sejarah singapura, di mana duduknya bangsa,agama kepada bangsa yg tak bernegara...


bacokbugis
Anonymous said…
umno dok menyusukan mca, mic, dan 14 lagi komponen parti gaterpyang entah apa Agamanya hang tak nampak ko... UMNO BOLEH !!! HIDUP UMNO!!! ORANG LAIN TAK BOLEH !!! UMNO BOLEH !!!! HIDUP UMNO... kahkahkahkah...
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
shamshul anuar said…
Rakyat Marhain,

Ayat alKuran ada menyebut "...dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa...".

Tidak salah kita megah dengan bangsa kita. Itu sikap semulajadi setiap manusia. Tiada yang salash.

Yang jadi masalah bila kita taksub atau menjadikan bangsa sebagai ukuran kebenaran.

Menyuruh memilih antara ugama atau bangsa adalah perkara sia-sia. Kedua-duanya penting. Budaya sesuatu bangsa asalkan tidak bercanggah dengan tuntutan agama dibenarkan.
Anonymous said…
teringat saya pada kaya-kata org alim :

kulit tanpa isi = kosong..
isi tanpa kulit = busuk

Pilihan Pembaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca