Skip to main content

Abdullah Badawi 2010 : Masa Depan Yang Gagal Mendarat


Abdullah Badawi 2010
Masa Depan Yang Gagal Mendarat


KUALA LUMPUR, 3 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan mana-mana wilayah Malaysia diserahkan pada pihak luar, maka perbuatan kabinet menyerahkan dua blok pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei Darussalam dianggap perbuatan derhaka kepada kedaulatan negara.

“Kalau Perkara 2, Perlembagaan (Persekutuan) Malaysia sendiri pun tidak membenarkan mana-mana wilayah dalam kedaulatan kita (Malaysia) diserahkan kepada negara luar walaupun melalui Parlimen, inikan pula Blok M dan (Blok) L sewenang-wenangnya diserahkan pada Brunei hanya melalui kelulusan kabinet sahaja.

“Ini bagi saya suatu penderhakaan kepada negara kerana Perlembagaan memperlihatkan bahawa tidak pernah ada tolak ansur dalam melepaskan kedaulatan negara,” ujarnya pada sidang media di lobi Dewan Negara, tengah hari ini. Turut serta ialah Senator Mohd Yusof Husin dan Senator Mumtaz Mohd Nawi. Menurut beliau, Perkara 2 Perlembahaan Persekutuan hanya membenarkan Parlimen membuat ketetapan untuk menerima masuk mana-mana negeri dalam Persekutuan. Perkara 2 juga, menurut Mahfuz, membenarnya Parlimen membuat persempadanan semula negeri-negeri di bawah Persekutuan, dengan syarat mesti terlebih dahulu mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Majlis Raja-raja.

Mengambil kes persempadanan semula Wilayah Persekutuan Putrajaya, beliau berkata, kerajaan Pusat akhirnya akur dengan mendapatkan persetujuan Dun Selangor dan Sultan Selangor, walaupun pada awalnya kerajaan Pusat terus masyhurkan suatu kawasan dalam negeri Selangor sebagai ‘Persekutuan’.

Disebabkan itu, dengan merujuk pada pengakuan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjelaskan bahawa penyerahan dua telaga minyak tersebut diluluskan oleh kabinet, beliau menggesa kerajaan Pusat menjelaskan kaedah yang digunakan oleh Kuala Lumpur ketika memeterai perjanjian persefahaman dengan Bandar Seri Begawan.

Tambahnya lagi, walaupun perjanjian dibuat pada 11 Februari 2009, iaitu era Abdullah menjadi Perdana Menteri, namun perjanjian persefahaman ditandatangani antara kedua-dua kerajaan pada 16 Mac 2009, iaitu ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Najib selaku ketua kerajaan tidak seharusnya mengambil sikap berdiam diri serta menganggap bahawa isu terbabit adalah isu terpencil yang melibatkan Abdullah semata-mata.

Dari segi yang lain, Mahfuz turut mempersoal tindak-tanduk kerajaan membatalkan perjanjian persefahaman dengan Murphy Oil, iaitu syarikat perdagangan minyak antarabangsa demi memastikan hasrat menyerahkan kedua-dua telaga minyak tersebut kepada Brunei.

Menurut beliau, dengan pembatalan sedemikian, sekaligus mencalar reputasi Petronas, sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bergiat dalam industri petroleum di peringkat dunia.

“(Dengan) pembatalan ini, bukan sahaja integriti kerajaan dilihat musnah, malah Petronas selaku GLC yang bergiat di peringkat antarabangsa pun turut dipersoal apabila mereka berurusan dengan negara-negara pengeluar minyak.

“Dunia akan tanya Patronas, sekiranya perjanjian dengan Murphy Oil pun kerajaan boleh batalkan, apakah jaminan Petronas sekiranya ia (Petronas) dilantik untuk membangunkan industri minyak di negara-negara yang dia berurusan,” beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau bercadang untuk mengetengahkan perkara itu kepada Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat sebelum membuat usul supaya suatu sidang Dewan Rakyat tergempar diadakan demi membincangkan isu penderhakaan tersebut.


Ulasan Saya


1. Dalam isu penyerahan telaga minyak kepada Brunie yang semakin membengkak dari sehari ke sehari ini - saya terpaksa bercakap secara jujur dan amanah. Sesungguhnya kita perlu bersikap telus. Sekarang, sama ada kita mahu atau pun tidak - segala perjanjian dan dokumen yang melibatkan isu ini HARUS SEGERA DIDEDAHKAN secara umum - rakyat perlu dimaklumkan secara teliti dan berterus-terang tentang isu yang sangat kritikal ini.


2. Jika kita masih mahu menyembunyikan sesuatu - kita akan terus dikecam dan dikutuk dengan pelbagai kata kesat. Kita bimbang, jika benar penyerahan dua telaga minyak tersebut telah dipersetuju oleh Jemaah Menteri/Kabinet - maka, seluruh ahli kabinet yang menganggotai kabinet Abdullah Badawi pada Mac tahun 2009 - harus bertanggungjawab.BN sedang berhadapan pilihan raya kecil di Sibu, jika isu ini tidak diurus dengan baik, saya fikir Anwar Ibrahim bakal menjadi hero dan Parlimen Sibu pasti bertukar tangan.


3. Kita tidak mahu Kabinet DS Najid dituduh sebagai "Kabinet Pengkhianat Rakyat" gara-gara kita tidak mahu bersikap telus dalam isu ini. Malah, pada hemat saya - segala persoalan yang telah dibangkitkan oleh Tun Mahathir di dalam blognya - haruslah dijawab segera oleh pihak kerajaan dengan jujur dan ikhlas, kerana isu penyerahan dua telaga minyak ini sudah menjadi isu nasional, dan memberi impak yang kuat ke atas hati rakyat. Silap haribulan BN boleh kecundang di Sibu. Apatah lagi pembangkang sedang ligat memainkan isu Aminulrasyid Amzah yang ditembak oleh Polis Shah Alam sebagai isu kekejaman Polis kepada rakyat, ditambah pula dengan kerugian sebanyak RM530 juta yang sedang ditanggung oleh Pos Malaysia berhad - merancakkan lagi tukang karut pembangkang untuk memanipulasikan sentimen yang sedia ada.


4. DS Najib harus sedar, krisis antara Abdullah Badawi dengan Dr. Mahathir masih berlarutan - ia belum lagi reda. Selagi masih timbul persepsi kononnya Dr. Mahathir telah membazirkan wang rakyat selama 22 tahun pemerintahannya - maka selama itulah juga Dr. Mahathir mahu membuktikan andaian tersebut adalah salah, melalui kegagalan dan pembaziran wang rakyat yang terlalu banyak dilakukan oleh Abdullah selama 4 tahun rejimnya berkuasa.


5. UMNO, DS Najid dan BN - tidak akan upaya lagi menerima hentakan politik yang sebegini rupaya. Kita akan dituduh sebagai parti yang menjual tanah airnya sendiri untuk kesejahteraan yang sementara. Saya menyeru kepada DS Najid, agar isu telaga minyak ini disiasat dan didedahkan kepada pengetahuan rakyat - jika tidak, UMNO dan BN pasti akan dihukum sekali lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang!


6. Jika memang benar kita bersalah dalam isu ini - kita mesti segera perbetulkan dan jika benar tuduhan Dr. Mahathir tidak berasas, maka kita harus mengemukakan buktinya. Jika isu ini terus-menerus menjadi tanda tanya kepada rakyat, maka selama itu jugalah kita akan difitnah dan tuduh sebagai pengkhianat dan juru jual negara. Saya rasa, kita perlu amanah dalam hal ini, jika Abdullah bersalah, maka beliau harus bertanggungjawab dan dosanya tidak perlu ditanggung oleh DS Najid mahu pun parti. UMNO dan BN tidak bersalah dalam soal ini - yang bersalah hanyalah pemimpin-pemimpinnya. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
pak lah ni tak tau la camana...kerana terlalu bergantung pd menantu,inilah padahnya.
ps:aku sebenarnya bila dgr mahfuz omar yg komen,aku geli sebab dia ni suka xerox je,bukan dia tau pe pe,tau melalak je dia ni,orng camni pun PAS bleh angkat ek:))
Anonymous said…
Kalau sdra mahu Najib bertegas dalam tindakan, elok lupakan saja. Dari dulu hingga kini dia mengamalkan SAFE POLITICS, sama juga dengan sepupunya yang hanya tahu bagi amaran saja tindakan Zero. Perkara ini akan lenyap ditelan masa, bujat letih kita menyalak.
Daulah-alWatan said…
Ketelusan dan sikap bertanggungjawab amat wajar dalam menangani masalah ini.

Keduanya kita amat takut sekali sekiranya wujud konspirasi yang melibatkan watak-watak seperti KALIMULLAH, KJ, dan yg lain yang selama ini telah meruntuhkan UMNO dan BN.

Petronas adalah GLC kebanggaan rakyat yg pernah cuba dikuasai oleh kroni Pak Lah pd 2008 dahulu.

Mereka tlh berjaya merudumkan Proton dan banyak lagi kemusnahan yg telah dilakukan.

Cukuplah semua itu dan Najib, Muhyiddin dan semua pemimpin UMNO yang masih sayang pada agama, bangsa dann tanahairnya perlu tegas dan bijaksana.

Kuasa Melayu sedang tergugat.
Hentikan segera.
azlishukri said…
saya percaya isu ini mesti diselesaikan dengan segera
reek said…
It seem that you are an UMNO pigsty moron agent and being paid by them to think negatively as what they want of you, right?

Let get to the fact, We Malaysians are not anti Jews in any way. It is the UMNO morons that you are praising on, is the culprit.

APCO will recommend to create PERKASA and subcontract all the UMNO dirty work to them, cheat the Kelantan of their petroleum royalty money, lie to the rakyat that 1Malaysia was not the copycat, lock the judiciary, create sodomy 2 and send Anwar to jail for dissenting views.

Why don't we create an atmosphere of hatred and scorn in the nation, whenever we see UMNO symbol, that will denotes death, hatred, racist, robbery, treachery and a devil can do to human being on this planet Earth.

Thereby, voter get voters and get rid of these UMNO morons in the next GE13, by all means.
miya said…
Bodoh punya melayu babi……….

Baik balik ke tanah melayu la. We are natives of Sabah and Sarawak land - buat apa kamu punya orang datang sini menjajah kita oh?

Kita tak suka kamu orang datang sini mengorek sumber petroleum tanah kita - this Sabah and Sarawak land not belongs to your malays.

Get out from Sabah and Sarawak la!

Bodoh melayu babi!
Boleh said…
All I can conclude concerning this farce is 1Malaysia Police = 1Malaysia Worst Hooligans = 1Malaysia UMNO = 1Malaysia Dirtiest Politicians.
Anonymous said…
Si Awang Adek dah buat gila meroyan..ada ke nak halalkan judi. tak malu ke sbg umat islam, dia tak sepatutnya mengesyorkan idea bahlol mcam tu.
azlishukri said…
komen2 yang racis tidak diperlukan di sini.

Pilihan Pembaca

Khairy Makin Jauh dari Landasan...

Khairy Makin Jauh dari Landasan Oleh Muhammad Azli Shukri Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – sekurang-kurang telah membuka mata saya bahawa tahap retorik dan pengucapan awam pemuda-pemuda UMNO masih lemah dan perlukan latihan, khususnya dalam menyampaikan idea serta pandangan dengan tepat dan bernas. Bahasa dan struktur kata juga menjadi masalah kepada ketiga-tiga pemidato tersebut. Baik Khir Toyo, Khairy mahupun Mukhriz – mereka mempunyai masalah yang sama, yakni lemah dalam menyampaikan idea serta terlalu terpengaruh dengan gaya ucapan orang politik dan bukannya ucapan seorang pemimpin besar. Inilah yang sangat mengecewakan. Saya perlu bercakap benar dan jelas, bahawa saya agak kecewa dengan ketiga-tiga pemidato tersebut – idealisme yang tidak berupaya disampaikan secara jelas, karisma yang masih perlu diasah dan gaya bahasa yang lemah – menyebabkan mereka dilihat begitu jauh berbanding dengan tokoh-tokoh muda pembangkang. Maafkan saya jika saya terpaksa bercakap...

Anwar Ibrahim 2009 : Ilmu Kejam Di Hujung Dunia

ANWAR IBRAHIM 2009 Ilmu Kejam Di Hujung Dunia KUALA LUMPUR 23 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mahu mengelirukan rakyat apabila mempersoalkan langkah kerajaan menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kerajaan berusaha sebaik mungkin menegakkan keadilan kepada semua pihak berhubung tragedi kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor itu. Katanya, sikap Anwar yang masih tetap tidak berpuas hati terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan beliau mempunyai agenda tertentu. ''Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada kerajaan, semua pihak menuding jari kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). ''Ini menunjukkan mereka seolah- olah sengaja mahu membakar sentimen perkauman dalam kalangan rakyat,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini....

Apabila Ridhuan Tee Mula Menyerang

Baca tulisan menarik Ridhuan Tee ini 1. MINGGU INI KITA dihidangkan dengan dua isu permohonan maaf melibatkan dua pemimpin utama negara. Pertama, Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahukan mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya. Lebih berat lagi beliau berkata: “Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya”. 2. Kedua, ketua parti ultra kiasu Selangor dan pemimpin Pas Shah Alam mendesak Perdana Menteri memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat PM supaya tidak menonjolkan elemen keagamaan Kristian seperti lambang salib, upacara sembahyang, doa dan nyanyian berunsur Kristian, dalam satu majlis sambutan Krismas (rumah terbuka) yang dihadiri oleh PM, di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur, 25 Disember lalu, anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu. 3. Pemimpin ultra kiasu ini menyifatkan arahan daripada pej...